Friday, November 16, 2012

GAMBAR HARI INI!!! PKR buat jelajah, UMNO nak tiru tapi inilah jadinya......

Read more ...

UMNO TERTEKAN!!! 760 bekas tentera pula sertai PAS



 
KOTA BHARU:
Seramai 760 ahli Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung malam tadi, Kerabat yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar,  Sekretariat  Kerabat mengisytihar kesediaan mereka untuk bersama-sama PAS.


Katanya, kesediaan itu kerana tertawan dengan konsep Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS.


"290,000 pesara tentera di seluruh Malaysia, dan ramai di kalangan kita tidak dipeduli oleh kerajaan, kebajikan mereka terabai.

"Kami percaya PAS akan mengubah nasib mereka selepas ini, selepas PRU ke-13 nanti," katanya diikuti sorakan lebih 30,000 rakyat yang berhimpun di Stadium Sultan Muhamad ke IV malam tadi.

Dengan penubuhan cawangan baru di negeri ini, beliau percaya kebangkitan bekas tentera ini boleh mengejutkan Perkasa dan Perkida. Malah Kerabat turut berjanji akan bangkit bersama-sama membela nasib vateran angkatan tentera yang dipinggirkan.


"Dulu wira, sekarang dianiaya oleh kerajaan Umno BN. Seru seluruh tentera sedarlah duit kita antara terbanyak dilaburkan untuk memenangkan pimpinan BN," tegasnya. (Hrkh)

Read more ...

30 000 PENUHI STADIUM!!! Dato' Nahrawi Hashim serah borang sertai PAS




(Datuk Nahrawi sertai PAS)

KOTA BHARU: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam ini menyaksikan seorang lagi pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS.

Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penyerahan itu disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan itu malam ini.

Mohd Nahrawi juga sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.

Beliau yang ditemui Harakahdaily berkata, kemasukannya ke dalam PAS didorong kesedaran kuat bahawa parti itu benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam yang sebenar.

"Saya dah lama nak menyertai PAS, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya.

"Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih PAS," katanya.

Baginya, PAS satu-satunya parti yang mampu memartabatkan Islam di negara ini selepas banyak kerosakan dilakukan pemerintah sekarang.

Oleh kerana itu katanya, PAS menjadi pilihannya.

Menurutnya kemasukannya ke dalam PAS diharap mampu menyumbang sesuatu ke arah membina negara yang lebih baik.


Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu mulai penuh dengan para penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Himpunan anjuran Pakatan Rakyat ini adalah siri kedua selepas himpunan di Senawang, Seremban awal bulan ini.

Himpunan kali ini diadakan serentak dengan Muktamar tahunan PAS ke 58 yang diadakan di sini.

Dianggarkan pada ketika ini sudah lebih 30,000 berada di padang stadium dan kawasan tempat duduk sementara ribuan lagi sedang masuk ke dalam stadium.

Kebangkitan malam ini juga bakal sekali lagi menyaksikan sejarah dicipta di stadium penuh keramat ini apabila beberapa tokoh besar juga turut hadir.

Antara pemimpin besar Pakatan Rakyat yang dijangka akan memberi ucapan termasuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Suasana dalam stadium ketika ini dipenuhi dengan empat warna kebangkitan rakyat iaitu oren, merah, hijau dan kuning.

Oren mewakili gerakan menyelamatkan Felda oleh Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), merah mewakili perjuangan NGO 'R' menuntut hak bayaran royalti dan pendaratan minyak dan gas di Kelantan, hijau mewakili gerakan menyelamatkan alam sekitar dan anti-Lynas dan kuning mewakili perjuangan Bersih yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Selain daripada warna dari pakaian yang dipakai, setiap hadirin juga turut diagihkan bendera mewakili keempat-empat warna tersebut.

Malam ini juga kesemua wakil-wakil NGO tersebut diberi peluang berucap memberikan penerangan berhubung perkembangan terkini isu-isu yang diperjuangan mereka.

Perhimpunan malam ini juga dibuat bersempena berlangsungnya Muktamar PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) yang bermula hari ini hingga Ahad nanti.

Perhimpunan bermula sejak petang tadi apabila pelbagai acara hiburan dan ringan diadakan di perkarangan stadium dan di sekitar bandar Kota Bharu.

Perarakan bermotor NgO 'R' mengelilingi stadium kira-kira jam 3 petang.

Selepas itu persembahan kesenian diadakan di situ termasuklah tarian singa dan lain-lain permainan tradisi.

Read more ...

TERDESAK!!! Video Samseng UMNO bawa parang dihalau dari ceramah Merdeka Rakyat

SEBELUM ini kita pernah dedahkan bagaimana seorang samseng yang cuba mengganggu ceramah Anwar Ibrahim di Langkawi berjaya ditangkap rujuk sini [samseng upahan].

Maklumat daripada petugas yang terlibat menjayakan program Jelajah Merdeka Rakyat di Sabak Bernam pada 1 November lalu mendedahkan satu kejadian tangkapan seorang samseng upahan yang cuba mengganggu program Jelajah Merdeka Rakyat tersebut.

Menurut petugas, samseng upahan dengan gaya Mat Rempit yang bersenjatakan parang di pinggangnya itu dipercayai telah diupah untuk membaling cat pada Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaikki oleh Anwar Ibrahim.



Bagaimanapun, samseng itu berjaya ditahan sebelum dia berjaya melakukan perkara buruk. Parang miliknya telah dirampas, selain itu penduduk tempatan mengesahkan sangat mengenali pemuda ini yang merupakan penyokong kuat Umno.

Lihat sendiri rakaman video di atas kejadian saat samseng upahan ini ditahan oleh para petugas ketika Anwar Ibrahim sedang berucap dalam program Jelajah Merdeka Rakyat di Sabak Bernam tempoh hari.


Ada penduduk Sabak Bernam di sini? Jika ada mungkin korang kenal dengan samseng yang dipaparkan dalam video di atas. Bolehlah tanya dia berapa banyak upah yang dia ambil daripada Umno untuk mengganggu ceramah Anwar Ibrahim.


ReJaM© "Politik samseng dan Umno bagaikan tahi dan kentut... "

SEBELUM ini kita pernah dedahkan bagaimana seorang samseng yang cuba mengganggu ceramah Anwar Ibrahim di Langkawi berjaya ditangkap rujuk sini [samseng upahan].

Maklumat daripada petugas yang terlibat menjayakan program Jelajah Merdeka Rakyat di Sabak Bernam pada 1 November lalu mendedahkan satu kejadian tangkapan seorang samseng upahan yang cuba mengganggu program Jelajah Merdeka Rakyat tersebut.

Menurut petugas, samseng upahan dengan gaya Mat Rempit yang bersenjatakan parang di pinggangnya itu dipercayai telah diupah untuk membaling cat pada Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaikki oleh Anwar Ibrahim.



Bagaimanapun, samseng itu berjaya ditahan sebelum dia berjaya melakukan perkara buruk. Parang miliknya telah dirampas, selain itu penduduk tempatan mengesahkan sangat mengenali pemuda ini yang merupakan penyokong kuat Umno.

Lihat sendiri rakaman video di bawah kejadian saat samseng upahan ini ditahan oleh para petugas ketika Anwar Ibrahim sedang berucap dalam program Jelajah Merdeka Rakyat di Sabak Bernam tempoh hari.

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/samseng-upahan-bersenjatakan-parang.html#ixzz2CO3RNfTh

Read more ...

UMNO RESAH!!! Najib sendiri tak yakin UMNO mampu tawan Selangor

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLhJgP97HCQVhxH77dvzLW_yyv0jCTJ7gdpOE4XVsx-a82e7cnxkX4RZv6gfNS0v-oiUyAguSBKXuYUs6uKxcD2TIBAcxP5OuJKktAWrjJdQcFeRz3m3c3fP2YwLjRIQefKEpLvIHtbpU/s1600/Najib.jpgKetika bercakap didepan penganut Hindu di Batu Caves Najib masih tidak yakin boleh tawan negeri Selangor PRU 13 nanti.

Yang mampu diucapkan tidak lain dan tidak bukan suatu janji jika BN memerintah Selangor Pangsapuri setinggi 29 tingkat akan dibatal.


Itulah tindakan yang pernah dilakukan oleh perdana menteri yang “amanah” dan kerajaan di amanahkan oleh rakyat memerintah Negara terhadap negeri yang diperintah pembangkang.

Menarik balik bayaran royalty minyak 5 peratus terhadap negeri Terengganu selepas PAS menang dan memerintah PRU 10 (1999-2004) tindakan yang melampau dan zalim.


Sehingga hari walaupun Najib sendiri yang buat janji akan menbayar semula royalti minyat 5 peratus kepada kerajaan Terengganu di ditadbir BN belum ditepati lagi.


Demikian juga yang dilakukan terhadap kerajaan Kelantan, sedangkan negeri Keelantan berhak mendapat bayaran royalty minyat 5 peratus.

Oleh itu, janji Najib pada orang Hindu di batu Caves tempoh hari bukan janji mustahil jika BN memerintah semula Selangor.


Tindakan jahat terhadap negeri yang diperintah pembangkang sudah menjadi amalan UMNO/BN baik siapapun yang menjadi perdana menteri.


Pada hal tindakan itu jelas dan nyata bercanggah dengan amalan demokrasi berparlimen dan perlembagaan Negara Malaysia.


Saol bercanggah dengan perlembagaan Negara tidak pernah diambil kira oleh para pemimpin yang menerajui Malaysia ini, asalkan tindakan tersebut oleh menyekat rakyat mengundi pembangkang.


Lebih lebih lagi rakyat Malaysia sejak sekian lama memiliki perasaan” takut” dan “harapan” punca umno/BN memerintah selama 60 tahun.


Kebanyakan bijak pandai dalam Negara mengandaikan PRU 13 ini adalah merupakan tahun akhir buat umno/BN memerintah Negara ini.


Penulis tengok dalam media massa pro kerajaan umno/BN masih boleh menang dan memerintah Negara ini selepas PRU 13 yang akan di adakan MAC 2013.


Akan tetapi dalam hampir seluruh laman web dinegara ini sokongan terhadap kerajaan UMNO/BN menurun dan jatuh merudum.


Maka jalan ke Putrajaya pembangkang walaupun telah disekat,nampak begitu cerah dan pasti umno/BN berputih mata miskipun sudah banyak wang rakyat dihabiskan untuk memenuhi harapan kebanyakan rakyat.


Apa apa pun kita kena lihat perkembangan politik selepas perhimpunan agung umno yang bakal diadakan ujung November ini yang ada ura ura akan ditangguh atas sebab sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.


Sesungguhnya hari ini, bacaan politik masih tidak menentu miskipun kerajaan mengadakan pelbagai inisiatif dan insentif berbentuk bantuan yang jadi harapan kebanyakan rakyat.


Najib tidak yakin boleh tawan Selangor

Read more ...

SUDAH PENAT!!! Ketua Pemuda UMNO Perlis letak jawatan


SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan memaklumkan akan menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.


Bagaimanapun, beliau tetap kekal sebagai ahli Umno demi perjuangan yang dibawanya selama ini.


Peletakan jawatannya dimuat naik di laman Facebook peribadinya semalam.


"Saya sudah penat dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis. Dah cukup tiga tahun saya memegangnya, dah penat...," kata tulisan beliau pada Facebook.



SH

Read more ...