Monday, July 19, 2010

Program ' PAS FOR ALL ' DUN Kubu Gajah berjaya


KUBU GAJAH, 19 Julai : Program "PAS Untuk Semua" PAS Perak yang diadakan di DUN Kubu Gajah berjaya diadakan walaupun ada cubaan oleh BN untuk menggagalkan.

Program yang bermula sejak semalam sehinggalah hari ini cuba dihalang dan digagalkan oleh UMNO Bahagian Larut. Mereka menggunakan JKKK, polis dan pihak pengurusan Felda bagi menghalang program ini dari diadakan di Felda Ijok, RTBK (Rancangan Tanah Belia Khas) dan di Kampung Bagan Baru.


Di RTBK pihak polis cuba menghalang majlis BBQ yang diadakan di Padang Klinik RTBK malam tadi, JKKK kampung tersebut telah membuat laporan polis kononnya PAS menganjurkan ceramah di situ tanpa permit, pada hal program tersebut hanyalah berbentuk santai sambil makan ikan bakar.

Berlaku sedikit kekecohan pada petang semalam antara polis dengan penganjur, tetapi Alhamdulillah kekecohan berjaya diatasi dan program tersebut berjaya menghimpunkan anak-anak muda dengan kehadiran yang luar jangka.


Di Felda Ijok, pihak Felda tidak membenarkan semua permis digunakan walaupun untuk tujuan khidmat perubatan, majlis ramah mesra, ceramah, dialog dan jamuan. Pihak felda mengugut penganjur dan peneroka dengan ancaman mengambil tindakan keras dan kemungkinan menggunakan pihak polis untuk membuat tangkapan.

Penganjur tidak kekeringan idea, program diganti dengan ziarah rumah ke rumah, melawat warga felda yang uzur, majlis tahlil dan kenduri. Gotong royong juga berjaya diadakan di masjid, surau dan tanah perkuburan.
Program Kuliah Maghrib yang dianjurkan oleh PAS Kawasan di Masjid juga dihalang oleh Pengerusi masjid, pada hala penceramah yang diundang adalah Pegawai Tadbir Agama bukannya pimpinan PAS.

DI RTBK pagi tadi, beberapa acara yang diadakan di Padang Kelinik berjaya menghimpunkan warga muda RTBK, kaum India juga turut kelihatan.

Bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan RTBK Pn. Rohani Hamzah yang telah menyertai PAS sebelum pilihanraya 2008 telah berjaya mengumpulkan kaum wanita untuk bersama dalam program PAS.

Sebelum itu, Majlis Daerah Selama telah mengeluarkan surat menghalang PAS Kawasan menganjurkan aktiviti kemasyarakatan atas alasan tidak mendapat syor dari pihak atasan dan kononnya padang tersebut tidak sesuai untuk warga emas dan kanak-kanak, pada hal aktiviti yang dijalankan hanyalah rawatan & pemeriksaan kesihatan, sukaneka, pertandingan masakan dan gubahan.

Manakala di Kg. Bagan Baru, perlawanan bolasepak 9 sebelah diadakan di Padang Majlis Daerah Selama. Sebagaimana di RTBK Majlis Daerah Selama juga telah mengeluarkan surat kepada PAS Kawasan Larut menghalang sebarang aktiviti kemasyarakatan tanpa sebarang alasan.

Tindakan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati anak-anak muda yang ingin menyertai perlawanan bolasepak. Mereka bertegas tetap meneruskan perlawanan walaupun pengunaan padang untuk sebarang aktiviti anjuran PAS dilarang.




Sebenarnya UMNO BN semakin ketakutan dengan kebangkitan rakyat di Kubu Gajah. Pada pilihanraya yang lalu calon PAS hanya kalah 65 undi sahaja kepada calon BN. Ini yang membimbangkan UMNO BN Larut.

Pusat Khidmat PAS Dun Kubu Gajah pula begitu aktif menjalankan kegiatannya, setiap hari dan malam Pusat Khidmat PAS sentiasa dikunjungi orang ramai, banyak masalah rakyat berjaya dibantu oleh Pusat Khidmat PAS, berbeza dengan Pusat Khidmat DUN BN yang bersebelahan sahaja dengan Pusat Khidmat PAS, pejabatnya sentiasa sunyi dan tutup.

Orang ramai yang mahu berurusan terpaksa meminta tolong Pusat Khidmat PAS bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.

UMNO saban hari mengajak PAS bersatu dengan mereka demi perpaduan Melayu, tetapi PAS yang mahu menganjurkan program di kawasan Melayu dihalang oleh UMNO BN.

Program 'PAS For All' merupakan program PAS yang mahu mendekati dan menjalin hubungan dengan orang Melayu termasuk UMNO melalui majlis ramah mesra, rawatan perubatan, futsal, dailog, sukan rakyat dan sebagainya tetapu UMNO pula yang cuba menghalangnya.Misabah

Read more ...

Harussani diminta selamatkan pegangan agama pemimpin Umno

IPOH, 19 Julai : Kesediaan Mufti Perak untuk menyatukan PAS dan UMNO merupakan satu tindakan yang dapat diumpamakan seperti ayam berkokok berdegar-degar, najis terpalit di badan sendiri.

Mengulas mengenai tindakan Mufti Perak tersebut, Ustaz Abu Bakar Hussain mengatakan, sebagai orang yang memahami agama di dalam UMNO, beliau sepatutnya terlebih dahulu berusaha menyelamatkan pegangan agama Islam pemimpin-pemimpin UMNO yang dilihat telah menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar kerana mereka berpegang kepada fahaman sekular.

Selain itu Ustaz Abu Bakar Hussain juga menyarankan supaya Mufti Perak menyatukan perpecahan teruk yang berlaku di dalam UMNO dan Barisan Nasional pada waktu kini.

Beliau mengatakan demikian dengan merujuk kepada beberapa kes sebelum ini seperti di Selangor dan juga di Terengganu yang sehingga kini masih lagi belum selesai. “Kita melihat perpecahan dalaman UMNO yang sangat ketara membahayakan perpaduan rakyat di negara ini.

Memetik ucapan beliau, ”Pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional kini dilihat sebagai agen penyebar api perkauman yang semakin marak dan gagal mewujudkan sebarang perpaduan dikalangan rakyat Malaysia ”, sambil menceritakan perihal kerajaan BN yang dilihat mendiamkan diri ketika PERKASA terus menerus mewujudkan pergeseran antara kaum.

Beliau berkata, Dato’ Seri Harussani Zakaria tidak perlu menyatukan PAS kerana dalam hal ini, PAS sememangnya telah bersatu atas dasar Islam.

Semenjak dari awal kewujudan, PAS telah berjuang untuk menyatukan masyarakat Melayu di negara ini yang secara umumnya diketahui beragama Islam dan kaum lain yang berada di dalam negara.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS amat terbuka di dalam Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menegakkan keadilan yang selari dengan ajaran Islam kepada seluruh rakyat di Malaysia.

Tambahnya lagi, sebagai parti tunggal di dalam negara ini yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, PAS membuktikan bahawa semua parti dan kaum dapat bersatu bersama dengan PAS kerana PAS bukanlah parti perkauman seperti UMNO bahkan lebih terbuka dan berjiwa negarawan berbanding dengan UMNO yang dilihat berfikiran tertutup kerana dalam setiap tindakan mereka, tujuannya hanyalah untuk memastikan kaum lain tunduk di bawah pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional.

Read more ...

Tharmendran mohon perlindungan



PETALING JAYA, 19 Julai : Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini tegang ketika peguam bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N Tharmendran memfailkan permohonan perlindungan di sebuah bali polis berhampiran.

Kehadiran dua pegawai TUDM yang berada di perkarangan mahkamah mengusarkan peguam-peguam Tharmendran yang bimbang anak guamnya itu akan 'ditahan.'

Kedua-dua peguam utamanya, N Surendran dan Lateefa Koya kemudiannya menghampiri seorang daripada 'pegawai' yang tidak memakai pakaian seragam itu.

"Dia mengakui yang dia adalah seorang pegawai tetapi menafikan bahawa dia seorang saksi ataupun terlibat dengan kes berkenaan,” kata Surendran.

"Dia dan seorang lagi pegawai mendakwa hanya menemani seorang pegawai lain yang hadir di mahkamah. Ditanya sama ada pegawai itu masih berada sekitar, dia menjawap tidak tahu.”

Tharmendran dan peguamnya hadir untuk memfailkan laporan polis kerana mendakwa pada Sabtu lalu terdapat teman lamanya yang cuba menahannya sebelum perbicaraan kesnya Isnin ini.

Men
urut Surendran, beberapa kakitangan tentera udara - tiga lelaki dan seorang wanita - muncul di rumah Tharmendran di Seremban Jumaat lalu bertanyakan tentang "lapor diri ke kem".

"Ibu bapanya bagaimanapun berkata mereka tidak tahu di mana anaknya berada selepas meninggalkan rumah akhir-akhir ini untuk menetap di tempat lain," kata Surendran.

Tharmendran sebelum ini diikatjamin dengan RM50,000. Beliau dituduh mencuri - dan bersubahat mencuri - dua enjin jet daripada Pangkalan Tentera Udara Subang pada Disember 2007.
Laporan polis hari ini adalah asas kepada arahan perlindungannya dan akan didengar oleh mahkamah sesyen pada jam 2 petang ini.

Sebelum itu, hakim Hayatul Akmal menangguhkan perbicaraan Tharmendran, sementara menunggu keputusan dua permohonan yang difailkan oleh peguamnya di mahkamah sesyen dan mahkamh tinggi.

Permohonan pertama difailkan pada 15 Julai di mahkamah sesyen - memohon dokumen lanjutan daripada pihak pendakwa berhubung dakwaan kecurian enjin jet.

Permohonan kedua pula difailkan pada 16 Julai di Mahkamah Tinggi Shah Alam memohon kes Tharmendran ditolak kerana proses sewajarnya tidak dipatuhi.

Ti
ada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah tinggi bagi mendengar permohonan itu.

Hadir pada perbicaraan ini adalah tertuduh bersama K Rajandran Prasad, yang diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo.

Pihak pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Ishak Muhamad Yusof.

Mahkamah sesyen menetapkan 6 September sebagai tarikh sebutan kes dan sambungan perbicaraan.

Read more ...

Buktikan ADUN BN tidak terima elaun


PARIT BUNTAR , 19 Julai : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Sham Mat Sahat dicabar membuktikan kenyataannya bahawa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dinafikan hak dan tidak menerima sebarang elaun ketika Pakatan Rakyat (PR) memerintah.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad berkata, ADUN itu sepatutnya berhati-hati membuat kenyataan untuk memburuk-burukkan pemerintahan PR di Perak.


Menurutnya, jika wakil rakyat BN tidak menerima sebarang pembayaran bermakna elaun untuk wakil rakyat tiada.

“Beliau perlu buktikan wakil rakyat BN tidak menerima elaun ini kerana kenyataan beliau menggambarkan kerajaan PR menzalimi mereka dengan tidak memberi sebarang elaun,” katanya.

Hamdan berkata, sebelum ini kerajaan PR juga dituduh tidak menjemput wakil rakyat BN menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Daerah.

“Sedangkan, ADUN Alor Pongsu dijemput ke mesyuarat itu. Surat jemputan pun masih ada dalam simpanan. Namun, apabila rampasan kuasa berlaku, wakil rakyat PR pula tidak dijemput menghadiri mesyuarat ini.

“Apa yang berlaku bukan gimik politik untuk meraih simpati rakyat,” katanya.

Katanya, walaupun dinafikan peruntukan wakil rakyat PR di Parit Buntar, mereka tetap berusaha membantu rakyat.

“Tuduhan ADUN Alor Pongsu bahawa kami hendak meraih simpati rakyat, menutup kesalahan dan membuat dakwaan provokatif adalah tidak benar.

“Saya harap ADUN Alor Pongsu menumpukan usaha menolong rakyat di kawasannya kerana masih ramai rakyat di kawasan itu memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata, kenyataannya sebelum ini bertujuan menyangkal tuduhan Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abd Raman Suliman bahawa tiada perubahan dilakukan PR terhadap pembangunan di Parit Buntar.

“Sepatutnya tuduhan itu ditujukan kepada kerajaan BN yang memerintah negeri dan pusat bukan kepada PR.

“Beliau perlu sedar ketiga-tiga wakil rakyat PR di Parit Buntar dinafikan peruntukan pembangunan yang sepatutnya diterima untuk membantu rakyat,” katanya.

Hamdan turut meminta kerajaan BN mendedahkan kepada rakyat di Parit Buntar ke manakah peruntukan ini disalurkan.

“Kami dapat banyak aduan daripada penduduk berkenaan permohonan membaiki jalan kampung yang menyatakan jawapan yang diterima mereka adalah peruntukan tiada,” katanya.SH

Read more ...

Pendirian PAS teguh tidak seperti Umno


SENAI , 19 Julai : Kenyataan PAS tidak konsisten menyatakan pendirian berhubung jalinan kerjasama dengan UMNO satu anggapan tidak benar.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, sebaliknya UMNO tidak konsisten kerana kenyataan UMNO bersedia bekerjasama dengan PAS diusulkan parti itu sendiri dan PAS teguh dengan keputusan kerjasama akan dicapai jika UMNO sudi menukar dasarnya.


“Benda ini sengaja disalah erti, diambil sebagai politik ’mileage’ oleh UMNO, dan PAS tetap dengan pendiriannya. Datuk Nik Aziz seorang yang lurus dalam berkata-kata, jalinan kerjasama politik hanya boleh dicapai dengan persetujuan dasar yang sama, dan sebagai Menteri Besar Kelantan beliau mahukan pembelaan yang adil dari Kerajaan Pusat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dzulkefly berkata, selagi UMNO tidak menukar dasar daripada kepimpinan nasionalisme dan kebangsaan kepada dasar Islam yang dituntut PAS, kerjasama politik ini tidak dapat direalisasikan.

Mengambil contoh kerjasama Pakatan Rakyat, yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima konsep keadilan dalam Islam dan kerjasama politik itu dapat dijalinkan.

Beliau berkata, kepimpinan UMNO tidak mendapat mesej yang jelas mengenai kenyataan Nik Aziz, kerjasama politik yang diutarakan itu membabitkan kerjasama antara parti UMNO dan PAS.

Namun mengenai ingin jalinkan hubungan antara Kerajaan Negeri dan Pusat sahaja, itu membabitkan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan Kerajaan Pusat.

Kelmarin dalam kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melihat PAS kini tersasar daripada perjuangan asal apabila lebih cenderung menjayakan agenda peribadi seorang pemimpin sahaja iaitu Nik Abdul Aziz.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika mengulas kenyataan Mursyidul Am itu yang bersetuju untuk berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin asalkan perbincangan itu tidak menjurus kepada perpaduan antara PAS dan UMNO.SH

Read more ...

PAS tolak perantara


SHAH ALAM, 19 Julai : PAS tetap tidak akan menjalin kerjasama politik bersama UMNO walaupun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria campur tangan dan bersedia menjadi perantara agar dua parti itu bersatu demi perpaduan umat Islam.


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul isu siapa yang perlu dipilih menjadi perantara merealisasikan kerjasama itu kerana dasar yang dibawa UMNO yang tidak akan diterima oleh PAS.


Menurutnya, apa yang diperjelaskan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah jelas bahawa UMNO dan PAS tidak mungkin akan menjalin kerjasama dan sebagai Mufti bukanlah bidang kuasa Harussani untuk mencampuri isu politik antara PAS dan UMNO.


“Sebelum ini mereka kata, Nik Abdul Aziz sedia bekerjasama dengan UMNO, sedangkan apa yang beliau maksudkan adalah berhubung kerjasama dulu hala antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.


“Perkara ini tidak akan berlaku sama sekali. PAS tetap dengan pendirian ini (menolak kerjasama dengan UMNO) biarpun sesiapa sahaja menjadi perantara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.


Kelmarin, Harussani menyatakan kesediaan menjadi perantara bagi pertemuan pemimpin Pas dan UMNO demi perpaduan umat Islam walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murninya itu.


Beliau berkata, masih ada harapan ke arah perpaduan orang Melayu jika bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini . Bagaimanapun katanya, beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara berkenaan bagi kedua-dua belah pihak.


Harussani menjelaskan setakat perbezaan pendapat, ia adalah rahmat kerana perbezaan itu boleh membawa kepada kemajuan.


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga menegasakan kerjasama antara dua parti itu tidak akan berlaku sama sekali.


“PAS tidak berminat dalam isu ini. Biarlah ada pihak lain mahu PAS berbaik dengan UMNO. Namun, keputusan tersebut adalah muktamad,” katanya.
SH

Read more ...

Mufti kena berkecuali


ALOR SETAR, 19 Julai : Mufti disarankan supaya tidak mencampuri urusan politik dan lebih sesuai bersikap berkecuali dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh pemimpin politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, penyertaan golongan itu dalam perbincangan politik tidak sesuai dan perlu dielakkan.


“Eloklah masing-masing menjaga skop kerja masing-masing. Biarlah orang politik bertelagah sesama mereka dalam isu-isu semasa, manakala mufti hanya memfokuskan kepada isu-isu agama. Bak kata pepatah, gajah sama gajah bergaduh, jangan pelanduk mati tersepit di tengah-tengah,” katanya pada sidang media, selepas melancarkan kempen Perlembagaanku peringkat negeri Kedah, di Kolej Universiti Insaniah, semalam.


Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjadi perantara bagi pertemuan pemimpin Pas-UMNO demi perpaduan umat Islam.


Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata, golongan mufti tidak seharusnya campur tangan dalam hal-hal berkaitan politik, kerana mereka harus memberi keutamaan kepada isu agama, terutama berkaitan fatwa.


"Masalah dalam isu fatwa dan agama Islam pun masih banyak belum selesai, eloklah bagi tumpuan. Politik jangan dikacau. Mufti lebih elok jaga peranannya yang sebenar, cukuplah,” katanya.
SH

Read more ...

Lapor SPRM , PR sedia disiasat


SHAH ALAM , 19 Julai : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pe- nyelewengan pengurusan jual beli pasir seperti didakwa Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Seri Noh Omar.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Lee Boon Chye berkata, PR tidak mempunyai masalah memberikan kerjasama dalam siasatan itu kerana PR yakin bahawa Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam penyelewengan itu.


Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gopeng menegaskan, sekiranya benar seperti didakwa, isu itu sepatutnya diajukan kepada SPRM untuk membuka kertas siasatan dan bukannya digembar-gemburkan melalui media.


“Kalau dia ada bukti, serahkan pada SPRM, biar mereka siasat. Masalah pasir ini sebenarnya bukan perkara baru. Di Negeri Johor dan Perak juga ada isu sama yang disiasat SPRM namun sehingga kini tidak tahu keputusannya.


“Mereka hanya mengambil kesempatan atas negeri-negeri PR lebih-lebih lagi apabila berdekatan dengan musim pilihan raya,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw ketika dihubungi menjelaskan di antara ketiga-tiga negeri yang mempunyai masalah ini, Johor dan Perak merupakan negeri paling kritikal


“SPRM melakukan siasatan tanpa dipengaruhi kehendak mana-mana parti. :


“Yang menyeleweng paling teruk adalah di Johor dan Perak, tetapi mengapa ada pihak hanya berminat dengan Selangor?,” katanya.


Kelmarin, akhbar melaporkan UMNO melalui Datuk Seri Noh Omar mempunyai bukti kukuh berupa dokumen lengkap yang menunjukkan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menjalankan salah guna kuasa dalam kontrak kerja-kerja pengorekan pasir negeri itu.


Bukti yang diperoleh daripada sumber dalaman KSSB serta kontraktor terlibat antara lain menyatakan KKSB memberikan diskaun pembelian pasir sebanyak RM4 bagi satu tan kepada sebuah syarikat yang didakwa proksi mana-mana parti politik, berbanding RM0.50 diskaun kepada syarikat-syarikat kontraktor lain.


Syarikat itu juga difahamkan mengambil kesempatan dan membuat keuntungan lebih besar dengan menjadi broker penjualan pasir kepada syarikat lain.
SH

Read more ...

Tahu siapa pemimpin PAS berjumpa Harussani


IPOH , 19 Julai : Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat (PR), Drs Khalil Idham Lim Abdullah berkata, beliau tahu siapa pemimpin PAS yang didakwa bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Katanya, beliau mengetahui dengan lengkap pertemuan itu tetapi menolak dakwaan bahawa ianya berkaitan dengan usaha untuk menyatupadukan parti itu dengan UMNO.


Menurutnya, matlamat pertemuan itu bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan UMNO seperti yang disiarkan akhbar semalam.


“Tetapi saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya peroleh,” katanya, semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Harussani untuk menjadi orang tengah pertemuan UMNO PAS bagi membincang perpaduan orang Melayu dan umat Islam.


Harussani turut mendakwa terdapat beberapa pemimpin kedua-dua parti itu yangh datang berjumpa beliau bagi berbincang dan meminta pandangan berhubung kerjasama kedua-dua parti tersebut.


Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain berkata, perpecahan kini melanda UMNO bukannya PAS.


Menurutnya, Harussani perlu menyatukan UMNO dan Melayu terlebih dahulu sebelum cuba menjadi perantara perpaduan UMNO- PAS.


“Perpaduan dapat direalisasikan UMNO jika kembali kepada ajaran asas iaitu berpandukan kepada al-Quran dan hadis, jadi selagi UMNO tidak berpaksikan kepada Islam, penyatuan itu tidak akan berlaku.


“Melayu dan Islam adalah perkara berbeza dan jika UMNO kembali kepada ajaran Islam, penyatuan ini boleh dilaksanakan,” katanya.
SH

Read more ...

Melayu tidak hilang kuasa , PAS akan ganti Umno


SHAH ALAM, 19 Julai : Pimpinan PAS di pelbagai peringkat termasuk akar umbi kini sudah bersedia mengambil alih saki baki amanah kepimpinan Melayu yang dipegang UMNO di Selangor untuk digantikan dengan kepimpinan Islam yang lebih adil dan meyakinkan seluruh masyarakat.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, PAS Selangor memberi jaminan pada orang Melayu di negeri ini agar jangan bimbang dan khuatir sekiranya UMNO hilang kuasa kerana kuasa politik itu akan kembali ke tangan pimpinan Melayu dalam Pas dan PKR yang lebih jujur dan bersih dalam memimpin agama, bangsa dan negeri ini.


Beliau berkata demikian mengulas isu cadangan kerjasama PAS-UMNO yang dimainkan media demi perpaduan dan kepentingan Melayu.

Menurutnya, isu perpaduan Melayu yang dijanjikan adalah agenda politik UMNO dan ia tidak relevan bagi PAS Selangor.

“PAS Selangor merasakan agenda ini cuba diketengahkan UMNO semata-mata untuk memecahkan perpaduan erat dalam Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Selangor,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Roslan, sejak Mac 2008 sehingga kini, PAS Selangor semakin selesa dan begitu komited dalam memperteguh kerajaan PR Selangor yang didokong bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP lantaran menghormati mandat yang telah diberikan rakyat.

“Orang-orang Melayu di Selangor kini semakin terbuka dan dapat menerima kesungguhan dan keikhlasan pimpinan PAS dalam memimpin mereka.

“UMNO di Selangor pula semakin dipinggirkan dan tidak mustahil dengan rekod cemerlang kerajaan PR yang didokong PAS, UMNO Selangor akan terus ditolak khasnya oleh orang Melayu sendiri,” katanya.SH

Read more ...