Saturday, December 24, 2011

ADAM ADLI JADI WIRA!!! Jiwa Najib bergelora, UMNO bagai nak gila

Salah seorang daripada pelajar yang menunjuk perasaan menuntut pemansuhan AUKU pada Sabtu lepas, Adam Adli telah menurunkan bendera Najib Tun Razak. Tidak jelas mengapa Najib Tun Razak mahukan gambar dirinya dikibarkan sebagai bendera. Adakah dia menyangka bahawa dia adalah sebuah negara?

Ini mungkin kali pertama ramai di antara kita yang melihat amalan itu dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia. Najib Tun Razak telah membenarkan dirinya dikibarkan sebagai bendera di hadapan ibu pejabat parti itu. Ia adalah lebih kepada perbuatan yang dilakukan oleh mendiang Kim Jong-il, pemimpin komunis Korea Utara.

Kes muka Najib pada bendera ini agak menjengkelkan apabila ia juga disertai lagu yang dipanggil 'PM Kita' yang sedang dimainkan di saluran propaganda biasa BN.

Sangat jelas keangkuhan Najib. Beliau bolehlah dikatakan memulakan pemujaan personaliti! Atau mungkin kita harus jujur, dan memanggil ia sebagaipemujaan kekurangan-personaliti. Antara salah satu sifat yang membezakan Najib dari Anwar Ibrahim, adalah karisma Anwar, personaliti dan kecerdasan beliau yang tiada pada Najib.

Kim Jong Il Malaysia


Jika kita dalam rancangan Oprah, kita bolehlah mengkaji sejarah kanak-kanak najib yang telah menjadikan dirinya sangat haus kepada perhatian. Memandangkan kita bukan dalam rangcangan Oprah, kita bantu Najib untuk mendapatkan cara lain untuk mendapat perhatian.


Boleh dihasilkan cawan Najib, topi Najib, lukis Najib pada tepi LRT dan KTM ataupun pada kapal terbang Air Asia. Boleh juga pada bas, beg sekolah, bola golf dan nama Najib ditulis oleh kapal terbang yang menulis di langit biru.

Sekiranya ini tidak cukup, beliau boleh terbitkan buku bagaimana beliau telah berjaya mendapatkan 12-hole in one sewaktu pertama kali bermain golf (Kim Jong Il mendakwa dirinya mendapat 11), atau, bagaimana tahi bintang jatuh semasa beliau dilahirkan.

Polis dan UMNO mengamuk kerana insiden


Adam Adli yang cuba untuk membuat laporan polis terhadap ugutan yang dia terima telah cuba diserang oleh seorang polis berpakaian biasa (ada dalam Youtube). Polis yang sama, mendakwa namanya Ruslan Mokhtar menyamar sebagai orang awam yang marah kerana perbuatan Adam yang menurunkan bendera Najib.

Ruslan juga menepis dakwaan bahawa beliau adalah gangster UMNO walaupun beperlakuan seperti itu. Sukar untuk mempastikan bahawa Ruslan itu adalah Gangster UMNO ataupun polis berpakaian biasa kerana kedua-dua entitiitu tidaklah eksklusif secara mutual. Ruslan juga mengugut bahawa beliau akan mencari Adam dan mengajar Adam.

Polis yang ada di situ tidak sedikitpun berminat untuk menguatkuasakan undang-undang dengan menahan Ruslan kerana membuat kenyataan seperti itu. Kemungkinan mereka menunggu aduan barulah mereka bertindak.

Tidak lagi menjadi wakil tunggal orang melayu

Apa yang pasti adalah perbuatan Adam telah menaikkan kemarahan orang UMNO yang sudah pun goyah. Mereka telah bertindak balas dengan memanggil Adam “Kurang Ajar” dan mengugut untuk mencederakan

Adam secara fizikal dan memburu budak itu. Mungkin tidak pernah lagi kita dengan seorang Melayu masuk ke ibu pejabat UMNO danmenurunkan bendera presiden itu. Tetapi masa sudah berubah dan UMNO terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi menjadi wakil tunggal kepada orang Melayu.

Mereka sebenarnya sudah lama tidak menjadi wakil tunggal orang Melayu. Sudah pasti UMNO tidak mewakili 70% daripada orang Melayu yang berada di bawah paras kemiskinan di Malaysia. Sebaliknya,

UMNO mewakili minoriti Melayu kaya yang telah dibantu olej polisi dan layanan istimewa dan menidakkan majoriti orang Melayu dan juga kaum lain.

Bagaimana beliau negara harus menghormati seseorang yang sombong dan tidak cekap?

UMNO sekarang membiarkan menteri yang pasangan mereka serta anak-anak mereka melaburkan wang berjuta-juta ringgit kepada kondo di KL, Singapura dan entah di mana lagi. Penyalahgunaan kuasa sebegini bukanlah sesuatu yang dilakukan oleh individu-individu tertentu tetapi menjadi sistem yang dipraktikkan mereka di akar umbi.

Sebagai contoh, NFC telah dianugerahkan kepada keluarga Shahrizat Jalil tetapi Muhyiddin lah yang meluluskan wang awam tanpa apa-apa syarat walaupun perjanjian belum dimetrai.

Ia juga kelihatan seperti telah di atur oleh Khairy Jamaluddin yang telah beriya-iya mempertahankan Shahrizat Jalil. Rakyat yang juga sedang berhadapan dengan kenaikkan harga boleh dimaafkan kerana membuat kesimpulan bahawa mereka juga ada bahagian dalam penyalahgunaan ini.


Bagi Adam Adli yang disifatkan sebagai kurang ajar, beliau sebenarnya adalah seorang wira Melayu dan Malaysia sejati. Meletakkan wajah beliau pada bendera semestinya lebih berbaloi berbanding si Najib yang angkuh, berangan dan tidak berdaya itu.

Written by Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle

Read more ...

BACA INI PRESIDEN ISMA!!! Jika tak faham, jangan dok bercakap. Bila bercakap nampak macam UMNO

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) didakwa mengalami krisis identiti oleh Ustaz Abdullah Zaik selaku Presiden Isma berasaskan kenyataan beberapa individu lalu menyifatkan PAS tidak konsisten dan mengalami kekeliruan terhadap hala tuju partinya. Asas dakwaan ini tidak valid.

2. Pertama: Saya ucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh Presiden Isma terhadap PAS sekaligus menarik perhatian umum khasnya anggota Isma sendiri kepada PAS untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan biasanya apabila dicetuskan sesuatu polemik, maka ia akan menarik perhatian serta perasaan ingin tahu terhadap perkara tersebut. Dalam kes ini, PAS menjadi subjek polemik yang dicetuskan oleh Presiden Isma, sekaligus memberikan publisiti kepada PAS.

3. Kedua: Identiti ialah pengenalan dan jati diri. Apabila kita bercakap soal identiti PAS, ertinya kita bercakap mengenai pengenalan dan jati diri PAS. Kepada siapa yang belum mengenali PAS atau buat-buat tidak kenal, maka izinkan saya memperkenalkan buat kesekian kalinya setelah PAS ditubuhkan sejak 1951 berasaskan undang-undang tubuhnya.

Inilah Pengenalan dan Jati diri PAS:

a] Fasal 3 . Perlembagaan PAS: Dasar PAS ialah Islam

b] Fasal 4 . Perlembagaan PAS: Seruan PAS ialah Allahu Akbar.

c] Fasal 5 . Perlembagaan PAS: Tujuan PAS ialah:

~ Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah .

~ Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara .

d] Fasal 6 . Perlembagaan PAS: Usaha-usaha:

~ Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

~ Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan.

4. Isu Negara Berkebajikan sering dijadikan turning point untuk menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam, lalu mereka mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan.

5. Lebih menarik, Umno juga menyatakan demikian sedang Umnolah antara yang paling kuat menentang hasrat PAS sewaktu PAS menggunakan istilah Negara Islam sebelum ini. Sekarang apabila PAS menggunakan istilah Negara Berkebajikan, mereka sibuk pula mendesak supaya PAS tukar kembali kepada istilah Negara Islam. Mengada-ngada betullah mereka ni!

6. Suka saya jelaskan di sini bahawa langkah dan usaha PAS Membangun Negara Berkebajikan adalah merupakan Fasa 2 pembinaan Negara Islam. Setelah PAS menerbitkan dokumen Negara Islam tempoh lalu, maka ia seperti plan induk bagi PAS menjayakan hasrat mendaulatkan Syariat Allah swt. Itulah Fasa 1 projek PAS.

7. Fasa ke 2, PAS bergerak dengan lebih praktikal. Bukan sahaja membentang plan induk (Fasa 1) yang lengkap dengan teorinya, kini PAS tampil dengan Negara Berkebajikan sebagai subtance kepada Negara Islam. Ia adalah pengisian dan perlaksanaan. Sekaligus menjawab pelbagai tohmahan kononnya Negara Islam adalah negara hukum semata-mata atau juga di tohmah sebagai negara mullah.

8. Negara Islam ialah negara yang dibina berasaskan bimbingan syariat Islam. Sementara elemen utama dalam Syariat Islam ialah adil, telus, integriti dan amanah selain ubudiyyah (pengabdian diri kepada Allah). Ia menepati pembentukan Good Governence yang menjadi sendi utama bagi Negara Berkebajikan yang mahu dibangunkan oleh PAS.

9. Menganggap PAS telah tersasar dari landasan asal perjuangannya adalah berpunca dari salah faham atau buat-buat tidak faham terhadap matlamat dan objektif perjuangan PAS. Selayaknya mereka terlebih dahulu membuka dan melihat Plan Lengkap Projek PAS bagi memahami keseluruhan Fasa yang akan dibina oleh arkitek PAS.

10. Negara Berkebajikan bukan krisis identiti tetapi ia adalah Pengukuhan Identiti. Justeru ia memantapkan lagi pengenalan dan jati diri PAS dengan usaha bina dan tawaran yang lebih praktikal, mudah dan boleh laksana.

Nasrudin Hassan at-Tantawi

Read more ...

PAKU SERPIH UMNO YANG LEBIH !!! UMNO fitnah Kelantan tapi kawasan Najib sendiri ada masalah air



K
risis air: Mahasiswa UMP Pekan tuntut pembelaan Oleh Muhamad Fazli Abdul Halim



Krisis gangguan air yang semakin meruncing di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan sudah berlarutan masuk minggu kedua tidak menampakkan sebarang tanda-tanda yang krisis ini akan berakhir.

Krisis ganguan air ini dikatakan berpunca daripada tekanan air yang rendah akibat daripada UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar.


Situasi ini cukup menyeksa dan menyukarkan urusan harian mahasiswa yang dalam masa yang sama ditambah dengan tekanan peperiksaan akhir semesta yang bakal berkunjung tiba.

Krisis ini juga turut menjejaskan pihak pengusaha kafeteria yang secara langsung mengganggu pengoperasian dan urusniaga mereka dan menambah kesengsaraan mahasiswa dalam mendapatkan makanan.

Krisis air bukan isu baru

Permasalahan ganguan air yang dialami oleh mahasiswa UMP bukanlah satu perkara yang baru. Perkara yang sama turut berlaku dua tiga tahun yang lepas oleh mahasiswa UMP yang berada di Kampus Gambang. Krisis air ini bukanlah satu perkara yang asing oleh masyarakat Pekan dan Pahang khususnya.

Tindakan segera amat diperlukan terutamanya peranan yang dimainkan oleh Jabatan Bekalan Air Pahang sebagai salah satu agensi kerajaan negeri agar mengambil perhatian serius terhadap permasalahan yang dialami oleh kami selaku mahasiswa agar memudahkan urusan pembelajaran kami di medan universiti ini.

Mohon perhatian Perdana Menteri

Mahasiswa UMP Pekan memohon agar kebajikan kami yang merupakan sebahagian daripada komuniti di sini agar diberi perhatian dan tumpuan yang sewajarnya oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri yang berazam untuk terus membangunkan Pekan, kawasan parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan sepertimana yang beliau ucapkan semasa Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 Disember yang lepas.

Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (Gempak) UMP

Satu jawatankuasa bertindak telah dibentuk diperingkat mahasiswa yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (GEMPAK) UMP yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, persatuan fakulti dan perwakilan kolej kediaman serta beberapa wakil mahasiswa yang terpilih.

Antara objektif utama jawatankuasa ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menuntut penyelesaian segera krisis air di UMP Pekan oleh pihak yang berkaitan dan bertanggungjawab.


Penulis merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang juga Pengerusi Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (Gempak) UMP.

KELAB GREENBOC

Read more ...

ISMA MENCARI IDENTITI!!! Presiden ISMA tuduh konsep Negara Kebajikan dibawa PAS tidak relevan

http://www.ismaweb.net/v4/wp-content/uploads/2010/07/Ust-Lah-di-TV.png

BANGI, 23 Disember – Komentar-komentar yang dikeluarkan oleh beberapa orang tokoh PAS berhubung dasar perjuangan parti tersebut menggambarkan krisis identiti yang sedang dialami oleh PAS, kata Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Datuk Dr. Hasan Ali baru-baru ini mendesak PAS supaya kembali kepada dasar perjuangan asalnya untuk menegakkan negara Islam, sementara Nasarudin Mat Isa pula dilihat masih cenderung kepada kepentingan membentuk kerajaan perpaduan Melayu.

Situasi ini memperlihatkan kedudukan PAS yang kini tidak konsisten, malah turut menimbulkan kekeliruan dari segi hala tuju perjuangan parti itu yang sebenar, ulas Ustaz Abdullah Zaik ketika dihubungi oleh wartawan Media ISMA di sini.

“Sekarang ramai pihak mula membuat pertikaian mengenai perkara ini, oleh itu sangat wajar untuk dipertimbangkan oleh pimpinan PAS, kerana masyarakat hanya berpegang kepada parti politik yang mempertahankan agama Islam dan kedudukan bangsa Melayu serta hak-hak Islam yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.”

Tambah beliau, konsep negara berkebajikan yang ingin dibawa oleh PAS seperti negara-negara luar yang dipimpin oleh golongan berpendidikan sekular adalah tidak relevan, malah perkara tersebut bercanggah dengan mafhum negara Islam secara total.

Menurut Ustaz Abdullah Zaik, pihak yang terbabit perlu mencari jalan penyelesaian berhubung dakwaan krisis identiti yang dilihat sebagai satu teras di dalam dasar perjuangan parti PAS, selain perlu memberi penjelasan yang tuntas kepada masyarakat bagi mendapatkan kepercayaan mereka.Ismaweb

Isma dah rasa hebat sangat, tuduh PAS alami krisis identiti. Sedangkan Isma sendiri pun sedang mencari identiti.

Ahli-ahli Isma di bawah pun keliru dengan kenyataan pemimpin tertinggi yang mirip UMNO. Admin

Read more ...

MEMANG 'KAMBING HITAM' UMNO!!! Rakyat biasa curi susu RM 20 untuk anak kena 3 tahun, Khir Toyo curi duit rakyat RM berjuta kena setahun sahaja

Neh artikel must read and must share. Siyes neh. Lihat bawah neh ;



Lihat dulu belah kanan. Orang tue menyamun sebab nak beli susu anak. Niat tidak menghalalkan cara. Salah tetap salah dan dia dihukum. Harap lepas neh dia keluar, cari kerja elok2 dan beli susu anak guna wang sendiri bukan wang hasil menyamun lagi. Okey.

Dan lihat pula belah kiri. Orang neh menyamun + merompak + melanun + menghina + menipu + menfitnah + menyeleweng + salah guna kuasa.. blablablablabl.. peh penat siott.. kesalahan dia sangattt.. sangatttttttttttt sangattttttt banyak..

tapi dia hanya dipenjarakan selama setahun sahaja.

What?

Ya.. setahun jek beb. Setahun.. je? Aha.. iyer.. setahun je.. tahu tak setahun?

Hakim yang jatuhkan hukuman ke atas khir toyo neh dah nak mampos ke apa?

Tah.

kah kah kah

Sumber : sini

Ameno : Tipu-tipu satu malaysia sampai mahkamah pun terbabit sama.. wa mesti respect.


Read more ...