Tuesday, January 17, 2012

HAPUS TOL!!! PR perintah tak bankrap, UMNO perintah tak hapus tol pun dah nak bankrap

Oleh : PUTERI BULAN@KedahLa

UMNO Kedah khususnya serta UMNO Malaysia amnya terasa terpukul dan terhentak dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke 3 yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti 14 Jan yang lalu.

Terloncat Tok Bashah bila melihat lebih dari 60 ribu rakyat khususnya membanjiri padang stadium sempena Rapat Setia Rakyat semata-mata ingin mendengar amanat-amanat pimpinan atasan Pakatan Rakyat. Tok Bashah ternganga tak boleh nak kata apa...

"apa sudah jadi..?" " tara tu kita punya main isu Madrasah Salihiah..masih ramai lagi ka dok sokong depa"...mungkin itu yang terkeluar dari mulut Tok Bashah. Picit kepala menahan pening.. panadol active plus pun tak tinggalkan kesan....peningnya semakin menjadi-jadi.

Tapi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah mana boleh duduk diam...jawatan Menteri Besar Kedah jadi idaman...maka datanglah idea Tok Bashah yang kononnya baginya mantop dan berkesan untuk mengelirukan rakyat..

"Tiada perkara baru... konvensyen PR disifatkan hanya untuk selamatkan kerajaan Pas"

Katanya kehadiran rakyat dilokasi tempat ceramah semakin berkurangan. Tok Bashah tersilap hantar spy...lain kali hantarlah spy yang cerdik matematik...tapi rasanya spy UMNO ni memang tak cerdik matematik kerana selalunya melaporkan angka yang salah...faham-fahamlahkan....So..Tok Bashah akan kecewa...merana..lara..gundah gulana...bila laporan yang diberi bercanggah dengan realiti....

Kenapa harus nak selamatkan PAS, yang tersepit sekarang bukan PAS tetapi UMNO....UMNO dah kehilangan taring..semua isu yang ditengahkan satu pun tak dapat membeli minda rakyat...isu duit peruntukan jalan...belum lagi YB Phahrolrazi jawab dalam sidang dun, Tok Det awai-awai lagi dah mengaku....isu Madrasah Salihiah....semuanya kantoi....yang syoknya bukan berlawan dengan kerajaan negeri tapi berlawan dengan Majlis Fatwa....tunggu je dimahkamah...senang bercakap dengan orang cerdik dimahkamah dari bercakap dengan orang pendek akal...tak tak reti-reti nak faham-faham.

Ahaaa....itu tak termasuk lagi..duit kerajaan negeri digunakan untuk membiayai program UMNO..wau...banyak lagi wooo....bro...tu Puteri nak kata tak ada sebab PAS yang gelabah tapi yang lebihnya UMNO yang ibarat seperti kucing nak beranak.

Nak bagitau Tok Bashah...kita orang kalau bermuktamar ke..konvensyen ke..ijtimak ke...kita orang lebih suka bincang masalah kita orang leee...cari penyelesaian...kuatkan aqidah perjuangan...sebarkan isu-isu yang berfakta..kuatkan iltizam..tiup semangat perjuangan..bukannya macam kau orang semua...tak ada kerja lain...asyik hantam Pakatan Rakyat...sampai menghantam peribadi pimpinan..mereka-reka cerita untuk halua telinga yang memang suka mendengar cerita bohong dan fitnah...yang teruknya sampai menghukum PAS ajaran sesat....ada yang sampai nak selak-selak kain...fuhhhh..!

Jangan nak samakan Pakatan Rakyat dengan UMNO...jauh sekali bukan setakat jauh panggang dari api..tapi jauhnya ibarat langit dan bumi....

Takut sangat dengan tawaran Pakatan Rakyat dalam buku jingga...kenapa..? terpukul..? ye..InsyaAllah sekiranya rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk PR ke13 dan diizinkan Allah....kita kan hapuskan tol...tok Bashah kata..kalau hapus tol negara boleh bankrap....betul ke? sekarang ni tol tak dihapuskan pun...negara dah nak bankrap..bukan pasai negara tak ada duit tapi duit negara dah banyak disongklap UMNO....sehingga kewangan negara hampir nak kontang...rakyat jadi sasaran...dibebankan dengan kenaikan harga barang.

Silap fakta tok Bashah ni...perangkaan yang tak berasas....negeri Pakatan Rakyat mana yang UMNO tak kata...." tunggulah..boleh bertahan 3 bulan saja...."...tapi Kelantan telah bertahan lebih dari 20 tahun...Kedah hampir 4 tahun...satu sen pun tak minta hutang kerajaan pusat...turun cukai tanah...hilang pendapatan negeri..tak juga bankrap..namun bertambah pendapatan....hrmmmm...UMNO silap perangkaan..

Sudah-sudahlah Tok Bashah,,jangan juai ubat sengal otot yang tak mujarab....minyak angin yang tak berkesan...minyak urat yang tak menyengat....cukuplah....Puteri nak nasihat...laa ni pebetui masalah dalaman UMNO tu...tumpu kat ahli hampa.......hat yang PAS ke..Pakatan Rakyat ke..biaq kami yang jaga...

Satu lagi jangan dok susah hati tentang masa depan negara Malaysia...kalau Pakatan Rakyat yang memerintah tahulah kami nak buat macamana...pisau kami pegang...mentimun ditangan kami...tau la kami nak potong macamana...

Puteri : Susah hati tengok UMNO dah mula meroyan....

Read more ...

TERDESAK TARIK UNDI CINA !!! Facebook 'Ah Jib Gor' atau ' Abang Najib' diwujudkan


Jika anda berada di laman Facebook, jangan gatal-gatal nak like muka surat "Ah Jib Gor".

Itu satu lagi bentuk propaganda terbaru Najib untuk menarik sokongan masyarakat Cina lebih-lebih lagi dengan kedatangan Tahun Baru Cina, Isnin minggu depan.


Setelah terpaksa berhempas pulas meminta MCA meraih sokongan orang Cina, nampaknya Najib sudah tidak boleh mengharapkan Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai untuk bekerja lagi.


Setelah berjaya dimalukan semasa pilihanraya kecil Sibu, April 2010 lalu, Najib bingung memikirkan apakah jalan terbaik bagi mendekatkan diri dengan masyarakat Cina yang sudah semakin meluat dengan BN.


Lalu kesempatan ini diambil oleh salah seorang setiausaha politiknya yang mencadangkan dibuka laman sosial di Facebook bagi kununnya memperlihatkan bahawa Najib bukanlah perdana menteri yang penuh protokol dan sukar didekati.


Namun inilah hakikatnya kerana imej Najib dan bangsawan sukar dikikis lebih-lebih lagi dasar parti reput Umno-APCO yang hanya mengutamakan golongan bangsawan dan suku sakat untuk terus berkuasa dan merompak harta rakyat sesedap hati mereka!


Dan jangan lupa, selagi keadilan terhadap model Mongolia yang diletup dengan bom C4, Altantuya Shaaribuu masih belum ditegakkan selagi itulah Najib tetap terpalit dengan nama Najib Altantuya!!!


JALAN PULANG



FB baru 'Ah Jib Gor' dalam bahasa Cina


Perhatian semua pengguna Facebook. Kini ada kawan baru dan nama beliau ialah "Ah Jib Gor".


Ia merupakan Facebook baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam bahasa Mandarin sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.


"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali perdana menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata.


"Ah Jib Gor mula beroperasi secara online semalam (Isnin). Ini akan menjadi pelengkap atau sisipan kepada laman media sosial sedia ada beliau. Kami tahu ada masyarakat Cina yang tahu bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Kami mahu menjadi lebih efektif dan interaktif dalam berinteraksi dengan pelbagai masyarakat di negara ini," kata setiausaha politik perdana menteri Wong Nai Chee.


Beliau berkata Facebook dalam bahasa Cina ini bukan berunsurkan politik dan hanya menyentuh mengenai hobi Najib dan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan politik kerana tidak semua pengguna Facebook berminat dengan politik.


"Beliau sudah mempunyai media sosial lain yang memperkatakan mengenai politik. Beliau tidak akan mengambil inisiatif untuk memuatkan berita mengenai politik di FB bahasa Cina walaupun beliau tidak dapat menahan orang daripada memperkatakan perkara berkaitan politik di media sosial ini," katanya.


Perdana menteri mempunyai akaun Facebook dan Twitter di bawah namanya yang telah menerima sejumlah besar pengikut.


Wong menjelaskan nama "Ah Jib Gor" dipilih kerana ia merupakan nama popular yang diberikan kepada perdana menteri oleh pengguna media sosial dan oleh sebahagian besar masyarakat Cina sebelum Facebook bahasa Cina diwujudkan.


"Kami berharap dengan adanya Facebook ini, sebahagian besar masyarakat Cina di negara ini akan dapat mengenali diri perdana menteri sebagai seorang insan biasa," katanya.


Sejak versi bahasa Cina itu dilancarkan semalam dan sehingga pukul 4.30 petang hari ini, "Ah Jib Gor" telah menarik 1,722 pengikut.


- Tiewnama

Read more ...

TERKINI SAHIH!!! Dr. Abdul Yunus Hairi ADUN Sijangkang dilantik Exco Kerajaan Negeri Selangor

SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana
Bukit Kayangan, Shah Alam.


Turut berada di majlis ini adalah Adun Meru Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan pimpinan kerajaan negeri yang lain.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali. Di bawah portfolio ini, Dr Ahmad Yunus banyak membantu Halimah dalam urusan Briged Amal, Gems dan lain-lain projek di bawah Exco ini.

Dr Yunus juga menjaga urusan belia negeri Selangor yang portfolionya dipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kouta kerusi ini adalah milik PAS.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama.

Perawakan

Dr Ahmad Yunus berperawakan lemah lembut namun tegas dan mengutamakan perkhidmatan kepada masyarakat.

(Gambar: Dr Ahmad Yunus menerima watikah perlantikan dari Tuanku Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan.)

Semasa menjadi Pembantu Exco kepada Dr Halimah, beliau banyak melibatkan diri dalam pembangunan belia.

Ketegasannya boleh dilihat melalui tindakannya menyaman Datuk Abdul Fatah Iskandar yang didakwanya memfitnah beliau melalui Berita Harian beberapa hari menjelang pilihan raya umum tahun 2004 lalu.

Ekoran itu, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepadanya.

Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan iaitu Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad.

Read more ...

KENAPA TERUK SANGAT BLOGGER UMNO!!! Wardina difitnah berlakon rumah dirompak



Komen jiran Wardina Safiyyah OfficialPage : "Saya jiran Wardina yg menziarahi beliau pada hari tersebut. Selepas kejadian, Wardina menumpang di rumah jiran sebelah rumah beliau sementara menunggu polis menyiasat rumah beliau.

Wardina menggunakan komputer riba yg diletakkan diatas meja yg disediakan oleh jiran beliau itu. Saya sendiri juga memberi pinjam telefon bimbit utk kegunaan Wardina buat sementara waktu hingga beliau dapat memyelesaikan masalah beliau. Kami jiran jiran yg prihatin dan simpati pada beliau. Kejadian itu boleh berlaku pada kami juga. Kami saling bantu membantu. Kepada yang memfitnah Wardina, takutlah anda dengan balasan Allah kelak."

rujuk : https://www.facebook.com/Kamibencisaifulbukhari/posts/324629784226790?ref=notif&notif_t=share_comment

Fitnah Faisal, Blogger UMNO di bawah UMB yang diketuai oleh tun faisal kepada Wardina : "Orang kena samun dan trauma masih boleh pinjam komputer jiran untuk bertwitter ? Logikkah ? Untuk tujuan apakah dia amat-amat memerlukan menghebahkan berita tersebut melalui twitter disaat dia dan keluarga sedang trauma ? Kenapa dia tidak menunggu selepas keadaan tenang dan trauma telah pulih ? Sanggup pinjam komputer jiran untuk tweet berita tersebut.... Tidakkah itu tujuan untuk menagih simpati dan seterusnya meraih populariti ?" rujuk : http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2012/01/wardina-disamun-benar-atau-lakonan.html

Fitnah Puteri UMNO : "Apakah sebenar yang mahu disampaikan oleh Wardina, hidup di Kuala Lumpur sekarang tidak selamat. Kerajaan sekarang gagal jaga keselamatan rakyat.Dia juga berkata dalam twitternya sekarang banyak rompak dan minta rakyat berhati hati. macam wakil rakyat. baca ini" rujuk : http://gt-puteri.blogspot.com/2012/01/hebat-lakonan-wardina-baru-cuba-untuk.html#comment-form



Nota : Buat puak2 UMNO yang telah menjadikan FITNAH sebagai mainan hidup lu orang, takutkanlah AZAB ALLAH. (kalau lu orang beriman la). Kepala bana apa Wardina berlakon rumahnya dirompak? Ni baca pengalaman Wardina :https://www.facebook.com/notes/wardina-safiyyah-officialpage/trauma/266430563421046

Mudah je sifir UMNO, Altantuya mati sbb bom diri sendiri, Kugan mati sbb pukul diri sendiri, TBH mati, bunuh diri sendiri, Anwar mata lebam, tumbuk mata sendiri, Wardina rumah kena rompak, Wardina berlakon sendiri! WTF!! Pergi jahanam sama UMNO! Busuk sampai ke liang lahad! - angah
— with Mus MustaQim.

Kedahlanie

Read more ...

PANAS!!! Benarkah Azwan Ali ditahan polis kerana ugut Umi Hafilda?

Berikut adalah petikan dari twitter @AzwanNur berkenaan ugutan beliau untuk membunuh dan membakar Umi Hafilda.






Disebabkan kenyataan kasar dan bodoh Azwan Ali ni,dia ditahan polis. Kenyataan Azwan Ali itu boleh disabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaaan kerana melakukan ugutan jenayah. Tidaklah diketahui sama ada Azwan benar-benar bermaksud sedemikian atau hanya ingin mencari publisiti murahan. Namun sebentar tadi sekitar jam 11.00 malam,,tweet @AzwanNur kembali aktif..kena tahan kejap je kot soal siasat…

Read more ...

1000 HEKTAR TANAH DI PERAK TERGADAI!!!! Inikah jasa UMNO mempertahankan tanah orang Melayu?


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang…

Itu adalah sebahagian dari lirik lagu yang digunakan oleh jentera-jentera UMNO untuk membakar semangat peserta-peserta di Biro Tata Negara..

Malangnya biarpun ianya boleh dikatakan dihafal oleh sebahagian besar ahli-ahli UMNO namun ianya sekadar meniti dibibir mereka sahaja..

Begitulah apa yang telah terjadi kepada 1000 hektar hutan simpan di Teluk Rubiah bersebelahan Teluk Batik, Lumut, Perak.. dulunya ia milik kita kini bumi yang dipijak itu telah menjadi milik orang.

Ini kerana ianya dikatakan telah dijual oleh pentadbiran Zambry kepada syarikat dari negara asing iaitu Vale dari Brazil.


Kawasan pantai yang dulunya bebas digunakan oleh nelayan, tidak lama lagi akan menjadi kawasan larangan buat nelayan.

Bukan itu saja, semakin lama, semakin banyak kawasan di Pangkor yang sudah tidak boleh diakses oleh penduduk tempatan. Kawasan-kawasan tersebut sudah jadi milik swasta.



Zambry dan penyokong Umno riuh rendah bila Nizar umumkan pemberian tanah kepada penghuni PPRT dan Kampong Baru, tapi diam bila tanah-tanah rizab Melayu tergadai ketangan orang asing.

Bukan setakat tanah-tanah yang tergadai, malah Pengkalan Tentera Laut di Lumut juga kini sudah terdedah kepada ancaman asing. Pengkalan Tentera Laut kini cukup mudah diceroboh apabila lebih 1000 hektar yang dahulunya hutan simpan di Teluk Rubiah, kini sudah dijual kepada syarikat dari Brazil. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri? Apa nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat tempatan?

Pengkalan TLDM juga terletak berdekatan dengan Teluk Rubiah dan Teluk Batik. Bila siap jeti yang berharga RM700 juta untuk mengangkut bijih besi nanti, kapal-kapal TLDM akan kelihatan seperti bot nelayan. Apabila beroperasi nanti, kapal-kapal pengangkut bijih besi yang akan memasuki jeti di Teluk Rubiah akan memenuhi pantai. Kapal pengangkut bijih besi yang akan masuk ke Teluk Rubiah merupakan kapal yang terbesar didunia.

Kawasan seluas lebih 1000 hektar dimana pusat pengumpulan bijih besi ini pula merupakan kawasan persendirian. Kawasan tersebut sudah dijual kepada syarikat Vale dari Brazil.

Kerajaan negeri sudah tak ada hak bagi kawasan tersebut. Ia sudah jadi kawasan autonomi Brazil sebab ia adalah milik sepenuh Vale Brazil. Bagaimana kawasan strategik yang bersebelahan dengan Telok Batik dan pengkalan TLDM boleh dijual bulat-bulat kepada syarikat asing?


Pantai Teluk Rubiah adalah diantara pantai yang cukup cantik di Lumut. Pantainya landai dan airnya bersih tapi sekarang sudah tidak boleh diakses. Bukit-bukit ditarah…bukan saja dengan jentolak malah menggunakan dinamite.



Bagaimana dinamite boleh digunakan dikawasan yang berhampiran dengan pengkalan TLDM?



Petikan dr komen NGO terhadap Jeti VALE Brazil di Teluk Rubiah: “Sementara kesan terhadap alam sekitar masih menjadi persoalan, impak kerana jeti ini dipegang warga asing pula menimbul pelbagai persoalan lain. Dan berapa banyakkah spinoff downstream value (aliran tunai ke bawah) kepada rakyat Perak juga masih tidak terjawab.

"Kerajaan Perak di bawah Zambry sedang melakukan sesuatu yang tidak sihat yang tidak pernah dilaksanakan jika ia tetap membenarkan syarikat asing untuk memiliki jeti di satu lokasi yang begitu strategik seperti di Lumut,” blog tersebut memberikan amaran.

“Mengapa kerajaan Perak begitu baik kepada Vale?” soalnya, sambil bertanya apakah projek ini menguntungkan rakyat Perak atau sekadar memenuhi objektif syarikat asing yang mempunyai duit.

“Sebab kontrak untuk membina fasiliti Vale kebanyakkannya diberikan kepada warga asing, di mana hanya sebahagian kecil sahaja jatuh ke tangan syarikat Malaysia. Kontrak rekacipta jeti berjumlah RM675.8 juta telah diberikan kepada Netherlands’ Royal BAM Group,” katanya lagi - sila baca di SINI

Jelas kepada kita kini.. demi mengejar kepentingan mereka pemimpin-pemimpin UMNO rela menjual tanah milik negara kepada bangsa dari negara asing tanpa mempedulikan keselamatan negara..


Artikel diatas telah diolah semula dari karya asal MSK @ Malaysia Times
Gambar-gambar telah disediakan oleh Otai Manjung

ASD

Read more ...

PARASIT!!! Ketuanya sudah dipecat


Post Pic
KUALA LUMPUR, 17 JAN - Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menggelar Datuk Dr Hasan Ali sebagai “Ketua Parasit” jika benar parti itu dibolos oleh golongan berkenaan sebagaimana yang didakwa oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

“Setahu saya tidak ada parasit. Kalau dia tau, maknanya dialah ketua parasit. Tentulah senarai parasit ada ditangan ketua,” kata beliau kepada antarapos.

“Kami duduk dalam Pas pimpinan tertinggi kata tidak ada parasit. Tiba-tiba dia kata ada. Hanya ketua tahu nama-nama parasit. Kita nak dengar ketua parasitnya memberitahu senarai parasit dalam Pas ini siapa,” tambah beliau.

Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi enggan mengulas dakwaan Datuk Dr Hasan Ali bahawa perjuangan Islam parti itu diancam oleh sekumpulan parasit yang memegang jawatan penting di dalamnya.

"Saya tak mahu komen berkenaan kenyataan beliau (Hasan Ali) berkenaan isu itu. Saya lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja," kata beliau kepada antarapos.

Hasan bagaimanapun dikecam oleh Pemuda Pas Selangor selepas beliau mengumumkan akan menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan "parasit" parti itu, yang menurut beliau turut mendalangi pemecatannya.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor Mohd Sany Hamzan menyifatkan sebagai seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh ‘dikawal' oleh peraturan parti.

"Dewan Pemuda PAS Selangor tidak akan berdiam diri malah bersedia untuk ‘menjelajah' seluruh negeri Selangor untuk menjawab tohmahan dan fitnah Datuk Hasan terhadap PAS sekiranya beliau masih lagi memperlekehkan dan menghentam PAS secara terbuka," kata beliau.

Beliau menyifatkan Hasan sebagi seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh ‘dikawal' oleh peraturan parti.

Sehubungan itu, Mohd Sany berkata, pihaknya berharap Hasan menyedari kesalahannya dan memohon maat atas "ketelanjuran dan keceluparan" beliau sebelum ini.

Bekas exco kerajaan Selangor itu dipecat oleh Pas minggu lalu kerana dituduh bertindak membelakangi kepentingan Parti. Beliau juga dilucutkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Hasan menuduh Pas memecatnya akibat tekanan Parti Keadilan Rakyat yang marah kerana beliau meminta mahasiswa tidak menyertai perhimpunan semepena keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim 9 Januari lalu.- antarapos.com

Read more ...

ANWAR SAMAN RM 500 JUTA!!! Utusan tetap jadi tukang fitnah selagi UMNO berkuasa

DARI awal lagi memang kita dah agak, Utusan Malaysia menempah padah kerana mengeluarkan berita tak masuk akal kononnya Anwar menyokong homoseksual.

Tindakan saman yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim memang sudah dijangka dari awal. Inilah masanya untuk Anwar mengaut keutungan daripada akhbar propaganda yang suka memperbodohkan orang kampung seperti Utusan.



Satu kenyataan media yang dikeluarkan di blog rasmi Anwar Ibrahim, yang ditulis oleh peguam beliau, N. surendran mengesahkan bahawa satu tindakan undang-undang akan diambil ke atas akhbar Utusan Malaysia, milik Umno.

Walaupun Utusan sudah banyak kali disaman dan terpaksa membayar puluhan juta ringgit, akhbar itu dilihat terus juga mengeluarkan propaganda-propaganda bodoh seperti ini. Elok benarlah Utusan disaman lagi.


ReJaM© "Dah nak bangkrap pun masih tak serik-serik Utusan ni..."


Read more ...

PENGANTI HASAN ALI !!! Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman

NONEAnggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru merupakan calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Hasan Ali, yang hilang kelayakan selepas dipecat daripada parti baru-baru ini.

Pemilihan Dr Rani Osman (kanan) difahamkan ekoran kedudukannya dalam PAS sebagai pesuruhjaya negeri dan pengalamannya sebagai timbalan pengerusi Ahli-ahli kelab penyokong kerajaan (BBC).

Peluang doktor perubatan itu mengalahkan dua lagi calon dalam senarai PAS, iaitu ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Bangi Shafie Abu Bakar.

Yunus sekarang merupakan pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala Shafie pula antara orang lama dalam PAS negeri dan pernah dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya PAS di zaman Hasan.

Jika tiada halangan, Dr Rani dijadual mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok pagi.

Jika dilantik, beliau juga dijangka hadir kali pertama dalam mesyuarat exco esok, seterusnya tampil dalam sidang media bersama Khalid bagi mengumumkan pelantikan itu.

Dr Rani pada 10 Januari lalu dilaporkan berharap tidak dicalonkan menggantikan Hasan kerana khuatir tidak mampu memikul tanggungjawab itu.

Beliau bagaimanapun berkata, semuanya terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi parti dan PAS negeri hanya menerima sebarang keputusan.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sebelum ini menyokong penuh saranan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al Hiss, supaya kekosongan untuk exco diserahkan kepada Dr Abdul Rani Osman selaku pesuruhjaya PAS negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

Pemuda PAS Selangor berpandangan Dr Abdul Rani adalah orang yang selayaknya mengisi kekosongan kuota tersebut bukan sekadar beliau merupakan orang PAS nombor satu Selangor tetapi beliau juga cukup dekat dengan rakyat dan cukup prihatin dengan permasalahan rakyat.

Read more ...

ROOBIN HOOD!!! Bukti UMNO / BN guna Bantuan Rakyat RM 500 untuk tarik undi

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/390100_10150542183842556_654882555_8745424_1164483284_n.jpg

kerabu bersuara

Roobin Hood Barat curi wang pemerintah zalim beri kepada rakyat

Roobin Hood Malaysia

curi RM 250 juta wang rakyat

bagi balik RM 500

nak tunjukan Umno tu baik

wakakakaka

semua pergi ambik pastu pangkah Pakatan Rakyat nanti

hahahahahaha

kesian beb!

Read more ...

SECARA TEORI!!! Jika PR menang di Perak dan NS , 4 negeri sedia ada akan kekal di bawah PR

BN pening dengan Rapat Rakyat Perdana

Sukar untuk dianggarkan berapa puluh ribu manusia yang hadir di Rapat Rakyat Perdana di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti Sabtu lalu. Yang pastinya ialah terlalu ramai.

Berbeza dengan mana-mana himpunan BN; orang yang datang program Pakatan Rakyat ni keluar duit poket sendiri untuk hadir, tiada kerahan tenaga untuk hadir, tiada pengangkutan percuma dan tiada nasi bungkus. Tiada apa sumbangan yang diberi oleh PAS.

Jangankan sumbangan RM500 atau RM100... sekupang pun tak beri, tadah kantung lagi ada untuk kutip derma dari hadirin.


Jika dilihat di media arus perdana pembangkang sudah berpecah. Masing-masing parti ada masalah sendiri. Di sana sini ada beribu orang keluar meninggalkan parti; dari pemimpin hingga pengikut, namun parti yang ditinggalkan itu tidak pernah kemarau penyokong malah bertambah-tambah.


Di pihak BN pelbagai jenis sumbangan turun mencurah-curah atas nama BR1M. Bukan sedikit pula jumlahnya. Logiknya semua rakyat sudah berkhiblat kepada BN. Tapi ia tidak berlaku begitu.

Apa sebenarnya yang mendorong rakyat turun dengan jumlah yang begitu besar untuk bersama PR? Kekuatan inilah yang memeningkan kepala Datuk Seri Najib, UMNO dan BN.


Madrasah Salihiah

Isu madrasah Salihiah yang begitu panas dimainkan oleh pembangkang (UMNO) di Kedah kini semakin reda. Akhirnya yang masih setia menggalas isu tersebut hanya Perkasa, itupun hanya beberapa kerat manusia.

UMNO kelihatan sudah menyisihkan diri. Saya percaya UMNO sudah mendapat nasihat dari MCA perihal keterlanjuran mereka mengasak isu tersebut. “Orang Cin sangat marah kalau meniaga mereka disabotaj,” ujar seorang rakan yang menjadi AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Tapi perhitungan kerajaan PAS bukan kerana mahu mencari undi Cina. Tujuannya hanya mahu membangunkan kawasan yang terbengkalai 30 tahun tanpa mampu diselesaikan oleh 5 Menteri Besar BN, mahu menjana ekonomi negeri.

Siapa saja boleh berniaga di situ tak kira bangsa, akan wujud sebuah ‘pekan Rabu’ untuk peniaga Melayu.


Saya mengikuti dengan terperinci hujah-hujah pihak2 yang membantah dan bersetuju. Maka pemenangnya ialah pihak yang bersama kerajaan negeri! Bukan kerana saya orang PAS tapi kerana hujah mereka lebih mantap.

Bagi saya tidak perlu sebenarnya berdebat berjela2 isu madrasah Salihiah seperti terdapat dalam blog2. Masyarakat kita ‘malas berfikir’ dengan mendalam macam tu.

Tiga hujah sudah cukup untuk letakkan kerajaan negeri di pihak yang betul. (1) Mufti dan ahli2 Majlis fatwa yang buat keputusan, takkan depa lebih jahil dari.. (sesiapa saja, anda boleh namakan sendiri) (2) Institusi agama di Kedah (Mufti, Majlis Fatwa dan MAIK) di bawah naungan Sultan, lawan mereka bermakna lawan Sultan (3) Tunjuk pelan surau baru yang lebih besar, lebih cantik dan lebih gagah dari madrasah Salihiah.. maka selesai isu Madrasah Salihiah!



PAS boleh menang lagikah di Kedah?

Semakin dekat PRU semakin banyak soalan ini diajukan. Terutamanya oleh rakan2 yang tidak terbabit politik atau berminat sekadar dari jauh. Bagi orang PAS, jarang bertanya soalan tu sebab tak pernah ada PRU yang mereka tak yakin untuk menang.

Orang BN pun serupa, tidak ada PRU yang mereka tidak yakin akan menang termasuk PRU12 lalu. Kali ini selepas jadi pembangkang BN yakin akan tawan balik Kedah.

Bagi menjawab soalan tersebut saya lebih berminat untuk melihat beberapa kajiselidik yang dibuat berdasarkan hukum taburan normal mengikut ilmu statistic.

Saya sendiri terbabit dengan sebuah kajian. Semua kajian (oleh BN, PAS atau professional) menunjukkan PAS masih boleh bertahan di Kedah. InsyaAllah. Tapi tidak di Malaysia.


Bagaimanapun kajian terbaru perlu dibuat, terutamanya selepas Anwar didapati tidak bersalah dan selepas Hasan Ali dipecat. Di Kedah, kekuatan PAS dan UMNO adalah seimbang. Kehadiran pengundi bukan Melayu di sebahagian besar kerusi DUN di Kedah akan jadi faktor penentu.

Sementara bukan Melayu berpihak kepada PR, maka kedudukan PR lebih baik bagi BN di Kedah. Di Selangor, peratus pengundi Cina lebih besar (berbanding Kedah) tetapi kekuatan UMNO mengatasi PAS di sana. Di Kelantan, bergantung kepada kekuatan PAS semata-mata, undi bukan Melayu tidak jadi penentu.

Jadi bagi PR, harapan di Kedah adalah lebih baik berbanding Selangor dan Kelantan. Bagaimanapun PR di Pulau Pinanglah yang lebih mantap kerana undi bukan Melayu sudah terlalu besar dan mereka solid menyokong PR.

Secara teori, jika PR boleh menang di Negeri Sembilan maka Perak dan empat buah negeri yang ada kini juga akan dimenangi.


Itu semua analisa di atas kertas. Hakikatnya, “Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan mencabut kekuasaan dari sesiapa yang Dia kehendaki.”


Apa keutamaan PAS kini?

Pasca konvensyen ketiga atau yang terakhir sebelum PRU13, cabaran terbesar bagi PR yang harus dihadapi dan ditangani ialah undi Melayu. Realiti yang ada BN hilang sokongan mengundi bukan Melayu pada PRU12.

Selama empat tahun berusaha gigih siang dan malam, BN masih gagal menanganinya. Pilihan yang ada bagi BN ialah memantapkan undi Melayu dan melupakan undi bukan Melayu.


Najib berkampung hampir minggu di Felda, Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan sekonyong-konyong UMNO menjadi juara isu murtad; semuanya menjurus kepada usaha menarik undi Melayu semaksima yang termampu.

Di waktu yang sama Anwar digambarkan sebagai seorang yang sudah murtad (pluralisme), menyokong seks bebas, mengkhianati orang Melayu dan PAS sebagai mengikut telunjuk DAP dalam banyak isu yang mereka sendiri ciptakan.

Semua itu dilakukan demi undi Melayu. BN pun sedar bahawa usaha menjuarai undi Melayu secara agresif akan mengurang undi bukan Melayu, kerana kedua perkara tersebut akan menghasilkan geraf yang berkadar songsang tetapi pilihan yang ada ialah melonjakkan undi Melayu adalah lebih utama kerana peratus pengundi Melayu lebih tinggi di negara ini.


Selepas Anwar disahkan tidak meliwat oleh mahkamah dan Saiful Bukhari disahkan menipu, maka PR mendapat lonjakan baru dari segi imej. Imej ini mesti dipertahankan sehingga PRU13.

Jangan ada lagi mana-mana pemimpin PR yang tersasul dalam percakapan khususnya pemimpin bukan Melayu. Hindarkan tindakan dan percakapan yang boleh dimanipulasi sebagai anti Melayu.


Ada kewajarannya di saat yang penting dan genting ini (menjelang pilihanraya) biarlah DAP dan KeADILan yang menumpukan kempen untuk bukan Melayu manakala PAS gerakkan jentera habis-habisan untuk menarik pengundi Melayu.

Orang Melayu lebih makan budi dari makan isu

Berbeza dengan bukan Melayu, orang Melayu lebih ’makan budi dari makan isu’. Jangan pandang enteng pemberian wang RM100 dan RM500 yang dihamburkan oleh BN menggunakan duit rakyat.

Di samping memberi penjelasan bahawa itu duit cukai yang diambil dari poket rakyat, bukan duit poket pemimpin BN rakyat juga mesti difahamkan bahawa rakyat memperolehinya kerana PR kuat dan menjadi ancaman kepada BN.

Ia berlaku akibat BN hilang majority dua pertiga di Parlimen dan rakyat tidak pernah merasai pemberian seumpama itu sewaktu BN menang besar 50 tahun lalu.


Oleh kerana umumnya Melayu lebih makan budi dari makan isu, maka pamerkan budi di kalangan orang Melayu sehingga terasa dalam lubuk sanubari orang Melayu akan budi yang dihulur.

Ia tak semestinya berupa kebendaan. Almarhum Ustaz Fadzil pernah melancarkan gagasan besar memasyarakatkan PAS, biarlah ia disempurnakan di zaman ini.

Read more ...

CATATAN ZUNAR!!!Kisah Anwar di Istana Negara


Catatan oleh: ZUNAR

(Terlebih dulu perlu dijelaskan, orang yang menceritakan peristiwa ini kepada saya minta dirahsiakan, tetapi saya berkata kenapa tidak didedah supaya rakyat tahu hipokrasi pemimpin Umno/BN. Sebagai jalan keluar saya berjanji untuk merahsiakan nama).


Dalam majlis di Istana Negara menyambut Agong yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput sebagai Ketua Pembangkang. Anwar hadir bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah menteri-menteri kabinet, semua ketua-ketua tertinggi jabatan kerajaan, semua ketua-ketua tertinggi institusi pendakwaan serta para hakim.


Sementara Agong belum tiba, seorang ketua jabatan pendakwaan mengaku kepada Anwar bahawa dia tidak terlibat dalam kes baru ini (merujuk pertuduhan liwat). Kata Anwar: "You jangan bohong, menurut Datuk ........, you yang beria-ia sangat nak dakwa saya.
"Tidak Datuk Seri, masa kes sampai ke tangan saya, saya nampak ia memang longgar dan tak berasas, tapi saya terima arahan (pihak atasan)."

Seorang menteri kanan kemudian datang menyapa, "Apa khabar adinda ku Anwar?". Kata Anwar, "Apa adinda, hari-hari U bantai I, ....." Dua lagi menteri kanan portfolio penting juga datang menyapa.

Seorang Menteri Besar negeri Umno datang menyapa dan bertanya khabar, Anwar berkata di sini u buat baik, kenapa I pergi ceramah di ........, u padam lampu. Jawabnya, "bukan saya beri arahan, saya tak terlibat."


Isteri Menteri Besar tersebut tegur Anwar, "Datuk Seri, U nampak berseri dan segak, tak seperti dalam TV, surat khabar, nampak sakit dan lemah. Azizah mencelah, "Memang la, surat khabar, TV Umno memang nak tunjukkan Anwar lemah."


Bebarapa ketua jabatan kerajaan meminta untuk bergambar dengan Anwar, termasuk Ketua.......


Seorang hakim kanan berkata kepada Anwar,
"Saya sungguh jelak tengok perangai menteri-menteri tersebut, macam-macam mereka lakukan terhadap Datuk Seri, tapi hari ini semua nak tunjuk baik."

Kedah La

Read more ...

DAKWA PARASIT!!! PAS tak kacau ceramah Hasan Ali, tapi dia nak ceramah atas pentas apa?

Hasan Ali dalam kenyataan medianya akan jelajah untuk ceramah seluruh negara. Sabah dan Serawak pun dok menanti ceramah beliau.

Mahfuz dah bagi jaminan PAS tak akan ganggu ceramah Hasan Ali. Ceramah lah sebanyak mana dia nak ceramah.

Namun masalahnya, di pentas mana dia nak ceramah. Siapa yang akan sediakan pentas dia ceramah. Tak kan PAS nak sediakan pentas untuk dia pecah belahkan parti PAS dengan dakwaan Parasit.

Hanya tiga organisasi yang mungkin boleh sediakan pentas untuk beliau. Pertama, PERKASA tapi pendengarnya bukan ahli PAS kerana PERKASA kebanyakannya ahli UMNO.

Kedua , UMNO tapi tak kan beliau nak dedah parasit dalam PAS kepada ahli UMNO.

Ketiga, ISMA yang tidak puas hati kepada PAS kerana pecat Hasan Ali . Mungkin ISMA boleh sediakan pentas macam pentas HIMPUN. Namun, sudi kah ISMA berubah menjadi pentas politik kerana ISMA hanya sebuah NGO.

Atau pun pembina blog Berani Berubah Selamatkan PAS dan Facebook Selamatkan Harakah yang merupakan penyokong kuat Hasan Ali akan sediakan pentas untuk Hasan Ali. Namun , beranikah mereka keluar zahirkan diri di sebalik blog dan facebook yang dibina.

Kita nantikan ceramah pertama Hasan Ali..... Admin

Dedah 'parasit': Pakatan jamin keselamatan Hasan


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik keputusan bekas Pesuruhjaya Selangor Datuk Hasan Mohd Ali yang membayangkan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya sebagai ahli PAS seperti dilapor media.

Bagi beliau, Hasan mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk memilih.


Ketika diminta mengulas gesaan dari sesetengah pemimpin PAS yang mahu Hasan merayu, Mahfuz berkata beliau tidak boleh memberi respon kerana turut terbabit dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat yang memutuskan supaya Hasan disingkirkan.

"Saya boleh kata begini. Kalau betul seperti dilapor media semalam, saya menyambut baik keputusannya yang tidak mahu merayu.

"Saya juga mendoakan agar beliau diberi kekuatan untuk terus berjuang seperti apa yang beliau cakap sebelum ini," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena pada sidang media di pejabat Agung PAS, semalam.


Ketika ditemui selepas itu, Mahfuz turut memberi jaminan bahawa negeri-negeri Pakatan Rakyat akan membenarkan Hasan yang mahu menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan isu pemecatannya itu.

"Saya bagi jaminan, bahawa Pakatan Rakyat akan jaga keselamatan beliau (Hasan) jika beliau mahu berceramah di negeri-negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Kumpulan itu dakwanya telah memesongkan PAS dari perjuangan Islam.

Hasan juga membayangkan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya mereka berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

"Kita tidak akan bertindak seperti PERKASA yang mengganggu ceramah (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu seperti sebelum ini.

"Jadi Hasan tidak perlu risau," kata Mahfuz lagi.

http://malaysiakini.com/news/186784

Read more ...