Friday, November 15, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Ahmad Zamri mahu tarik profesional muda kukuh Pemuda PAS

KUALA LUMPUR: Menarik serta menggembleng lebih ramai tenaga muda profesional daripada pelbagai latar belakang bersama menjiwai perjuangan murni PAS menjadi salah satu agenda utama Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (gambar) sekiranya dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam Muktamar PAS nanti.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) berkata, buah fikiran dan tenaga mereka ini amat diperlukan dalam Dewan Pemuda PAS berdasarkan kepada kepakaran dan kebolehan masing-masing.

"Selalu kita dengar mereka yang profesional ini cenderung kepada PKR dan DAP, dan kali ini kita akan pecahkan dan cuba tarik lebih ramai golongan muda berprofesional untuk memperkuatkan lagi Pemuda PAS," tambahnya.

Namun katanya, perkara paling penting adalah memasyarakatkan Pemuda PAS dengan isu-isu dan permasalahan yang  membelenggu rakyat.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Suhaizan, Raja Ahmad Iskandar semakin jauh mendahului calon lain

 
Poll bagi jawatan-jawatan dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia berbaki 4 hari lagi. Bagi jawatan Ketua Pemuda,  jelas Suhaizan Kayat jauh di depan 2 calon lain. Suhaizan memperolehi 71 % daripada jumlah undian berbanding Zulhazmi 16% dan Kamarulzaman 11%.

Raja Ahmad Iskandar juga jauh di depan mendahalui Khalil Hadi bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda. Raja Ahmad mendapat 79% undi berbanding Khalil Hadi 20%.

Sementara , Poll bagi jawatan Naib Ketua Pemuda baru sahaja dibuat. Bagi jawatan ini ,jumlah undi yang diterima kedua calon tidak ketara perbezaannya.   Ahmad Zamri mendapat 67% undi dan Mohd Khairil 32%.

Jika dikira undi pengunjung blog ini yang majoritinya penyokong PR. Suhaizan, Raja Ahmad memang jauh dikenali dan menjadi pilihan berbanding calon lain. 

Perbezaan undi yang jauh tidak seperti Poll bagi jawatan Timbalan Presiden PAS yang menyaksikan persaingan undi yang sengit antara 3 orang calon.

Ramai yang memberitahu , undian Poll di blog dan Facebook tidak memaparkan kecenderungan sebenar perwakilan. Benar, tapi untuk pemilihan pimpinan PAS Pusat. 

Bagi jawatan dalam Dewan Pemuda, ianya berlainan kerana majoriti perwakilan pemuda adalah pengguna facebook dan blog.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Salahudin mahu bawa PAS lebih inovatif dan dinamik

KUALA LUMPUR: Berhasrat untuk terus memposisikan kedudukan PAS di pentas politik tanah air dan bersaing dalam menentukan masa depan politik negara, Salahuddin Ayub berikrar akan meneruskan apa yang sudah dilakukannya jika terpilih sekali lagi dalam muktamar kali ini sebagai naib presiden.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini Salahuddin berkata peranan beliau membina 'jambatan' bagi menghubungkan PAS dengan dunia luar itu perlu diperkukuhkan dan dianjakkan lagi bagi memastikan PAS sebagai sebuah parti progresif, inovatif dan dinamik.

"Bagi saya, PAS sebagai parti yang berdasarkan Islam ini mesti perlu progresif, inovatif dan dinamik bagi memposisikan diri sebagai sebuah parti yang dapat bersaing dalam suasana politik masa depan negara," tegas beliau.

Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut berpendapat PAS perlu muncul untuk jadi parti terkuat, yang merupakan satu lonjakan baru yang perlu didokong bersama yang turut akan dibina kelak.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Dr Rosni mahu Muslimat PAS jadi pencorak masyarakat


KUALA LUMPUR: Calon Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dr Rosni Adam (gambar) berazam untuk menjadikan DMPP sebuah organisasi yang bergerak dan mampu mencorak masyarakat.

Beliau berkata, berbekalkan kekuatan dalaman dan kelebihan ilmu yang dimiliki pimpinan dan ahli, DMPP mampu menjadi organisasi yang mendepani isu-isu masyarakat khususnya isu wanita.

"Kita mahu DMPP menjadi organisasi yang bergerak berbekalkan kekuatan tarbiyah dan pengalaman ilmu untuk merasai denyut nadi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai golongan dan tahap pendidikan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau juga berkata, DMPP perlu menjadi organisasi yang seimbang dari sudut siasah dan dakwah, bertepatan dengan dasar PAS yang memperjuangkan Islam.

Read more ...