Monday, July 5, 2010

Malaysia ke arah negara fasis

















SHAH ALAM, 5 Julai :
Tindakan sewenang-wenangnya mencabuli demokrasi serta penyalahanguna kuasa oleh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno sejak lebih dua abad lalu akan menjadikan negara Malaysia sebuah negara fasis jika rakyat tidak bangkit dan merubah masa depan negara.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim berkata Umno juga mempersendakan nilai-nilai adab dan kebudayaan serta menggunakan pendekatan condong dalam mendefinasi serta penerapan nilai-nilai moral.

Sehubungan itu, katanya adalah penting bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk membangunkan semula negara ini melalui keikhlasan dan suara hati mereka dengan memberikan peluang kepada kepimpinan Pakatan Rakyat dalam usaha mereka membentuk negara Malaysia yang lebih baik.

Beliau berkata demikian di pelancaran "Friends of Pakatan Rakyat" di Hotel Conway, Holborn London, semalam yang turut yang dihadiri oleh kumpulan aktivis masyarakat, wakil parti gabungan Pakatan Rakyat.

"Walaupun keadaan tampak murung, namun adalah wajar bagi semua pihak memahami baik dan buruknya keadaan yang sedang dialami dalam perjuangan merubah untuk masa depan yang lebih baik dan Pakatan Rakyat berikrar akan membawa keharmonian sebenar kepada Malaysia," katanya ketika berucap di forum berkenaan.

Menurutnya, Perlembagaan sedia ada di negara ini disematkan untuk visi politik masa hadapan yang dibentuk untuk memastikan sistem periksa dan imbang bagi mengendalikan secara adil konflik kepentingan individu, masyarakat dan negara namun dewasa ini, ianya telah dicemari oleh kumpulan yang berpengaruh serta berkuasa yang mempunyai kepentingan tersendiri.

Zaid juga menyentuh tentang krisis kehakiman pada 1988 sebagai contoh kepada antara tindakan yang menyebabkan Perlembagaan dicabuli dan secara tidak langsung telah melemahkan semangat Perlembagaan yang didukung di negara ini.

"Negara yang mengkompromikan semangat Perlembagaan akan membuka laluan untuk menghancurkan negara tersebut. Negara kita sekarang adalah sebuah negara yang sakit - badan yang penting dalam institusi negara semuanya berada dalam keadaan yang parah.

"Hari ini kita berada di dalam situasi sesat kerana kita sakit, dalam semangat kemudian secara fizikal, dan ubat yang diberikan oleh BN kepada institusi-institusi berkenaan adalah Fasisme," tambah beliau lagi.

Umno katanya memutarbelitkan adab dengan melaungkan cogankata "Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia" merujuk kepada pahlawan Melayu Hang Tuah sebenarnya mempermainkan nilai budaya dan juga sentimen perkauman.

Menurutnya, Pakatan Rakyat menolak ideologi supremasis kerana gagasan itu menghargai kebudayaan pelbagai kaum kerana ia adalah yang dituntut oleh adab yang sebenarnya dengan memahami apakah dia adab dari segenap sudut.

Beliau menambah keruntuhan pada asas utama bermula daripada institusi-institusi utama kerajaan negara ini di bawah pimpinan Umno dan ia bukan permasalahan atau dilema yang dihadapi oleh kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan tetapi masalah negara.

"Bagaimanapun, Umno mahu kaum Melayu mempercayai bahawa keadilan boleh berfungsi dengan pemikiran cetek dan kejujuran tidak penting asalkan sesuatu bangsa itu terselamat. Jelas sekali ini bertentangan dengan adab kita.

"Kelangsungan hidup yang dicanangkan (Umno) adalah jenis kelangsungan hidup yang paling jahat dan biadap dan langsung tidak berfungsi serta tidak akan berjaya untuk masyarakat atau negara," kata Zaid.

Umno, katanya bersuara untuk kaum Melayu seolah-olah kaum terbabit akan menjadi semakin miskin tanpa mereka.

Mereka juga mendakwa berjuang untuk Melayu namun sebenarnya apa dan siapakah yang diperjuangkan yang menjadi persoalan.

Read more ...

DHPP lawat Kelantan dan Terengganu

P1000545.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 5 Julai : Seramai 40 orang daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Parit Buntar telah mengunjungi Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas sesi sidang Dun Kelantan.

Pengerusinya Ong Choi Ee berkata, kunjungan muhibbah tersebut disertai orang Tionghua Parit Buntar dalam rangka lawatan dua hari ke Kelantan dan Terengganu.

“ Kami telah disambut mesra oleh Tuan Guru dan beberapa Exco Kerajaan Negeri di pejabatnya.

“ Tuan Guru mengucapkan terima kasih kepada rombongan kerana sudi mengunjunginya serta melawat beberapa tempat menarik di negeri ini” katanya

Beliau berkata, peserta rombongan telah mengikuti sesi dialog oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10.

“ Rombongan juga mengunjungi beberapa tempat menarik di Kelantan seperti rumah-rumah ibadat di Tumpat, Rantau Panjang dan sekitar Kota Bharu.

“ Ada peserta yang pertama kali melawat Kelantan kagum dengan keunikan serta pembangunan negeri ini kerana sebelum ini hanya mendengar tohmahan bahawa Kelantan negeri mundur” katanya

P1000600.jpg picture by paspb

Ong Choi Ee berkata, seterusnya rombongan berkunjung ke kediaman Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang.

“ Kami mahu mengenali lebih dekat tentang kehidupan Presiden PAS. Sukar nak percaya, rumah Presiden PAS sangat sederhana macam rumah orang kampung lain” katanya

Menurutnya, peserta rombongan telah disambut oleh Setiausaha PAS Terengganu Yahaya Ali dan beberapa orang pimpinan PAS Terengganu.

“ Walaupun Tuan Guru tiada kerana urusan yang tidak dapat dielakkan namun peserta rombongan telah disambut anak beliau Mohammad Khalil Abdul Hadi dan pemimpin PAS Terengganu “ katanya

Tambahnya, selain melawat kediaman Presiden PAS peserta rombongan telah dibawa melawat Pusat Pengajian Ma’ahad Darul Quran, Masjid Rusila dan Pejabat PAS Marang

Read more ...

Keshvinder diberi 14 hari dan gantirugi RM500,000



IPOH, 5 Julai : ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh hari ini diberi notis 14 hari untuk memohon maaf kepada ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim serta membayar ganti rugi RM500,000 kerana membuat kenyataan tidak benar tentangnya.

Menurut Harakahdaily, surat notis itu akan dihantar petang ini oleh peguam Khalil Idham, A Sivanesan yang juga ADUN DAP Sungkai, selepas Khalil membuat laporan polis mengenainya tengahari tadi di balai polis Parit Buntar.

"Saya beri dia notis 14 hari untuk meminta maaf dan membayar gantirugi RM500,000. Jika tidak prosedur saman ini akan difailkan oleh peguam saya," kata Khalil Idham (kiri).

Keshvinder, ADUN DAP Malim Nawar telah keluar DAP baru-baru ini. Dalam kenyataannya kepada media, beliau berkata pernah meminjam wang dari Khalil Idham, untuk membantu penduduk kawasannya.

Namun, menurut Khalil Idham yang juga Ketua Penerangan Pakatan Perak dan bekas pengerusi Kelab BBC kerajaan Perak, beliau dihubungi oleh Kesvinder melalui sms untuk meminjam wang bagi membayar hutang bank setelah keretanya ditarik.

"Saya sendiri telah bersama beliau ke Ambank Ipoh pada 19 Mei lalu dan memberikan wang sebanyak RM3,500 untuk tujuan itu. Saya sendiri melihat dia membayar wang sebanyak RM2,825 untuk tujuan itu," kata Khalil Idham.

Khalil Idham berkata, beliau mempunyai bukti segala kenyataannya dan akan digunakan dlam perbicaraan di mahkamah nanti.

Pada 25 Februari lalu, ADUN Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Pada 15 Jun lalu, pada sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional.

Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

"Saya bersih," kata ADUN Malim Nawar itu.

Antara dakwaan beliau ketika mengumumkan kerana keluar DAP adalah kerana kegagalan DAP membantunya dalam menguruskan keperluan rakyat kawasannya.Malaysiakini

Read more ...

Petronas bakal gulung tikar

tony petronas_250_220















KUALA LUMPUR, 5 Julai :
Petronas bakal menghadapi risiko ‘gulung tikar’ jika kerajaan Barisan Nasioanl (BN) terus mengaut keuntungan syarikat minyak negara bagi tujuan tertentu, kata Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee.

Katanya, Petronas masih lagi memberikan nilai dividen yang tinggi bernilai RM30 bilion kepada kerajaan walaupun menghadapi kemorosotan keuntungan dalam tahun kewangan 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas sebelum ini mengumumkan keuntungan syarikat (selepas pemberian dividen) berjumlah RM10.3 bilion, merosot 52.2 peratus jika dibandingkan tahun lalu.

Pua turut melahirkan kebimbangannya jika pembayaran dividen boleh menyekat rancangan pertumbuhan syarikat itu.

Ini kerana katanya kemerosotan mendadak dalam keuntungan dan pembayaran dividen yang tinggi mampu ‘mengganggu’ usaha Petronas’ mengembalikan prospek pelaburan untuk menjana hasil keuntungan pada masa akan datang.

Beliau juga mendedahkan jumlah baki keuntungan untuk pelaburan semula turut merosot daripada 42.5 peratus pada tahun 2005 kepada 13.5 peratus pada tahun ini.

Sebaliknya, nisbah pembayaran dividen melambung naik sehingga 74 peratus pada tahun ini daripada tahun lepas berjumlah 57 peratus

Menurut Petronas, bayaran dividen kepada kerajaan semakin meningkat daripada RM9.1 bilion pada tahun 2005 kepada RM30 bilion tahun lalu.

"Petronas nampaknya tidak mampu menanggung bayaran dividen yang terlalu tinggi kepada kerajaan berikutan keuntungannya yang semakin merosot," kata Pua kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Petronas bakal ’suram’?

Pua juga berkata, kekurangan dana untuk pelaburan semula akan menyekat keupayaan Petronas menjamin kestabilannya untuk memperoleh keuntungan hasil pada masa akan datang, sekaligus mengurangkan produktiviti dan kecekapannya dalam jangka panjang.

"Dividen yang dibayar oleh Petronas… seperti mana-mana syarikat-syarikat lain, diagihkan mengikut keperluan syarikat, bukannya mengikut keperluan pemegang saham dimana dalam kes ini adalah kerajaan Malaysia," katanya.

Pendedahan Petronas yang memerlukan pelaburan yang besar dan kukuh untuk mengembangkan perniagaannya sekaligus mahu memulihkan bahagian minyak dan gasnya memberi amaran syarikat itu benar-benar terdesak untuk mengekalkan keuntungannya, tambah Pua.

"Sesebuah syarikat mempunyai nisbah bayaran dividen yang tinggi hanya jika ia tidak lagi mempunyai keuntungan untuk menghasilkan keuntungan sampingan pada masa akan datang.

"Bermakna dalam kes ini, jelas bukan intensif modal daripada industri minyak dan gas," tegas beliau.

Petronas perlu mengekalkan keuntungan sekurang-kurangnya 50 peratus mempunyai pelaburan besar dalam sektor produktif, dan mempunyai simpanan hasil pendapatan sebanyak 20 peratus agar boleh dijadikan sebagai suntikan dana negara bagi masa-masa ‘kritikal’ sekaligus memastikan syarikat minyak negara itu mampu mengekalkan pertumbuhan keuntungannya.

Petronas merupakan salah satu syarikat multi-nasional yang terkenal di dunia dan tersenarai antara 500 syarikat terkaya di dunia dalam majalah Forbes.

Read more ...

Jangan terpengaruh laporan Bernama



KOTA BHARU, 5 Julai : Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan supaya semua pihak tidak terpengaruh dengan laporan Benama bertajuk “Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan” yang disiarkan kelmarin.

"Jangan mudah terpengaruh dengan semua laporan berkenaan, terutama Bernama dan akhbar yang nampaknya ada agenda tersembunyi di sebalik apa yang mereka laporkan.

"Hanya Allah jua yang maha mengetahui. Kepada pihak akhbar cermatlah dan jauhilah daripada memfitnah," tegasnya dalam satu kenyataan.

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan turut menegaskan bahawa laporan agensi berita itu adalah "tidak benar dan di luar konteks" daripada apa yang dimaksudkannya.

"Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya," katanya.

Menurutnya, menjadi lebih malang apabila berita itu dijadikan rujukan oleh beberapa media online dan media cetak seperti Malaysian Insider, Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star.

"Namun, akhbar online Malaysiakini turut menyiar kandungan laporan Bernama, tetapi diharmonikan dengan tajuknya sendiri, iaitu “Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar.”

"Itupun masih tidak tepat, kerana pemilihan dibenarkan di dalam perlembagaan PAS. Sedangkan, pada sidang media tersebut, saya telah merujuk kepada asas perlembagaan PAS yang perlu dipatuhi demi mengelak apa-apa perbalahan, mahupun perpecahan," kata Nik Aziz.

Bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih atas laporan media yang berimbang seperti New Sunday Times dan Mingguan Malaysia yang tidak memetik laporan agensi berita itu.

"Sebaliknya ia telah menyiarkan berita yang ditulis wartawannya sendiri. Begitu pula, Sinar Harian didapati memetik laporan Bernama, tetapi turut menyiarkan di ruang Kelantan kenyataan yang dianggap tepat mengenai cadangan saya agar berlaku syura bagi pemilihan dalam PAS.

"Sementara Mingguan Malaysia tidak memetik laporan Bernama, sebaliknya menyiarkan kenyataan yang agak tepat dengan maksud sebenar saya," katanya.

Sehubungan itu dalam kenyataan itu juga, beliau turut menyertakan jawapan penuh beliau selepas ditanya oleh wartawan berhubung kemungkinan berlaku pertandingan dalam pemilihan parti tahun depan.

“Kalau boleh tidak perlu bertanding, kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan. Ini luahan hati orang tua, tak mahu tengok perpecahan berlaku.

“Pe
ngalaman saya sendiri yang pernah bertanding dalam dewan ulama' satu ketika dulu, amat tidak comel. Baik kita cari cara yang lebih comel elak daripada perpecahan.

"Moleknya, kita buat keputusan secara syura dan lantik ketua kita beramai-ramai. Ini cadangan saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.

Nik Aziz berkata penjelaskan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham semua pihak, khususnya rakan-rakan pimpinan dalam PAS.Malaysiakini

Read more ...

Harusani adu domba perkauman















IPOH,
5 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak amat kesal dengan tindakan Mufti kerajaan negeri, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilihat lebih cenderung berpolitik kepartian dan menggalakkan pergaduhan.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, pihaknya mendapat aduan yang amat serius bahawa kuliah khas yang disampaikan mufti itu bertajuk “Perpecahan Ummah dan Peranan Kita” pada perjumpaan dengan pelajar Melayu Malaysia di Islamic Dakwah Centre of South Australia pada 9 Jun lalu jelas mengadu-domba.

Katanya, bagi Pemuda PAS negeri, ia tidak sepatutnya berlaku yang mana seluruh rakyat menghormati tinggi peranan sebagai seorang mufti tetapi sebaliknya.

Beliau menyatakan demikian di dalam surat bertarikh hari ini kepada Harussani berhubung perkara itu.

Berikut ialah kandungan surat berkenaan.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berasa amat kesal terhadap tindakan Y.Bhg. Tan Sri yang dilihat lebih cenderung berpolitik kepartian dan menggalakkan pergaduhan yang bersifat perkauman.

Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri, pihak kami mendapat aduan yang amat serius kuliah khas Y.Bhg. Tan Sri di sana (Australia) yang bertajuk “Perpecahan Ummah dan peranan kita” jelas mengadu-domba dan tidak sepatutnya berlaku yang mana seluruh rakyat menghormati tinggi peranan sebagai seorang Mufti tetapi sebaliknya.

Di dalam penjelasan isu krisis Negeri Perak juga di lihat Y.Bhg. Tan Sri telah berbohong dengan fakta-fakta yang mengelirukan.

Usaha Y.Bhg. Tan Sri kononnya untuk menyatupadukan bangsa Melayu bukannya tiket untuk Y.Bhg. Tan Sri menghukum bangsa lain daripada umat Islam.

Sepatutnya sebagai seorang Mufti, peranan besar Y.Bhg. Tan Sri adalah menjelaskan kedudukan sebenar Agama Islam kepada bukan Islam tetapi sebaliknya berlaku.

Kami ingin menasihatkan agar Y.Bhg. Tan Sri agar menghormati seluruh rakyat yang ada di dalam Negara kita sepertimana termaktud di dalam Perlembagaan Negara.

Jika Perlembagaan Negara pun Y.Bhg. Tan Sri tidak dapat menerimanya, bagaimana pula dengan perintah yang telah Al-Quran nyatakan. Usaha Y.Bhg. Tan Sri bukan membaiki hubungan dengan semua pihak tetapi merobohkan hubungan yang telah lama terjalin selama ini.

Dengan laporan dan rakaman yang kami perolehi jelas, Y.Bhg.Tan Sri cuba bermain politik sempit ala perkauman dan terpesong jauh dari amanah oleh Tuanku Sultan Perak dalam menyampaikan ilmu dan penerangan akan kebaikan Islam itu sendiri.

Sebagai yang diamanahkan juga, kami berharap Y.Bhg. Tan Sri memohon maaf kepada rakyat Perak atas keterlajuran Y.Bhg.Tan Sri dalam isu ini. Kami juga mengalu-alukan Y.Bhg. Tan Sri untuk bersama-sama duduk dalam pentas politik sekiranya Y.Bhg. Tan Sri benar-benar ingin bermain politik.

Adalah menjadi harapan kami agar Y.Bhg. Tan Sri sedar akan kesilapan yang telah Y.Bhg. Tan Sri nyatakan.

Kami juga bersedia bertemu sekali lagi dengan Y.Bhg. Tan Sri bagi menjelaskan kedudukan sebenar akan apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Y.Bhg. Tan Sri selama ini dan kami melihat banyak fakta yang dikemukan oleh Y.Bhg. Tan Sri tidak tepat.

Read more ...

Perhimpunan kecoh


KLANG , 5 Julai : Perhimpunan kedua Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) berlangsung dalam suasana kecoh apabila sekumpulan 50 pemimpin MIC yang didakwa penyokong kepimpinan Datuk Seri S Samy Vellu mengganggu perjalanan perhimpunan tersebut.

Program yang sepatutnya bermula 1.30 petang itu terganggu apabila penyokong Samy yang dipercayai diketuai oleh tiga lelaki dilihat menolak dan menghalang orang ramai yang mula memasuki Dewan Datuk Hamzah, lokasi perhimpunan diadakan.

Pergelutan dan pertikaman lidah di pekarangan dewan menyebabkan seorang jurukamera akhbar China Press cedera di bahagian bibir apabila ditolak dalam kekecohan tersebut.

Sekitar jam 2 petang, perhimpunan mula gamat dengan perang mulut menyebabkan berlaku pergelutan di kalangan mereka.

Keadaan ini menyebabkan penyokong GAS yang diketuai bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, K P Samy dan G Kumar Aamaan bertindak balas dengan menjerit ke arah penyokong Samy Vellu itu.

Sementara itu Penyelaras GAS, Mugilan berkata beliau akan terus berjuang untuk memastikan Samy Vellu berundur sebagai presiden.

Dia mengakui bahawa Presiden MIC itu telah mendapat sokongan kuat dari sayap parti Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri sewaktu mesyuarat umum tahunan yang berlangsung semalam, namun menegaskan hal ini kerana ketakutan mereka terhadap Samy Vellu.

”Dia adalah diktator. Semua yang menentang dia boleh dipecat. Mereka takut kepadanya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.SH

Read more ...

Naib Presiden cabar Naib Presiden







KUALA LUMPUR, 5 Julai: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyediakan pentas terbuka untuk berdebat berhubung status PAS atau Umno yang sepatutnya dianggap sesat.

"Saya cabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini untuk berdebat secara terbuka, biar rakyat, kita (PAS) atau Umno sesat," tegas beliau di Lobi Parlimen, petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna sepatutnya menjawab dakwaan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman secara berhujah, bukannya dakwaan kosong seperti yang dibuatnya semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria pula mempersoalkan dasar sekularisme serta nasionalisme yang diperjuangkan oleh Umno sendiri.

"Kalau PAS parti ajaran sesat, kita tengok sumber PAS itu al-Quran, as-Sunnah, ijmak serta qias.

"Kalau itu dikatakan sesat, Umno ini bagaimana," soal beliau sambil menuntut Shafie menunjukkan perkara yang sesat menurut Perlembagaan PAS.

Dalam perkembangan yang sama, Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Johor dilaporkan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak bertanggungjawab menteri terbabit.

Pada suatu kenyataan, Mazlan turut menyifatkan kenyataan menteri terbabit sebagai biadap dan keterlaluan pada sebuah parti politik yang sah berdaftar di tanah air, seperti PAS.

Ini kerana, beliau berkata, menteri itu celupar mendakwa PAS hanya mementingkan kemenangan kerusi Dun dan Parlimen, berbanding kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, beliau bertindak seperti Salahuddin, iaitu bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan Shafie berhubung kepincangan urus tadbir Felda.hrkh

Read more ...

Belanja ais kacang
















KUALA LUMPUR, 5 Julai:
Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan bertemu dengan bekas pengawal peribadi rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda iaitu P Bala Subramaniam untuk makan dan minum bersama beliau selepas polis dan SPRM enggan bertemu beliau.

Dalam tulisan terbarunya dari Kota London, Zaid berkata, oleh kerana polis dan SPRM enggan dan takut bertemu Raja Petra dan Bala, beliau dan rakannya akan bertemu mereka berdua dan belanja mereka makan ais kacang.

Zaid dipercayai mengulas pelbagai tuduhan termasuk membiayai kedua-duanya (Petra dan Bala) yang kini dikatakan pelarian ekoran diburu polis.

Dalam hal ini, Zaid mendakwa, polis bukan memburu kedua-duanya.

"Mula-mula, kita dengar PM Najib kata beliau penuh yakin polis akan menangkap Raja Petra; tapi dah 12 bulan polis tak buat apa-apa. Dan betul lah saperti kata Khairy, Raja Petra selalu ada di khalayak ramai, di London dan Manchester. Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan Polis tak tahu. Mustahil," tulis Zaid dalam blognya.

Menurut Zaid, Bala ada di London. Minggu depan, dia akan ka Paris untuk bertemu dengan pihak penyiasatan Perancis.

"Tapi Polis Malaysia tak berminat bertemu dengn kedua-dua manusia ini. Persoalannya mengapa?" tanya Zaid dalam tulisannya.

Menurut Zaid, yang dihebohkan oleh Menteri Hishammuddin, MP Zahrain dan Utusan Malaysia ialah apa hubungan beliau dengan Raja Petra.

"Soalan yang patut ditanya: mengapa tidak ada tindakan terhadap Raja Petra kalau dia ada membuat kesilapan? Beritahulah kepada rakyat apa dia kesalahan itu. Ada waran yang dikeluarkan untuk menangkapnya? Setahu saya, tidak ada. Jadi kalau Raja Petra tidak membuat apa-apa kesalahan, mengapa pula saya tak boleh tengok bolasepak dengannya?" katanya.

Sebenarnya, bagi Zaid, PM Najib takut kapada kedua-dua manusia ini. Lalu berlakonlah mereka, kononnya Raja Petra dilaporkan berada di Brisbane, Australia dan di mana saja.

"Mereka sebenarnya tahu dimana Raja Petra dan di mana Bala. Malah Polis telah pun bertemu Bala di Bangkok, tetapi setakat ini, membisu sahaja. Inilah yang rakyat mahu tahu, mengapa tidak ada siasatan terbuka terhadap kedua-dua mereka ini," katanya.

Tulis Zaid, "PM Najib berkata kita tidak boleh percaya kepada Raja Petra; tetapi kita juga tak boleh percaya buta tuli kepada PM Najib.

"Jadi buatlah satu penyiasatan yang bebas dan terbuka, dan beri jaminan kepada kedua-dua mereka tentang keselamatan diri dan keluarga mereka, dan jaminan mereka tidak akan ditahan dibawah ISA.

"Saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia untuk mempertahankan kenyataan mereka yang dibuat tempoh hari," tulisnya lagi.

Menurutnya, jika mereka berdua benar-benar kaki penipu dan memalukan pemimpin negara, maka hukumlah mereka.

"Itu cara pemimpin yang reformis dan baik, bukan berlakon menggunakan Polis dan akhbar menimbulkan buruk sangka setiap hari terhadap orang lain," katanya.

"Saya terpaksa berhenti disini. Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana Polis dan MACC tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang," kata Zaid mengakhiri tulisannya.hrkh

Read more ...

Suara Keadilan terbit seperti biasa














KUALA L
UMPUR, 5 Julai : Suara rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) - Suara Keadilan - akan diterbitkan seperti biasa Rabu ini walaupun permit penerbitannya masih belum diperbaharui oleh Kementerian Dalam Negeri.

Pengarah Strategik PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian Chua mengesahkan, PKR tidak berhasrat untuk menghentikan penerbitan walaupun permit mereka tidak diperbaharui.

Pada masa yang sama, Mohamed Azmin Ali (PKR - Gombak), yang juga naib presiden PKR pagi ini telah mengemukakan permohonan kepada Dewan Rakyat menuntut supaya satu perbahasan diadakan bagi membincangkan isu tersebut atas dasar ia melanggar kebebasan akhbar.

Katanya, tindakan pihak kementerian tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan telah menafikan hak rakyat untuk mendapatkan akses kepada maklumat dan juga pandangan alternatif.

Menurut Azmin, permohonan untuk memperbaharui permit itu telah dibuat pada 11 Mac tetapi Kementerian Dalam Negeri dalam suratnya bertarikh 2 Julai mengarahkan PKR supaya menghentikan penerbitan akhbar berkenaan.

Bercakap dalam sidang akhbar di lobi parlimen, Isnin, Azmin berkata, PKR menuntut pihak Kementerian Dalam Negeri supaya menghormati demokrasi dan hak pihak pembangkang untuk bersuara.

Jelas Azmin, pihak kementerian dalam surat yang bertarikh 2 Julai itu menegaskan bahawa mereka tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan berkaitan laporan mengenai Felda.

“Kami merasakan alasan KDN untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan sebagai sesuatu yang pelik, tidak masuk akal dan berniat buruk.

"Malah adalah tidak logik untuk memikirkan akhbar parti ini hanya perlu melaporkan aktiviti parti tanpa sebarang rencana atau laporan berkaitan isu-isu semasa dan juga tentang apa yang berlaku dalam kerajaan,’’ katanya.

Azmin juga berkata, tidak ada sebab untuk kerajaan berasa tergugat dengan laporan berita muka depan Suara Keadilan dengan tajuk Felda bankrap kerana jika laporan itu tidak benar, Felda sentiasa boleh menyaman mereka atau membawa kes itu ke mahkamah.

Malah katanya, Felda telahpun memulakan prosiding undang-undang ke atas Suara Keadilan.
Bahagian Penerbitan dan Teks Al Quran Kementerian Dalam Negeri masih menimbang permohonan PKR untuk memperbaharui permit Suara Keadilan.

Permit akhbar rasmi parti berkenaan telah tamat tempoh pada 30 Jun lalu.

Read more ...