Wednesday, April 28, 2010

Kes Aminulrasyid : ambil tindakan tegas kepada semua polis terlibat


















SHAH
ALAM, 28 April: N. Surendran peguam bagi keluarga Aminulrasyid Amzah remaja yang ditembak polis berkata, apa yang berlaku kepada mangsa adalah satu pembunuhan.

"Kita melihat ini sebagai satu pembunuhan," ujar beliau semalam dalam suatu kenyataan media di kediaman Aminul.

Menjawab soalan pemberita, Surendran berkata, insiden yang menimpa Aminul sama motifnya dengan yang berlaku kepada Norizan Salleh yang ditambak lebih lima das tembakan oleh polis pada Oktober lalu.

"Ya, kes ini lebih kurang sama dengan kes tembak Norizan Salleh tahun lepas," tambahnya lagi.

Menyifatkan kes itu sebagai berat, polis katanya tidak cukup hanya mengeluarkan kenyataan sedang menyiasat, sebaliknya mahu polis mengambil tindakan tegas kepada anggota polis yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau yang juga peguam bagi pihak Norizan berharap polis dan Menteri Dalam Negeri supaya tidak mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap kes Aminul sebagaimana yang dilakukan mereka ke atas kes Norizan sebelum ini.

"Kita juga minta semua polis yang terlibat dikenakan tindakan yang tegas," katanya lagi.

Beliau turut menjelaskan bahawa pasukannya sedang menyiapkan persiapan penghujahan sebelum memfailkan kes pembunuhan Aminul di mahkamah.

"Sekarang ini, kita sedang berbincang dan mendapatkan maklumat penuh," jelasnya beliau lagi.

Turut menyertai Surendren, Latheefa Koya (peguam, Ketua Penerangan PKR) dan Cik Puspawati (Peguam Muda).

Ekoran memandu kereta tanpa mempunyai lesen memandu Isnin lalu, juvana terbabit dilaporkan media ditembak di kepala sehingga mati oleh polis.

Bagaimana pun, seorang juvana yang turut bersama Aminul ketika insiden tersebut berlaku berjaya melepaskan diri.

Dalam laporan polis semalam, juvana terbabit yang kini dianggap sebagai saksi utama kes pembunuhan tersebut, mendakwa polis menendang beliau walaupun pada asalnya beliau telahpun bertindak untuk menyerah diri.

Read more ...

kes Scorpene : siasatan peguam Perancis sudah dimulakan


KUALA LUMPUR, 28 April : Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfai
lkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.

Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.


Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu
Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.

Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.

Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.

Altantuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.

Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.

Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib.

Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.

"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada
Asia Sentinel.

-malaysiakini-

Read more ...

Pakatan Rakyat mahu BN buktikan


IPOH , 28 April : Barisan Nasional (BN) diminta untuk membuktikan bahawa mereka (BN) tidak terbabit dengan kes rasuah membabitkan dua bekas Exco Pakatan Rakyat (PR) serta mempengaruhi keputusan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, kenyataan peguam kedua-dua bekas Exco itu jelas menunjukkan ada ciri-ciri yang jelas untuk menumbangkan PR secara terang-terangan.

Koo Ham mendakwa, kedua-dua ADUN itu diperangkap oleh pihak tidak bertanggungjawab dan ia adalah satu kesalahan besar sama ada dari segi moral dan agama.

“BN berselindung di sebalik dakwaan palsu dan sanggup buat apa sahaja untuk melanggar undang-undang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, kerajaan yang memerintah sepatutnya menjaga negeri ini dengan baik berlandaskan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan seperti yang termaktub dalam Rukun Negara.

Sementara itu, Setiausaha DAP, Nga Kor Ming berkata, pelepasan dua bekas Exco itu sudah dijangka dan ia adalah pakej dan imbuhan untuk mereka mengkhianati pengundi di kawasan masing-masing.

Menurutnya, keputusan yang dikeluarkan itu membuktikan tuduhan adalah tidak berasas dan terbukti PR bersih dan bebas daripada rasuah.

“Kita menjangka BN akan melantik dua ADUN itu bersama ADUN Jelapang yang melompat parti sebagai Exco dan menjanjikan pi-ngat Datuk dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, lewat petang semalam.

Read more ...

Kempen ‘Mengenali Pemimpin Anda’ dedah pemimpin BN












KUALA LUMPUR, 28 April:Datuk Zaid Ibrahim telah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, tetapi sekurang-kurangnya gelanggang itu memanfaatkan beliau — memperoleh idea untuk menggerakkan kempen “Mengenali Pemimpin Anda”.

Zaid (gambar) yang berhadapan dengan serangan peribadi sepanjang kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor memberitahu, beliau bersama Pakatan Rakyat akan melancarkan kempen itu bagi membolehkan rakyat tahu setiap inci tentang pemimpin mereka.

Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR berpendapat sudah tiba masanya pengundi-pengundi mengenali dengan dekat dan mengetahui latar belakang pemimpin mereka.

Zaid berkata, beliau mahu mendedahkan segala-galanya tentang seseorang pemimpin termasuk aspek tidak moral mereka yang digunakan Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor.

“Anda melabelkan seseorang itu kaki minum tetapi pada masa yang sama (seolah-olah) mengecualikan pemimpin-pemimpin Umno.

“Saya akan mendedahkan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin Umno,” kata beliau pada sidang media khas susulan pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu.

Zaid tewas dengan perbezaan 1,725 undi di tangan calon BN P. Kamalanathan.

-malaysianinsider-

Read more ...

kerajaan Selangor bantu keluarga mangsa

SHAH ALAM, 28 APR: Kerajaan Selangor hari ini meluluskan bantuan kepada keluarga remaja berusia 15 tahun, Aminulrashid Amzah yang ditembak mati polis di Seksyen 11 Shah Alam.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi serta Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata kerajaan negeri komited untuk membantu beban keluarga mangsa.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Seluruh EXCO kerajaan Selangor sepakat memberi sumbangan RM10,000 ke atas keluarga mangsa,

“Kita dapati insiden ini perlu satu tindakan yang telus melibatkan pihak tertentu supaya isu ini tidk jadi tanda tanya pada masyarakat seterusnya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu, Rodziah berkata kerajaan negeri juga sedang mengatur pertemuan dengan pimpinan polis negeri bagi mendapat penjelasan penuh mengenai tragedi ini.

“Pimpinan kerajaan Selangor akan berjumpa dengan ketua polis negeri untuk mendapat tahu tentang apakah perkara sebenar yang berlaku dalam insiden tersebut,” kata beliau lagi.
-tvselangor-

Read more ...

PAS desak tubuh suruhanjaya bebas


KUALA LUMPUR, 28 April : PAS mencadangkan agar diwujud suruhanjaya bebas tetap bagi menyiasat kes Norizan Salleh dan kematian Aminulrasyid Amzah bagi memastikan mangsa dan keluarganya mendapatkan pembelaan yang sewajarnya.

Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, suruhanjaya itu juga perlu bagi menangani pelbagai pertikaian rakyat yang melibatkan perkhidmatan polis di masa akan datang.

Januari lalu,
Norizan, 30, dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

Dilaporkan akibat serangan tersebut, Norizan mendakwa beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu bawah pengawasan polis.

Beliau juga dilaporkan mendakwa terpaksa menanggung kos rawatan perubatan berjumlah hampir RM20,000.

Mengulas lanjut, Idris berkata, selepas lebih enam bulan trauma, Norizan masih belum mendapat pembelaan yang dikehendakinya.

Katanya, kes Norizan belum berjawab, kini timbul pula kes remaja 15 tahun, Aminulrasyid yang mati ditembak Polis Isnin lalu.

"Kedua-dua kes ini menarik perhatian rakyat terutama kematian Aminulrasyid yang dijangka bakal mengambil peperiksaan PMR hujung tahun ini," kata Idris dalam satu kenyataan.

"Kita boleh bersetuju supaya rakyat memberi ruang kepada pihak berkuasa menyiasat kes ini, tapi adakah kita perlu menunggu enam bulan lagi seperti kes Norizan barulah Polis mahu menyiasat," tambahnya.

Berikutan itu, Idris berkata, adalah lebih telus dan adil jika pihak ketiga iaitu suruhanjaya bebas mengambil alih tugas siasatan ini bagi memastikan mangsa dan keluarganya mendapatkan pembelaan yang sewajarnya.

"Kita tidak nafikan sumbangan polis yang banyak membanteras jenayah serta membantu rakyat. PAS amat berterima kasih di atas apa yang telah dilakukan oleh anggota polis yang begitu komited dan berdedikasi dalam tugas mereka.

'Namun Polis juga umpama setandan kelapa, pasti ada juga yang busuk, maka mereka harus tegas bagi memastikan imej anggota lain dan pasukan Polis keseluruhannya tidak terjejas," tambah Idris.

Malah, tambahnya, dalam kes seperti Norizan dan Aminulrasyid juga, pihak polis berhak untuk membela anggotanya.

"Tetapi biarlah pembelaan itu dibuat melalui suruhanjaya bebas, bukan melalui siasatan pihak polis sendiri yang dipertikaikan ketelusannya," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, PAS berharap agar kedua-dua kes tersebut dapat diselesaikan secara baik.

'Rakyat berhak untuk terus menilai prestasi polis dari semasa ke semasa dan polis bertanggungjawab untuk terus menjaga imej serta kredibiliti perkhidmatan mereka," tegas Idris lagi.
-malaysiakini-

Read more ...

Haji Ismail Salleh Tokoh Veteran PAS Parit Buntar

CIMG3811.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 28 April : Ismail Salleh, 72 telah dipilih menerima anugerah Tokoh Veteran PAS Parit Buntar sempena Mesyuarat Agung PAS Parit Buntar kali ke 56 di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.

Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Haji Sharin semasa membacakan biodata tokoh veteran PAS Parit Buntar berkata, Ismail merupakan lulusan Maktab Perguruan Sutan Idris pada tahun 1955.


” Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang Guru besar di Sekolah Umum Kelian Intan, ulu Perak.


” Sesungguhnya ketika itu pengistiharan darurat telah dikeluarkan oleh kerajaan kerana Komunis bermaharajalela. Daerah Ulu Perak bersempadan dengan Baling merupakan kawasan yang berada dalam zon gelap” katanya


Menurut Azhar, Ismail pernah menyertai Perhimpunan Keranda 152 iaitu satu perhimpunan yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur untuk menunjukkan rasa marah kepada pihak kerajaan yang hendak mengubal akta bahasa 152 .


” Beliau bersama tiga orang sahabatnya yang juga pendidik telah pergi ke perhimpunan tersebut tanpa mengambil cuti terlebih dahulu bagi mempertahankan martabat Bahasa Melayu.


” Beliau telah dipanggil oleh Pejabat Pentadbiran Pelajaran Daerah. ketika itu dan diberi amaran keras. Namun itu sedikitpun tidak melunturkan semangat .perjuangan dalam diri beliau” katanya


Azhar berkata, setelah pencen sebagai seorang Penyelia Petang di Sek Men Darul Ridzuan. Ismail diamanahkan sebagai Setiausaha PAS Parit Buntar dan memulakan sistem fail dalam pengurusan PAS kawasan Parit Buntar.


” Jasa besar beliau kepada PAS ialah kegigihan beliau bersama Allahyarham Cikgu Khalid Haji Hamid Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar pada penghujung tahun 1980an.


” Beliau bersama Allahyarham Cikgu Khalid telah turun ke cawangan-cawangan dan masjid di Kawasan Parit Buntar untuk bertemu dengan ahli dan penyokong PAS bagi mendapatkan pinjaman untuk menyelesaikan tunggakan hutang bangunan PAS Parit Buntar hampir RM 40,000 yang telah diberi notis 14 hari untuk diselesaikan oleh Bank Islam” katanya


Tambah Azhar, pada hujung tahun 1990 an Ismail pernah diamanahkan sebagai Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar.


” Oleh kerana faktor kesihatan beliau telah melepaskan jawatannya, namun masih memegang amanah sebagai Naib Ketua Cawangan Simpang Empat Kampung Kedah” katanya


Majlis penyampaian anugerah Tokoh Veteran PAS Parit Buntar telah disempurnakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Taib Azamudin Md. Taib.

Read more ...

Sidang DUN Kedah ikut peraturan












ALOR SETAR , 28 April : Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang berlangsung satu jam setengah kelmari dan dianggap sangat singkat sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh, adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.

Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata, tempoh masa bersidang dibuat mengikut tempoh masa sesi soal jawab yang sepatutnya berlangsung selama satu jam setengah.

Menurutnya, peraturan yang dikeluarkan bukan peraturan baru tetapi sudah lama digunakan.

“Tidak timbul isu tempoh bersidang panjang atau pendek kerana tempoh persidangan itu berlangsung mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Saya rasa timbul kekeliruan di sini kerana ADUN yang berkenaan (Mohammad Radzhi) mungkin tidak membaca buku peraturan yang telah disediakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dr Abdul Isa berkata, sekiranya terdapat ADUN yang tidak berpuas hati dengan tempoh persidangan DUN berlangsung, mereka boleh memberi notis dalam tempoh 14 hari sebelum persidangan.

Sementara itu, Dr Abdul Isa turut memuji sikap semua ADUN yang berhemah ketika sidang DUN berlangsung walaupun terdapat sedikit kekecohan apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid mencadangkan agar soalan ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa ditarik balik kerana dikatakan cuba mempersoalkan bidang kuasa Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Negeri.

Dr Abdul Isa berkata, situasi tegang adalah perkara biasa sewaktu persidangan mana-mana dewan perwakilan sebagai salah satu budaya demokrasi yang menyaksikan kepelbagaian pendapat dalam kalangan ahli-ahlinya.

“Namun situasi ini dapat dikawal dengan baik. Situasi itu berlaku secara tidak sengaja dan terlepas daripada kawalan biasa tetapi ia bukanlah ketegangan yang serius.

“Namun sekiranya situasi tegang yang berlaku pada sidang DUN kelmarin berpanjangan, saya mempunyai kuasa untuk menghalau (ADUN yang terlibat) tetapi saya tidak menggunakan kuasa yang ada kerana perkara itu berlaku secara spontan dan tidak sengaja,” katanya.

Mengenai kenyataan Mohammad Radzhi yang mempersoalkan soalannya ditolak tanpa makluman sehingga hari persidangan, Dr Abdul Isa berkata, soalan yang tidak boleh diajukan pada persidangan DUN akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada ADUN melalui surat sebelum persidangan.SH

Read more ...

Kes bunuh remaja : MB akan jumpa ketua polis


SHAH ALAM, 28 April ; Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berhubung kejadian seorang remaja maut di tembak polis ketika cuba melarikan diri bersama rakan di Klang, kelmarin.

Abdul Khalid berkata, perbincangan tersebut diharap membolehkan pihak polis memberi penjelasan terhadap kejadian itu seterusnya memberi jaminan keselamatan kepada orang ramai supaya tidak wujud perasaan takut kepada polis ekoran tindakan tersebut.

“Saya difahamkan remaja berusia 15 tahun itu memandu pada waktu awal pagi dan terkejut apabila terserempak dengan pihak polis lalu melarikan diri. Ia adalah suatu perkara yang sukar untuk kami memahaminya.

“Perkara terbaik yang saya cadangkan ialah akan menjemput Ketua Polis Selangor dua minggu akan datang selepas kita membincangkannya pada mesyuarat exco esok (hari ini),” katanya kepada media selepas Majlis Perlancaran Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian tersebut akan dibincangkan pada Mesyuarat Exco esok (hari ini) adalah bagi mendapatkan pandangan daripada Exco Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid berkata, beliau akan mengarahkan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail untuk memantau keadaan keluarga mangsa selepas ini.

“Kita akan berbincang dengan Exco Kebajikan untuk memantau keadaan keluarga tersebut selepas apa yang berlaku. Kita akan melakukan yang terbaik kepada keluarga mangsa serta rakan-rakannya bagi membolehkan mereka merasai kebebasan dengan memberi kaunseling yang sewajarnya,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, remaja terbabit, Aminulrashid Amzah, 15, dilaporkan menaiki kereta Proton Iswara bersama seorang rakannya sebelum terserempak kereta peronda polis.

Polis kemudiannya mengarahkan remaja itu memberhentikan kereta selepas melihat keadaan mereka yang mencurigakan tetapi remaja berkenaan cuba melarikan diri menyebabkan polis melepaskan beberapa das tembakan dan satu daripadanya mengenai remaja berkenaan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abdul Khalid menafikan desas desus mengatakan Kerajaan Negeri akan menarik balik subsidi air pada Jun depan.SH

Read more ...

Jangan diskriminasi bantuan










KOTA BHARU , 28 April :
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam meminta agensi Pusat tidak mendiskriminasikan rakyat Kelantan dalam menentukan agihan subsidi atau bantuan dari Kerajaan Pusat.

Menurutnya, adalah malang sekiranya bantuan yang disalurkan kepada rakyat yang berhak di negeri ini ditentukan berdasarkan fahaman politik UMNO atau PAS.

“Saya mintak pihak kementerian jangan diskriminasi bantuan, jangan pecahkan Melayu PAS tak boleh baja dan subsidi. Ini kecelakaan pemikiran orang Melayu.

“Dah tahu orang Kelantan ini Islam dan Melayu, buat apa kita buat program tetapi pihak atas membezakan-bezakan orang Melayu dan PAS. Sampai bila nak berjaya?” katanya selepas ditemui merasmikan Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2010, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan agensi pertanian.

Ekspo yang bermula semalam dan berakhir 3 Mei itu disertai pelbagai agensi dari Kerajaan Negeri dan Pusat.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, beliau bersedia untuk menambah peruntukan dalam bidang pertanian setelah melihat komitmen dan sambutan memberangsangkan daripada rakyat.

Katanya, peruntukkan tersebut mungkin dari bentuk bantuan baja organik yang manfaat kepada petani sekali gus meningkat hasil pengeluaran pertanian.

“Kita boleh menambah peruntukan kerana peningkatan sambutan dari rakyat, bantuan tersebut mungkin dari baja, penggunaan baja organik menambahkan bertambah selain menyelamatkan alam sekitar,” katanya.

Dalam pada yang sama, Nik Aziz berkata, pihaknya sedang berusaha untuk meningkatkan pelaburan di Lojing dalam usaha Kerajaan Negeri memesatkan lagi bidang pertanian di negeri ini.SH

Read more ...