Saturday, August 11, 2012

TERKINI!!! Blogger Pro UMNO Kickdefella mohon maaf , bayar kos kepada Perbadanan Ladang Rakyat

KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon maaf kepada Perbadanan Kemajuan Ladang Rakyat di atas fakta-fakta yang silap dalam bukunya "Ladang Rakyat Ladang Airmata Rakyat".

Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif.

Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Ladang Rakyat diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff, manakala Aisha Mubarak mewakili defendan pertama. Pada prosiding hari ini Hafizulamin hadir bagi pihak plaintif.

Defendan kedua kes terbabit Wadah Bakat Sdn Bhd sebagai penerbit buku berkenaan.

Ladang Rakyat sebelum ini menyaman Syed Azidi dan Wadah Bakat Sdn Bhd kerana memaparkan fakta tidak tepat terhadap agensi berkenaan.

Sebelum ini isu berkaitan Ladang Rakyat sering diketengahkan media dan blogger pro Umno bagi menghodohkan kerajaan negeri.

Pernyataan mohon maaf itu antara lain menyebut kami, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan Wadah Bakat Sdn Bhd secara rela hati dan terbuka memohon maaf kepada Perbadanan Ladang Rakyat di atas kesilapan fakta dalam buku "ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".

“Kami menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap Ladang Rakyat dalam buku tersebut. Dan segala kehakiman di dalam buku tersebut amatlah dikesali.

“Dengan ini kami bersetuju menghentikan pengedaran buku berkenaan dan sesungguhnya menyatakan maaf di atas fakta-fakta yang silap dalam buku tersebut yang telah menjatuhkan reputasi plaintif sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan negeri,” katanya.

Blogger terbabit dan Wadah Bakat Sdn Bhd juga memohon maaf kepada Ladang Rakyat di atas segala kesulitan yang timbul akibat penulisan dan penerbitan buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".

Peguam Hafizulamin berkata, atas persetujuan tersebut, saman yang dikenakan terhadap kedua-dua defendan ditarik balik.

Read more ...

KAFIR HARBI!!! Kenyataan Dato' Dr Haron Din serlahkan kecetekan ilmu Fathul Bari dan Abdullah Saamah


SHAH ALAM 12 OGOS : Tidak wujud istilah penggunaan ‘kafir harbi’ selagimana tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar, tegas Datuk Dr Haron Din.

Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.

Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.

Beliau juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan kenyataan dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta berdasarkan hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan.

“Kafir harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh orang Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.

“Dalam konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri sebuah negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan sebagainya tidak wujud,” katanya.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Sebelum ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.Selangorku

Read more ...

HARI ATAU LEPAS RAYA!!! Lebih ramai akan tinggalkan BN - Anwar



Lebih ramai ahli parlimen dari Sabah akan mengikuti jejak Lajim Ukin dan Wilfred Mojilip Bumburing keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menjajarkan diri mereka kepada Pakatan Rakyat?

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim hari ini di Kuching membayangkan bahawa "pengumuman menarik" boleh dijangka kerana beliau percaya "mereka (ahli parlimen Sabah) mempunyai sebab untuk meninggalkan BN."

"Harapkan pengumuman yang menarik. Tetapi anda tahu gaya saya, bahawa mereka mengumumkan, dan pengumuman itu tidak datang dari saya.


"Saya akan berangkat esok (hari ini) Sabah dan kemudian Kota Bharu, jadi anda menunggu. Lajim dan Wilfred menyertai kami kerana mereka komited kepada reformasi kami dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, "katanya kepada sidang akhbar di sebuah hotel di sini.


Lajim, yang turut hadir, berkata peluang adalah tinggi bahawa beberapa bekas rakan sejawat beliau akan meninggalkan BN tidak lama lagi.

Apabila ditekan sama ada apa-apa pengumuman akan dibuat pada hari ini, beliau berkata: "Mungkin esok atau selepas Hari Raya."


Lajim, yang merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum dia berhenti BN baru-baru ini, berkata ia adalah "tidak begitu sukar keputusan" untuk berhenti BN, yang beliau sifatkan sebagai gabungan politik yang dibenarkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.


"Kami mahu kerajaan persekutuan untuk mengambil maklum dan menyelesaikan masalah di Sabah, tetapi selepas 18 tahun banyak isu kekal tidak diselesaikan.


"Jika satu pihak tidak dapat menyelesaikan masalah, apa yang untuk kita menunggu lagi? Oleh itu, kita beralih kepada pihak lain, yang boleh membantu rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi saya."


Beliau menambah bahawa dia melepaskan beberapa portfolio dalam BN demi rakyat Sabah.


"Bagi saya, orang kira lagi, dan saya perlu menjawab kepada rakyat Sabah."


Lajim keluar semua jawatan parti dalam Umno, tetapi beliau masih ahli parti walaupun ini mungkin tidak lama kerana beliau baru-baru ini telah diberi dengan surat tunjuk sebab mengapa dia tidak patut dipecat.


Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) baru-baru ini yang ditubuhkan di Sabah, Lajim menjawab: "Kami menunggu pengumuman oleh (Perdana Menteri) Najib."

Najib terpaksa berulang-alik ke Sabah dan Sarawak untuk meredakan keadaan


Sementara itu, Anwar menyatakan dengan jelas bahawa parti-parti komponen Pakatan PKR, DAP dan PAS telah bersetuju untuk menerima Lajim dan Wilfred untuk bertanding di bawah tiket Pakatan datang pilihan raya umum ke-13.


"Mereka telah menerangkan mengapa mereka mahu meninggalkan BN, dan kami mengalu-alukan mereka. Pada dasarnya, kita, bersama-sama dengan PAS dan DAP, telah mencapai persetujuan tentang mereka bertanding di bawah tiket Pakatan. "

Read more ...

PANAS!!! Bekas menteri sambut Anwar di Sarawak



Turut sama berkebetulan berada di lapangan terbang bekas timbalan menteri pelajaran Bujang Ulis...beliau sempat bersalam dan berpelukan dengan Anwar.


Penasihat Umum Keadilan Anwar Ibrahim tiba di Sarawak tengah hari ini dalam rangka lawatan untuk memperkuatkan jentera parti dan menyuntik semangat di kalangan ahli dan penyokong PKR di negeri ini dan juga Sabah. Ratusan para penyokong serta termasuk pimpinan PKR negeri menunggu ketibaan Anwar dari Kuala Lumpur.

Anwar disambut hangat oleh penyokong di airport.

Melihat kepada kehadiran begitu ramai memberi gambaran semangat PKR Sarawak kini semakin memberangsangkan. Antara yang menyambut ketibaan Anwar, penasihat PKR Sarawak Hafsah Harun, pengerusi Baru Bian, peimpinan pemuda, wanita dan ketua-ketua cabang.


Bekas Duta Malaysia ke Mexico yang menyertai PKR juga turut sama hadir begitu juga ketiga-tiga Adun PKR Sarawak yang menang dalam pilihan raya lalu.


Dari airport Anwar terus dibawa ke rumah bekas calon PKR yang meninggal untuk menziarahi balu dan keluarganya. Petang ini Anwar berjumpa dengan pimpinan PKR Sarawak dan juga aktivis parti di sebuah hotel di bandar Kuching. Hadir sama dalam majlis itu Lajim Ukin yang dari Sabah yang baru-baru ini membuat kejutan dengan mengumumkan meninggalkan Umno dan BN.


Turut mencelah ialah Kadir Sheikh Fadzir. Kadir dan Lajim akan berceramah bersama Anwar di Santok malam ini. Petang ini Anwar akan berbuka puasa di rumah Hafsah Harun. Menjelang tenguk hari esok Anwar akan berlepas ke Sabah.


Satu kejutan lagi akan berlaku di Sabah besok sekiranya tidak ada aral melintang. Dalam pada itu Najib katanya baru semalam secara senyak menjejak kaki di Sarawak dan hari ini berada di Sabah. Apakah dengan kedatangan Najib itu menyebabkan apa disebut kejutan itu tertangguh?

Seandainya apa diceritakan Lajim bahawa 15 kerusi parlimen Sarawak dan 30 kerusi state kini sudah berada dalam tangan pembangkang ia menandakan kerajaan Sabah sekali lagi akan bertukar tangan dalam pilihan raya akan datang. Menurutnya perkembangan di Sabah merangsangkan dan UBN seolah-olah tidak terkata apa.


Semasa berucap kepada aktivis dan pimpinan PKR Anwar mengingatkan supaya parti bersiap sedia lebih awal. Menurutnya pihak Pakatan Rakyat telah dalam keadaan siap sedia dan beranggapan pilihan raya akan diadakan pada September ini.


Beliau juga menyentuh mengenai pembahagian kerusi di kalanagan komponen Pakatan sudah hampir selesai. Banyak negeri katanya sudah selesai kalau pun ada beberapa buah yang berlaku pertidihan. Namun beliau yakin dengan semangat Pakatan Rakyat masalah kerusi akan selesai dan tidak menjadi masalah.Kedahkini

Read more ...

UMNO MENANG DI SELANGOR!!! Tarif air naik sehingga 70% ikut syarat perjanjian Syabas

Jika Umno BN memenangi semula Selangor pada pilihan raya umum ke-13, tarif air di negeri itu akan meningkat sehingga 70 peratus, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya dah tengok perjanjian. Inilah syarat yang dibuat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas),” katanya dalam ceramah di Dataran Kak Yam, Kampung Sekolah Lenggong, Perak malam tadi.


Menyentuh polemik air di Selangor yang dimulakan proksi Umno BN dalam Syabas, Anwar berkata peranan kerajaan ialah mengurus dan mentadbir manakala keuntungan wajar dipulangkan kepada rakyat.


“Air, minyak (petroleum) itu adalah sumber (alam). Kita (kerajaan) hanya jaga amanah. Itu prinsip. Nak untung ratus juta buat apa? Air adalah hak kita semua. Janganlah bebankan rakyat,” katanya.


Dalam pada itu, beliau berkata, rejim Umno-BN terlalu takut kehilangan kuasa, kerana menyangka Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia seperti gelagat mereka

“Mereka takut kalau kita perintah, sama perangai macam dia. Sebab minda mereka hanya ada kebendaan, materialistik.

“Orang Melayu kena tahu, monopoli ekonomi oleh kroni Umno BN punca Melayu miskin. 


Anehnya, orang Melayu masih kekal sokongan pada rejim lama. Bila sibuk pasal material, kebendaan, bila masa nak fikir soal rakyat?” katanya.


“Tengok Ustaz Azizan (Razak) di Kedah. Dulu balak satu ekar RM1,000. Sekarang satu ekar RM19,000. Ada orang kata – itu dulu Datuk. Habis, mana pergi lagi RM18,000? Perintah 50 tahun, berapa BN ambil?


Justeru, beliau berkata, Ramadan adalah masa untuk rakyat bermuhasabah dan membuat keputusan kerana pimpinan Umno BN jelas membelakangkan kepentingan rakyat.


“Tiap malam mereka fitnah kita. Ada bagi ruang untuk kita cakap? Tidak ada. Ada dia keluarkan bukti? Dia tak berani,” kata Anwar.
- keadilandaily

Read more ...

TAHNIAH! Tamrin Ghafar Baba dulu ahli UMNO kini ahli PAS


Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Tamrin Ghafar (gambar) akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.


Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.


Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.


Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.


"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.


"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya.


Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.


"Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.


Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.


"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Abdul Hadi (Awang) dah lama.


"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Umno," katanya.



Profil Mohd Tamrin bin Abdul Ghafar


Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun 1986 hingga 1995.


Tamrin pernah masuk PAS dan pernah juga menjadi ahli Al-Arqam.

Beliau turut bersama menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka dengan Tengku Razaleigh Hamzah; Abdul Kadir Sheikh Fadzir ; Zaid Ibrahim ; Ong Tee Keat; S. Subramaniam ; Wilfred Bumburing; Bujang Ulis; Mazlan Harun ;dan Daniel Tajem.


Beliau pernah menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO di zaman Anwar Ibrahim menjadi Ketua pergerakan itu.


Beliau pernah bertanding dan menang menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka selama dua penggal berturut-turut iaitu dari 1986 hingga 1995 (Pilihan raya umum 1986 dan 1990).


Ketika kempen Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 di Bandar Sungai Buaya beliau turut bersama Anwar Ibrahim di atas pentas.


Perkara ini agak menghairankan kerana Anwar pernah ‘membungkus' bapanya dari jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993.


Anak saudaranya, Muhammad Zahid Md. Arip mendesak agar UMNO memecatnya kerana khianat kepada parti.


Pada 23 April 2012, Tamrin yang berucap bersama Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih lagi ahli UMNO dan menyokong Perhimpunan Bersih 2012.


Tamrin pernah menjadi pengerusi MARA dari 15 Januari 1991 hingga 12 Januari 1993.

Read more ...

UMNO SABAH TERUS PARAH!!! Kepimpinan UMNO Silam berpecah dua


Kepimpinan Umno Silam berpecah dua antara kumpulan Ketua Umno bahagian, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dengan bekas ketua, Mohd Yusuf Apdal.

Bagaimanapun, perpecahan ini tidak membabitkan ahli parti, kata Mohd Yusuf yang juga adik kepada menteri pusat, Mohd Shafie Apdal.


Mohd Yusuf kalah kepada Datu Nasrun dalam pemilihan jawatan ketua bahagian 2008.


“Kita tunggu hari pencalonan, jika saya tidak bertanding, penyokong-penyokong saya akan kecewa. Bagaimana saya hendak mengawal penyokong-penyokong saya.


“Mereka mahukan saya bertanding tidak kiralah kerusi Parlimen atau salah satu kerusi negeri dalam Parlimen Silam ini.


“Kalau kerusi negeri berilah satu antara DUN Kunak, Lahad Datu mahu pun Tungku,” kata Mohd Yusuf.


Bagaimanapun, menurutnya masih ada jalan untuk menyelesaikan perpecahan antara beliau dengan Datu Nasrun.


Mohd Yusuf mencadangkan beliau dan Datu Nasrun dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 ini.


Mahu bertanding


“Kalau saya dan Datu Nasrun dicalonkan tidak kiralah sama kerusi Parlimen atau negeri, masalah antara saya denganya akan selesai,” tambahnya.


Namun, Mohd Yusuf memberi jaminan seandainya namanya tidak dicalonkan bertanding, beliau akan tetap menyokong calon BN atas semangat parti.


“Saya tidak ada masalah untuk menyokong Datu Nasrun tetapi saya tidak boleh mengawal penyokong-penyokong saya.


“Bagaimana saya hendak mengawal mereka,” katanya.


Mohd Yusuf mendakwa sebahagian besar ahli dari kalangan Bugis dan Bajau di Silam merupakan penyokongnya.


“Mereka semua mengundi saya,” tambahnya.


Mohd Yusuf berkata, walaupun ada jawatan tetapi tidak ada peluang menyebabkan orang berkenaan tidak akan bekerja untuk parti.


Katanya, pemegang jawatan jika tidak menjadi calon mereka mudah terpengaruh untuk tidak melakukan kerja-kerja untuk parti.


Datu Nasrun umumkan calon


Baru-baru ini Datu Nasrun mengumumkan senarai calon pilihan bahagian itu untuk kerusi Parlimen dan ketiga-tiga kerusi DUN.


Bagaimanapun, pengumuman yang dibuat oleh Datu Nasrun itu dikatakan tanpa mendapat restu sebilangan AJK Umno berkenaan.


Datu Nasrun dikatakan mencadangkan namanya sendiri, Aljen Johnny, Amat Kaoh dan Rahman Kassim sebagai calon ADUN Lahad Datu.


Manakala bagi DUN Tungku, Nasrun mencalonkan Suhaili Mohd Said, Mohamad Serangit dan Mizma Apehdullah.


Bagi DUN Kunak, Nasrun telah mencalonkan Nilwan Kabang, Bernama Kauluh, Herman Rahim dan Jasa Rauddah.


Bagi Parlimen Silam, Nasrun menggugurkan nama Salleh Kalbi sebaliknya mencalonkan dirinya sendiri (Nasrun), Mahil Kamaruddin, Saleha Abdul Wahid dan Ali Andu Injil.


Bagaimanapun, Datu Nasrun sebaliknya menyangkal dakwaan itu.


“Ini adalah suara 95 peratus daripada ahli jawatankuasa bahagian Umno Silam, bukan keputusan peribadi saya walaupun saya adalah Ketua Bahagian,” tegas beliau.

Read more ...

PANAS! Raja Nong Chik kecut dengan demo "Janji Bersih"?


Ketakutan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengenai Bersih kini kembali!

Maka tidak hairanlah katanya Dataran Merdeka merupakan kawasan berhimpun bebas daripada sebarang unsur politik serta sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan kekacauan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik sebentar tadi.


Mengulas mengenai Himpunan Janji Bersih oleh 26 badan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka diadakan pada 30 Ogos, beliau berkata, tiada keperluan untuk pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan ia diadakan di dataran tersebut seperti perhimpunan sebelum ini.


"Kerajaan sentiasa membenarkan sebarang perhimpunan diadakan selagi ia tidak berunsurkan politik kerana kita mengamalkan sistem demokrasi namun ada batasnya dan perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Khas Mesej daripada Perdana Menteri bersempena dengan musim sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012.


Program berkonsep komunikasi dan perhubungan awam yang memasuki tahun keempat itu merupakan inisiatif peribadi Perdana Menteri Najib Altantuya bagi menyampaikan pesanan khas sempena musim perayaan melalui rakaman video dan kad ucapan kepada rakyat.


Raja Nong Chik menambah, sebarang perhimpunan hanya boleh diadakan di lokasi yang telah mendapat kebenaran serta ditetapkan pihak berkuasa kerana ia termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.


"Bila-bila mereka (penganjur) mahu adakan perhimpunan sama ada pada malam hari Merdeka atau pada malam Hari Raya sekalipun kerajaan tidak akan halang tetapi lokasinya mestilah yang 'ditetapkan oleh pihak berkuasa'," katanya.


Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 149 penerima terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan orang kelainan upaya kawasan Parlimen Wangsa Maju.


Janji Bersih akan diadakan pada 30 Ogos 2012 jam 10 malam di dataran bersejarah itu bersempena tuntutan kepada kerajaan supaya membersihkan senarai pengundi sebelum pilihanraya umum diadakan.

Read more ...