Friday, December 27, 2013

BERITA PANAS !!!! Rafizi dan Cikgu Bard 'dibelasah' hero Umno depan balai polis

Kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan balai polis.
PETALING JAYA: Lima badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin yang didakwa sebagai dalang menghasut rakyat turun menyertai Himpunan 31 Disember.

Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Memartabat Jaringan Melayu Malaysia (MJMM), Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, serta Bridget Kesatria Mahasiswa masing-masing mengemukakan laporan polis di Balai Polis Damansara di sini petang tadi.

Turut diserahkan beberapa bukti bergambar dan salinan video rakaman ucapan Rafizi dan Badrul, atau dikenali CheguBard.

Sejurus selepas selesai membuat laporan, kumpulan itu menayangkan gambar Rafizi secara terbalik dan bertindak mengoyak serta memijaknya di perkarangan balai polis.

Read more ...

DANAI PERKASA!!! NGO Melayu pro UMNO tak puas hati, Gerakan pula 'sakit hati'

Tindakan kerajaan menyalurkan dana kepada kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kumpulan NGO Melayu-Islam yang lain.

Antara yang menyuarakan perasaan tidak puas hati itu, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Mereka yang juga mengaku terlibat mempertahankan hak-hak orang Melayu dan umat Islam di negara ini turut mahukan pengiktirafan, termasuk menerima penyaluran dana itu.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, mereka mengesyaki PERKASA mendapat bantuan daripada kerajaan tetapi perkara ini tidak pernah didedahkan secara terbuka sebelum ini.

“Sekarang, dengan pendedahan PERKASA mendapat dana kerajaan... saya rasa tidak adil hanya PERKASA mendapat dana ini,” kata Rani dalam SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Read more ...