Monday, January 17, 2011

Tiada pemuda Umno yang berani

Forum 100 Hari Pakatan tanpa wakil pemuda Umno

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Pemuda PAS menyifatkan keengganan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai forum terbuka mengenai janji 100 Hari Pakatan Rakyat sebagai menolak peluang yang disediakan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, sememangnya forum tersebut dianjurkan untuk mendapatkan pandangan semua pihak mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat, tanpa mengira parti politik.

"Pemuda PAS anjur forum terbuka ini untuk dapatkan pandangan semua pihak. Ini adalah satu bukti kesungguhan kita untuk mendapatkan pandangan terbaik mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat.

"Nampaknya pemuda Umno tidak menggunakan peluang yang ada untuk menyuarakan pandangan dan hujah mereka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Pemuda PAS sebelum ini mempelawa Khairy untuk menyertai mereka dalam forum terbuka apabila melihat kesungguhan Khairy menyahut debat yang dilontar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Seperti yang kita katakan sebelum ini, Khairy lebih sesuai menyertai forum yang kita anjurkan dan kita memang menyediakan tempat untuk beliau," katanya.

Namun sehingga hari ini, belum ada sebarang maklum balas daripada Khairy samaada menerima atau menolak pelawaan tersebut.

"Kita tidak dapat sebarang maklum balas daripada beliau mahupun wakil pemuda Umno yang lain untuk sertai kita.

Namun katanya, pemuda masih membuka peluang kepada Khairy atau mana-mana pemuda Umno jika ingin menyertai mereka malam ini.

Tambahnya, keengganan pemuda Umno menerima pelawaan mereka menggambarkan mereka hanya pandai mengkritik dari jauh, namun tidak berani apabila diajak berdebat secara terbuka.

"Sepatutnya bila kita anjurkan debat ilmiah begini, ini peluang terbuka untuk semua pihak mengutarakan pandangan, cadangan dan kritikan mengenai sesuatu isu.

"Tapi kalau pemuda Umno sudah tidak peduli dengan pandangan semua pihak, susahlah kita nak dapatkan pandangan terbaik," katanya.

Forum terbuka di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) malam ini akan menampilkan AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Publisiti DAP,Tony Pua.

Read more ...

Hatta buka pejabat depan Ibu Pejabat Utusan

Presiden NUJ Buka Pejabat Kecil Depan Utusan



KUALA LUMPUR 18 Jan.: Setelah digantung walaupun belum dibuktikan bersalah Hata Wahari hari ini membuka 'pejabat' sendiri di depan ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras.

Jelas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan(NUJ) itu tindakan ini sebagai tanda bantahan terhadap majikannya, lapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, pejabatnya itu hanyalah sebuah meja plastik kecil warna biru dan sebuah kerusi kecil.

Di atasnya terdapat sebuah laptop, kamera kecil dan papan tanda bertulis "Wartawan Sedang Bertugas".

Dan kakitangannya cuma beliau seorang.

Bagi Hata, tindakannya itu sebagai membantah tindakan Utusan menggantung kerjanya, sedangkan beliau belum dibuktikan bersalah.

"Saya baru dituduh, belum lagi dibuktikan. Ini tidak adillah," kata wartawan kanan yang telah berkidmat 15 tahun di akhbar milik Umno itu.

Semalam siasatan dalaman yang dijaualkan terhadap Hata oleh Utusan Malaysia ditangguhkan atas alasan teknikal.

Pada prosiding di Pusat Latihan Utusan itu, beliau diiringi Setiausaha NUJ V Anbalagan dan wakil daripada NUJ cawangan akhbar itu.

Bagaimanapun, selepas menghabiskan 20 minit, pengerusi inkuiri Mohd Basir Abdul Rahim menamatkan sesi itu bagi membuat keputusan berhubung kesesuaian Anbalagan dipilih mewakili Hata.

"Kami tidak tahu berapa lama (ditangguh) tetapi kami akan dimaklumkan oleh mereka (Utusan) kemudian," kata Hata dalam sidang media selepas itu.

Hata dipanggil mengadap siasatan dalaman Utusan kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai portal berita dan akhbar, termasuk Malaysiakini.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Read more ...

Komen pedas, keras, panas Azwan Ali terhadap Umi Hafilda

Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.

Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini.

Read more ...

Bukan sahaja sokong, sumbang pula kepada pekerja Islam

DAP Selangor sumbang kepada tabung khas

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Setiuasaha DAP Selangor, Lau Weng San menyokong penuh cadangan Menteri Besar Selangor untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu pekerja Islam yang mahu bertukar kerja ke tempat yang halal.

Beliau yang juga Adun Kampung Tunku sanggup memberikan sebahagian dari bajet untuk kawasan yang diwakilinya ke tabung ini dan mengajak kerajaan Persekutuan juga menyokongnya.

"Saya mahu jadi yang pertama di Malaysia (menyokong tabung ini)," kata Lau Weng San dalam blognya.

Beliau melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan sesetengah media yang membuat laporan negatif dan tidak benar dengan apa yang berlaku dalam kes sekatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

"Kita bukan U Turn. Apa yang dibuat oleh kerajaan bukannya menarik balik peraturan itu tetapi meminta pelaksanaannya ditangguhkan sehinggalah kerajaan mengkajinya," kata Lau Weng San.

MPSJ telah meluluskan peraturan di bawah undang-undang kecil untuk melarang umat Islam dari bekerja di pusat-pusat hiburan yang menghidangkan arak sesuai dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Namun, memandangkan ianya dibuat tanpa melalui kerajaan negeri, peraturan itu tidak akan dilaksanakan dahulu sehingga ianya selesai dikaji dan kerajaan negeri membuat persediaan yang sewajarnya.

Antaranya, kerajaan negeri Selangor mencadangkan agar diadakan satu tabung khas untuk membantu pekerja Islam yang mahu berhenti dari bekerja di tempat sedemikian di samping membantu mereka mencari pekerjaan baru yang halal.

Cadangan inilah yang disokong oleh Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San ini.

Read more ...

SPR dibantah lagi

Pemuda PAS Kelantan bantah 499 pengundi pos

KETEREH, 18 Jan: Dewan Pemuda PAS Kelantan membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pendaftaran nama isteri anggota tentera di Kem Desa Pahlawan.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, seramai 499 nama telah dikenalpasti sebagai isteri anggota tentera yang didaftarkan sebagi pengundi pos dan ini amat mendukacitakan dan dikesali.

Beliau ditemui di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam ketika mengiringi 50 pembantah senarai nama tersebut.

Turut hadir Penyelia Dun Ketereh, Nik Mahadi Nik Mahmood, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Hafiz Musa dan Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari.

Hari ini, senarai nama tersebut telah dibicarakan di hadapan Pengarah SPR Negeri Kelantan Mohammad Mahmud dan sehingga tengah hari ini lebih 200 nama telah dibantah.

(Gambar: Pemuda menunjukkan nama yang dibantah.)

Proses pendengaran bantahan akan diadakan sehingga esok.

“Kita membantah tindakan SPR ini dan khususnya Dun Kok Lanas telah bertindak pantas dan tindakan memasukkan nama isteri-isteri anggota tentera ini adalah tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka sendiri,” ujar beliau.

Abdul Latif juga berkata tindakan membawa mereka ke dalam sistem undi pos amat tidak munasabah kerana mereka bukannya terlibat dengan tugas menjaga keselamatan negara.

“Suasana yang terdesak ini menyebabkan BN telah menggunakan kuasa mereka dengan berpakat bersama SPR untuk memasukkan nama sebegini kedalam undi pos dan ini sudah pasti menjadi satu keadaan yang akan memburukkan sistem demokrasi,” katanya lagi.

Abdul Latiff juga berkata tindakan bantahan terhadap undi pos seperti itujuga melibatkan Dun Manek Urai dan Parlimen Pengkalan Chepa.

Beliau juga menyentuh tindakan SPR yang ingin mencadangkan penggunaan undi proksi bagi memberi kuasa kepada mana-mana individu yang tidak boleh keluar mengundi agar diberi kuasa kepada pihak lain.

“SPR perlu mengkaji sepenuhnya penggunaan sistem ini dan memberi penjelasan kepada semua pihak terlebih dahulu.

“Bagi Pemuda PAS Kelantan tindakan ini adalah untuk memudahkan pihak tertentu mendapat undi bagi mereka,” kata beliau lagi.

Read more ...

Nasib generasi ke 2 Felda yang terpinggir

LABIS, 18 Jan: Walaupun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan Felda, Datuk Ahmad Maslan sentiasa mewar-warkan bahawa tiada generasi ke 2 Felda yang dipinggirkan, namun realitinya tidak begitu.

Di Felda Tenang, ramai generasi kedua Felda yang terus terpinggir bahkan dipinggirkan oleh ajensi di bawah Felda sendiri.

Zanariah binti Jaffar, 43, adalah generasi ke 2 Felda, namun beliau hanya mampu menghuni rumah usang di Felda Tenang bersama suaminya, Hasson bin Susik, 52 di samping anak mereka yang berusia sembilan tahun.

(Gambar: Rumah Zanariah di Felda Tenang. Kanan papan tanda rumah Zanariah yang dibekalkan Felda)

Suami beliau yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat GLC, dengan pendapatan sekitar RM800.00 sebulan agak sukar menyara keluarga dengan keadaan harga barang yang semakin mahal.

Tiga tahun yang lalu, mereka pernah didatangi pegawai untuk mengambil gambar rumah mereka bagi diberikan bantuan, tetapi malangnya sehingga kini belum ada satu pun bantuan diberikan atau tindakan susulan, ujarnya.

Perkara ini boleh dirujuk kepada Tabung Pinjaman Perumahan Peneroka (TPPP) dengan kadar pinjaman bagi seorang peneroka yang layak adalah minimum RM10,000 dan maksimum RM40,000.00.

(Gambar: Zanariah merenung masa depannya yang tidak menentu)

Antara syarat-syarat yang mesti dipenuhi :

i) Terbuka pada peneroka yang berumur tidak melebihi 70 tahun semasa permohonan dibuat. Perlu mempunyai 2 orang penjamin yang berpendapatan tetap (salah seorang mestilah terdiri daripada anak atau waris kadim pemohon).

Bagi pinjaman yang tidak melebihi RM15,000.00, gaji penjamin mestilah tidak kurang RM500.00 sebulan.Manakala pinjaman yang melebihi RM15,000.00, gaji penjamin mestilah tidak kurang dari RM800 sebulan.

ii) Tidak mempunyai rekod tatatertib dengan Felda

iii) Peneroka mesti menghantar semua hasil ke kilang Felda atau melaksanakan tanam semula bersama Felda.

Berdasarkan temubual kami, beliau adalah peminjam yang layak dan memenuhi syarat-syarat tersebut, tetapi sehingga kini rumah beliau masih ditahap yang sedia ada, sejak dari kehadiran pegawai yang mengambil gambar 3 tahun yang lalu hinggalah kini.

Di samping generasi ke 2 Felda yang tidak terbela di sini, Felda Tenang jauh terkebelakang berbanding kawasan-kawasan Felda yang lain hatta di Johor sendiri.

(Gambar: Suami Zanariah, Hasson bin Susik bersama anak tunggal mereka di dalam rumah mereka di Felda Tenang)

"Cuba bandingkan Felda Tenang dengan Felda Taib Andak misalnya. Felda Tenang, Chempelak dan Chempelak Barat jauh tertinggal ke belakang, " kata Pengerusi Anak (Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan), Mazlan Aliman.

Beliau yakin, jika dibiarkan begini berterusan, nescaya mereka akan terus terpinggir.

"Saya yakin, jika penduduk Tenang memberi peluang kepada Cikgu Mala untuk mewakili mereka melalui pilihan raya kecil ini, nasib mereka akan berubah. Ini kerana, kerajaan negeri dan pusat akan berebut-rebut untuk membantu mereka kerana bimbang jatuh ke tangan Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Namun jika BN kekal di sini, jangan harap kerajaan negeri dan pusat memberi perhatian," kata Mazlan yang juga anak seorang peneroka Felda.

Read more ...

Demi undi : Umno hidang arak dan penari seksi , Islam tolak tepi ?

Bir Dan Penari Seksi Meriahkan Jamuan 1Malaysia


LABIS 18 Jan.: Sambutan 1Malaysia di Tenang dihidangkan dengan tarian seksi dan minuman bir percuma.

Majlis anjuran Umno itu dihadiri orang bukan beragama Islam, portal Malaysiakini melaporkan, kira-kira 1,000 orang hadir, rata-rata masyarakat Cina.

Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama, jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Dalam ucapannya, Isa mempertikaikan kewibawaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memperlekehkan janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

Ironinya, walaupun Isa memperlekehkan janji 100 Hari Pakatan Rakyat namun ketuanya sendiri tidak sanggup untuk berdebat dengan Anwar dengan memberikan pelbagai alasan tidak munasabah.

Beliau juga, turut menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Isa sebelum ini digantung sebagai ahli Umno kerana terbabit dalam rasuah politik dalam pemilihan parti itu.

Baru-baru ini selepas dilantik menjadi Pengerusi FELDA, beliau dalam ucapan sulung kepada kakitangan organisasi itu memberi amaran akan mengambil tindakan tegas jika didapati menyokong Pakatan Rakyat.

Sebelum ini di Galas, Gua Musang Umno menggunakan taktik yang sama dengan menghidangkan minuman keras kepada masyarakat Orang Aslal di kawasan pedalaman Kelantan itu.

Read more ...

Umno amal Islam pilih kasih?

Isu Azan: Tony Pua Kata Umno-BN Dwi-Standard


KUALA LUMPUR 18 Jan.: Umno-Barisan Nasional dikritik kerana mengamalkan dwi standard dalam isu azan di Lembah Pantai yang melibatkan seorang ahli MCA, ujar Tony Pua.

Pua dalam satu sidang media hari ini mempersoalkan sama ada BN akan memaafkan perkara itu jika ia berlaku terhadap ahli Pakatan Rakyat.

Aduan berkenaan azan dibuat oleh Ng Kian Nam serta mencetuskan ketidakpuasan hati masyarakat Islam dinegara ini.

“Saya merasakan permohonan maaf itu perlu diterima. Saya tidak fikir perkara itu perlu dibesar-besarkan,” kata Setiausaha Publisiti DAP itu.

Tambahnya, pada pihak Pakatan Rakyat soalnya bukan mengenai permohonan maaf dibuat oleh peguam yang membuat aduan tetapi sikap pilih kasih diamalkan Umno.

Katanya, memandangkan ia melibatkan wakil MCA, kes ditutup dengan cepat dan dipastikan agar tidak menjadi satu isu berpanjangan.

Semalam, Ng Kian Nam memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan.

“Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh),” katanya pada sidang media.

Dalam satu surat bertarikh 20 Disember 2010 kepada Jabatan Perdana Menteri, Ng, meminta supaya tindakan diambil bagi memperlahankan bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi itu kerana didakwa mengganggu tidurnya.

Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi.

Bagaimanapun kata Pua, isu azan itu sudah pasti menjadi tajuk muka depan akhbar-akhbar dimiliki Umno khususnya Utusan Malaysia jika membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Katanya, Pakatan Rakyat juga sudah pasti dilabel sebagai tidak sensitif dan dipanggil sebagai rasis.

Read more ...

Heboh di Kulim , Katak dah jadi Pocong

Wartawan terserempak pocong

http://listverse.files.wordpress.com/2010/04/transparent-animals-001-tm.jpg?w=550&h=408
http://maximampictures.files.wordpress.com/2008/05/pocong.jpg?w=450KULIM HI- TECH, 18 Jan. : Kira-kira 20 tahun dulu, kawasan Kulim Hi-Tech adalah sebuah ladang kelapa sawit dan getah.

Seorang penduduk mahu dikenali sebagai Ghani berkata, sebelum kawasan berkenaan dibangunkan, terdapat beberapa rumah ibadat dan kubur dalam ladang terbabit. Kebanyakan tempat dipercayai didiami makhluk halus.

Seorang pengawal keselamatan, Hamid Ismail 62, berkata, dia pernah ternampak lembaga menyerupai seorang perempuan yang memakai baju kebaya biru di tingkat tiga di bangunan tempat dia bertugas.

Menurutnya, dia tergamam apabila melihat lembaga itu dan mengarahkan nya turun ke tingkat bawah bangunan. Apabila tiba di tingkat bawah, dia menunjukkan jalan keluar kepada lembaga itu dan mengiringinya. Lembaga itu kemudiannya berjalan menghala ke bekas lombong yang terletak bersebelahan bangunan di mana dia bekerja.

“Cukuplah hantar saya di sini. Itulah yang dikatakan lembaga itu kepada saya. Saya tergamam dan memaklumkan kepada beberapa pengawal keselamatan lain, tetapi tidak ada siapa percaya,” katanya.

Sementara itu, Rosli Hashim yang bertugas sebagai pengawal keselamatan hampir setahun di Kulim Hi-Tech berkata, dia pernah terserempak dengan lembaga putih berambut panjang, duduk di sebelahnya ketika sedang berehat di dalam kereta.

Terbaru, seorang wanita berusia 20-an yang baru pulang kerja kira-kira jam 2.45 pagi, terkejut apabila ternampak hantu pocong duduk di kerusi belakang sebuah kereta Kancil yang lalu di jalan raya.

Misteri hantu pocong masih kuat diperkatakan sehinggalah Sinar Harian sendiri pergi ke lokasi di mana kejadian aneh itu sering berlaku.

Kira- kira jam 11.45 malam, wartawan Sinar Harian bersama seorang rakan pergi menemui beberapa saksi yang pernah berjumpa dengan lembaga di sekitar kawasan berkenaan. Sinar Harian kemudiannya pergi ke kawasan lombong di mana seorang wanita berbaju kebaya biru dikatakan pernah kelihatan. SH

Kira-kira jam 12.35 pagi, dengan menggunakan bumbung kereta sebagai tripod, pocong tadi berjaya dirakamkan dengan lebih jelas.

Sinar Harian mengesahkan misteri penemuan pocong di Kulim Hi-Tech adalah benar, sepertimana yang diceritakan orang ramai.

Read more ...

Beruntung pembantah azan ahli MCA, bayangkan jika ahli DAP, PKR atau DHPP

Artikel : Dalam posting bertajuk "Cukupkah menuduh pembantah azan busuk perut?", saya tulis:
Saya juga tidak melihat tunjuk perasaan mereka begitu sarat dengan sentimen politik yang tajam. Saya percaya, rata-rata yang memprotes itu adalah penyokong-penyokong tegar Umno. Yang mereka kecam ialah seorang peguam ahli MCA. Mereka berlawan sesama mereka.
Ringkasnya, mereka bergaduh adik-beradik.

Semalam, asik-beradik saling berpelukan (lihat Malaysiakini "
Pengadu bunyi azan mohon maaf" dan "MCA man behind azan row apologises").

Ng Kiam Nam beruntung kerana dia ahli MCA. Sebagai ahli MCA, dia boleh buat apa saja dan selepas itu meminta maaf dari adik-beradiknya. Mintak gitu-gitu ja, tak payah memohon. Depa tunggu mintak ja. Mesti bagi punya.


Kalaulah Kiam Nam orang DAP atau PKR atau ahli Kelab Penyokong PAS, jangan harap nak dapat walaupun memohon. Nasib baik dia orang MCA. Bantah apa pun tak apa. Umno boleh maaf.


Saya cakap fasal Umno. Bukan fasal peguam MCA itu. Kalau orang MCA rungsing dengan azan yang terlalu lantang, itu tak menghairankan. Kalau orang MCA tak nak hudud, apa nak herannya. Mereka bukan Islam.

Yang amat meloyakan ialah sikap Umno, tak kiralah yang bersongkok tinggi atau tidak. Saya tak naklah kata sekupang tiga. Lebih murah dari harga seluar dalam di pasar malam.


Sebab itulah kita mesti melihat apa pun yang dibuat oleh Umno tidak ada kaitan dengan 3R yang mereka jerit pekikkan. 3R itu ialah race (bangsa), religion (agama) and royalty (puak raja).


Umno dah main isu bangsa dan agama. Sekarang mereka sibuk jadi hulu dan balang puak raja. Menjadi. Bukan tak menjadi. Terlalu ramai Melayu yang dah dibangangkan oleh Umno dengan kedua-dua isu itu. Orang PAS pun ramai yang dah bangang teruk dengan isu.


Bila orang Umno kata, "Kami kalau Umno hancur, PAS kami boleh terima. PKR kami tak terima" atau "Kami bila-bila masa ja boleh tinggalkan Umno ni dan sokong PAS dengan syarat PAS mesti bersendirian", otak orang PAS yang dah dibangangkan Umno itu melorot ke paras lebih bawah dari lutut. Tak terlintas langsung di kepala mereka semua itu ayat-ayat munafiq - depan cakap lain, belakang lain pula.


Bila bercakap tentang sebahagian orang PAS yang begitu mudah ditipu dan diperdaya, saya teringat analisis mat kangkung yang jadi pak yet atau pecacai Umno dalam Bernama, "
PAS bakal jadi korban politik DAP-PKR - penganalisis".

Analisis mat kangkung itu tak salah sepenuhnya. Saya yakin PAS tak akan jadi korban dan tak akan terpinggir jika pemimpin-pemimpin PAS cerdik dan tak bodoh untuk menguasai keadaan. Tapi kalau masuk mesyuarat orang lain yang dominan dan lepas tu bersyarah pula depan ahli bahawa "kira mesti jadi dominan" untuk menghibur otak yang bengap untuk jadi dominan, tidak mustahil PAS jadi korban.


Kalau dalam mesyuarat akal tak panjang nak bercakap, lidah jadi tongong nak berhujjah, duduk tercokol macam tok kong dan bila keluar mesyuarat merungut tak habis-habis termasuk menghentam DAP yang dilihat sebagai extension Singapura (macam la Umno yang digiankan sangat itu tak jadi pak yet Singapura), apa mustahilnya PAS akan jadi korban?


Sudah-sudahlah merungut tentang puak Islam yang berjuang menuntut kemerdekaan tetapi bila dah merdeka, orang lain yang perintah. Sudah-sudahlah merungut bahawa puak Islam yang perjuangkan kemerdekaan tetapi selepas itu ditipu oleh puak sekular yang akhirnya menggasak habuan kemerdekaan.


Adakah orang menipu sahaja yang salah? Orang kena tipu langsung tak salah? Tidak salahkah senang sangat kena tipu?

Read more ...

Ben Ali lari, Rashid Ghanousi kembali


Artikel : Tiga cara nak gantikan sebuah kerajaan atau pimpinan. Melalui rampasan kuasa tentera, pilihanraya atau jalanraya.

Kini tumbangnya pemerintahan kuku besi Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali selama 23 tahun yang berjaya digulingkan rakyatnya melalui jalanraya meskipun beliau dahulunya mendapat kuasa melalui rampasan kuasa tentera.


Drama penyingkiran Presiden Tunisia itu bermula empat minggu lalu apabila bantahan golongan pelajar merebak ke seluruh negara dan akhirnya sampai ke ibu negara pada Khamis lepas.

Rata-rata rakyat sudah bosan dengan pemerintahan Ben Ali tetapi kemuncak kemarahan mereka berpunca daripada kegagalan pemerintah mengekang kenaikan mendadak barangan keperluan asas seperti susu, roti dan gula yang amat membebankan orang ramai.

Tiadanya peluang pekerjaan sehingga mahasiswa teragut nyawanya akibat ditahan untuk menjual buah dan sayur bagi menyara keluarganya.

Penderitaan sekian lama yang mencengkam akhirnya meledak dan pengaruh mahasiswa dan golongan muda menyaksikan tumbangnya sebuah empayar kuku-besi di Tunisia.


Meskipun Tunisia bekas negara jajahan Perancis, Ben Ali dihalang untuk melarikan diri ke Perancis oleh Presiden Nicholas Sarkozy.

Kini Ben Ali kini berada di Jeddah mendapatkan perlindungan dari Raja Arab Saudi, Raja Abdullah.

Rashid Ghanoushi yang berada dibuangan negeri di London kini akan kembali ke Tunisia. Diharapkan cahaya gerakan Islam akan kembali bertapak dan berkembang setelah era kejatuhan ideologi manusia yang terlalu rapuh untuk memerintah manusia.

Usia pemerintahan Ben Ali lebih-kurang sama dengan Mahathir. Pemerintahan perkauman arab di Tunisia lebih-kurang sama dengan Umno-BN memerintah Malaysia.

Sememangnya tak mampu ditahan lagi. Usia pemerintahan Umno-BN sudah sampai tahap menggelunsur. Kini giliran Pas PR menggantikan Umno-BN. Tetapi Pas dan PR akan menjatuhkan UMNO-BN dalam medan pilihan-raya.

Sejak 1951 Pas memilih pendekatan pilihanraya sebagai satu pendekatan aman. Meskipun diprovokasi, difitnah, dizalimi, Alhamdulillah Pas masih lagi menggunakan pendekatan secara berhemah.

Pas masih lagi menggunakan pendekatan tahalluf siyasi dengan parti-parti lain maupun kaum serta agama lain. Diharapkan Umno-BN masih lagi bersedia untuk berpencak di tanah yang sama rata.


Kita juga bimbang kalau-kalau UMNO-BN sentiasa menggunakan kuasanya, berterusan melakukan ketidakadilan dalam system pemerintahan, sistem SPR yang menyebabkan rakyat rasa ditipu, ditindas, dizalimi serta dirampas hak mereka menyebabkan rakyat memilih jalanraya untuk mendapatkan hak mereka.

Rakyat pun ada tempoh had kesabarannya.


Ketika itu kemana pemimpin UMNO nak lari??? Kalau Mahathir dahulu pernah menyebut… kalau Anwar jadi PM beliau nak lari ke Australia. Ben Razak nak lari kemana pulak?

Sekarang Rosmah berada diluar-negara dengan lawatan rasminya yang mengalahkan PM. Tengok-tengoklah negara mana yang sesuai untuk suaka politik???


ustsaifulbahri

Read more ...

Anak muda bangkit tumbangkan kerajaan zalim

Revolusi orang muda jatuhkan pemimpin zalim Tunisia

Artikel : Satu tindakan kerajaan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali dalam menghadapi protes rakyat Tunisia yang tercetus 17 Disember lalu ialah menutup institusi pengajian tinggi, tindakan yang boleh menghalang orang muda berkumpul, dan supaya mereka berada di rumah.

Usaha menghalang orang muda daripada terlibat aktif dalam protes besar-besaran di negara Afrika Utara itu walau bagaimanapun tidak berjaya, dan kini dunia telah menyaksikan kejatuhan seorang pemimpin yang telah memerintah selama 23 tahun.

Masalah pengangguran dan peningkatan kos sara hidup di negara itu menerima reaksi paling keras daripada rakyatnya, dalam protes yang memuncak pada hujung minggu pada 8 dan 9 Januari lalu.

Ben Ali akhirnya melepaskan jawatannya dan melarikan diri bersama keluarga ke Arab Saudi, selepas Perancis dikatakan enggan membenarkan pesawat membawanya mendarat di negara bekas penjajah Tunisia itu.

Orang muda Tunisia – dengan peranan besar pihak tentera juga – yang berdepan tekanan ekonomi hasil dasar kepimpinan Ben Ali, telah berjaya menjatuhkan pemimpin yang telah memerintah sejak 1987 itu.

Respons Ben Ali terhadap protes besar-besaran itu menunjukkan kediktatorannya dan bagaimana dia menggunakan segala alasan yang boleh untuk kekal berkuasa.

Beliau mengaitkan mereka yang terlibat dengan protes sebagai teroris untuk membina sokongan untuk dirinya, menggunakan kedudukan Tunisia sebagai pemain penting memerangi militan di Afrika Utara.

Beliau juga memecat menteri dalam negerinya, mengarahkan pembebasan mereka yang ditahan semasa protes dan menjanjikan peluang pekerjaan, tawaran-tawaran menarik kepada generasi muda.

Tawaran-tawaran itu walau bagaimanapun sudah terlambat. Protes terus dijalankan oleh orang muda Tunisia hingga membawa kepada kejatuhan Ben Ali, selepas puluhan nyawa terkorban.

Episod kebangkitan rakyat di Tunisia ini telah memberi gambaran potensi yang dimiliki belia sesebuah negara.

Apa yang tidak dicapai oleh parti-parti politik – yang banyak daripadanya dikatakan tercalar kredibiliti mereka kerana mempunyai hubungan baik dengan Ben Ali – diselesaikan dengan peranan penting orang muda dalam tempoh sebulan.

Kejatuhan Ben Ali akhirnya membawa kepada penubuhan sebuah kerajaan perpaduan, yang ditubuhkan di tengah-tengah kekacauan yang masih berterusan.

Perdana Menteri Mohammed Ghannouchi yang memegang jawatan itu sejak 1999 telah membawa beberapa figur pembangkang ke dalam kerajaan perpaduan itu, dan kini bersedia menghadapi pilihan raya.

Perlembagaan Tunisia menetapkan pilihan raya presiden diadakan dalam tempoh 60 hari.

Kerajaan baharu Tunisa itu menjanjikan media yang bebas dan partisipasi politik yang lebih luas.

Ini walau bagaimanapun perlu diperhatikan dan dinilai dengan lebih kritikal lagi, kerana janji tersebut bukan sesuatu yang mudah dilaksanakan.

Perdana menteri kini juga dikenali sebagai orang Ben Ali dan tidak boleh memisahkan diri daripada segala dasar ekonomi yang membawa kepada situasi yang mencetuskan kebangkitan rakyat itu.

Sebarang kesimpulan masih awal untuk dibuat, kerana proses membina semula kerajaan masih berlangsung di bawah kerajaan perpaduan nasional yang baru ditubuhkan.

Seperti yang mudah berlaku, mereka yang turun memprotes boleh dirampas perjuangan mereka oleh para oportunis yang lebih cekap dan mendapat bantuan pihak-pihak berkepentingan.

Jalan untuk melihat janji-janji manis yang dikemukakan terlaksana masih jauh, walaupun kelihatan sudah hampir.

Permainan politik dalaman tidak dapat dielakkan daripada berlaku dan boleh sahaja terjadi perubahan yang sudah berlaku ini akhirnya tidak menunaikan janjinya.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam satu kenyataan membayangkan wujud potensi campur tangan yang boleh merampas dan mengubah haluan yang dicetuskan oleh kebangkitan rakyat Tunisia itu.

Beliau menggesa agar pilihan rakyat Tunisia dihormati dalam pilihan raya yang akan diadakan nanti, menggesa supaya kuasa-kuasa Barat “menerima hakikat akan pilihan oleh rakyat Tunisia nanti, dengan tidak memberikan tekanan kepada mana-mana pihak terutamanya terhadap kumpulan Islam yang selama ini menghadapi berbagai tekanan dan tindakan zalim.”

Mengulas hal yang sama, pengerusi Citizens International, S M Mohamed Idris dalam kenyataannya memberi amaran campur tangan asing sehingga perubahan ini akhirnya digantikan oleh mereka yang tidak berbeza dengan Ben Ali.

“Penggerak revolusi Tunisia perlu menyedari bahawa Perancis dan Amerika Syarikat mempunyai ramai penyokong di dalam kerajaan, polis, tentera, kehakiman, media, NGO dan kumpulan perniagaan.

“Kuasa imperialis ini sudah tentu sedang sibuk merancang bagaimana untuk memastikan bahawa kuasa politik dipindahkan kepada mereka yang akan berkhidmat kepada bekas penjajah yang mempunyai agenda anti-Islam itu.

“Janganlah Tunisia mengalami nasib malang Algeria di mana tentera dengan bantuan AS dan Perancis, membunuh proses demokrasi selepas pergerakan politik Islam FIS [Barisan Pembebasan Islam] memenangi pilihan raya,” tegasnya.

Pemain politik yang lebih licik dan berpengalaman pasti lebih bijak mengatur langkah, memanfaatkan sebarang agenda untuk kepentingan sendiri.

Selepas orang muda Tunisia membuka ruang untuk perubahan ini, pemain-pemain lain yang juga mengimpikan perubahan ke arah kebaikan perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna, agar tenaga dan nyawa yang telah dikorbankan generasi muda itu tidak sia-sia.

Dan hal ini bukan hanya tertakluk di Tunisia, tetapi juga di mana-mana negara yang mengharapkan generasi muda menyumbang tenaga untuk melihat perubahan.

Read more ...

Umno mungkin letak calon wanita juga

Mungkin calon wanita jadi taruhan di DUN Tenang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1VoX-d5B6xok7kOLyhDixYHZY3BoSsIQSpeocrCPiWjgRe1fd1VHxm9yuN1iorXrCef3OrNeFienP6uANSr-6QoJWkS7QFOP_RzxoSHUCIVZpTRC4uzbgMoKQw03EFnaBTdXKnBCwjB46/s1600/164443_126921394037414_111320732264147_178999_5292187_n.jpg
SENAI , 18 Jan. : Siapa calon mewakili Barisan Nasional (BN) terus menjadi tanda tanya selepas Pas mengumumkan calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kelmarin.

Antara nama yang disebut-sebut bagi mengisi kekosongan itu ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis, Haslinda Salleh.

Haslinda, 39, ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan BN akan meletakkan calon wanita di Tenang berikutan 53 peratus pengundi di situ adalah wanita wanita.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau yang akan bertanding, Haslinda bersikap diam diri dan mahu media menantikan pengumuman calon sebenar yang akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu ini.

“Saya tidak mahu beri komen (mengenai dirinya dicalonkan). Kemungkinan BN meletakkan calon wanita di DUN Tenang mungkin ada tetapi ia bergantung kepada keputusan penamaan calon pada Rabu ini.

“Apa yang saya boleh katakan ialah sekarang ini kami sedang memperkuatkan jentera bagi menghadapi pilihan raya Tenang yang akan berlangsung nanti,” katanya kepada :Sinar Harian.

Haslinda merupakan graduan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memegang ijazah sarjana muda penyiaran dan kewartawanan.SH

Read more ...

Juruterbang pun menganggur di Malaysia

500 juruterbang Malaysia menganggur, kata ekonomi baik

Kata ekonomi Malaysia baik, pulih, bagus, harga getah naik. TAPI, macamana terdapat 500 graduan juruterbang atau pilot yang sedang menganggur sekarang ini. Bukan sehari dua dah menganggur, tapi dah setahun ke dua tahun mengganggur.

Berapa ramai antara juruterbang menganggur ini orang Melayu? Adakah mereka perlu membayar pinjaman semasa belajar jadi pilot? Tak pe, boleh jadi juruterbang pokok getah agaknya. HIDUP RAKYAT !Amkns

***********************
The Star Tuesday January 18, 2011
Graduate pilots hit hard by job shortage

ABOUT 500 pilots earned their wings and aimed for the sky – only to see their dreams come crashing. The reality is that there are few openings and the job shortage has hit them hard.

Most of these pilots, who graduated from the eight flying schools in the country, have been without a job for between one and two years.

Other developments:

While the schools produced between 300 and 400 pilots annually in the last five years, their total intake for a year can reach up to 800.

The biggest airline operator – Malaysia Airlines — only takes in about 100 pilots or so and its priority is its own trainee pilots.

The problem of surplus pilots will be further compounded when more join the group this year.

Don’t be idle, take courses to keep flying skills intact, Department of Civil Aviation flight operations director Capt Datuk Yahaya Abdul Rahman tells fresh pilots.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/18/nation/7820639&sec=nation

Read more ...

Ro$mah boleh ganti Najib sebagai PM Malaysia

Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?

Artikel : PEMBAHAS “Bawal” dalam perbincangan mengenai tajuk “”Hantu” PRU Ke-13 Bagi BN dan PR.” antara lain, berkata: “komen la sikit pasal lawatan bini PM ke Timur Tengah. Ini lawatan rasmi Dato', siap ada perjumpaan ngan Timbalan Menteri kat sana.

Dah takde ke menteri kat Malaysia ni atau Jawatan sebagai bini PM adalah jawatan kerajaan.”

Terima kasih Sdr Bawal. Sebenarnya beberapa orang pembahas lain juga turut membangkitnya hal ini dan isu-isu lain yang melibatkan kegiatan dan tindak-tanduk isteri Perdana Menteri.

Seperti yang telah tegaskan berulang kali, dalam sistem kita tidak ada satu jawatan yang dipanggil “First Lady” atau Wanita Pertama. Kalaupun ada seorang yang boleh diberikan jolokan “First Lady” atau Wanita Pertama, orang itu adalah Seri Paduka Raja Permaisuri Agung kerana “First Gentleman” atau Lelaki Pertama dalam sistem kita adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Hak Guna Duit Negara

Mengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk Sdr Bawal dan para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:

NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.

However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.”

(Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.

Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.”)

Terpulanglah kepada pembahas dan pembaca membuat interpretasi dan mencari kesimpulan mengenai lawatan Rosmah ke Asia Barat tanpa diiringi oleh Perdana Menteri.

Cadangan Rosmah Masuk Politik

Dalam bahas blog ini, ada beberapa pembahas mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Bagi saya, cadangan sebegini bukan jenaka tetapi boleh dilihat sebagai sesuatu yang serius dan berkemungkinan berlaku.

Malah seorang bekas menteri kanan yang diketahui cucup akrab dengan Mohd Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

Kita boleh bincang dan bahas hal ini, tatapi saya minta tolong berhati-hati dan bersopan santun. Saya tidak akan menyiarkan ulasan yang berunsur fitnah dan hasutan yang boleh membawa padah.

Soalnya kenapa tidak Rosmah? Buat permulaan, beliau sudah pun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de fakto dalam sistem pemerintahan negara memalui Projek Permata Negara untuk kanak-kanak pintar yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam belanjawan 2011 dan RM100 juta pada 2010. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media massa arus perdana.

Kenapa tidak? Bukankah sudah wujud gandingan suami-isteri dalam landskap politik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail? Malahan, gandingan bapa-emak dan anak pun sudah ada – Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Selain itu wujud dinasti politik lain seperti gandingan Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Malah Mohd Najib, Anwar, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir dan ramai lagi adalah pewaris dinasti politik.

Jadi kenapa tidak Rosmah? Kalau Rosmah tidak ada peranan yang berkesan dan definitif, masakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, membuat pertemuan khas dengan beliau dalam rangka lawatannya ke Malaysia pada tahun 2009 dan secara terbuka mengiktiraf kesepakatan Rosmah-Mohd Najib?

Jadi apa salahnya atau memeranjatkan sangat jikalau Rosmah bertanding pilihan raya dan akhirnya menjadi pengganti suaminya?

Gandingan Ahli Keluarga Perkara Biasa

Hal ini berlaku bukan sahaja di Singapura di mana Lee Hsien Loong menjejaki bapanya menjadi Pardana Menteri, malah ia juga berlaku di banyak negara di dunia.

Contohnya di India di mana Indira Gandhi menjejaki bapanya Jawaharlal Nehru, menjadi Perdana Menteri. Indira digantikan pula oleh anaknya Rajiv Gandhi. Indira dan Rajiv kedua-duanya mati dibunuh. Kini isteri Gandi, Sonia seorang keturunan Itali menjadi Presiden parti pemerintah, Indian National Congress dan anak mereka, Rahul adalah Ahli Parlimen dan diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri.

Di Sri Lanka, Chandrika Bandaranaike Kumaratunga yang menjadi Presiden dari 1994 hingga 2005 adalah anak kepada dua Perdana Menteri -- bapanya S.W.R.D Bandaranaike dan ibunya Sirimavo Bandaranaike.

Di Filipina, apabila calon Presiden Benigno “Ninoy” Aquino dibubuh, isterinya, Corazon Aquino bertanding dan menang. Kini anak mereka, Benigno Aquino III, menyandang jawatan itu. Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pula adalah anak Presiden Diosdado Macapagal.

Sheikh Hasina Wazed, Perdana Menteri Bangladesh sekarang adalah anak sulung Sheikh Mujibur Rahman, pengasas dan Presiden pertama negara itu manakala Begum Khaleda Zia, bekas Perdana Menteri, adalah janda Presiden Ziaur Rahman yang dibubuh.

Di Pakistan, Allahyarhamah Benazir Bhutto menduduki kerusi yang pernah diisi bapanya, Zulfikar Ali Bhutto sebagai Perdana. Zulfikar mati di tali gantung, Benazir mati dalam pengeboman bunuh diri.

Di Argentina, Presiden Néstor Carlos Kirchner digantikan oleh isterinya Cristina Fernandez de Kirchner. Eva “Evita” Peron hampir menjadi Naib Presiden Argentina di samping suaminya kalau tidak kerana mati batuk kering.

Kini, isteri Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Ibu Kristiani Herawati diuar-uarkan akan bertanding jawatan Presiden apabila tempoh perkhidmatan suaminya tamat.

Tidak Mustahil Rosmah Jadi PM

Kesimpulannya, adalah tidak mustahil Rosmah Mansor atau mana-mana wanita selebriti bertanding pilihan raya dan, jika dikehendaki oleh majoriti pembesar parti mereka, dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya.

Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau. Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan.

Kalau negara Islam yang lebih besar dan konservatif seperti Pakistan dan Bangladesh boleh menerima Perdana Menteri dan Presiden wanita, pastinya Malaysia yang lebih progresif tidak akan menolak kepemimpinan wanita.

Hatta Pas pun sedang hebat mempromosikan penyertaan wanita dalam hierarkinya manakala PKR sudah pun dipimpin oleh wanita. Wallahualam. (Diangkat dari The Scribe A Kadir Jasin)

Read more ...

Mengapa Ro$mah tidak dijemput sekali ?

Isu Payu Dara TV3, Bukan Kerja Budak Nakal...

RANCANGAN bual bicara WHI di TV3 membincangkan tajuk Salahkah besarkan payu dara? yang mengundang rasa kurang selesa penonton.

KUALA LUMPUR, 18 Jan.: Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam pr
ogram Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini. Lapor Kosmo! Online.
Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan. Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.

Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.IH

Read more ...

Pengakuan Haji Ali bin Omar tentang anaknya

UMMI HAFILDA ialah anak bongsu dari enam beradik, tiga laki-laki tiga perempuan. Lahir pada bulan Jun 1967 di Kampung Klang Gate.

Bersekolah lulus tingkatan lima pelajaran agama lebih dari mencukupi umur enam tahun sudah membaca Koran dengan baik dan sudah tahu bersembahyang. Boleh menulis dan membawa jawi dan dapat melancar pelajaran agama Fekah dan Hadith


Berhenti sekolah dia bekerja di dua buah bank sebagai kerani dan pegawai bank dalam masa empat tahun. Dia meletakkan jawatan itu dan menubuhkan sharikat sendiri. Hasil yang diperolehi dari pinjaman bank yang banyak dia telah menjelajah ke London, Australia, Tokyo dan …(tidak terang). Lain-lain tempat. Sebenarnya business belum diuruskan dengan baik. Dengan sikapnya yang angkuh, riak takbur dan memiliki kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, Jeep, Isuzu, Van biasa, BMW. Tiga empat kereta dalam satu-satu masa.


Sepanjang masa dalam riwayat hidupnya belum pernah ada ada risik dari mana-mana pihak yang bersetuju meminang hingga sekarang masih seorang andartu.

Bila umurnya meningkat lebih 20 tahun tingkah lakunya yang aggeresive begitu menjadi-jadi. Melawan, tidak pedulikan dengan nasihat, riak, takbur, pembohong, penipu.

25.8.98 kali terakhir dia keluar dari rumah ini. Kelang Gate Setapak KL.

1.9.98 jam 5.20 petang saya memangil kakaknya yang sulong dan memberi nasihat kepadanya bahawa dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat dan berwasiat dengan pesanan jangan lagi dia balik kerumah ini.

30.9.98 dia selitkan tiga surat layang dipintu gate besar dengan nama samaran jiran yang bersimpati.

6.10.98 dia suruh kakaknya mengemas semua kain bajunya yang berada dalam tiga bilik di rumah ini.

Kedatangan kakaknya dia menunggu bila saya tidak ada dirumah kerana berjumaat.

Hasil komplot Megat Junid sampai ketangan Khalis Jafri untuk dijadikan buku 50 Dalil sebelum sampai ke PM. Kerja-kerja fitnah ini dibiayai oleh Daim dan Tengku Adnan, Ziela isteri Megat Junit menjadi orang perantaraan.

Dalam hidupnya semasa dewasa ini hutang keliling pinggang. Pernah beberapa kali orang yang memberi hutang datang menyerang di rumah ini. Surat-surat bank dari seluruh KL menuntut hutang datang sepangjang masa pernah saya di tipu dengan lenyapnya kereta mercedes yang berharga $90,000 kerana melangsaikan hutang banknya.

Kekasarannya pernah beberapa kali ibunya mengeluarkan airmata. Dia sanggup menuding jari telunjuk kemuka ibunya dan disuruh 'shut up' Jaga sikit mulut. Semenjak tahun 1988 sudah tiga empat kali lari dari rumah berbulan-bulan lamanya keluar dari rumah.

Sifat fitnah menjadi-jadi walau pun dinasihati tetapi tidak diindahkan

Saya telah berkahwin dengan ibunya 42 tahun tetapi pada 20.2.1998 dalam masa beberapa minit sahaja tak tahulah apa yang difitnahkan kepada ibunya hingga membuat orang itu menyerang saya dengan keadaan luar biasa sehingga terpaksa saya melafazkan talak kepadanya. Kami bercerai sepuluh hari sebelum rujuk kembali.

Hasil kemuncak fitnahnya adalah dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Jawatan TPM dan dilucutkan keahlian UMNO yang menggemparkan dunia seluruhnya hingga kehari ini.

Dialah bertanggungjawab penulis surat kepada PM pada 8.8.1997 memfitnah Anwar berzina dengan kakak iparnya hingga mendapat anak bernama Hafifah dan memfitnah abangnya mehmed Azmin setiausaha Anwar orang yang paling kaya dengan hasil rasuah serta perpakat dengan Azizan Abu Bakar memfitnah Anwar berhomosex dengan Azizan.

Surat-surat tersebut dengan 9.10.98 suruh abangnya Azwan buat laporan polis di Melawati dan menuduh dua abangnya Azman dan Azmin memecah masuk biliknya dan mengambil surat-surat penting dari bilik tersebut serta mendakwa abangnya Azman hendak membakar pakaiannya dan mendakwa Azmin hendak membunuhnya.

Dua orang pegawai polis Inspektor Ramlee dan DSP Ishak datang menyiasat kes tersebut serta seorang Juru gambar.

Catatan Haji Ali bin Omar

18.10.98

Bloglist Malaysia

Read more ...

MCA berak, Umno tolong basuh

Azan: Peguam Ahli MCA Minta Maaf Dari Pejabat UMNO

KUALA LUMPUR, 17 Jan.: Peguam yang didakwa meminta sebuah masjid di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam memperlahankan azan hari ini, menyifatkan ia salah faham yang diperbesarkan pihak tertentu. Kenyatannya dibuat pada sidang media di pejabat Umno Lembah Pantai di sini.

Peguam tersebut, Ng Kian Nam, pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili penduduk di kawasan Pantai Dalam turut memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat negara ini terutamanya orang Islam.

Ng yang juga ahli seumur hidup MCA berkata, isu azan yang melibatkan Masjid Al-Ikhlasiah itu hanya salah faham dan sudah diselesaikan.

“Saya nak pohon maaf terhadap semua orang Islam kerana menimbulkan salah faham itu ... sebenarnya saya tidak tahu bagaimana untuk membezakan antara azan dan kuliah subuh.

“Saya akui setiap orang ada kelemahan termasuk saya, saya tulis surat itu kerana tidak dapat bezakan antara azan dan kuliah subuh. Jadi saya pohon maaf secara terbuka sekiranya surat yang saya tulis telah timbulkan salah faham.

“Secara terbuka saya pohon maaf kerana telah berlaku kekeliruan dan salah faham ini,” katanya. (IH)

Read more ...

Kerajaan PR tidak abai nasib pekerja

Kajian Tentukan Kuasa PBT Laksana Undang2 Syariah Di Selangor


SHAH ALAM 17 Jan.: Kerajaan Selangor akan membuat kajian terperinci untuk menentukan sama ada pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh melaksanakan undang-undang jenayah syariah dalam by-laws atau syarat lesen.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kajian akan melihat kesan kepada umat Islam yang mungkin akan hilang punca pendapatan jika undang-undang jenayah syariah dilaksanakan.

"Angka yang melibatkan pekerja Islam dalam penjualan minuman keras tidak besar, jadi perkara ini boleh dikawal dengan baik. Di Subang Jaya, terdapat 170 premis menjual minuman keras dan hanya 13 premis yang menggajikan pekerja Islam," katanya.

Sementara menunggu kajian terperinci disiapkan, Kerajaan Negeri akan meneruskan rancangan untuk mewujudkan tabung bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk membantu orang Islam yang mahu meninggalkan pekerjaan itu.

Selepas ini, semua undang-undang atau syarat tambahan yang melibatkan Undang-undang Jenayah Syariah perlu dirujuk kepada Kerajaan Negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) bagi tujuan penyeragaman.

Read more ...

Kalau ada perakam, payah Utusan nak tipu

Alasan Hata Enggan Tutup Perakam, Utusan Tangguh Inkuiri


KUALA LUMPUR 17 Jan.: Utusan Malaysia membatalkan inkuiri dalaman terhadap wartawannya, Hata Wahari, berikutan kenyataan yang mengkritik cengkaman politik pemerintah ke atas kebebasan akhbar di Malaysia yang juga melibatkan akhbar itu.

Utusan enggan meneruskan inkuiri selepas mendapati Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan itu membawa perakam untuk merakam perjalanan prosiding tersebut.

Pertelagahan berlaku seawal prosiding bermula.

Pengerusi jawatankuasa terbabit, Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengedaran Utusan Mohd Basir Abdul Rahim, berkata hanya pihaknya berhak membuat rakaman.

Hata enggan mengeluarkan perakam itu, lantaran inkuiri tidak membenarkan beliau membawa peguam bagi membantu pembelaan.

"Dia cakap kalau tidak keluarkan perakam suara itu, dia takkan mula siasatan. Saya cakap kenapa pula tak boleh, sedangkan pendakwaraya boleh. Bila saya tetap tak mahu alihkan, dia kata saya sebagai pengerusi saya hentikan sesi ini. Terus (dia) hentikan.

"Kita tidak ada satu manual untuk siasatan domestik. Yang itu jadi masalahnya. Kalau pendakwaraya boleh rekod, tentu saya boleh rekod. Kalau pengerusi kata pendakwaraya kena tarik perakam, saya tiada masalah. Habis tu takkan saya kena kerja sorang-sorang, kalau saya nak semak butiran prosiding macam mana? Takkan saya nak minta pada pendakwaraya? Saya tidak percaya dia," katanya.

Menurut Hata, pihak pentadbiran Utusan akan memanggilnya semula pada satu tarikh inkuiri yang baru.

Hata menghadapi dakwaan mengeluarkan kenyataan yang mencemar imej Utusan, berdasarkan kepada kenyataan yag diberikan kepada portal Malaysiakini, The Malaysian Insider, Merdeka Review dan akhbar The Sun antara 21 September dan 14 Oktober tahun lepas.

Hata tiba di Pusat Latihan Utusan sekitar jam 10.30 pagi dimana inkuiri dijalankan. Beliau diiringi Setiausaha Agung NUG V Anbalagan yang diminta mewakilinya dalam prosiding tersebut.

Pengerusi jawatankuasa bagaimanapun membantah kehadiran pegawai NUJ dalam prosiding itu. Anbalagan dituduh sebagai 'orang luar' dalam urusan domestik Utusan, dan dikeluarkan dari prosiding tidak lama kemudian.

"Ini siasatan dalaman memang macam mahkamah kangaroo. Dia sudah buat keputusan, dia tak mahu dengar kenyataan. Kami mahu beritahu pada Utusan, bahawa mereka tidak ada kuasa untuk mendakwa ahli NUJ pusat.

"Dia didakwa kerana membuat kenyataan mencemarkan imej Utusan tetapi pendirian kami adalah beliau mambuat kenyataan berdasarkan kapasiti beliau sebagai presiden NUJ. Jadi saya adalah pegawai kesatuan jadi saya di sini untuk mewakili beliau," katanya.

Surat dari Utusan bertarikh 11 Januari lalu berkata Hata dilarang memasuki pejabat Utusan, dan dilarang keluar dari kawasan kejiranannya.

Perintah berkurung secara amalannya adalah kuasa-kuasa polis, dan tidak dikenakan oleh majikan ke atas pekerja mereka.

Anbagalan memberitahu mereka akan merujuk peguam untuk mencabar perintah tersebut.

"Kita tengok dulu apa Utusan mahu buat. Kita mahu Utusan beri semula kerja beliau, biar dia teruskan sebagai presiden NUJ. Tiada krompomi," katanya.

Read more ...

Cerita bergambar ini buat pemimpin Umno tidak dapat tidur lena

Artikel : Hari ini, Awang terasa sangat letih pada seluruh badan dan tidak bercadang untuk menulis dengan lebih panjang.

Storynya, mengenai sama ada ‘kejayaan’ PAS melaksanakan projek “PAS Ganti Umno” atau ‘kegagalan’ Barisan Nasional untuk sekat penganjuran program tersebut.

Cuma….Awang akan paparkan serba sedikit rakaman foto-foto pada sehari pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman.

‘SELAMAT DATANG’…Pimpinan PAS dan orang ramai sedang menunggu ketibaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Dua pesilat veteran yang membuat persembahan sebahagian dari gimik awal pada Majlis Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat diberi baju T untuk dipakai pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Bendera besar yang dipasang berhampiran pintu gerbang ‘PAS Ganti Umno’ sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Bendera besar yang dipasang berhampiran pintu gerbang ‘PAS Ganti Umno’ sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Pimpinan Pakatan Rakyat dari kiri Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (bersongkok), Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib di pentas utama Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Sebahagian dari orang ramai yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Sebahagian dari 3,000 buah Pemuda PAS berkonvoi motosikal daripada Masjid Bukit Kuang, Chukai mengiringi pimpinan PAS Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘GIMIK’…Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama-sama memukul paluan gong sebagai tanda perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘AMANAT’… Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Amanat Khas kepada para hadirin Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap merasmikan Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Muslimat PAS berteduh di celah rimbunan pokok rhu di tepi pantai Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Belon ‘gergasi’ PAS Ganti Umno yang dinaikan sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Pasukan gendang silat yang didatangkan khas bagi menyambut kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘SAMBUT’….Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali menyambut ketibaan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib pada Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Pasukan motosikal berkuasa tinggi yang mengiringi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘KASIH BAPA’… Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut membawa seorang puterinya ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Ketibaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat disambut oleh Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Ketibaan dua pemimpin iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disambut oleh Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Ketibaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat disambut oleh Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Baju T ‘PAS Ganti Umno’ berwarna hijau untuk peserta muslimin dan selendang hijau bagi peserta muslimat dibuat khas untuk program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘LAUTAN MANUSIA’…orang ramai yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘CURI TUMPUAN’…tiga orang anak muda yang berada di atas pokok untuk melihat dari dekat pemimpin Pakatan Rakyat di pentas utama Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap pada Majlis Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘DERMA’….para petugas Unit Amal sedang mengira wang sumbangan derma kilat yang dilancarkan sempena program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Orang ramai terutama anak-anak muda mengambil peluang bersalam dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, selepas Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Orang ramai terutama anak-anak muda mengambil peluang bersalaman dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, selepas Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Sebahagian dari 3,000 buah Pemuda PAS berkonvoi motosikal daripada Masjid Bukit Kuang, Chukai mengiringi pimpinan PAS Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

‘SANTAI’…Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berehat selepas menyertai pertandingan memancing pada Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap pada majlis perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Pimpinan Pakatan Rakyat dari kanan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik di pentas utama Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib turut menderma pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim antara tetamu pada Majlis Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Kesimpulannya, Awang minta pembaca menilai sendiri daripada paparan gambar-gambar yang dirakamkan pada hari program tersebut berlangsung. Sama ada berjaya atau tidak nilailah sendiri. Ada mata lihat…ada mulut cakap…ada akil fakir-fikirkan.

Read more ...