Thursday, June 13, 2013

SOKONGAN KEPADA KU LI !!! Bukan sahaja sebagai PM tapi dah dapat sokongan bertanding Presiden UMNO





Datuk_Rizalman_AbdullahPETALING JAYA: Bekas Ketua Umno Tenom, Datuk Rizalman Abdullah barangkali pemimpin Umno yang pertama menyokong Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden Umno dalam pemilihan hujung tahun ini.

Beberapa Umno telah mencadangkan supaya Najib tidak dicabar, begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.

“Saya setuju jika Ku Li bertanding jawatan Presiden Umno…kerana beliau tokoh paling layak, yang ada rekod.

“Pernah jadi Naib Presiden Umno, jadi menteri dan berpengalaman,” katanya.

Read more ...

BERITA INI MEMANG PANAS!!! 222 Ahli Parlimen bakal memilih antara Tengku Razaleigh Hamzah atau Najib Razak sebagai PM

Tengku Razaleigh: Telah mengatur mesyuarat di rumahnya, petik sumber. – Gambar failKUALA LUMPUR, 13 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber. 

The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.

“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.

“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.

Read more ...