Monday, September 30, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Empat YDP PAS kawasan kekal di Melaka

MELAKA: Lima PAS kawasan di negeri ini selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing  iaitu PAS Kawasan Bukit Katil, Kota Melaka, Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu, manakala PAS Kawasan Alor Gajah akan mengadakan mesyuarat agung pada 5 Oktober depan.

Empat  daripada lima kawasan yang bermesyuarat agung mengekalkan Yang Dipertua (YDP) masing-masing membabitkan tiga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek (Jasin), Ustaz Mohd Nor Omar (Tangga Batu) dan Mohd Sofi Abdul Wahab (Bukit Katil).

Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Harun Mohammed (atas) kekal sebagai YDP PAS Kota Melaka. Kesemua mereka dipilih tanpa bertanding.

PAS Kawasan Masjid Tanah mendapat YDP  baru apabila Ustaz Imran Abdul Imran dilantik menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang uzur.

Ustaz Imran yang juga bekas  Timbalan Yang Dipertua sesi lalu dilantik tanpa sebarang pertandingan.

Di Jasin, Timbalan dan Naib Yang Dipertua sesi lalu, Yuhaizad Abdullah dan Azrin Majid dipilih dengan mengenepikan saingan mereka dalam pertandingan satu lawan satu.

Read more ...