Saturday, March 30, 2013

KELENTONG!!! Timbalan Menteri berlagak baguih rupanya haprak



"Saya nak bagi tahu kepada abang-abang dan kakak-kakak, jangan ingat kami hanya duduk dalam bilik aircond di Putrajaya, tak buat apa-apa. Saya sendiri turun ke padang masuk pasar. Baru ni saya masuk pasar Taiping, tuan-tuan tahu tak santan sekarang dah harga RM12 sekilo?.Harga naik jadi RM12 kerana kita terpaksa import kelapa dari luar. Ahli parlimen sekarang (Nga Kor Meng) tak tahu pun semua ni. Dia mana ambik peduli pasal rakyat .... bla...bla...bla" - Sebahagian ucapan Menteri Nyonya dari Gerakan yang sekarang dilihat memperkuda UMNO Taiping. Selain dari itu Tan Lian Hoe juga cuba manupulasikan kenaikan harga ikan disebabkan oleh faktor cuaca.

Begitulah ucapan seorang Timbalan Menteri yang bernama Tan Lian Hoe yang tak cerdik dihadapan lebih kurang 40 orang penduduk semasa berkempen untuk mempromosikan dirinya untuk menjadi calon Parlimen Taiping di Dewan orang Ramai, Kg. Pinang Seberang Kamunting pada jam 3.30 petang, 23 Mac 2013 yang lalu. 

Read more ...

ABU!!! Bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian sertai PAS

Ketika Datuk Seri Najib Razak masih lagi terkial-kial mengumumkan pembubaran parlimen, seorang lagi bekas ketua pemuda Umno bahagian meninggalkan parti itu. Abd Aziz Awang, 55 melengkapkan senarai tiga bekas ketua pemuda Umno bahagian di Kelantan berhijrah daripada Umno. 
 
Sebelum ini bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh dan bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zulkifli Zakaria memulakan penghijrahan selepas lama berada Umno. 
 

Read more ...