Saturday, May 12, 2012

SELEWENG HARTA RAKYAT!!! UMNO guna bas kerajaan angkut peserta himpunan UMNO

KUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu telah menyalahgunakan berpuluh-puluh kenderaan kerajaan negeri Terengganu bagi mengangkut para peserta ke program sambutan ulangtahun 66 tahun penubuhan parti itu semalam di ibu negara Kuala Lumpur.

Ahli Jawatankauasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr AzmanIbrahim kesal dengan tindakan parti itu yang sewenang-wenangnya menggunakan harta rakyat seolah-olah harta tersebut milik Umno.

Menurutnya, antara kenderaan tersebut adalah bas Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu digunakan untuk mengangkut peserta yang terdiri daripada kalangan Pemuda Umno Batu Rakit.

Katanya, tindakan tersebut menunjukkan Exco Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan parti.

“Exco agama salah guna harta kerajaan, demi mencapai hasrat kononnya menghimpunkan 100,000  manusia di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 66 tahun Umno semalam,

“Adun Batu Rakit (itu) menyalahgunakan bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk mengangkut pemuda-pemuda dari kawasan yang diwakilinya”ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Setiu berkata, Khazan yang juga pimpinan Umno Setiu sebagaimana biasa menyalah gunakan harta kerajaan.

Beliau berkata, bas tersebut telah dikesan di sekitar Pusat Dagagan Dunia Putra (Putra World Trade Centre – PWTC) pada Jumaat  11 Mei.

Menurutnya, perkara yang sama turut dikesan di beberapa buah hotel disekitar ibu Negara dimana beliau mendapati banyak kenderaan-kenderaan milik beberapa Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu yang disalahgunakan.

Justeru beliau menggesa kerajaan mendedahkan kepada rakyat kaedah dan peruntukan mana yang membolehkan kenderaan kerajaan boleh dimanipulasi untuk meramaikan manusia ke program Umno.

Katanya, Umno juga perlu memperincikan sumber pendapatan mana yang digunakan menyewa beratus-ratus bas swasta bagi tujuan yang sama.BO

Read more ...

MAI BANDING!! PAS buat himpunan kat Kedah sama banyak dengan UMNO kerah seluruh negara

Dimulakan dengan lagu Negaraku, lagu Amal dan lagu Rasmi PAS.. Puluhan ribu bersedia bertempur dalam PRU 13. Ribuan anak muda. Ribuan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Ayuh!! Jangan Gadai Negara.. Ubah Segera, Selamatkan Malaysia.

Berpuluh ribu ahli PAS Kedah berhimpun bermunajat kepada Allah memohon agar Allah menganugerahkan kemenagan dunia akhirat d Guar Chempedak





Read more ...

TUDUH PAS 'SESAT'!!! Inilah bukti video dan gambar perjuangan 'JIHAD' UMNO


http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/559473_437698782924744_100000538795763_1557813_212796635_n.jpg


Superimpose ke?
 

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/554788_404750602881033_100000382903024_1307969_285487310_n.jpg
Acara disambutan ulang tahun ke 66 UMNO di Bukit Jalil. Membicarakan tentang Islam dan Jihad, hiburan yang melalaikan menjadi pengisian.




Read more ...

PANAS SEKEJAB!!! Bila ada upah beribu boleh mari, bila tak ada upah karnival UMNO senyap sunyi



Bukit Jalil: hari kedua sambutan ulangtahun ke 66 semalam berlangsung dengan keadaan sunyi sepi.

Hanya segelintir dari jumlah yang dikatakan 70,000 yang memenuhi Stadium Bukit Jalil pada malam sebelumnya hadir pada tengahari semalam.

Terdapat beberapa buah khemah pameran dan gerai yang telah dipasang di luar stadium, tetapi tidak ramai orang menjengahnya.
Tiada seorang ahli politik pun yang datang berhimpun pada malam sebelumnua kelihatan hadir di karnival pada hari semalam, yang hanya dihadiri tidak lebih dari 300 orang sahaja pada awal tengahari.

Mengikut aturcara program, karnival yang "masuk-percuma" itu sepatutnya bermula jam 10 pagi.

Kebanyakan tumpuan hanya di khemah expo kerjaya oleh Pemuda BN, arena paintball dan beberapa gelanggang futsal.

“Hari ini pagi Sabtu. Keadaan begitu sunyi. Saya harap lebih ramai akan datang pada sebelah tengahari,” kata seorang yang enggan dikenali selepas membahagikan risalah-rasalah pada jam 11 pagi.

Hal ini sepatutnya tuidak berlaku, sedangkan taman "inflatable castles" dan "skateboard" juga telah diwujudkan.

Malah, kerana terlalu kurang orang yang menghadiri karnival tersebut, beberapa kakitangan yang bosan mwnunggu pengunjung mengambil kesempatan menghiburkan diri mereka dengan bermain sendiri di khemah-khemah berkenaan.

Karnival akan berakhir jam 6 petang hari ini. -FMT (terjemahan bebas -GB)



Read more ...

PETUNJUK SUDAH JELAS!!! Bubar parlimen minggu depan, pilihanraya akhir cuti sekolah


SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen.
Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun - dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Ramalan itu turut mengambil kira cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei.
“Berdasarkan maklumat yang saya terima, Perdana Menteri akan bubar Parlimen Isnin,” kata seorang pemimpin kanan parti komponen kepada Sinar Harian, semalam.
“Nampak gaya Perdana Menteri lebih yakin ekoran sambutan diberikan oleh ahli-ahli Umno,” katanya lagi.
Ketika ditanya Najib akan berada di United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk menghadiri majlis konvokesyen dan kemudian bercuti, pemimpin itu menambah, “itu satu rutin, ini perkara lebih penting.”
Apabila diajukan soalan yang sama, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional di Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin berkata, pihaknya kini berada di paras “cukup bersedia” untuk menghadapi PRU13.
“Saya tidak terkejut jika Parlimen dibubarkan minggu depan, apa pun keputusan akhir di tangan PM,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Beliau yang turut menghadiri sambutan ulang tahun ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil berkata, mesej perhimpunan kali ini menunjukkan “pilihan raya sudah semakin dekat.”
“Memang pilihan raya sudah dekat. Hanya tunggu untuk mendengar semboyan PRU,” katanya lagi.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, “berdasarkan apa yang saya dapat lihat semalam, nampaknya Umno kini sudah bersedia.”
Ibrahim juga berkata beliau tidak hairan jika Najib, selaku Pengerusi BN memutuskan untuk membubarkan Parlimen minggu ini.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang seiring dengan pandangan beliau pula berkata: “PRU13 akan diadakan sebelum Ramadan... awal bulan Jun.”
Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melihat mesej bahawa Najib akan menghadap Agong “hanya satu gurauan”.
“Apapun gurauan ini juga boleh menjadi realiti (diadakan PRU13 lebih awal), apapun boleh terjadi,” kata pemimpin dari Sarawak itu.
Menurut Wan Junaidi, selepas menyelesaikan siri isu dan masalah, Najib mempunyai satu lagi perkara penting untuk ditangani iaitu projek nadir bumi Lynas di Pahang.
“Saya fikir Najib mahu menyelesaikan kesemua masalah yang ada dengan baik. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya akan membentangkan laporan pada awal Julai ini... jadi, saya fikir paling cepat pun awal pada Julai sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri, sekitar September,” kata beliau.

sumber SInar Harian

Read more ...

PANAS!!! Samseng dikehendaki ditemui di belakang Hishamuddin , semasa bersalam dengan pelajar sekolah yang diangkut

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/576627_432673763412170_100000086506684_1736949_1684809422_n.jpg
Masih ingat wajah mamat ni?

masih ingat mamat samseng yang buat kecoh?
Samseng Taik Minyak UMNO telah ditemui
Tengok pula siapa yang bersalam dengan Hishamuddin?
Budak-budak sekolah yang diangkut, semuanya kerana duit...
Samseng Taik Minyak tu pun terbukak besaq mulut kerana duit masyuk pun besaq....

Read more ...

KERUSI KOSONG!!! Ingatkan orang rupanya kerusi merah, bukti Himpunan ulang tahun UMNO tak cecah pun 50 000 orang



Dengan bas percuma diberi... duit belanja dijanji beri... T-shirt di beri pakai... masih lagi gagal mencecah 50 ribu orang... perhimpunan ulangtahun Umno 66 tahun di Stadium Bukit Jalil.

Dengan kebangkitan Rakyat Malaysia semasa Bersih 3.0, jauh bezanya semangat perjuangan Rakyat yang ditunjukkan kalau dibandingkan dengan perhimpunan ulangtahun Umno yang sedang berlangsung malam ini...  Malulah disiar secara langsung, tetapi hanya difokuskan kepada kumpulan ramai sahaja, tanpa ditunjuk keseluruhan stadium.
Cakap Bergegar Nak Kumpul 500 Ribu Ahli
Kehadiran tak sampai 50 ribu orang, menyaksikan kepupusan Umno semakin terserlah yang kononnya mempunyai lebih 3 juta ahli.  Inilah petanda kejatuhan Umno yang semakin hari semakin dibenci oleh Rakyat Malaysia kerana mempermainkan Agama Islam serta bermodalkan isu-isu seks yang tak habis-habis...

Semasa ketibaan presiden Umno,Najib dan Rosmah pun masih terlalu banyak kerusi-kerusi kosong yang jelas kelihatan di latar belakang, walaupun Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan 87,411 orang. (rujuk wikipedia)



Blogger-blogger Umno dengan malu-malu kucing terpaksa menyiarkan juga gambar dan cerita yang hanya menyedapkan hati mereka sendiri... kononnya yang hadir lebih 100 ribu orang...apabila dicampur kerusi berwarna merah... kih kih kih...


Banyak kerusi kosong

Alahai Lokman... Exco pemuda sambut Najib pegang bendera dengan berlatarbelakangkan kerusi-kerusi kosong... hmmmmmmmmm reformis muda


Read more ...

PENDEMO KLON!!! Polis sebar empat gambar tapi orang yang sama



Pengguna Internet mengenalpasti terdapat wajah berganda individu dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Mereka mengesan wajah seorang individu muncul empat kali dalam senarai 141 orang yang dikehendaki.
'Pendedahan' itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa dikritik hebat ekoran penggunaan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan itu.

Peserta perhimpunan, dipercayai anggota Unit Amal PAS yang kelihatan gempal muncul empat kali dalam wajah yang dikeluarkan polis pada 9 Mei.

Gambarnya dilabel dengan nombor 7, 15, 18 dan 21.

Pengguna Facebook yang mengecam kesamaan itu dipercayai bernama Mohd Nor Amin Zainuddin.

Beliau mengeposkan komen itu di Facebook polis pada t 2.59 petang pada hari yang sama gambar itu dimuatnaik.Aku Ingin Bebas

Read more ...

MALUNYA MUHYIDDIN!!!! Sekolah pondok tolak bantuan RM100 ribu

TUMPAT: Belum pun sampai sebulan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok di sini, Pondok Berangan yang turut disenaraikan menolak tawaran itu.

Perkembangan itu memalukan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang mana sebelum ini mengharap dapat mempengaruhi institusi pondok bagi mendapat sokongan percuma.

Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, beliau menghormati pendirian tegas pengurusan Pondok Berangan menolak tawaran yang lebih bersifat politik.

Katanya, pendirian tersebut perlu dihormati kerana mereka ada maruah yang perlu dipertahankan dan bukannya mudah diperalat bagi kepentingan politik pihak tertentu.

“Semua orang tahu pemberian sumbangan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri ketika menjelang pilihan raya umum ke-13 dan tentunya mereka mengharap ada balasannya,” kata beliau di sini.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pengurusan Pondok Berangan, Muhammad Ali menolak sumbangan kerajaan pusat kerana pondok berkenaan tidak pernah menerima bantuan pusat sejak diwujudkan 70 tahun lampau.

Lagi pun katanya, sumbangan yang dijanjikan itu belum diterima pihaknya.

Pada 25 April lalu Muhyiddin ketika lawatan ke Tumpat mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok termasuk Pondok Berangan, Pondok Bunut Susu, Pondok Jal Besar, Pondok Pulau Ular dan Pendok Geting.

Pengumanan itu dibuat di Pondok Geting di Pengkalan Kubur yang diasas Abdullah Saamah, kini menjadi tenaga penceramah Umno.

Kamaruddin berkata, hanya pondok yang tidak ada pengaruh dalam masyarakat seperti Pondok Geting menerima sumbangan disampaikan pemimpin Umno.

Oleh itu katanya sebahagian besar institusi pondok di Kelantan menjadi benteng mempertahankan Islam dan tetap utuh sehingga sekarang. [Harakah]

Read more ...

MUSLIHAT NAJIB TERBONGKAR!!! Seorang pencacai UMNO banyak akaun, punca like lepasi 1 juta


Apalah bangganya jika pengikut Najib datangnya dari satu atau dua alamat internet (internet protocol) yang sama?

Apalah gahnya jika seorang pencacai media Umno-APCO membuka lebih 25 akaun Twitter dan 30 akaun Facebook lalu suka kepada fanpage Najib ?


Ini semua pendekatan menipu yang ditonjolkan kununnya Najib popular di mata rakyat.


Sedangkan hakikatnya pembohongan demi pembohongan terus dilakukan!


Penguasaan media baru adalah cabaran baru kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.


Bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Abdul Kadir Jasin berkata keadaan sewaktu pilihan raya umum tahun 2008 berbeza sama sekali kerana hanya satu pihak memberikan perhatian kepada penggunaan media baru pada masa itu.


"Akses media baru satu cabaran. Tahun 2008 penggunaan media baru dimonopoli Pakatan Rakyat.


"Umno-BN hampir tidak peduli kepada media dalam talian ini. Mereka bergantung kepada Utusan, Berita Harian dan sebagainya," katanya pada Konvensyen Akses Media Adil dan Bebas Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Seri Kembangan pagi tadi.


Namun, sekarang BN mula sedar sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat 'terlebih' dalam penekanannya terhadap penggunaan media baru oleh bakal calon BN dalam PRU akan datang, katanya.


"Akhir-akhir ini PM go overboard (berlebih-lebihan) sehingga mengatakan calon-calon boleh menang BN perlulah ada Twitter," katanya.


Keghairahan Najib dalam mendekati warga Internet terus tergambar apabila pagi tadi beliau bersarapan bersama pengikut laman blog mikro Twitter beliau yang ke-500,000 di Bangsar.


Beliau sebelum ini turut menyampaikan rasa terharunya apabila bilangan 'like' di laman Facebook beliau melepasi 1 juta orang.


Kadir juga menyifatkan penggunaan media baru sebagai 'membawa tuah dan sial kepada kedua-dua pihak'.


Beliau berpendapat ahli politik perlu berhati-hati dengan isu-isu sensasi yang akan mewarnai wadah komunikasi baru itu.


"Isu-isu sensasi akan membebani kedua-dua pihak. Isu-isu sensasi akan dimainkan habis-habisan, ada orang berkata kempen PRU akan datang antara yang paling kotor.


"Saya rasa mereka buat ramalan yang tepat.


"Melalui media baru, kemungkinan disaman lebih kecil (berbanding) kalau menggunakan media arus perdana," katanya.
 
JALAN PULANG 

Read more ...

BRAHIM ALI TIDUR!!! Majlis Fatwa dah putuskan perkataan Islam boleh digunakan


PERKASA cadang Majlis Fatwa kaji gugur nama Islam pada PAS

PASIR MAS: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada parti itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

Beliau berkata, ada yang menganggap setiap tindak tanduk atau kenyataan daripada pemimpin PAS sebagai tuntutan Islam.

“Contohnya ialah seperti kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewajibkan umat Islam khasnya penyokongnya menyertai perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan yang menimbulkan kekacauan di ibu negara baru-baru ini.

"Sedangkan beliau (Nik Aziz) sendiri tidak menyertai perhimpunan itu yang menyebabkan beberapa orang awam dan anggota polis cedera," katanya selepas majlis ceramah di sini, malam tadi.

Beliau berkata, ini menunjukkan PAS menyeleweng jauh daripada Islam dan seolah-olah fahaman yang dibawa PAS semuanya adalah tuntutan Islam.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau sanggup mendedahkan lebih banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin parti itu terutama berkaitan pembelian tanah yang membabitkan pemimpin parti itu.

"Saya sedia membawa perkara itu kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika ada pemimpin parti itu sanggup mencabarnya berbuat demikian," katanya.

Presiden Jalur Tiga (JATI) yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang turut serta pada majlis ceramah itu berkata JATI akan menghantar satu memorandum tuntutan 10 perkara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika ahlinya mencecah 100,000 orang.

Katanya, antara tuntutan utama ialah menggesa kerajaan menjadikan mata pelajaran agama Islam sebagai mata pelajaran wajib di peringkat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR); Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - BERNAMA

Ulasan GB

Apa yang dikemukakan oleh Ibrahim Ali itu menunjukkan betapa takutnya beliau terhadap nama "Islam" setelah beliau menipu PAS di dalam PRU12.

Di dalam pilihanraya ke 12 pada 2008 Ibrahim Ali memperdayakan PAS dengan bertanding di atas tiket PAS dan setelah menang beliau telah melompat menjadi ahli bebas.

Beliau menyedari beliau akan tewas jika bertanding melawan PAS di dalam pilihanraya akan datang ini, maka itu timbul cadangannya untuk menggugurkan nama Islam pada PAS>

Tetapi malang, beliau tidak mengikuti perkembangan semasa kerana Fatwa sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 yang menyatakan

"1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan "Islam" oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan "Islam" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada."


Majlis Raja-Raja juga pada 22 Mac 2001 telah memutuskan bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik.

Ia juga memutuskan bahawa tiada pihak berhak menentukan keislaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam.

Keputusan itu yang dibuat berdasarkan usul Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, dicapai pada mesyuarat ke-188 Majlis Raja-Raja selama dua hari di Istana Negara.



Ternyatalah bahawa gesaan Ibrahim Ali itu adalah sesuatu yang karut malah menghina Majlis Fatwa dan Majlis Raja-raja yang telah memutuskan dengan jelas dan tegas: bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik!Kelab Greenboc

Read more ...