Saturday, December 10, 2011

KANTOI PAPA GOMO !!! Zahid Hamidi sahkan PAPA GOMO bohong


Antara yang ditulis oleh si Papagomo dalam artikelnya bertajuk "Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak" mengenai kapal selam yang dinaiki oleh Guan Eng ialah..


Gomo selama 5 jam didalam KD Tun Razak dan Gomo sendiri bertanyakan kepada Kru kapal mengenai apa yang ada dan apa yang tiada dalam Kapal Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia. Malah segala perjalanan, berapa batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter kedalaman semuanya ada pada simpanan pihak TLDM yang mana RAHSIA kepada negara.


Ternyata apa yang dikarang olehnya itu adala satu pemboongan semata-mata kerana Menteri Pertahanan sendiri telah mengesahkan bahawa beliau tidak berada didalam kapal selam tersebut dan apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini hanya Blogger BigDogDotCom yang turut serta menaiki kapal selam itu..

Pada awalnya, blogger Papagomo dilaporkan akan turut dibawa bersama, tetapi dibanta oeh Guan Eng.

Ini kerana Guan Eng tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak muda, yang tela membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelakinya yang berusia 15 tahun kononnya tela mencabuli rakan sekelasnya.


ZAHID Nafi PAPAGOMO Turut Serta Dalam Lawatan SCORPENE

Blogger kontroversi pro-Umno Papagomo turut berada di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak tempoh hari, bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang Timbalan - Mansor Othman dan P Ramasamy.

Dalam posting blognya bertajuk "Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak", Papagomo berkata Ketua menteri mengeluarkan kenyataan negatif tentang kapal selam tersebut, apabila dia menaiki di atas jemputan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi.

Beliau menyatakan rasa berbesar hati kononnyal mendakwa dia adalah blogger pertama yang dibenarkan menaiki kapal selam tersebut. Di dalam blognya juga turut memasukkan gambar-gambar persekitaran kapal selam tersebut.

Beliau memberi contoh laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Lim sebagai berkata tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam"

Apa jenis kenyataan yang Guan Eng ini keluarkan? Sudah mengakui keupayaan KD Tun Razak namun cuba SPIN mengenai kos Kapal Selam Scorpene.

Papagomo, si pendedah fitnah pita seks Anwar

Papagomo dikenali sebagai blogger yang mengeluarkan posting yang kebanyakannya menghentam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Dia terkenal kerana mendedahkan gambar-gambar mangsa yang kononnya dikatakan menerima gangguan seksual daripada anak Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun, tetapi akhirnya terbukti ia tidak benar dan menerima kecaman secara terbuka di atas fitnah itu.

Papagomo juga telah menyiarkan klip video seks fitnah terhadap Anwar - penasihat PKR - yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur pada awal tahun ini, tetapi kemudian menukar dakwaan-dakwaan tersebut.

Baru-baru ini, seorang lagi penulis blog Amin Iskandar, membuat laporan polis terhadap Papagomo kerana postingnya yang mendakwa Amin telah diliwat oleh Anwar.

Papgomo berkata semasa pelayaran selama lima jam di dalam kapal selam semalam, beliau telah bertanyakan kepada anak-anak kapal tentang segala-galanya yang berkaitan dengan kraf, butiran-butiran yang disimpan oleh Tentera Laut dan dianggap sebagai "rahsia kerajaan".

"Ada beberapa perkara yang Gomo boleh maklumkan dan ada perkara-perkara yang Gomo tidak boleh nyatakan di atas kepentingan tentera laut di negara ini," katanya.

"Apa yang pasti Harga Kapal Selam yang dibeli Kerajaan adalah yang terbaik dengan meliputi Skop Skop kepentingan STRATGIK buat negara yang tidak dapat Gomo nyatakan malah TLDM juga menyimpan segala maklumat SULIT berkaitan Kapal Selam Scorpene ini.," katanya.

Papagomo juga turut mempersoalkan bagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang telah merasai layanan istimewa Tentera Laut sedangkan ada pemimpin kerajaan yang tidak menikmati pengalaman menaiki kapal selam tersebut seperti mereka rasai.

Beliau turut mengkritik DAP kerana agenda mereka yang "jelas" untuk menjejaskan keselamatan negara, dan bertindak sebagai proksi bagi negara asing terhadap Malaysia.

Papagomo turut mendedikasi dua posting khas pengembaraan Lim Guan Eng di dalam kapal selam Scorpene semalam, termasuklah posting semalam yang mendakwa Ketua Menteri itu 'mabuk laut'.

Beberapa wartawan di atas kapal tersebut mengesahkan kehadiran blogger tersebut, tetapi Lim memaklumkan beliau tidak perasan kehadiran Papagomo.

Walau bagaimanapun, Papagomo bukanlah satu-satunya blogger yang ada tempoh hari.

Seorang lagi blogger pro-Umno, Zakir Mohammed, yang juga dikenalisebagai "Big Dog" turut dilihat bersama dengan Lim ketika beliau turun dari helikopter yang sama ketika pulang dari kapal selam tersebut ke lapangan terbang Lankawi sekitar 7:00 malam.

Menurut saksi-saksi, Zakir turut berada di atas bot yang menuju ke kapal selam dari kapal frigat yang berlabuh jauh di luar pantai Langkawi, bagaimanapun beliau tidak menaiki Scorpene.

Zakir juga menghadiri sidang akhbar di Lapangan Terbang Langkawi di mana Lim dan Zahid memberi taklimat kepada wartawan tentang perjalanan kapal selam.

Tetapi semasa persidangan itu, apabila Zahid ditanyakan soalan sama ada terdapat mana-mana penulis blog yang turut bersama lawatan kapal selam tersebut, beliau menafikannya.

"Jika kita membenarkan mana-mana blogger untuk pergi, orang lain akan minta juga," beliau berkata.

Sumber - Pulakdah

Read more ...

GAMBAR TAK KONTROVERSI PUN!!! Kalau pemimpin PR sahih jadi kontroversi ciptaan pencacai UMNO


Gambar ini Addin ambik kat majalah automobil semasa menunggu kat sebuah bengkel, sambil-sambil tunggu kereta sambil-sambil tengok majalah...

Agak terperanjat jugak pada mulanya tengok gambar ni.. Menteri dari gerombolan UMNO yang kononnya memperjuangkan Islam tapi sanggup bergambar macam ni.. Tak boleh ngelak ke pak menteri? Kalau pimpinan PR yang bergambar macam ni pasti heboh 1Malaysia.Addin

Read more ...