Wednesday, February 8, 2012

AKHLAK BURUK!!! Blogger UMNO makin keji, angkuh , jelik kerana kebal

http://notamerah.files.wordpress.com/2011/12/blogger-umno.jpgKUALA LUMPUR: “Psssttt.. Guan Eng Kaki Nenen, patut anak pun suka Raba Tetek… Memang SIAL

Itulah catatan blogger pro-UMNO Papagomo pada 7 Februari bertajuk “Lim Guan Eng Nenen Memang SIAL – Ibrahim Ali” yang mencerminkan tahap pemikiran dan akhlak pecacai upahan UMNO tersebut.

Betapa angkuh, keji dan jeliknya blogger pencacai UMNO, walau pun mereka sedar dan tahu beberapa laporan polis telah ditampilkan terhadap blog mereka kerana berbohong dan menyebarkan hasutan, mereka masih lagi berterusan memfitnah.

Justeru, Setiausaha Politik Kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman-laman web UMNO Online (laman web rasmi UMNO) dan para blogger pecacai UMNO seperti Pisau.net dan Papagomo.

“Sehingga sekarang, artikel-artikel yang palsu dan fitnah itu masih lagi dipaparkan dalam laman-laman web tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan isu itu, beliau berkata, pada Oktober tahun lalu, beberapa laman web telah memainkan desas-desus kononnya anak Ketua Menteri Lim Guan Eng telah ditukarkan sekolah gara-gara mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di sekolah lamanya.

Tambahan pula, laman-laman web tersebut, termasuk laman web rasmi Umno iaitu Umno-Online, telah mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Ekoran daripada itu, pelbagai pihak telah muncul untuk menyangkal tuduhan-tuduhan tersebut sebagai fitnah yang langsung tidak berasas, tambah beliau lagi.

Zairil menjelaskan, “pelajar perempuan” yang menjadi bahan fitnah blogger pro-UMNO, iaitu seorang wanita warga asing yang tidak ada kena-mengena dengan pembohongan itu, Anya Corke, telah menegaskan bahawa beliau tidak pernah sesekali pun bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya.

“Kenyataan Anya telah diikuti dengan pengesahan daripada Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin bahawa tidak ada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri kepada apa-apa kejadian sedemikian.

“Tambahan pula, pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, juga telah menafikan kejadian itu,” ujarnya.

Walau pun pelbagai bukti telah ditampilkan, beliau kesal kerana laman-laman web tersebut masih lagi meneruskan serangan mereka tanpa melaporkan perkara yang sebenar.

Menurutnya, adalah jelas bahawa laman-laman web tersebut mempunyai motif jelik dan keji serta sanggup melakukan apa-apa termasuk memainkan sindiran yang bukan sahaja memfitnah Guan Eng tetapi juga memangsakan seorang kanak-kanak dalam usia persekolahan yang tidak bersalah.

“Sehingga hari ini, tindakan daripada pihak berkuasa masih lagi ditunggu-tunggu. Pada 12 Januari 2012, pihak polis telah menghubungi Ketua Menteri dan menasihati supaya beliau membuat laporan polis untuk memudahkan tindakan susulan ke atas pengendali-pengendali laman-laman web berkenaan.

“Malah, Ketua Menteri telah diberitahu bahawa permintaan untuk membuat laporan ini telah datang daripada “pihak atasan”. Namun demikian, setakat ini siasatan masih belum lagi menghasilkan sebarang tangkapan,” katanya.

Berikutan itu, Zairil telah diarahkan untuk membuat aduan kepada SKMM berhubung penerbitan dan penyiaran rencana-rencana palsu dan fitnah oleh blog-blog tersebut.

Tambahnya, penyiaran rencana-rencana fitnah itu merupakan satu kesalahan di bawah, antara lainnya, Seksyen 211 (Larangan terhadap pemberian kandungan jelik) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Roketkini.com

Read more ...

TIADA SOKONGAN!!! MIC mengaku lemah di Perak


Gambar: Sekadar Hiasan

MIC merupakan antara parti politik yang paling lemah dalam komponen Barisan Nasional di negeri Perak. Dalam PRU 12, MIC telah bertanding 4 kerusi di DUN negeri Perak iaitu Pasir Panjang, Behrang , Hutan Melintang dan Sungkai.

Di kerusi Pasir Panjang MIC dikalahkan oleh DS Nizar daripada PAS yang kemudiannya dilantik menjadi Menteri Besar negeri Perak. Manakala calon-calon MIC yang bertanding di DUN Behrang dan Hutan Melintang pula tewas kepada PKR.

Begitu juga calon MIC di Sungkai dikalahkan oleh calan daripada DAP. Ini bermaksud MIC telah tumbang 100% dalam pilihanraya DUN negeri Perak pada 8 Mac 2008.
Manakala MIC juga bertanding 2 kerusi Parlimen di Perak iaitu Sungai Siput dan Tapah.

Pertama kali MIC dijatuhkan di Parlimen Sungai Siput oleh calon PSM Dr Jayakumar yang bertanding di atas tiket PKR. Kekalahan Persiden MIC Dato Seri S.Samy Vellu di Sungai Siput telah membuktikan bahawa MIC ditolak sama sekali oleh rakyat negeri Perak.

MIC hanya berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tapah kerana mempunyai undi orang asal yang sangat signifikan di kawasan itu. Dalam kata lain, hanya seorang wakil MIC sahaja di Perak yang berjaya dipilih masuk ke Parlimen.

Kekalahan MIC di negeri Perak adalah akibat keangkuhan pemimpin-pemimpin yang sentiasa mempunyai rekod kemenangan 100% dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum itu.

MIC Perak gagal memperjuangakan hak orang-orang India di Perak. Mereka memperdayakan orang-orang India dengan pelbagai janji kosong semata-mata untuk mendapatkan sokongan di piliharaya.

Rakyat Perak sudah muak dengan janji-janji ini dan akhirnya membuat keputusan untuk mengalahkan semua calaon-calon MIC dalam PRU 12. Ini membuktikan bahawa rakyat Perak bijak dan berani untuk membuat perubahan ini.

Tetapi, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dipilih oleh Rakyat telah dirampas oleh Barisan Nasional selepas 11 bulan pemerintahannya. Selepas itu, Barisan Nasional menubuhkan kerajaan haram melalui "pintu belakang". Kerajaan haram itu tidak mempunyai wakil rakyat India.

Oleh yang demikian, tidak ada wakil orang India dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Banyak juga usaha dilakukan oleh Barisan Nasional untuk membeli wakil rakyat kaum India daripada Pakatan Rakyat.

Setelah semua usaha itu gagal, maka Barisan Nasional telah melantik Dato Veerasingam yang mengetuai MIC negeri Perak untuk menjawat jawatan Penasihat kepada Menteri Besar Perak berhubung dengan hal-ehwal orang-orang India.

Selepas 3 tahun merampas kuasa, Barisan Nasional sedar bahawa MIC tidak mempunyai pimpinan yang berkemampuan untuk menyelesaikan masalah kaum India di Perak.

Selama 3 tahun pemimpin MIC tidak dapat menguasai pengundi-pengundi India. Mereka hanya memberi sumbagan wang kepada Kuil, sekolah dan NGO. Selain daripada itu, MIC gagal menaikkan status sosio-ekonomi kaum India di Negeri Perak.

Kelemahan MIC diakui oleh Barisan Nasional apabila Dato Seri Palanivel menggantikan Dato Veeerasingam sebagai Ketua MIC Negeri Perak semalam.

Tindakan ini diambil serta-merta oleh pucuk pimpinan MIC kerana MIC Perak gagal membuktikan apa-apa kecemerlangan dalam tempoh 3 tahun yang lepas. Walaupun perlantikan Dato Seri Palanivel akan memecah belahkan lagi MIC negeri Perak tetapi parti itu terdesak mengambil keputusan tersebut.

Pada pandangan saya MIC terperangkap dalam jerat politik perkauman kerana jika 'ditelan mati emak, diluah mati bapa'.

Perlantikan Dato Seri Palanivel untuk mengetuai MIC Perak adalah satu tindakan yang lambat, nasi sudah menjadi bubur. Pada hemat saya, perlantikan ini adalah satu gimik politik untuk menipu orang India dengan mengatakan bahawa MIC Perak mempunyai pemimpin baru yang akan membawa harapan baru.

Ini merupakan taktik kotor Barisan Nasional untuk meraih undi orang-orang India di negeri Perak. Dato Seri Palanivel sudah pasti akan turun padang untuk menaburkan banyak janji-janji kosong kepada kaum India di negeri Perak.

Seperti biasa Dato Seri Palanivel dan pemimpin-pemimpin MIC yang bermula dengan ungkapan "Kalau BN menang, kita akan..." Rakyat Perak harus bersedia untuk mendengar semua janji-janji kosong mulai hari ini daripada pimpinan MIC negeri Perak.

Saya mencabar pimpinan MIC Perak supaya jangan hanya memberi janji kosong pilihanraya. Kalau benar mereka memperjuangkan hak orang-orang India, buat segala yang mungkin sebelum pilihanraya. Lima puluh tahun rakyat Malaysia sudah muak dengan janji pilihanraya MIC yang sudah lama basi.


* V. Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Negeri Perak & ADUN kawasan Tronoh

Read more ...

HABIS NEGERI!! Kalau dok simpan menteri macam ni...


KUALA LUMPUR - Dakwaan penyalahgunaan wang zakat yang dikaitkan dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom kini semakin menimbulkan tanda tanya, apabila perbelanjaan Yayasan Taqwa sebanyak RM800,000 tidak dilaporkan di dalam Laporan Tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Selain itu, perbelanjaan pergurusan Yayasan Taqwa turut menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak apabila didapati terlalu besar dan tidak munasabah sehingga mencecah RM2 juta.


Pengarah Task Force Zakat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, mengikut laporan tahun 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pendapatan Yayasan Taqwa sebanyak RM7.78 juta.


Menurutnya, perbelanjaan yayasan itu pula sebanyak RM6.98 juta yang jelas menunjukkan sebanyak RM800,000 tidak dilaporkan di dalam laporan tahunan MAIWP bagi tahun 2010 yang lalu.


Katanya, pihaknya juga mendapati belanja pengurusan Yayasan Taqwa sehingga RM2 juta adalah sangat tinggi, tambahan pula yayasan tersebut hanyalah mempunyai seorang pengurus besar dan 17 orang kakitangan sahaja.


"Mengikut kadar peratusan penyaluran duit zakat yang dilaksanakan oleh Yayasan Taqwa kepada asnaf didapati agihannya sebanyak RM4.98 juta atau 64 peratus, manakala pengurusan sebanyak RM2 juta atau 36 peratus.


"Kenapa peratusan penyaluran agihan kepada asnaf hanya 64 peratus sahaja, sedangkan asnaf yang memerlukan masih ramai yang tidak mendapat bantuan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.


Di samping itu, menurutnya, pihaknya turut mendapati laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa tidak disertakan bersama di dalam laporan tahunan MAIWP.


Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menjelaskan, Yayasan Taqwa adalah agensi yang berada di bawah MAIWP yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan dipengerusikan oleh Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama.


"Dengan ini, kami mendesak Datuk Seri Jamil Khir menjawab ke manakah wang sebanyak RM800,000 yang tidak dilaporkan di dalam laporan tahunan 2010 itu telah dibelanjakan?" katanya.


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga, tegasnya, mendesak Jamil menjelaskan kenapa perbelanjaan pengurusan Yayasan Taqwa terlalu tinggi sehingga mencecah RM2 juta.


"Kesemua perkara itu perlu dijelaskan dengan segera dan terperinci oleh Datuk Seri Jamil Khir. Sekiranya dikatakan wang yang dibelanjakan itu pula bukan wang zakat, sila jelaskan dengan terperinci," tegasnya.


Sebelum ini, Jamil Khir turut didakwa menyalahgunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik beliau di Kedah, di samping itu beliau dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat MAIWP untuk tujuan kos guaman kes qazaf.


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sehubungan itu turut mendesak pihak terbabit melantik segera satu badan bebas untuk mengaudit perjalanan Yayasan Taqwa secara menyeluruh.
Kedah La

Read more ...

SIAPA PEJUANG MELAYU?!!! UMNO perintah Star (Bahasa Inggeris), PAS perintah Setar ( Bahasa Melayu)

ALOR SETAR – Kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mewartakan penggunaan perkataan ejaan ‘Setar’ bagi menggantikan ‘Star’ yang digunakan pada Bandaraya Alor Star.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan telah bersetuju untuk mewartakannya pada Mac ataupun April tahun ini, berikutan maksud kedua-dua perkataan adalah berbeza walaupun sebutannya adalah sama.

“Star dalam Bahasa Inggeris maksud bintang, Setar adalah sejenis pokok, memang kita dengan bunyi sama, tapi pengertiannya berbeza.

“Masa Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong isytihar sebagai bandaraya dah sebut Setar, tapi telah berlaku perubahan kepada Star pada tahun 2003, jadi kita kembali kepada penggunaan asal,” ujar beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman, di sini.

Pada Februari 2009, beliau pernah mengumumkan untuk menukarnya, tetapi tiada keputusan untuk diwartakan dan hanya dikuatkuasakan selepas pihak Setiausaha Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan penggunaan kepada semua jabatan.

Read more ...

HOI UMNO!!! MB Kedah dok pegang lagi jawatan dia...

oleh AnakKedah007

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/395377_10150537750302157_319981142156_8985922_559507378_n.jpg

nie dia blog mamat meroyan dok kata MB KEDAH nak letak jawatan tuu

jika dilihat beliau tu sebenarnya macam dok nak cari duit untuk projek langgar tok mufti dan majlis fatwa kedah sahaja... 1 MUSLIM 1 RINGGIT... jika hangpa kebuloq nak bagi pie la derma kami tak halang aihhh...

Jika tak buat berita macam nie mcmana orang nak melawat blog dia..dan mana yg simpati tu maka depa huluq la sekupang dua itu yg sebenaqnya pon.... kalau tak ada tajuk sensasi macam tu tak ada sapa aihh yg nak pie melawat blog dia tuu...

Yang herannya pakat kalut habih..siap masuk RADIO ALOQ SETAQ lagi... apa laa kejadahnya RADIO KERAJAAN boleh pie dok pakai cerita dalam blog nie... dulu kata blog nie cerita merapu... yg dok pie buat bahan berita buat apanya...

Tak tau la kami punya sebok mcm nie MB KEDAH last mai dok ada cerita mengarut macam nie... rasanya depa nie pon dah meroyan macam Hasan JATI dah kot.... dok nampak macam malap ja nak ambik balik Kedah nie... maka buat laa cerita mereben macam nie nak bagi sedap hati.. Aduhai nasib hangpa laa puak UMNO oiii...

Nie dia hangpa tengok macam nie punya sebok MB tetiba nak berhenti.... nampaknya masih tak berhenti jugak..pakai meroyan tak kesudah laa jawabnya...


Read more ...

IDOLA FITNAH UMNO KENA SAMAN!!! PAPA GOMO disaman RM 10 Juta oleh peguam terkenal

Baru saja blogger pro-Umno papagomo menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor, kini seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman terhadap papagomo dengan jumlah RM10 JUTA JUGA di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu semalam.

Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit, lapor harakahdaily.

Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi memfailkan saman tersebut baru-baru ini.

Dalam tuntutannya plaintif memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com.

Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta.

Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Defendan tinggal di Villa Apartment, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan merupakan pemilik dan penulis ruangan blog; http://www.papagomo.com.

Dalam blog terbabit defendan menyiarkan tulisan bertajuk “ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011.

Artikel tersebut disifatkan plaintif secara jelas menyebut berita yang tidak benar dan tidak berasas.

Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi sebutan kes berkenaan.

Sementara itu dalam perkembangan lain Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mac hadapan bagi mendengar kes sebutan sementara perbicaraan kes tiga penduduk Orang Asli menyaman kerajaan negeri.

Sebelum ini tiga penduduk terbabit iaitu Rosli Along, Angah Along dan Hassan a/l Alang dari Pos Belatim, Gua Musang memfailkan saman terhadap kerajaan negeri.

Mereka menuntut supaya kerajaan negeri membatal kelulusan tanah di mukim hulu Nenggiri bagi pembangunan ladang.

Tanah tersebut dilulus kerajaan negeri untuk pembangunan ladang yang dikendalikan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat.

Kerajaan negeri diwakili peguam Zainal Abidin Mustafa dan dua lagi peguam, manakala ketiga-tiga plaintif diwakili Adrew mewakili Tetuan Lee Hishamudin. Prosiding tersebut dikendalikan di hadapan Hakim Azman Abdullah.

Pada afidavit sebelumnya plaintif menyifatkan pemberian hak milik tanah di Pos Belatim sebagai menyalahi undang-undang.

Mereka menganggap sebagai pemegang hak milik adat Orang Asli atau hak milik adat komunal Orang Asli terhadap tanah di Pos Belatim.

Zainal Abidin bagaimanapun berkata, kerajaan negeri memohon untuk membatalkan saman tersebut kerana tanah berkenaan sebagai milik kerajaan dan tidak pernah diberi kepada sesiapa sebelum ini.-HD

Read more ...

BUKAN MACAM HASAN ALI!!! Bukan jawatan MB dikejar tapi mahu melihat PAS menang - Salahuddin

http://zainulfaqar.blog.com/files/2010/06/Salahuddin-Ayub1.jpgKOTA BHARU - Bukan jawatan sebagai Menteri Besar yang dikejar setelah hampir 30 tahun berkhidmat dalam Pas, sebaliknya kemenangan dan kecemerlangan parti diutamakan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, beliau ingin melihat kemenangan parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti tetapi tidak berlumba-lumba menjadi orang penting di negeri.

Menurutnya, jawatan berkenaan bukan matlamat terakhir sepanjang perjuangannya dalam Pas, tetapi lebih besar ialah penguasaan parti dalam menentukan keputusan PRU13 yang akan diadakan bila-bila masa.

“Bukan matlamat sebenar saya untuk menjadi Menteri Besar, apa yang penting bagi saya adalah untuk melihat Pas menang dalam pilihan raya nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, tidak mahu ada pihak yang salah anggap dengan penawaran jawatan berkenaan kerana ia masih terlalu awal dan jawatan itu bukan idamannya.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kepercayaan dan laluan kepada saya dalam parti ini. Tetapi bukan itu (Menteri Besar) sasaran saya,” katanya.

Dalam nada rendah, beliau tidak mahu dilihat dirinya tampil lebih menonjol untuk jawatan tersebut sedangkan ia satu bayangan awal.

Sebagai ahli Pas, Salahuddin memberi laluan dan kepercayaan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya kerana beliau tidak berhak tentukan.

Ditanya sama ada masih mahu kekal bertanding di Kelantan pada PRU13 nanti atau kembali ke negeri asalnya di Johor, beliau dengan terbukanya menerima sebarang keputusan daripada pucuk pimpinan.

"Terpulanglah kepada parti. Saya sedia bertanding di mana-mana kerusi yang ditetapkan nanti dan pastinya untuk kecemerlangan Pas,” katanya.

Semalam, Pesuruh Jaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, Salahuddin akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor sekiranya Pas menguasai negeri itu dalam PRU13.SH

Read more ...

SHAHRIZAT DAPAT HIDAYAH LAGI?!!! Pergi ibu pejabat SPRM secara sukarela


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil secara sukarela telah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini lewat petang ini berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN).
Shahrizat yang kemudiannya menjawab pertanyaan wartawan The Star melalui kiriman SMS menegaskan bahawa beliau ke SPRM atas kerelaannya sendiri dan bukan dipanggil oleh agensi tersebut sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
“Minta maaf ya!! Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya yang mohon agar disiasat dan disoal agar tidak ada perkara yang tidak diteliti. Cukuplah dengan segala tuduhan dan dakwaan liar ke atas saya!” jelasnya melalui SMS tersebut.
Shahrizat diheret dalam isu projek PFN yang dikendalikan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Susulan itu, beliau berehat selama tiga minggu bermula 13 Januari lalu daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada syarikat tersebut.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.- Mstar


Inilah Shahrizat Ketua Wanita UMNO...hahaha...
Bela Lembu Sukarela..hahaha...
Selak kain dalam Perhimpunan UMNO dulu pun Sukarela...hahaha...
Pergi Mekah pun Sukarela....hahaha...
Tak Mahu Letak Jawatan pun Sukarela...hahaha...
Pergi SPRM Sukarela....hahaha...
Kena Siasat pun Sukarela....kah...kah...kah...

Orang ni

Read more ...

UMNO HIPOKRIT!!! Malaysia bekal minyak sawit ke Israel


Imej bendera Israel terkibar di PWTC tidak harus dilupakan


Pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia dengan Menteri Israel bukti hubungan
diplomatik terselindung wujud

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

8 Febuari 2012

REGIM HARUS TAMPIL PERJELAS DAGANGAN SAWIT DENGAN ISRAEL

1. SAMM dengan ini menegaskan semula pendirian SAMM iaitu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Umat Islam wajib menentang Israel kerana isu penjajahan kiblat pertama umat Islam (al Aqsa) namun semboyan penentangan kepada Israel ini melangkaui isu agama dan harus disambut oelh semua kerana ia isu kezaliman dan penindasan serta penjajahan moden dengan mewujudkan negara haram Israel.

2. Isu hubungan Malaysia - Israel ini kembali menjadi perhatian apabila media milik Umno dan para pemimpinnya sedang giat menggunakan petikan kata-kata Anwar di WSJ yang berbunyi "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" untuk melakukan serangan bertubi pada beliau sebagai penyokong zionis.

Ketua Umum PKR itu turut mengeluarkan satu kenyataan mengecam pihak-pihak yang memutarkan kenyataannya dan menjelaskan bahawa beliau ada menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi ketika ditemubual oleh WSJ pada hari Khamis, 26 Januari 2011.

“Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati,” kata beliau, sambil menegaskan bahawa pendirian beliau selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.



Dokumen rasmi kastam yang mencatat antara hubungan dagang Malaysia - Israel

2. Malaysia sebelum ini secara hipokrit telah menipu rakyat Malaysia kononya negara ini tidak lansung mempunyai hubungan dengan Israel. Hipokrasi pemerintah negara telah dirobek apabila 7 November lepas melalui sidang Dewan Rakyat, SAMM den gan kerjasama dan melalui YB Er Teck Hwa, ahli Parlimen DAP Bakri telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel. Tidak boleh lari dari soalan yang turut disertakan dokumen beberapa borang kastam yang menjadi dokumen rasmi penghantaran/penerimaan barang dagangan Israel-Malaysia akhirnya YB Mukhriz Timbalan Menteri kemneterian Perdagangan Antarabangsa (MiTi) terpaksa mengakui bahawa hubungan dagang memang wujud tetapi hanya
dagangan 'terkawal' melibatkan syarikat asing (Multi Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini. Ini kononya terpaksa diberi kebenaran atas menjaga kepentingan pelabur yang datang ke Malaysia. Mukhriz menyatakan selain dari itu tidak ada lansung hubungan dagang. Menteri (MiTi) YB Mustafa Mohamad lansung diam dan tidak berani memberikan kenyataan mengenai perkara ini. (klik sini)



keratan borang JK 69 yang mempunyai pengesahan Kastam dan MiTi membuktikan kemasukan barang dari Israel untuk dipasang dalam negara sebelum dijual semula ke luar negara dari Malaysia.

3. Tidak berpuas hati Er Teck Hwa bangun mencelah beberapa kali dengan menyebutkan ia bukan transaksi biasa. Er mendedahkan kewujudan borang JK 69 yang menunjukkan syarikat yang beroperasi di Malaysia mengambil barang (tidak siap) dari Israel dan kemudian memasangnya di kilang di Malaysia kemudian menjualnya sebagai produk dari Malaysia. Maka secara tidak lansung barangan Israel berjaya sampai dipasarkan ke negara yang memboikot Israel dengan bantuan Malaysia. Panik dan tidak mampu menjawab pendedahan Er Teck Hwa
yang dibantu SAMM maka hasilnya Er Teck Hwa diarahkan keluar dari dewan.



sidang media SAMM 8 Feb 2012, 11.30 pg, di P.Pinang menunjukkan kepada wartawan dokumen yang mengaitkan penghantaran minyak sawit dari Malaysia ke Israel

4. Terbaru SAMM telah menemui beberapa dokumen membuktikan bahawa wujud hubungan dagang lain secara terus dan melibatkan syarikat Malaysia. Dua dokumen 'Booking Conformation' melibatkan dua syarikat dari berpengkalan di Johor telah didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung pelepas terus ke Ashdod iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 km dari Tel Aviv.


5. Dokumen ini telah didedahkan kepada wartawan dalam sidang media 8 Febuari 2012, 11.30 pagi di Komtar, Pulau Pinang.

6. Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda. Persoalanya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut terlibat dihantar ke Israel ?

7. Hasil dari dokumen yang berjaya di akses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan Malaysia membekalkan minyak sawit ke Israel. SAMM yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran tetapi sehingga kini SAMM cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.

Rakyat sering di dera dengan putus bekalan minyak sawit di pasaran tempatan tetapi dalam pada masa itu negara terus membekalkan minyak sawit lebih dari cukup untuk Israel

8. Jumlah penghantaran yang banyak ini bukan sahaja cukup untuk kegunaan domestik Israel, tetapi menyebabkan Israel mampu memasarkan semula minyak sawit. Malah sudah ada usaha Israel menyimpan stok minyak sawit dan jika ini tidak dikawal maka Israel pasti mampu menjadi antara pemain utama pasaran hadapan sawit maka ekonomi negara pasti terancam apabila Israel boleh mengawal harga. Banyak kali rakyat negara didera kerana kehabisan minyak sawit dipasaran tetapi dalam pada masa yang sama Malaysia dengan 'selamba' membekalkan minyak sawit ke Israel.

Utusan Malaysia sebelum ini sudah melaporkan bagaimana kapal mengibarkan bendera Israel disambut di pelabuhan negara, kali ini bukan sekadar kapal tetapi ada bukti kehadiran pihak berkuasa Israel sendiri ke dalam negara bagi memastikan kualiti dan keselamatan Minyak Sawit untuk dihantar ke Israel

9. Lebih memeranjatkan terdapat bukti bergambar yang membuktikan 'pihak kerajaan' Israel juga telah hadir ke kawasan pelabuhan Malaysia untuk memastikan 'keselamatan' dan 'kebersihan' minyak sawit yang dihantar. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Malaysia diwajahkan langsung tidak punya hubungan dengan Israel ? Ternyata regim ini 'munafik' !

10. Satu surat rasmi akan dihantar ke MiTi untuk meminta penjelasan mengenai perkara ini. SAMM menuntut regim tampil memberikan penjelasan dan menghentikan segera semua bentuk hubungan dagang dengan Israel serta meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Palestin kerana sikap hipokrit Malaysia.

11. Mengikut laporan Kesatuan Eropah Malaysia merupakan negara ke 15 yang aktif membantu ekonomi Israel.

Sekian ;

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
http://www.anakmudamalaysia.com

Read more ...