Sunday, March 31, 2013

PERKASA DIPERKUDA UMNO!!! AJK Perkasa minta ahli Perkasa tinggalkan UMNO

Pak Din KB berceramah di Kampung Tapah Selama
31 Mac -- Kampung Tapah Selama Perak,berlangsung siri ceramah isu semasa anjuran PAS Selama Perak yang menampilkan beberapa penceramah dan salah seorangnya Pak Din KB atau nama sebenar Adris B. Salleh 66.

Beliau masih lagi Ahli Jawatan Kuasa (AJK) 
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Daerah Kerian Perak. Keahlian dan perjawatan beliau dalam PERKASA sehingga hari ini masih sah,kerana tiada sebarang surat pemecatan atau lucutan apa-apa jawatan tidak diterima Pak Din KB sejak menyertai PAS secara rasmi beberapa bulan lalu.

Pak Din KB juga menyatakan dalam ceramahnya disini bahawa ada juga wakil PERKASA datang memujuknya supaya kembali kepada UMNO selepas beberapa hari menyertai PAS secara rasmi.

Read more ...

PANAS LAHAD DATU!!! Orang dikehendaki polis pernah bergambar mesra dengan pemimpin UMNO termasuk Najib

WANTEdKUALA LUMPUR 1 APRIL: Media sosial sejak malam semalam dilihat memapar beberapa gambar yang menunjukkan orang yang paling dikehendaki polis bagi membantu siasatan pencerobohan Lahad Datu, bersama pemimpin Umno.

Antaranya ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.

Ia susulan sidang media polis yang mahu mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berkaitan Ops Daulat – operasi bagi menangani pencerobohan di Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilapor, berkata individu itu, Muhammad Ridzwan Sulaiman dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Read more ...

KERUSI BN PANAS LAGI!!! Salehuddin bertanding parlimen Pulai, Jui Meng kemungkinan besar di Segamat


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Johor hari ini mengumumkan meletakkan calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya, Tangkak dan Pengkalan Rinting serta kerusi parlimen Segamat.

Selain itu, mereka juga menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya lima lagi kerusi DUN.


"...kita memutuskan kerusi Parlimen Segamat, DUN Johor Jaya, DUN Pengkalan Rinting dan DUN Tangkak adalah milik KEADILAN.

Read more ...

GUNA WANG RAKYAT!!! Kerajaan Terengganu bayar Papagomo


KUALA TERENGGANU: Umno negeri Terengganu mempunyai hubungan dengan blogger penjenayah dan pengundi hantu Papagomo serta pernah menggunakan wang kerajaan negeri menjemput beliau pada satu majlis pada hujung Januari, tahun lalu.
Menurut Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim, seramai 50 orang 'bloggers dan facebookers' pro Umno dari seluruh negara menghabiskan masa selama dua hari menjadi tetamu kerajaan dan disambut oleh pemimpin kerajaan termasuk Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Exco kerajaan YB Razif Bin Abdul Rahman.

Read more ...