Tuesday, April 27, 2010

Pertandingan sepaktakraw 'Orang Muda Geng kita'


BATU GAJAH, 27 April : Pada 25 April iaitu semalam, Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah telah menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Jemputan dan tertutup di Dewan SM. Nor Taman Tasek, Batu Gajah.

Serentak dengan itu juga Adun Sungai Rapat YB Hamidah juga membuat program pertandingan antara kampung. Walaupun YB Hamidah 'mengacau', pertandingan ini tetap meriah.

Sebanyak 32 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Sebilangan pasukan adalah dari sekitar Batu Gajah. Ada juga pasukan dari jauh seperti dari Teluk Intan.

Pertandingan ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Nuri Al-Amin. Ustaz Nuri membuat sepak mula bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah, Sdr Rosdy Abdullah.

Perlawanan dihentikan pada pukul 1 untuk solat Zohor dan disambung kembali pada pukul 2 petang. Perlawanan sangat menarik di separuh akhir.

Perlawanan akhir tidak dapat diadakan kerana dewan gelap akibat hujan lbat. Dua pasukan di perlawanan akhir telah berbincang dan mereka mengambil keputusan tidak bermain pada perlawanan akhir tesebut. Dua pasukan tersebut telah mengagihkan hadiah sama rata.

Bekas Calon Pas Dun Sungai Rapat, Ustaz Ir Radzi Bin Zainon telah menyampaikan hadiah pada para pemenang.

Pertandingan Sepak Takraw yang julung- julung kalinya dianjurkan oleh DPPK Batu Gajah telah diadakan dengan jayanya. Program seperti ini perlu diadakan lagi selepas ini.

majulah sukan untuk negara...



Penolong S/U 3 DPPN Perak, Ustaz Abdullah Adam membaca doa'


Ustaz Nuri Al-Amin memberi ucapan


para peserta mendengan ucapan Ustaz Nuri


Ustaz Nuri merasmikan pertandingan tersebut


aksi- aksi









semangat kesukanan


YDP Pas Kawasan Batu Gajah, Haji Ismail turut hadir


Ketua DPPK Batu Gajah, Sdr Rosdy


Ustaz Radzi bermesra bersama hadirin yang hadir



Ustaz Radzi menyampaikan ucapan penutup


pemenang- pemenang



bergambar sebelum bersurai

Read more ...

Ubn tiada masa depan















KUALA LUMPUR, 27 April:
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Barisan Nasional (BN) bukan parti masa depan selepas hanya menang di kawasan terkawal seperti Felda dan kawasan miskin seperti Orang Asli.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat yang diwakili calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim memenangi kawasan bandar dan pinggir bandar serta kawasan masyarakat Cina yang terdedah kepada banyak media.

“Saya yakin, ini kemenangan sementara BN dan kita akan menang dalam pilihan raya umum sebagaimana Pendang dan Ijok,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, sebentar tadi.

Justeru, katanya angin perubahan yang dikatakan oleh pemimpin Umno/BN tidak berlaku pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ini, ujarnya kerana tidak berlaku pengurangan undi kepada calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Pada pilihan raya kecil itu, Zaid mendapat 23,272 undi berbanding 23,177 yang diperolehi allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum lalu yang berjaya menewaskan Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

Read more ...

SPRM kena siasat Najib


ALOR SETAR , 27 April : Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana didakwa bercanggah dengan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, terlalu banyak aspek berkempen parti itu didapati bercanggah dengan amalan demokrasi termasuk pendekatan yang digunakan.

“BN menggunakan pendekatan tidak sesuai, serangan peribadi yang melampau terhadap calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim termasuk lambakan projek yang dijanjikan jika BN menang dalam pilihan raya itu,” katanya pada sidang media selepas penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri berkata, kempen pilihan raya BN agak keterlaluan kerana mereka seolah menabur janji-janji manis, yang dianggap lebih kepada usaha untuk memancing undi.

“Saya boleh beri cadangan supaya SPRM siasat pemimpin UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mahukah SPRM buat? Saya sendiri terkejut lihat kempen BN di sana ketika turun padang, tetapi saya dapat terima keputusan mereka menang. Bukan sebab kalah, saya suruh siasat,” katanya.

Menurutnya, walaupun Pakatan Rakyat (PR) tewas di tangan BN dalam pilihan raya itu, namun pencapaian yang diraih Parti Keadilan Rakyat (PKR) harus dibanggakan.

“Selepas ini BN mesti susah hati sebab perbezaan undi tak banyak. Kawasan Felda yang majoriti penyokong Kerajaan Persekutuan pun kita mampu tawan. Walaupun tidak menang, tetapi jumlah undi PKR meningkat,” katanya.

Ketika ditanya sama ada PR tewas kerana meletakkan Zaid sebagai calon, Azizan berkata banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan itu termasuk serangan peribadi terhadap Zaid yang didakwa keterlaluan.

“Saya lihat PKR aktif berkempen, UMNO pula bina khemah besar sahaja, cuma kempen serangan peribadi yang menjadi. Saya ucap tahniah kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana walaupun tewas tetapi PR dapat meningkatkan jumlah pengundi di Hulu Selangor ,” katanya.

Azizan berkata berdasarkan kepada perubahan peratusan undi ini, beliau yakin PR akan mencipta kemenangan pada PRK Sibu akan datang.

“Saya nampak PR ada peluang cerah di Sibu, malah mempunyai potensi untuk mencipta kemenangan di kawasan lain pula pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.SH

Read more ...

Pelantikan imam ikut prosedur


ALOR SETAR, 27 April : Pelantikan imam dan pegawai masjid di negeri ini tidak dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Kedah (Maik).

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, kesemua calon imam perlu melalui proses biasa, termasuk sesi temuduga dan tapisan sebelum dilantik kepada jawatan itu.

“Kerajaan Negeri tidak dipengaruhi pihak tertentu dalam membuat keputusan ini. Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) menjalankan prosedur biasa yang ditetapkan Maik, dan mendapat perkenan Tuanku Sultan,” katanya, ketika menjawab soalan bertulis Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan).

Mohamed Taulan berkata, setiap lantikan dibuat mengikut syarat ditetapkan dan sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak tidak akan mengubah keputusan yang telah dibuat.

Beliau turut menafikan wujudnya politik kepartian dalam urusan pentadbiran Kerajaan Negeri seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya menegaskan hanya politik Islam yang dibenarkan.

“Tidak ada politik kepartian dalam pentadbiran. Jika ada, saya akan tubuhkan jawatankuasa siasatan untuk selesaikan isu ini. Apa juga cadangan akan dikemuka kepada Maik untuk pandangan sebelum dipersembahkan kepada Tuanku Sultan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Mohd Nasir mengenai adakah isu pelantikan itu dipolitikkan pihak tertentu, Mohamed Taulan berkata, mengisi borang persaraan N4 adalah tertakluk di bawah perundangan negeri dan sama ada imam berkenaan berhasrat berbuat demikian adalah suatu alternatif.

“Imam yang uzur dan tidak mampu jalankan tugas, eloklah bersara. Ini pilihan kepada mereka sahaja. Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan telah membuat perjumpaan dengan mereka bagi menjelaskan isu ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, terdapat segelintir imam yang uzur enggan bersara kerana bimbang dikatakan derhaka terhadap arahan Tuanku Sultan, yang memberi perkenan kepada pelantikan mereka sebelum ini.

“Ada imam yang takut bersara, bimbang dikatakan derhaka. Oleh itu, mengisi borang ini adalah alternatif untuk bersara atau sebaliknya. Ini bukan paksaan,” katanya, ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) yang ingin penjelasan berhubung bersara secara sukarela atau bermotif paksaan.SH

Read more ...

Tiba masa sokong Pakatan tolak Barisan











SHAH ALAM, 27 April : B
ekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Thamrin Ghafar menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.

Bercakap kepada Suara Keadilan baru-baru ini anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu berkata beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap," kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi MARA.

Kehadiran beliau pada dua majlis utama semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah mengejutkan penyokong Pakatan Rakyat.

Thamrin pertama kalinya hadir pada majlis Pidato Perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat di Sg Buaya 24 April lalu dan juga ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat. -SK

Read more ...

Mohsin belum kota janji


BAGAN SERAI , 27 April : Seramai 271 peneroka di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pondok Tanjung,Sira Badak 1,Sira Badak 11 dan Felcra Matang Tengah meminta Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzly Samsuri mengotakan janji yang dibuat beliau kepada mereka.

Peneroka berkenaan mahu Mohsin menunaikan janjinya untuk menyelesaikan masalah mereka sejak tiga tahun lalu yang dibangkitkan pada Jun 2008.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bagan Serai, Abdul Malik Abdul Latif berkata, Mohsin sepatutnya menyelesaikan kes berhubung pertindihan tanah antara peneroka dan penama di atas geran tanah yang sama sejak 2008 tetapi beliau gagal berbuat demikian.

Menurutnya, Mohsin hanya berjanji untuk menyelesaikan masalah itu namun sehingga kini iada sebarang tindakan diambil.

“Mohsin sepatutnya tidak menangguhkan lagi kes berhubung peneroka ini dan segera menyelesaikan masalah mereka.

“Kejadian ini satu penganiayaan kepada penduduk yang meneroka tanah itu sejak lebih 10 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, seorang wakil peneroka, A Rahman Hashim berkata, pihaknya mengadakan perbincangan dengan peguam bagi mengkaji masalah itu dan tidak menolak perkara berkenaan akan dibawa ke mahkamah.

Menurutnya, bagaimanapun pihaknya juga berusaha membuat penyelesaian terbaik antara pemilik geran dan peneroka.

“Apa yang menyedihkan ada pemilik geran tanah berkenaan sudah menjual tanah yang diusahakan peneroka kepada orang lain,” katanya.

Terdahulu, Mohsin ada menyatakan beliau sudah berbincang dengan Pegawai Daerah Kerian Ismail Hassan, berhubung perkara itu dan berharap ia dapat diselesaikan dengan baik.SH

Read more ...

Jentera kurang berkesan, cetek pengalaman faktor kekalahan


KOTA BHARU , 27 April : Kelemahan jentera parti yang kurang berkesan serta cetek pengalaman adalah faktor kekalahan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kelmarin.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik berkata, jentera berkempen PR, terutama PAS, kurang berpengalaman dalam menghadapi PRK, sebaliknya mereka lebih bersedia di dalam pilihan raya umum.

“Kita tidak biasa dan kurang pengalaman. PAS pun tidak biasa dengan pilihan raya kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pertukaran 27 pelajar dengan tujuh guru pengiring dari Sumatera Barat, Indonesia, di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, walaupun pakatan pembangkang tewas pilihan raya kecil itu, namun beliau sendiri rasa bangga dengan peningkatan jumlah undi yang diperolehi.

Beliau berkata, ia menunjukkan sokongan kepada pakatan pembangkang masih kuat.

“Walaupun kalah, pengundi daripada pelbagai kaum masih memilih kita,” katanya.

Ketika ditanya sama ada calon menjadi antara punca kekalahan PR dalam PRK itu, Nik Abdul Aziz berkata “Itu saya tidak mahu komen kerana pemilihan calon telah dibuat melalui jawatankuasa parti komponen Pakatan,” katanya.SH

Read more ...

Ubn guna kuasa wang untuk menang



SHAH ALAM , 27 April : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) kerana ‘kuasa wang’ yang digunakan untuk memancing pengundi dan bukannya atas kredibiliti calonnya, P Kamalanathan.

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh berkata, BN menabur projek segera semata-mata untuk mendapatkan kembali kuasa yang telah hilang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Menurutnya, amalan rasuah sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor itu berleluasa dan kaedah itu digunakan sepenuhnya bagi mempengaruhi pengundi Hulu Selangor.

”Sebagai bukti semasa ucapan Presiden BN sewaktu berkempen, beliau telah berjanji sekiranya BN menang, pelbagai peruntukan yang dijanjikan diberikan kepada rakyat Hulu Selangor.

“Ini jelas mempengaruhi rakyat yang tertipu dengan demokrasi dilaungkan BN,” katanya kepada Sinar Harian semalam. SH

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua tidak menafikan BN menggunakan ‘kuasa wang’ untuk membeli undi namun menggunakan alasan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, BN mengambil kesempatan meraih undi menggunakan wang bagi mengaburi rakyat.

“Mengapa hanya sewaktu pilihan raya begitu banyak janji dengan peruntukan yang besar ditabur di sesuatu kawasan,” katanya.

Read more ...

Ubn tak pernah belajar dari kesilapan


SHAH ALAM , 27 April : Kemenangan undi majoriti tipis menunjukkan Barisan Nasional (BN) tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana jumlah pelaburan yang dikeluarkan BN tidak berbaloi dengan jumlah undi majoriti diperoleh.

“Sekurang-kurangnya BN menghabiskan lebih RM100 juta untuk mendapatkan majoriti di Hulu Selangor yang mana jumlahnya lebih kurang RM65,000 setiap orang,” katanya.

Menurutnya, perkara itu merupakan bukti ‘pembunuhan’ karakter, perkauman, rasuah dan keganasan yang digunakan oleh BN bagi membantu mereka memenangi pilihan raya kecil.

“Rakyat tidak boleh diperbodohkan dengan sebarang taktik kotor dan penyalahgunaan kuasa kerana mereka tidak akan tertipu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, negara menghadapi cabaran politik kotor yang masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga kini.

“Selain daripada puluhan menteri berkempen setiap hari, polis turut mengamalkan sikap double standard terhadap penyokong PR malah ada yang mendakwa dihalang polis untuk memasuki pusat pengundian bagi menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, walaupun kalah di Hulu Selangor, PR akan terus berusaha dengan memberi kesedaran kepada rakyat khususnya di Selangor termasuk ke kawasan Felda.

"Kita akan meningkatkan sokongan rakyat di Hulu Selangor dan banyak yang perlu kita lakukan agar sasaran menarik pengundi di kawasan pedalaman dan Felda tercapai,” katanya.

Anwar berkata, beliau bersyukur atas sokongan luar biasa yang telah ditunjukkan petugas DAP, PAS dan PKR sendiri.

“Komitmen mereka diperlukan untuk mengubah kepada yang lebih baik,” katanya.SH

Read more ...