Wednesday, December 7, 2011

MANSUH 29 RIBU JAWATAN KERAJAAN!!!! Serlahkan pengkhianatan UMNO tapi DAP yang diserang

http://2.bp.blogspot.com/-zW3nvISO4Dg/TjzVI1xkAdI/AAAAAAAAAmY/n1CBW2fG6lQ/s320/162038_156603044396080_348576_numno+khianat+melayu.jpgKUALA LUMPUR, 8 Dis — DAP hari ini menuduh Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan hipokrasi “teramat tinggi” sedangkan pentadbirannya semalam mengumumkan mengenai pemansuhan 29,000 jawatan, di bawah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai Januari 2012, hanya beberapa hari selepas perdana menteri menyerang Pakatan Rakyat kononnya mahu membuang separuh kakitangan awam.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, perkembangan terbaru ini menunjukkan presiden Umno dan pemimpin-pemimpin partinya adalah oportunis politik, yang hanya mahu menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai parti antiperkhidmatan awam.


Pemimpin-pemimpin Umno melakukan serangan bertubi-tubi ke atas perikatan itu sejak Pua mengesyorkan idea mengurangkan tenaga kerja sektor awam yang kini telah mencecah 1.4 juta orang, bulan lalu.



“Najib telah membuktikan dirinya (pemimpin yang) bersikap hipokrit tahap tertinggi,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Malah, Pua mendakwa Najib sanggup mencetuskan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu dengan menuduh pembangkang mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memulakan langkah ke arah itu.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah memberi jaminan SBPA akan membantu mengawal bilangan kakitangan kerajaan dan bukannya bertujuan mengurangkan tenaga kerja semasa.

Sambil berkata sekitar 29,000 jawatan dimansuhkan di bawah SBPA, kata beliau, sistem saraan baru ini yang diperkenalkan untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), pemegang jawatan-jawatan yang dimansuhkan akan ditempatkan di skim dan gred lain mengikut keperluan semasa.

Saiz tenaga kerja semasa dianggarkan 1.4 juta orang dengan penduduk Malaysia adalah 28 juta orang.

“Bermakna ia tidak sampai 10 peratus,” katanya merujuk kepada nisbah tersebut.

“Sukar hendak mengatakan bahawa saiz tenaga kerja sektor awam kita terlalu besar atau terlalu kecil. Kita tidak boleh membuat perbandingan antara satu negara dengan negara lain.

“Dan, saya tidak mengatakan sama ada tenaga kerja perkhidmatan kita terlalu besar ataupun kecil... sehingga kami menyelesaikan kajian berdasarkan enam strategi merealisasikan inisiatif perkhidmatan awam yang kejat iaitu kawalan saiz perkhidmatan awam atau ‘right-sizing’, kajian pertindihan fungsi antara agensi, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, perkhidmatan yang boleh diserah urus (‘outsourcing’), perekayasaan proses kerja (‘business process reengineering’) dan kajian semakan skim perkhidmatan.

Abu Bakar juga berkata beliau tidak boleh memberi jaminan saiz tenaga kerja semasa akan kekal sama sepanjang masa pada masa depan jika diambil kira kemungkinan akan ada pertambahan atau pengecilan kementerian.

Saiz tenaga kerja pernah dikurangkan daripada 1.2 juta orang sehingga sekitar 800,000 ekoran dasar penswastaan pada 1990-an iaitu ketika pentadbiran Dr Mahathir, tetapi ia meningkat kepada 1.4 juta sekarang.

Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno minggu lalu, Najib sambil berkata orang Melayu akan hilang kuasa dan hak mendakwa, “ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung.”

“Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200,000 orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.

“Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?” kata presiden Umno itu.

Sebelum ini kepimpinan Pakatan Rakyat berkata pengurangan tenaga kerja awam bukan dasar mereka, sebaliknya akan mengurangkan kos dengan menjadikan perkhidmatan awam lebih cekap, yang majoritinya orang Melayu.

Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata Pakatan Rakyat tidak pernah mengesyorkan untuk mengecilkan saiz sektor awam dan beliau hanya mengesyorkan persaraan awal dan membuang penjawat yang melanggar disiplin dan peraturan seperti mereka yang membeli binokular RM1,940 pada harga RM56,350.

Sehubungan itu wakil rakyat penggal pertama ini menekankan matlamat Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi juga mahukan kerajaan yang bersaiz kecil dan pengurangan tenaga kerja dan pemfokusan semula.

“Umno yang membunuh perkhidmatan awam hari ini, tetapi tanpa rasa malu mendakwa bahawa Pakatan Rakyat dan diri saya sebagai rasis,” katanya lagi.

Read more ...

ISU NFC!!! Shahrizat dipertahan kumpulan ada kepentingan, diserang kumpulan yang kelaparan dalam UMNO

Perlahan-lahan tetapi pasti, mereka yang kelaparan dalam Umno sedang mengerumuni Ketua Wanita, Shahrizat Jalil dan berkemungkinan besar, beliau akan diminta untuk meletak jawatan tidak lama selepas gagal melenyapkan api skandal NFC yang bernilai RM250 juta itu.

Pada mulanya, pemimpin Umno yang diketuai Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin telah melancarkan agenda mempertahankan beliau selepas skandal itu dibongkar oleh PKR.

Keluarga beliau dikatakan menggunakan dana kewangan projek tersebut untuk membeli 2 unit kondo di Bangsar, sebuah kereta Mercedes mewah CLS350 CGI, tanah bernilai 3 juta di Putrajaya dan memberi diskaun berjuta ringgit kepada firma yang dimiliki keluarganya.


Sekarang, secara senyap-senyap, sebuah barisan telah dibentuk dan meminta beliau meletak jawatan daripada parti dan jawatan dalam kerajaan supaya tidak menarik Umno dalam skandal itu.

Terdapat juga beberapa orang penting yang menyuarakan dengan lantang mengenai itu dan terbaru, Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik juga telah meminta kepimpinan Umno untuk menentukan nasib Shahrizat dan tidak membiarkan beliau mengekalkan jawatan.


“Biarkan kepimpinan tinggi yang memutuskan mengenai jawatan beliau,” beritahu Nong Chik kepada pemberita pada hari Selasa , tetapi menegaskan siasatan harus diselesaikan terlebih dahulu.

Calon Umno di Lembah Pantai pasti kalah

Menteri Wilayah Persekutuan itu dikatakan terkesan dengan kejatuhan Shahrizat kerana beliau yang akan bertanding melawan Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai yang merupakan kubu kuat Shahrizat sebelum beliau tewas pada piliharaya 2008.

Kritik mengatakan bahawa peluang untuk Raja Nong Chik menang adalah sangat tipis sekiranya Shahrizat kekal dengan semua jawatan tanpa mengambil kira perasaan orang awam terhadap NFC.

“Terdapat kemarahan yang ketara terhadap Shahrizat kerana Najib dan rakan-rakannya seperti tidak ambil peduli tentang kesalahan yang dilakukan beliau. Ini adalah tindakan paling bodoh Umno terutamanya apabila indeks rasuah juga menjunam.” Beritahu pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

“Mereka cuba menyelamatkan maruah mereka tetapi adakah ia berbaloi? Sebaiknya, mereka menjauhkan diri daripada Shahrizat dari mula sehinggalah dapat dibuktikan beliau tidak bersalah.

Tetapi mereka semuanya ada bahagian dalam perkara ini. Khairy yang memberikan projek itu kepada keluarga Shahrizat, Muhyiddin merupakan Menteri Pertanian ketika itu yang meluluskan projek itu dan Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri yang mengawasi perkara tersebut.”

Rekod rasuah paling buruk dibawah Najib


Beliau merujuk kepada Indeks Persepsi Rasuah daripada TransparencyInternational di mana Malaysia yang berada di tangga ke 37 pada tahun 2003 telah jatuh ke tangga 60 dan ini merupakan yang terburuk dicapai semenjak 3 tahun berturut-turut.

PM Najib Razak yang mengambil alih daripada Abdullah Badawi pada tahun 2009 telah mengenepikan perkara ini tetapi ada juga yang menggesa beliau untuk bertanggungjawab ke atas kejatuhan indeks tersebut yang akan semestinya memberi kesan kepada pelaburan di Malaysia.

“Adalah sangat mengejutkan yang tidak seorang pun Najib atau Muhyiddin memberi maklumbalas terhadap laporan antarabangsa terburuk yang pernah kita dapat semejak 32 bulan pemerintahan Najib,” penasihat DAP dan juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata dalam kenyataan yang dibuat beliau.

“Dan tidak seorang pun pemimpin Umno atau delegasi di perhimpunan agung Umno itu menyuarakan kebimbangan mengenai rasuah atau indeks tersebut. Mereka Cuma menyatakan sokongan terhadap Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal NFC beliau yang berjumlah RM300 juta itu!”

Mereka yang bersuara dan mereka yang berdiam diri


Secara senyap-senyap, ada di antara delegasi wanita yang menyuarakan ketidakpuasan hati atas pertunjukkan yang dibuat oleh penyokong Shahrizat. Suami dan anak-anak beliau telah dianugerahkan projek itu pada tahun 2006 dan Shahrizat menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dengan NFC. “Itu keluarga saya” kata beliau.

Tindakan polis yang menyoal keluarganya dan bukan dia juga telah dengan pantas menyatakan bahawa siasatan tidak menunjukkan sebarang elemen pecah amanah walaupun perkara seperti penyalahgunaan kuasa dan membuat keputusan diluar bidang kuasa. Polis sememangnya dikenali berada dibawah telunjuk Umno.

“Siapa kenal beliau dari Adam?” seorang delegasi Umno memberitahu Malaysian Insider merujuk kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail yang telah mendapat kontrak bernilai RM250 juta dalam penternakan lembu NFC.

“Tolonglah.. mereka pasti faham. Itu suami kamu jadi bagaimana kamu boleh cakap yang ia tiada kena mengena dengan kamu. Kalau kamu bukan menteri, agaknya boleh tak suami kamu dapat projek itu?”

Pada hari Isnin, Bung telah sekali lagi membuat kenyataan meminta Shahrizat meletak jawatan.

“Sekiranya ada sedikit keretakan dalam Umno, ia dapat melumpuhkan dan menghuru-harakan parti dalam pilihanraya


Sama ada tindakan saya ini dilihat sebagai kepentingan diri, ia terpulang kepada orang ramai untuk menilai,”kata Bung Mokhtar.

“Saya tidak mengharapkan pandangan saya ini akan dipersetujui oleh semua dalam parti. Semua orang mempunyai pandangan yang berbeza jadi akan ada maklumbalas, tetapi saya telah ucapkan apa yang saya mahu ucapkan.”

Mereka yang berdiam diri dalam isu ini termasuklah parti komponen BN iaitu MCA,

Gerakan dan Perkasa yang takut akan berbeza pendapat dengan Umno sekiranya mereka bersuara.

Tetapi, dengan berdiam diri, Malaysia tidak akan dapat lepas daripada sumpahan rasuah kata pengkritik.

Malaysia Chronicle

Read more ...

REGIM ZALIM!!! PBB 'Amat Kecewa' Dengan RUU Perhimpunan Aman Malaysia


Kumpulan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengingatkan bahawa rang undang-undang baru itu bukan sahaja menghadkan hak berhimpun secara aman, termasuk demonstrasi jalanan, tetapi juga akses bersyarat kepada pihak media di perhimpunan awam.

Pelapor khas PBB, Maina Kiai menyuarakan rasa "amat kecewanya" kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) atau masyarakat sivil, tidak dirujuk dalam merangka rang undang-undang tersebut.


Maina (kanan) berkata rang undang-undang itu mengandungi takrif yang kabur mengenai perhimpunan dan juga sekatan dan syarat-syarat perhimpunan, yang menurutnya telah memberikan "kuasa berlebihan" kepada pegawai penguatkuasa undang-undang dan menteri dalam negeri.



"Banyak sekatan ini adalah tidak wajar mengikut undang-undang antarabangsa. Ia juga memberi budi bicara kepada pihak polis untuk membuat apa saja bentuk rakaman perhimpunan," kata Maina yang merupakan pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan berhimpun secara aman dan berpersatuan.

Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 November dan ia diluluskan secara tergesa-gesa dengan beberapa pindaan, dalam tempoh kurang daripada dua minggu - pada 29 November.


Ia diluluskan walaupun ahli parlimen pembangkang bertindak keluar
dewan selepas membahaskan rang undang-undang tersebut, dan juga bantahan oleh lebih 1,000 peguam pada hari yang sama.

Rang undang-undang itu juga termasuk larangan ke atas bukan warganegara dan warganegara di bawah umur 21 tahun untuk berhimpun secara aman.

Malaysia adalah ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB sehingga 2013.


Seorang lagi pelapor khas bagi hak kebebasan untuk bersuara,
Margaret Sekaggya (kiri), berkata beliau memandang berat peruntukan melarang warganegara di bawah umur 21 tahun untuk berhimpun.

"Penyertaan politik dan sosial melalui protes secara aman, bukan sahaja merupakan satu pengalaman pendidikan untuk kanak-kanak, belia dan pelajar, tetapi juga satu pelaburan kepada masyarakat secara keseluruhannya," tegasnya.

Manakala pelapor khas bagi hak kebebasan bersuara, Frank La Rue, menggesa kerajaan Malaysia menimbang semula secara serius rang undang-undang itu.

"Keupayaan semua individu untuk bersuara secara bebas, termasuk dalam bentuk perhimpunan aman, merupakan satu ujian kepada tahap demokrasi di mana-mana negara."

Fracois Crepeau, pelapor khas hak asasi manusia bagi pendatang,
juga menggesa supaya rang undang-undang itu segera dikaji semula.

"Setiap orang berhak terhadap kebebasan berhimpun dan berpersatuan, tanpa sebarang apa jua pembezaan, termasuk kewarganegaraan," kata Crepeau.

Kesemua pakar tersebut melaporkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Geneva, dalam kapasiti bebas dan tidak dibayar.

Julai lalu, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB menyuarakan kebimbangannya terhadap penggunaan kuasa yang berlebihan terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Malaysiakini

Read more ...

LEPAS NOH OMAR KENA SERANG!!! Baru nak serah wang insentif peningkatan hasil petani


Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat bersama para petani dan pesawah mengadakan demontrasi pada 22 November lalu di sekitar Sekinchan dan Sungai burung menggesa Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar meletak jawatan ekoran penyelewengan wang rakyat telah membuahkan hasilnya.

Ini ekoran tindakan kementerian di bawah Noh semalam telah mula menyerahkan wang insentif peningkatan hasil petani yang tertunggak sejak empat tahun lalu.


Menurut Noh, Wang tersebut diambil dari peruntukan tambahan kerajaan yang di luluskan baru-baru ini bernilai RM117 juta


Lapuran Ketua Audit negara baru-baru ini mendedahkan peruntukan kerajaan kepada kementerian tersebut berjumlah RM110 telah hilang tanpa di kesan.


Akibatnya para pesawah tidak memperoleh bayaran yang diperuntukan dibawah skim inisiatif peningkatan hasil padi sejak sekian lama


Namun anihnya, susulan dari tekanan tersebut, Noh dalam kenyataan medianya semalam mengancam mengambil tindakan mahkamah terhadap media Selangor Kini yang menyiarkan tindakan pesawah yang menuntut beliau meletak jawatan.


Ikuti laporan penuh melalui berita Detik Semasa.




Noh serah kepada PM tentukan kedudukannya dalam PRU-13


07/12/2011 7:34pm


PETALING JAYA 7 Dis. - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata beliau, menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan sama ada beliau akan dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) atau tidak.


Katanya, beliau sendiri tidak tahu sama ada akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang yang disandangnya pada pilihan raya umum nanti.


"Tak tahu... semua tak tahu... itu semua terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Siapa pun tak boleh jangka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ceramah sambil Makan Tengah Hari anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia di sini hari ini.


- Tiewnama

Read more ...

DEBAT ANWAR VS NAJIB!!! Anwar dah lama sedia, Najib pengecut dah berkali dijemput

Usaha temukan Najib-Anwar di pentas forum 15 Dis

Sekumpulan mahasiswa hari ini menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berforum dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kebebasan akademik dan masa depan negara.

NONEAnwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh telah menyatakan kesediaannya kepada pihak penganjur - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) - untuk menyertai forum tersebut.

Forum anjuran SMM itu, bertajuk "Merencana Masa Depan Negara" antaranya untuk mendapat penjelasan berhubung "keseriusan pimpinan kerajaan dan pembangkang mengenai kebebasan akademik" di negara ini.

Sehubungan itu, mereka berharap Najib dapat memenuhi undangan tersebut untuk menyemarakkan lagi "usaha membina negara yang lebih cemerlang seiring dengan dasar transformasi kerajaan".

"Kita nak tengok pandangan kerajaan dan pembangkang terhadap keseriusan mereka dalam memperjuangkan kebebasan akademik dan mahasiswa.

"Kita juga mahu melihat bagaimana kebebasan dapat membentuk suasana pelajar dan mahasiswa supaya (menjadi) lebih baik," kata pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Ahmad Syukri berkata forum tersebut dijadual berlangsung pada 15 Disember ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur jam 8 malam.

smm demo letter to najib2Surat jemputan diserahkan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia (PMIUM) Mohd Safwan Anang Talib kepada pegawai khas perdana menteri Mohd Saiful Azhar di hadapan pejabat Jabatan Perdana Menteri kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Mohd Safwan diiringi kira-kira 40 aktivis SMM sewaktu penyerahan surat tersebut.

Mengulas lanjut, Ahmad Syukri berkata pihaknya telah mendapat persetujuan lisan Anwar yang juga ketua umum PKR untuk "melapangkan masanya" menghadiri forum tersebut.

"Kita tunggu respon perdana menteri. Kalau beliau nak ganti orang lain, kita akan tanya persetujuan Datuk Seri Anwar (untuk teruskan) atau pembangkang menghantar calon lain.

"Kita tidak bagi masa kepada PM (untuk memberi maklum balas). Kita akan buat susulan," katanya.

Ahmad Syukri berkata sebelum ini pihaknya telah menghantar surat jemputan kepada Tun Dr Mahathir untuk menjadi panel forum tersebut.

Surat itu dihantar kira-kira sebulum lalu tetapi sehingga kini tidak mendapat maklum balas, katanya.

Forum itu akan dijalankan dalam empat pusingan termasuk soal jawab kedua-dua pemimpin dengan dua pemerhati bebas - ketua eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan dan bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Ibrahim Abu Shah.

NONESebelum itu, kumpulan tersebut mengadakan perhimpunan aman di hadapan jabatan itu bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Mereka berkumpul di hadapan Masjid Putrajaya sebelum berarak ke pejabat perdana menteri.

Mereka turut menyerahkan memorandum bantahan bersama-sama dengan surat jemputan rasmi berkenaan kepada pegawai khas perdana menteri itu.

Read more ...

KEJATUHAN UMNO!!! Dah tak lama, hanya tunggu masa

Oleh Lanh

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9rywhz65HMfVV2YIg1QCh1lUX-MHFmpQRgU9WNaeKL8gEuAddjXIDJVnDjdo0JNAX2KOL7GGrzJhsTBtcGPG0mB9jiCtPZFWEKr07aWErkDlUuaUiAVkYQvK47U3B-45X_dd83KwTh9Sx/s400/logo+umno.JPGHANYA Umno-BN mampu buat itu dan ini. Hanya Umno-BN mampu perintah negara - demikian antara lain kita disogokkan dengan slogan berbentuk indoktrinasi.
Sejak kecil sehingga dewasa dan seterusnya tua, kita menerima apa saja yang disogokkan tanpa kita berusaha menyelidiki kebenaran atau hakikat sesuatu perkara itu.

Sebagai contoh ramai daripada kita diajar hal ehwal agama semasa kecil tanpa memahami apa yang sebenar kita pelajari. Ramai orang mengaji (membaca al-Quran) tetapi sangat sedikit daripadanya memahami maksud ayat yang dibaca apatah lagi mengamalkannya. Orang dewasa menyuruh kita sembahyang tetapi ramai daripada kita tidak faham apakah tujuan kita berbuat demikian dan pengertian ayat yang kita baca ketika solat.

Ketika kecil, ramai daripada kita dipaksa menyerap dan menanam fahaman dan ajaran ke dalam diri kita secara bulat-bulat tanpa dapat mempersoalkan apa yang kita lakukan. Ini termasuklah bab hantu. Apabila dewasa dan tiada lagi pihak berkuasa (ibu bapa sudah jauh dari mata) mengawasi dan memaksa kita melakukan ibadat tersebut (seperti sembahyang), sebahagian daripada kita secara perlahan-lahan meninggalkan atau melakukannya hanya sebagai satu kebiasaan saja.

Mereka yang melakukan ibadat tersebut, sebahagiannya hanya mengharapkan pahala (balasan baik) dan dijauhkan daripada seksaan api neraka. Hal yang sama berlaku tatkala kita dewasa. Kita dipaksa menerima fahaman-fahaman yang ternyata kita sendiri tidak faham tetapi kita juga tidak mempunyai hak mempersoalkannya. Orang lain cuba mengambil kesempatan daripada kelemahan kita untuk menanamkan fahaman-fahaman dan kepercayaan ini.

Berdasarkan Perhimpunan Agung Umno terbaru di ibu kota, kita dapat saksikan betapa indoktrinasi parti tua ini sudah sampai ke kemuncaknya. Ambil saja ucapan berapi-api Ketua Wanitanya, Dato' Seri Shahrizat Jalil. Sebahagian ucapannya tiada 'substance', hanya mengekspoitasi serta memain-mainkan perasaan perwakilan. Lihatlah betapa bijak Shahrizat mengalihkan serangan musuh dalam isu 'lembu' terhadap dirinya kepada Wanita Umno pula. Kononnya kejituan Wanita Umno dicabar dan uji, hakikatnya serangan ditujukan kepada dirinya sehingga ahli Parlimen Kinabatangan (BN), Datuk Bung Moktar Radin juga meminta dia meletakkan jawatan.

Kenapa Shahrizat berlindung di belakang Wanita Umno dan majoriti perwakilan Wanita beriya-iya bersorak menyokongnya? Persoalan ini begitu kompleks; jadi marilah kita teliti kisah 'The Emperor's New Clothes' (Pakaian Baru Raja) yang sudah sudah baca di sekolah rendah dulu tetapi tidak kita aplikasikan dalam kehidupan. 'The Emperor's New Clothes' menceritakan bagaimana seseorang yang berkuasa itu sentiasa dikatakan betul sekalipun dia tidak betul (raja berbogel tetapi dikatakan berpakaian paling cantik dan hebat). Hanya kebijaksanaan seorang budak dapat mengalahkan raja; memang raja bersalah (berbogel tetapi dikatakan berpakiaan paling mewah dan cantik) dan tidaklah payah untuk diselindungkan keaiban raja seperti dilakukan menteri-menterinya.

Ringkasnya pemimpin benar kerana dia berkuasa. Yang penting di sini bukannya lojik sesuatu perkara itu tetapi siapa yang mengutarakan pendapat atau kata-kata tersebut. Kata-kata seorang pengemis atau tukang sapu sampah mengenai politik sudah tentu tidak akan dipandang dengan sebelah mata walaupun apa yang mereka katakan itu ada kebenaran dan lojiknya. Keadaan sebaliknya akan berlaku jika seorang raja atau mengemukakan pandangan. Walaupun kadang-kadang hal itu tidak masuk akal, disebabkan begitu berpengaruhnya orang tersebut, maka hal itu diterima juga orang awam (perwakilan) kerana masing-masing terpaksa atau dipaksa mengakuinya. Lebih-lebih lagi masing-masing ada kepentingan tersendiri.

Kenapa perwakilan bersorak, menyatakan sokongan tanpa menyelidik sama ada yang dikatakan itu fakta atau suatu manipulasi? Ilmuan psikologi dan sosiologi mengaitkan perlakuan manusia ini sebagai ‘collective behaviour’ (tindak-tanduk bersama). Kelakuan manusia berbeza sama sekali apabila di bersendirian atau berada dalam sesebuah kumpulan (beramai). Kelakuan beramai mempunyai ciri tertentu yang membolehkan kita mengenal pasti dan mengkaji tingkah-laku manusia dalam situasi itu.Individu yang termasuk dalam keramaian, bertindak kepada sesuatu perangsang (stimulus) yang berupa orang, peristiwa atau apa-apa saja yang boleh menimbulkan emosi rancak.

‘Collective behaviour’ telah menyebabkan perwakilan Wanita Umno (sebagai contoh) begitu berani. Berani kerana ramai, bukan kerana benar. Apabila bersendirian seseorang adalah lemah dan penakut – ibarat seekor tikus yang sentiasa takut akan bayang-bayang kemampuannya, jauh daripada takutkan bayangkan kucing. Sebenarnya kucing tidak wujud, tikus hanya takut pada dirinya saja. Namun apabila berkumpulan, barulah manusia berani dan lantang. Berani bercakap berapi-api dan lantang bersuara termasuk untuk ‘menyelak kain’ kerana dia yakin mendapat sokongan dan akan dibela oleh ribuan bahkan jutaan pak turut di belakangnya.

Indoktrinasi begitu berkesan pada jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang pula terutama pada era teknologi maklumat kini, amalan jenis ini tidak dapat diterima kerana manusia mempunyai naluri untuk memikirkan fahaman serta ajaran apa yang mereka fikirkan baik apabila mereka diberi kebebasan dan ruang untuk berfikir dan menambah maklumat.

Ambillah iktibar indoktrinasi fahaman komunis yang selama 70 tahun membelenggu rakyat SovietUnion dan negara Eropah Timur, akhirnya hancur saja. Setiap perkara (benda) yang sudah sampai di kemuncaknya akan jatuh. Lemparlah batu ke udara, selepas ia mencapai kemuncak ketinggian, ia akan jatuh. Apabila Umno sudah sampai ke kemuncak indoktrinasinya, percayalah ia juga akan hancur!

Read more ...

KRISIS EUROZONE!!! Ekonomi Malaysia paling teruk terima kesan

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Malaysia dijangka paling teruk menerima kesan ekoran krisis Euro yang sedang melanda Eropah sekarang, kata pakar ekonomi dari Nomura International hari ini.

Ketua Ekonomist untuk Asia Ex-Japan Nomura, Robert Subbaraman (
gambar) berkata, berbanding dengan negara Asia yang lain, Malaysia paling teruk kesannya kerana terlalu bergantung dengan komoditi di samping kewangan awamnya yang lemah.

Beliau menjangka, harga komoditi Malaysia dijangka jatuh teruk ekoran krisis ini dan ia akan memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia keseluruhannya, lapor The Malaysian Insider.


Krisis Eurozone telah mengucarkacirkan Greece manakala Perdana Menteri Italy kehilangan jawatannya.


“Ekonomi Malaysia adalah yang paling teruk terkesan ekoran krisis ini, kerana berada dalam kumpulan ekonomi paling lemah," kata Subbaraman dalam sidang media hari ini.


Pakar ekonomomi Nomura untuk Asia Tenggara, Euben Paracuelles pula berkata, pembangunan ekonomi Malaysia untuk tiga suku pertama tahun ini banyak disebabkan oleh perbelanjaan kerajaan, tetapi kewangan awam pada dasarnya lemah dan dia bimbang ia akan berjaya dipertahankan.


Subbaraman juga berkata, Malaysia berada di tempat ketiga di Asia dalam konteks pendedahannya kepada tuntutan dari bank Eropah selepas Hong Kong dan Singapura.


Ini bermakna, asetnya akan mudah cair dan kering jika bank-bank Eropah ini mula bertindak kepada pelanggannya di daerah sini.


Harga komoditi Malaysia dijangka akan jatuh 15 peratus jika krisis ini menyerang Malaysia.


Antara komoditi yang terlibat adalah getah dan kelapa sawit yang selama ini menjadi hasil utama negara dan memberikan sumbangan besar kepada ramai rakyat negara ini.


Turut terkesan adalah badan seperti Felda yang selama ini menjadi sandaran kerajaan BN untuk mendapatkan wang belanja.


Jika harga kedua-dua komoditi ini jatuh, ia akan menyukarkan kerajaan Malaysia untuk memanggil pilihan raya ketika serangan ini berlangsung.


Sebelum ini, pakar ekonomi kerajaan menjangka ekonomi Malaysia akan melonjak ekoran jangkaan kenaikan harga getah dan minyak kelapa sawit di pasaran dunia.


Kini dengan jangkaan baru dari Nomura ini, akan menyebabkan jangkaan awal kerajaan boleh meleset.

Read more ...

DAP JADI MODAL UMNO!!! Takutkan Melayu untuk mudah samun duit rakyat


KUALA LUMPUR, 6 Dis: Orang Melayu diingatkan agar tidak terpengaruh dengan politik kotor Umno yang menggunakan DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan mereka, sebaliknya perlu sedar dengan salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno dalam perhimpunan agungnya minggu lalu secara tidak langsung mengakui sudah tidak mampu menarik sokongan orang Melayu kerana urus tadbir negara yang semakin lemah di bawah pemerintahan mereka.


Justeru, Umno terpaksa menuduh DAP akan lebih berkuasa dan mengambil hak orang Melayu jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat.


"Saya nak ingatkan orang Melayu, jangan sampai kita takut kepada DAP, RM250 juta hilang dalam NFC (Perbadanan Fidlot Negara), takut dengan DAP, RM52 bilion saham bumiputera tinggal RM2 bilion, takut dengan DAP akhirnya RM1.8 bilion diberi kepada Tajudin Ramli (bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia-Mas), takut dengan DAP, berlaku skandal dalam wang PPRT RM32 bilion oleh menteri Umno," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Tambah Mahfuz, Umno terpaksa menarik sokongan orang Melayu yang semakin menurun bagi membolehkan mereka terus memerintah dan mengumpul kekayaan untuk kroni mereka.


"Umno gunakan DAP untuk takutkan Orang Melayu, tapi dalam masa yang sama terus memunggah khazanah negara untuk kroni mereka," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.


Menurut beliau juga, perhimpunan agung Umno juga membuktikan parti itu masih takut memberi ruang yang sepenuhnya kepada perwakilan untuk membincangkan soal integriti kepimpinannya.


"Awal-awal lagi Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan tak berlaku pecah amanah dalam NFC yang dimiliki suami (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil). Ini hanya untuk mengelakkan huru hara dalam perhimpunan agungnya.


"Bila ada kenyataan daripada Ketua Polis Negara, perwakilan tak bangun persoal soal NFC tapi saya yakin Orang Melayu mempunyai pendirian yang sama iaitu mempersoal dan mempertikai kepimpinan Umno," katanya.


Kedah La

Read more ...

CABUK PUNYA UMNO!!! Siang jerit bela Melayu, malam jual Melayu

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Umno berjaya mengalih isu kegagalan mereka selama ini membela Melayu di negara ini, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

“Sebaliknya peluru dihalakan kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang dianggap menyebabkan orang Melayu tinggal terkebelakang,” ujarnya kepada Harakahdaily.


Katanya, Persidangan Agung Umno telah menjadi pesta memaki hamun terhadap pimpinan Pakatan Rakyat supaya perwakilan tidak membincang masalah cincin RM24 juta, projek lembu RM250 juta kepada suami Shahrizat, masalah Datin Seri Rosmah dan kepincangan Laporan Audit Negara.


“Semua isu ini berjaya didiamkan apabila perwakilan dicandukan dengan serangan kepada Pakatan Rakyat,” katanya.


Menurutnya, bermula daripada ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sehinggalah kepada perbahasan perwakilan semuanya membelasah Pakatan Rakyat.


Beliau menambah, mereka memahami bahawa Umno perlukan undi Melayu sahaja, undi bukan Melayu mereka tidak mengharapkan lagi.


Katanya, Persidangan Agung Umno cuba memutar belitkan fakta kononnya Melayu ketinggalan semuanya angkara DAP.


Persoalannya, kata beliau DAP baru sahaja memerintah Pulau Pinang pada 8 Mac 2008, siapa yang memerintah Pulau Pinang selama ini.


Tambahnya, tindakan Umno menjerit orang lain yang mengkhianat orang Melayu seperti pencuri menjerit pencuri.


Justeru, beliau menyenaraikan pengkhianatan Umno kepada orang Melayu sebagai ‘tazkirah’ untuk pimpinan Umno yang mudah lupa.


Soalnya, siapa yang menghalau orang Melayu di di Kampung Plentong Tengah Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau pada 16 Oktober 2009.


Tambahnya, diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan seperti menyekat 118 projek di Kelantan sejak 1991 (Rancangan Malaysia Ke-6), merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan rakyat negeri itu majoriti Melayu.


“Siapa yang bertanggungjawab melesap saham Bumiputera daripada RM52 bilion (1984), hanya tinggal RM2 bilion (2005)?


“Siapa yang pernah menjual Syarikat Bernas (Syarikat Beras Negara) dijual kepada syarikat Hong Kong Wan Tak Co. Ltd sebanyak 31.36%?” tanya beliau.


Umno, ujarnya melesap wang PPRT sebanyak RM32 bilion di mana menterinya ketika itu, Datuk Annuar Musa daripada umno.


Umno juga, katanya mengkhianati kepada pendidikan orang Melayu kerana mengajar Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003.


Menurutnya, wang rakyat hangus hampir RM5 bilion dan siapa yang menggadai tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995).


Katanya lagi, siapa yang bertanggungjawab terhadap 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship,rojek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.


Beliau berkata, seluas 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL digadai oleh pemimpin umno kepada YTL), tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.


“Ini hanya beberapa contoh sahaja, pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin hipokrit yang menjerit bela Melayu di siang hari di PWTC, tetapi di malam hari merekalah yang berunding menggadai tanah Melayu.

Kedah La

Read more ...