Saturday, January 19, 2013

PERLEKEH NAJIB!!! Muhyiddin badut baru Mahathir


Akhir-akhir ini Mahathir memperlekehkan kepimpinan Najib. Pelbagai tuduhan dan dakwaan dibuat kepada Najib. 

Antaranya pentadbiran Najib lemah dan tak boleh menang besar pada PRU 13 nanti.
Kalau dahulu Mahathir begitu bangga dengan Najib sehingga bertindak memburuk-burukkan Pak Lah kini mungkin peranan Najib untuk Mahathir sudah selesai. Maka Mahathir mencari badut baru untuk menggantikan Najib. 


Read more ...

KALIMAH ALLAH!!! Apa pendirian UMNO dan komponen BN?

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan mengapa kerajaan Barisan Nasional sendiri tidak menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah.

"Amat pelik apabila kerajaan, BN dan parti-parti komponennya terutama Umno hanya pandai mendesak pihak lain sahaja menyatakan sebarang pendirian rasmi berhubung isu kalimah Allah.

"Sekarang, rakyat hendak tahu apa pendirian kerajaan, BN dan setiap satu komponennya mengenai isu itu," kata beliau.

Read more ...

LISTEN...LISTEN...LISTEN!!! Isu program SW1M, Naib Canselor UUM terkantoi



Naib Canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak bolehlah menafikan bahawa Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak ada kaitan dengan Umno tetapi anak-anak buahnya bercakap berlainan nada dengan Prof Mustafa Ishak.

UUM yang memang sejak penubuhannya terkenal sebagai Universiti Untuk Mahathir (UUM) tidak dapat mengelak persepsi umum bahawa ianya juga adalah Universiti Umno Malaysia.

Jika tidak kerana tercetusnya fenomena 'Listen.. listen.. listen...' sudah pastinya rakyat tidak menyedari kewujudan 'kilang mencuci minda utama' yang beroperasi memperbodohkan minda anak-anak muda khususnya bangsa Melayu yang menjadi majoriti pelajar di situ sejak sekian lama.

Read more ...

MACAM BUDAK-BUDAK!!! Rosmah bersumpah tanpa beri penjelasan

KUALA LUMPUR 19 JANUARI: Perangai Datin Seri Rosmah Mansor yang bersumpah tetapi tidak memberi penjelasan mengenai pembelian cincin berlian RM24 juta, tak ubah macam budak-budak, kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

“Kena ingat, orang persoalkan sebab pembaziran dan salah guna kuasa. Rosmah kena tampil bagi penjelasan, bukan sumpah-sumpah macam budak-budak,” katanya kepada Keadilan Daily.

Rosmah baru-baru ini dilapor bersumpah kononnya beliau tidak memiliki cincin RM24 juta tetapi mengakui ada melihat cincin itu apabila dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamer ‘kepada orang yang ada duit.’

Read more ...

SIAPA LELAKI YANG EDAR BIBLE!!! Sampai sekarang polis tak tangkap walaupun maklumat dah diberi



 
 Gambar dalam blog umno

Kini para gurkha siber UMNO kecoh buat cerita kononnya dua orang lelaki bangsa Cina kelihatan sedang mengedarkan bible bahasa Melayu secara percuma kepada murid-murid bangsa Melayu/Islam di salah sebuah sekolah menengah di Jelutong, Pulau Pinang.

Rakaman gambar diatas kononnya sebagai saksi pengedaran tersebut.

Mereka dikatakan datang dengan sebuah kereta Honda Accord siap diberikan nombor pendaftaran lagi.

Read more ...

NAK BAGI PELUANG LAGI!!! Ini pun tak habis lagi senarai penyelewengan UMNO/BN


Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.


1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.


Read more ...

FULAMAK TERANGKAT!!! Rosmah bersenam joget dengan isteri pemimpin UMNO


19 Jan 2013 -- Ballroom, Menara FELDA, Jalan Stonor, Persiaran KLCC, 54000 Kuala Lumpur. Berjoget sakan DS Rosmah dalam majlis Pelancaran Senamrobik Perdana FELDA. Mak ai.... Senamrobik Perdana Felda pun ada...hahaha....

Sebelum itu belansung pelancaran Persatuan Wanita FELDA (WADA). Kedua-dua program ini disempurnakan peminat Wanita Joget 1Malaysia...siapa lagi..? Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri  Najib la....hahaha....

Read more ...

PR PERINTAH!!! Pencen tentera naik lima peratus

KUALA LUMPUR 18 Jan: Pakatan Rakyat (Pakatan) menawarkan lima peratus wang caruman tambahan kepada anggota tentera melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, wang itu akan dicarum menerusi tabung khas pencen LTAT.

“Atas keprihatinan melihat keutamaan kebajikan bekas anggota tentera, Pakatan menawarkan untuk menambah lima peratus caruman kerajaan ke dalam tabung pencen tentera.

Read more ...