Monday, May 5, 2014

CALON PRK BUKIT GELUGOR!!! Adakah Yacoob penuhi syarat muslim berwibawa ISMA? Hafiz Nordin lebih layak.....


Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang pada pilihan raya umum ke-13, Mohd Yacoob Mohd Noor hari ini menyatakan kesediaan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor yang dijadual 25 Mei ini.
  
Mohd Yacoob, 25, yang menguruskan rangkaian inap desa di Pulau Pinang berkata beliau memutuskan untuk bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan penyokongnya.

Read more ...

ADA 1001 SEBAB!!! UMNO bersandiwara dalam isu Hudud

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/t1/s403x403/391295_10150987706912592_1208109670_n.jpgHUDUD -ANTARA JALAN LURUS DAN BERLIKU

oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Siapa yang menyatakan Umno tidak inginkan faedah politik dalam isu hudud adalah mereka yang naif dalam politik. Umno adalah parti yang boleh berlakon di sebelah pagi menyokong hudud dan di sebelah petang menentang pula hudud.

Adakah Umno benar benar serius dalam isu hudud ini. Untuk kenal sikap Umno, kita bandingkan dulu sejarah Pas dan Umno dalam isu hudud ini. Dari sejarah ini kita boleh buat kesimpulan siapakah yang lebih serius dan ikhlas dalam isu hudud ini.

Kita pergi dulu kepada Pas. Terdapat dua Kerajaan Negeri yang dikuasai Pas dan pernah dikuasai Pas iaitu Kelantan dan Trengganu. Kedua dua negeri ini telah menjalankan tanggungjawabnya menggubal enakmen syariah yang merangkumi undang undang hudud. 

Bagi Kelantan setiap tahun mereka menyambut hari Hudud bagi menerangkan tentang hukum hudud. 

Berapa ramai pemimpin Pas di seluruh peringkat yang berceramah, berforum, berseminar tentang hudud, berdialog dengan mereka yang faham dan yang tidak faham tentang hudud, berwacana dengan penyokong dan penentang hudud sejak sekian lama. 

Malahan penyokong Pas yang bukan Islam dari Dewan Perhimpunan Pas juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga mereka dalam isu hudud ini. 

Saya masih ingat Kerajaan Trengganu di bawah Pas pernah mengadakan seminar dan dialog dengan pelbagai kumpulan politik dan bukan politik dengan meminta mereka memberi pandangan dan kritikan terhadap deraf enakmen syariah yang Pas ingin bentangkan dalam DUN Negeri Trengganu.Malahan Umno juga dijemput meskipun mereka tidak hadir.

Saya juga masih ingat saya bersama sama Datuk Wan Mutalib Embung dan Almarhum Dato Harun Taib pernah berdialog dengan golongan NGO Wanita termasuk Sisters in Islam di Century Paradise, Kuala Lumpur berkenaan isu hudud. 

Read more ...

GST SUMBER PENDAPATAN NEGARA!!! Najib mahu semua rakyat kena bayar cukai


Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menjadi satu sumber pendapatan negara setelah bilangan pembayar cukai di negara ini masih rendah dan akan diteruskan, kata Datuk Seri Najib Razak, walaupun puluhan ribu berhimpun membantahnya 1 Mei lalu.

Perdana menteri berkata jumlah pembayar cukai di Malaysia hanya mencatatkan sekitar satu juta orang dan mereka membayar cukai dengan kadar yang lebih rendah berbanding daripada kadar yang sepatutnya. 
"GST satu cukai yang progresif dan membantu kita meluaskan pendapatan negara.

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak membayar cukai, cuma satu juta yang membayar.

"Kita mesti terangkan banyak yang tidak bayar cukai. Saya tahu sebagai menteri kewangan mereka bayar kurang daripada apa yang sepatutnya dibayar," katanya kepada penjawat awam di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Putrajaya akan melaksanakan GST bermula April 2015 dengan kadar 6% walaupun mendapat kritikan pembangkang sekarang bukan masa yang sesuai bagi Malaysia melaksanakan sistem cukai itu.

Read more ...