Thursday, April 15, 2010

Najib dikecam melutut kepada Amerika tekan Iran

 

KUALA LUMPUR, 16 April : Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan BN seperti melutut kepada Amerika Syarikat apabila tidak tetap menyatakan pendirian berhubung isu penggunaan senjata nuklear.

Tegasnya juga, tidak salah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan Amerika Syarikat, namun bukan menjadi 'pak turut' kepada negara itu sehingga tidak berani menentang kezaliman yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap umat Islam.

"Saya nak sebut untuk kita berbaik dengan Amerika tidak apa, tetapi untuk melutut dasar Amerika menentang Iran dan memusnahkan Afghanistan, itu pengkhianatan kepada umat Islam dan negara ini. Apa kenyataan Perdana Menteri dalam isu Iran?

"Kalau kita katakan Iran tak berhak gunakan kekuatan nuklear untuk senjata munasabah tetapi mengapa Israel boleh, mengapa dia (Najib) tak berani menegur Israel dan melutut kepada Amerika Syarikat mengecam Iran di White House, tetapi tidak menegur Israel?

"Pendirian Umno ini yang kita tentang. Di Afghanistan, kita ambil sikap keputusan Obama undur tentera kita setuju, tetapi keputusan menyerang Afghanistan dari awal kita tentang. Perdana menteri Malaysia kata akan hantar 'training' di Afghanistan, 'training' apa bila mana umat Islam dibunuh di Afghanistan?

"Ini bezanya. Saya memang menghargai hubungan baik dengan Amerika tetapi tidak mengemis dan menjadi hamba abdi Amerika Syarikat," tegas beliau.

Beliau berkata demikian sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringkat jawatankuasa (Kementerian Luar Negeri) di Dewan Rakyat semalam sebagai membidas kenyataan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang mendakwa beliau sangat berpengaruh di Amerika Syarikat disebabkan peranan media.

"Oleh kerana nama saya disebut, satu kira ini satu penghormatan kerana disebut oleh Pasir Salak dan juga Kota Belud, dia berhempas pulas nak pertahankan Apco dan Israel. Dia dengan Rembau sekarang jadi jurucakap Apco. Paling malu bagi umat Islam, apabila orang Melayu Muslim bangun untuk mempertahankan Apco dan kepentingan Israel.

"Saya tak pernah mengatakan saya berpengaruh di Amerika. Pendirian saya konsisten, kita pertahankan hubungan baik dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat. Sebab itu saya tidak pernah berbohong kalau saya mengadakan pertemuan berkala dengan bekas Naib Presiden (Amerika) Al Gore sampai sekarang.

"Bezanya pimpinan kerajaan hari ini untuk mendapat dokongan Amerika terpaksa bayar RM78 juta kepada Apco. Dulu bayar RM4 juta kepada Jack Abrahamoff tauke judi maha besar di Amerika Syarikat . Ini kenyataan Pasir Salak, jangan pertikai untuk saya keluar bukti kerana bukti telah dikeluar. Kota Belud tidak berani bangun untuk pertahankan ini," katanya.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2010 untuk Kementerian Luar melibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta.harakah

Read more ...

Saman Harussani










KUALA LUMPUR, 16 April : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menarik balik atau menafikan kenyataanya yang disiarkan dalam sebuah akhbar edisi Mac dalam tempoh tujuh hari.

Menurutnya, laporan akhbar itu meletakkan gambar Harussani di sudut atas sebelah kanan dengan tajuk ‘Khalid Tidak Beriman’.

“Sekiranya benar, beliau harus tarik balik dan memohon maaf terhadap saya dan sekiranya gagal berbuat demikian, saya akan mengambil tindakan undang- undang terhadap beliau,” katanya.

Beliau berkata, seseorang yang berstatus mufti tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Seringkali mufti digunakan dalam helah politik dan beliau antaranya begitu ghairah menjadi ‘wakil’ UMNO,” katanya kepada pemberita di Parlimen semalam.

Khalid berkata, beliau memperolehi akhbar tersebut di lobi Parlimen yang diletakkan di ruang rehat Ahli Parlimen.

Difahamkan mufti Perak itu berkata sedemikian untuk mengulas isu panas berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam yang melanda negara baru- baru ini.SH

Read more ...

Kecewa tidak dilantik semula Exco, keluar parti






KUALA LUMPUR, 15 April: Tindakan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini kerana kecewa tidak dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Sehubungan itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa perlantikan Exco kerajaan negeri berdasarkan prestasi.

“Setelah digugur sebagai Exco Kedah, Tan Wei Shu jadi Bebas. Exco bukan hak, tetapi dipilih berdasar prestasi,” ujarnya.

Pengarah Pemantapan Politik Keanggotaan PKR, Datuk Johari Abdul(kanan) pula tidak menjangka ada sebab lain yang diambil oleh Wei Shu itu keluar parti.

"Saya tak jangka ada sebab yang lain, beliau tidak ada masalah dalam PKR kecuali mungkin disebabkan tidak lagi dipilih menjadi Exco," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.

Ditanya tentang punca Wei Shu keluar meninggal PKR, Johari seakan mengaku bahawa beliau merupakan punca bekas Exco Kerajaan Kedah itu bertindak menjadi Adun Bebas.

"Dia mengatakan bahawa dia kecewa dengan saya kerana saya tak sokong dia jadi Exco," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily petang ini.

Bagaimana pun, beliau berkata, keputusan melantik Adun Sidam, Tan Show Kang menggantikan Wei Shu dalam kerajaan Kedah yang baru tersebut bukan diputuskan oleh beliau secara peribadi.

"Keputusan menggugurkan beliau (dari) menjadi Exco bukan saya yang buat sendiri-sendiri, kepimpinan parti peringkat negeri yang putuskan," jelasnya.

Pun begitu, beliau menafikan bahawa Wei Shu seorang Adun yang bermasalah sewaktu menjawat jawatan Exco sebelum ini.

"Dia tak ada masalah, dengan saya tak ada masalah, dengan PKR pun tak ada masalah sebelum ini," kata beliau.

Ujarnya lagi, keputusan PKR Kedah melantik Show Kang berasaskan kebolehupayaan beliau berbanding Whe Shu demi memperkukuh kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat Kedah.

"Iyalah, Show Kang lebih layak, kita (PKR) berilah peluang kepadanya pula agar (kerajaan) negeri dan Pakatan (Rakyat) makin kuat," jelasnya.

Pada 10 Mac lalu, Wei Shu digugurkan ketika Kerajaan Kedah membuat rombakan Exco.

Ekoran itu, beliau dilihat mula mengkritik kepemimpinan Pakatan Rakyat seperti beberapa empat bekas wakil rakyat PKR yang lain sebelum ini.harakah

Read more ...

Zaid cabar Muhyiddin














HULU SELANGOR, 15 April : Dalam kempen tidak rasmi hari pertamanya, calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia untuk mendedahkan kekayaannya tetapi mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar turut berbuat demikian.

Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mengatakan bahawa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, bukannya kerana kemampuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Zaid merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan dan kehakiman.

Zaid yang malam kelmarin diumumkan sebagai calon PR mengatakan demikian ketika berceramah di sini malam tadi.Pendirian Zaid itu turut dimuatkan dalam blognya semalam.

Ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 orang di dewan serba guna Kampung Sungai Buaya, bekas Ketua Umno Kota Baru dan Ahli Parlimen Kota Baru ini menyangkal dakwaan bekas rakan-rakannya dalam Kabinet bahawa beliau seorang yang mengamalkan rasuah.

“Isunya bukan sama ada kaya atau miskin tetapi sama ada wujud penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Zaid berkata beliau hanya merupakan menteri undang-undang dan kehakiman selama enam bulan.Ketika itu katanya, beliau tidak pernah menyelia Petronas, tanah, air atau mana-mana sumber lain.


“Saya diberi tanggungjawab terhadap aspek undang-undang dan kehakiman. Jadi di mana ada duitnya,” soal Zaid sambi berseloroh bahawa beliau hanya ada seorang isteri, tiga anak dan hidup sederhana.

Tambah Zaid, banyak dakwaan dibuat berkaitan dengan tahap kekayaan dengana ada yang membuat cerita kononnya memiliki rumh di Dubai, London dan Australia.

“Saya berharap ia betul tetapi saya hanya ada rumah di Kota Baru, yang mana saya beli 15 tahun lalu dan sebuah rumah di Petaling Jaya,” katanya.

Sehubungan itu beliau merayu kepada hadirin, kebanyakannya peneroka Felda supaya memberikan beliau peluang untuk berkhidmat kepada mereka.
“Saya ahli politik sepenuh masa. Saya tiada kerja lain,” katanya dengan merujuk bahawa akan mampu perkhidmatan sepanjang masa jika dipilih.

Semalam Muhyiddin berkata beliau percaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih Zaid sebagai calon PR bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor disebabkan kedudukan kewangannya, bukan semata-mata kerana keupayaan boleh berkhidmat.

“Saya diberitahu bahawa beliau dipilih kerana mempunyai banyak duit, bukan kerana beliau boleh berkhidmat,” kata beliau ketika ditanya sama ada Zaid menjadi pilihan PKR kerana ketiadaan calon lain.

“Namun, keputusan itu milik mereka. Saya yakin kepada para pengundi, mereka mahukan pembangunan,” tambah Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Zaid anak kelahiran Kelantan telah dipilih secara rasmi sebagai calon PR malam kelmarin.

Read more ...

Pemilihan Zaid tepat











KOTA BHARU , 15 April ;
PAS Kelantan menyifatkan pemilihan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah tepat berdasarkan pengalaman yang ada padanya.

Pengarah Pilihan raya PAS Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, faktor calon tempatan atau luar tidak menjadi ukuran kepada kemenangan sesuatu parti dalam pilihan raya kecil tersebut.

“Walaupun Zaid bukan anak tempatan, tetapi pengaruh dan pengalaman yang ada padanya cukup untuk mendapatkan keyakinan pengundi tempatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Zaid yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu dan pernah menjadi

Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan, diumumkan sebagai calon PKR pada pilihan

raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Abdul Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku turut menolak dakwaan yang mengaitkan pencalonan Zaid itu membuktikan PKR ketandusan calon yang untuk diketengahkan dalam pilihan raya itu.

“PKR mempunyai ramai calon yang berwibawa dan tidak timbul soal kekura-ngan individu yang terbaik. Apa yang penting strategi meletakkan Zaid adalah tepat berdasarkan apa yang dimahukan penduduk setempat,” katanya.

Dalam pada itu, Fatah berkata, PAS Kelantan akan menghantar tiga kumpulan jenteranya yang setiap satunya mengan-dungi 100 petugas pilihan raya.

Katanya, beliau yakin pihaknya tidak bermasalah untuk menang dalam pilihan raya itu berdasarkan keadaan semasa selain calon yang lebih memihak kepada PR.SH

Read more ...

Mesyuarat agung penuhi tuntutan perlembagaan

DSCF6985.jpg picture by paspb


PARIT BUNTAR, 15 April : PAS Cawangan Parit Abas telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya dengan dirasmikan oleh Bendahari PAS Parit Buntar Tyndareus Haji Awang.

Di dalam ucapan perasmian, Tyndareus lebih banyak menekankan tentang kepentingan mengadakan mesyuarat agung seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.


“ Mesyuarat agung juga perlu diadakan bagi memenuhi tuntutan Pendaftar Pertubuhan.


“ Di samping itu, mesyuarat agung ini penting kerana menjadi perjumpaan tahunan ahli-ahli PAS untuk menilai aktiviti yang dilaksanakan PAS Cawangan” katanya


Tyndareus berkata mesyuarat agung akan menjadi medan untuk bermuhasabah terhadap gerak kerja parti.


“ Teguran dan kritikan membina dari ahli mesyuarat mampu memperkemaskan organisasi dan mengaktifkan PAS Cawangan.


“ Kekuatan organisasi PAS Cawangan dengan sendirinya mengukuhkan PAS Kawasan.” katanya


Beliau berharap hubungan PAS Cawangan dan PAS Kawasan terjalin kukuh terutama dalam melaksanakan aktiviti kebajikan kepada rakyat.


Turut hadir ialah Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad.


DSCF6984.jpg picture by paspb

Read more ...

Pakatan mampu menang












ALOR SETAR, 15 April : Pakatan Rakyat (PR) mampu mengekalkan kedudukan di Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil itu memandangkan mempunyai kelebihan tersendiri berbanding Barisan Nasional (BN).

Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi, Dr Ismail Salleh berkata, suasana politik masa kini berbeza dengan Pilihan Raya Umum ke-12, dan rakyat sudah sedar akan kelebihan PR berbanding BN.

“Ketika itu terdapat satu gelombang perubahan dalam kalangan orang Cina dan India untuk tidak lagi memberi undi kepada BN. Tetapi mereka masih tidak pasti dengan keupayaan PR, mereka sekadar mencuba mengundi PR,” katanya.

Menurutnya, kepercayaan yang diberikan kepada PR ternyata tidak mengecewakan apabila prestasi dua tahun pemerintahan dikatakan memuaskan walaupun berdepan dengan tekanan dan layanan tidak adil daripada Kerajaan Pusat.

“Saya yakin pada PRU 12 mereka hanya mencuba, tetapi kali ini mereka sudah yakin dengan PR. Begitu juga dengan golongan atas pagar yang kali ini akan memilih PR di atas alasan yang sama,” katanya.

Dr Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu berkata, faktor calon daripada MIC yang diletakkan oleh BN juga dipercayai akan ditolak penduduk Hulu Selangor.

“Sebelum PRU 12 orang Melayu yang mewakili 53.9 peratus pengundi Hulu Selangor memilih BN walaupun mereka mewakili MIC atau MCA. Tetapi selepas PRU 12 orang Melayu menolak calon MIC dan MCA setelah orang India dan Cina sendiri menolak MIC dan MCA,” katanya.

Menurutnya, majoriti 26.7 peratus pengundi Cina Hulu Selangor akan menolak calon MIC dan hanya 50 peratus dari pengundi India yang berjumlah 19 peratus akan memilih calon MIC.

Dr Ismail berkata, kelebihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PR juga diyakini mampu menyatukan semua kaum di situ, kerana beliau dilihat bukan sahaja boleh mewakili orang Melayu tetapi juga disukai orang Cina dan India.

“Fitnah BN juga tidak mengena sasaran malah dapat dijawab dan dibuktikan dengan baik. Isu rasuah lembu korban tidak menjadi, isu rasuah beberapa ahli Exco dan wakil rakyat tersasar malah isu-isu dalaman PR sendiri pun tidak membawa kesan,” katanya.

Menurutnya, rakyat Hulu Selangor juga telah muak dan segala janji yang ditaburkan termasuk projek pembangunan yang diumumkan oleh pemimpin BN dianggap sebagai retorik semata-mata.

“Apa yang mereka buat selama memerintah lebih 50 tahun, malah saya percaya rakyat Hulu Selangor pun sudah terbuka minda dan mata untuk menilai pembangunan yang ada sepanjang tempoh itu,” katanya. -
SH

Read more ...

Kamalanathan bukan Mugilan bukan Palanivel lagi bukan calon Umno












HULU SELANGOR, 15 April ; Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, demikian diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin YassinNama Kamalanathan memang telah disebut-sebut sebelum ini sebagai calon kompromi selepas pucuk pimpinan BN dikatakan menolak cadangan MIC untuk mencalonkan Datuk G Palanivel bertanding di situ.

Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal, malaysiakini dipetik.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Jawatan senator, timbalan menteri

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.

Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka.

Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.

Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu.

Read more ...

Nizar buat keterangan polis


IPOH , 15 April : Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam, tampil membuat keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, berhubung satu laporan polis yang bersabit dengan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.

Nizar berkata, beliau diminta hadir ke IPD Ipoh sebagai saksi terhadap laporan polis berhubung kes Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan kehadiran pegawai serta anggota polis pada persidangan itu.

Bagaimanapun Nizar berkata, beliau tidak dapat membuat sebarang kenyataan secara rambang berdasarkan surat waran yang diterima dan hanya dapat memberi maklum balas setakat apa yang diketahui sahaja.

“Saya hadir di sini pada hari ini berikutan satu waran yang telah dikeluarkan kepada saya agar memberi kerjasama berdasarkan laporan tersebut.

“Tetapi, saya tidak dapat memberi keterangan secara terperinci sebelum pihak polis memberi maklum balas penuh berkaitan laporan itu.

“Bagaimanapun, saya sedia bekerjasama sebagaimana yang diinginkan, namun saya mohon agar saya dapat melihat laporan 1903/10 itu secara rasmi sebelum saya merujuk kepada penasihat saya,” katanya kepada pemberita di IPD.

Sementara itu, Nizar berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama terhadap pihak polis dan memohon beliau diberi maklumat penuh demi memastikan siasatan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar.

Katanya, pihak polis perlu berlaku bersikap telus serta adil terhadap semua laporan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR).SH

Read more ...