Tuesday, January 10, 2012

KAJIAN TERBARU!!! Peratus sokongan Cina kepada PR melonjak, BN boleh tumbang di Johor

http://ww2.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/johor.jpgJOHOR BARU, 11 Johor — Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah mula turun padang sejak Oktober lalu, menghabiskan sekurang-kurangnya empat hari seminggu dilihat sebagai persiapan awal Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang berdepan prospek kehilangan lebih banyak undi kaum Cina.

Lebih mengagumkan beliau memulakan jelajah dengan berkunjung ke Gelang Patah, Tebrau, Kulai, Pulai dan Muar (dua kali), semua kawasan itu mempunyai sekurang-kurangnya 40 peratus pengundi Cina, dilihat persediaan awal agar tidak menerima nasib sama seperti di Pulau Pinang dan Perak pada pilihan raya umum 2008.

Selain menemui pengundi dan penyokong parti, Abdul Ghani menghabiskan masa beberapa jam setiap hari mendengar taklimat daripada jentera BN tentang sentimen pengundi, tahap sokongan di setiap kawasan pinggir bandar.

“Beliau telah turun padang di semua kerusi yang pembangkang fikir boleh menang,” kata pegawai tertinggi pentadbiran Abdul Ghani kepada The Malaysian Insider.

Menurut kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, Abdul Ghani mempunyai alasan untuk berasa bimbang.

Gelombang kebangkitan telah menawan sebahagian Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum 2008, yang mana Pakatan Rakyat gagal memecahkan benteng kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 56 kerusi yang ditawarkan.

Tetapi Profesor Abu Hassan Hasbullah, yang menjalankan pusat kajian Universiti Malaya memberitahu kaji selidik pada hujung tahun lalu menunjukkan pengundi Cina-Johor kemungkinan akan memecahkan tradisi dengan menyokong Pakatan Rakyat.

Pemimpin pembangkang menganggarkan mereka memenangi 55 peratus pengundi Cina pada pilihan raya umum lalu tetapi Abu Hassan berkata sokongan daripada kaum itu telah meningkat hampir 90 peratus.

“Kami lihat tentang apa yang boleh digelar revolusi senyap Tionghua,” katanya kepada The Malaysian Insider menambah sokongan pengundi Cina di Johor meningkat kepada 68 peratus selepas pilihan raya umum 2008 dan terus meningkat kepada 79 peratus pada 2010.

Menurut Abu Hassan, sokongan orang Melayu terhadap pembangkang tidak berubah sejak pilihan raya umum 2008 dan ia kekal di antara 25 hingga 30 peratus, Pakatan Rakyat meletakkan sasaran 15 kerusi Parlimen dan 30 kerusi negeri.

PKR telah mengadakan kongres nasional di Johor pada akhir November, mendakwa bersedia mengambil alih pentadbiran negeri.

Penganalisis berkata perubahan aliran sokongan di kubu kuat BN secara praktikal bermaksud Pakatan Rakyat hanya memerlukan 30 Ahli Parlimen untuk menawan Putrajaya.

Bagaimanapun rakan gabungan telah memberi amaran bahawa peluang di Johor akan mengakibatkan serangan-serangan Umno yang menuduh “kerajaan Cina”.

“Ia jelas bahawa jika kita menang ia datangnya dari sokongan pengundi Cina. Selepas tuduhan-tuduhan di Pulau Pinang dan Perak, mudah bagi Umno menyerang kita dengan bertanyakan siapa akan menjadi MB,” kata Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Sungai Abong dari PAS, Dr Sheikh Ibrahim Salleh.

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau juga bersetuju dengan ahli jawatankuasa PAS negeri bahawa yang lebih penting adalah menumpukan perhatian untuk menambah sokongan pengundi.

“Kita perlu pastikan tidak terjatuh ke dalam perangkap dan mengelak soalan tentang MB dan pembentukan kerajaan negeri. Strategi kita adalah untuk tidak mengejutkan pengundi tetapi memberitahu mereka kita perlu menafikan dua pertiga BN,” kata Adun Skudai menambah Pakatan Rakyat berada di kedudukan terbaik untuk menambah tujuh ahli Parlimen dari negeri itu.

“Kemudian jika kita membentuk kerajaan, kita akan pastikan orang Melayu MB dan rakyat akan terima keputusan pilihan raya.”

PKR pula menolak untuk menjawab soalamn tentang calon MB tetapi ketua cabang memberitahu The Malaysian Insider “kita tiada sesiapa sejak Abdul Razak Ahmad”, merujuk kepada bekas pengerusi negeri itu yang meninggal dunia pada 2007.

The Malaysian Insider difahamkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang merupakan anak kelahiran Pontian terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Kubang Kerian dan kembali bertanding di Johor.

Sembrong, kerusi Parlimen mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berdekatan Kluang, dikatakan menjadi pilihan terbaik meletakkan Salahuddin bertanding.

Khabar angin yang tersebar mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi, kerusi yang dilihat selamat yang mungkin akan dikosongkan Tan Sri Syed Hamid Albar yang telah digugurkan dari Kabinet oleh Datuk Seri Najib Razak apabila mengambil alih kuasa pentadbiran pada 2009.(malaysianinsider)

Read more ...

MEDIA PUTAR BELIT!!! Dr. Harun Din bermesyuarat, Ust. Taib di China, Ust. Ismail Kamus sakit

KUALA LUMPUR, 11 Jan: PAS hari ini mengesahkan bahawa laporan berita mengenai kehadiran beberapa pemimpin PAS yang dilaporkan berada di rumah bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali, Ahad malam yang lalu adalah palsu.

Selepas Hasan dipecat pada siang hari, media melaporkan bahawa ramai pemimpin PAS yang hadir memberikan sokongan moral kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor tersebut.

Antara nama yang disebut hadir ialah Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib dan Datuk Ustaz Ismail Kamus.

“Laporan tersebut adalah tidak betul dan mempunyai niat tidak senonoh, kerana hakikatnya kesemua mereka tidak bersama pada malam tersebut.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan,” terang Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan bahawa mantan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang turut hadir bersama presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk memberikan sokongan moral kepada Hasan ada memaklumkan kepada Majlis Syura akan kehadirannya terlebih dahulu.

“Jelas perkara di atas adalah usaha pihak tertentu bermotif untuk memberi imej buruk kepada para pimpinan parti dan mengelirukan ahli-ahli PAS sehingga bersangka buruk terhadap pimpinan parti demi mengganggu persiapan terakhir pilihanraya.

Lantaran itu, semua ahli dan pimpinan parti mesti merujuk kepada media rasmi parti iaitu Harakahdaily dan Harakah cetak untuk mendapatkan sumber sahih dan rasmi parti,” tegas Tuan Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga menasihatkan semua ahli dan pimpinan parti untuk menguatkan kesedaran politik agar tidak mudah dipengaruhi permainan jahat pihak lawan.

“Dalam suasana ini, semua ahli PAS diseru untuk memperkukuhkan perpaduan dan ukuhwah dalaman parti agar kita dapat menjauhi kerja yang tidak menguntungkan jamaah dan menumpukan seluruh masa, tenaga dan dana bagi menghadapi persiapan pilihanraya umum yang semakin hampir,” seru beliau.Hrkh

Read more ...

ELAK UMNO BERGOLAK!!! Parlimen bubar selepas Tahun Baru Cina?


Tidak mahu mengambil risiko ekoran pembebasan Anwar Ibrahin daripada tuduhan fitnah liwat, Najib dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas Tahun Baru Cina dan sebelum pengagihan wang RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pertengahan bulan depan.

Tarikh yang dijangka akan dipilih adalah 11 Februari atau 18 Februari 2012, manakala tarikh pilihanraya umum dijangka akan dilaksanakan sekitar Mac.


Bagaimanapun, tempoh berkempen masih belum ditentukan dan adalah dipercayai ia akan diadakan sekitar lapan ke 11 hari.


Bilik gerakan pilihanraya negeri-negeri sudah diarahkan supaya membuka pusat operasi piihanraya bermula minggu depan.


Pada pilihanraya umum lalu, bekas perdana menteri Abdullah Badawi memilih 8 Mac sebagai hari pengundian berdasarkan khurafat nombor 11 iaitu 8 haribulan Mac (3) tetapi kurang bernasib baik kerana Mahathir yang marahkan Abdullah, telah memujuk kaum pemodal Cina di Pulau Pinang supaya menolak calon Barisan Najis dan mengundi calon Pakatan Rakyat.


Akibatnya lima negeri termasuk satu Wilayah Persekutuan tumbang dan Pakatan Rakyat menang kerusi paling banyak di dalam sejarah Parlimen dengan 82 kerusi.


Kini masanya sudah tiba untuk ibu segala peperangan berlaku.


Apakah kita sudah bersedia??


JALAN PULANG


P/s - Sumber: Shhhh...


Najib akan buat p'raya awal bagi elak pergeseran Umno


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin mengadakan pilihan raya umum ke-13 seawal Mac ini kerana sedang berdepan dengan ekonomi yang semakin lesu dan pergeseran dalaman Umno sendiri yang semakin ketara berikutan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.


Pilihan raya kali ini akan menyaksikan Umno yang telah memerintah sejak kemerdekaan pada tahun 1957 berdepan dengan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar yang menjanjikan pembaharuan besar-besaran.


"Fokus tidak sebegitu banyak ke atas Anwar sekarang tetapi kepada Najib. Beliau mesti terus bergerak dan memastikan Umno tetap setia kepadanya," kata seorang pegawai kanan Umno yang terlibat dalam perbincangan kepimpinan parti dan tidak mahu identitinya didedahkan kerana beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media.


"Saya melihat pilihan raya pada Mac, April, sebelum pemilihan Umno. Kegusaran terbesar Najib bukan pilihan raya umum tetapi pemilihan parti Umno kerana ada desakan di kalangan akar umbi Umno bahawa Najib terlalu berlembut ," kata pegawai itu.


Sebuah akhbar bahasa Melayu yang berkait dengan Umno juga melahirkan kebimbangan itu, apabila sehari sebelum mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah, mempertikaikan kewajaran polis membenarkan penyokong pembangkang berhimpun di luar mahkamah.


"Lebih baik untuk jadi jahat, budak nakal sering dapat perhatian dan layanan yang baik," katanya.


Pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga tahun 2013 tetapi Najib dijangka membubarkan Dewan Rakyat tahun ini.


- Reuters

Read more ...

BUKTI ADA!!! Jamil Khir dan dua pegawai MAIWP gunakan wang zakat

http://uploadingit.com/file/vi39hc9xvrcpukk5/Dato%20Seri%20Jamil%20Khir%20Baharom.JPG

PETALING JAYA, 11 Jan — PKR hari ini menolak penafian Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung penyalahgunaan wang zakat menambah akan mengemukakan laporan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama dokumen yang menyokong dakwaan itu.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengedarkan kepada pemberita dokumen-dokumen yang menunjukkan Jamil Khir dan dua pegawai kanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menggunakan RM63,650 wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2010.

Dokumen pertama menunjukkan baucer pembayaran dari MAIWP berjumlah RM32,150 bertarikh 29 April 2010 kepada sebuah firma guaman sebagai “pembayaran kos guaman untuk kes Datuk Seri Anwar Ibrahim lawan Shahsuddin Hussain, Datuk Che Mat Che Ali dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom”.

Dinyatakan dengan jelas baucer itu telah disalurkan dari wang zakat MAIWP.

Jamil Khir, menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, sementara Che Mat adalah Setiausaha MAIWP dan Shahsuddin adalah ketua pendakwa MAIWP.

Menurut Nik Nazmi, baucer pembayaran itu telah didedahkan kepada PKR oleh pegawai MAIWP tahun lepas dan perkara itu kemudian dibangkitkan di Parlimen pada Jun oleh Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail.

“Kamu kemudian membawa kes ini kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) untuk tindakan selanjutnya. PAC kemudian meminta satu siasatan dilakukan oleh Ketua Audit Negara,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia ini turut mengedarkan salinan sepucuk surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid bertarikh 21 November 2011 mengesahkan RM63,650 wang zakat telah digunakan untuk membiayai kos guaman ketiga-tiga individu itu,

Dalam surat itu, Ambrin mengesahkan Che Mat telah meluluskan satu bayaran interim berjumlah RM31,500 dari MAIWP “peruntukan sumber untuk khidmat guaman” pada 28 Januari 2010.

“Pembayaran ini telah diluluskan pada 9 Februari 2010 melalui baucer No. 2010B01304, untuk menggunakan wang zakat terlebih dahulu memandangkan geran kerajaan masih belum diterima,” kata Ambrin.

Ambrin juga mengesahkan pembayaran baucer kedua MAIWP berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010, menjelaskan ia adalah untuk menyelesaikan kos guaman dalam kes qazaf.

Beliau berkata MAIWP telah menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun dan Disember tahun lepas, majlis agama itu menggunakan wang itu untuk membayar balik RM63,650 wang zakat.

“Dalam penafiannya, Jamil Khir tidak pernah menyentuh tentang pengesahan laporan Ketua Audit Negara mengenai dua pembayaran itu - pada Februari 2010 dan April — yang menggunakan wang zakat.

“Menurut Ketua Audit Negara, wang itu digantikan pada Disember, enam bulan selepas digunakan,” kata Nik Nazmi.

Katanya, walaupun wang zakat telah diganti semula namun perbuatan ketiga-tiga individu itu menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman melanggar Kanun Jenayah.

“PKR berpendapat penyalahgunaan sedemikian adalah perkara yang serius bagi sesebuah institusi Islam. Saya akan buat laporan di balai polis Dang Wangi pada pukul 11 pagi esok dan serahkan dokumen ini,” katanya.

Semasa menafikan dakwaan itu tahun lalu, Jamil Khir menegaskan beliau telah membayar kos guaman menggunakan geran kerajaan dan bukan wang zakat.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/395875_2419445808083_1309530202_32027738_1749934129_n.jpg

Read more ...

TERKINI!!! Bob Kuman artis terbaru hubungi Ust. Azhar Idrus


Sudah lebih seminggu sambutan tahun baru 2012 yang diadakan di Dataran Shah Alam meninggalkan satu fenomena yang hebat. Sambutan meriah yang turut dihadiri oleh artis-artis yang 'jiwa' mereka dekat bersama gerakan Islam.

Rupa-rupanya masih ramai lagi artis-artis di luar sana yang ingin bersama-sama dalam gerakan Islam ini. Walaupun menjalani kehidupan yang serba-serbi menyeronokkan - sentiasa bersosial dan berhibur.

Namun apabila mereka kembali ke rumah dan berfikir, ramai di antara mereka yang merasakan ada kekosongan dalam diri mereka. Antara artis yang mengkagumi Ust Azhar Idrus adalah Bob Kuman.

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi memperolehi nombor telefon Ust Azhar Idrus daripada Zizan dan telah menghubunginya baru-baru ini ketika berada di dalam hospital.

Mengakui telah mengikuti siri kuliah dan ceramah Ust Azhar Idrus melalui internet sejak setahun yang lalu, akhirnya beliau berjaya bercakap dan berbual dengan Ust Azhar Idrus sendiri.

Di dalam perbualannya itu, Bob menyampaikan hasrat hati ingin berada bersama-sama dalam gerakan dalam Islam tetapi sentiasa ada halangan.

Lebih menarik lagi, beliau turut memaklumkan bahawa bapanya sendiri merupakan penyokong kuat PAS suatu ketika dahulu dan pernah di rumah mereka menjadi markaz PAS.


Bapa Bob Kuman, Hj Mohd Rawi merupakan penyokong kuat PAS

Berdasarkan sambutan dan sokongan yang diterima oleh Ust Azhar Idrus daripada kalangan artis, Ust Azhar telah menyeru kepada orang ramai supaya berdoa kepada Allah, semoga membuka hati orang-orang hiburan seperti ini supaya peminat-peminat mereka akan turut mengikuti jejak langkah mereka (artis) yang ingin mendekati kepada Islam.

Pulakdah

Read more ...

TERKINI!!! Bekas Pengarah Kastam Negeri Kedah sertai PAS

Kaki tangan kerajaan lebih memahami apa yang berlaku dalam situasi politik negara, terutama yang berjawatan, cuma sama ada mereka ada atau tidak sikap tanggungjawab dan faham apa itu perjuangan untuk menegakkan kebenaran untu rakyat...

Terkini menurut laporan twitter Naib Presiden PAS Dato Mahfuz Omar, seorang lagi pesara Kerajaan iaitu Bekas Pengarah Kastam Negeri Kedah Haji Ishak telah menyerah borang keahlian PAS.


Moga-moga ini sebagai satu lagi ransangan dan kepercayaan rakyat Malaysia terutama yang berugama Islam ingin sama-sama berjuang bersdama-sama dengan Parti PAS..MANJUNGMARI

Read more ...

KUBU KUAT UMNO PECAH!!!Setiausaha Cawangan UMNO bersama 20 penyokong keluar parti sertai PAS

LENGGONG, 7 Jan. : PAS cawangan Kg. Pekan Rabu, mengadakan majlis penyerahan 20 borang keahlian baru kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj. Razman Zakaria, oleh seorang bekas ahli Umno, Abd Halim Hadi, 56, yang juga merupakan mantan setiausaha cawangan Umno disini bersama-sama 20 orang penyokong-penyokongnya.

Ketika ditemui, Hj Razman mengucapkan syukur dan tahniah diatas kesedaran masyarakat disini kerana pada hari ini, perjuangan PAS sudah difahami oleh kebanyakan masyarakat berbilang kaum samaada di bandar-bandar besar mahupun yang tinggal diluar bandar.
Ujarnya setelah diberitahu tempat program diadakan ini merupakan kubu kuat dan juga kampung kelahiran seorang ahli Parlimen Umno-Bn. (Dato' Tajuddin Abd Rahman)

Hj Razman Berkata; “Jika sebelum ini, masyarakat melayu dan kaum-kaum bukan melayu seringkali ditakut-takutkan oleh pihak parti lawan dengan mengatakan,

“Negara tidak akan maju, terkebelakang dan akan huru-hara sekiranya PAS atau Pakatan Rakyat memerintah,”

ternyata tidak benar sama sekali setelah masyarakat berbilang kaum di negara ini lebih meyakini pentadbiran cemerlang yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri.”

Katanya Lagi, “Ini dibuktikan dengan adanya sayap parti, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mewakili kaum bukan Islam yang telah memberikan sokongan penuh terhadap dasar parti diperjuangkan oleh PAS iaitu, membina sebuah Negara berkebajikan yang merangkumi semua aspek kehidupan dan pembangunan dengan memberikan keadilan kepada semua kaum, bangsa dan agama di Negara ini.” Tegas beliau dalam ucapannya.

Ahli Parlimen P. Salak, dato' Tajuddin Abd Rahman.
(Kampung dia la berita ni.)
Hj Razman mengajak semua masyarakat menilai semula, apakah bentuk pembangunan dan kemajuan yang boleh dibanggakan oleh masyarakat disini setelah lebih 54 tahun, Umno-Bn diberi mandat untuk mengurus kemajuan dan pembangunan seperti, keperluan asas masyarakat setempat yang dilihat masih lagi sangat jauh ketinggalan daripada arus kemajuan sebenar.
"Sedangkan kampung ini ialah tempat kelahiran Ahli Parlimen yang sedang berada didalam dewan rakyat pada hari ini. Tidak nampak apa-apa pun perubahan besar yang dibawa oleh beliau setelah dilantik oleh penduduk disini supaya membawa penyelesaian terhadap pemasalahan masyarakat penduduk disini." Ujarnya.



Hj Razman, mengulas mengenai aduan Abd Halim, yang baru menyertai PAS berikutan rasa tidak puashati penduduk kampung dengan janji-janji kosong ahli Parlimen parti lawan (Umno-BN) untuk menaik taraf jalan luar bandar (kampung) dan projek membina sebuah Masjid baru yang katanya, bernilai RM2.5 juta. Tetapi, sehingga kini tidak dilaksanakan.

“Perlukah masyarakat disini menunggu 20-30 tahun lagi?” Soal Hj Razman,
sambil menyeru supaya ramai lagi ahli atau penyokong Umno-Bn meninggalkan parti itu dan mengikuti Abd Hadi, yang sudah pun menyertai parti PAS.

Mengakhiri ucapannya didalam program ini, Hj Razman menyeru semua lapisan masyarakat supaya membuat pilihan yang betul agar memilih seorang pemimpin yang amanah dan benar-benar layak untuk mewakili penduduk disini bagi mencapai kemajuan, kebajikan dan pembangunan sepertimana telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri dengan rekod urus tadbir terbaik setakat ini, berbanding amalan belanjawan pihak kerajaan Umno-Bn yang sering mengalami ketirisan dan penyelewengan ketika membelanjakan dana awam dan perbendaharaan harta Negara setelah sekian lama mereka diberi mandat oleh rakyat memegang tampuk kuasa pemerintahan di negeri Perak.Lenggongkite

Read more ...

BUAT MALU MALAYSIA!!! The Wall Street Journal persenda Website Kementerian Zahid Hamidi


Masa nak beli Kapal Selam dulu pandai pula Kementerian Pertahanan mencari seorang penterjemah untuk berurusan dengan dengan Syarikat dari Perancis tu.

Penterjemah Bahasa Perancis yang dilantik oleh Kementerian Pertahanan melalui Syarikat Perimekar dalam urusniaga itu namanya Altantuya Sharibu @ Aminah Binti Abdullah.

Dilaporkan Altantuya dibayar AS$500,000 untuk khidmatnya sebagai penterjemah.. tapi sungguh malang nasib Altantuya kerana menuntut komisyen beliau dibunuh..

Kalau korang dah lupa kisah Altantuya tu silalah baca di Amanat DS Anwar Ibrahim di SINI

Itu masa Najib nak beli kapal selam.. tapi sekarang bila Zahid Hamidi pegang Kementerian Pertahanan pula, kenapa di tak bayar penterjemah untuk menterjemahkan Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris untuk Website milik Kementerian Pertahanan itu?

Kan dah memalukan Kementerian Pertahanan sendiri bila beberapa ayat Bahasa Inggeris yang digunakan di dalam Website itu menjadi bahan lawak di Twitter dan juga beberapa Blog..

Lebih memalukan lagi ialah bila The Wall Street Journal turut mempersendakan Website Kementerian Pertahanan itu..

Antara ayatnya ialah yang terdapat dalam etika berpakaian dimana “ Wanita dilarang berpakaian menjolok mata” telah diterjemahkan menjadi women were warned against wearing clothes “that poke the eye”.

“Poke the eye? Kah..kah..kah.. mahu buta tu….

Ini sebahagian dari artikel dari The Wall Street Journal itu..ASD

Next time you visit the Malaysian Ministry of Defence, which handles a defense budget totaling several billion dollars, make sure you don’t wear any “clothes that poke the eye.” If you’re a man, though, a “tight Malay civet” is allowed – at least according to the English translations on the ministry’s website.

In an embarrassing gaffe, the Ministry of Defence overlooked imperfect English translations on its website, which soon went viral on social media websites Facebook and Twitter.

Under a section called “ethical clothing” advising employees on appropriate office wear, women were warned against wearing clothes “that poke the eye” – a direct translation of the Malay phrase for revealing outfits. The civet slip came under the dress code for men, which said “collared shirts and tight Malay civet” were appropriate.

Other unfortunate translations were found throughout the website, including a section that said the Malaysian government took “drastic measures to increase the level of any national security threat” after independence from British colonial rule in 1957.

The ministry admitted to using Google Translate, a service that offers online automatic translations for over 60 languages, to provide an English-language version of their Malay website. Though many Malaysians are proficient in English and the language is taught in schools at an early age, Bahasa Malaysia (or simply “Malay”) is the official language of the country - The Wall Street Journal

Ini pula ulasan dari mStar..
Kod Pakaian Mindef “Tidak Menjolok Mata” Jadi Bahan Lucu Komuniti Internet

Oleh JOSEPH SIPALAN dan JOSEPH KAOS Jr

PETALING JAYA: Anda tidak dibenarkan memakai pakaian menjolok mata (clothes that poke eye) sekiranya bekerja di Kementerian Pertahanan (Mindef).

Ia merupakan salah satu daripada keterangan “Etika Berpakaian” yang dinyatakan dalam piawaian yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan.

Mereka di kalangan komuniti internet dalam rangkaian sosial secara literalnya menyatakan ROFL yang merupakan perkataan siber bagi menunjukkan reaksi seolah-olah “ketawa berguling-guling di atas lantai” apabila mereka berkongsi pautan kod berpakaian kakitangan kementerian itu terjemahan Bahasa Inggeris di laman rasminya.

“Clothes that poke eye” apabila diterjemahkan secara literal adalah pakaian yang menjolok mata bermaksud pakaian yang mendedahkan dalam Bahasa Malaysia.

Carian lain termasuk: “collared shirts and tight Malay civet berbutang three” di mana dalam Bahasa Malaysia sebenarnya bermaksud “baju Melayu berkolar cekak musang dengan tiga butang”.

Sementara itu, baju batik lengan panjang berkolar / cekak musang buatan Malaysia pula diterjemahkan sebagai “long-sleeve batik shirt with collar / mongoose fight made in Malaysia”.

Terdapat juga “shine close” di mana diterjemahkan daripada kasut bertutup atau kasut menutupi jari kaki.

Selain itu adalah ringkasan sejarah kementerian di laman web yang berbunyi “After the withdrawal of British army, the Malaysian Government take drastic measures to increase the level of any national security threat.”

Maksud sebenar ringkasan itu dalam Bahasa Malaysia adalah “Selepas pengunduran tentera British, Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman.”

Kementerian telah pun mengeluarkan versi terjemahan Bahasa Inggeris itu dari laman web beberapa jam selepas ia disebarkan secara meluas di Facebook dan Twitter.

Jurucakap kementerian itu berkata, satu penjelasan telah dibuat dan diletakkan di laman web tersebut pada Khamis.
Link

Penjelasan itu pada laman web berkata, pembetulan sedang dilakukan pada perisian yang digunakan untuk terjemahan lebih tepat diperoleh - mStar

Kalau korang nak tengok apa yang tertulis dalam Website Kementerian Pertahanan itu dibawah ini ada dua print screen..




Printscreen diatas datangnya dari SINI

Read more ...

KONSPIRASI SIAPA? !!! Letupan bom di mahkamah

http://media1-cdn.malaysiakini.com/430/a45c4ed9e5175a7a648ce1e5c6878ba4.jpgTiga letupan bergema di mahkamah. Mengakibatkan 5 orang tercedera termasuk di perut, tangan dan muka.

Siasatan Unit Pemusnah Bom di tempat kejadian menemui bateri, wayar, jam jangka dan galas bebola - Utusan.

Maknanya, bom tersebut dirancang untuk meletup pada waktu-waktu yang ditetapkan. Ia sudah dirancang lebih awal.

Jika Anwar diputuskan untuk ke penjara semalam, dan bom tersebut meletup, maka kecohlah di media-media perdana akan memainkan cerita dongeng.

Tentu mereka akan kata peserta perhimpunan tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, maka meletupkan bom, dan rakyat mudah percaya.

Mereka akan kata Pakatan Rakyat gagal mengawal perhimpunan, dan ia memberikan ruang kepada BN sebagai alasan menyekat mana-mana perhimpunan aman akan datang.

Alhamdulillah, mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah maha rapi.

Datuk Seri Anwar dibebaskan oleh mahkamah. Namun si pelaku tidak dapat mematikan bom yang dipasang lebih awal.

Maka ia tetap juga meletup pada waktu-waktu seperti yang mereka rancangkan.

Jangkaan mereka meleset bila Anwar dibebaskan. Motif meletupkan bom menjadi tidak relevan.

Siapa mahu percaya penyokong Datuk Seri Anwar meletupkan bom sedang beliau sudah dibebaskan?

Terbukti perhimpunan semalam berjalan dengan lancar dan aman meskipun lautan manusia memenuhi Mahkamah Jalan Duta.

Kepada si pelaku, jawablah kamu di hadapan Allah di hari akhirat kelak.

ReJaM© "Alhamdulillah, rancangan mereka gagal..."


Read more ...

BN PERAK TERGUGAT!!! Terpaksa minta Adun-Adun BN tidur rumah rakyat

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Tindakan BN yang akan mengadakan pemukiman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka selama tiga hari bermula 12 Januari ini di Perak menandakan mereka rasa tidak selamat lagi di negeri itu.

AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, pemimpin Umno sekarang sedar bahawa rakyat Perak masih dengan sentimen membenci BN ekoran cara mereka mengambil alih negeri yang disifatkan tidak demokratik.

"Sekarang mereka cuba mengambil hati rakyat dengan program turun ke padang, konon cuba menyelami masalah rakyat bawahan.

"Apabila rakyat perhatikan selepas rampasan kuasa tidak ada apa-apa kelebihan yang Umno tawarkan untuk rakyat malahan apa yang berlaku ialah hanya dendam kesumat dan fitnah kononnya kerajaan PR menindas Melayu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Difahamkan seramai 135 wakil rakyat BN akan mengikuti program pemukiman itu di beberapa kawasan di Perak.

Sebelum ini Pengerusi Kelab Adun BN (BNBBC), Datuk Nadzri Ismail berkata, setiap wakil rakyat akan menetap bersama keluarga angkat masing-masing di 135 kampung terpilih melibatkan lapan bahagian utama iaitu Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas, Beruas dan Lumut.

Pemukiman sama sebelum ini telah dibuat di Selangor.

"Kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang gelap pada perkiraan BN, maka tumpuan khas harus diberikan untuk menarik sokongan.

"Sekarang pemimpin Umno BN terpaksa melutut kepada rakyat unuk mengemis undi daripada rakyat," katanya.

Read more ...

PINDAH HOSPITAL!!! Fayyad mahu elak'digangu' polis

Polis didakwa mengganggu pengawal peribadi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung kenyataan bahawa lelaki itu mungkin diberi suntikan beracun pada satu ceramah di Pulau Pinang, minggu lalu.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek, 26, keluar tanpa arahan doktor dari Hospital Seberang Jaya dan mendaftarkan dirinya ke sebuah hospital lain untuk mengelakkan "gangguan" polis.


Walau bagaimanapun, Mansor, yang juga Ketua PKR Pulau Pinang tidak mendedahkan di mana Fayyadh Afiq sedang dirawat.



Apabila ditanya mengapa pengawal peribadi itu berpindah ke hospital lain, Mansor mendakwa bahawa "beliau diganggu oleh anggota polis".

"Pihak polis menyoal pelbagai soalan sedangkan beliau masih tidak sihat," kata Mansor, ketika ditemui pada ceramah di Seberang Jaya malam semalam.

Mengenai sama ada Fayyadh Afiq harus memberi kerjasama polis sepenuhnya, Mansor berkata bahawa tidak salah untuk mengambil kenyataan daripada beliau tetapi anggota polis perlu menunggu sehingga beliau benar-benar sihat untuk menjawab soalan.

Sabtu lalu, pengawal peribadi itu mendakwa bahawa tangan kirinya cedera selepas ditikam dengan objek tajam ketika beliau mengiringi Wan Azizah majlis pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Pulau Pinang.

Read more ...

TIADA PENYOKONG!!! Siapa penyokong Datuk Hasan Ali selepas dipecat?

(Merdeka Review) - PAS Pusat akhirnya membuat keputusan untuk memecat keahlian Hasan Ali dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, tetapi tidak dimaklumkan kedudukan Hasan Ali sebagai EXCO kerajaan negeri Selangor dalam kenyataan media. Menurut laporan Harakah Daily, lidah parti versi internet, "PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta."

Dalam satu kenyataan media daripada PAS, yang ditujukan untuk Harakah sebagaimana yang difahamkan MerdekaReview, berbunyi, "Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar kanan) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS
."

Hasan Ali terkejut dengan tindakan drastik

Pada jam 5 petang tadi, Hasan Ali melalui satu kenyataan ringkasnya berkata, "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu."

"Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama’ mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini," katanya.

Muslimat PAS menyambut baik

MerdekaReview cuba menghubungi beberapa orang pimpinan tertinggi, namun tidak dijawab panggilan. Bagaimanapun, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi menyambut baik, mengucap "syabas dan tahniah" terhadap keputusan PAS Pusat, menyifatkannya sebagai tindakan yang "berani". Ketika dihubungi MerdekaReview, Aiman berkata, Hasan Ali telah menjadi liabiliti parti dengan kenyataan yang dikeluarkannya selama ini.

Terbaru, apabila beliau menggalakkan pelajar dan siswa tumpukan pelajaran dan tidak terlibat dalam perhimpunan pada 9 Januari, hari mahkamah tinggi membuat keputusan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim. Menurut Aiman, pendirian yang mahukan generasi muda hanya tumpu kepada pelajaran semata-mata bukan sikap PAS. PAS melihat golongan siswa sangat signifikan untuk memastikan negara berada dalam landasan terbaik dalam semua aspek.

Aiman menambah, kenyataan terbaru Hasan Ali menunjukkan beliau seolah-olah memusuhi kebangkitan anak muda yang mahukan negara ini ke arah yang lebih baik. Untuk Aiman, kenyataan yang tidak selari dengan PAS ini adalah klimaks beliau dipecat dari parti.

Dewan Pemuda mendokong keputusan

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mendokong "keputusan yang dibuat secara musyawarah oleh PAS Pusat sebentar tadi bahawa Hassan Ali dibuang keahliannya berkuat kuasa serta merta dan menurut peruntukan perlembagaan parti, beliau masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama' selepas ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang dibuat secara syura ini."

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin bin Hassan (gambar kanan) dalam Facebooknya berkata, "Kepada Hassan Ali, jika anda benar - benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Abu Bakar Hamzah yg pernah dipecat kerana membuat kenyataan yg bercanggah dgn keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini. Beliau berehat panjang dan akhirnya kembali semula kepangkuan PAS di penghujung karier dan usianya."

Aziz Bari: PAS lebih kuat tanpa Hasan Ali

Di samping itu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari menganggap PAS akan menjadi lebih kuat tanpa Hasan Ali . Beliau berkata, Hasan Ali tidak berdisiplin dan wajar dipecat.

Hasan Ali mencetus kontroversi dengan beberapa kenyataan dan tindakan beliau yang dilihat tidak selari dengan parti dan Pakatan Rakyat selepas menyandang jawatan EXCO dalam kerajaan negeri Selangor. Ditanya sama ada keputusan PAS Pusat ini telah "terlewat" dari segi masanya, Aziz Bari (gambar kiri) berkata, "Yang penting ia baik; PAS perlu masa untuk menimbang keputusan itu."

Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari menjangka kesan keputusan ini adalah positif, dan Hasan Ali sebenarnya tiada penyokong seperti yang didakwanya.

Read more ...

GANTUNG 3 SEMESTER!!! Rupanya Zainal Kling yang jadi hakim gantung Adam Adli


Zainal Kling prof kangkung
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Tindakan jawatankuasa disiplin Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebenarnya telah merendahkan maruah dan nama baiknya apabila menggantung Adam Adli Abdul Halim (gambar) selama 18 bulan.

Sehubungan itu, Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, jika benarpun pelajar itu membuat salah, tindakan seharusnya mendidik bukannya menakutkan pelajar.


Beliau yang juga naib presiden PKR mengulas tindakan UPSI yang menggantung Adam Adli semalam ekoran tindakan pelajar itu menurunkan bendera gambar Presiden Umno yang dinaikkan di depan bangunan UMNO, PWTC itu. -
Hrkh.
Walaupun ramai yang kata tindakan Adam Adli turunkan gambar Najib tu tak melanggar mana-mana akta tapi macam yang aku tulis sebelum ni dalam posting "Pertuduhan lawak UPSI ke atas Adam Adli" UPSI memang perlu jatuhkan hukuman ke atas Adam Adli.

Tak kira walaupun tuduhan tu nampak tak sesuai dengan tahap intelektual universiti, hukuman yang berat mesti dijatuhkan.

Dari segi lain, memang tak heran Adam Adli dijatuhkan hukuman berat sebelah dan bersifat politik macam tu bila Zainal Kling yang jadi hakimnya. Sapa tak kenal Zainal Kling, prof kangkung yang keluarkan statement paling BANGANG dalam sejarah bila dia kata
"Tanah Melayu sebenarnya tak pernah dijajah"

Betul macam yang
Dr. Muhaimin Sulam tulis, Adam Adli yang bersedia untuk dihukum tu sebenarnya tak rugi dan UPSI pulak tak untung.
1. Kelas terakhir aku di UPSI semester lepas, seorang pelajar bertanya pada aku tentang pandangan aku mengenai kes kawannya, Adam Adli. Ini soalan provokasi atau memang budak ni memang nak tahu pendirian aku?

2. Tetiba kuteringatkan serangkap puisi Rendra yang berbunyi, 'Kalau takut pada risiko, jangan bicara soal perjuangan'. Itulah yang mampu kujawab. Maknanya apa? Kalau takut, cakaplah soal baitulmuslim, soal perut, soal kerjaya, soal carta lagu minggu ini dan sebagainya.


3. Hari ni, aku ambil kertas jawapan peperiksaan akhir tahun. Saja kupilih hari ini. Aku memang menanti waktu perbicaraan Adam Adli yang dijadualkan 3.00 petang hari ini. Lalu, aku ke hulu ke hilir 'mengkaji' tingkah laku manusia yang ada di hadapan pintu Timur UPSI.


4. Berjumpa beberapa anggota polis dari Balai Teluk Intan yang bertugas di situ. Dia tanya, ada kat sini? Akupun jawab, kau pun ada di sini? Tugas, jawab mereka. He he he.... skema biasa. Ini memang tempat aku la!


5. Sewaktu Adam masuk ke pintu universiti, beberapa pelajar di sekelilingku ghairah untuk melihat sambil mulut mereka menyebut nama budak Adam itu. Famous kau!


5. Maka diputuskan oleh Lembaga Disiplin UPSI yang dipengerusi Prof. Zainal Kling bahawa Adam Adli (yang sebelum ini, aku pun tak pernah dengar, baca, tulis namanya) dihukum gantung tiga semester.


6. Khabarnya, Adam Adli enggan merayu. Untungnya, Adam kerana ia semakin popular. Popular bukan soal batang tubuh Adam tetapi ideanya akan lebih popular. Manakala UPSI tidak dapat untung apa-apa dengan menggantung budak yang semangnya bersedia dihukum.


7. Secara politiknya, hukuman itu bukan untuk Adam. Hukumannya itu untuk pelajar yang bercita-cita mahu jadi Adam atau terinspirasi untuk bertindak seperti Adam.


8. Seorang pelajar yang menemani aku bercakap, sekarang baru kami belajar politik sebenar! -
Muhaimin Sulam.
[Imej atas cilok dari MSO]

Adam Adli ikon perjuangan mahasiswa



Read more ...

FITNAH LIWAT TERBARU!!!! Mengapa Blogger Taiping Mali tak mengaku sahaja beliau diliwat Anwar?


Baru semalam Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Diah Zabidin membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapatinya tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini tanpa keraguan hari ini muncul pula fitnah yang baru..

Hari ini Blogger Pro UMNO menyiarkan paparan skrin yang mengandungi pengakuan seorang pemuda Indonesia kononnya beliau pernah diliwat oleh DSAI.

Apa yang kononnya ditulis oleh Yuli Arianto seperti yang dipaparkan dalam Blog Pro UMNO itu ialah “Anwar tu pandai rayu sesiapapun hingga orng lena dibuatnya.. bukan je saifil jadi mangsanya.. saya pun dah kena liwat oleh ianya..”

Apa yang tak kena?..

Ada ke orang Indonesia lenggok bahasanya bunyi macam tu?

Kalau setakat wujudkan akaun palsu, letakkan gambar pemuda "ganteng", kemudian mengaku diliwat oleh DSAI, tidak payahlah!

Menurut DCM paparan skrin ini sedang berlegar-legar di blog pencacai UMCO yang tidak pernah tahu jalan untuk bertaubat. Gambar di bawah di salin oleh beliau dari blog pencacai dari Taiping.

Yang menariknya.. ada juga pembaca Blog tersebut yang jelas tahap intelektualnya setaraf ternakan di pusat Fidlot Negara menyokong fitnah itu..

Kepada Blogger UMNO yang menyebarkan fitnah tu.. sudah-sudahlah sedara.. dengar cerita dulu dah kemalangan, nasib baik tak mampus!

Takkanlah nak mati dalam keadaan macam hakim yang bersekongkol dengan fitnah liwat yang pertama dulu kot?? Mati dalam keadaan kedua-dua belah kakinya kudung akibat di potong..

Siapa tahu Rahim Noor di mana sekarang??


ASD

Dah nak sangat fitnah Anwar liwat. Kenapa nak guna gambar mereka yang tiada kena mengena. Dulu ambil gambar gadis Cina luar negara fitnah dicabul anak Guan Eng.

Sekarang ambil gambar tah sapa-sapa buat fitnah terbaru. Kenapa Blogger UMNO Taiping Mali tak mengaku sahaja beliau diliwat Anwar.
Admin

Read more ...

MARI BACA!!! Surat terbuka buat Ahli PERKASA


PERKASA merupakan satu badan bukan kerajaan yang mempunyai semangat perjuangan membela Melayu yang tersangat ekstrem. Satu pertubuhan yang sangat menimbulkan keresahan kepada rakyat Malaysia yang sekarang ini sudah bergerak untuk membuang semangat perkauman.

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali sering kali menimbulkan kenyataan yang menimbulkan perasaan benci dan meluat dengan telatah dan kata – katanya. Namun sedarkah ahli Perkasa bahawa anda sekarang sedang dipermainkan oleh Ibrahim Ali?

Tidak percaya?

Lihat pada perhimpunan raksasa rakyat BERSIH 2.0. Ketika puluhan ribu rakyat sudah bersiap – sedia mahu berhimpun, lihat sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau. Ugut – mengugut dengan mengatakan beliau akan turut bertempur dengan rakyat jika rancangan BERSIH 2.0 mahu berhimpun diteruskan. Mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan memimpin 50,000 ahli Perkasa untuk berperang dengan rakyat.

Tapi pada hari tersebut dimanakan beliau?
Senyap dan duduk diam di rumah. Beliau menggesa anda semua keluar ke Tasik Titiwangsa, tapi di manakah beliau? Duduk diam di rumah.

Ketika perhimpunan 901 dirancang untuk diadakan, sekali Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan. Mahu mengerahkan puluhan ribu ahli Perkasa untuk berhadapan dengan rakyat yang mahu melihat Anwar Ibrahim dibebaskan. Mana dia ketika perhimpunan itu berlangsung? Diam menikus takut di rumah.
Tidak malukah anda semua mempunyai ketua yang penakut lagi bacul itu. Lihat sahaja pimpinan NGO yang memperjuangkan nasib rakyat. Mereka turun untuk turut serta berhimpun dan sanggup menghadapi risiko dibelasah oleh pihak berkuasa. Lihat sahaja pimpinan Pakatan Rakyat, mereka sanggup bersama – sama dengan rakyat dan mengambil risiko jika dikasari oleh pihak berkuasa.

Ibrahim Ali telah memalukan anda semua. Anda semua telah dikeji, dikutuk dan dihina hanya kerana keceluparan Ibrahim Ali yang berlagak berani tetapi sebenarnya penakut dan bacul.

Buat ahli Perkasa, sudahlah, berubahlah. Buangkan semangat perkauman dan gunakan keberanian anda untuk membela rakyat. Mari menyertai rakyat Malaysia yang mencintai keadilan dan menentang kezaliman.


HIDUP RAKYAT!
http://dragsuperstar.blogspot.com/2012/01/surat-terbuka-kepada-ahli-perkasa.html

Read more ...

UMNO SESAK NAFAS!!!! Lautan manusia di Seberang Jaya


Sekitar Pidato Perdana ‘BEBAS ANWAR’ yang telah diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya yang membariskan beberapa Pemimpin utama Pakatan Rakyat sebagai penceramah pada 09 Jan 2012..

Pemimpin-pemimpin KeAdilan yang dibariskan sebagai penceramah yang terdiri dari YB Mohamed Azmin Ali, YB Saifuddin Nasution Ismail, YB TKM1 Datuk Mansor Othman dan YB Zuraida Kamaruddin telah tiba pada jam enam petang dalam satu konvoi yang melibatkan 30 buah kenderaan.



Setengan jam kemudian satu sidang Media telah diadakan bagi menjelaskan kronologi peristiwa apa yang telah berlaku di Mahkamah pada pagi DS Anwar Ibrahim dibebaskan.

YB Mujahid Yusoff Rawa telah hadir menggantikan TG Haji Hadi dan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai penceramah yang terakhir.

Saksikan!! Ribuan rakyat membanjiri tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang




















Lagi gambar-gambar sila lihat dia SINI

ASD

Read more ...