Monday, January 16, 2012

MALU OO...!!! Mamak UMNO bersungguh-sungguh tapi tak dilayan bapa Adam

Padan muka mamak pencacai nih.. baru dia bertemu buku dengan ruas. Dia ingat semua rakyat Malaysia boleh diperbodohkan macam ahli Umno yang lain.

Kalau
Addin jadi macam mamak pencacai nih, harus aku sorok muka dalam almari.. tapi mamak pencacai nih muka tebal macam tembok boleh buat dek je..

Kes ni terjadi apabila
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican (gambar) mempelawa untuk memujuk bapa Adam Adli agar meminta anaknya memohon maaf terhadap Najib Razak dalam isu menurunkan bendera pemimpin Umno itu tidak diterima..ADDIN

Bapa Adam Adli tolak tawaran "mohon maaf kepada PM"

Di sebalik ugutan "menampar dan meludah pada muka Adam", yang disampaikan melalui video di Youtube oleh sekumpulan anggota UMNO, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Reezal Merican Naina Merican telah menelefon bapa Adam Adli, menawarkan agar anaknya memohon maaf kepada Presiden UMNO, berikutan perbuatan Adam menurunkan bendera berwajah Najib Razak.

Reezal Merican (gambar kanan) cuba menjelaskan kepada bapa Adam Adli, tentang perbuatan "biadap" yang telah dilakukan Adam. Namun, menurut Adam Adli, "Ayah saya jawab, 'saya ada facebook, saya pun ada internet. Saya tahu'." Reezal Merican dikatakan menyusul dengan tawaran pertolongan, agar Adam diaturkan untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri, tetapi dibalas oleh bapa Adam, "Tak apa-lah, saya minta pertolongan Tuhan."

Demikianlah kisah yang dikongsikan Adam Adli, aktivis mahasiswa yang mencetuskan kontroversi setelah menurunkan bendera berwajah Najib di ibu pejabat UMNO, dan kemudian menaikkan panji kebebasan akademik. Beliau digantung tiga semester oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) lantaran perbuatannya pada 17 Disember 2011 itu.


Ketika ditanya keadaan keluarganya, setelah insiden-insiden ini berlaku, Adam menjawab, "
Family saya sangat okay. Mereka juga berjuang." Jawapannya disambut dengan tepukan, sebelum beliau meneruskan, "Mereka yang lahirkan saya. Kerana mereka yang lahirkan saya, mereka lebih kenal saya, dan saya ikut mereka."

Adam Adli berucap dalam satu forum berjudul
"Adam Adli, Kebebasan Akademik & Kebangkitan Mahasiswa", bersama Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dan aktivis seni Fahmi Reza. Forum anjuran Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor-KL di auditorim bangunannya itu, semalam, telah menarik kehadiran lebih 150 orang, yang kebanyakannya terdiri daripada siswa-siswa.

Ada tawaran dari parti politik


Adam Adli, 22, kini menjadi tumpuan setelah digantung tiga semester pelajarannya di UPSI. Ketika ditanya oleh seorang hadirin sama ada beliau akan melibatkan diri dalam politik partisan, secara jujur beliau mengakui bahawa memang ada tawaran dari parti politik setelah dirinya terlibat dalam insiden tersebut.


Beliau mengisahkan pengalaman bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Abdul Aziz Bari yang sudah hampir pasti akan menyertai parti politik, meluahkan keresahan mereka terhadap pakar perlembagaan tersebut. 【Baca: Aziz Bari mungkin bertanding di Sabak Bernam

Adam (gambar kiri) berkata kepada Aziz Bari, "Kalau prof masuk politik, prof boleh berjasa kepada satu parlimen sahaja. Prof tak boleh berjasa kepada satu negara. Pandangan prof akan dikecilkan. Prof tidak lagi
stand untuk akademik. Tidak lagi dipandang sebagai seorang akademia kerana apa-apa pun pandangan prof, orang akan anggap prof pro ke mana-mana parti politik."

Beliau menyatakan bahawa dirinya tidak berhasrat untuk mengambil pendirian partisan, dan kalau dirinya benar-benar berjuang untuk memenangkan satu parti politik sahaja sebagaimana yang didakwa, maka beliau tidak akan turun untuk terlibat dalam satu demonstrasi di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), yang menyasarkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah.


"Saya seorang mahasiswa, kalau saya berapat, memang saya ada kawan dalam parti politik. Saya tak boleh buat macam tu, kerana itu akan menghina perjuangan rakan-rakan saya. Itu pendirian saya," kata Adam, yang masih ditawarkan pentas parti politik sehingga hari ini. Beliau tahu ramai yang akan kecewa seandainya beliau menyertai parti politik.


Sebelum ini, beliau menjelaskan, "Saya tertanya-tanya, siapa musuh saya? Adakah saya bermusuh dengan UMNO, atau bermusuh dengan kerajaan? Adakah saya cari lawan parti politik, atau saya lawan sang penguasa? Orang menganggap saya melawan UMNO, kerana itu adalah Presiden UMNO, itu adalah bangunan UMNO."

"Tapi aku boleh buat apa dengan
acedemic freedom? No, aku tak boleh buat apa-apa. Yang boleh adalah kerajaan. The government. Sebab itu saya anggap lawan saya bukannya UMNO. Lawan saya adalah kerajaan. Kerana saya adalah rakyat, bukan parti politik. Lawan UMNO adalah parti politik lain. Saya rakyat, saya lawan dengan penguasa. Itu saja."

Sungguhpun UPSI menyediakan beliau untuk menjadi seorang guru setelah tamat pengajiannya, namun beliau mempersoalkan, "Tapi siapa kata saya hanya boleh jadi seorang guru? Saya boleh jadi sesiapa saja saya mahu, asalkan ada iltizam, saya mahu, saya boleh jadi!" Malah beliau berkongsi impian dirinya, jikapun beliau menjadi seorang guru akhirnya, beliau akan memilih untuk bertugas di kampung orang asli yang tidak bersekolah.


Fahmi: Aku sibuk sebab kau tak sibuk!


Aktivis seni dan pengarah filem, Fahmi Reza
pula mengkritik sikap khalayak ramai yang tidak mengambil berat isu mahasiswa. "Isu wanita ada NGO wanita, isu kanak-kanak, ada NGO kanak-kanak. Isu orang asli, ada NGO orang asli. Ada tak NGO untuk mahasiswa? Tak ada, kan?"

"Ke mana kita? Kenapa kita (sebagai) rakyat, tak sokong dia orang ni?" Sambil menyindir diri sebagai "penyibuk", Fahmi (gambar kiri) berkata dirinya bukan mahasiswa tetapi sibuk nak pertahankan mahasiswa, "Mengapa saya sibuk? Sebab kau orang (hadirin) tak sibuk!"

Bagaimanapun, Fahmi mengingatkan bahawa mahasiswa hanya memerlukan sokongan kita, tetapi bukan "pimpinan" kita. Fahmi menambah, sering kali parti politik menganggap mahasiswa perlu dipimpin, namun untuk Fahmi, "Biar mereka (siswa) pimpin dia orang sendiri, kita
support dia dari belakang." Malah beliau berkata, siswa mudah terlibat dalam parti politik kerana parti politik memberi sokongan kepada mereka, sesungguhnya dengan harapan untuk menarik mahasiswa ke dalam parti mereka.

Safwan: Kita tak nak tumpang populariti


Sementara itu, Muhammad Safwan Anang turut mencuit sesetengah pemimpin parti politik yang cuba mengambil kesempatan ke atas gerakan yang telah dibina siswa. Mengambil contoh insiden pada awal pagi 1 Januari 2012, sesetengah ahli politik "menghulurkan bantuan tanpa diminta", namun apabila siswa memperjuangkan isu yang beri kepentingan kepada rakyat dan bukan kepada parti tertentu, "di mana mereka?", Safwan mempersoalkan.


"Kita tak nak pun menumpang populariti-populariti yang hanya mencari di awal waktu, yang kemudian ditinggalkan, bayang-bayang pun tak nampak." Safwan (gambar kanan) berkata, beliau tidak menafikan peranan pemimpin politik, "tapi jangan ambil kesempatan, jangan ambil peluang di atas gerakan yang kita bina!" ~merdekareview

Read more ...

CUKUP LA BERJANJI!!! Berapa kali hangpa nak tipu orang Parit Buntar?


Macam yang aku tulis sebelum ni Najib masa mai rasmi Hari Peladang Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di Parit Buntar hari Sabtu lepas janji nak buat Hospital Pakar di Parit Buntar.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan kerajaan untuk membina sebuah hospital pakar mempunyai lebih 300 buah katil di daerah tersebut yang bakal dibina di tapak Hospital Parit Buntar di sini. - Ibid.
Aku agak mushkil sikit, kat mana sebenarnya depa nak buat Hospital Pakar tu? Kat tapak hospital yang ada sekarang ni atau kat 'tapak baru' sedia ada.

Kalau ikut macam yang dilaporkan oleh portal penchachai Umno Perak:
“Pembinaan hospital baru di tapak hospital sedia ada bukan sahaja akan memberi kemudahan kepada penduduk sekitar tetapi juga dari negeri jiran seperti Pulau Pinang dan Kedah,” katanya lagi. - PerakToday.
Yang aku mushkilnya, pasai apa nak buat kat tapak sedia ada pasainya tapak baru dah sedia sejak tahun 2008 masa Tajol Rosli masih jadi MB Perak lagi, macam yang dilaporkan oleh Bernama.


Jelas tulis kat situ, pengambilan tanah dah pun selesai. Yang sibuk nak buat kat tapak sediada tu nak buat apa yang tentunya akan menggang perjalanan dan keselesaan perkhidmatan hospital sediaada.

Yang lagi menariknya, Tajol Rosli siap bagitau peruntukan lebih RM100juta pun dah diluluskan dan dengan yakin bagitau jugak yang pembinaan tu akan dimulakan dalam tempoh 6 bulan.


6 bulan tengkorak depa, dah 4 tahun apa pun tak nampak hospital versi Tajol Rosli tiba-tiba dah tukar tajuk jadi hospital pakar pulak dibawah versi Najib Rosmah.


Pasai apa kali ni tak berani sebut berapa kos hospital pakar versi Najib tu dan bila pulak dijangkan pembinaan akan bermula. Nak sebut apanya apa pun takdak lagi. Silap-silap Najib pun baru ja dapat ilham suruh tabur janji pasai hospital tu. Kena tipu lagi la gamaknya orang Parit Buntar.


Taktau la berapa lama pulak orang Parit Buntar nak kena tunggu lagi. Arwah Raman Suliman, Ketua Bahagian Umno Parit Buntar merangkap bekas Timbalan Menteri, dah meninggal dulu, bayang hospital baru pun tak nampak lagi. Bila dia dah meninggal ni, janji baru pulak Najib Rosmah bagi.


Standard la, janji pilihanraya United Malay National Organisation. Kalau semua janji depa tunaikan, dah lama dah Malaysia ni jadi negara maju... Hahaha...


Kredit imej atas:
cahayakeagungan. (Saja aku bubuh gambar tu nak tunjukkan warna terbaru kulit Zambry 'eee' Kadir yang depa kata putih mengalahkan kulit Najib.)


Read more ...

MARI BACA !!! Ust. Azhar Idrus belasah Ustaz parti lambang kerekok-kerekok macam anak katak (Video sekali)


http://inimajalah.com.my/wp-content/uploads/2011/10/ustaz-azhar.pngMari baca , petikan jawapan Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah (Video di atas)

Saya datang ni dah berdebar ,dah takut orang letak gitar depan tu. Aaa.. kata sudah la kali ni. Jadi saya pegang kata haram pulak. Kita ada maksud yang tersirat, jangan tengok yang tersurat.

Lepas dari majlis malam tu dua orang musician yang terkenal. Dia dapat mana tak tau no saya. Hantar mesej kat saya nak jumpa. Sebab dia kata kita dah terlibat dengan music. Oo… boleh buat kira cara, dia kata masuk line dah. Ha itu tujuan. Sebab kita dapat pegang kepala-kepala industri hiburan ni. Pengikut dia , dia ada fanatic fan. Dia ada peminat dia dah. Itu tujuan kita

Balik pada program yang kita buat di Shah Alam. Ada seorang tu dia kata benda ni bahaya, boleh menyesatkan orang ramai, sebab program tu ada orang nyanyi, ada Sham Kamikaze main gitar. Jadi kita orang Islam tak patut buat benda macam ni. Bahaya…

Ustaz ni saya lupa nama, baru sekali dua dengar nama dia. Jadi bila kita check, check dia tu. Kita scan, kita trace dia. Dulu dia tak bersuara, sekarang dia bersuara. Dia nak menunjukkan bahawa 80 – 100 ribu malam tu duduk dalam kesesatan. Pasal apa? Pasal Ustaz Aqil Hayy ada nyanyi dan sebagainya.

Bila kita trace, trace rupanya nampak jumpa satu logo satu lambang yang menunjukkan dia cenderung kepada parti tersebut. Lambang tu kerekok, kerekok macam anak katak gitu, warna merah.

Rupanya bila kita duduk pada suatu tempat yang tidak baik, maka datang benda yang tidak baik walaupun kita ustaz. Maknanya kita bersama dengan golongan yang tidak atas kebenaran dah. Kenal tak lagi parti mana?

Dia bersama dengan golongan itu, dia ustaz. Kita tengok kelulusan dia Syria, lepas tu buat master di India. Tapi bila bercakap jadi ‘bodo’.Sebab dia nak mengulas sebuah pihak, dia duk cari salah. Sedangkan kita tak ada orang perempuan joget.

Tapi yang sebelah satu lagi tu , siap dengan orang perempuan membuka aurat, separuh telanjang, joget. Tapi oleh kerana Timbalan Perdana Menteri ada, ustaz ini tak bawa keluar kitab, tak cakap sikit pun.

Ini nak bagi tahu, tak payah kita bagi tahu orang kampung ‘bodo’ tak tau benda ni. Seorang yang master dalam agama sanggup jual agama untuk mendapatkan sedikit habuan daripada pemerintah.

Inilah yang disebut dalam hadis, maksud hadis , bila kau tengok seorang ulama, seorang ustaz, seorang yang alim. Dia pergi kepada pemerintah, dia bergaul palut molek dalam tu.Kuat sangat dia duduk bersama. Maka hendaklah kamu ketahui, itulah pencuri, itulah bapa perompak.

Rupa comel siap ada janggut, apabila bercakap insyaallah, insyaallah, Alhamdulillah . Tapi bila kita buat program, kita buat untuk anak-anak muda ada pilihan supaya tidak hanyut. Dia kata program ini menyesatkan.

Tapi bila program yang sebelah tu, tapi kerana dia cenderung kepada parti tu, maka dia senyap. Inilah dikatakan syaitan-syaitan bisu yang berkeliaran di bumi Malaysia. Berupa atas rupa ustaz, atas rupa ulama.

Ada janggut , pakai jubah cakap masalah sunnah, cakap sandaran perkataan ulama. Tapi kerana duduk atas platform yang rosak dah maka ustaz pun sesat. Dalam keadaan, dalam bandar orang panggil sesat dalam terang bukan sesat dalam hutan. Kalau sesat dalam gelap kita nampak, tapi sesat dalam cerah. Dia ni orang yang sesat tapi tidak berasa sesat.

Jaga, kita patut kena jaga-jaga sekarang ini. Banyak nama-nama atas title ustaz dan sebagainya, sebenarnya hanyalah bertopengkan agama. Mereka inilah perosak-perosak agama, yang mendampingkan diri mereka dengan pemerintah yang zalim untuk menipu rakyat. Yang ini kita kena jaga sungguh-sungguh.

Sebab itu kita tengok dia orang buat dalam facebook , dalam youtube dan sebagainya. Kita jangan persoal, kita trace dulu dia siapa? ni kita pi layan juga.

Read more ...

SIASAT MUHYIDIN!!! Kenapa Kementerian Muhyidin begitu mudah beri RM 250 juta kepada NFC?


Bussiness Times SIngapore hari ini dalam laporannya yang menyentuh isu NFC berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat ekoran skandal tersebut.

"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat kerana memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC," tulis BT dalam ruangan komentarnya.

Ini berikutan peranan Kementerian ini yang meluluskan dan mengeluarkan pinjaman RM250 juta setahun lebih awal dari perjanjian untuk projek NFC.

Bussines Times turut mempersoalkan mengapa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan kepada pihak yang tidak layak secara tergesa-gesa pinjaman berjumlah RM250 Juta tersebut?

Perlu diketahui bahawa Menteri yang menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada masa itu ialah Timbalan Perdana Menteri sekarang iaitu Muhyiddin Yassin..

TAHNIAH buat pemimpin UMNO!!

Sekali lagi nama Malaysia mengharum diluar negara angkara pemimpin UMNO!! Meskipun mereka tidak berucap diluar negara (tak dijemput pasal tak laku kot?) untuk memburuk-burukkan negara seperti yang sering tuduh dilakukan DS Anwar Ibrahim.

Perbuatan mereka sendiri cukup untuk memburuk-burukkan nama Malaysia di mata dunia.

Jika portal di seberang tambak juga turut mengulas isu ini, percayalah ianya akan mula tersebar keseluruh dunia…ASD



Run state-backed ventures with clear guidelines

By S JAYASANKARAN
KL CORRESPONDENT

THE heat is on for the National Feedlot Corporation (NFC). And rightly so.

Last Saturday, Prime Minister Najib Razak told reporters that the assets of the state-backed cattle farm project had been frozen 'for the time being'.

He also said that the decision by Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Jalil - whose husband is the head of the project - to go on three weeks' leave was 'appropriate' given that the anti-corruption agency was investigating the matter.

The NFC is a RM250 million (S$103 million) state-backed cattle farming project that, according to the Auditor-General's latest report, is in 'a mess'. The problem for Ms Shahrizat is that the project's head, Salleh Ismail, is her husband. Three of their children also sit on its board.

Since the news broke almost a month ago, the pressure on Ms Shahrizat has intensified; not just from the opposition (which started the whole thing) but also within her own party - the politically dominant United Malays National Organisation (Umno), where she is the head of the women's wing. Even former premier Mahathir Mohamad has joined the chorus asking for her resignation.

Compounding the problem is the fact that Mr Najib wants to call a snap general election some time next year and he cannot afford any scandal, especially one that the opposition would use to effect. From that perspective, the minister's fate seems perilous.

It's the opposition that has been leading the charge against the NFC. And the allegations that have been revealed so far have been startling.

Among them: that the NFC had purportedly purchased twin multi-million-dollar luxury condominium units in Bangsar, a swank suburb in Kuala Lumpur; that the NFC's funds had allegedly been used to finance Ms Shahrizat's and her family's personal expenses and trips abroad; that the NFC had allegedly transferred resources to unrelated companies in Singapore; and that the corporation had bought a Mercedes-Benz CLS350 for RM534,622 and two plots of land in Putrajaya for RM3 million.

Last week, it was alleged that some RM10 million had been diverted towards the purchase of a luxury condominium unit in Singapore.

In times gone by, such matters may not have had such an impact; not any more. Ever since 2008, when the opposition came within a whisker of taking over the federal government, it has been clear that Malaysia's citizenry wants accountability - and that it wants it yesterday.

That is only fair and proper. But the NFC matter must go further than that. The government must look into the manner in which state funds are disbursed; the NFC was backed by a RM250 million federal government loan carrying a ridiculously low rate of interest.

From the Auditor-General's report, it is also clear that there has been a failure of governmental oversight of the project. Has there been a failure of fiduciary duty on the part of government officials as well?

The role of the Agriculture and Agro-based Industry Ministry should also be investigated. It was the ministry that approved the project and the ministry that disbursed the soft loan. And why did the ministry give the money out at what seems to be unseemly haste?

All the money was dished out a year after the deal was signed. Shouldn't the funds have gone out on a schedule that matched the project's delivery?

Essentially, what's needed are clear guidelines that establish the ground rules for the management of state-backed ventures. The days of 'just winging it' are over, and Mr Najib had better realise that.


Bussines Times

Read more ...

NAJIB KATA BEKU!!! Beku apa jika anak beranak Shahrizat bebas guna duit NFC

Saya memandang serius kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh (yang juga anak kepada Shahrizat Jalil) bahawa operasi NFC berjalan seperti biasa walaupun kerajaan mengarahkan agar aset NFC dibekukan, yang dikeluarkan semalam.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan apakah Najib Razak hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan?


KEADILAN konsisten mendesak supaya aset NFC dibekukan dan pentadbir korporat (corporate administrator) dilantik untuk mengambil alih pengurusan NFC dan melakukan audit penuh bagi membongkar kesemua penyelewengan yang telah berlaku.


Tindakan "membekukan aset NFC" sepatutnya bermakna:

1. Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;

2. Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat Jalil tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;

3. Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil perlu dihentikan serta-merta; dan

4. Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

Secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

Kenyataan NFC yang menunjukkan kaum keluarga Shahrizat Jalil masih bebas menggunakan wang dan menguruskan operasi NFC membawa risiko besar yang menjejaskan bukti dan rekod kewangan NFC.

Oleh yang demikian, KEADILAN mengulangi desakan supaya Najib Razak bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku.

Sekiranya ini tidak berlaku, KEADILAN tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Najib Razak untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih.

Petang esok (17 Januari 2012, jam 2 petang di Balai Polis Dang Wangi), aktivis KEADILAN diketuai Fariz Musa, ahli Majlis Pimpinan Pusat akan membuat satu lagi laporan polis mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Sharizat Jalil dalam tahun 2009 yang melampaui batas.

Penelitian KEADILAN menunjukkan bahawa dalam tahun 2009, perbelanjaan kad kredit oleh kaum keluarga Seri Shahrizat Jalil mencecah RM593,500 yang dibiayai sepenuhnya oleh wang rakyat melalui NFC seperti berikut:

JUMLAH SETAHUN PURATA SEBULAN
Mohamad Salleh Ismail RM182,525 RM15,210
Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh RM160,673 RM13,389
Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh RM127,900 RM10,658
Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh RM122,402 RM10,200

Pendedahan sebegini akan diteruskan sehinggalah Najib Razak mengambil tindakan yang melambangkan beliau dan rakan-rakan kabinet beliau menerima sepenuhnya pertanggungjawaban ke atas penyelewengan yang berlaku di dalam NFC

http://razali01.blogspot.com/2012/01/kenyataan-pengurusan-nfc-bercanggah.html

Read more ...

PUTAR BELIT!!! Sasterawan Negara nafi buat kenyataan seperti dilapor Berita Harian


Semakin terdesak nampaknya UMNO/BN, selain dari Utusan yang menjadi Lidah Rasmi UMNO, Berita Harian juga diperkudakan untuk memburukkan parti dalam Pakatan Rakyat.

Untuk memburukkan DAP, Berita Harian edisi 14 Januari 2012 menyiarkan satu artikel yang bertajuk ‘DAP binasakan identiti Melayu, Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah' yang tidak tepat dan tidak betul menurut sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh.ASD

'Jangan heret saya dalam perkelahian politik'

Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh menyatakan kekecewaannya terhadap laporan sebuah harian berbahasa Melayu berhubung laporan yang mendakwa DAP "membinasakan" identiti Melayu.

Katanya, laporan Berita Harian bertarikh 14 Januari -- bertajuk "DAP binasakan identiti Melayu: Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah"-- tidak betul dan tidak menggambarkan apa yang diucapkannya.

"Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka - tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis.

"Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini," katanya.

Dr Muhammad berkata, beliau tidak berminat menyokong kerajaan mana pun, sebaliknya hanya bertindak sebagai "pemerhati dan pengkaji orang Melayu dan orang Malaysia di Pulau Pinang" dan ingin mengetengahkan masalah mereka.

"Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Dalam kenyatannya semalam, Dr Muhammad menegaskan, masih terdapat orang Malaysia yang "tidak berfikir dari sudut dan untuk parti" dan sebagai penulis, beliau ingin melihat dan berfikir dengan saksama.

"Harap jangan diheret saya ke kancah perkelahian politik. Pengarang ialah kata hati masyarakat dan kami ingin menjalankan tugas kami dengan jujur," katanya lagi.

Sehubungan itu, ekoran salah lapor itu, beliau berkata, Berita Harian bertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafiannya - Malaysiakini


*******************************************

Kenyataan akhbar
Berita Harian Salah Lapor

15 Januari 2012

Saya membaca dengan rasa sangat kecewa laporan saudara Faridzwan dalam Berita Harian edisi 14 Januari 2012 yang bertajuk ‘DAP binasakan identiti Melayu’ Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah kerana tidak tepat dan tidak betul tentang apa yang saya sebut pada hari Khamis (12/1/2012) yang lalu.

Ada juga orang Malaysia tidak berfikir dari sudut dan untuk parti. Dan saya penulis, ingin melihat dan berfikir dengan saksama. Harap jangan diheret saya ke kancah perkelahian politik. Pengarang ialah kata hati masyarakat dan kami ingin menjalankan tugas kami dengan jujur.

Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka – tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis. Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini.

Saya tidak berminat menyokong kerajaan mana pun; saya pemerhati dan pengkaji orang Melayu dan orang Malaysia di Pulau Pinang, dan ingin membantu mengetengahkan masalah mereka yang malang dan tersepit. Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin.

Oleh sebab Berita Harian telah salah lapor maka saya kira Berita Harian bertanggungjawab secara etikal dan moral untuk menyiarkan penafian saya ini.

Prof. Muhammad Haji Salleh

Read more ...

BERSIH 3.0!!! Bekas Menteri UMNO mahu berada di barisan hadapan

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/406845_346368962059938_100000605126741_1368576_673251012_n.jpg

Sokong kerajaan bersih - Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tidak menyatakan pendirian menyokong Pakatan Rakyat (PR), tetapi yang jelas beliau menyokong sesebuah kerajaan yang bersih, adil dan berusaha menghapuskan amalan rasuah.

“Saya tidak mahu komen kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai sokongan saya dan beberapa sahabat lain kepada PR untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Bekas Menteri Penerangan ini berkata, beliau menyokong mana-mana kerajaan yang mengamalkan pilihan raya bebas, telus dan berkecuali, sebagaimana dengan pendirian pemimpin dan dasar Amanah.

Menurutnya, sudah tiba masa kerajaan menghormati hak rakyat dengan mengadakan pilihan raya adil sebagaimana dilakukan bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“Sekiranya ada perhimpunan Bersih 3.0, saya akan kerahkan semua ahli Amanah menyertainya dan saya akan berada di barisan hadapan. Saya bukan berniat hendak mengugut kerajaan, tetapi saya tidak mahu peme-rintah menipu rakyat".

“Amanah juga berjumpa dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai pilihan raya. Kami sarankan media masa diberi kebebasan dan tidak menyiarkan berita berat sebelah, serta berharap pilihan raya diadakan selepas melaksanakan penambahbaikan,” katanya.

Abdul Kadir berkata, kerajaan perlu berubah supaya mereka tidak mengalami nasib seperti berlaku di Mesir, Syria dan Libya, apabila rakyat memberontak dan menuntut hak asasi serta mahu kerajaan yang adil.

Sementara itu, Umno menyifatkan kenyataan Mohamad mengenai ‘sokongan orang BN kepada Pakatan Rakyat tidak benar. - Sinar Harian

Read more ...

HIJRAH!!! Gambar terbaru penyanyi Ali XPDC bersama Ust. Azhar Idrus


Mungkin salah seorang dari pendengar tetap majlis2 ilmu yang disampaikan oleh ustaz tersohor iaitu Ustaz Azhar Idrus. Namun, andai benar bagai yang dikata, ini satu perubahan yang sangat positif dan baik. Semoga dengan dorongan dari ustaz, Ali XPDC boleh bertambah baik dari sehari ke sehari.

Namun, bersedia lah ye. Mungkin ada pihak2 yang kurang senang dengan perubahan positif dari anda. Ambil ia sebagai iktibar dan teladan. Jangan melatah dengan komen2 yang negatif. Itu lumrah kehidupan asalkan kita tahu dan percaya jalan yang kita pilih neh ialah jalan yang boleh menuju kepada keredhaan Allah swt.

Untuk ali, tahniah, andai benar. Ini mungkin bermakna satu lagi perubahan positif dari artis malaysia.EH Gosip

Read more ...

ISU LEMBU NFC!!! Muhyidin tertekan kerana terpalit sama

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tekanan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) semakin berat ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sekarang.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Muhyidin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noh Omar mengkaji bagaimana mahu menyelesaikan isu ini, Noh pula mengalihkan isu ini kepada Muhyidin.

Ketika yang sama, akhbar Business Times (BT) Singapura juga menyalahkan kementerian yang diterajui Muhyidin sebelum ini sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam skandal ini.

Ketika mengumumkan pembekuan aset NFC, Najib berkata, beliau telah meminta Muhyidin dan Noh untuk mencari jalan menyelesaikan isu ini.

Hari ini, ketika ditanya wartawan mengenainya, dua kali Noh berkata, "Yang ini anda tanya TPM."

BT hari ini dalam laporannya berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat ekoran skandal National Feedlot Corporation.

"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat kerana memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC," tulis BT dalam ruangan komentarnya.

"Peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini juga harus disiasat," tulisnya.

Tindakan kementerian ini mengeluarkan pinjaman RM250 juta setahun lebih awal dari perjanjian untuk projek ini harus disiasat.

Ketika semua pihak meletakkan semua kesalahan di bahu Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan Shahrizat sahaja yang bersalah.

"Muhyidin lebih bersalah kerana dia adalah menteri kementerian berkenaan ketika itu," kata beliau kepada Harakahdaily.

Read more ...

NASIHAT TUAN GURU HAJI SALLEH MUSA!!! Contohi Ust. Azizan Razak MB Kedah

SIK, 16 Jan: Tokoh ulama, Tuan Guru Haji Salleh Musa (gambar) menyeru ahli dan pimpinan PAS Kedah agar mencontohi Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak yang tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya sentiasa mengutamakan keperluan-keperluan rakyat.

“Saya pujilah Ustaz Azizan ni. Semua kita perlu ikut contoh macam Ustaz Azizan, cukup elok. Jangan hendak tamak itu dan ini. Dia tidak pentingkan diri tetapi sentiasa utamakan keperluan rakyat,” ujarnya berucap pada Multaqa Daie dan Aktivis Islam di Kompleks PAS Kawasan Sik, awal bulan ini.

Ujarnya, setiap pendokong PAS perlu mengenang segala nikmat diberikan Allah terutamanya nikmat kemenangan yang diperolehi hari ini.

Jelas beliau, bersyukur dengan nikmat kemenangan adalah memanfaatkannya untuk menuju ke jalan keredaan Allah.

Nasihatnya, ahli PAS perlu mengelak menjadikan kemenangan ini untuk mendapatkan habuan kebendaan dan meminta-minta seperti mana Umno.

“Dasar kita bukan cari benda. Allah jadikan kita untuk takwa, dengan takwa Dia akan berikan rezeki yang kita tidak sangka-sangka. Maka, mesti ikhlas dan ikhlas itulah pintu untuk mencapai matlamat,” terang beliau yang juga Mudir Madrasah ar-Rahmaniah.

Para pimpinan PAS juga tegurnya, perlu mengelak perasaan hasad dengki kerana orang yang memiliki sifat itu tidak layak menjadi pemimpin.

Serunya, ahli PAS mesti kekal teguh berpegang kepada tali Allah dan terus bekerja kerana tidak ada lagi golongan yang dapat diharap untuk menyeru kepada kebaikan melainkan PAS.

Tempelak beliau, Umno tidak boleh diharap untuk menjaga agama kerana agama pada diri pemimpin mereka sendiri dipertikaikan.

Oleh itu katanya, seluruh pendokong PAS perlu mempersiapkan diri dengan agama untuk menghadapi segala cabaran itu.

“Jangan kuat kerja politik sahaja, kena ambil faham sama ilmu-ilmu akidah. Hari ini dah celaru macam-macam. Maka kitalah nak kena ambil tanggung jawab ni,” ujarnya menyuntik semangat.

Multaqa bertemakan “Menghadapi Cabaran Ummah Dan Persiapan PRU13” itu dihadiri lebih 1,000 aktivis PAS Kedah dan diadakan sebagai kesinambungan Ijtimak Tarbawi PRU13 di Taman Melewar bulan lalu....Harakah cetak.

Read more ...

PARASIT !!!! Nak tahu siapa? Mari baca siapa 'Parasit' di dalam PAS

Bekas Naib Presiden PAS yang dipecat, Hassan Ali menyatakan bahawa beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendedahkan siapa 'parasit' di dalam PAS. Siapa 'parasit' itu? Ternyata Hassan tidak dapat menerima pemecatan yang dikenakan kepadanya atas kesalahan dirinya sendiri yang tidak berdisiplin dan tidak menerima keputusan jemaah.

Dalam PAS memang semuanya 'parasit' iaitu 'parasit' kepada Umno. Itulah sifat pemimpin dan ahli PAS iaitu akan berusaha untuk menumbangkan Umno/BN pada PRU 13 nanti.


Mungkin Hassan Ali cuba memporakperandakan PAS dengan mengungkit perkara lama dengan iaitu pertelingkahan dan perselisihan yang pernah berlaku dalam PAS dan gerakan Islam di kampus pada era 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an.


Beliau cuba untuk 'membongkar' semula cerita tentang kumpulan IRC, JIM, Abim dan sebagainya. Hassan mula menuduh ujudnya kumpulan 'Anwarisme' dan menyatakan bahawa kumpulan 'Anwar' ini cuba meng'Anwar'kan PAS.


Semua ahli PAS tahu asal usul pemimpin-pemimpin PAS sekarang. Kebanyakan mereka memang berasal dari kumpulan tertentu sebelum menyertai PAS. Tetapi bila mereka menyertai PAS, mereka ditarbiah menjadi ahli PAS dan tidak lagi memberikan wala' kepada kumpulan lama mereka. Jadi tidak perlulah Hassan Ali mengungkit cerita lama ini kerana ianya sudah selesai puluhan tahun dahulu.


Ahli PAS tahu siapa yang berasal dari Abim, JIM, IRC hatta Umno. Tetapi isu ini tidak berbangkit lagi. Ahli dan pemimpin PAS sudah matang. Tidak perlulah Hassan Ali hendak mengungkit cerita ini.


Semua keputusan dibuat secara syuro dan berjemaah. Malah Majlis Syura Ulama' menjadi badan tertinggi bagi menentukan hala tuju parti.


Parasit di dalam PAS ialah mereka yang tidak menerima keputusan jemaah, mereka yang membuat keputusan sendiri, mereka yang ada kepentingan diri, mereka yang mengeluarkan kenyataan secara terbuka, mereka yang tidak mahu berbincang dalam mesyuarat tetapi lebih suka membuat kenyataan media. Mereka inilah 'parasit' yang sebenar. Parasit ialah ahli parti yang ego, besar kepala dan merasakan diri mereka hebat dan pandai, lebih pandai dari jemaah, kepimpinan jemaah dan majlis syura.


Parasit seperti mesti dibunuh dari parti, mesti dibuang dari parti dan mesti dicantas dari parti. Kalau hendak tahu siapa parasit yang sebenar orang itu ialah AHLI PARTI YANG DIPECAT DARI PARTI. ORANG ITULAH PARASIT YANG TULEN YANG MEMBAHAYAKAN PARTI. Kini PARASIT itu telah dibuang dari parti yang sedang terlolong-lolong keseorangan mencari belas ihsan dan simpati.Mutaligat

Apa yang Hasan Ali canangkan mengenai 'parasit' , sebenarnya sudah dimulai dengan pembinaan blog
Berubahlah Sekarang Selamatkan PAS dan Facebook Selamatkan Harakah

Seperti ada persamaan yang mudah difahami. Mereka berselindung di sebalik blog dan facebook .

Mereka tidak mahu dikenali supaya mudah pecah belahkan perpaduan dalam organisasi PAS.


Mereka yang membina blog Berubahlah Sekarang Selamatkan PAS

Mereka yang membina Facebook Selamatkan Harakah

Selagi mereka berselindung. Mereka-mereka ini adalah contoh parasit sebenar

admin

Read more ...

BUDAK SEKOLAH PUN KENA!!! Ingatkan Komik Transformer, tengok-tengok Komik Transformasi Najib & Ro$mah

SATU lagi bukti bahawa, larangan berpolitik di sekolah hanyalah terhadap penyokong Pakatan Rakyat. Jika mahu berpolitik menyokong Barisan Nasional di sekolah, dibenarkan malah dialu-alukan.

Salah seorang forumer di Forum Lowyat mendedahkan bagaimana buku komik Transformasi Najib yang dipenuhi dengan unsur propaganda mendidik murid sekolah menyokong Barisan Nasional disebarkan di sekolah anaknya.

Di bawah ini beberapa gambar buku komik yang dimaksudkan.




Dalam komik ini, Lady Gajah digambarkan sebagai wanita jelita yang menjadi tulang belakang kepada Najib.




Rakyat yang tidak menyokong Barisan Nasional pula digambarkan sebagai musuh di dalam selimut.




Jika mereka boleh menyebarkan fahaman politik di sekolah dan Universiti, sepatutnya Pakatan Rakyat juga dibenarkan berbuat demikian. Tapi perkara sebaliknya yang berlaku. Nak berpolitik boleh, tapi kena sokong BN.

ReJaM© "Lady Gajah jadi wanita jelita, kah kah kah..."

Read more ...

BUKAN LAWAK-LAWAK!!! Leman Raja Lawak cabar Brahim Ali, ada berani


Berikut adalah cabaran Leman Raja Lawak kepada Ibrahim Ali yang di ambil dari wall Facebook Leman.

Ini baru real punya artis. Bukan pengecut macam kumpulan nasyid, dengaq siren ambulan pun dah lari masuk selimut kah kah kah..
Hebat betui kawan aku si Belacak ni. Tapi yang hang pi cabar dengan orang yang tak setaraf dengan kita tu pasai apa.

Hang tu belajaq tinggi dan keluaq universiti tapi Berahim ali tu belajaq sampai ITM saja iaitu tempat budak2 tak lulus periksa masuk time dia sekolah dulu kah kah kah.

Sebab tu bila dia jadi Timbalan Menteri dulu dia tukaq ITM jadi UiTM sebab nak cover dia punya status pendidikan. Nanti bila orang cari taraf pendidikan dia orang akan kata dia pun keluaq universiti jugak kah kah kah.

Dengan Ambiga yang pompuan tu pun dia lari lintang pukang, inikan pulak dengan hang. Dah la hang ni lawyer, artis pulak tu..lagi dia tak boleh tahan nanti bila hang keluaq hujah ikan belacak kah kah kah.

Hidup Man Belacak.....
Hidup Orang Miskin...
Hancur Umno.......


Abu Nawas

Read more ...

HASAN ALI DICABAR!!! Dedahkan senarai nama 'parasit' yang didakwanya

Shah Alam – Pas Selangor mencabar bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendedahkan senarai nama sekumpulan parasit yang didakwanya wujud dalam Pas.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr Abd Rani Osman (gambar) berkata, setiap tuduhan yang dibuat perlu berlandaskan bukti bagi memastikan dakwaan terbabit bukan fitnah.

Abd Rani berkata, pendedahan senarai nama itu boleh membantu parti itu untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Kalau dia ada bukti mengatakan dalam Pas ini ada parasit maka perkara itu perlu didedahkan kerana dalam Islam sendiri setiap tuduhan itu perlu ada buktinya.

“Kita pun nak tahu juga siapa parasit yang ada dalam Pas ini supaya kita sendiri boleh mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia mendakwa terdapat sekumpulan parasit di dalam parti itu yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

Hasan mendakwa kumpulan parasit itu tidak suka isu arak dan murtad diperjuangkan di negeri ini.

Sementara itu, timba-lannya, Khalid Abdul Samad turut membidas kenyataan Hasan dan memintanya mendedahkan nama-nama tersebut.

“Parasit adalah orang yang hidup atas kekuatan Pas sambil menghisap darah atau zat darinya tanpa memikirkan kecederaan yang dialami Pas hasil dari tindakannya. Siapa mereka?,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). -SH

Read more ...

NASIHAT TUAN GURU NIK AZIZ!!! Berhentilah malukan Anwar

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pemimpin politik dan media berhenti memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu melibatkan dakwaan salah laku seks kerana mahkamah sudah memutuskan ketua pembangkang tidak bersalah.

Ini kerana, menurut mursyidul am PAS, Anwar juga manusia biasa yang mempunyai perasaan malu setelah bertahun-tahun diasak dengan isu tersebut.

NONE
"Anwar ini manusia, bukan batang kayu. Dia reti malu. Bertahun-tahun surat khabar malukan dia. Orang (yang malukan) ini berdosa, kerana mencabul maruah tadilah... Dia berdosa.

"Tahu-tahu (keputusannya) terbalik sekelip mata... Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang," kata Nik Aziz (atas) yang juga menteri besar Kelantan.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya pada 2008 kerana hakim Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan pengadu.

Bermula kelmarin, beliau diasak dengan isu baru apabila dilaporkan memberikan jawapan kontroversi terhadap soalan sama ada beliau bersedia menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay".

Yakin menang besar

Dalam wawancara dengan BBC pada Khamis, yang dipetik semula beberapa media tempatan, Anwar dilapor berkata: "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

Ketika diwawancara di kediaman rasminya di Kota Baharu pada Khamis, Nik Aziz menggesa pihak terlibat bermuhasabah kerana tindakan memalukan orang bukan sikap seorang pejuang Islam.

azlan
"Saya kata, biarlah orang ini bermuhasabah. Kita nak menentang lagi kesian pada dia... Orang rebah. Diam sekejap, bermuhasabah. Buat dosa tak pasal-pasal di akhirat Anwar Ibrahim pula
jadi jutawan kerana pahala orang itu diberi kepada dia.

"Dosa Anwar pula naik kepada dia. Jadi sekarang ini saya minta orang-orang yang memalukan Anwar Ibrahim, berhenti. Perjuangan Islam tak payah memalukan orang," katanya.

Nik Aziz juga menegaskan bahawa dalam Islam, maruah antara lima perkara yang wajib dipertahankan dalam Islam selain agama, nyawa, akal dan harta benda.

Sementara itu, mengulas peluang PAS mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang, Nik Aziz berkata, beliau yakin parti itu akan memang besar sekiranya pilihan raya berlangsung dengan bebas dan adil.

Dakwat kekal perkara kedua, ketiga

"Kalau demokrasi dijaga dengan baik, tidak rasuah, tidak ugut, tidak (guna) ISA, tiada sebab rakyat tak undi Islam. Cina sekarang ada kelab penyokong PAS.

"Saya pun tak terfikir Cina ada kelab penyokong PAS sedangkan PAS dimomok-momokkan, difobiakan," katanya.

NONE
Mengulas perkembangan tidak sihat itu dengan memberi contoh, Nik Aziz mendakwa, beliau difahamkan seorang wakil rakyat daripada negeri itu bahawa terdapat sebuah rumah di Kelantan yang terdapat 13 pengundi "Melayu Thailand" didaftarkan di alamat itu.

"Mana boleh terima 13 orang duduk satu rumah. Umno ini, orang Melayu dah tak percaya dah, maka dia ambil orang lain.

"Kalau Melayu sendiri dah tak percaya pada Umno, berhentilah. Tapi dia ambil orang lain pula. Bangladesh pun ada ambil," dakwa anggota dewan undangan negeri Chempaka itu.

Ditanya tentang perkembangan baru apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, bagi Nik Aziz, yang lebih penting adalah membersihkan daftar pemilih.

"Dakwat ini perkara yang kedua, (dan) ketiga, Perkara pertama bagi saya ialah senarai pengundi. Senarai pengundi, saya dengar banyak (aduan)," katanya.


Nik Aziz diwawancara oleh Jimadie Shah Othman dan Nigel Aw.

Read more ...

BACAAN POLITIK TAK TEPAT!!! Hasan Ali kena 3 - 0


Sebahagian orang Pas khasnya yang geli dengan kerenah politik Hasan Ali tentunya boleh menarik nafas lega apabila mengetahui bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu membayangkan dia tidak akan merayu untuk kembali menjadi ahli Pas. Menurut katanya seperti dilapor beliau tidak melihat ada keperluan untuk dia merujuk kepada Pas.

Kali ini cerdik pula Hasan saya tenguk. Dia tahu membaca tindakan dan motif pemecatannya itu. Dia arif menyelami tindakan itu yang bertujuan untuk memaksa beliau meninggalkan jawatan Exco dan juga tidak akan bertanding lagi di Dun Gombak Setia.


Kenapa saya berkata begitu kerana tempoh yang diberikan kepada Hasan untuk merayu selama 30 hari itu satu jangka masa berstrategi. Dan apabila Pas memecatnya bermakna beliau tidak boleh memegang jawatan Exco atas tikit Pas. Manakala dengan tempoh itu Pas atau MB Selangor akan lekas bertindak supaya Hasan meletakkan jawatan Exco untuk membolehkan nama lain diganti. Kekosongan jawatan Itulah yang dikehendaki Pas.



Kalau Pas ikhlas Pas boleh memberi tempoh dua minggu saja kepada Hasan untuk beliau berfikir, bermahasabah diri dan memutuskan secara tepat. Dalam tempoh sebegitu MB tidak tergesa-gesa untuk melantik pengganti baru.

Tetapi bila tempoh itu panjang sudah pasti Hasan akan berlengah dan ia memberi ruang kepada Pas untuk melantik penggantinya. Inilah strateginya. Baguslah Hasan boleh membaca strategi itu, bahawa dia sudah tidak 'dihingini' lagi dan mengambil sikap tidak merayu bagi mengelakkan mendapat malu secara gratis.

Nasib yang diterima Hasan kini telah diulas dan diramalkan dari berbagai sudut oleh macam-macam orang. Pemecatan dan implikasi juga telah dispekulasi dan dicatat di merata tempat dan turut dibualkan di mana-mana saja. Sebagai rekod, pada perhatian saya nasib yang diterima Hasan kini; hilang keahlian, hilang jawatan dan hilang juga penghormatan politik disebabkan kelemahan beliau sendiri.

Ataupun kerana kedangkalan para penasihat dan master maind politiknya. Selalunya seseorang politik bertaraf tokoh seperti Hasan akan dikelilingi beberapa penasihat kumpulan pemikir politik yang memberi tunjuk ajar dan nasihat-nasihat terbaik dan world class.

Bila menghalusi dan diletakkan kanta pembesar di sekelilingi diri Hasan, betullah seperti mana kata Setaiusaha Agung Pas Mustafa Ali, Hasan terperangkap. Cuma saya nak perbetulkan sedikit di sini bukan sangat terperangkap dengan pemimpin Umno, (pemimpin Umno pun bikan licit sangat) tetapi terperangkap dengan kepandirannya sendiri. Kepandiran yang menjelma dari ijazah yang berjela-jela.

Hasan bagi saya tersalah membuat congakan dan teori politik. Kebijaksanaannya dengan memiliki berbagai nijazah sehingga Phd gagal menyelamatkan beliau dalam politik dan menjadikan beliau seorang strategis politik, melainkan hanya bual politik. Bagi saya ada tiga keadaan atau salah baca oleh Hasanh Ali menyebabkan dia terjerumus ke lembah kehinaan seperti hari ini.

Pertama, Hasan mungkin mengira Pas tidak akan memecatnya. Kononnya Pas takut untuk pecat kerana beliau kini popular dan pemecatannya menganggukan hasrat Pas untuk terus memerintah Selangor. Jadi walau macam mana Pas akan mengambil sikap sabar dan tahan marah dari memecatnya. Saya percaya Hasan diberi laporan kononnya pengaruhnya kini semakin meluas apabila beliau berdiri atas prinsip akidah dan kembali menggamit penyokong menerusi kaca tv semula.

Sedihnuya keadaan jadi sebaliknya. Pas tidak gentar dan merasakan bayangan itu satu keadaan menjadikan Pas serba salah. Pas mengambil keputusan tidak popular dan berisiko tinggi, Pas pecat Hasan Ali. Di sinilah saya mengira 'badak tuli yang tidur di lebuh raya' yang saya anologikan kepada presiden Pas telah bangun dan menunjukkan powernya. Tahniah Abdul Hadi. Tindakan ke atas Hasan itu meletakkan Hadi seorang presiden yang ada tahap kesabarannya dan tidak selamanya boleh diperendahkan.

Kedua, mungkin Hasan fikir Anwar Ibrahim akan diringkukkan ke dalam penjara. Dia mahu mengharap laba dari keadaan (trajis) itu dan sedia kalau pun Pas memecatnya. Hasan mungkin bercita-cita untuk mengisi ruang kewiraan yang ditinggalkan Anwar tetapi dalam medan yang berlainan. Hasan mungkin sependapat dengan Umno kalau Anwar dihantar ke penjara kekuatan Pakatan Rakyat akan lemah dan Umno akan kembali berkuasa di Selangor.

Atas teori itu mungkin Hasan mengira dia boleh bersatu dengan Umno untuk menentang Pas dengan dia nanti akan diberikan jawatan peting termasuk MB Selangor dan dengan cara itu angan dan mimpinya untuk jadi MB seperti Muhammad Taib, Khir Toyo dan Khalid Ibrahim akan tergapai.

Bagaimana pun telahan dan bacaan Hasan sekali lagi silap. Anwar tidak dimasukkan ke penjara bahkan mahkamah membebaskan alasan tiada kesalahan. Kini yang terpenjara (hati) bukan Anwar tetapi Hasan Akidah. Yang bebas dan mampu mendongak ke langit bukan Hasan yang betul akidahnya tetapi Anwar si pluralisme itu.

Ketiga, mungkin juga Hasan mengira kalau pun dia disuruh letak jawatan, baginda Sultan Selangor akan mempertahankanya. Beberapa kes atau persedent (kes contoh maaf kalau ejaan Inggeris itu salah) sebelum ini mungkin dijadikan alsan atau hujah, di mana seseorang Exco kalau tidak dilucutkan oleh Sultan dia akan kekal. Alasannya angkat sumpah memegang jawatan bukan hadapan MB tetapi hadapan Sultan.

Hasan juga mungkin yakin penganugerahan datuk paduka kepadanya baru lalu sebagai cerminan yang istana sayangkan kepadanya? Malangnya perasaan syok dan 'hidung besar' itu ternyata juga tersilap. Sultan berdiri atas garis lurus tidak berpihak kepada mana-mana dan berdiri atas kuasa dan peraturan yang dibenar dan ada kepadanya. Apabila Khalid Ibrahim memberi pandangan Sultan terima kemudian meminta Khlid mengisikan kekosongan itu harapan Hasan yang jauh di sudut hati agar sultan membelanya termusnah.

Itulah tiga senario politik yang tidak dapat dibaca dengan tepat oleh Hasan. Dalam sekelip mata sahaja Hasan kalah 3 - 0 selepas baru sahaja dia menang dalam 'permainan persahabatan' (bertelagah) dengan Mustapa Ali dimana dia menang 2 -1.

Di sini Hasan terlupa bahawa permainan sebenar berbeza dengan permainan persahabatan yang lebih kepada untuk menguji minda dan jasmani. Kealpaan inilah membawa malang dan celaka kepada dirinya.

Bercakap mengenai Hasan Akidah, aik Hasan Ali (sebab ada orang marah panggil Hasan Akidah), semalam ketika berjumpa dengan para wakil rakyat Pas secara tertutup di Shah Alam, Nik Aziz ditanyan mengenai hal Hasan Ali untuk mereka mudah memberi penjelasan kepada rakyat.

Biasalah Nik Aziza tidak menjadi secara langsung tetapi penuh dengan anologi dan mantik. Beliau memberi perumpaan dengan merujuk kepada sembahyang berjemaah. Katanya dalam sembahyang berjemaah jemaah makmu kena ikut imam. Imam boleh baca deras (kuat) tetapi makmu tidak boleh baca kuat. Dalam kes Hasan ini dia adalah makmu yang membaca kuat.

Betul sembahyang tidak terbatal dan sah tetapi sikap dan kelakuan Hasan itu menganggu imam dan boleh mengelirukan makmu lain terutamanya yang lurus dan jujur. Jawaban dan kiasan Tokguruku itu memang tepat dan kena sekali. Maka tindakan Pas mengambil tindakan ke atas makmu itu, selepas sembahyang bukan dalam sembahyang adalah tepat dan betul.

Ketika saya di Alor Star seorang tokoh Pas yang juga merupakan pembaca tegar blog saya, bertanya saya mengenai Hasan, apa sudah jadi dengan Datuk Hasan, tanyanya. Saya tidak banyak mengulas dan menjawab secara mantik juga; katanya saya, "dia sedang memperbetulkan akidah politiknya dari betul kepada tidak betul". Tokoh itu tersenyum, berjabat tangan kemudian berlalu sambil tergelak-gelak kecil kelucuan. [wm.kl.12"27 t/hari 16/01/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/ulasan-pedih.html

Read more ...

KAD KREDIT NFC!!! Anak beranak Shahrizat belanja hampir RM 600 ribu untuk satu tahun

NONEDalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.

Kali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak
untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

azlanMenurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:
  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.
Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

“PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku,” katnya lagi.mk

Read more ...