Sunday, October 27, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Sah, Ust. Nasarudin tarik diri, Suhaizan dan Kamarulzaman bakal Ketua Pemuda PAS yang baru

KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan hari ini mengumumkan menarik diri bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang disandang beliau sejak 2009.

Mengumumkannya kepada Harakahdaily sebentar tadi, Nasrudin berkata keputusan itu dibuat beliau bagi memberi laluan kepada kepimpinan baru untuk mengepalai dewan itu dengan lebih baik.

Beliau bagaimanapun berkata, akan menerima untuk pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

"Secara rasminya saya mahu mengumumkan bahawa saya menarik diri dari bertanding mengekalkan jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia.

"Dewan pemuda tidak pernah ketandusan pemimpin berwibawa. Jadi terserah kepada perwakilan untuk membuat pilihan kepimpinan baru menerajui pemuda akan datang," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Bagi jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar sebelum ini mengumumkan menerima enam pencalonan.

Selain Nasrudin, lima lagi pencalonan adalah Kamaruzzaman Mohammad, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-His, Dr Riduan Mohd Nor, Suhaizan Kaiat dan Zulhazmi Zakaria.


Suhaizan lawan Kamaruzaman rebut jawatan Ketua Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dijangka bertembung dengan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menerusi usaha merebut kerusi Ketua Pemuda PAS Pusat dalam muktamar parti Islam itu  tidak lama lagi.
 
Menurut sumber dalaman Pemuda PAS, Nasrudin Hassan tidak akan mempertahankan jawatannya kali ini kerana sudah berjanji dalam pemilihan lalu manakala timbalannya, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz juga membuat pendirian sama.

Read more ...