Friday, May 18, 2012

SERTAI PAS!!! Datuk Fauzi Haji Shaari yang saya kenali - Abang Din


Kebetulan Datuk Fauzi adalah jiran sekampung saya di Kampung Pantai Besar Batu Kurau Perak.   Beliau dilahirkan pada tahun 1950,  dan menyertai PDRM pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa tempat dikawasan utara tanah air telah berlaku peristiwa mogok kemiskinan  terutama di Baling Kedah, dan tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar itu sendiri.

Setelah beliau menyertai PDRM,   saya hanya berkesempatan bertemu beliau setahun dua tiga kali.   Terutama di waktu umat  Islam menyambut Syawal,  apabila beliau telah dilantik memegang jawatan  sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, dimana pada waktu yang sama saya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP. Selaku Ketua Penerangan Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur termasuk urusan untuk mendapatkan permit ceramah.

Pejabat beliaulah menjadi tempat yang selalu saya kunjungi,  sehinggakan ada dikalangan anggota polis menyangka saya adalah salah seorang daripada mereka, begitu juga sahabat-sahabat daripada PAS yang menyangka saya sebagai Special Branch(S.B).  Kerana begitu mudah untuk saya mendapatkan kerjasama dari pihak polis, diwaktu beliau sebagai 0CPD Dang Wangi inilah, beliau pernah disindir oleh seorang Menteri Perlancongan (UMNO),  kerana ketegasan beliau menggempur tempat-tempat maksiat dan persundalan terutama di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi.   Sindiran menteri ini lebih kurang berbunyi  “kalau dok serbu saja ianya akan mengurangkan kedatangan pelancong luar ke Malaysia”.

Mungkin pada pandangan Menteri ini pelancung-pelancung yang datang ke Malaysia ini hanya berminat ketempat-tempat  maksiat seperti itu.  Selepas tenguran dari Menteri ini, saya dapati seperti ada halangan bagi Datuk Fauzi membanteras tempat-tempat  perjudian dan persundalan yang tidak dilesenkan.

Ini membuatkan saya menulis surat kepada KPN pada waktu itu Tun Hanif Omar tentang halangan ini.  Ekoran dari surat saya itu,  saya dimaklumkan beliau telah dipanggil oleh KPN dan saya juga dipanggil oleh Ketua Polis KL ketika itu Datuk Ku Chin Wah.

Datuk Fauzi adalah seorang yang sentiasa menjaga solatnya sejak dari remaja, dan inilah yang saya kira dapat membantu beliau melihat yang benar itu benar dan yang batil itu batil.  Walaupun ada rakan-rakan  yang memberi komen-komen  yang agak negatif dalam posting saya 3 hari lepas,   saya sangat-sangat  mengharapkan kita semua berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga Datuk Fauzi dan keluarganya diberi kekuatan bersama-sama kita mengharungi perjuangan ini.

Satu perkara yang perlu saya sebut disini,   di DUN Batu Kurau sangat-sangat dikenali sebagai  kawasan UMNO HANGIT,  terutama di kampung Pantai Besar.   Dengan penyertaan beliau menjadi ahli PAS,   saya sangat-sangat mengharapkan ianya memberi satu pukulan maut kepada Umno Larut dan Perak khususnya.

Boleh di katakan 90 peratus dari penduduk Batu Kurau ini mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Fauzi. Disaat peserta-peserta BERSIH dibelasah oleh segelintir anggota polis,  namun disana masih ada polis yang berperikemanusian. 

  Bagi saya bukan anggota polis yang perlu dipersalahkan.   Sebaliknya UMNOlah yang sepatutnya kita persalahkan kerana menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk POLIS untuk menjadi benteng mereka hinggakan polis bersikap seperti tidak berperikemanusian.

Akhir sekali saya menyeru rakan-rakan dan sahabat handai serta kaum keluarga Datuk Fauzi marilah bersama-sama  kita berada dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan tidak lagi bersekongkol dengan UMNO (BN) yang telah pun menggadai negara ini kepada warga asing melalui pemberian My Kad (I.C) serta menjadikan mereka sebagai pengundi berdaftar.

Kepada Datuk Fauzi saya ucapkan syabas,  Ahlan Wahsahlan,  dan marilah sama-sama kita berdoa diberikan Taufik Dan HidayahNYA.

الله أكبر   الله أكبر   الله أكبر

Nukilan  ;  Jamaluddin rahman  (JR – Pasti Jihad)
                Parit Buntar

Read more ...

BERITA DAH KELUAR!!! Pemuda ditangkap orang kampung buang bendera PAS

KUALA NERANG - Tindakan seorang pemuda berusia lingkungan 20 tahun, merosakkan dan membuang bendera parti politik yang dipasang di tepi jalan raya, hanya mengundang padah apabila dia dibawa ke balai polis setelah ditangkap ketika melakukan perbuatan itu.

Pemuda terbabit yang dipercayai berasal dari Tualak, dilihat bertindak membuang bendera milik Pas dan PKR di sepanjang laluan Jalan Tualak-Kampung Barokhas yang dianggarkan sejauh 10 kilometer, kira-kira jam 1 pagi, semalam.


Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kuala Nerang, Mohd Azam Abd Majid berkata, tindakan pemuda berkenaan disedari penduduk kampung yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya.


“Saya dimaklumkan terdapat seorang lelaki memandu kereta jenis Proton Satria berwarna putih, bertindak membuang bendera Pas dan PKR, selaku Pengarah MTD, saya meminta mereka memantau kegiatan lelaki berkenaan.


“Orang kampung bertindak menangkap lelaki berkenaan dan dia diserahkan kepada anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan sekitar,” katanya.


Menurutnya, kejadian itu adalah yang pertama berlaku di kawasan berkenaan dan susulan daripada itu, beliau membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Nerang.


“Laporan ini dibuat agar perkara seperti ini tidak berulang pada akan datang, kita tidak mahu menuduh ia angkara sesiapa dan menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.


“Pada masa yang sama, saya mohon agar penyokong-penyokong Pas di kawasan ini, tidak mengambil tindakan melulu yang boleh mengeruhkan keadaan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad, ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.SH

Read more ...

KELUAR UMNO LAGI!!! Bekas Ketua Anak Negeri Sukau sertai PAS bersama penyokong


BUKIT GARAM : Demi membela maruah rakyat Sabah yang terhina di bawah pemerintahan UMNO dan BN, Bekas Ketua Anak Negeri N48 Sukau, Sairin Muyong bertindak keluar UMNO dan menyertai PAS bersama 23 orang penyokongnya.

Borang penyertaan Sairin dan penyokongnya diserahkan kepada Bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Sapawi di rumahnya di Kg Bukit Garam.
Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Kinabatangan, Innah Tuton turut menyampaikan ucapan dalam majlis ringkas tersebut melahirkan rasa bangga atas penyertaan Sairin yang diyakini bakal memperkukuhkan PAS Kawasan Kinabatangan.

“Rakyat Sabah sering dipermainkan oleh pemimpin BN bermula zaman Tun Datu Mustapa sehinggalah kini dengan janji-janji pembangunan yang mengkayakan pemimpin tertentu sahaja. Rakyat Sabah terus hidup melarat dihimpit kemiskinan,” jelas Sairin yang juga bekas Setiausaha Parti Berjaya Kinabatangan.

Ketika ditanya, penyertaannya ke dalam PAS kerana berminat untuk menjadi calon PAS di N48 DUN Sukau, Sairin menafikan dakwaan itu kerana PAS sebuah parti yang cukup cermat dalam pemilihan calon dan matlamat perjuangannya adalah jelas untuk Islam.

Penyertaan beliau adalah untuk mencari redha Allah dengan baki kesihatan yang dianugerahkan Allah ini, namun Sairin berjanji akan bersungguh-sungguh menggunakan pengalaman politiknya untuk membantu PAS dalam pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Bekas Ketua Cawangan UMNO itu juga melahirkan keyakinan kepada PAS yang dilihat lebih telus dalam pengurusan dan sentiasa mendidik pemimpin dan ahlinya supaya amanah dalam memikul tanggungjawab Negara, di samping keikhlasan ahlinya berkorban untuk meninggikan syiar Islam.

Ketika menyerahkan borang keahliannya kepada Ustaz Azman, Sairin berkata, “saya menyerahkan borang ini berserta dengan jiwa dan raga saya kepada perjuangan Islam yang dibawal oleh PAS,” lalu disambut dengan laungan takbir oleh hadirin yang hadir.

Sementara itu, Ustaz Azman turut melahirkan kegembiraan atas kesediaan Sairin dan penyokongnya untuk menyertai PAS. Senario penyertaan masyarakat kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin rancak, bahkan di mana-mana yang beliau pergi, masyarakat akan bertanya tentang tarikh pilihanraya. Ini membuktikan rakyat sudah muak dengan UMNO BN dan sudah tidak sabar-sabar untuk menguburkan parti yang memerintah sekarang ini.

Menurut Ustaz Azman lagi, rakyat semakin takut dengan gaya pemerintahan BN yang boros dan bocor di mana-mana.
 
“UMNO BN bergaduh dengan semua peringkat masyarakat, bermula dengan pelajar university sehinggalah peneroka FELDA sehingga tergamak mengeluarkan kata-kata kesat kepada peneroka FELDA,” jelas Ustaz Azman lagi./~sabahkini

Read more ...

VIDEO PANAS!!! Cuba dipujuk, pemimpin UMNO mengamuk dan isytihar keluar parti


BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.

“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat.

Read more ...

WAHAI UMNO, PERKASA & ISMA!!! Mari tengok , siapa yang serah tanah orang bukan Islam untuk jadi tanah kubur orang Islam

MASALAH umat Islam di Jelutong yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri erma Barisan Nasional sejak 13 tahun lepas berjaya diselesaikan oleh pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, proses pengambil alihan tanah seluas 3.208 ekar milik bukan Islam yang bernilai RM20 juta bagi menangani masalah kepadatan tanah perkuburan Islam di Jelutong dilakukan sungguhpun Kerajaan Pusat sebelum ini berjanji untuk membeli tanah bernilai tinggi itu.

“Tanah yang diambil untuk tujuan perkuburan kini dimiliki oleh orang bukan Islam.

"Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan bukan Islam di Pulau Pinang," ujar beliau pada satu sidang media di Komtar baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman, Abdul Malik Abul Kassim (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Mohd Salleh Man (Adun Permatang Pasir merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri) turut hadir pada sidang akhbar tersebut.

Justeru katanya, isu tersebut tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak khususnya pihak pembangkang memandangkan inisiatif Kerajaan Negeri nyata demi kepentingan rakyat terbanyak di Jelutong.

Sumber Pejabat Tanah Daerah Timur Laut (DTL) mendedahkan, pihaknya telahpun meluluskan proses perbincangan dan pengambilan balik tanah Lot 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 Seksyen 4 Bandar Jelutong, Daerah Barat Daya untuk tujuan tanah perkuburan Islam dan perumahan am sejak 1999 lagi.

Nilai pasaran tanah berkenaan semasa itu adalah sekitar RM5 juta hingga RM6 juta sahaja.

Namun, Kerajaan Negeri di bawah Umno serta Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah itu sungguhpun mendapat sokongan langsung daripada Kerajaan Pusat ketika itu.

Apabila masalah ini dibangkitkan semula, kerajaan pusat enggan membantu sungguhpun Kerajaan Negeri era Pakatan Rakyat membuat permohonan demikian demi kepentingan umat Islam di negeri berkenaan.

“Tetapi malangnya, kerajaan pusat tidak mempertimbangkannya atas faktor kepentingan umat Islam di negeri ini, apabila memutuskan untuk tidak akan menyalurkan peruntukan untuk proses pengambilalihan tanah perkuburan tersebut,” ujar Guan Eng.

Dari 3.208 ekar tanah yang terlibat, 1.55 ekar akan dijadikan tanah wakaf perkuburan manakala baki 1.657 ekar akan dijadikan perumahan am rakyat setempat yang menelan belanja RM60 juta lagi.

Proses pengambilan lot-lot tanah berkenaan mula diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pada 9 Disember 2010.

Difahamkan, Kerajaan Negeri menggunakan Akta Pengambilan Tanah, 1990 bagi mengeluar perintah pada 30 Disember tahun lepas dengan kesemua 14 tuan tanah masing-masing diberi pampasan yang menasabah.

Kerajaan Negeri turut memberi pampasan yang munasabah kepada empat pemilik bangunan yang hadir dalam satu proses siasatan.

Manakala 25 pemilik bangunan yang tidak hadir pada proses siasatan itu turut boleh menuntut pampasan masing-masing seperti yang didipositkan oleh Kerajaan Negeri di bank sebelum ini.

Perkembangan terbaru ini sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mampu memartabatkan umat Islam dan rakyat yang berbilang kaum sungguhpun seakan dipinggirkan dari segi kewangan oleh Kerajaan Pusat yang diteraju oleh Umno serta Barisan Nasional.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Read more ...

PAS BUKA CAWANGAN LAGI!!! Bekas Pensyarah Politeknik jadi Ketua Cawangan

Pas Kawasan Gopeng berjaya menubuhkan satu lagi cawangan baru di Kampung Sri Ampang B.Kampung ini merupakan lubuk Umno dan penubuhan cawangan PAS di sini adalah satu tamparan hebat kepada Hamidah Osman, Dun Sungai Rapat.

Ketua cawangan ialah Ust Shuib Alias, bekas seorang pensyarah pengajian Ugama di Politeknik Ungku Omar.Beliau telah lama bergiat cergas dalam penyampaian dakwah melalui pengajian-pengajian ugama di merata masjid dan surau-surau sekitar Ipoh.


Sambutan orang ramai adalah diluar jangkaan kerana hebahan yang agak begitu suntuk. Namun alhamdulillah, lihatlah gambar-gambar diatas itu, bukan terhad kepada kalangan Melayu sahaja yang hadir, malah orang Cina dan juga India ada bersama.

Ismail Saleh, bekas seorang komando 69 turut menyampaikan ucapannya pada malam tersebut. Beliau turut menyatakan rasa kesalnya kerana merasakan perjuangan dan pengorbanannya dalam menghadapi komunis dihutan dulu tu sia-sia apabila kerajaan hari ini begitu mudah menyerahkan kerakyatan negeri untuk orang asing dengan begitu mudah.

Pagi tadi, beliau memaklumkan kepada saya bahawa sebentar tadi, jam sekitar 8.40 pagi, beliau telah dihubungi oleh seorang SB yang tidak dikenalinya berhubung dengan ucapannya malam tadi. Nampaknya ada reaksi dari SB. Mudah-mudahan ramai lagi SB yang akan sedar dan berpihak kepada rakyat setelah mereka berpeluang mendengar kuliah-kuliah pengajian politik secara tidak langsung dari pakar-pakar akademik.

Ya, itulah yang di harapkan apabila pihak penganjur menjemput berucap pada malam tersebut , bekas pensyarah undang-undang UAI, Dr Aziz Bari.

Dalam 'kuliah'nya malam tadi, banyaklah yang beliau sebut. Anda boleh rujuk disini

Harap kepada mereka yang berkenaan akan dapat berlapang dada dan memikirkan sebaik-baiknya sambil memohon petunjuk dan hidayah dari Allah SW.

Tujuan hidup kita adalah sebagaimana ikrar yang sering kita ulang-ulangkan ketika solat - wamahya-ya , wamamati, lillahi Rab-il 'Alamin - yakni, dan hidup dan mati ku hanyalah kerana Allah pentadbir sekalian alam ini.

Tumpang bahasa kiasan Dr Aziz Bari, "Umno sekarang tidak menggunakan kepala lagi, tetapi mereka kini menggunakan ini," sambil beliau menunjukan kearah ponggongnya!

Dr Aziz turut menyentuh isu panas mengenai MB Pakatan Rakyat, DS Nizar yang muncul di ceramah Umno yang mengatakan kononnya "Nizar Pembohong Bersiri"

Dr Aziz dalam nada lemah lembutnya sempat membidas Hamidah bahawa, "dia tidak sedar dalam parti dia tu, bukan setakat pembohong, pembunuh bersiri pun ada ....perogol bersiri pun ada ..."ha! ha! ha! Ambik ko Hamidah!AL-HUSSEYN

Read more ...

LAGI KELUAR UMNO!!! 50 ahli UMNO dari satu kampung sertai PAS



Kuala Krai: Mesyuarat Agung Tahunan PAS kali ke-34 di sini mencatat sejarah apabila 50 anggota Umno Kampung Sungai Tias, dekat sini menyerah borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penyerahan borang tersebut dilakukan Wan Nor Abdullah, 46 mewakili rakan-rakan lain. Pada majlis itu juga Presiden memakaikan baju-T bergambar Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadir sama Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, timbalannya, Mohd Fauzi Abdullah, Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim dan Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria.

Wan Nor ketika ditemui berkata, beliau memilih PAS selepas melihat dasar-dasar kebajikan kerajaan negeri dan PAS lebih baik berbanding Umno. Katanya juga, pemimpin Umno tidak menghormati ulama dan sanggup menghina golongan terbabit bagi kepentingan politik mereka.

“Mereka sanggup mencaci ulama sedang mereka sendiri tidak betul,”
katanya kesal.

Rakannya Muhammad Omar, 42 berkata, pemimpin Umno jarang mengambil berat masalah rakyat kerana tinggal jauh dari tempat yang diwakili dalam pilihan raya.

Kata beliau bekas Adun Dabong, Dato’ Ramzi Abdul Rahman bukan orang Dabong dan hanya datang sekali sekala biarpun mempunyai banglo mewah di atas bukit di Jelawang.

“Sedangkan Adun sekarang orang tempatan dan mudah ditemui. Arif sering keluar masuk kampung menemui rakyat tanpa mengira parti.

“Inilah yang menyebabkan saya dan kawan-kawan mengambil keputusan keluar Umno dan menyertai PAS,”tambahnya.

Arifabillah berkata, beliau bersama pemimpin PAS di Majlis Tindakan Dun Dabong sentiasa menganjur program bersama rakyat termasuk Cakna Keluarga, sukan dan lawatan dari rumah ke rumah.

“Alhamdulillah melalui program yang diadakan sejak beberapa tahun lalu berjaya mendekatkan PAS dan penyokong-penyokong Umno sehingga ada yang membuat keputusan menyertai kita,” katanya.

Beliau juga berkata, seramai 30 lagi ahli Umno iaitu dari Kampung Lanchang akan menyertai PAS dalam masa terdekat.

Manakala di Chalil, Gua Musang lebih 100 ahli dan penyokong Umno di tanah rancangan tersebut dijangka membuat kejutan keluar Umno pada satu program yang akan diadakan 20 Mei ini.

Sementara itu, Ustaz Abdul Hadi berkata, biarpun ada pihak cuba mempertikaikan bekas Presiden Majlis Peguam, Dato’ S Ambiga mengetuai Bersih 3.0, namun bagi PAS persamaan perjuangan bagi membersihkan pengendalian pilihan raya di negara ini lebih penting.

Katanya, soal siapa yang berada di depan Bersih 3.0 tidak menjadi isu utama, sebaliknya matlamat perjuangan memastikan proses pilihan raya telus di negara ini lebih penting.

“Tak kiralah siapa yang berada di depan Bersih 3.0 baru-baru ini, kerana apa yang lebih penting berjuang memastikan pilihan raya benar-benar bersih dan adil,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tersebut.

Manakala ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Chepa pada hari yang sama, beliau menyifatkan Umno menyebarkan ajaran salah apabila mendakwa hanya parti itu sahaja yang boleh memberi pembangunan dan kemajuan kepada rakyat.

“Kerana tamak kuasa Umno sanggup mencanangkan fahaman tersebut, seolah-olah mereka pemberi rezeki kepada rakyat. Umno terus mendabik dada,” ujarnya.

Turut hadir pada mesyuarat agung di Putik itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, anak bekas Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar dan rombongan PAS Kuala Kangsar.

Read more ...

NAJIB DICABAR!!! Saman akhbar Vancouver Sun dan Asia Sentinel jika tidak bersalah

Perdana Menteri, Najib dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap media Kanada, The Vancouver Sun yang mengaitkan beliau dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Najib sehingga kini berdiam diri dan tidak berani menyanggah laporan tersebut yang sebelum ini turut disiarkan laman web antarabangsa, Asia Sentinel.


"Setakat ini, belum ada pendirian rasmi daripada Perdana Menteri dan pejabat beliau tentang tulisan-tulisan yang dipaparkan media antarabangsa yang memberi kesan negatif terhadap kedudukan Malaysia di mata dunia.


"Saya ingin mencabar Najib supaya menafikan sekeras-kerasnya dua tulisan oleh media antarabangsa ini, malah mengambil pendirian tegas dengan memfailkan saman sekiranya apa yang disebutkan itu fitnah dan bertujuan memalukan Perdana Menteri," katanya kepada Keadilan Daily.


Beliau berkata, skandal Scorpene yang melibatkan pemberian komisen ratusan juta ringgit menarik perhatian masyarakat antarabangsa yang mahukan keadilan diberi kepada mereka yang menjadi mangsa dalam kes itu.


"Isu Scorpene bukan sekadar membabitkan isu politik dalaman negara tetapi menjadi perhatian antarabangsa berhubung penyelewengan dan rasuah sehingga membabitkan pembunuhan seorang wanita Mongolia (Altantuya Shaariibu)," kata Shamsul.


Ditanya sama ada laporan media antarabangsa mempunyai kredibiliti, Shamsul berkata, "Saya yakin media antarabangsa mempunyai pemahaman jelas tentang risiko yang bakal mereka hadapi apabila menerbitkan berita mengenai seseorang pemimpin sesuatu negara," kata beliau.


Sebelum ini, Najib dicabar menyaman laman web Asian Sentinel yang mendedahkan bahawa rasuah Scorpene yang disalur menerusi Hong Kong.


Artikel yang ditulis John Berthesen itu mendedahkan sejumlah RM144 juta dibayar menerusi syarikat Terasasi (HK) Ltd yang berdaftar di Hong Hong dan dikendalikan Razak Baginda- kenalan rapat Najib dan bapanya, Abdul Malim Baginda.


Bagaimanapun, Najib sehingga kini masih berdiam diri dan tidak memberikan sebarang respon terhadap dakwaan itu.

JALAN PULANG 

Read more ...

SAMAN 1 JUTA!!! Notis telah dihantar kepada Rahim Noor dan NST


Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.

Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor.


Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.


Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan sepenuhnya dokumen dan dijangka memfaikan saman tersebut Isnin depan.


"Minggu depan kita akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.


Sebelum ini, pihaknya telah memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.


Bagaimanapun tiada sebarang respon daripada Rahim malah beliau tampil menafikannya pula.


Isnin lalu pula, pihaknya menghantar notis saman kepad NST dengan memberi tempoh 48 jam untuk akhbar milik Umno itu memenuhi tuntutan.


Selain New Straits Times (NST), notis saman itu turut menamakan Ketua Editor NST serta tiga orang wartawan yang terlibat dengan berita itu iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.


Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.


Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh sama permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.


Selain itu, turut dituntut bayaran RM1 juta sebagai gantirugi penyelesaian luar mahkamah.

Read more ...

JOHOR SUBUR BUAT PAS!!! Salahuddin tanding Parlimen dan Dun

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan sebaliknya beralih ke Johor untuk bertanding pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Pada masa yang sama beliau turut tidak menolak kemungkinan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga kerusi Parlimen di negeri kelahirannya itu. "Kami (Pas) telah buat keputusan bahawa saya akan bertanding sebagai calon di Johor pada PRU-13 akan datang. Mungkin dua kerusi, DUN dan Parlimen.

"Buat masa ini, kita sedang tunggu kawasan mana, ia mungkin di Tanjung Piai, Batu Pahat, Muar atau Kulai," katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah pakatan pembangkang di Dataran Pas di Kuala Ibai dekat sini malam semalam.

Salahuddin seterusnya yakin dengan kepulangannya ke Johor akan dapat membantu barisan kepimpinan Pas serta pembangkang di negeri itu dalam usaha mencipta satu sejarah pada pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya beliau menyifatkan Johor merupakan sebuah negeri yang "subur" bagi Pas dan diyakini mampu melakukan suatu perubahan selepas PRU-13. "Saya bersedia menawarkan diri untuk memberi perkhidmatan di Johor berdasarkan pengalaman yang ada," katanya.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serkat, Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen Kubang Kerian pada pilihan raya umum 2004 dan mempertahankan kerusi itu pada pilihanraya umum 2008.

Sebelum ini, beliau turut disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas di Kelantan, Titiwangsa (Wilayah Persekutuan) selain di Johor pada PRU-13. Salahuddin mengekalkan jawatan Naib Presiden Pas pada pemilihan parti Jun lalu.

Read more ...

TERKINI!!!Timbalan Ketua Pemuda UMNO Kampar Samuri Md Zin isytihar keluar UMNO beramai2


Kalau orang keluar UMNO  tak masuk TV punya
Manjadda wajada

(Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.)

BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.

“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat.

Read more ...