Sunday, January 15, 2012

PANAS!!! Najib kena serbu di Taiping, muka Zambry merah padam



Lawatan Najib dan Zambry Kadir di sekitar Taiping bermula malam tadi berakhir dengan adegan tidak puas hati oleh saudara Simon Uthaya Kumar (berbaju kelabu cerah) kerana beliau mendakwa telah ditumbuk dan ditendang oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) semasa berurusan di pejabat MPT pada 12 Januari 2012.

Beliau mengambil kesempatan ini untuk meluahkan ketidak puasan hati terhadap pentadbiran MPT kepada Najib dan Zambry yang kononnya mendengar dan menyelami hati rakyat.


Sdr Simon Uthaya Kumar yang juga pesara tentera telah membuat satu laporan polis di sini pada hari kejadian beliau dikasari pihak MPT.


Bagaimanapun, Zambry terkedu kerana Simon mendakwa kakitangan kerajaan negeri yang telah memperlakukannya sedemikian membuatkan Najib turut buat-buat terkejut.


Kejadian ini disaksikan puluhan rakyat yang berdemonstrasi di hadapan bas yang membawa Najib dan rombongannya yang tiba dari Kerian, Perak, hari sebelumnya.


Zambry yang panik terus merah padam mukanya kerana tidak menyangka ada yang berjaya membuat demonstrasi sebaik Najib tiba!

Read more ...

NAJIB!! Perdana Menteri Boneka

Oleh Moaz Nair

http://news.bbcimg.co.uk/media/images/45629000/jpg/_45629707_najib226.jpgMemasuki 2012, Datuk Seri Najib Abdul Razak masih tidak dilihat sebagai pemimpin yang berkaliber oleh rakyat jelata. Pada pendapat orang ramai, kisah peribadi, sosial dan ekonomi yang menghantui beliau akan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang – yang dipercayai akan diadakan sebelum Jun 2012.

Hubungan antara kaum di negara ini tidak menjadi lebih baik dan ternyata agama secara meluas dilihat sebagai gizmo yang mudah digunakan oleh UMNO untuk memecah-belahkan rakyat. Juga terdapat kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat, merangka strategi ekonomi yang tidak berkesan dan kegagalan kerajaan untuk meyakinkan orang ramai.

Hampir empat tahun BN menerajui negara selepas pilihan raya umum Mac 2008 dan tidak dapat dilihat UMNO atau Najib membawa negara ke landasan yang betul. Populariti mereka seolah-olah menurun.

Banyak masalah sosial dan ekonomi yang berkaitan dengan hubungan antara kaum, agama dan ekonomi telah disajikan kepada rakyat jelata. Rasuah semakin menjadi-jadi di kalangan mereka yang berkuasa dan lebih kerap ia disapu di bawah permaidani atas sebab-sebab politik.

Mereka hanya menerima sisa

Pembayaran RM100 dan RM500 secara ‘one-off’ kepada pelajar dan golongan miskin baru-baru ini telah dianggap oleh orang ramai sebagai percubaan merasuah untuk undi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Malah pinjaman RM5, 000, 1Malaysia kepada golongan miskin untuk melabur di bawah skim amanah kebangsaan tidak akan mejamin rakyat akan mengundi BN.

Bagi penerima bantuan di Kedah, beliau tidak memuji kerajaan: "Ini tidak penting, kerana wang yang diberikan kepada rakyat bukan dari poket UMNO sendiri, tetapi wang hasil titik peluh pembayar cukai. Kita perlu memperbaiki mentaliti rakyat tentang strategi politik UMNO ini. Buat masa ini, wang yang diterima itu adalah wang rakyat, bukan UMNO atau BN. Apabila tiba masa untuk mengundi, ini benar-benar akan menjadi satu isu yang berbeza. "

Rakyat yakin bahawa jumlah wang yang diberikan kepada golongan miskin hanyalah berjumlah sedikit dan tidak dapat membuat hidup lebih selesa sedang negara dilanda masalah inflasi yang tinggi sekarang. "Ini 'rasuah' untuk menggembirakan rakyat untuk jangkamasa pendek," kata seorang petani di Kedah. "Kerajaan tidak membentangkan pelan konkrit jangkamasa panjang untuk mengurangkan inflasi dan menurunkan kos sara hidup bagi membantu golongan miskin." Tambah beliau, "Meningkatkan gaji mereka yang sudah bergaji besar tidak akan membantu mengurangkan harga makanan. Hanya yang kaya dilihat seperti diberi insentif dan ganjaran yang besar untuk menjadi lebih kaya. Golongan miskin menjadi lebih miskin, kerana mereka hanya menerima sisa "

Apa yang lebih menarik untuk orang ramai adalah mereka ingin tahu kualiti kepimpinan negara ini. Yang hangat dikalangan pengundi, "Siapakah yang sebenarnya yang mentadbir negara ini?" Ini adalah soalan yang ditanya oleh mereka yang berada di dalam dan di luar UMNO dan BN. Semua orang tahu bahawa secara rasminya Najib ialah PM. Tetapi Najib telah dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak dapat memimpin negara dengan bebas tanpa pengaruh Mahathir. "Selagi, Anwar masih ada, Mahathir tidak akan berputus asa mengganggu pentadbiran Najib. Beliau takut UMNO dan BN akan kalah besar pada pilihan raya umum akan datang dengan populariti Pakatan Rakyat yang semakin meningkat " kata pengundi muda di Kerian.

Ingin melihat Najib jatuh

Orang ramai mula melihat peranan Mahathir dalam pentadbiran Najib yang tidak akan surut tetapi lebih kuat. Rupa-rupanya, Abdullah Ahmad Badawi telah disingkirkan daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 oleh Mahathir. Perkara yang sama boleh berlaku kepada Najib jika beliau memutuskan untuk 'mengingkari' Mahathir. Mahathir masih berpengaruh dalam politik UMNO bukan kerana beliau adalah seorang ahli politik yang bijak tetapi kerana ada puak dalam UMNO yang mahu melihat Najib jatuh. "Tetapi jika Najib dan UMNO jatuh, BN turut hancur," kata seorang pemerhati politik. "Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru." Mahathir dianggap oleh sesetengah pemerhati politik sebagai satu-satunya manusia yang boleh menentukan nasib Najib dan mungkin memberikan harapan kepada UMNO dan banyak lagi yang lain untuk menaiki tangga politik.

Yang hebat diperkatakan sebelum ini adalah semasa Najib membuat keputusan memilih barisan kabinet, beliau telah diberi 'amaran' oleh Mahathir bahawa Khairy Jamaluddin – Ketua Pemuda UMNO yang dipilih - harus dikecualikan daripada Kabinet. Dan seperti yang dijangka, apabila barisan Kabinet diumumkan, Khairy diketepikan.Mungkin ini adalah kali pertama dalam sejarah UMNO di mana pemimpin Pemuda tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet. "Dengan langkah itu, nasib politik Khairy dimeterai," kata seorang ahli parlimen UMNO. Bagi sesetengah pemerhati politik, prestasi Khairy sebagai pemimpin Pemuda sememangnya suram: "Beliau tidak mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Pilihan raya umum yang akan datang besar kemungkinan akan menyaksikan Khairy tidak bertanding." Khairy akan kehilangan jawatan sebagai Ketua Pemuda dalam pemilihan UMNO yang akan datang dan ini akan menggembirakan Mahathir.

Bukan itu sahaja, Mahathir memberi isyarat kepada Najib bahawa semua orang-orang Abdullah juga perlu dibuang dari barisan kabinet. Shahrir Abdul Samad - seorang ahli politik yang bijak menyedari hakikat terebut dan telah membuat satu langkah pencegahan. Beliau memutuskan untuk meletak jawatan sebagai menteri walaupun sebelum barisan Kabinet baru diumumkan. Beliau berundur sebelum kapak jatuh ke atasnya. Beliau dapat merasakan bahawa Kabinet baru itu akan menjadi Kabinet Mahathir.

Tetapi apabila Najib dengan ihsannya termasuk beberapa orang-orang Abdullah, ada yang mengatakan bahawa Mahathir merungut bahawa Kabinet itu masih dipenuhi dengan beberapa watak-watak 'tercemar'. Najib tidak mempunyai pilihan, kerana beliau melihat mereka ini sebagai orang kuat UMNO dan penyokong setia. Sebagai seorang yang lemah, Najib memerlukan mereka untuk membantu beliau melawan parti-parti pembangkang dan untuk sokongan kerana begitu banyak kontroversi dan banyak tuduhan ke atasnya. Beliau sedar bahawa beliau bukan seorang pejuang dan tidak begitu pandai dalam percaturan politik. Beliau dilihat oleh rakyat sebagai seorang pemimpin yang 'bermain selamat', tidak seperti Mahathir dahulu.

Dasar turun naik

Abdullah telah membatalkan projek jambatan separuh bengkok atau melengkung di Selat Tebrau bagi menggantikan separuh daripada Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura pada tahun 2006. Projek ini diilhamkan oleh Mahathir semasa beliau masih Perdana Menteri. Apabila jambatan separuh bengkok itu sekali lagi ditimbul oleh Mahathir kepada Najib, Najib membisu mengenai isu itu. Mungkin beliau sedar bahawa projek itu tidak berbaloi. Mahathir sekali lagi tidak puas hati tentang perkara ini, kerana beliau masih berkeras bahawa projek itu perlu diteruskan. Najib masih juga senyap. Projek jambatan telah dihentikan dan kerajaan kerugian lebih RM740 juta wang pembayar cukai.

Abdullah memansuhkan projek keretapi berkembar dari Johor ke Padang Besar yang menelan kos RM14 billion semasa beliau PM. Najib juga tidak menunjukkan minat dalam projek ini. Sebaliknya, projek keretapi ini kemudiannya ditetapkan hanya dari Ipoh ke Padang Besar dan kelewatan projek ini telah menelan kos RM12 billion, hanya untuk satu jarak yang agak singkat. Mahathir marah kerana beliau merasakan sekiranya projek yang dilaksanakan lebih awal, dengan pertambahan RM 2 billion, landasan berkembar itu akan menyambung Johor Baru dengan Padang Besar.

Penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik (PPSMI) - ilham Mahathir juga sedang dijatuhkan oleh kerajaan Najib. Mahathir dilaporkan telah tidak bersetuju dengan idea menjatuhkan pelan yang dilaksanakannya pada tahun 2003. Benci kepada isu-isu kontroversi, Najib bijak melambung 'kentang panas' kepada Muhyiddin Yassin untuk melakukan keputusan yang tidak popular untuk melenyapkan polisi. Muhyiddin kini telah menjadi menteri pendidikan yang sangat tidak popular. Isu ini telah mengkemikkan kerjaya politik beliau, sedang Najib terus menerus senyap mengenai perkara itu. Ibu bapa masih tidak berpuas hati dengan dasar turun naik dalam bidang pendidikan. BN dijangka kehilangan lebih banyak undi kerana isu ini dan Mahathir sedar akan hal ini.

Muhyiddin berkeras bahawa dasar itu harus dimansuhkan sepenuhnya. RM5 billion ringgit wang pembayar cukai telah disia-siakan pada PPSMI yang berlangsung hanya selama sembilan tahun sebelum ia dijumudkan. Sekiranya ini adalah negara demokrasi lain, seluruh ahli-ahli kabinet akan meletak jawatan dan pemimpin tersebut akan dihantar ke penjara politik.

Bagasi peribadi

Kempen beberapa pilihan raya kecil semasa Najib Perdana Menteri telah menggunakan taktik kotor pada mata rakyat. ''Cukuplah memburukkan saya,” Najib dilaporkan berkata dalam satu perang dingin dengan pembangkang. Malangnya, Najib tidak dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin yang bebas daripada bagasi peribadi dan ini bukan satu petanda baik untuk UMNO dan BN. Bagi pemerhati politik, Mahathir lebih berminat untuk menyelamatkan UMNO daripada memikirkan masalah peribadi pemimpin UMNO.

Dalam pilihan raya kecil di mana Najib agak keberatan untuk melangkah, Mahathir dilihat lebih bersebeliau untuk berjuang. Tetapi, jika Mahathir dilihat turun padang tanpa Najib, apakah mesej yang akan diperoleh oleh rakyat? Walaupun dengan pertolongan Mahathir, UMNO telah kalah dalam beberapa pilihan raya kecil dan ini memburukkan lagi imej Najib.

Pada masa itu, Najib sangat terasing apabila BN kehilangan beberapa pilihan raya kecil. Najib akhirnya menjadi bahan seloroh pihak pembangkang dan ramai musuhnya dalam UMNO. "Najib, yang dibesarkan dalam sebuah keluarga bangsawan politik secara semulajadi akan mengambil jalan selamat. Yang paling mungkin beliau lakukan adalah untuk menyuruh penyokongnya berjuang untuk beliau. Tetapi beliau telah gagal untuk menyedari bahawa orang lain tidak boleh terus melakukan 'aksi ngeri' untuk beliau. Sebagai PM, halangan besar masih akan tergantung di lehernya, "kata seorang pemerhati politik.

Mahathir menyelamatkan imej

Kehadiran Mahathir agak ketara semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tahun 2009. Najib - PM dijauhkan daripada pilihanraya itu. Mahathir turun padang untuk menyelamatkan UMNO dan BN tetapi telah disakiti menerima rintangan dari kedua-dua kawasan pilihan raya tersebut dan kedua-dua kerusi itu akhirnya pergi kepada Pakatan - PAS dan PKR.

Mahathir secara umum ‘bersara' selepas menerajui negara selama 22 tahun dan tidak boleh hidup dengan aman melihat UMNO runtuh di bawah Najib walaupun BN memenangi beberapa pilihan raya kecil selepas itu. Najib seolah-olah akan kehilangan lebih banyak sokongan kini kerana bergantung kepada Mahathir untuk menyelamatkan imejnya.Mahathir mungkin tidak berpuas hati melihat Najib lebih banyak berusaha membina imej beliau dan bukannya memberi tumpuan lebih kepada pembangunan ekonomi negara.

Mahathir juga sedar bahawa jika perjalanan menjadi sukar untuk Najib, beliau akan meminta menteri-menteri Kabinet yang lain untuk melakukan tugas baginya. Najib telah senyap dalam banyak isu - khususnya PPSMI dan pinjaman RM250 juta yang diberi kepada sebuah syarikat milik suami seorang Menteri Kabinet. Projek Feedlot Negara itu telah ditubuhkan pada tahun 2008 semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri. Khairy pada mulanya bulat-bulat mempertahankan syarikat itu tetapi setelah lebih banyak bukti yang timbul mengenai penyalahgunaan wang yang dipinjamkan oleh kerajaan kepada syarikat tersebut, beliau juga menjadi senyap.

Boneka kelas ini

Mengetahui Mahathir, beliau sememangnya seorang pejuang dan beliau akan terus berjuang walaupun selepas bendera perang telah jatuh ke tanah.

Dalam wayang kulit tradisional, Tok Dalang menarik tali boneka dan bercakap dari belakang tabir untuk memikat dan menarik perhatian mereka yang menonton persembahan pada skrin putih. Najib boleh memilih untuk tidak menjadi boneka kelas ini. Tetapi beliau dilihat sebagai pemimpin yang lemah oleh pasukannya dan juga oleh musuh politiknya,beliau tidak mampu untuk mengabaikan Mahathir – yang jelas adalah Tok Dalang. Satu silap langkah Najib akan menyebabkna beliau menghadapi masalah dan akan menemui nasib yang sama seperti Abdullah.

Najib, seperti semua ketua-ketua kerajaan, bercita-cita untuk menjadi perdana menteri yang bebas tetapi duri yang menusuk hati nuraninya daripada mereka yang jelas kelihatan adalah terlalu banyak untuk beliau tanggung. Malangnya, beliau seolah-olah tidak dapat bertahan, tetapi perjuangan menentang hati nuraninya adalah penting untuk survival politik beliau.

"Nasihat untuk Najib - kesedaran sendiri untuk memutuskan apa yang beliau mahu lakukan sebagai seorang perdana menteri. Beliau perlu berdiri dengan prinsip itu. Beliau tidak harus ditolak ke tepi oleh sesiapa pun. Ia mungkin pahit ditelan, tetapi ini adalah pil yang harus ditelan untuk dihormati, jika tidak ia akan menjejaskan imej beliau sebagaiPerdana Menteri. Tetapi beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak bertenaga." kata seorang ahli UMNO kanan.

Pemimpin seterusnya untuk UMNO

Yang hangat diperkatakan sekarang, "Siapakah Perdana Menteri sekarang? Najib atau Mahathir?"Kebanyakan orang sudah mempunyai jawapan yang jelas kepada soalan ini. Buat masa ini Najib hanyalah mengikut tulunjuk Mahathir semata-mata. Tetapi Najib adalah pilihan Mahathir selepas Abdullah. Mahathir sepatutnya mula melatihNajib untuk menjadi 'pejuang' sebelum diletakkan di atas pentas. Mahathir tergesa-gesa menolak Abdullah keluar dari tempat kejadian dan dengan itu pelantikan Najib sebagai PM disegerakan.

Mahathir akan memastikan Najib berdiri di atas kakinya sehingga pilihan raya umum akan datang. Najib sedar bahawa jika beliau memutuskan untuk tidak mendengar nasihat daripada penasihat yang dilantik secara sendiri itu, beliau akan menghadapi masalah. Ini adalah yang harus dielaknya sebelum menghadapi sebelum pilihan raya umum akan datang. Tetapi jika beliau terus mengikut telunjuk Mahathir, musuh politik akan melabel beliau sebagai PM tanpa pendirian sendiri.

Jika UMNO dan BN gagal dalam pilihan raya umum akan datang - yang dijangka akan berlaku adalah Mahathir akan mendesak perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri seperti apa yang beliau lakukan kepada Abdullah dahulu. Mahathir berharap agar dapat hidup lama untuk melihat nasib Najib selepas pilihan raya umum akan datang. Mahathir bolehlah, selepas itu, membuat keputusan siapa pula yang akan menjadi orang seterusnya untuk memimpin UMNO.

Malaysia Chronicle

Read more ...

PUTAR BELIT MEDIA UMNO!!! Tak siar penuh kenyataan Anwar, Harusani pun betul bendul percaya hidup-hidup


Setelah DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan meliwat si Saiful, media media cetak yamg menjadi tunggangan UMNO/BN terkial-kial untuk mencari isu bagi meneruskan agenda untuk memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim dimata pembacanya yang sebahagian besarnya jauh dari capaian internet.

Kali ini media-media tunggangan UMNO/BN memainkan isu kononnya DS Anwar Ibrahim dalam satu temuramahnya selama kira-kira empat minit oleh BBC Asia yang berlangsung pada 12 Januari lalu.

Media-media tunggangan UMNO/BN iaitu Utusan/Mingguan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan hanya sebahagian dari temubual tersebut untuk memperlihatkan seolah-olah DS Anwar Ibrahim menyokong golongan .

Dimana Utusan/Mingguan Malaysia @ Lidah Rasmi UMNO telah menyairkan di bawah tajuk “Anwar ulas isu Gay”..
Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.

Kata beliau lagi: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.” – Utusan/Mingguan
Manakala Berita Harian pula telah meminta pendapat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang jelas tidak tahu menahu apa sebenarnya diucapkan DS Anwar dalam temubual itu.
.
Dan melaporkannya di bawah tajuk “Tindakan Anwar sokong homosexual dikecam”..
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.

“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.

“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya, semalam.

Khamis lalu, Anwar dalam wawancara dengan BBC World News menyokong pemansuhan undang-undang lapuk homoseksual apabila ditanya mengenai sokongan diterimanya daripada golongan pro gay (pengamal seks sejenis) di negara ini selepas dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya. Kumpulan gay Filipina turut menyokong pembebasan Anwar daripada tuduhan itu – Berita Harian.
Benarkan DS Anwar Ibrahim telah menyatakan sokongannya terhadap golongan homoseksual sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media tunggangan UMNO/BN itu?

Mari kita lihat ayat apakah yang tidak disiarkan sama sekali oleh media-media tunggangan UMNO/BN itu.

Kedua-dua media tunggangan UMNO/BN itu telah menyiarkan terjemahan ayat dibawah ini..
A BBC reporter had asked Anwar whether he was prepared to push for the idea of anti-discrimination as far as gay rights were concerned, to which he had allegedly said “we will have to review some of our archaic laws.”

“We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and are committed to support the sanctity of marriage between men and women, but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant,” Anwar told BBC.
Tetapi petikan ini iaitu ayat yang disebut DS Anwar Ibrahim selepas ayat di atas tidak disiarkan sama sekali oleh mereka..
Anwar had also said Pakatan Rakyat (PR) was of the view that “we do not promote homosexuality within the public domain, and we do not need to make apologies for that.”
Kata DS Anwar Ibrahim “we do not promote homosexuality within the public domain, and we do not need to make apologies for that.”

Ayat yang jelas membuktikan beliau tidak menyatakan sokongan terhadap homoseks..

Kalau korang tak faham.. copy ayat tu dan gunakan google translate..

Video temubual tersebut sila lihat di SINI

ASD

Read more ...

NAJIB TAK PUAS HATI!!! Bulan Februari nak turun Perak lagi

Kunjungan Najib dan Rosmah ke negeri Perak (Parit Buntar dan Bagan Serai) baru-baru ini tidak sepertimana yang diharapkan. Sungguhpun beratus bas dikerah untuk memunggah rakyat Perak dari segenap pelusuk negeri, ada juga yang dibawa dari negeri-negeri lain, tetap tidak memberikan isyarat yang sesuai buat Najib untuk berangan bagi mengekalkan kuasa BN di Perak.

Ternyata kepimpinan Zambry gagal mengembalikan sokongan rakyat terhadap BN, terutamanya Umno. Petanda momentum rakyat akan menumbangkan kuasa BN di beberapa kawasan yang dikunjungi Najib nampak nyata.


Ramai yg perasan bagaimana mood Najib yang jatuh merundum dihari kedua. Biarpun program yang diatur BN Perak begitu menatang dan menyanjung Najib umpama maharaja sebuah empayar, ianya masih tidak dapat memuaskan hati Najib.


Ini menambahkan lagi suhu ketakutan Najib untuk mengadakan pilihanraya umum buat masa yang terdekat ini.


Kegagalan kunjungan Najib ke Perak kali ini perlu ditebus oleh Zambry dan barisan kepimpinan Umno Perak Februari nanti apabila Najib sekali lagi akan turun kesini.


Ada yang nakal mengatakan hanya program 'goyang gerudi' Kak Mah sahaja yang berjaya. Berjaya menambahkan menyampah rakyat kepada Umno.



Read more ...

NAJIB TAK BERANI BUBAR PARLIMEN!!! Ada ahli 7 juta pun nak kena rasuah

UMNO semakin hari semakin goyah.. itulah realitinya. Ramai pemerhati berpendapat PRU akan diadakan seawal-awalnya Mac 2012.

Namun petanda dan bunga-bunga dari Najib sendiri yang PRU ke 13 akan berlangsung pada Mac ini masih menjadi tanda tanya.

Adakah Najib berkira-kira untuk melakukan PRU masa terdekat kerana segala taktik kotor UMNO untuk memenangi PRU 13 masih belum berjalan lancar.

Ataupun Najib sendiri tidak yakin UMNO BN akan memenangi PRU 13 nanti. Berikut adalah pendedahan yang di buat oleh bekas ADUN UMNO,
Ariff Sabri yang baru-baru ini telah menyertai DAP.

Kalau Ada 7 juta Ahli, Masih Takut Untuk Adakan PRU?

Sekarang kita tahu, UMNO dan BN tidak kuat. Bila Muhyidin rasmikan dan hadhir dalam majlis Sayangi Selangor pada 31 disember 2011, dengan barisan artis yang seksi seksan, hanya 5000 orang hadir. Selalu nya bila ada artis, orang akan datang bersyusyun syusyun.

Pada masa yang sama, kerajaan Selangor yang di pimpin oleh PKR mengadakan suatu majlis agama yang di kendalikan oleh Zizan Raja Lawak dan Ustaz Azhar Idrus, 50 ribu orang membanjiri premis majlis tersebut. Tidak ada artis. Ada pelawak dan ustaz yang mengadakan sesi soal jawab agama. Tapi pengundi yang majority nya muda, memilih untuk mendengar ceramah agama.

Boleh kah kita kata BN kuat dan dapat merampas Selangor? cakap besar dan tulis atas kertas dan beri lapuran gembira pada presiden UMNO- boleh.


Macam mana kita kata UMNO-BN tidak kuat? Siapa kata demikian? Presiden UMNO dan PM yang kata. SU agung UMNO yang kata. Mereka lah yang mendedahkan kelemahan UMNO dan BN.


Sebab Presiden UMNO beritahu, pilihanraya tidak akan di jalankan selagi reformasi ekonomi nya belum tercapai. Reformasi yang di maksudkan ialah perubahan2 dalam cara ekonomi negara di jalankan.


Apakah benda nya reformasi ekonomi atau Transformasi ekonomi yang di maksudkan oleh PM dan Presiden UMNO itu? kita sebetulnya tidak ada keyakinan keatas model ekonomi yang di warwarkan oleh presiden UMNO.

Sebab pada hakikat nya,
ETP atau Economic Transformation Plan yang di istharkan oleh PM beberapa tahun yang lalu hanya lah koleksi business plans daripada syarikat2 terpilih.

Ianya bukan model ekonomi untuk rakyat tapi model ekonomi untuk pemilik bisnes besar dan elit politik. Model ekonomi yang di laksanakan oleh kerajaan BN yang di pimpin oleh UMNO, ialah suatu skim cepat kaya pyramid. Ianya model niaga ala pak man telo. Yang di bawah buat bisnes, komisyen di salurkan keatas untuk yang berada diatas.

Elit bisnes di beri monopoli mengendalikan program ekonomi negara dan sumbangan di salurkan kepada elit politik. Percayalah bila saya katakan- mana mana projek raksasa yang di istiharkan oleh kerajaan, itu semua hanya excuse atau alasan untuk membuat duit yang banyak.


Seperti kata the Oracle of Syed Putera atau
Pendita dari Syed Putera, Najib has lost the plot on how to run this country.

Pemimpin UMNO tidak ada plan atau idea macam mana hendak bangunkan negara. Mereka hanya tahu satu jalan mendapatkan sokongan dan kesetiaan.

Dan ianya bukan melalui cara menghidupkan keyakinan dan kepercayaan kepada sesuatu seruan atau cause.Ianya ialah dengan membayar semua orang.


Jika kita pergi ke Semporna Sabah, tempat Shafie Apdal, nak cari klinik pun takde. Cara Shafie Apdal mengurus dan mentadbir Semporna macam seorang lord memerintah fiefdom. Dia duduk atas kerusi dan hulur RM 10 kesetiap rakyat yang sedang beratur hendakkan RM 10.

Itu dia cara pemimpin UMNO selesai masaalah dan membangunkan rakyat terutama orang Melayu. Dan yang sedang beratur itu ada yang pengsan pula. Shafie apdal has no inkling how to liberate the thinking of orang orang bajau di Semporna.


Jadi apakah model ekonomi yang di bising bisingkan oleh Dato Najib? Ia model ekonomi yang bergantung kepada elit perniagaan untuk di jayakan. Elit2 ekonomi ini di beri nama yang kehormat dan eksotik seperti
PDP- Project Delivery Partner.

PDP itu tidak lain dan tidak bukan, ialah syarikat perniagaan yang mengemukakan cadangan2 bisnes. Cadangan2 dari syarikat2 ini diambil sebagai anak angkat atau adopt sebagai ETP. Jadi, bila kita halusi apa dia ETP, PDP dan lain lain lagi, semuanya tidak lain adalah cadangan dari rakan rakan niaga yang rapat dengan kerajaan BN.

Apakah jenis kerajaan yang beroperasi seperti ini? ianya di sebut sebagai Plutocracy- iaitu kerajaan perpaduan antara elit politik dan elit bisnes. Jadi bila pemimpin UMNO dan BN bercakap mengenai kebajikan, ia sebenarnya ialah kebajikan untuk warga korporat.


Bila Najib kata, transfomasi ekonomi nya belum selesai- maksud yang sebenarnya ialah kekayaan negara ini belum selesai di bahagi bahagikan antara rakan2. Tony Fernandez dapat airline business, anak Dr Mahathir dan Shahril dapat bisnes minyak dan gas, Gamuda dapat infrastructure, Syed Mokhtar dapat itu dan ini, YTL , Robert Kuok punya syarikat akan dapat bisness pemasaran hasil2 dari FGV.

Bila ini semua selesai, maka transformasi ekonomi Najib selesai. Dan kemudian, dia akan ada wang yang banyak untuk membeli kesetiaan dan sokongan orang Melayu.


Kedua, kalau UMNO dan BN kuat mengapa tidak mahu adakan PRU sekarang juga? Jawapan nya, reality nya UMNO dan BN adalah harimau kertas. UMNO mempunyai ahli 3.1 juta. Tahun 2009, SU Agung UMNO, Tengku yang bukan Tengku- Adnan bin Mansor mengistiharkan jumlah ahli UMNO ialah
3 juta lebih manakala warga BN berjumlah 7 juta lebih.

Dan Dato Najib sendiri dalam ucapan Perhimpunan Agung UMNO menjerit bahawa UMNO ada ahli seramai 3 juta lebih. 3 juta boleh buat apa? Sejarah mengajar kita kemenangan selalu nya di menangi oleh suatu kumpulan yang kecil.

Jadi, macam mana kita boleh kata UMNO dan BN tidak kuat dengan jumlah keahlian yang hampir sama banyak dengan jumlah pengundi di Malaysia dalam tahun 2008? UMNO dan BN mempunyai jumlah ahli seramai 7.3 juta. Jumlah pengundi 7.9 juta.

Lojik nya, jika semua warga UMNO dan BN berjumlah 7 juta lebih, Najib will win the coming elections hands down. UMNO dan BN hanya memerlukan ahli2 BN sahaja yang mengundi.


Dengan jumlah ini, mengapa kerajaan BN masih teragak agak mengadakan PRU? Sebab mereka sedar bahawa jumlah ahli yang banyak tidak menjamin kemenangan.

Mereka harus merasuah ahli mereka sendiri untuk mengelak dari di beloti. Ahli BN sendiri pun tidak mahu sokong sebuah kerajaan yang rasuah dan menjalankan skim cepat kaya ala pyramid.
~sakmongkolak47

Read more ...

KASIHAN NAJIB!!! Punya nak dapat undi kena jadi pelakun air mata

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgamkkEP6b_c9FT3teYkAO4Jn5Y1B3oIIQxeq-KgRsuBP8CU10MAkgZs1NPBfc3NwdfTdfHsKQv8_maxX31TS_T9YGD7HZ5E4zP2oN5nXyfP1EbmH-qxtmk64of0wjHD7Pq6zhszgQkkyOJ/s320/najib+hollering%5B3%5D2.jpgLepas Rosmah, kini tiba giliran Najib !Macam budak-budak lapar susu menangis berlakon keluar air mata.

Tapi Najib kununnya menangis sebab penyewa di Kompleks PKNS di Shah Alam tertekan dengan kenaikan kos sewaan seja tahun lalu.


Apa yang tidak dijelaskan Najib , hanya 30 peratus penyewa saja yang tidak beesetuju, itu pun majoritinya pencacai Umno-APCO.


Kenapa begitu sekali mereka menentangnya?


Sebab masing-masing dah kaya raya tapi masih tamak haloba saling tak tumpah dengan perangai pemimpin Umno-APCO lain rembat segala projek untuk perkayakan diri sendir dan kroni.


Jadi apa faedahnya Najib menangis begitu rupa? Tak ada sebab lain melainkan hanya nak meminta simpati dan dalam masa sama menyalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang melakukan keputusan demi rakyat dan juga faedah penyewa.


Jangan terpedaya dengan air mata lanun yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat kerana segala janji-janjinya cuma untuk kepentingan politik dan bukannya benar-benar membela nasib rakyat.


Atau ia cuma petanda Selangor bukan mudah ditumbangkan kerana hampir setiap minggu ada saja program kebajikan untuk rakyat disediakan di samping bantuan setiap bulan seperti 20 meter padu air percuma, skim Tawas dan macam-macam lagi.


Biarkan Najib menangis sepuas hatinya kerana rakyat Selangor tidak mudah terpedaya dengan lakonan hero filem Tamil yang tak "real"!


JALAN PULANG



Majoriti setuju kenaikan sewa Kompleks PKNS


Seorang pegawai kanan Menteri Besar Selangor menegaskan mereka yang menentang kenaikan kadar sewa kompeks PKNS di Shah Alam bukan penyewa.


“Mereka yang menentang kenaikan kadar sewa di kompleks itu adalah golongan kaya raya.


“Di rumah mereka berderetan kereta mewah hasil dari aktiviti sebegini?” kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Faekah Husin dalam kenyataan media hari ini.


Sebenarnya, kata beliau, 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini.


Penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran, tambahnya.


Faekah mengulas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kompleks itu semalam.


Najib dilaporkan sebagai berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga tentang kenaikan kadar sewa di Kompleks PKNS.


Hero filem Tamil


Faekah menyifatkan gelagat Najib itu sebagai hero filem Tamil.


Lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan air mata telah memualkan banyak pihak, katanya.


Sebaliknya beiau mendakwa kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.


“ Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.


“Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin Umno yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan Felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka.


“Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan,” kata Faekah.

Read more ...

PAPA GOMO & PARPU KARI KENA SAMAN!!! RM 10 Juta beb...bukan RM 10 Ribu , tapi tak pa UMNO boleh tolong?

Hebat !

Itulah berani lagi mengarut yang bukan2 dalam blog. Kalau tak pasti, tanya. Jangan main tuduh2. Jangan main fitnah2. Nak tulis pandangan sendiri, tulis lah. Tapi biarlah ada hujah supaya orang yang terkena tue tak boleh anggap ia sebagai fitnah. Dalam erti kata lain == > berhujah bukan nya menfitnah.

Lihat bawah neh ;




Nama, no ic, dan alamat seme complete disiarkan di paper the star bertarikh semalam. Benda neh pun aku dapat dari laman web umnoreform. Kredit pada dia. Tenkiu.

Nasihat aku pada papa gomo dan parpu kari, minta maaf dah larh. Tak guna korang pertahankan benda yang salah. rm10juta ko tahu. Bukan rm100,000.00. RM100,000.00 pun korang tercekik2 nak mencari, neh kan pula rm10juta. Mana nak cekau?


Orang kalau melawan kemungkaran, logik gak disaman2 neh. Neh pasal menulis fitnah. Buang masa je defend bagai. Lue fikirlah sendiri. Bak kata aku, berani buat, berani larh lue hadap.


kah kah kah

Ameno : 10 juta beb.. bahaya siot.

Read more ...