Monday, March 15, 2010

Najib lantik penasihat Yahudi










KUALA LUMPUR, 15 Mac : P
erdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud wujud bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata tindakan pemimpin-pemimpin Umno menggunakan khidmat syarikat atau perunding Yahudi bukanlah perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

"Orang kata "Anwar, mereka keji kamu, mereka fitnah kamu, mengapa kamu fitnah balik?". Tidak, saya tidak akan sebut kalau saya tidak ada bukti," kata Anwar.

"Datuk Seri Najib lantik syarikat Yahudi bernama APCO. Saudara-saudari boleh layar internet dan selidik apa dan siapa APCO ini - sebuah syarikat perunding Yahudi. Siapa penasihat utamanya kalau bukan bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman," tambah beliau.

"Untuk menjadi Duta Israel ke Amerika Syarikat dan Jerman, haruslah menjadi Zionis yang keras. Orang-orang seperti inilah yang mengasaskan APCO, yang antara peranannya adalah menasihatkan diktator, pemimpin-pemimpin dan pandangan kelompok Yahudi," tegas beliau.

Datuk Seri Anwar berucap kepada ribuan orang di Dewan Che Yang Khor, Pangkalan Assam, di Kangar, Perlis.

Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana APCO menjual idea yang telah di guna pakai di Israel untuk memulakan program 1Malaysia tajaan Najib Razak.

"Antara yang dinasihati APCO ini adalah Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. Apa nasihat mereka kepada beliau pada masa itu? Mereka nasihatkan Ehud Barak supaya perkenalkan slogan Satu Israel," jelas Anwar.

"Tahun 2009, Najib lantik APCO sebagai penasihat. Nasihat yang sama juga diberikan kepada Najib. Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia. Berapa belanjanya? RM60 juta ringgit," tambah lagi.

Anwar berkata tindakan Najib menggunakan APCO menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai Negara Islam.

"Saudara, keangkuhan Umno sudah sampai kepada kemuncaknya. Berani sungguh sebuah negara Islam lantik APCO seabgai penasihatnya. Seteruk-teruk negara Islam lain, tidak pernah yang sampai ke tahap ini. Umno sanggup, kerana mereka ingat orang Melayu boleh diperbodohkan," kata Anwar.

"Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada kita," katanya lagi.

Pada ceramah ini Datuk Seri Anwar juga menggesa rakyat supaya waspada terhadap cubaan berterusan Umno untuk meniupkan sentimen perkauman dalam usaha meraih sokongan orang Melayu

"Mereka turun ke bawah tuding jari mereka kata orang itu Yahudi, orang ini Cina, orang ini khianat Melayu walhal penasihat mereka APCO," kata Anwar.

"Dahulu Mahathir bayar taukey judi Yahudi sebab mahu berbaik dengan Presiden George Bush, sekarang APCO buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sebagai penasihat kepada Najib dan Rosmah," tegas beliau. -TVS

Read more ...

Kerajaan Pakatan terbukti mampu urus ekonomi

KOTA SARANG SEMUT , 15 Mac : Bukti nyata Pakatan Rakyat (PR) mampu menguruskan ekonomi negeri ini dengan baik ialah apabila Kerajaan Negeri terus mampu bertahan meskipun mengalami kerugian sebanyak RM50 juta setelah mengurangkan bayaran cukai tanah sebaik mengambil alih pemerintahan dua tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, PR sememangnya mampu memerintah dengan baik jika diberi peluang.

“Ini yang sudah kita buktikan. Berbekalkan bajet hanya sebanyak RM180 juta sewaktu mengambil alih Kerajaan Negeri daripada Barisan Nasional (BN), kita masih mampu merencanakan projek yang menjurus kepada kemajuan rakyat di samping pembangunan yang berterusan berkat usaha Kerajaan Negeri menolak amalan rasuah dalam pentadbiran,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri kini sedang merungkai banyak ikatan perjanjian lama yang hanya menguntungkan segelintir pihak tertentu.

“Kita mahu ubah kepada perjanjian baru yang menguntungkan rakyat demi keadilan rakyat negeri ini yang membayar cukai setiap tahun,” katanya.

Menurutnya, pada 11 Mac lalu, beliau dikunjungi kerabat diraja Norway yang menyatakan hasrat mahu melabur di negeri ini dalam bidang akuakultur dengan nilai pelaburan RM400 juta.

“Jadi, dari sudut mana, UMNO dan BN menuduh kami tidak pandai membawa masuk pelaburan asing?”katanya.SH

Read more ...

Serangan ke atas Anwar tidak lemah kerjasama

KUALA TERENGGANU , 15 Mac : Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menganggap serangan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kehilangan majoriti kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen tidak akan lemahkan kerjasama Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, isu yang digembar-gemburkan Anwar akan ditolak dan pemimpin berbangsa Cina akan memerintah negara berikutan kerusi DAP telah mendominasi Parlimen dilihat sebagai modal politik.

“Kita yakin perkara sedemikian tidak akan memberi kesan kepada rakyat dan ia hanya modal politik di mana masyarakat sudah tahu serta lapuk.

“Kita percaya rakyat Malaysia lebih matang untuk berhadapan dengan pilihan raya akan datang dan mereka akan menolak mana-mana pemimpin yang bersifat perkauman sempit,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sekiranya masyarakat bukan Melayu menjadi Ketua Pembangkang, beliau menganggap sebagai bukan perkara baru kerana sebelum ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah menjadi Ketua Pembangkang.

Mengulas berhubung Anwar yang rela melepaskan jawatan Ketua Pembangkang kepada DAP yang kini mendominasi jumlah kerusi PR di Parlimen, Dr Syed Azman menghargai dan menghormati pandangan tersebut.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak akan terjadi kerana PR telah sebulat suara mahu mengekalkan Anwar dengan jawatan itu untuk memimpin Ahli Parlimen PR bagi menghadapi pilihan raya.SH

Read more ...

Regu guna nama DUN, Parlimen

PARIT BUNTAR , 15 Mac : Pertandingan sepak takraw anjuran PAS Sungai Baru Pangkal yang berlangsung di sini menampilkan satu keunikan kerana pembentukan regu dibuat oleh penganjur.

Setiausaha PAS Sungai Baru Pangkal, Johari Arbain berkata, 36 pemain yang menyertai pertandingan ini telah dibahagikan mengikut posisi kemudian diundi untuk menentukan regu yang diwakili.

“Sebanyak 12 regu telah dibentuk dan setiap regu menggunakan nama Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen di Perak yang dimenangi Pakatan Rakyat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Johari berkata, beliau bangga kerana PAS Sungai Baru Pangkal dapat menganjurkan pertandingan itu, yang mana pelbagai manfaat boleh didapati dari menyertai aktiviti sedemikian.

“Pertandingan ini adalah usaha untuk memberi peluang kepada anak muda melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah seperti sepak takraw,” katanya.

Johari berkata, pertandingan berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang panas namun tidak mematahkan semangat pemain untuk mengalahkan lawan masing-masing.

“Saya ucap terima kasih kepada petugas terutama AJK Dewan Pemuda PAS Parit Buntar yang turun membantu pengendalian pertandingan pada hari ini,” katanya

Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari yang membuat sepak mula sebagai tanda bermulanya pertandingan dengan rasminya.

Abdul Yunus dalam ucapannya memberikan kata-kata perangsang kepada pemain bagi mempamerkan kemahiran masing-masing.

“Diharapkan lebih ramai anak muda menyertai aktiviti sukan bagi meningkatkan tahap kemahiran sedia ada, selain menyihatkan badan dan mengeratkan hubungan,” katanya.

“Menang atau kalah adalah adat pertandingan, yang penting pemain dapat menamatkan pertandingan dengan semangat kesukanan yang tinggi” katanya.

Read more ...

Dedahkan bil tertunggak, jangan tuduh

IPOH , 15 Mac : Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) dilihat sengaja mengaitkan isu tunggakan 11 bulan bil air dan elektrik 60 dewan serba guna dan dewan orang ramai seluruh Perak semasa era pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Bekas Exco Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Ngeh Koo Ham mempersoalkan motif sebenar Kerajaan Negeri mendedahkan tunggakan bil berkenaan sedangkan sepanjang 11 bulan PR memerintah tidak pernah menerima apa-apa aduan atau notis daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Lembaga Air Perak (LAP) berhubung pemotongan kerana gagal menjelaskan bayaran.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, Kerajaan PR telah berjaya membawa hasil tambahan RM100.4 juta kepada sumber kewangan negara pada tahun 2008, malah tidak timbul langsung permasalahan tunggakan sebagaimana dinyatakan.

“Saya mencabar Datuk Ramly Zahari sebagai Exco yang bertanggungjawab dalam portfolio ini memberikan butiran yang sahih dan jelas berdasarkan kenyataan yang dikeluarkannya.

“Jika beliau (Ramly) merujuk kepada 11 bulan tunggakan semasa pemerintahan PR, bagaimana pula yang berlaku pada 13 bulan terakhir ketika BN mengambilalih negeri, seharusnya perlu dinyatakan dengan jelas kepada rakyat,” katanya melalui kenyataan bertulis kepada Sinar Harian di sini, semalam. SH

Beliau berkata, kenapa isu ini boleh timbul sedangkan PR telah memberi hasil pendapatan tambahan kepada negeri dan negara pada ketika itu.

“Apa yang saya nampak beliau mempunyai agenda tertentu ataupun boleh disifatkan sebagai bermotifkan politik untuk mengaburi mata rakyat tentang keburukan PR.

“Apa saja yang kami (PR) atau BN buat, biarlah rakyat tahu dan hanya rakyat menilai pihak mana betul dan pihak mana salah,” katanya.SH

Read more ...

Mohsin perlu dapatkan mandat rakyat

IPOH , 15 Mac : Kenyataan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri kelmarin, yang mengakui tidak akan sertai mana-mana parti, termasuk Barisan Nasional (BN) masih diragui kerana tidak menyebut tidak menyokong BN sama ada dalam atau luar Parlimen.

Ahli Majlis Syura Pas Pusat, Ahmad Awang berkata, beliau dan pengundi Parlimen Bagan Serai mahukan satu kenyataan atau kesahihan daripada Mohsin untuk tidak sokong atau sertai BN dan dalam masa sama mengeluarkan kenyataan menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Mohsin juga perlu adil kepada rakyat di kawasannya dan diminta segera memberi penjelasan kepada rakyat.

“Kita akan tengok rentak dia, ke mana hala tuju dia selepas ini, sama ada mahu berjumpa rakyat menjelaskan keadaan sebenar ataupun tidak.

“Kalau dia ingat jawatan Ahli Parlimen yang disandangnya kini adalah hasil sokongan rakyat, seharusnya dia kembali kepada rakyat dan bertanyakan pada rakyat sama ada tindakannya boleh dimaafkan atau tidak.

“Jika rakyat tidak boleh menerima tindakan dia, seharusnya dia perlu sedar jalan terakhir adalah letak jawatan, bagi peluang kepada rakyat memilih pemimpin lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang tidak akan letak jawatan sehingga pilihan raya umum akan datang serta dalam masa sama tidak akan menyertai BN.

Sementara itu, solat hajat untuk Ahli Parlimen Bagan Serai itu sudah dilangsungkan bermula malam semalam, dan akan diteruskan sehingga genap tujuh hari di kawasan berlainan dalam Parlimen Bagan Serai.

Ahmad berkata, niat diteruskan untuk memberi kesedaran kepada Mohsin berhubung tindakannya keluar parti walaupun Ahli Parlimen berkenaan tidak melepaskan jawatannya.

Menurutnya, solat itu dilangsungkan bukan untuk meminta bala atau kecelakaan terhadap Mohsin, tetapi hanya untuk memberi kesedaran dan petunjuk supaya kembali kepada kebenaran.SH

Read more ...

Warga emas Pulau Pinang dapat RM100 melalui pos

GEORGETOWN , 15 Mac : Bagi memastikan rakyat Pulau Pinang yang berusia 60 tahun ke atas, tidak bersusah-payah berkunjung ke pusat khidmat Adun untuk mendapatkan sumbangan wang RM100 menerusi projek Warga Emas, wang berkenaan akan dikirimkan terus ke alamat penerimanya.

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, wang itu akan dikirimkan selepas pelancaran program penghargaan Warga Emas yang bakal dilancarkan di kompleks Masyarakat Penyayang, Ahad ini.

Dalam satu kenyataan medianya, Lim berkata, kerajaan negeri Pakatan Rakyat sentiasa berusaha mendengar suara rakyat, bekerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada semua.

“Julung kali dalam sejarah Pulau Pinang, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang bermastautin di Pulau Pinang diberi penghargaan wang tunai sebanyak RM100 setahun.

“Ia adalah hadiah simbolik kerajaan negeri kepada semua warga emas atas sumbangan dan usaha mereka yang membolehkan Pulau Pinang mengecapi kejayaan hari ini, baik dari segi sosio-ekonomi mahupun dalam aspek perpaduan dan harmoni masyarakat majmuk,” katanya.

Lim berkata kerajaan negerinya mampu berbuat demikian berdasarkan amalan belanjawan berhemah, jimat-cermat, urus tadbir baik melalui CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) yang berpaksikan 'amar maa'ruf nahi mungkar'.

“Urus tadbir CAT mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa anti rasuah terunggul,Transparency International, yang buat kali pertamanya memuji sebuah kerajaan negeri di Malaysia.

“Laporan Ketua Audit Negara juga memuji kejayaan kerajaan negeri yang menukarkan anggaran defisit Belanjawan 2008 sebanyak RM35 juta kepada rekod lebihan RM88 juta dan anggaran defisit Belanjawan 2009 sebanyak RM40 juta kepada lebihan RM77 juta,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun menurut Lim, pihaknya berasa kesal pihak lawan politiknya cuba mensabotaj program Warga Emas dengan menuduh pemberian wang RM100 kepada golongan berusia sebagai tindakan rasuah.

“Kami akan meneruskan program ini dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang siasatan atau tindakan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Lim.

Beliau berkata penghargaan wang tunai itu merupakan kesinambungan kerajaan Pakatan Rakyat yang telah pun berjaya membasmi miskin tegar di Pulau Pinang.

Pulau Pinang, kata Lim, juga berbangga kerana berjaya memberikan rebet air RM100 kepada hampir 170,000 keluarga susah dan mampu menyumbang beras percuma sepanjang tahun 2008 dan 2009 kepada golongan berkenaan.

Read more ...

Media Umno diminta henti laporan perkauman

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyeru akhbar rasmi Umno/Barisan Nasional khususnya Utusan Malaysia agar lebih profesional dalam melaporkan berita dan menghentikan laporan bersifat perkauman.

Beliau ketika diminta mengulas mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dukacita terhadap pengabaian kebebasan yang dilakukan oleh media baru berkata, titah itu harus diberi perhatian oleh semua pihak, termasuk media milik Umno/Barisan Nasional.

"Saya kira yang terkesan sekali bukan sahaja media baru tapi yang paling penting iaitu lidah rasmi yang ditawan parti Umno, kerana banyak siaran Utusan Malaysia itu begitu rasis dan memang membangkitkan sentimen kebencian dan perkauman.

"Saya fikir selepas perutusan (Tuanku Mizan) hari ini, Utusan Malaysia wajib melaksanakan tugas dengan profesional, jangan lagi wujud serangan yang jahat yang mampu membangkitkan kebencian kepada orang Melayu dan bukan Melayu," katanya kepada pemberita di lobi parlimen tengah hari ini.

Tuanku Mizan ketika merasmikan Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 hari ini bertitah bahawa fitnah, pembohongan dan pemesongan fakta masih berterusan dengan merujuk kepada kandungan media baru.

“Semua pihak yang terlibat perlu sedari, tiada agama yang merestui tindakan sedemikian. Kami menggesa mereka supaya menghentikan segera perbuatan itu,” titah Tuanku Mizan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Umno/Barisan Nasional sering kali menggunakan saluran tertentu untuk kepentinagn mereka.

"Hakikatnya itulah Barisan Nasional, sering berselindung di sebalik pihak-pihak lain untuk kepentingan mereka," katanya.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen akan bermula esok dan berakhir 15 April.

Read more ...

Pakatan GST ditarik balik bukan ditangguh

KUALA LUMPUR 15 Mac : Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST perlu ditarik balik dan bukan setakat ditangguh sahaja kerana ia merupakan bebanan kepada rakyat kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menganggap keputusan Parlimen pada kali ini yang tidak akan membincangkan tentang GST sebagai satu kemenangan Pakatan Rakyat.

"Kerajaan perlu membangunkan ekonomi rakyat dahulu sebelum menjalankan beberapa usaha untuk meningkatkan hasil cukai negara. Perkara ini bukan senang untuk dilaksana tetapi ada banyak pandangan yang merasakan kos perkhidmatan dan barangan akan meningkat.

"Pakatan Rakyat merasakan GST perlu ditarik balik bukannya ditanggungkan," sambungnya lagi.

Pendapat beliau disokong Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyatakan rakyat belum lagi bersedia menerima perlaksanaan cukai seperti ini.

"Sepatutnya rang undang-undang ini perlu ditarik balik kerana jika sedang kali ini tidak dibentang tetapi pada sidang yang akan datang ia akan dibentang juga.

"Alasan kerajaan untuk mendapat respon dari rakyat adalah silap, sepatutnya sebelum merangka GST ia perlu mendapat respon dari rakyat. Jika rang undang-undang telah dirangka bagaimana respon rakyat boleh dimasukkan walaupun boleh mengemukakan pindaan tetapi kita melihat ini umpama tikus membaiki labu kerana kita lihat ia tidak dapat memastikan rang undang-undang memberi kesejahteraan kepada rakyat sepenuhnya," jelasnya.

Mahfuz juga menganggap rakyat belum bersedia untuk menghadapi GST kerana pendapatan rakyat masih rendah.

"Pendapatan rakyat masih rendah kerana 93 peratus rakyat tidak layak dicukai kerana faktor pendapatan mereka. Jika GST dilaksanakan maka ini tidak adil kepada rakyat yang tidak layak dikenakan cukai," sambungnya lagi.

Persidangan Parlimen pada kali ini menarik minat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan menyifatkan titah Yang DiPertuan Agong bersifat adil.

Mengulas titah baginda, Khalid berkata Tuanku Mizan Zainal Abidin mengarahkan agar setiap Ahli Parlimen bekerjasama untuk pembangunan rakyat.

"Walaupun kita berbeza dari segi konsep parti tetapi yang penting ialah bagaimana kita menterjemahkan kepentingan negeri dan negara untuk kepentingan rakyat dan perkara yang paling penting ialah kita mesti memberikan memberitahu pentadbir serta pegawai kerajaan supaya tidak membezakan antara parti-parti politik

"Sebagai contoh di Selangor pemerintahan adalah Pakatan Rakyat dan bekas pegawai-pegawai kerajaan menterjemahkan usaha Pakatan Rakyat untuk membangunkan negeri Selangor dan tidak boleh dibeza-bezakan," jelas beliau.

Mahfuz pula berkata titah Yang Di-Pertuan Agong supaya setiap Ahli Parlimen menunjukkan sikap terbaik mereka perlu diambil iktibar kepada Ahli Parlimen yang melompat parti.

"Contoh Ahli Parlimen yang terbaik adalah Ahli Parlimen yang tidak melompat parti kerana ini adalah prinsip dan amanah yang telah diberikan rakyat kepada mereka. Kepada Ahli Parlimen yang lompat parti perlu melepaskan jawatan mereka kerana sikap mereka telah mengecewakan rakyat," tegas beliau.

Read more ...

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak ditembak mati

TELUK INTAN, 15 Mac: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Siva Pandian mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, sebentar tadi.

Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan beliau mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi.

Difahamkan, suspek menaiki motosikal datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan.

Polis pada waktu ini sedang berada di tempat kejadian, manakala mayat mangsa belum dialihkan.Intanhijau

Read more ...