Wednesday, October 3, 2012

FAKTA!!! P.Pinang akan bankrap jika terus diperintah kerajaan Pakatan?

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sentiasa difitnah dan dibohongi oleh para pemimpin UMNO dan pecacai mereka termasuk Utusan Malaysia dan TV3 sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008.

Fakta di atas adalah bukti pembohongan dan fitnah UMNO. 

Read more ...

VIDEO !!! Presiden ISMA hanya berani di luar gelanggang , sama macam Najib

http://sphotos-b.xx.fbcdn.net/hphotos-prn1/c0.0.770.368.10201660735/p843x403/644479_522545044427821_1214316383_n.jpgRamai mengharapkan Debat yang dianjurkan Institut Pemikiran Nik Abdul Aziz berlangsung dengan jayanya. Ramai yang mahu mendengar sendiri hujah Presiden Isma berkenaan tahalluf siyasi . 

Sebelum ini Presiden Isma ini banyak mengkritik tahalluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat. Apabila Institut Pemikiran Nik Abdul Aziz menganjurkan debat ini, masanya untuk Presiden Isma ini mengemukakan hujah secara berdepan dengan pimpinan PAS terbuka luas. 

Malangnya, Presiden Isma ini tidak menggunakan peluang ini apabila menarik diri di saat-saat akhir atas alasan yang tidak dapat diterima. Boleh tanya Institut Pemikiran Nik Abdul Aziz alasan Presiden Isma ini. 

Kini, Buletin Isma (video di atas) menyiarkan satu lagi hujah Presiden Isma berkenaan tahalluf syiasi PAS dalam Pakatan Rakyat. Presiden Isma diharap berani berhujah secara berdepan bukan hanya berani seperti Najib menghentam PR tapi bila diajak berdebat tidak berani. 

Jika ada hujah kemukakan secara berdepan bukan hanya berani dalam kelompok sendiri. Jika tidak mahu penganjur lain, Isma boleh anjurkan debat Presiden Isma dengan Dr Mujahid sekali lagi atas tajuk yang sama.

Read more ...

VIDEO PANAS!!! Tarian gelek goyang gerudi Syaitan Yang Dikenali

Inilah wajah sebenarnya Umno, benarlah kata-kata mantan Presiden Umno, Mahathir Mohamad bahawa Umno adalah syaitan yang dikenali..

yang berpura-pura, sehingga sanggup menipu seluruh rakyat negara ini, kononnya mereka cintakan Islam cintakan Rasul 


Tarian gelek dengan alunan muzik dangdut yang amat 'menjelekkan' telah dihidangkan kepada khalayak pada malam kemuncak Kejohanan Bola Tampar Terbuka Terengganu 2012 di Teluk Mak Nik (Monica Bay) Chukai, Kemaman, pada Ahad 23 September. 

Betapa 'retorik dan munafiknya' pemimpin Umno seolah-olah mempermain-mainkan ajaran Islam kerana hiburan 'haram' itu diadakan dalam tempoh tidak sampai seminggu, kononnya Umno bersikap 'luhur dan bersih'. 

 Pada 20 September, Perdana Menteri Najib Razak, bersungguh-sungguh menyeru orang ramai agar menyokong usaha Pemuda Umno yang akan mengadakan perhimpunan aman pada Jumaat 21 Septmber, mengecam filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW. 

Selang tiga hari, program kejohanan bola tampar pantai anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang dirasmikan sendiri oleh Menterinya Shabery Cheek pada 20 September lalu, menganjurkan maksiat yang dilarang oleh Allah, agama Islam dan rasulNya. 

 "Inilah wajah sebenarnya Umno, benarlah kata-kata mantan Presiden Umno, Mahathir Mohamad bahawa Umno adalah syaitan yang dikenali, yang berpura-pura, sehingga sanggup menipu seluruh rakyat negara ini, kononnya mereka cintakan Islam cintakan Rasul, "sebaliknya, kita dapat lihat sendiri, apa yang pemimpin Umno Shabeery Cheek sendiri yang menganjurkan program maksiat itu,"tegas Ustaz satiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu. 

 Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan pada program Ceramah Bongkar Isu Semasa yang diadakan di Kampung Baru Kuala Abang, dekat sini, semalam 24 September ~ Buletine Online 
SUMBER
 DANGDUT UMNO :



 Patut la orang BN suka sangat tarian nie.. Malaysiakini. 

 Kalau korang nak tengok video wanita-wanita UMNO terkinja-kinja macam kera sila Klik [SINI]

 Buletin Online

Read more ...

RAKYAT TOLAK NAJIB!!! Video #TanyaNajib dipadam, Twitter teruk dikritik..


Sebentar tadi Addin mengikuti program #TanyaNajib yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube.
Najib kelihatan berjoli sakan semata-mata untuk promosikan mempromosikan program tersebut.

Tidak cukup dengan promosi di media arus perdana, beliau turut menggunakan mengiklankan di Google.

Ianya dengan harapan program tersebut mendapat sambutan hangat di dalam misinya meraih sokongan golongan muda. (rujuk sini).
Najib seolah-olah cuba menandingi Anwar Ibrahim yang sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai ahli politik pertama di Asia bersiaran melalui Google Hangout, melalui program #BorakAnwar.

Namun malangnya apa yang diharapkan oleh beliau nampaknya tidak menjadi kenyataan. Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga internet.


Buktinya, semasa artikel ini ditulis, kira-kira sepuluh minit selepas program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605 undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton sila lihat sendiri klik [
YouTube]
gambar-milosuam

Namun, tak sampai setengah lepas tu video YouTubetersebut telah diprivatekan (kata mudah, padam). Sungguh memalukan, setelah pelbagai usaha di buat untuk promosi program tersebut berakhir dengan kegagalan. Lihat di bawah dan klik sini.


Manakala di Twitter #TanyaNajib, Najib teruk di belasah oleh pengikutnya. Pelbagai soalan yang tak logik tetapi ianya menggambarkan warga internet sudah bosan dengan Najib. Maka medan inilah menjadi tempat melepaskan ketidakpuasan hati terhadap Najib dan pentadbirannya.


Kesimpulannya, apa yang di buat oleh Najib dan pentadbirannya di tolak kerana rakyat sudah muak dan meluat dengan permainan mereka.

Rakyat hanya tak sabar untuk mengundi pada PRU13 bagi menumbangkan Najib dan gerombolannya.Addin

Read more ...

SURAT TERSEBAR!!! Ali Rustam mengaku belanja RM 600 ribu untuk majlis kahwin anak

Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu!

Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.


Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu.


Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis:


@shamsuliskandar
Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat?

[
@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]

Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut.


Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan.




Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu.


Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam.


Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu.


Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan.


JALAN PULANG


Read more ...

TU DIA!!! Bongkar gaji CEO Tabung Haji RM 85 RIBU sebulan, bonus RM 700 RIBU




Satu lagi pendedahan terbaru berkaitan Tabung Haji terbongkar hari ini!

Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam sidang dewan rakyat sebentar tadi membahaskan bajet 2013 Barisan Nasional (BN) mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti penyata gaji bulan Disember 2011 milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji yang hanya bekerja secara kontrak memperolehi gaji sebanyak RM85 ribu sebulan dan bonus pada tahun yang sama sebanyak RM700 ribu!

Beliau mempersoalkan bagaimana status CEO yang hanya diambil secara kontrak boleh memperolehi gaji sebesar itu sedangkan dalam masa yang sama gaji dan bonus CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bekerja tetap tidak sampai sebanyak itu, malah melebihi gaji dan bonus perdana menteri sendiri.


Beliau mengesyaki bahawa adanya penyelewengan yang berlaku dalam institusi terbabit sehingga berlaku ketidak puasan hati sesetengah pegawai kanan yang mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan perkara sedemikian berlaku.


Pendedahan Mahfuz membuatkan ahli parlimen BN terdiam seketika tanpa mampu membalas hujah Mahfuz.


Ini termasuklah pendedahan pada 9 April lalu yang mana Mahfuz mempertikaikan dakwaan pemindahan wang Tabung Haji sebanyak RM300,000 ke dalam akaun peribadi ketua pegawai eksekutif badan tersebut, Ismee Ismail.


Mahfuz berkata, kerajaan dan Tabung Haji perlu menjelaskan dakwaan tersebut ekoran jawapan yang diberikan timbalan menteri kewangan, Donald Lim Siang Chai di Dewan Rakyat masih tidak memuaskan.

Mahfuz berkata, Donald sekadar menjawab bahawa langkah itu dibuat mengikut prosedur tetapi tidak menjelaskan sebab pemindahan wang itu dilakukan.

"Duit itu untuk apa"," soalnya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen.

Duit berkenaan mungkin untuk bayaran gaji Ismee "berjumlah RM85,000 sebulan", kata Mahfuz lagi yang turut mengedarkan dokumen berhubung dakwaan tersebut.

Dokumen yang diedarkannya itu antara lainnya menunjukkan arahan terperinci ketua pegawai kewangan Tabung Haji kepada pengurus banknya supaya memindahkan wang ke akaun peribadi Ismee.


JALAN PULANG

Read more ...

TIADA PENDAKWAAN!!! Walaupun 6 kertas siasatan SPRM sudah dibuka ke atas seorang 'Ketua Negeri'


Seorang anggota panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Salahuddin Ayub (kiri) berkata suruhanjaya itu sebelum ini membuka sebanyak enam kertas siasatan ke atas seorang "ketua negeri" berhubung dakwaan rasuah.


Namun, pendakwaan terhadap "tokoh popular dan memiliki harta yang banyak" itu tidak dapat dibuat kerana kelemahan peruntukan undang-undang bawah Akta SPRM 2009, kata Naib Presiden PAS itu tanpa menamakan individu tersebut.


Ahli parlimen Kubang Kerian itu berkata, kelemahan dalam peruntukan berhubung pengakuan dan beban pembuktian berkaitan kes rasuah perlu diteliti semula melalui satu suruhanjaya pembaharuan undang-undang yang perlu segera ditubuhkan.


"Sebab itu SPRM mencadangkan kepada (panel khas SPRM) untuk membawa (cadangan ini) ke parlimen, supaya diadakan pembaharuan kepada undang-undang ini," kata naib presiden PAS itu lagi dalam satu sidang media di banguna Parlimen hari ini.


Jelasnya, kelemahan itu melibatkan peruntukan dalam Seksyen 23 dan Seksyen 50 Akta SPRM 2009.



"Kes rasuah ini, berlaku satu sama satu. Kita tak ada beri rasuah di tengah jalan atau diiklankan. Tetapi kelemahan undang-undang (seksyen) 23 dan 50 ialah mahkamah tidak menerima kes pengakuan tidak seperti Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura.

"Sebab itu SPRM mencadangkan kepada (panel khas SPRM) untuk membawa (cadangan ini) ke parlimen, supaya diadakan pembaharuan kepada undang-undang ini 
"...Sebab itu dalam kes rasuah ia memerlukan pengesahan (corroboration), tidak boleh mengaku sahaja... Sebab itu, kita mahu (peruntukan itu) dilihat semula," katanya lagi dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

SPRM pada tahun lalu mengakui sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.


Pada Mei lalu, suruhanjaya itu menyatakan bahawa siasatanberhubung dakwaan rasuah itu masih belum diselesaikan.



JALAN PULANG

Read more ...

MESEJ ALI RUSTAM KEPADA NAJIB!!! Saya lebih popular, kekalkan jawatan saya...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhL0VbMAnaUexhEwJn-Ddq-5AVYzjgqHG62-ZQjcRJIll7dlSpw5oX0rd6aNwA7Cp1-orkbgVZkRknUWLWA36Rvh-1wRA6Qe3Ku8UGwSIvT754H0YWbOeWHJ2kYodRaE2wLhaZbAFhzfY04/s640/Ali+Ketam+2.jpgIsu perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang dihadiri oleh 130 ribu orang tetamu dan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records(MBOR) sebagai majlis perkahwinan terbesar dan dihadiri oleh paling ramai tetamu, kini menjadi bualan di mana-mana dan oleh sesiapa saja.

Sebelum ini pelbagai pihak mendesak Ali Rustam menjelaskan kos dan perbelanjaan majlis itu. Ini berikutan andaian jika kos jamuannya sebanyak RM10 pun seorang untuk 130 ribu tetamu, ia sudah mencecah RM1.3 juta. Itu belum lagi termasuk kos-kos lain seperti dewan, hiasan, pelamin, bunga telur dan sebagainya.


Jika kos jamuan tetamu meningkat kepada RM20 atau RM30 seorang, kosnya tentulah berlipat kali ganda lagi. Dalam pada itu, dilaporkan juga bahawa selepas ini beliau juga akan mengadakan satu lagi majlis di hotel lima bintang di Kuala Lumpur untuk tetamu VIP yang tentunya menelan belanja ratusan ribu ringgit lagi.


Semua orang memperkatakannya. Dari mana beliau mendapat duit sebanyak itu. Daripada soal perbelanjaan, tajaan dan kemewahan majlis itu, semuanya dipertikaikan. Meskipun Ali dilaporkan berkata, kos majlis itu hanya sekitar RM600 ribu sahaja di mana beliau mengupah 30 orang chef untuk menyediakan hidangan nasi beriani campur sementara ada pegawai di pejabat Ketua Menteri pula mengatakan, majlis itu melibatkan tajaan dan sumbangan sukarewan percuma pelbagai pihak, apa yang bermain di fikiran ramai orang ialah "gila" apakah yang sudah menyampuk Ketua Menteri itu sehingga menjemput sebegitu ramai tetamu dan membenarkan pula urusetia MBOR hadir serta menyampaikan sijil pengiktirafan berkenaan majlis perkahwinan anak lelakinya itu.


Sebagai Ketua Menteri yang memegang "kunci harta karun" kerajaan Melaka, sebenarnya tidaklah memeranjatkan sangat tentang kos jamuan sebesar itu. Beliau tentulah tahu bersilat untuk mendapatkan perbelanjaan mengadakan majlis seperti itu.


Jika majlis itu melibatkan tajaan pula, ia juga bukanlah memeranjatkan. Tentulah berebut ahli perniagaan dan golongan kapitalis yang ingin bersikap murah hati terhadap beliau dengan menghulurkan tajaan dan sumbangan. Ia boleh jadi disumbangkan oleh ahli perniagaan yang sudah mendapatkan pertolongan beliau ataupun daripada ahli perniagaan yant mahu menabur budi dengan harapan mendapat balasan di kemudian hari.


Apa yang mungkin memeranjatkan ialah bagaimana Ali Rustam sebagai ahli politik berpengalaman tergamak mengadakan majlis semeriah itu dalam suasana politik seperti sekarang ini. Kedudukan BN masih lagi tidak menentu, entahkan menang, entahkan kalah. Najib juga tidak diketahui sama ada kekal lagi sebagai PM atau tidak selepas pilihanraya nanti.


Mengadakan majlis semeriah 130 ribu tetamu dan meminta pula pihak pihak MBOR mengiktiraf majlis itu sebagai yang terbesar dan dihadiri paling ramai tetamu, tentulah menambahkan lagi hodohnya wajah UMNO di mata umum. Ali Rustam seperti melonggokkan lagi calitan hitam ke wajah Najib dan UMNO itu sendiri.


Meskipun keupayaan Ali mengadakan majlis itu boleh difahami kerana kedudukannya sebagai pemegang kunci harta karun kerajaan Melaka tetapi ia tetap dilihat menjengkelkan di mata rakyat. Rakyat akan melihat Ali sebagai pemimpin yang suka bermewah dan menunjuk-nunjuk. Dakwaan terhadap amalan rasuah dan membolot kekayaan juga tentunya sukar dielakkan.


Di zaman BN tidak stabil ini, tentulah lebih elok jika seorang pemimpin itu bersikap sederhana serta berpada-pada dalam kehidupan sehariannya. Sikap berlagak dan menunjuk-nunjuk hanya menambah kebencian dan mengurangkan undi.


Tetapi jika dihalusi gelora politik Melaka, majlis meriah Ali Rustam itu sebenarnya mungkin untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada Najib. Ali Rustam sudah tiga penggal menjadi Ketua Menteri dan khabar angin sedang bertiup kencang bahawa kedudukannya bakal diganti dengan tokoh lain.


Antara nama yang bakal disebut menggantikan Ali sebagai Ketua Menteri Melaka ialah Idris Harun, Ahli MT UMNO dan Ahli Parlimen Tangga Batu serta Ahmad Hamzah, menantu Allahyarham Tun Ghafar yang kini merupakan Ahli Parlimen Jasin.


Ali Rustam dikhabarkan akan dbawa bertanding Parlimen dan akan dijadikan timbalan menteri semula.


Beliau yang sebelum ini sudah pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan dikhabarkan mahu terus kekal sebagai Ketua Menteri sekurang-kurangnya untuk sepenggal lagi. Menjadi timbalan menteri semula hanyalah ibarat turun pangkat bagi Ali Rustam.


Lagi pula menjadi Ketua Menteri bukan saja lebih glamour tetapi kuasa juga menjadi lebih besar berbanding sekadar menjadi timbalan menteri. Inilah yang menjadikan beliau mahu terus kekal sebagai CEO Melaka.


Jika senario ini dapat difahami, tindakan Ali Rustam mengadakan malis yang dianggap terbesar, bukan saja di Melaka tetapi juga di Malaysia itu adalah semata-mata untuk memberitahu Najib dan pucuk pimpinan UMNO bahawa beliau masih diterima dengan cukup baik oleh rakyat Melaka.


Beliau mungkin malu untuk berterus-terang kepada Najib untuk meminta dikekalkan lagi jawatannya dan kebetulan anaknya pula mahu berkahwin, maka kesempatan itu digunakan sebagai serampang dua mata.


Dengan mampu menggamit kehadiran 130 ribu tetapu, Ali Rustam bukan saja ingin memberitahu tentang hebatnya beliau di Melaka, bahkan di Malaysia juga. Oleh kerana rumah terbuka Najib di Putrajaya hanya dihadiri 100 ribu orang dan rumah terbukanya di Pekan, Pahang pula hanya dihadiri 50 ribu tetamu, dengan kehadiran 130 ribu tetamu itu, Ali juga ingin memaklumkan beliau lebih hebat dari Najib sendiri.


Rumah terbuka Muhyiddin di Pagoh pula hanya dihadiri 10 ribu tetamu. Mana-mana majlis jamuan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain juga sebelum ini, tidak pernah kehadiran dicatatkan melebihi 50 ribu orang.


Dalam hal ini, Ali Rustam bukan saja dilihat lebih hebat sokongannya dan lebih disukai berbanding Najib, bahkan juga melebihi mana-mana Ketua Menteri dan Menteri Besar yang lain.


Maka itu, mesej Ali Rustam kepada Najib sebenarnya ialah "tolonglah kekalkan saya sebagai Ketua Menteri sekurang-kurangnya sepenggal lagi." (SH 03/10/2012)

Read more ...

KANGKONG!!! TNC UTHM didakwa atas tuduhan minta suapan



Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15,000 daripada seorang kontraktor pada Disember 2010.
  
Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, dituduh meminta suapan itu daripada Mohamad Anal Talhah, 41, sekitar Disember 2010.

Ia sebagai dorongan melakukan suatu transaksi dengan kononnya menolong Mohamad Anal mendapatkan kerja daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan harta bina UTHM.
  
Abdul Aziz juga dituduh menerima wang tunai berkenaan daripada Mohamad Anal, bagi dorongan sama yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, di Bank Muamalat, Cawangan UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, pada 28 Januari 2011.
  
Kedua-dua pertuduhan terbabit dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, Abdul Aziz boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
  
Abdul Aziz yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga B dan Ahli Lembaga Perolehan UTHM turut mengaku tidak salah atas satu pertuduhan pilihan iaitu menerima wang tunai RM15,000 terbabit daripada Mohammad Anal, pada tarikh dan menerusi akaun bank yang sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574), membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Abdul Ghafar Ab Latif menawarkan jaminan RM30,000 terhadap Abdul Aziz.
  
Peguam Abdul Halem Mohamad Husin dan Shahrul Syazwan Salehin yang mewakili tertuduh bagaimanapun, merayu mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin atas alasan Abdul Aziz menanggung seorang isteri dan enam orang anak.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 November depan untuk sebutan semula kes.

- Bernama

Read more ...

BAJET 2013!!!Pakatan tawar penyelesaian masalah, Be End tawar rasuah untuk rakyat

Oleh KELAH TIMES
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYcF6TctpTCoMD736TblWbdln9YqiOGjh-vqxb3I-fBBwvMcXrIPa8pfhBSzOus7C64-7SLLAYE3NXgmpkj9fClECZFI3KLqEDaxIKTzrNZizX1J2qjSak5LVHRlTQgC-kvRtQrAPQIcUu/s320/umno-rasuah.jpg 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak @ Najibul Khauf membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013 pada hari Jumaat 28 September.

Ini merupakan bajet yang ke empat yang dibentangkan di Dewan Rakyat sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada April 2009 dan semua pihak mengira kemingkinan besar ia adalah pembentangan bajet yang terakhir untuk dirinya dan Be End.

Ini adalah bajet pilihan raya kerana ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang hingga April tahun depan, jika tidak kerana PRU tidak mungkin bajet yang lebih berupa 'rasuah untuk rakyat' ini dibentangkan.


Program serta projek pembangunan bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara perlu diteruskan walaupun rakyat bakal memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang, cuma jika BN terus menguasai maka tentulah ia tidak sehebat Pakatan kerana terbukti BN dan korupsi tidak dapat dipisahkan.


Pakatan sentiasa yakin sokongan padu rakyat kerana ia tidak perlu berbohong mengenai rekodnya yang cemerlang di empat buah negeri jika dibandingkan dengan negeri yang dikuasai BN.


Jika belanjawan kali ini dianggap kononnya pro-rakyat adalah kerana Datuk Seri Najib mahu merasuah rakyat bagi mengekalkan kuasa, supaya dengan kekuasaan itu ia memberi manfaat besar diri, isteri, keluarga serta kroni.

Setakat ini Perdana Menteri telah berbohong dalam banyak perkara kepada rakyat sejak melafazkan sumpah jawatan dahulu.

Inilah yang menjadi jurang perbezaan yang amat ketara antara Pakatan dan BN yang sedang meniti hari nazaknya.


Jika dilihat daripada kemelut dalaman UMNO, kegagalan kerajaan negeri BN Pahang, Terengganu, Melaka, Johor dan Sabah membekalkan air bersih kepada rakyat, usaha menumbangkan najib oleh puak Muhyiddin dan sikap rasis, sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh MCA, tidak silap kalau dikatakan BN hanyalah satu pakatan untuk menipu rakyat.


Sementara DS Anwar mengorak langkah dan menyusun strategi rapi untuk meningkatkan tahap pendapatan rakyat dan negara di tahun-tahun mendatang, Najib pula tidak segan silu menabur janji-janji manis, auta dan putarbelit yang banyak membelit masadepan politiknya sendiri.


Memang Bajet 2013 bunyinya sedap didengar dan apabila dibaca janji-janji mereka oleh golongan kurang berfikir, ada juga yang terpikat dan terpangaruh.


Namun hakikatnya adakah semua strategi Bajet 2013 yang dibuat Najib hanya akan menambah beban hutang negara, menjadikan rakyat mundur dan malas kerana kaedah memberi ikan bukannya joran atau peralatan menangkap ikan.


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ingin menjadi harga kereta murah. ia mkunasabah untuk dilakukan kerana selama ini duit AP yang berbilion itu bukan dinikmati oleh kerajaan atau rakyat, sebaliknya hanya masuk poket para pemimpin UMNO yang diberi anugerah AP.


Jika jumlah kereta sudah sesak di jalan raya, kerajaan terpaksa pula membina lebih banyak jalan dan lebuh raya untuk mengatasi kesesakan. Aliran tunai bergerak laju dan ekonomi negara akan bertambah rancak.


Apa yang dibuat Najib dan BN dengan pemberian rasuah tunai kepada rakyat akan memberi kelegaan jangkapendek kepada rakyat, tetapi untuk jangka masa panjang ekonomi negara akan hancur. Apa yang dibuatnya hanya memberi 'nikmat sementara' ibarat memberi dadah kepada rakyat. Nikmat memang terasa tapi percayalah ekonomi negara akan hancur dengan strategi bodoh bajet rasuah Najib Al-Khauf ini.Kedah La

Read more ...

3 NOVEMBER 2012!!! 1 Juta rakyat berhimpun di Himpunan Kebangkitan Rakyat

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat julung kalinya akan menganjurkan himpunan besar-besaran yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November nanti.

Dengan tema 'Himpunan Kebangkitan Rakyat', Pakatan Rakyat mensasarkan kehadiran sejuta rakyat negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh pemerintah.

Katanya, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung tidak berubah.

Jelasnya, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di media perdana sedangkan pendengaran awam di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah menunjukkan bagaimana pihak keselamatan langsung tidak mengikuti prosedur operasi standad (SOP) ketika mengendalikan himpunan pada 24 April lalu.

"Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak dihiraukan maka kami perlu lagi satu himpunan pada 3 Nov nanti iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, himpunan itu akan melibatkan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan rakyat di luar sana untuk menuntut seterusnya menyambung tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya yang bebas dan telus.


"Apa terus meragukan misalnya ditemui 60 000 daftar pemilih pos yang tanpa proses semakan, yang perlu dijelaskan oleh SPR.

"Bagaimana hendak adakan pilihan raya sedangkan daftar pemilih dan juga penglibatan pengeluaran mykad palsu yang ditemui begitu ketara sekali," katanya.

Justeru, Pakatan khuatir bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengendalikan pilihan raya yang bersih untuk PRU-13 ini.

Turut bersama dalam sidang media Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke,  dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Read more ...