Wednesday, July 4, 2012

ABBY ABADI JADI SASARAN FITNAH!!! Kerana fitnah adalah makanan Blogger UMNO



Bila ramai dikalangan artis mendekatkan diri dan menyokong perjuangan yang dibawa PAS/PR, UMNO kini cukup terasa rempuhan sokongan rakyat yang turut berhijrah sama.

Cara UMNO meluahkan rasa tertekan itu dengan menyerang artis-artis berkenaan.

Salah seorang yang menjadi sasaran amat popular kini ialah Abby Abadi.

Abby Abadi kini menjadi sasaran fitnah liar, jelek dan amat jijik sekali.

Blogger belaan UMNO yang paling disayangi, Parpu Kari a.k.a Mohamad Salim Iskandar dalam blognya memfitnah Abby Abadi kononnya beliau kini sudah bernikah dengan YB Datuk Takiyuddin, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Sedangkan kisah itu terang-terang tipu dan fitnah.

Yang pasti dan admin respek tabik melantun ialah cara Abby menerima fitnah jahat itu...Dia tetap cool dan anggap sebagai cabaran bila menyokong kebaikan dan meninggalkan kejahilan dan kebatilan.

يَأُيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيْبُوا قَومًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepadamu orang fasik yang membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan(kejahilan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu
...


AGAK ADMIN SEMASA MOHAMAD SALIM ISKANDAR @ PARPU KIARI BUAT KISAH INI DIA LEPAS MENTADARAH ARAK KOT... MASIH DALAM MABUK-MABUK PENING LANGAU..OMAK KAU

Read more ...

PAKAI RON 95!!!Ahli UMNO seronok tak kira harga RON 97 turun

Terima kasihlah kerajaan BN Malaysia kerana menurunkan harga minyak untuk RON 97, sebab penunggang motorsikal dan kereta biasa semuanya menggunakan RON 97. Prihatin sungguh aih kerajaan 1Malaysia ni.. payah cari, senang jumpa punya kerajaan.

Harga minyak RON 97 turun dua kupang, buat berita punya besaq, walhal para menteri BN yang pakai kereta mewah dan kroni-kroni korporat depa saja yang pakai minyak tu. Rakyat biasa semua guna RON 95. Masa harga minyak RON 95 naik tak henti-henti hari tu, berita kenaikan tu kecikkk jee letak dekat keputusan nombot ekog nuu. Daje punya surat habag BN.Kedah La

Read more ...

MACAM ORANG MABUK!!!'Ketua Pembangkang' Kedah yang baru menonong cari salah kerajaan Kedah

Oleh: Tok Non


'Ketua Pembangkang Kedah' yang mengambil alih jawatan tersebut dari Datuk Seri Mahdzir Khalid iaitu Tan Keng Liang merapu meraban lagi. Agaknya lepas tunggang Guinness Stout 3 botoi, dia pun panggil sidang media hentam kerajaan negeri kerana kononnya buat dasar baru perumahan.

Kelmarin selepas mesyuarat Exco, MB ditanya berhubung isu tersebut tapi MB pun hairan sebab tak tahu menahu mengenainya kerana 'dasar baru' yang dikatakan 'Ketua Pembangkang Kedah' tu tak pernah dibincang dalam mesyuarat Exco. Habis tu dokumen tu ambik mana??

Mana teringatlah Tok Non, semalam ada forum kat TV3 di mana panelisnya semua orang BN bincang mengenai kabinet bayangan Pakatan. Dalam kaninet bayangan tu kononnya ada 49 menteri dan jumlah menteri DAP paling banyak. Mengulas panjanglah panelis tu pasai isu tersebut... pengerusi forum kemudian tanya panelis Perkasa, dia dapat dari mana kabinet bayangan Pakatan tu? Jawab Perkasa, ia kabinet bayangan yang dicadang oleh sebuah portal berita.

Laaa.. ingatka cadangan rasmi dari Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Yang jadi lawak antarabangsanya tiga ekog panel pro BN tu boleh bincang lumat kabinet bayangan yang bukan dibuat oleh Pakatan.

Adoii makk oii.. makin gila politik Malaysia angkara BN yang dok nyawa-nyawa ikan nak mampoih dah, sampai kutip bahan tong sampah untuk bincang.

Macam tuu isu 'dasar perumahan baru' yang dibawa oleh Tang Keng Liang... dia sendiri reka dokumen tu, kemudian dia yang ulas hentam kerajaan. Aiiyya apek, lu pi potong lancau masuk Perkasa lagi baik laa..

Read more ...

DALAM NAK KALAH!!! Pemimpin UMNO berebut jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri



Penangguhan pilihan raya umum (PRU) menyebabkan berlakunya persaingan merebut jawatan menteri besar bagi pemimpin Barisan Nasional (BN) yang percaya Datuk Seri Najib Razak akan membuat perubahan untuk memastikan program transformasi disokong di setiap peringkat, kata sebuah sumber dalam kerajaan pusat.

Ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dikatakan sudah bersedia untuk berkhidmat di pusat setelah memimpin negeri kecil itu semenjak 1999. The Malaysian Insider telah melaporkan pada bulan Mei lalu tentang hanya menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan rakan dari Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, yang sudah dijamin terus bertugas jika BN masih menang di kedua-dua negeri tersebut.

“Perlumbaan menjadi semakin sengit selagi pilihan raya tidak diumumkan. Ramai yang mahukan jawatan tersebut melobi agar diberi peluang," kata seorang pemimpin BN kepada The Malaysian Insider.


Dikhabarkan, Najib yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, telah bertemu dengan beberapa orang pemimpin Umno yang dilihat layak untuk menggantikan mereka-mereka yang telah memimpin negeri semenjak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad masih PM yang tamat pada 2003.


Selain dariada Mohd Ali, menteri besar yang telah lama memerintah adalah seperti Datuk Abdul Ghani Othman yang telah memimpin Johor semenjak 1995 dan Pahang oleh Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengambil alih jawatan pada tahun 1999.


Daripada semua, paling lama tidak lain adalah ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud,


yang berjaya memimpin kemenangan BN dalam pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu. Penggal ini dilihat sebagai penggal terakhir Taib yang telah memegang kuasa semenjak 1981, tahun sama Dr. Mahathir angkat sumpah sebagai PM.

Sumber BN berkata, ahli parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron adalah calon teratas untuk menggantikan Mohd Ali sebagai pemimpin negeri. Di lihat sebagai sekutu rapat ketua menteri Melaka, Idris juga adalah pengerusi bagi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), agensi kerajaan yang seringkali ambil alih projek perumahan terbengkalai dan menguruskan projek perumahan kos rendah.


Dizaman Tun Abdullah Badawi, Idris adalah timbalan menteri selepas PRU 2008 tetapi digugurkan selepas Najib ambil alih PM pada bulan April, 2009.


Dua lagi calon untuk jadi ketua menteri Melaka adalah ahli parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman dan exco negeri, Datuk Ghafar Atan. Ketiga-tiga calon merupakan ketua bahagian Umno kata satu sumber.


Di Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dikatakan akan menyertai kabinet di pusat selepas PRU 13 ditukarkan dengan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kata satu lagi sumber BN.


“Perak mempunyai ramai pemimpin yang mengintai jawatan tertinggi negeri. Pertukaran antara Zambry dan Ahmad Husni dilihat lebih menguntungkan.” kata sumber itu lagi sambil menjelaskan terdapat beberapa pemimpin yang berfikir mereka boleh melakukan kerja dengan lebih baik daripada Zambry. Adun Pangkor adalah calon “terkejut” sebagai MB selepas BN ambil kembali negeri pada Febuari 2009 selepas tiga Adun Pakatan Rakyat (PR) melompat parti.


Di Pahang pula, Adun Lanchang, juga pemimpin nombor dua Umno negeri disebut-sebut sebagai pilihan utama untuk menggantikan Adnan yang berpengalaman dan berguna di Putrajaya.

Sementara di Kedah, spekulasi mengatakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Datuk Mukhriz Mahathir boleh menjadi MB jika BN berjaya rampas negeri dari PR yang menang pada tahun 2008. Ahli parlimen Jerlun itu adalah timbalan ketua Umno Kedah tetapi tidak pernah menang kerusi Dun.

Sumber BN turut berkata, perlumbaan untuk merebut jawatan tertinggi negeri di Johor, Selangor dan Terangganu menjadi semakin sengit selagi PRU ditangguhkan. Najib mempunyai masa untuk memanggil pilihan raya selewat-lewatnya April tahun depan akan tetapi, terdapat spekulasi akan diadakan bulan ini atau selepas Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September.

Calon utama bagi Selangor adalah timbalan pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar akan tetapi sumber mengatakan beberapa tokoh korporat turut dimasukkan dalam senarai Najib yang juga pengerusi Umno Selangor.

“Setiap minggu akan ada nama baru tetapi Najib berhati-hati dan akan mengambil masa untuk buat keputusan,” kata sumber.


Sumber yang memberitahu The Malaysian Insider pada bulan Mei lalu, BN akan mengambil kira pendangan istana negeri seblum mencadangkan sesiapa. “Ia harus seseorang yang dipersetujui dan di hormati oleh Istana negeri, jika tidak akan berlaku kekecohan,” memberi contoh pertukaran saat akhir di Perlis dan Terangganu selepas pilihan raya 2008.


Selepas 8 Mac 2008, ketua BN pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi mencalonkan datuk Seri Shaidan Kassim untuk terus memimpin Perlis tetapi ditolak oleh Raja Perlis.


Di Terengganu, Istana negeri menolak calon Abdullah, datuk Seri Idris Jusoh untuk sambung sebagai menteri besar sebaliknya menyuruh Datuk Seri Ahmad Said untuk mengangkat sumpah sebagai menteri besar walaupun terdapat protes dan tentangan besar dari Umno Terangganu termasuklah pemecatan semntara menteri besar baru dari parti. Isu kemudian selesai apabila Abdullah setuju dengan pilihan Istana.



Najib yang akan menyemak satu persatu calon, telah berkata keputusan akhir terletak ditangannya termasuklah bagi 13 parti komponen BN.

Walaupun telah berpengalaman lebih 30 tahun dalam kerajaan, ini adalah kali pertama Najib memimpin BN dalam PRU dan beliau turut memerlukan mandat sendiri.


Penganaliis bersetuju bahawa Najib akan terus memenangi PRU 13 cuma yang menjadi persoalan adalah size kemenangannya.


Pilihan raya akan datang bakal menyaksikan pertambahan 2.2 juta pengundi kepada 12 juta pengundi berdaftar. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menerima cadangan untuk menggunakan dakwat kekal dan sekurang-kurangnya 10 hari berkempen dalam pilihan raya akan datang selepas protes agar pilihan raya bersih dan adil.

Read more ...

TUDUHAN PALSU!!! Kerajaan Selangor akan saman MCA




Kerajaan Selangor memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA dan pihak yang mendakwa berlaku penyelewengan berhubung isu Talam Corporation Bhd, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik kerajaan Selangor," kata menteri besar


Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri, tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan.


Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam, Khalid berkata pihaknya akan memfailkan saman tersebut dalam masa terdekat.


MCA semalam mendedahkan dokumen yang menunjukkan Selangor menggunakan lebih RM260 juta untuk menyelamatkan syarikat Talam melalui proses perakaunan rumit.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu, Datuk Chua Tee Yong (gambar atas, kiri sekali) mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak menjelaskan perkara sebenar berhubung usaha memungut hutang melibatkan Talam itu.Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa jumlah tersebut bukanlah skandal RM1 bilion yang disebutnya sebelum ini.


Selangor akan menyediakan kertas putih menerangkan penyusunan semula hutang Talam dalam Bajet 2013 pada November ini.



BERITA ERKAITAN:


BN Selangor tidak gentar tindakan saman
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Julai 2012

Mohd Zin Mohamed menegaskan pendirian Barisan Nasional (BN) pada sidang media di Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar berhadapan tindakan saman berhubung pendedahan skandal RM1 bilion yang didakwa digunakan Kerajaan Selangor untuk menyelamatkan syarikat pembinaan, Talam Corporation Bhd (Talam).

Koordinatornya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana, BN mempunyai tanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan salah laku urus tadbir kewangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).

Malah, katanya, mereka juga akan membuat laporan dan mengemukakan fakta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Saham Kuala Lumpur berhubung perkara itu, dalam tempoh terdekat ini.

“Silakan jika beliau (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) hendak ambil tindakan apa pun, kita juga ada tanggungjawab (kepada rakyat).

“Kita tidak takut (tindakan) saman, sebaliknya kami hanya mengemukakan soalan secara berhemah (mengenai skandal RM1 bilion) dan memerlukan jawapan munasabah, bukan hendak serang beliau,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Read more ...

PARAH!!!Pelabuhan Tanjong City Marina P.Pinang ( hakmilik Kerajaan Pusat) akan tutup?

Pelabuhan Tanjong City Marina ini sunyi dari kunjungan kapal layar.

BELUMPUN reda kritikan rakyat terhadap hasrat kerajaan Barisan Nasional pusat mahu menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang, timbul pula desas-desus Pelabuhan Tanjung City Marina dekat George Town mahu ditutup.


Khabar ingin itu timbul semasa pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan DAP negeri sedang giat menyelamatkan Pelabuhan Pulau Pinang dari terus diswastakan oleh Barisan Nasional yang nyata bakal menghapuskan kepentingan rakyat di pelabuhan interport global itu.


Sumber dalaman yang diteroka memberitahu, isu Pelabuhan Tanjong City Marina itu bakal ditutup telah menjadi 'rahsia umum' dalam kalangan pekerja berwajib.

Isu ini masih belum menerima reaksi Pengerusi PP, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Pengerusi

Bahagian Umno Balik Pulau. Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang merangkap Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sendiri pun dilihat berdiam diri dalam isu ini.

Difahamkan, banyak cabaran mendesak penutupan pelabuhan indah di bawah seliaan kerajaan pusat berkenaan.


Selain masalah kurang promosi dan tiada pengurusan yang profesional di pelabuhan berkenaan, sumber memberitahu, kos pengelenggaraan pelabuhan tersebut sangat tinggi sehingga tidak tertanggung oleh pihak pengurus berwajib.


Selain itu, kerajaan pusat didedah enggan menggorek kawasan perairan yang cetek tersebut atas alasan menelan belanja lebih RM15 juta. Perairan yang cetek itu mengakibatkan jeti serba cantik lagi moden itu kurang menerima kunjungan kapal layar
.

Perkembangan terbaru ini dijangka bakal menggandakan lagi sokongan rakyat terhadap usaha mengembalikan semula Pelabuhan Pulau Pinang sebagai 'status pelabuhan bebas' seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. -NK

Read more ...

TERKINI!!! Bekas Adun UMNO Batu Kurau tawar hati dengan UMNO, muncul di majlis ceramah Anwar

 
Mesra disapa Cikgu Manan,mungkin ramai yang mengenalinya khususnya masyarakat di sekitar DUN Batu Kurau,Parlimen Larut dan negeri Perak.Nama penuhnya ialah Haji Abdul Manan bin Haji Ali.
 
Beliau adalah veteran Umno yang juga merupakan anak kelahiran Selama,Perak.Cikgu Manan pernah menggalas tanggungjawab sebagai ADUN Batu Kurau selama 3 penggal,dan kini beliau merupakan Orang Besar 32 negeri Perak..

Untuk pengetahuan pembaca,baru-baru ini Cikgu Manan dilihat muncul dalam satu program ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI) yang berlangsung di Perkarangan Pejabat KeADILan Batu Kurau.
 
Tindakannya itu telah mengejutkan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang berada di majlis tersebut.Dikhabarkan tujuan beliau hadir di majlis itu adalah untuk menterjemahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat setelah dirinya mula berasa tawar hati dengan Umno.
 
Penulis tak pasti apakah sebabnya yang membuatkan cikgu Manan berasa tawar hati dengan Umno?

Hadir dengan berpakaian serba hijau dan berkopiah putih(gambar),beliau telah diberikan tempat duduk sebaris dengan penceramah undangan serta pimpinan KeADILan dan PAS kawasan Larut di pentas utama.Sebelum beredar,beliau dilihat sempat membisikkan sesuatu ke telinga DSAI.

InsyaAllah,selepas Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil dan Thamrin Ghafar seorang lagi veteran Umno di negara kita akan mengambil langkah serupa.Sama-sama kita doakan agar beliau meninggalkan Umno dan menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

Tidak perlu menunggu Umno untuk memecatnya ekoran daripada tindak-tanduknya yang dilihat mula menunjukkan kecenderungan terhadap PR.Umno sudah tentunya tidak akan berani bertindak demikian kerana Umno kini bukanlah sebuah parti yang kuat dan gagah seperti dahulu.
 
Tindakan memecat mana-mana ahli hanya akan merugikan mereka,lebih-lebih lagi untuk memecat cikgu Manan,satunya-satunya bekas pemimpin Umno yang masih kuat pengaruhnya di negeri Perak.
 
Kalau tidak masakan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil itu terpaksa memecat dirinya sendiri daripada Umno..Hehe Akhir kata,Umno memang penakut..PersepsiKitaBerbeza

Read more ...

MANA PERKASA, ISMA, JATI!!! 511.43 ekar tanah di Perak tergadai kepada syarikat bukan Melayu angkara UMNO



IPOH: PAS Perak melalui Jawatankuasa Strategik dan Isu hari ini mendedahkan tindakan Kerajaan Negeri Perak melalui Syarikat Maju Perak Berhad yang  telah menggadai tanah melalui satu perjanjian yang telah dimaterai dengan sebuah syarikat bukan bumiputera Melayu.

Jurucakapnya, Salman Saleh (
gambar) berkata, tanah yang terletak di Batu Gajah berhampiran stesen keretapi tanah melayu (KTM) adalah seluas 511.43 ekar.

“PAS Perak kesal tindakan Maju Perak Berhad yang menggadai tanah kepada syarikat Extreme News Sdn Bhd dengan harga yang terlalu murah,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.


Menurutnya, tanah yang terletak di lokasi yang strategik itu dijual dengan harga RM68 ribu seekar sahaja berbanding harga semasa pasaran kira-kira RM200 ribu seekar.


“Kami menganggapnya sebagai satu keputusan yang amat pelik bagi tujuan apa kaedah sekalipun dan adakah kerajaan negeri maklum akan salahlaku ini?,” ujarnya.


Beliau berkata, kerajaan negeri didapati gagal menguruskan Syarikat Maju Perak Bhd yang sepatutnya berperanan sebagai untuk memajukan tanah hak milik melayu dan membuat keuntungan kembali kepada kerajaan negeri.


Katanya, Datuk Seri Zambry sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan negeri Perak (PKNP) mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan anak-anak syarikatnya terutamanya dalam menjaga kepentingan orang melayu didalam kurniaan tanah kepada GLC negeri.


“Tindakan tersebut dibimbangi ada berlaku serta melibatkan unsur rasuah dan penyelewengan yang melibatkan urusan perniagaan  diluar kebiasaan tersebut yang mungkin berlaku,” soalnya lagi.


Mengulas lanjut, PAS Perak memberi tempoh 7 hari kepada Dato’ Seri Zambry untuk memperjelaskan isu ini kepada umum.


“Kami mendesak agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas yang bukan dibawah PAC untuk menyiasat isu ini secara telus dan terbuka.


“Kami juga mendesak agar dibatalkan perjanjian dengan Extreme News Sdn Bhd jika benar adanya perjanjian tersebut dimeterai.


Justeru, PAS Perak menuntut Umno Perak bertanggungjawab dalam isu ini dan melaksanakan tuntutan ini dengan segera atau tindakan selanjutnya akan diambil.


Hadir sama ialah Safarizal Saleh dan Hafez Sabri yang menganggotai jawatankuasa tersebut.

Read more ...

PANAS!!! Seorang KCS UMNO ditahan SPRM, kes zaman BN




Oleh: Saiburi Sudin


Gempar satu Wisma Darul Aman kononnya seorang pegawai tadbir kerajaan negeri Kedah telah dicekup SPRM dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan terhadap penyelewengan yang berlaku di zaman BN, melibatkan Permodalan Kedah Berhad PKB dan projek pembinaan Kompleks MPSP.


Bila SS dimaklumkan mengenai pegawai tersebut maka segeralah SS menyelak balik makalah lama yang tersimpan dalam arkib blog ini. Terjumpa artikel pendedahan yang dibuat oleh kolumnis Harakah, Zulkifli Yahaya yang dicopypastekan dalam blog Kedah La (baca kat bawah).


Maknanya lepas ni mungkin akan ada lagi pegawai-pegawai yang akan dicekup..? SS nak habag bagi, semua pegawai2 tu adalah rangkaian aktivis UMNO terkuat yang wujud dalam kerajaan negeri Kedah.


Tak apalah kita serahkan kes ini atas bijak laksamana SPRM menyiasat.
Kedah La


Penyelewengan dalam PKB di masa BN
Oleh: Zulkifli Yahaya

Saya sebenarnya tidak berminat untuk menulis apa yang akan ditulis ini jika pihak pembangkang Kedah tidak memulakan serangan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat dengan fakta-fakta fitnah melalui risalah haram bertajuk ‘Mai Kedah’ yang disebarkan hampir ke setiap pintu masjid di negeri ini. Oleh kerana mereka menjual, tiada masalah kita membeli – tunai!

Permodalan Kedah Berhad (PKB) diperbadankan pada 20 Januari 1994 di bawah Akta Syarikat 1965. PKB adalah subsidiari milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah. Kegiatan utama PKB ialah di bidang pegangan pelaburan dan pembangunan hartanah. Ia mempunyai lima syarikat subsidiari dan enam syarikat bersekutu. Antara operasinya ialah pembinaan, pembangunan, hartanah, pegangan pelaburan dan pengurusan dana tabung amanah.

Di masa pemerintahan BN, elaun setiap orang Lembaga Pengarah PKB ialah sebanyak RM20-RM25 ribu setahun. Mereka yang kebanyakan terdiri dari pemimpin Umno juga menerima bonus raya RM3,000 seorang.

Di antara Ahli Lembaga Pengarah PKB ialah Dato’ Mahdzir Khalid, Dato’ Abdul Rahman Ariffin, Datuk Yaakob Hj Mohamad, Dato’ Ghazali Ibrahim, Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad, Dato’ Mohd Akhir Shafie dan Dato’ Arzmi Abdul Hamid. Kesemua mereka adalah pemimpin Umno.

Keputusan memberi elaun RM20,000 seorang tercatat dalam minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 3/2006 bertarikh 10 Disember 2006. Ini bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 13 pada 30 Jun 2007 yang memutuskan tiada ganjaran pengarah dibayar bagi tahun berakhir 31 Disember 2006. Manakala pembayaran imbuhan raya bagi tahun 2007 tidak diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengarah.

Penetapan ganjaran kepada Ahli Lembaga Pengarah hendaklah berasaskan kepada prestasi keuntungan yang diperolehi syarikat pada tahun kewangan tersebut, tapi mereka sudah tetapkan ganjaran pada tahun 2006 lagi, sebelum tahun kewangan berakhir.

Pembinaan Sintok Sdn. Bhd. (PSSB) adalah anak syarikat PKB. Antara Ahli Lembaga Pengarah PSSB ialah Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad dan Dato’ Halim Said. Syarikat itu diberi projek membina kompleks baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), auditorium dan Dewan Kenangan Sungai Petani berjumlah RM46 juta.

Projek belum dimulakan, tetapi MPSP telah membayar PSSB sebanyak RM10 juta. PSSB mensubkan kerja tersebut kepada Najwa Bina sebuah syarikat ‘silap mata’ yang dilaporkan tidak tersenarai sebagai kontraktor kelas A untuk melakukan projek besar. Najwa Bina langsung tiada kemampuan untuk melakukan projek sebesar itu. PSSB membayar Najwa Bina sebanyak RM9.3 juta sebagai bayaran pendahuluan. Bayaran pula dibuat atas nama FBS Bina Sdn Bhd. Ia menjadi tandatanya. Transaksi berlaku pada 4 Mac 2008, sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12. Maka di sini tanda tanya mungkin berakhir, ke mana perginya wang itu? Sehingga kini Najwa Bina hanya mampu menyiapkan permulaan projek yang dianggarkan bernilai RM2 juta. Ia menimbulkan tandatanya sama ada wang tersebut ‘melencong ke tempat lain’ untuk projek pilihanraya BN. Kini kontraktor yang tidak menyiapkan kerja itu terpaksa ditukar dan kerajaan negeri yang menanggung kerugian.

PKB adalah syarikat perniagaan. Ia bukan badan kebajikan. Anehnya menjelang pilihanraya umum ke 12, PKB menjadi begitu pemurah berbelanja wang kononnya kepada fakir miskin, dalam program-program politik BN. PKB telah mengeluarkan wang tunai sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008 untuk ‘sumbangan politik’ BN menghadapi pilihanraya umum.

Bagaimana sebuah syarikat korporat yang besar boleh membuat pemberian tunai tanpa sebarang dokumen sokongan mengenai pengesahan penerimaan dan pembayaran?

Sewaktu pilihanraya itu juga, dua buah syarikat iaitu Charok Indah Enterprise dan Gerbang Utara Enterprise telah diberi projek kononnya untuk kerja-kerja sosial, masing-masing sebanyak RM57,540.00 dan RM86,000.00. Projek yang dilaksanakan oleh kedua kontraktor tersebut tidak pernah diputuskan oleh mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah atau mesyuarat pengurusan PKB.

Lagi penyelewengan dalam spesifikasi ‘kerja-kerja sosial’ itu ialah antaranya, membekalkan white board, peralatan alat tulis dan kayu ke peti undi BN dalam parlimen Kuala Kedah.

Tidak dinafikan peranan wartawan bagi media-media tali barut BN amat penting dalam pilihanraya. Media tersebutlah yang melakukan propaganda untuk ‘mencantikkan wajah hodoh BN’ dan memburukkan imej lawan mereka. Maka wartawan perlu diberi penghargaan.

Namun suatu tindakan yang tidak dapat diterima oleh oleh akal yang rasional ialah PKB telah membelanjakan sejumlah RM66,470.00 untuk memberi 50 batang pen bagi dijadikan hadiah oleh Menteri Besar kepada wartawan. 40 batang pen berharga berjenama Mont Blanc berharga RM1,190.00 setiap satu, 9 batang pen berharga RM1,840.00 setiap satu dan sebatang pen lagi berharga RM2,310.00! Seperti pembelian lainnya, ia tidak dilakukan melalui sebut harga atau tender, tetapi dibeli terus dari pembekal Ping Hang Trading, Bukit Kayu Hitam.

Saya mencari-cari rakan wartawan yang memiliki pen hadiah dari bekas Menteri Besar Kedah itu, namun setakat ini belum menjumpainya.

Banyak lagi penyelewengan dalam GLC di zaman BN. Bagaimanapun saya menunggu dulu, kalau ada serangan baru dari pembangkang di Kedah. Baru kita balas dengan ‘bom berangkai’ pula.

Read more ...

DEDAH!!!!Tiada satu kerusi PAS boleh menang di Selangor angkara SPR


Atas kertas, semua calon PAS Selangor kalah

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman (gambar) berkata, pertambahan mendadak pengundi baru yang diragui di Selangor memperlihatkan atas kertas tiada seorang pun calon PAS boleh menang dalam PRU-13 ini.

Katanya, maklumat semasa di 20 Dun yang bakal ditandingi PAS, pertambahan pengundi baru sangat ketara dan luar biasa menyebabkan kerusi yang ditandingi sangat tidak selamat.

Keadaan sekarang di Selangor juga katanya mirip apa yang dilakukan terhadap negeri Terengganu pada Pilihan Raya Umum tahun 2004 di mana kerajaan negeri yang diterajui PAS ketika itu jatuh kepada BN.

"Atas kertas satu orang pun calon PAS tak boleh menang sekarang ini dengan kemasukan 600 ribu pengundi baru yang meragukan di negeri ini," katanya dalam rancangan Fokus Isu, Selangorku semalam.

Beliau yang juga pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) berkata demikian ketika diminta mengulas peluang PAS di negeri itu khususnya di kawasan majoriti Melayu yang ditandingi parti itu.

Ditanya tindakan jentera parti menghadapi situasi itu, Dr Rani berkata pihaknya kini sedang 'all out' menjalankan pengesanan pengundi baru melalui program Selangorku Bersih yang dijalankan kerajaan negeri.

"Kita sedang kumpul nama yang diragui, kita akan buat laporan polis dan jika perlu pendakwaan di mahkamah sekalipun kita akan buat.

"Sekarang ini kita 'all out' jalankan pengesanan melalui Selangorku Bersih ini," katanya lagi.

Selangorku Bersih merupakan program membersihkan daftar pemilih ekoran pertambahan pemilih secara mendadak di Selangor sekaligus ianya mampu membantu tugas SPR.

Untuk tujuan itu kerajaan negeri Selangor menggerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak.

Pada masa yang sama beliau menyeru kepada seluruh jentera parti negeri itu mengadakan solat hajat agar diberi pertolongan oleh Allah menghadapi situasi itu.

"Tahun 2008 siapa boleh jangka kita menang. Sampai Khir Toyo kata nak bagi pembangkang sifar di Selangor.


"Ada kata di Meru, letak katak pun BN boleh menang. Tapi Allah lebih berkuasa menentukan," katanya. -HD

Ulasan GB

SPR menggunakan modus operandi yang serupa di terengganu pada PRU12 untuk membantu UMNO BN menawan Selangor di dalam PRU 13.

Semakin hari semakin terdedah tembelang SPR. Apabila rakyat mendesak daftar pemilih dibersihkan dan Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan mereka menolak dan menafikan ada salahlaku dan penyelewengan tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditolak dan dinafikan.

Kamu-kamu di SPR akan menerima hukuman dari Allah swt, dan kami tiada tempat lain untuk mengadu selain kepada Allah swt Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil. Segala perencanaan dan perancangan jahat kamu akan tetap terbongkar dan akan tetap dihukum oleh Allah swt.

Teruskanlah penipuan kamu, kami berdoa agar semua perancangan kamu digagalkan Allah swt dan kamu-kamu dipenjarakan satu hari nanti. Kami yakin Allah swt akan berada di pihak yang benar dan memperkenankan doa kami.

Read more ...