Tuesday, June 7, 2011

Diskriminasi FIFA : Iran tak layak kerana pakai tudung

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmuOlcD3JB_UVbvGqFfyE60DhEjrTh9RimDr4xMuiE34Fba3h7ROzyiFYAACiQSP-sqL2-943a07knwy9fF1RYhEnx8vVACThn9eiGm6q5BiZn75V69EcSBi4MkRTY85IGI3ZDZctYOs5P/s400/Iran-football-team-kicked-out-from-the-tournament.jpgGARA-gara memakai tudung dan jersi menutup aurat, skuad Olimpik Wanita Iran dilarang meneruskan perlawanan kelayakan Olimpik London 2012 menentang Jordan, kelmarin.

Arahan tersebut dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa), sekali gus menyaksikan Jordan diberikan kemenangan percuma 3-0.


Fifa memberi alasan faktor keselamatan punca perlawanan tersebut dibatalkan, selepas pemain wanita Iran enggan menanggalkan tudung dan memakai seluar pendek seperti diminta pegawai perlawanan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Iran, Ali Kafashian bagaimanapun berkata pihaknya akan mengemukakan aduan dan rayuan kepada badan induk bola sepak dunia itu berhubung perkara tersebut.

Ini bukan kejadian pertama melibatkan skuad Iran, tahun lalu ketika menyertai Kejohanan Olimpik Remaja di Singapura perkara sama melanda pasukan itu di mana pemain diminta menanggalkan tudung dan hanya dibenarkan bermain memakai skarf yang menutup bahagian atas kepala

http://www.haveeru.com.mv/photos/images/7d38292b40ae3c2aafcd3929e1bad18e-tip.jpg

http://www.mehrnews.com/mehr_media/image/2011/06/655658_orig.jpg

http://www.dawn.com/wp-content/uploads/2011/06/iran-womens-football.jpg

Read more ...

Pemimpin No.2 UMNO suka ajak rakyat dibuai mimpi indah sehingga sembab

Omong kosong bakal Perdana Menteri Malaysia?

NONERakyat bimbang dengan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak yang diwarnai dengan kenaikan harga barangan, pemotongan subsidi dan sebagainya. Namun mereka seharusnya lebih gusar jika Tan Sri Muhyidin Yassin menjadi Perdana Menteri baru pada satu masa kelak.

Kenyataan-kenyataan Muhyiddin sejak akhir-akhir ini menampakkan seorang pemimpin yang mengharapkan retoriknya dan pengumuman "peruntukan satu dua juta ringgit" ke mana sahaja beliau pergi adalah cukup untuk menarik sokongan rakyat.

Tidak apa jika retorik itu adalah pembohongan semata-mata – contohnya di Sarawak, beliau mengumumkan Malaysia adalah sebuah negara maju kepada pengundi Iban di rumah panjang. Umum tahu kita masih, lebih-lebih lagi sekarang, dikategorikan sebagai negara membangun.

Di Pahang, bulan lalu, Muhyiddin dengan selamba memberitahu masyarakat petani, kononnya hanya Malaysia satu-satu negara yang membekalkan subsidi kepada rakyat.


tobacco farmers 190505Sekali lagi, beliau lupa masyarakat tani juga mempunyai anak pinak berpelajaran yang tahu sistem subsidi diamalkan di hampir semua negara termasuk Amerika Syarikat.

Semalam pula beliau memberi satu lagi "bola tanggung" - Malaysia menurut Muhyiddin sudah lama menjadi negara berkebajikan kerana menyediakan subsidi untuk barangan dan pendidikan percuma serta rawatan hospital pada kadar yang nominal.

Tempelak PAS

Kenyataan itu dibuat semata-mata untuk menempelak komitmen PAS menubuhkan negara berkebajikan seperti mana yang dituntut oleh Islam.

NONEPersoalan mudah yang perlu ditanya kepada Muhyiddin ialah, jika Malaysia sudahpun menjadi negara berkebajikan kerana memberi subsidi kepada rakyat, maka kenapa subsidi itu kini dipotong dan ditarik balik manakala harga barangan dibiarkan naik?

Oh ya! Kerajaan Umno-BN terpaksa berbuat demikian kerana defisit negara semakin mengembang – 5.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Persoalan seterusnya: Kenapa defisit dibiarkan begitu tinggi sepanjang zaman pemerintahan Umno-BN? Adakah ia berpunca daripada sikap boros dalam pengurusan kewangan? Bagaimana dengan faktor penyelewengan dan ketirisan?

NONEKenapa kerajaan dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad hingga sekarang terus membiarkan defisit negara ini meningkat, dan subsidi untuk syarikat-syarikat IPP pula dilindungi manakala kadar elektrik untuk rakyat dinaikkan?

Siapakah yang bertanggunjawab di atas kos sara hidup tinggi yang dibebankan kepada rakyat – adakah ia salah Dr Mahathir, Pak Lah atau Najib atau ketiga-tiga mereka sekali?

Rasanya Muhyiddin akan lebih bijak dan jujur di mata rakyat jika beliau cuba menjawab persoalan-persoalan ini secara jujur dan mengurangkan retorik.

Mengelak beri maklumat

azlanRasanya, tidak perlulah beliau mendakwa Malaysia sudah pun menjadi negara berkebajikan selagi rakyat dipaksa menerima pelbagai kenaikan harga barangan manakala kontrak-kontrak lumayan dibolot oleh juak-juak tertentu yang berkait dengan Umno.

Sehingga hari ini Muhyiddin dan menteri-menteri lain mengelak daripada memberi maklumat mengenai kontrak yang diikat dengan IPP mahupun kontrak yang dinikmati oleh syarikat konsesi air di Selangor.

Negara berkebajikan bermakna pemerintah yang telus, amanah dan sentiasa mengembalikan nikmat hasil bumi kepada rakyat dan tidak memperkayakan diri.
sarawak election muhyiddin at sibu chinese school  110411 give allocation
Negara berkebajikan tidak bermaksud memberi komisyen "atas angin" RM500 juta kepada syarikat kroni kononnya untuk menguruskan pembelian kapal selam yang akhirnya tidak boleh menyelam.

Masa sudah sampai untuk Muhyiddin memperlihatkan ketokohan, akal minda dan nilai-nilai Islam dan jatidiri unggulnya sendiri jika beliau mahu terus menjual dirinya sebagai seorang yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Sekadar retorik dan menabur pengumuman peruntukan di sana sini sahaja tidak akan memadai.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Read more ...

Jangan harap la ROS nak haramkan UMNO

126 Daripada 131 Cawangan UMNO Kelantan Tidak Sah Pendaftran ROS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhPOI82uI8VFqsKc8dEyuIXrIjIfx8eMXMJV5yigQOYUsQbgxb1jmozrHKcJl5n7gYF6H0J5RKm5EmazJTL90ackmTeaAFgW5qTPxx9mWMwFD9Aj5GJB_qW9cmnTYaJRD1-CcW91p3Nt6Y/s400/umno+is+dead.JPG

KUALA LUMPUR, 8 Jun — Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman, yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti.


Amran, 47, merupakan setiausaha Umno bahagian Tanah Merah ketika beliau dilucutkan keahlian pada 1 Mac 2010 mengikut Perkara 20.7 perlembagaan parti kerana membawa ketua bahagiannya Datuk Ikmal Hisham ke mahkamah.


Ekoran krisis kepimpinan 1987 yang menyaksikan parti itu diisytiharkan sebagai haram, satu perlembagaan baru dirangka selepas penubuhan Umno Baru, sekali gus melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.

Selepas memfailkan kesnya, Amran berkata, isu utama ialah impak ke atas parti itu di negeri yang ditadbir PAS ekoran pemilihan bahagian 2008.

Umno mengadakan pemilihan pusat awal 2009.


“Isunya ialah 190 perwakilan yang menghadiri perhimpunan yang memilih anggota Majlis Kerja Tertinggi pada 2009 adalah haram,” katanya sambil menambah, perpecahan dalam parti Melayu itu akan menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan balik Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.


Dalam permohonannya, Amran berkata: “saya percaya bahawa responden (RoS) telah mendaftarkan Umno Baru di bawah Seksyen 7 akta tersebut (Akta Pertubuhan 1966) dan Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 8 akta tersebut.


“Saya juga percaya bahawa peruntukan Seksyen 12 akta tersebut menyatakan bahawa kesemua cawangan yang hendak ditubuhkan mesti mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan,” katanya.


Amran menambah, beliau setelah dinasihatkan oleh peguamnya percaya bahawa peruntukan Seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa cawangan yang ditubuhkan tanpa kebenaran responden adalah pertubuhan haram.


justeru Amran memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan RoS yang menafikan aksesnya kepada dokumen-dokumen mengenai 126 cawangan dan 14 bahagian di Kelantan, dan juga perintah mahkamah mengarahkan RoS membekalkan maklumat yang diperlukan.


Peguamnya, Adlan Hadi Mohamed Yusof menjelaskan, di bawah Seksyen 10 Akta Pertubuhan mana-mana individu ada hak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung satu-satu pertubuhan yang didaftarkan.


Terdapat 131 cawangan Umno di Kelantan. Menurut Amran, daripada jumlah itu hanya lima yang sah manakala yang baki termasuk cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai tidak pernah didaftarkan.

Read more ...

UMNO bukannya reti makna Negara Berkebajikan



KOMENTAR : Ini satu lagi ujian bagi rakyat Malaysia; sekurang-kurang untuk menyukat kefahaman dan kebijaksanaan mereka. Persoalan kali ini mudah – apakah erti kebajikan? Dan, setelah mengerti istilah kebajikan, apakah pula yang dimaksudkan dengan Negara Berkebajikan?

Seperti biasa pemimpin Umno-BN akan menggunakan segala kudrat media dan instrumen penerangannya untuk memberi takrif kebajikan dari sudut pandang mereka. Umumnya, pemimpin Umno-BN mendakwa mereka telahpun melaksanakan tuntutan Negara Berkebajikan dalam urusan pentadbiran negara.

Tanpa sebenarnya mengulas dan memperinci erti kebajikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, misalnya, terus mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Berkebajikan. Dalilnya, kata beliau, kerajaan telah memberi dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat di bidang pendidikan, prasarana, subsidi sara hidup dan sebagainya.

Lantas, beliau dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, memperlekehkan teras perjuangan PAS kini untuk menegakkan sebuah Negara Berkebajikan. Malah diperli-perli pula PAS yang kononnya tergamak meninggalkan perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam.

Seolah-olah meratapi anjakan keutamaan PAS ini, Umno mahu perjuangan mulia PAS menegakkan Negara Islam diteruskan. Namun rakyat yang peka tentu dapat membaca dalam usaha memikat pengundi Melayu-Islam, Umno melalui bekas presidennya, Dr Mahathir Mohamad, dengan selamba menabalkan Malaysia sebuah Negara Islam hanya kerana Perlembagaan menyebut Islam agama rasmi Persekutuan.

Langkah itu semua diambil dengan tujuan mematikan langkah politik PAS terus memenangi hati dan minda orang Islam di negara ini untuk menyokong agenda menegakkan sebuah Negara Islam di Malaysia!

Kini apabila PAS memperkenalkan konsep perjuangan Negara Berkebajikan, Umno (melalui Presiden dan Timbalan Presiden) beria-ia benar mengumumkan kerajaan Umno-BN memang sudah lama memperjuangkan konsep Negara Berkebajikan itu.

Memang diakui demikian. Namun tindakan Umno-BN itu adalah satu usaha yang dilakukan sudah terlalu lama dahulu. Itupun ketika Umno-BN belum lagi dirasuk nafsu serakah untuk menghimpunkan dividen kebajikan kerajaan kepada sanak saudara dan suku sakat Umno dan sedikit sahaja untuk ahli komponen BN yang lain.

Sejak berjaya melakarkan impian bahawa Malaysia akan menjadi sebuah Negara Maju menjelang tahun 2020, Umno mula memusatkan perhatian untuk menghimpunkan kekayaan dan kemewahan atas nama Dasar Ekonomi Baru. Kira-kira RM54 bilion dikumpulkan untuk menjana kekayaan bagi pihak kaum Bumiputera. Hari ini hanya RM2 bilion sahaja yang boleh dikaitkan dengan pemilikan Bumiputera baki RM52 bilion itu lesap atau tiris entah ke mana. Hanya Umno dan pemimpinnya tahu siapakah yang benar-benar mendapat manfaat daripada kerangka kebajikan yang diwar-warkan oleh Najib dan Muhyiddin ini.

Adalah selamat dikatakan bahawa Umno-BN Cuma faham erti kebajikan dari sudut material semata-mata. Dari tindak tanduk dan sikap, boleh dirumuskan bahawa Umno tidak menghitung bahawa pengertian Negara Berkebajikan juga mempunyai dimensi rohaniah atau kejiwaannya.

Seseorang yang bernaung di bawa sebuah Negara Berkebajikan mungkin tidak lengkap dibantu dengan kebajikan material sahaja. Kebajikan yang hakiki ialah ketenangan, kesejahteraan dan kemakmuran jiwa dan akal fikiran. Perspektif ini amat penting diterjemah dan dihayati dalam sesebuah negara yang berkebajikan.

Soal bantuan ekonomi dan materi lain memang mutlak menjadi tanggungjawab kerajaan. Namun bantuan dan kebajikan hakiki mestilah dijelmakan dalam soal bebas menghayati rasa aman, sejahtera dan selamat daripada segala onar. Rakyat harus bebas dari ketakutan harta-benda dan nyawa mereka dicerobohi. Jika ia disakiti oleh hasad dengki insan lain, ia tahu bahawa ia akan dapat pembelaan dan, jika ia dibicarakan, ia yakin bahawa ia akan dihakimkan dengan adil.

Bila disebut Negara Berkebajikan, ia bermakna rakyat mestilah dilindungi oleh hambatan ekonomi seperti inflasi, menghuni sistem perumahan yang munasabah dan mampu memelihara maruah individu dan keluarganya. Kemudahan hidupnya seperti peluang pendidikan, prasarana pengangkutan dan sebagainya mestilah diapit erat oleh ketenangan, keamanan dan keadilan yang dijamin oleh pemerintah.
Maka apabila Najib dan Muhyiddin bersorak bahawa Umno-BN sudahpun mengamalkan konsep Negara Berkebajikan, ia pasti satu pengertian dan cerminan kefahaman dan kepemimpinan yang cacat. Kebajikan material Umno-BN tidak diimbangi dengan dimensi kebajikan kejiwaan.

Bagaimana mungkin akan ada ketenangan jika dalam kehidupan seharian kos sara hidup semakin merentap nilai setiap sen yang diperolehi dari jerih rakyat oleh inflasi lantaran kebebalan pengurusan kerajaan memotong subsidi barangan perlu tetapi masih mempertahankan jaminan RM19 bilion subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) saban tahun?

Kebajikan apa namanya jika setiap ibubapa sentiasa musykil, bimbang dan ngeri akan keselamatan anak dan keluarga dalam kes kejadian jenayah yang semakin parah? Kebajikan apa namanya, jika agensi keselamatan dilihat lebih mudah diarah oleh pemerintah untuk menggertak dan mengancam rakyat yang mahu bersuara tentang kepincangan sistem pilihanraya, mahkamah dan menuntut hak untuk bebas bersuara?

Untuk mencapai status Negara Maju, Malaysia memerlukan warga yang tinggi pendidikannya dan lapang pemikirannya tanpa cengkaman peraturan dan undang-undang yang zalim. Rakyat memang dengan penuh komitmen sentiasa membimbing keluarga masing-masing ke arah itu. Maka zaman untuk terus menjadi tukang angguk kepada sebuah pemerintah seperti Umno-BN yang berpendirian “hanya kerajaan yang lebih tahu” sudah berlalu.

Rakyat hari ini lebih mengerti maksud Negara Berkebajikan. Usah Najib, Muhyiddin atau mana-mana pemimpin Umno-BN beranggapan bahawa rakyat jahil dalam membezakan ciri-ciri sebuah Negara Berkebajikan dengan sebuah pemerintah yang hanya menghimpunkan kebajikan kepada juak-juak mereka sahaja.

Read more ...

Kerajaan BN dulu tak ingat BAHAYA, kira UNTUNG kroni sahaja



SHAH ALAM 8 JUN : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya sudah memaklumkan kepada pengusaha tapak semaian Sugai Buloh yang juga dikenali sebagai “Green Lane” bahawa tanah yang mereka usaha itu adalah rizab keselamatan kerana terdapat dua batang paip bertekanan tinggi yang membekalkan air kepada lebih satu juta penduduk.

Beliau berkata Kerajaan Negeri sepatutnya tidak boleh membenarkan apa-apa aktiviti dijalankan diatas tapak semaian seluas 20 ekar itu, bagaimanapun perkara tersebut tidak dilakukan oleh kerajaan yang terdahulu walaupun mengetahui kedudukan paip terbabit.

"Pada waktu dahulu, semua pihak lepas tangan dan tidak mahu menyelesaikan masalah ini walaupun mereka mengetahui paip tersebut berada di situ. Ia memang sudah sedia ada ketika pengswastaan air berlaku pada 2001. Kerajaan, mahupun Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) tidak mahu berbuat apa-apa sebelum ini.

"Sebagai Menteri yang bertanggungjawab, saya tidak boleh tutup mata kepada masalah ini," kata Khalid dalam kenyataan medianya kepada pengusaha tapak semaian yang diwakili oleh Sunny Low, presiden Landscape and Agriculture Nursery Operators of Subang Association di pejabat Menteri Besar, di Shah Alam, semalam.

Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Roslan Sakiman, pegawai daerah Petaling, Datuk Zulkifli Yaakob dan pegawai daerah Gombak Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Setelah dimaklumkan semua isu-isu yang terlibat, Khalid berkata Kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menolak semua permohonan TOL termasuk permohonan yang dibuat oleh Yayasan Selangor.

Namun begitu, beliau prihatin dengan kebajikan lebih 60 pengusaha di Green Lane dan akan memastikan penyelesaian yang diambil tidak akan menjejaskan perniagaan mereka.

"Oleh itu, kami meminta Yayasan Selangor untuk menyediakan satu kajian (feasibility study) bagi memastikan sekiranya aktiviti mengusaha tapak semaian di kawasan Green Lane selamat atau tidak. Jika boleh, kita mahu tahu bentuk pembangunan apakah yang boleh dibuat dan siapakan yang boleh ditugaskan untuk menjaga kawasan tersebut agar tidak berlakunya perkara yang tidak diingini.

"Dan jika ianya tidak selamat, kerajaan negeri akan memastikan pengusaha akan diberi tempat lain untuk meneruskan perniagaan mereka," kata menteri besar.

Beliau juga turut menjemput badan wakil pengusaha tapak semaian melantik pakar jurutera untuk membuat laporan yang sama dan memberi tempoh sebulan untuk menyiapkan laporan tersebut.

Sementara menunggu laporan tersebut, beliau turut mengarahkan pejabat tanah dan galian serta pejabat daerah untuk mencari kawasan alternatif untuk pengusaha di kawasan berdekatan.

Tambah Khalid, pihaknya juga akan menulis surat kepada ketua pengarah tanah dan galian untuk mencari tapak semaian yang baharu bagi pengusaha terbabit menjalankan perniagaan mereka di atas tanah milik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

"Saya harap tiada siapa yang akan mempolitikkan perkara ini kerana ianya soal keselamatan. Sepatutnya kerajaan persekutuan berkejasama dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan perkara ini. Walaubagaimanapun, jika meraka tidak mahu, saya akan cuba mendapat penyelesaian untuk semua,” tambah beliau.

Read more ...

Dedah Dulu Hasil Siasatan Sebelum Panggil Inkues, Kata Keluarga Sarba




KUALA LUMPUR 8 JUN : Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed menyifatkan cadangan polis supaya diadakan inkues bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam itu April lalu sebagai mahu melengah-lengahkan hasil siasatan selain mahu “menyembunyikan sesuatu.”

Justeru menurut sumber rapat keluarga Ahmad Sarbani, pihaknya mahu polis mendedahkan terlebih dahulu siasatan yang telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum membuat tindakan susulan termasuk mengadakan inkues.

Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbani tetap bertegas mahu hasil siasatan polis didedahkan kepada umum.

Tambah sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini juga kurang bersetuju dengan cadangan polis itu selagi tidak tahu status sebenarnya hasil siasatan bapa lima anak itu.

“Keluarga kini keliru dan tidak tahu apa yang sepatutnya hendak dilakukan... untuk inkues keluarga kurang bersetuju sebab macam cubaan mahu melengah-lengahkan kes ini sahaja.

“Jadi keluarga Allahyarham tetap mahu polis dedahkan dulu hasil siasatan yang mereka peroleh sebelum nak buat apa-apa tindakan termasuk inkues,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Jelas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbani tidak mahu hasil siasatan yang diperoleh daripada inkues itu akan sama seperti kes kematian Teoh Beng Hock yang mengambil masa bertahun-tahun dan kini masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

“Keluarga tidak mahu kes ini jadi macam kes Teoh Beng Hock, nanti bila diadakan inkues ia akan mengambil masa bertahun-tahun... yang akhirnya keputusan tidak wajar dibuat.

“Jadi untuk apa inkues dibuat kalau mengambil masa bertahun-tahun? Kami mahu keputusan segera, polis kena dedahkan hasil siasatan mereka sebelum tindakan susulan diambil.

“Apa akan jadi kalau inkues ini diadakan? Adakah mungkin akan ada saksi atau bukti lain yang akan muncul? Kami tidak mahu, dedahkan segera... jangan berdiam diri macam nak sembunyikan sesuatu,” tegasnya.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dilapor ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Minggu lalu, polis mengumumkan pihaknya akan meminta agar diadakan satu inkues dan idea itu dipersetujui oleh Peguam Negara.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang pula mencadangkan agar Putrajaya terus mengadakan satu suruhanjaya diraja siasatan berhubung kematian Ahmad Sarbini berbanding inkues yang disyorkan polis.

Ditanya mengenai cadangan Lim itu, sumber itu berkata “adalah lebih baik polis dedahkan dulu hasil siasatan yang diperoleh.”

“Akhirnya kami terpaksa bergantung kepada ahli politik untuk menuntut keadilan bagi Ahmad Sarbani,” katanya

Read more ...

HEBOH bila Belarus naik harga minyak , Indonesia turun harga minyak DIAM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgierbPqZccMZmOrUMiZfVHUoKIwJDm4NVnMGlTEammIdOZyP_nBg71wGrbS1x4JWRE-BUK9oIpPrFBEIiyq1kY7wX84AVWw287PDar6uhULZQ3RU6pSzoMhsOfTwuJDVbH36xdi2oB2_g9/s400/Petrol%2520pump.jpgAkhbar pencacai Umno, Utusan Me@o*a terus menjadi akhar pengkhianat kepada rakyat. Hari ini akhbar pencacai tersebut menyiarkan berita bahawa negara Belarus menaikkan harga minyak kira-kira 30 peratus, dalam siri terbaru campur tangan pihak berkuasa untuk mengekang krisis ekonomi negara itu dan mendapatkan bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menurut laporan itu langkah Belarus menaikkan harga minyak itu menyusuli beberapa negara lain seperti China, Taiwan dan Filipina. Kenaikan oleh syarikat minyak negara, Belneftekhim yang meningkat kos seliter minyak kepada kira-kira AS$1 (RM3), merupakan kali ketiga dalam tempoh dua bulan ini.

Namun akhbar pencacai Umno itu tidak pula menyiarkan berita bahawa Indonesia sudah dua kali menurunkan harga minyak baru-baru ini. Ternyata akbar ini cuba mengelirukan pemikiran rakyat supaya bersetuju dengan kenaikan harga minyak tersebut.

Belarus, China, Taiwan dan Filiphina bukan pengeluar minyak memang munasabah mereka menaikkan harga minyak. Tetapi Malaysia adalah pengeluar minyak sama seperti Indonesia, mengapa negara kita tidak dapat menuruti tindakan Indonesia yang mampu menurunkan harga minyak??????

Rabu lalu, akhbar Kompas melaporkan bahawa kerajaan Indonesia menurunkan harga minyak seperti laporan dibawah ini.

Read more ...

Karpal tiada kuasa halang, Mahathir guna kuasa halang Hudud

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.

"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.

"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin (gambar kanan) dalam Twitternya.

Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam.

"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan.

Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."

Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!

"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin.

Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham.

Surat Dr Mahathir

Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.

“(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

“Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua,” katanya.

“Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik,” kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka “diambil secupak-secupak” sehingga habis.

“Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS,” katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

Read more ...

Edar perjanjian IPP kepada anggota Parlimen

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) meminta kerajaan memastikan dokumen rahsia perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP) diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen.

"Mewakili ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) saya berharap salinan dokumen tersebut diedarkan kepada setiap Ahli Parlimen pada hari pertama sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

"Kami sangat memerlukan dokumen itu untuk memudahkan kami menunaikan tanggungjawab kami kepada rakyat," kata beliau.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan dokumen tersebut boleh didedahkan kepada ahli Dewan Rakyat.

Mukhriz juga berkata, butiran perjanjian itu tidak boleh didedahkan kepada orang ramai kerana ia adalah perkara sulit.

"Kami, ahli-ahli Parlimen, akan memastikan Mukhriz tidak berbohong dengan kenyataannya itu kerana kami sangat memerlukan dokumen perjanjian itu yang menimbulkan rasa tidak amat puas hati rakyat kerana dianggap berat sebelah dan hanya menguntungkan IPP," kata Mahfuz.

Dalam perjanjian itu, katanya, IPP dipaksa membeli tenaga yang dijana oleh IPP walaupun tidak diperlukan.

IPP juga tetap menerima subsidi yang besar dari kerajaan ketika pelbagai subsidi kepada rakyat telah dipotong dan kerajaan pula setiap hari mengugut hendak memotong subsidi kepada rakyat tertindas, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Walaupun Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sendiri menyifatkan perjanjian dengan IPP itu tidak adil kepada rakyat, tetapi kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat-syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

Malah, kecaman hebat bekas Pengerusi Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope terhadap perjanjian itu telah beberapa kali menjadi berita sejak beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB 15 tahun lalu.

Baru-baru ini, ketika menulis dalam laman Facebooknya, Ani menyalahkan perjanjian dengan IPP itu sebagai punca kenaikan tariff elektrik.

Beliau juga mendedahkan bahawa Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri sebagai pihak yang bertangungjawab memaksa TNB menandatangani perjanjian itu.

Lantaran itu, Ani menyifatkan EPU sebagai Economic Plundering Unit atau Unit Penyamun Ekonomi.

Read more ...

Isu Scorpene : Najib masuk perangkap Muhyiddin dan Zahid


Skandal Scorpene: Zahid dan Muhyiddin perangkap Najib

Pembentukan kem tertentu dalam Umno semakin ketara apabila isu perbicaraan komisen pembelian kapal selam Scorpene bermula Julai depan di mahkamah Perancis, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Menurut Badrul, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sejak awal dilihat memerangkap Perdana Menteri Najib Razak, supaya diheret dalam perbicaraan skandal pembelian kapal selam pertama negara itu.

Beliau mendakwa kem Zahid Hamidi ‘diketuai’ Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin.

“Zahid sebagai Naib Presiden sedang ‘bersiap’ untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, yang menjadikannya laluan mudah untuk menjawat Timbalan Perdana Menteri,” tambah Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan CheGuBard.

Menurutnya, ramai yang tidak mengetahui secara dalam diam, Zahid membuat serangan bertalu-talu terhadap kepimpinan Najib, ibarat seperti membaling batu dan sembunyi tangan.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sering membangkitkan isu mengenai kapal selam yang gagal menyelam. Namun tahukah kita siapa yang mendedah dan mengesahkan maklumat itu? soal CheGuBard.

Menurutnya, ia bermula pada 19 Ogos 2010, apabila Zahid menyelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana ditemu bual akhbar Indonesia, Kompas.

Dalam temubual tersebut, Izzah mendedahkan kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh berfungsi, selain mendakwa aset Tentera Laut Di raja Malaysia itu sebagai usang dan terpakai.

“Apabila diperhalusi, maklumat itu sebenarnya datang dari kenyataan Zahid sendiri. Dalam tidak sedar dia menyerang Najib.

“Tidakkah kita berasa hairan, selepas Najib cuba mendiamkan media dari membicarakan soal kapal selam, tiba-tiba muncul ‘hero’ yang sanggup memberi keterangan di mahkamah Perancis?” soal Badrul merujuk kesediaan Zahid untuk memberi keterangan di mahkamah itu sekiranya dipanggil berbuat demikian.

CheGuBard turut mempersoalkan percanggahan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin di Parlimen pada 2006 yang menafikan pembayaran komisen kepada syarikat Perimekar oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya oleh pihak di Perancis.

“Tetapi kenyataan pihak di Perancis bahawa mereka tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran komisen. Apakah Parlimen Malaysia telah ditipu? soalnya.

Akhbar Suara KEADILAN pada Febuari tahun lalu pernah membangkitkan spekulasi hubungan antara Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, termasuk pendedahan mengenai rahsia ketenteraan kepada pihak asing yang didedahkan Zahid pada 4 Febuari.

Enjin F 5E hilang

Namun, Zahid membuat kesimpulan bahawa kes itu selesai dua hari berikutnya. Sebelum itu, Zahid juga membuat pendedahan mengenai enjin pesawat F5E Tentera Udara Di Raja Malaysia berharga RM100 juta yang hilang pada 2007- semuanya berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Justeru adalah tidak menghairankan serangan dari kem Muhyiddin dilihat bertalu-talu termasuk terhadap projek Kementerian Kewangan iaitu Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC).

Media utama negara melaporkan Muhyiddin mengarahkan UDA Holdings Bhd menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar isu projek tersebut.

Laporan itu dikatakan akan dibentang kepada Kabinet memandangkan telah berlaku polemik antara syarikat itu dengan beberapa pemimpin politik yang mendakwa kononnya UDA tidak ikhlas dalam membantu kontraktor Bumiputera.

“Tapi adakah Rosmah, Najib dan sepupunya Hishamuddin Hussein akan beri laluan mudah? Belum tentu,” kata CheGuBard yang menyeru rakyat Malaysia supaya cekap memerhatikan perkembangan politik tanah air.

Kd

Read more ...

Malaysia negara diktator bukan kebajikan




SHAH ALAM 7 JUN : Malaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta kroni, kata dua pemimpin utama PAS hari ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden Mahfuz Omar menyifatkan sebagai dangkal kenyataan Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan.

Kedua-dua pemimpin Umno itu mendakwa pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan melengkapkan syarat untuk Malaysia dipanggil negara berkebajikan.

Mohamad Sabu berkata anggapan Najib dan Muhyiddin itu menzahirkan minda cetek mereka dari segi pemahaman konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat.

“Yang ada sekarang ialah, yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator,” beliau memberitahu TVSelangor.

Mohamad Sabu dan Mahfuz berkata negara berkebajikan tidak terbatas kepada mengadakan projek semata-mata atau pun menyediakan subsidi rakyat yang semakin hari semakin berkurangan.

Negara berkebajikan bererti kerajaan tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa, serta kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka, tambah mereka.

“Negara yang buat projek untuk rakyat semata-mata tidak boleh dianggap negara kebajikan. Sesiapapun yang memerintah akan buat projek. Kalau Umno anggap negara kebajikan adalah kerajaan yang buat projek semata-mata, maka semua negara didunia ini adalah negara kebajikan,

“Tetapi kita tahu pemerintahan Umno jauh daripada konsep mendirikan negara berkebajikan,” katanya.

Mohamad Sabu berkata Najib dan Muhyidin jelas gusar dengan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat sehingga membuat tuduhan melulu terhadap hala tuju PAS.

“Dia bimbang dengan konsep negara kebajikan ini boleh menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam terhadap Pas dan Pakatan Rakyat. Ini yang dia bimbang," kata Mohamad Sabu.

Najib hari ini dalam sidang medianya di Astana, Kazakhstan megah berkata UMNO BN sudah lama mengamalkan pemerintahan secara berkebajikan.

Beliau tanpa segan silu turut menyenaraikan jasa kerajaan pimpinannya kepada rakyat termasuklah pendidikan, kesihatan, subsidi makanan, minyak dan banyak lagi.

Mahfuz berkata Najib dan Muhyiddin seharusnya memahami dengan jelas konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Konsep negara berkebajikan adalah sebuah negara yang menitik persoalan yang berkaitan dengan kesejahteraan. Apa yang berlaku hari ini adalah, walaupun diberi sesuatu kepada rakyat, rakyat tidak dapat merasai kesejahteraan dan kedamaian dlam kehidupan negara kita ini, umpamanya beban kos hidup makin meningkat," kata Mahfuz.

Mahfuz juga mempersoalkan kenyataan Najib kononnya barisan kepimpinan PAS yang baru dipilih 4 Jun lalu terlalu memfokuskan soal pilihan raya umum akan datang.

"Salah satu hala tuju PAS ialah pilihan raya. Untuk nak terjemahkan hala tuju PAS itu mestilah kena menang pilihan raya. Apa masalahnya kita beri tumpuan pada pilihan raya. Kita mesti dapatkan kuasa untuk laksanakan hala tuju PAS," tegas Mahfuz.

Read more ...

Bantah pilihanraya masjid : UMNO meroyan tak boleh kuasai masjid

TEMERLOH, 7 Jun: Langkah Umno menentang pemilihan jawatankuasa masjid di Pulau Pinang oleh anak kariah membayangkan ketakutan Umno kalau-kalau cengkaman mereka ke atas masjid di negeri itu hilang.

Ini kerana, sistem melantik pengerusi dan jawatankuasa masjid yang dibuat Umno sebelum ini memastikan Umno mengawal masjid bukannya anak kariah masjid berkenaan.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta rakyat negara ini tidak risau tentang isu pemilihan jawatankuasa masjid yang dicadangkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana ia bukanlah perkara baru.


Bahkan ia hanya menjadi perubahan mekanisme dengan penggunaan kaedah yang lebih tersusun dan akan terlebih baik, kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah Pendidikan Islam UiTM itu.

“Isu ini tidak sepatutnya menjadi polimik kepartian, kerana ia bukanlah pilihan berdasarkan parti politik. Pemilihan adalah berdasarkan merit seseorang calon pda pandangan ahli kariah.


"Ia sebenarnya jauh lebih baik dari kaedah yang digunakan sekarang apabila kerajaan yang memerintah boleh melantik jawatankuasa tanpa mendapat persetujuan ahli kariah,” kata Tuan Ibrahim (gambar kanan) dalam satu kenyataannya hari ini kepada Harakahdaily.

Beliau meminta semua pihak melihat apa yang berlaku di Selangor sekarang apabila kariah memilih nazir hingga ke jawatankuasa masjid melalui pemilihan anak kariah dan disahkan sahaja oleh Majlis Agama Islam negeri.

Ia telah menyebabkan semua masjid dan surau di Selangor begitu makmur dengan pelbagai program khasnya program ilmu.

"Adakah ini yang ditakuti oleh Umno," soal beliau ketika mengulas bantahan Umno terhadap cadangan Pulau Pinang yang mahu melaksanakan sistem pemilihan untuk jawatankuasa masjid di negeri itu.

Bagi memburukkan keadaan, Umno menuduh DAP mahu menguasai masjid di negeri itu melalui cara ini.

Menjawab balas tuduhan Utusan, setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari (gambar bawah) berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

“DAP tidak ada wakil yang menduduki MAIPP. Jika MAIPP sendiri yang berpendapat langkah itu sesuai, ia terpulang kepada MAIPP dan umat Islam di Pulau Pinang. DAP tidak ada sebarang penglibatan dalam usaha itu,” katanya yang dipetik Roketkini.


Bagi Tuan Ibrahim, hakikat pahit sistem yang ada kini di kebanyakan negeri telah dimonopoli oleh parti yg memerintah bilamana mereka melantik ketua Umno sebagai pengerusi masjid, walaupun ianya berada di kariah lain, bahkan ada juga waktunya mereka yangg dilantik bukan dari kalangan ahli masjid.

“Perlantikan begini menimbulkan rasa tidak puas hati ahli kariah dan pegawai masjid menyebabkan banyaknya masjid mati, tidak berfungsi dan tidak terurus dengan baik.


"Sepatutnya usaha ke arah memperbaiki sistem yang lemah ini mendapat sokongan semua pihak,” terang beliau.


Maka katanya, isu pemilihan masjid ini tidak akan menimbulkan persoalan ia dikuasai parti tertentu, kerana pemilihan berdasarkan individu dan bukan parti politik.


“Kebimbangan Umno sekarang disebabkan kebimbangan jawatankuasa yang dilantik terus di kalangan pimpinan Umno tidak lagi terpilih, kerana mereka yang dilantik sebahagiannya bukanlah ahli kariah dan bukan pula kaki masjid,” tambah Tuan Ibrahim.

Untuk mengatasi masalah pemilihan ini diragui, Tuan Ibrahim berkata soal mekanisme pendaftaran ahli kariah mampu dilakukan tanpa sebarang persoalan yang besar.


Bahkan, kata beliau, dengan data ahli kariah yang lebih lengkap dapat diperolehi, ia sudah tentu dapat mendatangkan kebaikan kepada urusan pentadbiran.

“Sayangnya sikap buruk sangka yang menebal di kalangan pemimpin Umno terhadap kerajaan Pakatan Rakyat menyebabkan mereka tidak lagi rasional dalam membuat penilaian terhadap sesuatu kebaikan,” kata beliau dengan kesal.

Tuan Ibrahim juga menasihatkan Umno untuk melihat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Kelantan yang berjaya menjadikan masjid sebagai pusat tarbiyah dan pembangunan komuniti yang hebat.


Kerana keghairahan mereka untuk membina masjid yang indah dengan peruntukan jutaan ringgit tidak bermakna seandainya masjid itu kosong, sunyi sepi dari sebarang aktiviti selain sembahyang fardu.

Barangkali, kata Tuan Ibrahim, Umno membantah dalam isu ini kerana mereka resah terhadap kehadiran ratusan umat Islam mengikuti kuliah kerana beranggapan fenomena ini sebagai satu kebangkitan pembangkang khususnya PAS.


“Lantaran itu, sistem pemilihan jawatankuasa masjid yang satu masa dahulu dibuat oleh ahli kariah melalui undian (angkat tangan) telah ditukar dengan mengambilalih melalui perlantikan secara terus.

"Akibatnya, pelbagai kepincangan penyelewengan telah berlaku seperti kegagalan mengadakan mesyuarat agong dan sebagainya,” ulas beliau.


Disebabkan kelemahan inilah, kata Tuan Ibrahim kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat cuba memperbaiki sistem dengan mengembalikan hak kepada ahli kariah melalui kaedah pengundian.


“Disebabkan kebimbangan teruk bahawa 'kuncu-kuncu' Umno akan tewas, maka mereka terus menentang tanpa berfikir panjang. Sedangkan ia adalah satu sistem terbuka bagi ahli kariah memilih siapa yang paling wibawa bagi menguruskan masjid,” terang Tuan Ibrahim.

Umno dan lidah rasmi Perkasa, Utusan Malaysia muktahir ini mempersoalkan munasabah untuk mengadakan 'pilihan raya masjid' di Pulau Pinang kerana bimbang ada pihak mempunyai agenda tersembunyi untuk menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyuruh MAIPP untuk memikirkan perkara itu semula kerana pemilihan itu dilihat boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan kariah masjid kerana unsur politik mungkin lebih mendominasi pemilihan tersebut.


Selepas diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri kerana memainkan isu negara Kristian bulan lepas, Utusan sekali lagi cuba memanaskan suasana politik negara dengan isu agama terhadap DAP.

Read more ...

Nak bagi kahwin anak jangan belasah duit rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program peribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang.

Tindakan ini disifatkan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.

Kecaman ini dibuat ekoran tindakan Najib menggunakan segala kemudahan kerajaan dan wang rakyat untuk memenuhi keperluan keluarganya di Kazakhstan sekarang.

(Gambar: Laporan Harakahdaily semalam)

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi," kata Dr Dzulkefli kepada Harakahdaily.

"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlair," kata beliau.

Semalam Harakahdaily melaporkan, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Noryana Najwa dengan seorang anak pembesar negara itu.

Untuk memenuhi hasrat itu, beliau dikatakan meminta program rasmi kerajaan diatur untuk beliau dan rombongan ke sana. Perkara ini dikesali oleh pelbagai pihak termasuk wartawan yang menyertai program beliau itu.

Hasilnya, kerajaan terpaksa menanggung segala perbelanjaan bukan sahaja untuk beliau berdua bahkan juga menteri, wartawan dan pegawai kerajaan yang terpaksa mengiringi beliau ke sana.

Dalam sejarah Islam, kata Dr Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah memadamkan lilin milik negara apabila ada yang datang bertemu beliau untuk berbincang hal pribadi.

"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau dan bakal menjadi suri tauladan kepimpinan BN dan pegawai kerajaan di bawah beliau," katanya.


Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah dan kini ia berlaku lagi.

Dr Dzul yakin, jika perkara ini diodit oleh jabatan kerajaan tidak akan ditemui kesalahannya berdasarkan ianya mengikut prosedur biasa kerajaan iaitu mendapat kelulusan dari Perdana Menteri.

"Tetapi dari segi moralnya ia sangat salah," tegas Dr Dzulkefly (gambar).

Bagi beliau, apa yang berlaku adalah Najib dan Rosmah mengatur program kerajaan ke Kazakhstan untuk memenuhi program pribadinya iaitu menguruskan perkahwinan anaknya.

"Di sinilah masalahnya akan timbul apabila kepimpinan tertinggi menunjuk sikap yang buruk, apa pula orang bawahnya nanti, menteri, ketua setiausaha, OCPD dan sebagainya ...kalau bos kencing berdiri, anak buah kencing berlari," kata beliau.

Jika Najib dan Rosnah benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan pribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," kata beliau.

Read more ...