Sunday, May 8, 2011

Ini dia tiga menteri UMNO yang kontang idea

Malaysia Daulah Kristian? Reaksi Menteri Yang Berjiwa Kerdil


KOMENTAR : Memang jelas jarak firasat dan kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dengan sekurang-kurangnya tiga menteri Umno yang nyata kontang idea mengenai soal kenegaraan dan juga bagaimana membaja keharmonian di Malaysia.

Apabila diminta komen beliau berhubung kegemparan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia pada Sabtu 7 Mei lalu, dengan tenang pemimpin dan ahli agama itu menguis soalan dengan mengatakan “tidak mungkin beliau boleh mempercayai laporan Utusan Malaysia”.

Pendirian Nik Aziz memang berasas. Ini kerana komponen utama Barisan Nasional, MCA sendiri kini menggerakkan kempen untuk memboikot akhbar millik Umno itu.

Perihal Utusan tidak menghormati nilai dan sensitiviti kaum lain dalam melaksanakan apa yang didakwanya sebagai “memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam” memang sudah diketahui umum.

Dalam kes ini, pendirian Utusan itu seolah-olah diperakukan oleh tiga menteri Umno –Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan Menteri Komunikasi, Multimedia dan kebudayaan, Rais Yatim, dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom.

Ketiga-tiganya bingkas menggertak sesiapa sahaja yang cuba membangkitkan sentimen agama dan mengancam kehormonian dan keselamatan Negara akan dikenakan tindakan tegas.

Bagi ketiga-tiganya memberi keabsahan kepada tindak tanduk Utusan itu adalah satu peranan yang perlu diluahkan secara terbuka.

Malah Jamil Khir yang diberi tanggungjawab mengurus halehwal agama Islam lantang mendesak DAP yang dikaitkan oleh laporan Utusan itu sebagai penganjur konspirasi hendak menjadikan Malaysia Negara Kristian dan mahu perdana menteri juga beragama Kristian menyatakan pendirian mereka.

Tidak ada usaha untuk menyiasat sumber berita berkenaan. Soal Utusan tidak berbuat demikian dan memutuskan kaedah penulisan penulis blog adalah sahih memanglah satu pelanggaran etika kewartawanan.

Sedihnya, menteri-menteri Umno yang beragama Islam seolah-olah terus percaya akan kesahihan berita berbahaya itu dan lantas menjerkah sesiapa sahaja yang bertindak mengikut laporan Utusan itu akan dikenakan tindakan tegas.

Usahlah congakan laba politik semata-mata dijadikam sandaran pengurusan Negara.

Kasihanilah rakyat jelata yang mahu hidup dalam Negara yang rukun dan damai. Apakah mungkin menteri-menteri berkenaan bersikap demikian kerana mereka sebenarnya adalah wakil “kerajaan Umno-BN yang lemah” seperti kata mantan Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad?

Sebab itulah agaknya mereka terkocoh-kocoh membuat sergahan tindakan tegas akan diambil untuk memberi gambaran kepemimpinan yang tegas demi menutup kelemahan ketara selama ini?

Beginilah masalahnya jika pemimpin yang tiada kebijaksanaan dan firasat yang tinggi. Malah diukur dari latar belakang pendidikan ketiga-tiga menteri berkenaan, ia pasti menyuntik keresahan dan kebimbangan rakyat betapa soal keselamatan dan susila komunikasi di kalangan kaum, agama dan juga rakyat boleh dikocakkan oleh menteri yang bersikap semberono ini.

Nik Aziz, misalnya, memberi jawapan yang tuntas mengapa laporan Utusan itu harus dikesampingkan. Latihan ilmu mustahalatul hadis – atau kesahihan rantaian laporan dan sumber hadis – yang adil dan saintifik membimbingnya untuk dengan yakin mengenepikan laporan yang tidak sahih dan sering menjadi punca atau sumbernya berbaur pelbagai kepentingan.

Itu natijah didikan agama. Hishamuddin, Jamil dan Rais wajib faham konsep asas – setiap sumber berita itu harus disemak dan disahkan terlebih dahulu – seperti yang diajarkan Allah dalam al Quran:

“Wahai orang-orangyang beriman, jika seseorang yang fasik datang kepada kalian membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kalian tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kalian menyesali perbuatan kalian itu” (Al Hujurat ayat 6).

Memang isu yang dilaporkan itu perkara besar. Ia boleh menggerhanakan hubungan di antara kaum dan agama di Malaysia. Sebab itu, sikap berhati-hati perlulah menyaluti setiap tindakan daripada pihak berkuasa. Memang hari ini ketiga-tiga mereka orang yang berkuasa dalam Negara ini.

Namun mereka perlu belajar daripada negarawan seperti Nik Aziz supaya lebih berhikmah dan sentiasa memelihara kepentingan agama.

Bersikap bengis dan kasar seperti yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga menteri Umno itu cuma akan melontarkan gambaran yang agak kurang bersusila di benak dan perasaan mereka yang bukan Islam.

Pemimpin harus memimpin dan bukan memaksa rakyat untuk memilih mufarakah atau meninggalkan Jemaah Negara Malaysia. Jika beginilah sikap pemimpin,nampaknya masih jauh lagi konsep 1Malaysia bakal jadi kenyataan.

Namun ditinjau di sudut lain, pasti akan timbul pertanyaan, mengapa ketiga-tiga menteri Umno bersikap bengis sedemikian. Adakah mereka benar-benar yakin konspirasi Kristian ini sahih? Jika ia, apa dan di mana buktinya? Rakyat bukan sekadar ingin tahu, malah mereka wajib tahu kerana implikasi kepada kerukunan hidup di Malaysia amat besar.

Usahlah keserakahan sikap menyokong tindakan beberapa kerat ekstrimis yang mengarak kepala lembu yang menjadi simbol suci dalam agama Hindu dua tahun lalu berulang. Ia kini boleh disimpulkan sebagai cerminan sikap dangkal ilmu dan mutu kepemimpinan yang rendah.

Jika diyakini Islam itu adil dan martabatnya tinggi maka sikap dan perangai pemimpin-pemimpin Islam juga mestilah luhur dan mulia. Dengan menggertak dan menghunus senjata, ia tidak selalu menanamkan kegerunan pada pihak lain. Ia hanya jadi bahan senda gurau dan kebencian rakyat. Belajarlah menjadi dewasa dan bertanggungjawab.

Read more ...

Utusan dan blogger UMNO jahil semua agama

Jeff Ooi : Utusan Dan Blogger "Berniat Jahat"



GEORGETOWN 9 MEI : DAP menggesa akhbar Utusan Malaysia dan penulis blog Bigdog.com, Zakir Mohammed membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penganut agama Kristian kerana telah melemparkan fitnah kepada mereka.

Ahli Eksekutif DAP, Ooi Chuan Aun berkata, permohonan maaf itu perlu dilakukan kerana akhbar dan blogger berkenaan menyiarkan berita yang telah mengguris hati penganut agama Kristian selain cuba membangkitkan sentimen agama dan perkauman bagi memecah belahkan perpaduan negara.

Chuan Aun atau lebih dikenali dengan sebagai Jeff Ooi juga sudah pun membuat laporan polis ke atas Utusan dan juga blogger terbabit kerana membuat dakwaan "berniat jahat" terhadap beliau dalam konspirasi menukar agama rasmi negara.

Beliau yang juga ahli parlimen kawasan Jelutong berkata, tindakan akhbar dan blogger terbabit juga adalah satu cubaan mengapi-apikan sentimen anti Cina di kalangan masyarakat Melayu, membangkitkan perbalahan di antara penganut Buddha dan Kristian dan sengaja mengungkit tragedi 13 Mei.

“Saya beri tempoh kepada mereka untuk melakukan permohonan maaf dalam 24 jam sahaja dan sekiranya mereka gagal melakukan sedemikian,saya akan berjumpa dengan semua komuniti Kristian dan Buddha bagi menjelaskan apa yang berlaku dan mahu mereka membuat perhitungan masing-masing apabila mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan kerajaan akan datang,"katanya kepada media selepas membuat laporan polis di balai polis Jalan Pattani di sini semalam.

Pada Sabtu, muka depan Utusan Malaysia menggemparkan negara dengan laporan bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?'.

Dalam laporan polis yang dibuatnya, Ooi juga menggesa polis menyiasat laporan di halaman lima Utusan bertajuk 'Dua halaman blog dedah ikrar paderi seluruh negara' dan 'Jeff Ooi nafi anjur majlis'.

Ooi berkata, tulisan tersebut membayangkan bahawa beliau telah menghadiri satu pertemuan bersama pemimpin agama Kristian pada Jumaat lalu di mana kumpulan berkenaan telah berdoa supaya Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan supaya seorang Kristian menjadi perdana menteri.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dan penulis Bigdog adalah berniat jahat dan harus disiasat di bawah Seksyen 499 kerana melemparkan fitnah dan tohmahan kepada DAP.

Menurut Ooi beliau memang ada menghadiri majlis makan malam bersama kumpulan paderi namun ia hanyalah sekadar memenuhi jemputan.

“Adakah salah saya seorang Buddha untuk menghadiri majlis makan malam bersama penganut agama Krisitian?

“Saya bukan penganjur dan saya juga bukan orang yang bertanggungjawab mengumpul mereka di sini untuk majlis itu.Kumpulan paderi ini datang ke negeri ini untuk menjalankan seminar bagi membincangkan apakah sumbangan yang boleh dilakukan oleh penganut agama Kristian dalam membanteras kegiatan rasuah dan penyelewengan kuasa,”katanya.

Beliau yang ditanya adakah mendengar ikrar yang dilaungkan oleh kumpulan paderi itu untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia dan Perdana Menteri dilantik daripada kalangan penganut agama Kristian bagaimanapun menafikannya.

“Dalam majlis itu, saya hanya menjamu selera dan berbual dengan kenalan selain sibuk dengan iPad saya.Terus terang saya mengatakan saya tidak mendengarnya.

“Memang mereka ada membuat bulatan dan berpegang tangan namun itu adalah salah satu ritual penganut agama Kristian bagi menunjukkan rasa kesyukuran. Utusan dan Bigdog sebenarnya jahil dan tidak berpengetahuan tentang budaya dan tradisi agama Kristian jadi mereka tidak boleh membuat andaian sendiri,”katanya.

Read more ...

No. 2 PAS : Mat Sabu Dahului Senarai Pencalonan




KUALA LUMPUR 9 MEI : Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu sedang mendahului senarai pencalonan bagi jawatan timbalan presiden mengatasi jumlah yang diterima penyandangnya Nasharudin Mat Isa, setakat hujung minggu lalu.

The Malaysian Insider difahamkan Mohamad yang turut dikenali sebagai “Mat Sabu” sudah memperoleh 70 pencalonan manakala Nasharudin hampir 40 pencalonan daripada lebih 130 kawasan sudah bermesyuarat.

PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.

Setakat hujung minggu lalu, hampir 75 peratus kawasan atau bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan masing-masing. Ada kawasan yang tidak mencalonkan sesiapa pun.

Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan ialah 15 Mei ini.

Pemerhati-pemerhati politik PAS juga berpandangan bahawa jumlah pencalonan tidak semestinya akan mencerminkan arah aliran sokongan dan undi pada hari pemilihan kelak.

“Jumlah pencalonan diterima Mat Sabu (gambar) agak menarik tetapi seperti tahun-tahun lalu dan di parti-parti lain, pencalonan tidak semestinya boleh diterjemahkan dalam bentuk undi dan sokongan muktamad... atau kemenangan seseorang calon,” kata seorang penganalis ketika dihubungi.

Bagaimanapun penganalisis itu tidak menafikan pencalonan diterima oleh Mohamad, bekas naib presiden dan bekas ahli Parlimen, menggambarkan perkembangan semasa dalam parti Islam itu.

Mohamad, yang minggu lalu mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden, enggan mengulas perkembangan semasa ini.

Pada pemilihan 2009, Mohamad hanya menerima sekitar 30 pencalonan.

“Akhirnya, para perwakilan akan meletakkan pertimbangan antara latar belakang ulama dan profesional dalam menentukan sokongan mereka,” kata sumber itu yang tidak menafikan populariti Mohamad sebagai penceramah paling popular di kalangan pemimpin kanan PAS buat masa sekarang.

Rata-rata, Mohamad memperoleh pencalonan dari semua negeri - Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka Sabah, Kelantan, Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun setakat ini Mohamad masih belum menerima sebarang pencalonan daripada Terengganu.

Dari segi pecahan kasar, Mohamad menerima pencalonan paling banyak dari Johor dengan 15 pencalonan, diikuti Perak (13), Kedah (lapan), Kelantan (enam), Pulau Pinang dan Sabah (lima), Selangor dan Negeri Sembilan (empat), Pahang (tiga) manakala Melaka, Perlis dan Wilayah Persekutuan masing-masing menyumbang dua pencalonan dan satu dari Sarawak

Tambah sumber itu, keputusan itu diperoleh dari maklumat yang diterima dari kawasan-kawasan yang telah selesai mengadakan mesyuarat bagi menamakan bakal calon yang akan ditentukan nasib pada pemilihan bulan depan.

Selain Mohamad dan Nasharudin, empat lagi pemimpin utama PAS turut dicalonkan bagi jawatan itu.

Ketiga-tiga pemimpin itu adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 17 pencalonan, Menteri Besar Kedah dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (lima pencalonan), seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (empat pencalonan) dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan satu pencalonan.

Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharudin sudah mengesahkan untuk bertanding bagi jawatan tersebut.

Dalam laporan Harakah awal minggu lalu, akhbar parti PAS edisi terbaru, Nasharudin mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.

Nasharudin berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada PAS kawasan setakat ini.

“Insya-Allah saya akan pertahankan kerusi timbalan presiden kerana PAS kawasan mencalonkan saya untuk kerusi berkenaan.

“Tambahan pula mereka telah mencalonkan saya, lagipun kita mengamalkan demokrasi dalam parti, malah perlembagaan parti menyebut seseorang itu layak untuk dicalonkan dan mencalonkan seseorang itu bertanding,” katanya.

Pada pemilihan 2009, kerusi timbalan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad, Nasharudin dan Datuk Husam Musa yang mana keputusannya memihak kepada Nasharudin yang menghimpunkan 480 undi.

Husam memperoleh 281 undi sementara Mohamad hanya mendapat 261 undi.

Husam, kini ahli jawatankuasa PAS pusat telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan itu kali ini.-The Malaysian Insider

Read more ...

Rakyat tak semua bodoh percaya fitnah Utusan

Bagaimana kerajaan bodohkan rakyat dengan isu agama?

HEBOH sejak semalam, bila Utusan Malaysia memainkan sentimen yang mengapikan semangat kepahlawanan orang-orang Melayu sehingga rata-rata komen pada entry lalu sanggup memenggal kepala dan membunuh orang-orang Kristian apabila akhbar milik UMNO itu menyebarkan dakyah kononnya DAP mahu menjadikan agama Kristian sebagai Agama rasmi Malaysia. [Kristian Agama Rasmi]

Apa yang lucunya, sumber maklumat yang dijadikan rujukan oleh Utusan hanyalah dua buah blog jalanan yang pro Barisan Nasional. Seperti biasa, penyokong gerombolan songkok tinggi sengaja membutakan mata mereka dengan mengiyakan laporan Utusan itu. Mereka bermati-matian mahu semua orang-orang Melayu percaya bahawa DAP akan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Tambah lebih lucu, seorang ahli Parlimen DAP, Jeff Oi yang dikatakan mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia adalah seorang yang beragama Buddha. Adakah anda percaya seorang penganut Buddha mahu mengembangkan agama Kristian di Malaysia? Jelas sekali propaganda murahan [Malaysiakini].

Objektif Utusan Malaysia menyebarkan propaganda bodoh itu mudah sahaja, ini semua adalah perancangan gerombolan songkok tinggi yang diketuai oleh Najib Tun Razak untuk meraih sokongan orang-orang Melayu. Mereka mahu orang Melayu benci kepada DAP. Mereka mahu orang Melayu percaya bahawa DAP mahu menghancurkan Islam menghancurkan hak istimewa orang Melayu.

Cuba tanya kepada mereka, bagaimana DAP boleh buat semua ini? Adakah DAP mampu buat semua ini? Mereka tidak mampu jawab, kerana mereka hanya mahu rakyat percaya tanpa menyelidikinya. Mereka mahu rakyat percaya tanpa bukti tanpa alasan.

Fakta yang harus semua orang Melayu tahu adalah, tiada siapa pun yang mampu membuang Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia walaupun sesebuah parti itu berjaya menguasai dua pertiga kerusi parlimen. Hanya sultan yang mampu membuangnya. Malah kita mempunyai sepuluh kuasa sultan (satu agong, satu Yam Tuan Besar Negeri Sembilan satu Raja Perlis dan tujuh lagi Sultan-sultan negeri lain).

Jadi jelas sekali walaupun DAP berjaya menguasai 148 daripada 222 kerusi parlimen, mereka tidak akan mampu untuk menukarkan Agama Islam kepada Agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Tapi fakta yang jelas, DAP bertanding tak sampai 80 pun kerusi parlimen, nak kuasai 100 kerusi parlimen pun susah apalagi nak dapat dua pertiga kerusi parlimen?

Jelas sekali tiada jalan untuk DAP menukarkan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia walaupun PAS dan KEADILAN bersetuju membuang Islam dari menjadi agama rasmi Malaysia. Tapi mengapa Utusan mahu rakyat percaya DAP boleh tukar agama rasmi Malaysia kepada agama Kristian?

Sifirnya mudah, supaya orang-orang Melayu mengundi UMNO dan Barisan Nasional maka rakyat harus diperbodohkan dengan propaganda-propaganda bodoh seperti ini. UMNO dan Barisan Nasional hanya mahukan kuasa, semakin bodoh rakyat, maka semakin mudah mereka terus berkuasa.

Wahai orang-orang Melayu semua, janganlah diperbodohkan dengan propaganda bodoh ini. Tiada siapa yang mampu mengubah perlembagaan sewenang-wenangnya, Najib sendiri di dalam Perhimpunan Agong UMNO sebelum ini di dalam usahanya untuk meraih sokongan bukan Melayu telah menegaskan bahawa Islam sebagai Agama Rasmi dan hak istimewa orang Melayu terkunci kemas di dalam perlembagaan hanya boleh dipinda dengan persetujuan majlis raja-raja [Utusan].



ReJaM© "Semakin bodoh rakyat, semakin seronoklah pemimpin BN untuk terus berkuasa"

Read more ...

UMNO sangat jijik takutkan orang Melayu dengan fitnah jahat



KOMENTAR : Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan.

Apabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri ! Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu.

Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Idea dan konsep Pakatan Rakyat semakin popular dan diterima sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Dalam pilihanraya- pilihanraya kecil seluruh Negara selepas Mac 2008 dan pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu, kemungkinan idea amalan sistem politik dua parti menjadi realiti di negara ini semakin mekar.

Ini membuat Umno jadi lebih kalut dan cuba memutamati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua idea dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghunjam rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat.

Segala televisyen, radio, akhbar dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadusiber direkrut dengan upah yang tinggi.

Semuanya bertujuan menutup ruang maklumat yang mungkin sampai kepada rakyat, khususnya Melayu (di luarbandar).

Kali ini taktik Umno kurang menjadi. Oleh kerana kebijakan politik Pakatan Rakyat dan pengisian maklumat yang lebih teratur dan bercambah di kalangan orang Melayu, sergahan- sergahan Umno pada jiwa Melayu kini menjadi semakin kalis.

Taktik lucah seperti konspirasi surat layang, fitnah video seks, tuduhanliwat, persengkongkolan politik dengan kaum Cina, kemaraan dan semaraknya ajaran Kristian semua terpaksa dihamburkan dengan harapan orang Melayu semakin keliru dan makin menebal rasa bimbang, curiga serta takut mereka.

Malangnya, ini tidak berlaku.

Taktik cemas dan haru biru Umno ini mulai dapat dihidu oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Kini rakyat lebih bijak berhujah bahawa daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, majoritinya masih kerusi Melayu- Islam. Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri. Itu hakikat.

Namun Umno terus memutarkan mitos bahawa Malaysia akan jadi negara Kristian dan diperintah oleh kumpulan yang mewakili kepentingan bukan Melayu.

Kumpulan itu mereka namakan sebagai Pakatan Rakyat !

Sebab itu, sejak selepas pilihanraya negeri Sarawak April lalu, serangan bertubi- tubi disasarkan kepada DAP dan Kristian. Serentak itu juga, Umno beria-ia benar dan tanpa rasa malu mengenyit mata pada PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat ! Ini bagi mengelakkan kemungkinan kononnya, DAP yang akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada skim politik Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kekalutan Umno dapat dibaca sejak dua belas tahun lalu.

Apabila rakyat keturunan Melayu bangkit memprotes keceluparan dan tindakan tidak bersusila Umno terhadap tokoh pemimpin Melayu- Islam, Anwar Ibrahim melalui kes fitnah liwat pertama pada 1998-99, Umno cuba berjinak dengan PAS.

Namun kengerian Umno kehilangan tampuk kuasa di Terengganu dan goyah di Kedah sekonyong- sekonyong terungkai apabila mereka yakin dapat menjinakkan pengundi bukan Melayu dengan pemberian pelbagai konsesi politik termasuk memperkenalkan skim Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Selaras itu, mengambil kesempatan dari kempen memerangi keganasan antarabangsa, Umno memutuskan untuk menarik balik bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat kerana Presiden George Bush Jr mengatakan madrasah-madrasah adalah sarang dan tempat pembiakan pengganas.

Jikaada agenda mempertahankan kuasa politik Umno yang tidak berhasil sehingga hari ini ialah mengulangi usaha melamar PAS bekerjasama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1974.

Oleh kerana tamak haloba kuasanya Umno mengusir PAS keluar dari pakatan politik itu apabila merasakan kehadiran PAS tidak diperlukan lagi pada 1978.

PAS kini sudah belajar dari kesilapannya. Berpandukan hadis nabi bahawa seseorang muslim itu tidak akan dipatuk di lubang yang sama dua kali, PAS menjauhi Umno.

Kini Umno terkapai- kapai bagai mana hendak menakut- nakutkan orang Melayu agar terus lari dan minta berlindung dibawah payung politiknya yang semakin rabak diulet fitnah, penipuan danrasuah.

Gelagat lucu Umno ini kini jadi bahan ketawa rakyat. Keghairahan soldadusiber yang berlebih- lebihan memakihamun Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, serta kurang susila mereka menyebarkan bahan- bahanlucah dalam bentuk kertas siaran serta video yang menjijikkan adalah petanda Umno kini semakin lelah dan sesak dijerut dosanya memenjarakan pemikiran Melayu selama ini.

Read more ...

Ha , yang ini polis cepat bertindak

Penduduk Berang Polis Batalkan Ceramah Anwar


PELABUHAN KLANG 8 MEI : Lebih seratus anggota polis bersenjata malam tadi dikerah untuk menggagalkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawab fitnah Umno, khususnya bersabit video lucah fitnah.

Polis mendakwa ceramah Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah & Lucah itu memerlukan permit walaupun berlangsung di di Markas PAS Taman Teluk Gadung Indah.

Tindakan polis yang dipimpin oleh Ketua Polis Daerah Klang Assistant Kommisioner Mohammad Mat Yusop mematikan sistem pembesar suara dikecam oleh kira-kira 1,000 penduduk setempat yang berhimpun di situ, sungguhpun pelbagai kekangan dan sekatan jalan dikenakan terhadap mereka.

Polis kemudian mengarahkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk menghentikan ucapannya beberapa kali sementara menunggu ketibaan Anwar.

"Jangan takut, lawan tetap lawan. Lawan kita UMNO bukan pegawai Polis," kata Azmin sebelum dihentikan buat kali ketiga oleh pihak polis beberapa saat kemudian.

Ketibaan Anwar sejurus selepas itu diiringi dengan laungan reformasi oleh penyokong yang hadir.

Anwar hanya sempat berucap selama 5 minit sebelum menyuraikan majlis tersebut.

"Saya tidak mahu ada masalah dengan dia (Polis) sebab dia pun terima arahan. Jadi saya nak elak kerana kalau saya berkeras, yang susah ialah rakyat. Tapi ini tak bermakna saya setuju. Sistem ini zalim. Ini jelas. Tak ada sebab. Kita minta tempat, markas PAS semua tak boleh," kata Anwar.

Anwar turut menyeru agar hadirin tidak patah semangat dalam mengubah Malaysia pilihan raya kan datang.

"Sebab itu saya ingin gesa saudara-saudara, jangan sedikitpun terhakis semangat kita untuk lakukan perubahan. Ini negeri kita, kita mahu rakyat dibebaskan. Biar yang atas hina kita tapi lawan tetap lawan," kata Anwar sebelum menyertai hadirin melawat ke sekitar kawasan perumahan itu bertemu orang ramai.

Read more ...

Blogger UMNO akan terus fitnah, Utusan sebar fitnah, polis buat apa?



KLANG 8 MEI : Tindakan susulan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap dua blogger pro- UMNO yang mendakwa terdapat usaha mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia dinantikan rakyat jelata.

Sehubungan itu, KDN digesa agar bertindakan tegas terhadap blogger tersebut sebagaimana ketegasan yang ditunjukkan kementerian itu terhadap penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat Mohamad Sabu melahirkan kehairanannya mengapa sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada KDN.

Mohamad Sabu turut menyifatkan tindakan Utusan memainkan isu yang diceduk daripada laman blog 'BigDog' dan 'Marahku' sebagai berniat jahat dan mahu mencemaskan rakyat, menjelang pilihan raya umum ke- 13 kelak.

"Inilah akhbar yang paling perkauman dan paling jahat sekali di Malaysia ini," tegasnya.

Laporan Utusan yang turut mengaitkan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi kononnya turut bersekongkol, apabila menghadiri pertemuan kumpulan paderi tersebut.

Mohamad Sabu sebaliknya berkata, jikapun benar Jeff Ooi ada berjumpa kumpulan paderi itu, ia adalah haknya sebagai seorang penganut agama Kristian.

"YB Jeff Ooi cuba dikaitkan kerana di tempat itu. Kalau dia Kristian, hadir jumpa paderi, berdoa apa salahnya? Tapi 2 blog, 2 blog sahaja yang main isu kononnya nak tukar agama rasmi di perlembagaan persekutuan. Ini permainan yang cukup jahat, bagaimana kerajaan dan KDN izinkan perkara ini berlaku," kata beliau.

Justeru, Mohamad Sabu berkata, isu kehadiran Jef Ooi itu bukannya 'lesen' untuk Utusan atau siapa sahaja mengaitkan parti DAP dalam kontroversi ini.

Laporan Utusan semalam juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri.

Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Read more ...

UMNO BN Sukar Rampas Selangor



SHAH ALAM 8 MEI : Pakatan Rakyat yakin mempertahankan Selangor pada pilihanraya umum akan datang kerana rekod pentadbirannya dalam tempoh tiga tahun lalu jauh lebih baik berbanding prestasi Barisan Nasional sepanjang pemerintahan lebih 50 tahun parti itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid berkata keinginan Umno-BN untuk menawan semula Selangor adalah perkara biasa tetapi yang penting ialah sama ada rakyat boleh yakin semula kepada parti itu yang dibelit dengan pelbagai amalan rasuah, penyelewengan kuasa dan pemborosan selama ia menerajui negeri ini.

“Dari segi keinginan untuk memenangi Selangor ini itu adalah suatu lumrah politik . Politik ialah terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan. Dan pada Mac 2008 rakyat telah membuat pilihan mengenai siapakah yang sepatutnya memerintah atau mentabir negeri Selangor.

"Kalau Perdana Menteri Najib Razak dan Barisan Nasional ingin mengambil balik negeri Selangor, terpulanglah kepada mereka untuk memberitahu kepada rakyat apakah yang mereka boleh lakukan selain daripada yang telah mereka tunjukkan 50 tahun yang dulu. Dalam masa tiga tahun kita telah buktikan (bahawa) kita mentadbir Selangor jauh lebih baik daripada BN," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian selepas menutup Siri Jelajah Belia Selangor, `Anak Muda Meneraju Perubahan’ di kediaman rasmi Menteri besar di Shah Alam hari ini.

Setelah menawan Selangor pada PRU 2008, kerajaan Selangor memperkenalkan dasar ekonomi yang memulangkan semula kemakmuran kerajaan negeri kepada rakyatnya di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Antara lain, MES menawarkan Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Pusat Khidmat Krisis Sehenti OSCC, Bekalan Air Percuma bagi 20 meter padu pertama, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang dan Program Penempatan Hasil Bahan Mineral dan Galian.

Kerajaan negeri juga giat menganugerahkan geran pemilikan tanah kepada mereka yang layak. Disamping itu, kerajaan negeri membangunkan sistem pengkalan data untuk mentadbir urus tanah- tanah diseluruh negeri.

Terbaru, kerajaan negeri mengumumkan akan membina rumah mampu milik berkeluasan 750 kaki persegi hingga 850 kaki persegi pada harga tidak lebih daripada RM100 ribu ringgit.

Sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Selangor juga ditahap membanggakan. Buktinya setiap kali siri ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat, mendapat sambutan hanggat meskipun hampir setiap kali ceramah itu dicemari dengan tindakan polis yang cuba menghentikan majlis tersebut.

Baru- baru ini Najib dilaporkan menggesa UMNO Selangor agar menggunakan segala 'senjata' bagi merampas kembali negeri itu daripada pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Jadi kalau tujuannya untuk mengambil alih Selangor kerana nak menutup kesalahan-kesalahan 50 tahun ini bukan tujuan untuk rakyat tetapi tujuan untuk kewududan parti yang tidak dapat berjasa kepada rakyat walaupun kesempatan yang lama telah diberikan kepada mereka,” kata Khalid.

Read more ...

Naya sungguh puak-puak yang kena tipu dengan Utusan hidup-hidup


Inilah wajah-wajah yang selalu kena tipu dengan Utusan. Mereka terlalu "berimankan" Utusanlah jadi seperti ini. Sekali Utusan jolok, terus melatah tanpa tahu punca yang sebenar. Utusan bakar perkauman, api kemarahan terus menyala terutamanya golongan melayu UMNO.

Betapa jahil dan bodohnya mereka. Tidak rujuk perlembagaankah bahawa agama Islam itu merupakan agama rasmi persekutuan? Kenapa bodoh dan dungu sangat. Sebelum tukar perlembagaan, Dewan Rakyat pasti bersidang dan bukannya membuta tuli nak bubar dan tukar.

Inilah minda yang telah dijumudkan oleh UMNO dan Utusan. Cuma UMNO dan Utusan sahaja yang beriya-iya mengatakan Kristian sebagai agama baru menggantikan agama rasmi persekutuan. PAS atau Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR dan DAP tidak pernah menyebut atau menyentuh berkaitan isu ini.

Tahukah puak-puak itu bahawa yang keluarkan idea itu adalah seorang Buddha yang bekerja dengan Utusan. Jadi, isu ini datangnya dari kalangan UMNO dan Utusan dan bukannya datang dari Pakatan Rakyat. Inilah minda bodoh berpandukan Utusan dan UMNO.

UMNO sekarang kian tersepit dengan banyak isu seperti mengajak PAS masuk UMNO, menyuruh PAS tinggal DAP, mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, slogan 1Melayu 1Bumi dan sebagainya yang memberikan kegagalan kepada UMNO/BN.

Utusan boleh dilabelkan sebagai jamban tempat syaitan berkumpul. Jamban inilah tempat orang tabur fitnah dan Utusan adalah media yang makan najis ini dan perangai seperti syaitan. Sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin tetapi sejahat-jahat Utusan adalah lebih jahat daripada jin.

Read more ...