Sunday, July 17, 2011

Besarnya Tabung Ro$mah

Oleh Abdullah Ngah

Tulis cerita pasal Rosmah beli cincin berharga RM 73 tak kena, Tapi tak tulis pun tak kena juga.

Oleh kerana terlalu ramai yang tak percaya Rosmah Mansur Isteri Mohd Najib Razak perdana menteri membeli cincin berharga RM 73 juta. Saya tak percaya juga. Tapi tak terkejut pun.

Antara lain ada yang berkata itu hanya Dakwaan kononnya berasaskan perisytiharan kastam (Sistem Maklumat Kastam (JKEDD))beserta borangnya sekali. Yang saya dengar ramai yang berkata, mustahil Wang sejumlah RM 73 juta diambil dari tabungan yang dibuatnya sejak sekian lama.

Betul juga, dari manakah datangnya wang sebanyak itu untuk membeli cincin yang harganya tak masuk akal sama sekali bagi rakyat.Bagi orang kayaraya kecil saja. Mungkin bagi rakyat Malaysia yang miskin tak pernah dengar harga sebentuk cincin sejumlah RM 73 juta.Sebab itu mereka terkejut. Tak percaya langsung.

Ya tak ya juga. Bagi rakyat terutama yang miskin terkejut dengan harga sebentuk cincin berbanyak RM 73 juta itu. Masakan tidak. RM 73 juta itu dapat membina sebuah masjid yang cukup selesa dan cantik. Kita tinggal dulu pasal harga cincin, kerana orang banyak duit boleh buat apa saja apabila menghendaki sesuatu yang diimpikan.Maklum sajalah seorang isteri perdana perdana dan wanita pertama Negara Malaysia.

Kita ambil cerita macam mana Rosmah ada wang tabungan sebanyak 73 juta, sedangkan dia bukan apa apa dalam kerajaan Malaysia. Sudah tentu suaminya Datuk Seri Mohd Najib Razak yang memberinya hasil gaji dan Elauan yang diperoleh sepanjang menjadi menteri besar Pahang, menteri kabenit, timbalan perdana menteri menteri kewangan dan perdana menteri sekarang.

Kalau belanja peribadinya sebulan disebut sebanyak RM900, sudah tentu hasilnya yang diperolehinya sudah tentu sekali ganda daripada itu. Kalau RM 1 juta diberi kepada Rosmah tiap bulan, satu tahun sudah RM 12 juta. Bayangkan sepanjang dia Najib pegang jawatan menteri dalam kerajaan sudah tentu tabungan yang Isterinya (Rosmah) buat melebihi ratusan Juta.

Wang RM 73 juta membeli sebentuk cincin itu kecil berbanding dengan wang yang ada didalam tabungannya sekarang.Bukan ratusan juta wang tabungannya, malahan mungkin. Mungkin angkanya sudah sampai pada angka berbilion einggit.agak saja. Oleh itu adalah sangat wajar Rosmah jawab, bahawa wang yang dia beli cincin itu hasil tabungannya sejak sekian lama. Saya tak terkejut, miskipun ramai kalangan rakyat Malaysia terkejut.IH

Read more ...

Dr. Lo Lo, perginya permata mahal - Dr. Mujahid Yusuf Rawa

Nama Dr Lo’Lo’ agak sukar dilafazkan kerana ia berasal dari bahasa Arab yang bermakna permata mahal dari lautan. Jikalau dalam Bahasa Arab pun sebutannya susah disebut, tetapi bertentangan dengan tuan tubuh yang benama Lo’Lo’ beliau seorang yang mudah dan senang bergaul. Sifat ramah dan tamahnya sesekali sebagai ibu, kakak dan kawan membuatkan kita amat selesa berada dalam persahabatannya.Lo’Lo’ tidak pernah mengecewakan permintaan rakan seperjuangannya dan selalu mendahulukan urusan parti dari kepentingan dirinya malah keluarganya sendiri. Selalu beliau bergurau dengan saya, tatkala saya membuat komplen terlalu sibuk dengan parti.

Dr Lo’Lo’ menjawab awak takpalah muslimin (lelaki), saya muslimat terpaksa tinggalkan suami di rumah untuk urusan parti. Mendengar gurauan itu, ia benar-benar menyusup ke dada saya tentang kecekalan seorang sahabat dan seorang yang saya anggap kakak saya. Berita pemergiannya menyentap hati dan sanubari kerana suka duka kenangan seorang muslimat Pas yang bernama Dr Lo’Lo’ Ghazali. Saya mula mengenali Dr Lo’Lo’ semasa dalam kepimpinan pemuda dalam beberapa program parti.

Kakak saya Aida Binti Haji Yusof Rawa seorang aktivis muslimat memperkenalkan saya dengan Dr Lo’Lo, malah Dr Lo’Lo’ pernah menghadiri perhimpunan keluarga kami bagi meraikan keluarga besar Haji Yusof Rawa. Beliau diberi ruang berucap dan memuju Haji Yusof Rawa sebagai mempunyai keluarga yang besar dan anak-anaknya mampu menghimpunkan seluruh keluarga. Kehadiran Dr Lo’Lo’ dalam majlis kami hari itu cukup menyerikan dan saya masih terkenang itulah pertama kali saya mengenali beliau dengan cara dekat.

Mulai itu saya menjadi rakan seperjuangannya apatah lagi semasa berada bersama dlam AJK Pas Pusat. Banyak masa bersama Dr Lo’Lo’ ialah semasa kempen PRK. Beliau akan senantiasa aktif berkempen secara agresif dan kadang-kadang tak terdaya saya mengejarnya. Selalu beliau akan mengejek saya secara berseloroh: “Macamana ni muslimin (lelaki) dah tak larat, kami muslimat boleh jalan lagi ni” kecuali PRK Bagan Pinang, langkahnya perlahan malah dilihat tercungap-cungap keletihan.

Walaupun saya dah biasa dengan Dr Lo’Lo’ dalam siri-siri kempen, kali ini saya merasai Dr Lo’Lo’ agak keletihan. Beliau menjawab, dia tak berapa sihat, malah dia cuma mampu berada sehari dua sahaja di Bagan Pinang. Saya merasa kekok bila Dr Lo’Lo’ tidak hadir malah pernah menaliponnya, lalu dia menjawab tak berapa sihat.

Saya pernah bersama Dr Lo’Lo’ bermusafir ke luar negara dalam rombongan ahli Parlimen ke Gaza sejurus setelah Gaza di tawan Israel. Semangatnya yang cekal untuk bersama 10 orang ahli Parlimen PAS memang mengkagumkan. Sepanjang perjalanan beliau nampak bersemangat walaupun kami terpaksa beberapa hari di perbatasan Mesir dalam kesejukan. Begitu juga terpaksa melalui jalan darat ke Jordan, Syria, Dr Lo’Lo’ tetap bersemangat.
Sememangnya semangat Dr Lo’Lo’ terhadap perjuangan Palestine memang kental, malah dalam perjalanan beliau membeli mafla bersimbolkan Palestine itu dan memberikannya setiap seorang. Selebihnya saya membeli 10 mafla Palestine untuk saya agih-agihkan pada sahabat-sahabat di Malaysia. Sambil dia mengemaskan saya mafla Palestine dia berseloroh lagi “tak dapat pergi Gaza pun, promosi mafla Hamas pun dah kira pahala tu”.

Ada juga peristiwa lucu ketika kami tersadai di Lapangan Terbang Damaskus gara-gara imigresen yang melambat-lambatkan kami. Dr Hatta yang terkenal kerana gurauannya yang tak kira tempat, berseloroh dengan kami sambil kami duduk di lantai dewan ketibaan.


Kata Dr Hatta sambil menunjukkan tangannya: “Ini orang-orang gaji yang tak ada tuan yang nak ambil depa, yang ini (tunjuk kepada Dr Lo’Lo’) mahal sikit sebab dia putih yang ini (tunjuk kepada Dr Maria) murah sikit sebab hitam . . .” Kami tertawa dengan gelagat Dr Hatta dan Dr Lo’Lo’ menampakkan wajahnya kemerahan nak tergelak dan marah pun ada. Itulah telatah bersama Dr Lo’Lo’ dalam bermusafir ke Mesir, Syria dan Jordan.


Dalam Parlimen Dr Lo’Lo’ sebagai Ahli Dewan Rakyat Titiwangsa, sememangnya lantang dalam Parlimen khususnya dalam soal-soal menegakkan keadilan dan membela isu Kampong Baru yang hendak

diperbadankan.

Saya masih ingat semasa kempen GMI atau Gerakan Mansuhkan ISA, Dr Lo’Lo’ dilihat mengedar badge GMI di Parlimen termasuk kepada wakil rakyat BN. Apa lagi, marahlah mereka dalam dewan kerana sikap “persuasive” Dr Lo’Lo’ berkempen. Termasuk ketegasan Dr Lo’Lo’ ialah tentang rokok, saya masih ingat perdebatan hangat di dewan tentang penajaan syarikat tembakau dalam sukan bolasepak.
Dr Lo’Lo’ bertegang leher dengan Ahli Dewan Rakyat Arau, Yb Ismail Kassim yang bertegas bahawa jika tidak ada penajaan syarikat tembakau maka sukan bolasepak khususnya akan bungkus. Dr Lo’Lo’ tetap bertegas bahawa tidak ada bezanya penajaan sukan dan bahaya merokok.

Saya turut menyokong soal rokok ini di mana saya pernah mencadangkan supaya Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa pengharaman rokok, Dr Lo’Lo’ menyokong penuh saranan ini dan telah menjadi berita yang dipetik dalam hampir semua akhbar termasuk akhbar Cina.

Semasa sesi Parlimen terakhir baru-baru ini saya terkejut kerana diminta bertukar tempat dengan Dr Lo’Lo’ yang asalnya berada di blok hadapan dan saya di blok belakang berjiranan dengan konsensus bebas. Kerana keuzuran, ADR Titiwangsa itu terpaksa berkerusi roda dan kerana itu perlu berada di blok belakang dan tempat saya menjadi pilihan menukar.

Saya dan saya yakin, ramai dari kalangan wakil rakyat Pakatan dan BN akan merindui suara lantang Dr Lo’Lo’. Saya yakin pengundi beliau juga akan merindui Dr Lo’Lo’ khususnya kebajikan yang diusahakan.

Dalam parti Dr Lo’Lo’ sememangnya sinonim dengan Lujnah Kebajikan dan tagline Kami Prihatin adalah usaha beliau yang menjadi slogan kebajikan Pas. Termasuk usaha Dr Lo’Lo’ ialah memberi makan kepada warga Chow Kit dan usaha itu terus dijalankan hingga hari ini. Dr Lo’Lo’ juga cuba untuk memastikan isu wanita menjadi inklusif dalam ruang ligar perjuangan Pas dan sikap keterbukaan Dr Lo’Lo’ amat disenangi oleh semua pihak khususnya dalam advokasi hak-hak wanita di Malaysia dan dunia secara umumnya.

Saya menulis ketika berita Dr Lo’Lo’ meninggal dunia tersebar luas dan saya mahu menjadi orang yang pertama mendapat penghargaan menulis tentang Serikandi ini. Mungkin saya tidak mengenali Dr Lo’Lo’ sepenuhnya tetapi saya yakin tidak ada siapa yang akan mempertikaikan jikalau saya mengatakan Dr Lo’Lo’ adalah permata dari lautan yang mahal nilainya untuk perjuangan ini. Ramai yang mempunyai nama yang hebat tapi tak ramai yang boleh hidup atas nama masing-masing.

Al Fatihah buat Dr Lo’Lo’.

Dr. Mujahid

Allahyarhamah Dr Lo'Lo selamat dikebumikan

Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.

NONE
Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof.

Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga.

Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir Julai 2009.

NONEAllahyarhamah adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.

Ahli parlimen itu meninggalkan seorang suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Lebih 2,000 orang ramai termasuk penyokong PAS dan penduduk parlimen Titiwangsa mengunjungi dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan.

Sebelum itu, dewan solat Masjid Al-Akram sesak dengan orang ramai yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo' Lo'.

Dr Lo' Lo' aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

AL-FATIHAH

Al-Fatihah
“Zaman sekolah lagi saya mahu buat yang terbaik. Di kelas mesti duduk paling depan sebab nak tumpu betul-betul pada pelajaran. Saya susah hati kalau tidak dapat memberi yang terbaik, emak tahu benar perangai saya yang satu ni. Guru pun tahu. Kini apabila sudah berkecimpung dalam politik, SAYA KOMITED SUNGGUH-SUNGGUH DEMI JEMAAH DAN ISLAM” - Dr Lo' Lo'.

Read more ...

Apa jawapan Mukhriz, kakaknya belasah BN lagi

BN merasakan kerajaannya terancam, kata Marina

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
Datuk Paduka Marina Mahathir.

“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

NONEPada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

NONE“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.

mKini

Read more ...

Kedah tidak benarkan orang Islam masuki pusat hiburan, Melaka buka seluas-luasnya sehingga 3 pagi

Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.


Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.



Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.

Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.

Dipetik dari Malaysiakini

Read more ...

Allahyarhamah Dr Lo'Lo selamat dikebumikan



KUALA LUMPUR 18 JULAI : Jenazah Allahyarhamah Dr Lo'Lo Mohd Ghazali selamat disemadikan kira-kira jam 11 pagi ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi memimpin solat jenazah bersama-sama 500 jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat.
Turut kelihatan hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil.

Jenazah dikebumikan di Lorong 9, Tanah Perkuburan Datuk Keramat.

Pemergian Dr Lo’ Lo’ sangat dirasai

KUALA LUMPUR, 18 Julai: PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS dan juga rakyat, terutamanya penduduk-penduduk kawasan Titiwangsa yang mengenali beliau, kerana beliau merupakan seorang pejuang yang sangat gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam.

Katanya, ketabahan beliau menghadapi penderitaan kanser yang dihadapinya amat dikagumi sehingga di saat himpunan Bersih 2.0 minggu yang lalu, beliau masih memberikan semangat agar semua turun bagi memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih.

“Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat dan inayah-Nya kepada beliau dan juga kesabaran kepada seluruh anak-anak dan keluarga beliau di atas pemergiannya,” ujarnya.

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha Dr Lo' Lo'.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, DMPP amat berasa kehilangan di atas pemergian allahyarhamah yang merupakan ahli Parlimen Titiwangsa itu.

"Bagi pihak Dewan Muslimat,kami amat sedih dengan pemergian allahyarhamah yang amat kami sayangi ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah," kata beliau yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang ketika ditemui di Masjid Al- Akram, Datuk Keramat awal pagi tadi.

Sementara itu, timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud menyifatkan pemergian bekas ahli jawatankuasa DMPP dan PAS Pusat itu sebagai kehilangan besar dalam perjuangan.

"Saya kehilangan sahabat dan kakak yang saya sayangi dan hormati dalam perjuangan ini," katanya menahan sebak ketika ditemui dalam majlis yang sama.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi setelah bertahun-tahun menghidap kanser paru-paru.

Beberapa pimpinan PAS turut hadir menziarahi jenazah antaranya pengarah pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK DMPP, Mastura Mohammad.

Turut kelihatan aktivis Hishamuddin Rais.


Read more ...

Bila Umno BN nak ikut Kedah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-s8BVv1eO5DqqaOgbzGg8dvPyTmSRkbETJy2eSaPPwPU6oBxEDy6wwfLomtaqS25qz1uXwlf7lMVymi9bqVeeJhAkmrgFoXBWwDConJfZPGDinGyj-UVF7K8xOywuyprwGqZnpTcS4bPX/s1600/UstDTuanSmallC.jpgKUALA LUMPUR, 18 Julai: Dalam keseronokan Umno mengambil kesempatan untuk mengkritik kerajaan Kedah dalam isu Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, PAS hari ini menyeru Umno Barisan Nasional untuk melaksanakan perkara yang sama di negeri-negeri pimpinan mereka.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kelantangan parti MCA dan Gerakan yang selalu mengikut telunjuk Umno dalam menentang rancangan kerajaan Kedah untuk menguatkuasakan Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang telah diluluskan 14 tahun yang lalu oleh kerajaan pimpinan Umno sendiri telah menonjolkan kepada rakyat sikap hipokrit mereka yang ketara.

“Kerana golongan inilah yang juga menyokong enekmen tersebut sewaktu dibentang dulu, kini tetiba cuba menjadi hero kononnya atas alasan untuk membela hak bukan Muslim,” selar beliau.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

Isu ini telah diambil kesempatan oleh MCA, kawan sejati Umno selama 54 tahun dan Gerakan yang bertalu-talu menyerang kerajaan Kedah sambil menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam.

Langkah kerajaan negeri turut dilihat oleh sesetengah pihak berfikiran sempit sebagai memberi nadi hidup kepada MCA untuk menekan DAP dalam pertarungan mendapatkan sokongan bukan Islam, tanpa melihat secara menyeluruh bahawa jika PAS tidak dapat melaksanakan larangan ini dengan baik, perkara ini juga akan memberi advantage percuma kepada Umno dalam memenangi hati pengundi Melayu.

Terjerat dengan permainan, tindakan kerajaan Kedah akhirnya mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP walaupun mendapat pengiktirafan mufti dan pelbagai NGO, termasuk beberapa NGO wanita yang bukan Islam sebagaimana dilaporkan oleh akhbar-akhbar.

Namun, kontroversi tersebut selesai selepas Azizan bertemu wakil pusat hiburan kelmarin dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

“Tindakan tersebut adalah satu pendekatan yang bijak bilamana para pengusaha pusat hiburan bersetuju untuk membantu kerajaan negeri dalam memastikan umat Islam tidak memasuki premis mereka dan juga menyatakan kesediaan mereka untuk dikenakan tindakan seandainya berlaku perlanggaran terhadap enakmen ini.

"Ini adalah satu lembaran baru kerana kerajaan Kedah di bawah PAS telah dapat melaksanakan enakmen yang membawa kebaikan kepada umat Islam negeri tersebut yang selama ini tidak dapat dilakukan oleh Umno yang memerintah negeri itu sekian lama,” ulas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Dalam satu sidang akhbar semalam juga, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS telah mengambil jalan terbaik dalam isu larangan ini yang tidak boleh diselesai oleh Umno sekian lama dengan tidak menghalang hak orang bukan Islam, dan dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat dalam bulan Ramadhan yang suci.

"Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan di kalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk,” terang beliau selepas mendapat penjelasan dari wakil kerajaan negeri Kedah iaitu Setiausaha Politik kepada menteri besar, Mohd Sanusi Md Noor.

Namun begitu, keputusan kerajaan Kedah tersebut telah diserang bertubi-tubi oleh Umno atas alasan PAS mengikut telunjuk DAP, walhal perkara ini langsung tidak dapat dilaksanakan oleh Umno sepanjang 14 tahun yang lepas.

“Jangan pula dalam keseronokan mereka menyerang PAS dalam isu ini, mereka terlupa bahawa umat Islam tahu bahawa mereka langsung tidak pernah berbuat apa-apa untuk membentuk environment Ramadhan yang sesuai untuk umat Islam negeri tersebut.

"Kini umat Islam sedang menanti bilakah Umno, yang selalu berheboh bahawa merekalah pejuang Islam yang sebenar akan menguatkuasakan larangan in di negeri-negeri mereka pula,” bidas Tuan Ibrahim.

Read more ...

Bekas Pengurus Ning Baizura Beri TUJUH Fakta Mengapa Ratu Elizabeth II Berbaju Kuning!!



Bekas pengurus Ning Baizura, Vernon Kedit, yang kini bersama PKR berjuang di Sarawak ada hujah menarik yang mahu dikongsi bersama mengapa Ratu Elizabeth II menggayakan gaun berwarna kuning semasa menyambut Najib Altantuya dan Rosmah Mansor tempoh hari di Istana Buckingham, London.

Vernon yang berasal dari bumi kenyalang, menulis berdasarkan pengalamannya sebagai pengurus artis dan pernah menuntut di United Kingdom dari tahun 1989 hingga 1992 dalam jurusan undang-undang.

Ikuti kupasan Vernon seterusnya.

Let me tell you why the Queen wearing yellow when granting an audience to Najib was NOT a coincidence or a faux pas.

Biar saya memberitahu anda mengapa Permaisuri memakai kuning apabila memberikan penonton kepada Najib bukanlah satu kebetulan atau silap langkah (faux pas).

Para Pembaca,

Biar saya memberitahu anda mengapa Her Majesty Queen Elizabeth II memakai kuning apabila memberikan sambutan kepada Perdana Menteri dan isterinya itu tidak tahu kebetulan atau silap langkah (faux pas).

Sebanyak sebagai UMNO lebih suka untuk berfikir sebaliknya.

Fakta 1.

Queen, bertentangan dengan kepercayaan popular, jauh lebih bermaklumat.

Baginda sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan berita yang berkaitan dengan alam dan kerajaan oleh pasukan penasihat istana, setiausaha dan kakitangan awam.

Mereka pula, mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber, termasuk kementerian, jabatan kerajaan, Scotland Yard, 10 Downing Street, dan ahli-ahli corp akhbar di UK.

(Scotland Yard, mengetahui bahawa Permaisuri akan memberikan penonton kepada Perdana Menteri Malaysia, sudah pasti dimaklumkan Istana banyak demonstrasi di London oleh penyokong Bersih 2.0.)

Apabila orang berpangkat melawat dijadual mengadakan pertemuan dengan Permaisuri, dia sentiasa diberi taklimat sepenuhnya mengenai latar belakang pengunjung, keadaan semasa negara asal pengunjung itu, dan apa yang boleh dan tidak dilakukan.

Terutama sekali, dia akan dimaklumkan mengenai perkembangan dalam alam sendiri mengenai pengunjung.

Babak di London seperti dalam gambar di bawah tidak akan melarikan diri pasukan penasihat, yang seterusnya akan diberi taklimat Permaisuri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri beliau.

Jadi, untuk menganggap bahawa dia tidak sedar Bersih 2.0 adalah tidak dapat dipertahankan.


Fakta 2.

Almari pakaian diraja dan fesyen sangat ketat dikawal selia, dan Permaisuri dan ahli-ahli Keluarga Diraja sentiasa berhati-hati untuk tidak membuat apa-apa kesalahan dlm kesilapan memilih fesyen atau kesusahan buat tetamu mereka.

Penasihat beliau dinasihatkan untuk menjauhkan diri daripada memakai kuning, dan menjelaskan kepentingan warna dalam keadaan sekarang.

Laporan Sarawak Report mencadangkan, "katanya MESTI telah dimaklumkan mengenai sensitiviti warna kuning".

Kawan saya (dan penulis fesyen) Sasha Bashir memberi komen di facebook saya, "Saya telah membaca dalam beberapa majalah yang menulis tentang almari pakaian Puteri Diana bahawa kerabat diraja British sentiasa diberi taklimat mengenai isu-isu semasa dan apa yang warna harus dan tidak harus dipakai.

Saya boleh ingat bahawa beliau melawat beberapa negara di mana mereka telah kehilangan satu perlawanan bola sepak yang penting dan seluruh negara berasa sedih mengenainya.

Baju dia akan memakai pada majlis makan malam negeri formal warna yang sama sebagai bendera negara lain, jadi dia terpaksa menukar rancangan almari pakaian beliau.

Kate Middleton juga menurut peraturan ini.

Pada lawatan ke Kanada baru-baru ini, dia memakai pakaian putih, kasut merah dan topi daun maple merah.

Bendera Kanada terdiri daripada merah, putih dengan daun maple.

Kerabat diraja tidak sepatutnya menjadi ikon fesyen (walaupun orang seperti Princess Diana dan Kate), mereka adalah untuk menjadi diplomat fesyen. :) "

Fakta 3.

Selain menghadiri acara-acara awam, makan malam negeri, menerima pembesar-pembesar semasa perlumbaan kuda, Ratu sebenarnya membuat kertas kerja!

Ya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri beliau, seperti ramai di antara kita, mempunyai tugas harian bekerja di salah satu meja banyak membaca dan menandatangani kertas negeri dan dokumen-dokumen rasmi (yang sering diklasifikasikan sebagai rahsia).

Persikan British dengan maklumat dan pengumpulan perisikan sentiasa bersedia.

Kertas kerja yang Baginda perincikan pasti akan dimasukkan perkataan SULIT pada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Malaysia.

Dan Bersih 2.0.


Fakta 4.

Selain kertas kerja rasmi, dia juga membaca surat khabar.

Mengetahui bahawa dia akan bertemu Perdana Menteri Malaysia, satu artikel dalam The Guardian, sebuah akhbar British yang dihormati, dengan tajuk "Malaysia Najib mesti meninggalkan model Mubarak", pasti akan menarik perhatian beliau.

Fakta 5.

Ratu bertemu Perdana Menteri itu seminggu sekali, setiap minggu.

Ia adalah tanggungjawab David Cameron memberi taklimat kepada Ratu mengenai lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Malaysia, memandangkan bahawa beliau akan melawat UK dalam lawatan rasmi.

Berita perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, yang dilaporkan di seluruh dunia pada minggu yang sama Baginda telah bermesyuarat mingguan dengan David Cameron, akan pasti menjadi topik perbualan.

Ia juga merupakan satu amalan untuk Perdana Menteri British untuk menasihati Istana bagaimana cara untuk bertindak balas sesuai dengan situasi politik hari ini, kerana dia adalah perlembagaan tidak terlibat dalam politik.

Adakah Cameron perlahan-lahan membisikkan kepada Ratu supaya memakai kuning sebagai mesej kepada Perdana Menteri kita dan juga kepada rakyat Malaysia?

Di mana Cameron tidak dapat awam menyeksa Najib, Permaisuri boleh, dengan kuasa agung, menghantar mesej yang kuat?

Fakta 6.

Ratu adalah seorang wanita yang bijak politik yang telah melihat dua belas Perdana Menteri British berkhidmat di bawah pemerintahan beliau, senarai yang bermula dengan Winston Churchill, tidak kurang!

Pengalaman luas beliau dalam hubungan antarabangsa dan diplomasi tidak dicabar dan dia benar-benar akan memahami perihal tersirat dan simbolisme yang dilampirkan kepada apa yang dikatakannya dan apa yang salah satu memakai.

Untuk menganggap bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri beliau tidak mempunyai kepintaran politik benar-benar lucu.

Fakta 7.

Semua Permaisuri tidak dirancang terlebih dahulu dan mengambil kira semua faktor.

Semua yang mempunyai sebab, sehingga warna bunga di dalam kebuk penonton beliau!

Tidak ada yang kebetulan, rawak atau sewenang-wenangnya di mata Ratu United Kingdom.


Tujuh fakta sahaja membolehkan kita munasabah menyimpulkan bahawa Ratu itu sangat sedar Bersih 2.0 dan kepentingan kuning warna, selain itu sebagai warna diraja bagi kerabat diraja di Malaysia.

Persoalannya sekarang ialah, mengetahui penuh sensitiviti kuning warna, apakah sebab di sebalik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri beliau memutuskan untuk memakai kuning apabila bertemu Perdana Menteri dan isteri yang indah?

Jawapannya, wahai pembaca, adalah milik anda untuk membuat kesimpulan.


Penulis adalah penuntut undang-undang dan politik di UK dari tahun 1989 hingga 1992, di mana beliau amat tertarik (dan masih) dengan Keluarga Diraja British, Ratu di terutamanya.

VERNON KEDIT

Artikel asal dalam Bahasa Inggeris DI SINI

Read more ...

Gambar kaki Timbalan Presiden PAS kena masuk skrew, itupun pencacai UMNO kata tipu lagi

[GAMBAR] KAKI MAT SABU KENA MASUK SKREW


Ini tuduhan Blogger UMNO terhadap Timbalan Presiden PAS Haji Muhamad Sabu

1. Berbohong dilanggar polis

2. Buat-buat sakit untuk mendapat perhatian media

3. Menggunakan kerusi roda sedangkan boleh berjalan

Gambar ini bukti bahawa blogger UMNO ternyata sebenarnya berbohong semata-mata menuhi kehendak fitnah parti mereka iaitu UMNO. Selepas ini , pasti akan ada pula blogger UMNO akan tuduh gambar X-RAY itu tipu. Abang Mat dituduh berpakat dengan doktor pula.

Abang Mat dan Kak Normah


nampak tak skrew kat tulang lutut Abang mat. semua ini berpunca kezaliman polis dibawah arahan UMNO/BN

Read more ...

Dr Lo' Lo' kembali ke rahmatullah

TERKINI!!


Sebentar tadi menerusi mesej Twitter pembantu Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali telah MENGESAHKAN ahli parlimen Titiwangsa telah kembali ke rahmatullah.

Mesej Twitter pembantu Dr Lo' Lo' berbunyi:

Innalillahiwainnailaihirojiun. Dr. Lo'lo' baru menghembuskan nafas yang terakhir sebentar tadi.Semoga beliau... http://fb.me/y0HqH6YQ

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor jam 10.18 tadi.

Mesej Twitter pembantunya dihantar lapan minit lalu (jam 10.19 malam).

Dalam mesej keluarga allahyarham yang dihantar menerusi Facebook memberitahu:

[keluarga] Innalillahiwainnailaihirojiun.​Dr. Lo'lo' baru menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato' Keramat.

LAGI LAPORAN LANJUT MENYUSUL

JALAN PULANG

AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM DR LO'LO' DATUK MOHD GHAZALI

NOTA - TIADA PILIHANRAYA KECIL AKAN DIADAKAN BERIKUTAN PEMERGIAN ALLAHYARHAM KERANA PENGGAL PARLIMEN TELAH MELEPASI SEPARUH TEMPOH (LEBIH TIGA TAHUN).

PAS AKAN MELANTIK SEORANG WAKIL SEBAGAI PENYELARAS PARLIMEN TITIWANGSA KELAK.


Titiwangsa MP Lo' Lo' dies

PAS MP for Titiwangsa Dr Lo Lo Ghazali passed away on Sunday night, finally succumbing to lung cancer.

She had been receiving treatment at the Hospital Selayang in Selangor.

Her family was by her side and a large group of PAS supporters had also gathered to pray for her.

"Dr Lo Lo has just breathed her last," said a tweet from Docmarjan, the name of her Twitter account that her family had used to inform her friends and supporters.

It must have been saddest tweet from Docmarjan.

No by-election

Born on August 2, 1957, Lo' Lo shares the same birth month as the nation.

She was just a fortnight away from her 54th birthday.

The PAS leader is a medical graduate of University Kebangsaan Malaysia and a first-term MP.

She is well-regarded in Malaysia's political circles for her intelligence and astuteness.

The late Lo Lo will certainly be missed by her party.

She was considered to be among a new breed of powerful PAS women leaders, capable of routing the well-established Wanita UMNO led by Shahrizat Jalil.

Around lunch time, speculation buzzed around the Pakatan Rakyat circles that she had succumbed to her illness.

But that proved to be false.

At that time she was still receiving medical treatment in the ICU at Hospital Selayang.

Despite her untimely death, there will be no by-election because the 3-year timeline has passed.

The seat will be supervised her party colleagues.

PAS may also appoint a special representative who will likely contest the seat in the next general election.

Dr. Lo' Lo' meninggal dunia sebentar tadi

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang sebentar tadi.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respon awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamah seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Read more ...

Mari baca jawapan kepada tuduhan Bekas Penyangak No 1 Negara

http://media1-cdn.malaysiakini.com/224/c9e51ce96b7250dd3362f8f0ebf9cbd7.jpg

Bahaya, cukup bahaya!!


Di saat rakyat Malaysia masih lagi bercerita himpunan Bersih 2.0 yang diadakan Sabtu minggu lalu, tiba-tiba dengan tak semena-mena, seorang lagi konspirator dalam Liwat Fasa 1 pada 1998 mula berkokok!!


Rahim Noor, antara watak penting yang menyumbat Anwar Ibrahim ke Sungai Buloh dengan kes mata lebam pada 1998 hingga ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja, kini mempersoalkan serta meluahkan "kebimbangannya" terhadap anasir sosialis dan subversif ke dalam politik negara kita.


Persoalannya, mengapa sekarang baru hendak bersuara?


Apakah dengan kejayaan himpunan Bersih, malaon ni mula merasakan "bahangnya"?


Siapa yang mengatur wawancara dan mendapatkan komennya berhubung dengan anasir luar terutamanya Yahudi sedang mencatur "negara Islam" seperti Malaysia akan jatuh ke tangan puak Yahudi?


Persoalan malaon ni terjawab dengan ENAM fakta yang dikemukakan oleh seorang pembaca bagi "membangangkan" kembali malaon dari Melaka ini!


Kah kah kah...


Kah kah kah...


ENAM FAKTA - Fan Pakatan Rakyat


1. Polis Yahudi tidak tangkap / sembur gas rakyat mereka bila ada demo. Kita? Lebih kejam dari Yahudi.


2. Sistem Demokrasi bermula dari Greek bukan dari Yahudi. Demokrasi bermula dari mula kejadian manusia di mana Nabi Adam AS dan Hawa diberi kebebasan untuk menelan / tidak buah khuldi. Demokrasi Islam juga telah wujud d zaman 4 khalifah awal.


3. Penubuhan negara Israel bukan menggunakan demokrasi tapi autokrasi, kerana tiada pungutan suara dari penduduk-penduduk di Palestin.


4. Revolusi Perancis adalah untuk jatuhkan sistem beraja yang korup, tiada kaitan dengan Israel.


5. Kerajaan sekarang mengggunakn isu Yahudi bila tersepit, padahal selama ini tiada sokongan ketenteraan untuk Mujahidin di Palestin. Bahkan menyokong Mubarak yang menutup pintu Gaza, menangkap anggota Mujahidin dan haramkan Ikhwanul Muslimin.


6. Adalah lebih mudah bagi Yahudi masuk ke Malaysia melalui BN, kerana perjuangannya sama iaitu berasaskan bangsa nasionalis. Perlembagaan kita juga
dihijacked dari Yahudi.

Kah kah kah...


Kah kah kah...


JALAN PULANG



Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor berkata beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut.


"Pihak itu akan gunakan segala-galanya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latarbelakangnya sebagai sasaran atau alat menghalalkan cara mereka.


"Saya yakin ada tangan yang tersembunyi menggunakan soal hak asasi untuk menentukan kerajaan sesuatu negara yang ghairah membaham Israel akan jatuh," kata Rahim dalam wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.


Berdasarkan pengamatan dan bacaannya, kata Rahim, istilah hak asasi manusia sebenarnya lahir dari
Ghetto of the Jews, di mana bangsa Yahudi mengalami tekanan, penindasan oleh pelbagai kuasa besar untuk beratus tahun lamanya sehingga tertubuhnya negara Israel.

"Akibat daripada hidup dalam buangan mereka melahirkan arus pemikiran menerusi penulisan, malah ada yang menyebut revolusi Perancis tercetus akibat bibit-bibit tulisan pemikir Yahudi di Eropah.


"Kita sebagai orang tepi, menerima bahangnya sekarang kerana saya yakin dan percaya bibit sejarah penderitaan orang Yahudi yang dizahirkan menerusi tulisan, telah di hijacked oleh pelbagai pihak termasuk AS," tambahnya.


Rahim percaya ada sesuatu "yang kita tidak nampak di peringkat antarabangsa" bertujuan mahu menentukan survival Yahudi dalam memastikan 'the promise land' yang disebut dalam kitab-kitab dalam pegangan mereka.


Kumpulan tanpa wajah ini, menurut beliau, bergerak di mana-mana dan "bagi saya AS kini menjadi Israel terbesar di dunia."


"Manakala tangan tersembunyi mencari mana-mana individu yang boleh dijadikan puppet (boneka), mereka boleh berpangkalan di mana-mana baik di Washington, Paris, Jakarta atau di mana saja.


"Tidak perlu ramai, mereka mungkin hanya tiga tokoh yang faceless dan merekrut beberapa wakil beberapa orang secara tidak untuk menyebarkan kerosakan dan menyalurkan dana yang bukan sedikit.


"Saya bimbang orang tempatan yang digunakan, akan fikir mereka lebih pandai umpama cerita Do Re Mi yang nak kenakan Pak Lebai untuk makan percuma, akhirnya mereka yang terkena," tegasnya.


Menurut Rahim lagi, beliau bimbang kelompok tersebut, akibat terlalu ghairah, tidak dapat melihat apa kaitan isu dalaman seperti pilihan raya dengan tangan-tangan tersembunyi ini.

Read more ...

Analisis Keseluruhan : Lawatan Najib dan Ro$mah ke United Kingdom sangat memalukan!!

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/05/najib-pening1.jpg

Memalukan!

Itulah rumusan ringkas tapi penuh mendalam di sebalik lawatan selama empat hari Najib Altantuya ke United Kingdom dari 13 hingga 16 Julai lalu.


Agak bernasib baik terutama apabila delegasi yang diketuainya terlebih dahulu sudah pun melawat Amerika Syarikat pada April sehingga tercetus isu pembelian sebentuk berlian bernilai USD24.4 juta (RM73.2 juta) oleh isterinya sendiri, Rosmah Mansor seperti yang didedahkan oleh CheguBard minggu ini.


Dari awal ketibaan Najib Altantuya dengan harapan bahawa lawatan rasmi pertamanya sejak memegang tampuk pemerintahan Putrajaya pada April 2009 dari tangan Mat ZZZ, sehingga pulang ke Malaysia, semuanya bermula dan berakhir dengan langkah kiri.


Semuanya kerana isu tindakan polis menyuraikan himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur yang menyaksikan kecaman demi kecaman diterimanya dari media dalam negeri dan juga antarabangsa.


"Pesta" memalukan Najib Altantuya bermula dengan ketibannya di Lapangan Terbang Farnborough, salah sebuah lapangan terbang persendirian di luar London, 35.4 kilometer jauhnya dengan hanya disambut oleh pegawai rendah di Pejabat Setiausaha Luar, dan bukannya Setiausaha Luarnya sendiri, Theresa May.



Lapangan Terbang Farnborough sebenarnya hanyalah digunakan untuk pesawat persendirian swasta dan bukannya untuk kegunaan rasmi ketua negara atau Perdana Menteri. Kebiasaannya, Lapangan Terbang Gatwick atau Heathrow yang sudah pun mempunyai lima (5) terminal digunakan untuk ketibaan ketua negara.

Ia juga hanya digunakan ketika pameran udara yang diadakan di sana setiap tahun, dan hanya digunakan apabila sebarang bentuk pertunjukan udara dan kerja penyelenggaraan kapal terbang dan jet peribadi.

Sudahlah tiba di lapangan terbang kecil, tiada pula sambutan permaidani merah atau kalungan bunga seperti kebiasaannya oleh tetamu khas Perdana Menteri David Cameron.

Ini menguatkan lagi spekulasi bahawa United Kingdom sedang memerhati dari jauh perkembangan yang berlaku, khususnya tindakan Najib Altantuya berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat negaranya sendiri.

Berbeza dengan lawatan Najib Altantuya di Doha, Qatar pada 15 Mei lalu (lihat gambar bawah) sudah semestinya memang ada yang tak kena dengan lawatan Najib Altantuya kali ini.


Dengan hari pertama lawatannya sudah "mencalarkan" reputasinya sebagai Perdana Menteri Malaysia "paling tidak dialu-alukan" oleh media Britain terutamanya The Guardian dan Daily Telegraph, langkah seterusnya semakin sumbang buat Najib Altantuya.

Diasak bertalu-talu dengan "tekanan diplomatik" oleh Kerajaan Britian yang sememangnya "menunggu" ketibaan Najib Altantuya dengan penuh "kejutan dan kebetulan", tiada apa yang dapat memulihkan imejnya yang semakin membusuk di negara penjajah Komanwel itu.



Rakyat Malaysia yang mengetahui situasi semasa yang berlaku di tanah air, lantas menubuhkan satu "organisasi" khas untuk menyatakan sokongan mereka kepada rakyat yang ditindas semasa Bersih 2.0 Sabtu minggu lalu.

Dengan menamakan diri mereka "Clean UK 2011", sekumpulan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan warga asing yang bersimpati dengan nasib tahanan Ordinan Darurat Parti Sosialis Malaysia (PSM) segera bertindak dengan bantuan Amnesty International UK dan Malaysia sebagai penyelaras.


Hari pertama Najib Altantuya berkelana di bumi England sudah menampakkan rintangan demi rintangan hasil daripada mobilisasi terancang dan tersusun peserta Clean UK 2011 yang setia "menunggu" di mana saja dia berada.


Dengan masuk hari kedua, tanpa disangka-sangka, jangkaan Najib Altantuya bahawa hanya rakyat Malaysia saja yang melempar protes ternyata meleset sama sekali.



Berita Harian dalam kolum gambarnya memaparkan Setiausaha Pengangkutan, Phillip Hammond berjalan bersama Najib Altantuya dengan memakai tali leher berwarna kuning di samping Pengerusi SPAD, Syed Hamid Albar dalam lawatan kerja ke Stesen Keretapi London.


Tidak cukup dengan itu, dikhabarkan, lawatan Najib Altantuya ke pusat teknologi tinggi jet pejuang juga disambut dengan rentangan kain kuning di bahagian dalam ruang pameran!


Hari ketiga merupakan hari "paling malang" buat pemimpin tertinggi Malaysia ini.


Dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri, David Cameron di No 10, Downing Street dan Ketua Negara, Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, kedua-duanya mempuyai cerita tersendiri.


Bersama Cameron, sebelum dijemput masuk ke dalam pejabat yang kedua paling berkuasa di dunia itu, puluhan wartawan yang telah lama menanti Najib Altantuya menyerbu untuk meminta penjelasan mengapa himpunan rakyat dijadikan medan buat polis menggunakan kekerasan melampau terhadap rakyatnya sendiri.


Najib Altantuya tidak dapat memberi jawapan benar sebaliknya berjanji akan menjelaskannya apabila keluar dari pejabat Cameron.


Malangnya, janji tinggal janji.


Wartawan yang menyerbunya semasa masuk kini hampa apabila sekali lagi Najib Altantuya berlalu tanpa sempat ditemu bual.


Hanya klip video CNN London sebelum itu yang mewawancara Najib Altantuya mendedahkan pembohongan besarnya sedang "dieksport" ke seluruh dunia.


Kejutan terbesar berlaku di Istana Buckhingham apabila Najib Altantuya dan Rosmah Mansor dibawa menghadap Ratu Elizabeth II di ruang tetamu, dengan mengenakan gaun berwarna kuning!



Malah, bunga hiasan yang diletakkan di bahagian sudut kamar tersebut juga berwarna kuning!

Penganalisis politik menyifatkan, Ratu Elizabeth II menyindir Najib Altantuya secara bahasa diplomatik ekoran tindakan keganasan Bersih seminggu lalu.


Mustahil kata penganalisis, Ratu tidak diberitahu dan dimaklumkan situasi sebenar yang berlaku di negara yang pemimpinnya datang untuk menghadapnya.


Satu tamparan besar buat pembesar Malaysia sekor nih.


Terkejut dengan tindakan tersebut, Najib Altantuya memberi taklimat kepada Menteri Luar, Anifah Aman supaya mencari punca sebenar mengapa kedatangannya kali ini disambut dengan "warna kuning".


Hari ketiga pula, kedatangan Najib Altantuya di Mansion House di Garlick Hill diambut dengan sorakan peserta Clean UK 2011 yang menunggu di hadapan pintu masuk sambil memegang sepanduk mengecam ISA serta mendesak kesemua pemimpin PSM yang ditahan segera dibebaskan.



Keadaan berlaku sedikit tegang dengan tindakan Pejabat Pesuruhjaya Malaysia meminta bantuan polis Britain menggunakan dua buah trak polis untuk menghalang pandangan Najib Altantuya ke arah mereka.

Ada yang membawa kad untuk ditandatangani dengan harapan Najib Altantuya akan mendengar suara mereka bersama dengan sekumpulan warga asing yang sama-sama berdemo.


Malangnya, sebaik tiba, rupanya bukan setakat Najib Altantuya saja yang turun, malah adiknya Nazir Razak dan anak Najib Altantuya sendiri juga turut bersama!



Hari terakhir pula menyaksikan "sambutan paling meriah" buat Najib Altantuya di hadapan Hotel Intercontinental di Hyde Park, sebuah kawasan eksklusif dan mahal di ibu kota United Kingdom.


Sekali lagi pasukan Clean UK 2011 sudah bersedia seawal jam 545 petang waktu London untuk menantikan kehadiran Najib Altantuya bersama delegasi Malaysia sempena sambutan majlis makan malam untuk penuntut dan warga negara di sana.


Tercabar dengan sorakan demi sorakan yang bergema di hadapan hotel berkenaan, akhirnya Najib Altantuya meminta Anifah Aman berunding dan cuba bertanya mengapa setiap kali rombongan Najib Altantuya tiba di sesuatu tempat, pasti akan memalukan dan mencalar imej Najib Altantuya.


Peserta UK Clean 2011 menjawab selagi kesemua tahanan Ordinan Darurat belum dibebaskan, selagi Najib Altantuya berada di bumi UK, selagi itulah mereka akan berhimpun sehingga tuntutan mereka dipenuhi.



Anifah dengan perasaan marah, bertanya kepada salah seorang mereka, dengan bertanya, sudah berapa lama kamu tidak pulang ke Malaysia, seolah-olah rakyat Malaysia tidak mengetahui langsung perkembangan semasa tanah air.

Dengan tidak mengendahkan kata Anifah, peserta terus mengalaunkan lagu dan sorakan mengecam Najib Altantuya dengan kata-kata "Shame, Shame, Shame On You Najib"! dan pelbagai lagi bentuk ekspresi yang sedikit sebanyak mencuri tumpuan rakyat Britain yang lalu-lalang di sekitar hotel berkenaan.



Tidak cukup hingar bingar di luar, rupanya di dalam hotel, Najib Altantuya dihidangkan pula dengan sejenis jus berwarna kuning, dipercayai atas arahan terus pejabat Perdana Menteri di No 10, Downing Street.


Hadirin yang berada di majlis tersebut menyatakan, inilah balasan Tuhan terhadap keganasan yang diarahkan oleh Najib Altantuya di tanah air sendiri selama ini.


Sehinggakan seorang daripada mereka yang datang dari Newcastle menulis dalam mesej Twitter mengatakan:


“Hadiri jamuan PM bersama rakyat dekat London. PM jemput makan kita makan, tapi lawan tetap lawan.”


Sesungguhnya, lawatan Najib Altantuya ke United Kingdom yang pertama ini pasti akan dikenang sehingga "seratus keturunan" rakyat Malaysia, betapa seorang perdana menteri Malaysia telah diperlakukan seperti tetamu yang tak diundang dalam sejarah negara kita.

Pendapat penulis, inilah balasan TUNAI dari Allah SWT ke atas Najib Altantuya kerana sanggup berbohong di negara orang sedangkan seluruh dunia sudah mengetahui kekejaman demi kekejaman Umno-APCO dan Barisan Najis akan berterusan sehingga diganti Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.


Sekalung tahniah buat semua rakyat Malaysia di London terutamanya ahli jawatankuasa UK Clean 2011 (Ginie Lim) yang menggerakkan rakyat kita di sana berhimpun dan menyatakan protes tanpa sebarang gangguan polis Britain yang terkenal dengan sifat mesra, cekap dan berintegriti dalam menjalankan tugas mereka.


Tahniah Rakyat Malaysia di United Kingdom!


JALAN PULANG

Read more ...

Ro$mah nampak tutup aurat hanya untuk untung dunia


Rosmah: Fesyen islamik bidang menguntungkan

Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islam (IIF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat.

Isteri perdana menteri itu berkata ini akan menggalakkan kelahiran lebih ramai pereka fesyen islamik yang penting dalam memastikan kerancakan industri tersebut.

"Satu masa kelak fesyen islamik juga boleh menjadi ciri kekal semasa minggu fesyen di kota-kota fesyen dunia," katanya pada jamuan tengah hari 'IFF Eastern Treasures', di London pada Jumaat.

Rosmah yang juga penaung IFF berkata fesyen islamik kini menjadi bidang keusahawanan yang menguntungkan.

Walaupun tidak ada data perdagangan rasmi untuk industri fesyen Muslim dunia, unjuran menunjukkan angka yang positif, katanya.

Rosmah berkata bagi membolehkan industri itu berkembang pesat, pertumbuhan dan pembangunan mesti meliputi semua aspek iaitu daripada fesyen mewah kepada yang mampu dimiliki semua.

Katanya beliau teruja mendengar pusat membeli-belah mewah seperti Harrods di London dan Saks di Arab Saudi telah mula menjual pakaian berunsur islamik.

"Ini satu permulaan yang sangat bagus, tetapi menjadi impian saya untuk melihat lebih banyak pusat membeli-belah seperti Bloomingdales, Macy's Debenhams dan lain-lain menawarkan pakaian dan aksesori islamik sebagai sebahagian fesyen arus perdana dunia.

"Pada masa itu barulah kita dapat menyatakan fesyen islamik benar-benar mendapat tempat," katanya. --Bernama

Ulasan GB

Demikianlah, apabila seseorang itu hanya melihat Islam dari aspek yang boleh memberikan keuntungan duniawi semata-mata, bukan kerana syariat yang mengkehendaki seseorang itu menutup aurat.

Akhirnya lahirlah istilah "fesyen Islam" - tetapi masih memperagakan tubuh badan di khalayak ramai - sama sekali bertentangan dengan tuntutan syariat.

Ia adalah kesan dari kejahilan, kesan dari kemunafikan - munafik kerana empunya tubuh badan sendiri tidak menutupi aurat.

Akhir zamannnn....

Read more ...

Semua negara demokrasi benarkan demonstrasi kecuali Malaysia

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6k1cfe2iCiK_pyWgT0eaj2pi6s9Pquq14dOpPOnsYGEBj7aMzXGk5DRZZCKnJxVOsK8sKl2QF-PFRiwO10H1x2wUFln40H7H6491kkkGlIlRX7rOzAJYSJMXaIFhdRI3ys5ZdS5Zpkjrt/s1600/hadi+awang2.jpg
AMPANG, 17 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelas Ahli Parlimen Marang (gambar) ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara.


Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka.


“Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan.



“Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis,” katanya pada sidang media di sini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.

“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Najib.

Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).

Mengulas lanjut mengenai Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, Hadi berkata perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapat respons yang menggalakkan daripada rakyat walaupun dihalang pihak keselamatan.

“Himpunan Bersih 2.0 yang kita sertai mendapat respons yang positif (daripada rakyat) dengan jumlah yang begitu besar yang datang,” katanya yang terlebih dahulu mempengeruskan mesyuarat bulan parti Islam itu.

Minggu lalu ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Dipetik dari Malaysia Insider

Read more ...

Najib tak faham-faham sebab apa himpunan Bersih 2.0 dibuat

Read more ...

Aziz kalau nak bercakap bagi pihak UMNO baik letak jawatan Pengerusi SPR




Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terus menyerang kepimpinan Bersih 2.0 dengan mendakwa mereka didalangi parti politik dan “tidak benar-benar ikhlas.”

“Saya sebenarnya tidak pasti adakah penganjur perhimpunan haram Bersih benar-benar ikhlas atau mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu,” kata Aziz dalam tulisannya disiarkan Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan hari ini.

Aziz juga mendakwa beliau berpandangan sedemikian kerana dalam perjumpaan pertamanya dengan Bersih 2.0 akhir tahun lalu, pihaknya memaklumkan bahawa ia adalah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan parti politik.

Bersih 2.0 dianggotai oleh sebanyak 62 NGO dan mengemukakan tuntutan lapan perkara dalam membawa pembaharuan sistem pilihan raya.

“Penganjur Bersih mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur Bersih sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang,” kata beliau.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berulang kali menekankan bahawa pihaknya telah mengundang kesemua parti politik - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menyertai usaha mereka menuntut pembaharuan pilihan raya, tetapi ia hanya disambut oleh komponen Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, BN dan pihak-pihak yang pro-BN mendakwa Bersih 2.0 bersekongkol dengan komponen Pakatan Rakyat.

“Kita semua nampak mereka turun padang bersama-sama pemimpin-pemimpin parti politik seperti Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang dan banyak lagi.

“Wakil-wakil NGO yang datang berjumpa dan berunding dengan saya dulu tidak kelihatan kecuali Marina Mahathir dan dua tiga orang lagi,” kata Aziz sambil menambah, “jadi kenyataan Ambiga kepada saya bahawa Bersih tidak langsung memihak kepada parti politik adalah tidak benar sama sekali.”

Tambahan pula tulis Aziz, baru-baru ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengugut SPR supaya mengambil tindakan atas lapan tuntutan itu, kalau tidak mereka akan mengadakan tunjuk perasaan lagi.

“Kenapa pula sebelum ini Bersih dan tiba-tiba sekarang parti politik PAS menyuarakan perkara itu?

“Jadi, sekarang sudah jelas Bersih didalangi atau diperalatkan. Mereka bersekongkol dengan parti politik,” kata Aziz lagi.

Aziz menambah, Bersih 2.0 tidak lagi sebuah badan yang berkecuali, sebaliknya “seolah-olah sudah menjadi parti politik.”

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara meskipun dihalang dan disekat oleh pihak berkuasa termasuk Putrajaya mengisytiharkannya sebagai sebuah badan haram.

Sehubungan itu, Aziz juga berkata bagi diri beliau demonstrasi jalan raya tidak menyelesaikan masalah dan lebih malang lagi difahamkan memorandum berkaitan tuntutan mereka belum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong lagi.

“Kalau mereka betul-betul jujur sepatutnya sewaktu berjumpa Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini mereka boleh menyerahkan memorandum itu.

“Bukan sahaja boleh menyerahkan, malah menerangkan kenapa mereka membuat tuntutan itu. Kenapa mereka tidak melakukan itu dan memilih demonstrasi haram di jalanan?” katanya.

Dalam tulisannya Aziz juga menyentuh mengenai tuntutan dihentikan amalan politik kotor.

Aziz berkata, sebenarnya semua orang tidak suka orang main politik kotor dan sebab itu “kita adakan undang undang supaya orang politik ini jangan bermain politik kotor.”

“Tetapi politik kotor ini dilakukan oleh ahli ahli politik, sepatutnya mereka sendiri yang menghalang politik kotor misalnya dengan tidak menipu, amanah, tidak kata lain buat lain,” kata beliau lagi. -TMI

Ulasan GB

Kempen BERSIH 2.0 adalah dari badan berkecuali. Itu sahih. Yang menyokong kempen berkenaan adalah mereka dari pelbagai parti - dan di dalam konteks BERSIH 2.0 - didapati parti komponen Pakatan Rakyat menyertainya. Ia tidak sepatutnya menjadi isu. Jika komponen BN tidak menyertainya, ia bukan salah badan NGO yang menganjurkan kempen berkenaan. Sepatutnya SPR melihat kepada isu apa yang dituntut oleh BERSIH, bukan menelek kepada siapa yang menyokong kempen berkenaan. SPR hanya mengemukakan daleh untuk berdolak-dalik sepanjang masa mengenai tuntutan yang dikemukakan BERSIH.

Kedua soal Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengugut SPR supaya mengambil tindakan atas lapan tuntutan itu, kalau tidak mereka akan mengadakan tunjuk perasaan lagi.

Ia memang wajar. Jika tuntutan badan NGO sendiri tidak dihormati dan didengari oleh SPR, parti politik BERHAK untuk mendesak SPR supaya melaksanakan tuntutan itu>. Apatah lagi PAS sebagai badan politik yang sah di sisi perlembagaan adalah pihak yang terkena penganiayaan secara lansung hasil dari kepincangan dan sikap senget sebelah SPR selama ini. Jadi tidak salah jika PAS pula yang menjadi penggerak kepada tuntutan BERSIH yang SPR pekakkan telinga itu. Dimana salahnya?

Ketiga, Pengerusi SPR mempersoalkan mengapa Ambiga tidak menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong sewaktu menemui baginda.

Dengar sini Tan Sri. Jika Agong sendiri tidak mempersoalkan hal tersebut kepada Ambiga, siapa Tan Sri yang nak berlagak lebih tinggi daripada Yang Dipertuan Agong menyoal Ambiga? Jika Agong sendiri sudah bersetuju supaya perhimpunan diteruskan cuma baginda meminta ia dibuat di stadium, mengapa PM dan kabinetnya menghalang stadium merdeka digunakan dan mengapa polis menutup semua jalan menuju ke stadium berkenaan. Jika Agong sendiri sudah bersedia untuk menerima watikah tuntutan sewaktu wakil BERSIH tiba di pintu pagar istana, tiba-tiba dihalang oleh polis, binatang apakah mereka-mereka ini yang sanggup menentang titah baginda?

Apa yang jelas pihak yang menentang titah Agong itu adalah pihak yang takut dengan tuntutan BERSIH kerana mereka tahu jika SPR sudah terlepas dari cengkaman mereka, harapan untuk mereka pertahankan Putrajaya terlalu tipis.

Kami menyatakan dengan jelas bahawa pilihanraya perlu diadakan dengan telus, bersih dan adil. Jika SPR sudah dilihat tidak melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya secara telus dan adil, maka itu sebab mengapa rakyat menghadap ke bawah duli Yang Dipertuan Agong.

Dan jika itu masih dihalang dan dituduh mengadakan perhimpunan haram di jalanan (sedangkan kamu-kamulah yang menghalang kami berhimpun di stadium) maka kami tiada pilihan lain selain mengadu kepada Allah s.w.t.

Apabila kami merayu di "sana", bersiap sedialah kamu-kamu untuk menerima hukumanNya.

Dan jika takdirnya PR memerintah selepas ini, kami tuntut SPR dibersihkan dan jika terbukti wujud salahlaku serta penipuan oleh SPR selama ini, Pengerusi dan timbalannya boleh dipenjarakan!

Read more ...