Tuesday, August 2, 2011

KOMPLOT UMNO-SPR-JPN!!! Semakin jelas bila SPR jadi "tukang jawab" bagi pihak JPN

PR jadi warganegara, kospirasi terancang - PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQdxaFpTDgq8ihFbMM4DdGJqphNUw0ZFE4rvCVpiWtWaDeu1s0VdR1qIFHGDyQn7VviexCyqAVXgRmedYofar9YQPkRIBsrdNzN3TQmorDP9EadMM62eFolO2FjUyUK1rad8IrkQnDQAE/s1600/budakbalun.jpgKUALA LUMPUR, 3 Ogos: Dewan Pemuda PAS yakin penemuan dan pendedahan penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi dan kemudiannya ditukar menjadi warga negara bukanlah kesilapan teknikal seperti dijelaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun ia adalah satu konspirai terancang.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, jika ia kesilapan teknikal, mana mungkin boleh berlaku sepantas itu dan mlibatkan bukan seorang penduduk tetap, malah ribuan lagi.

"Memang tak logik la kalau kesilapan teknikal. Benda sebesar tu boleh silap, bukan satu pulak tu tapi beribu.

"Saya yakin ini bukan silap, ini mesti disengajakan," katanya menempelak penafian yang dibuat pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Abdul Aziz dalam responnya berhubung kontroversi pertukaran status PR ditukar menjadi warganegara bagi membolehkan mereka mengundi yang dilapor semalam memberi alasan, apa yang berlaku mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau juga mendakwa kemungkinan senarai nama PR di laman web Jabatan Pendaftaran Negara adalah senarai lama yang belum dikemaskini.

Menurutnya lagi, hanya penduduk tetap yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja yang boleh ditukar menjadi rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut Suhaizan melahirkan rasa hairan mengapa SPR menjadi "tukang jawab" bagi pihak JPN.

"SPR jangan nak tolong jawab bagi pihak JPN la. Kita tahu SPR terima senarai yang salah, tapi kenapa terima juga...

"Tidak mustahil SPR, JPN dan KDN berkomplot dalam perkara ini," telahnya.

Semalam, pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.

Selain Mismah, 52 nama lain juga turut dikesan bertukar status dan didaftar sebagai pengundi di beberapa parlimen di Kuala Lumpur.

Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.

Bukti-bukti itu jelasnya telah dimuat turun termasuk data-data kad pengenalan PR kerana sudah menjangkakan sama ada “server” JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.

Jangkaan itu katanya ternyata benar apabila ia betul-betul berlaku semalam.

Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini.

Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini.

Read more ...

Mengapa seseorang mahu Altantuya dibunuh? Siapa yang mahu Bourdon dihantar pulang?


Penghantaran pulang peguam Perancis William Bourdon oleh Najib telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Antara yang paling hangat diperkatakan adalah sama ada 2 orang bekas pengawal peribadi beliau, Azilah Hadri dan Sirul Umar yang dijatuhkan hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh seorang penterjemah yang terlibat dalam rundingan pembelian kapal selam Scopene sedang dipenjarakan atau telahpun dibebaskan.


Samada beliau suka atau tidak, tindakan Najib dilihat oleh ramai sebagai penyalahgunaan kuasa dalam menyembunyikan kesalahan yang mungkin beliau lakukan dari mata dunia.


Ramai yang ditemubual berpendapat bahawa Najib sedang menikmati kebebasan hasil daripada penggunaan prinsip “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” dan atas dasar itu juga beliau digesa untuk berhadapan dengan Bourdon menggunakan prinsip yang sama.


Bourdon berada di Malaysia atas urusan rasmi yang penting.


Bourdon yang merupakan seorang aktivis hak civil telah dihantar pulang kerana menyalahi penggunaan pas lawatan sosial beliau. Disebabkan oleh perkembangan ini, timbul pula syak orang ramai terhadap Najib dan penglibatan beliau dengan skandal Scopene dan Altantuya.


Bourdon yang mewakili NGO Malaysia Suaram dalam aduan yang dibuat terhadap pihak berkuasa Perancis mengenai vendor Scopene; DCN yang dikatakan telah membayar komisen kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan Najib sendiri semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan pada ketika itu dan dipertanggungjawabkan ke atas pembelian kapal selam tersebut yang benilai RM7.3 billion.


Beliau berada di Penang untuk memberi taklimat mengenai kes tersebut.


Najib telah menyangkal tuduhan salahlaku manakala Ahmad Zahid Hamidi yang kini memegang portfolio meneri pertahanan diberi amaran untuk tidak memberi sebarang kenyataan.


Perincian mengenai pembelian kapal selam tersebut juga telah dibentangkan dalam parlimen.


Najib digesa hormati undang-undang Malaysia dan antarabangsa


Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen telah menuduh pentadbiran najib sebagai kejam dan ala diktator.


Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal memerintah.


Salah satu daripada agenda penting beliau adalah untuk menutup mulut sesiapa sahaja yang ingin bersuara mengenai ketidakadilan dengan menahan, mengugut dan menakut-nakutkan mereka seperti yang dibuat ke atas pihak yang terlibat dalam perhimpunan Bersih.


Chong menegaskan bahawa Bourdon masih boleh berkomunikasi dengan orang Malaysia menggunakan persidangan video dan banyak lagi kaedah canggih yang sudah ada pada zaman ini.


Beliau berpendapat bahawa pentadbiran Najib mungkin tidak sedar bahawa banyak lagi cara lain selain berada secara fizikal di satu –satu tempat untuk menyampaikan maklumat dan berhubung.


Chong berkata bahawa penghantaran pulang Bourdon jelas menunjukkan bahawa Najib sedang gelisah dan takut tetapi adalah sia-sia baginya untuk mengelak daripada undang-undang.


Adalah lebih baik untuk beliau dan negara sekiranya beliau bersikap terbuka terhadap siasatan pihak perancis dan memberi kerjasama yang sepatutnya. Jika tidak, ramai yang akan merasakan bahawa beliau bersalah dan ini akan menjatuhkan imej Malaysia.


“Biarkan perjalanan undang-undang tersebut dan sekiranya beliau tidak bersalah, tiada apa yang harus beliau takuti kerana mahkamah akan melindungi beliau.” Beritahu Chong kepada Malaysia Chronicle.


Najib boleh menangkis dakwaan dan memberitahu cerita dari pihak beliau di Perancis


See Chee How, ketua penerangan PKR Sarawak telah mengecam tindakan Najib menghantar pulang Bourdon semata untuk menutup kesalahan beliau dalam pembelian kapal selam.


“Kerjaan haruslah membenarkan Bourdon untuk mengatakan apa yang beliau hendak sampaikan.


Sekiranya Najib merasakan bahawa Bourdon berbohong, dakwalah beliau atas alasan memfitnah. Kita ada undang-undang sepeti itu di Malaysia.” Kata See kepada Malaysia Chronicle.


Menurut See, penghantaran pulang Bourdon akan menghasilkan lebih banyak liputan negative terhadap Malaysia di arena antarabangsa dan ini akan memberi kesan buruk juga kepada pelaburan asing.


Timbalan ketua wanita PKR juga memberi komen mengenai isu penghantaran pulang Bourdon.


Kata beliau, ia menimbulkan syak wasangkan dalam persoalan siapakah pembunuh sebenar Altantuya.


“Sekarang, orang asing juga menjadi sasaran dalam melindungi hal yang sebenar. Saya percaya, roh beliau juga mahukan keadilan dan akan terus menghantui orang Malaysia sehinggalah keadilan diperolehi.


Walaupun kemarahan terhadap apa yang dilakukan terhadap Bersih masih belum reda, kerajaan terus terlibat dalam pelbagai skandal. Berapa banyak lagi yang harus diharungi rakyat?


Benarkah orang yang sepatutnya dikenakan hukuman mati sudah bebas dan berada bersama kita?


Menurut Voon, perbicaraan kes pembunuhan Altantuya telah menimbulkan lebih banyak tanda tanya berbanding jawapan. Dua orang bekas pengawal peribadi Najib telahpun dijatuhkan hukuman gantung setelah didapati membunuh Altantuya.Sepanjang perbicaraan, wajah mereka ditutup.


Mengapa?


Di mana mereka sekarang?


Adakah benar mereka sedang menunggu hukuman mati atau mungkinkah mereka sudah berada bersama kita sekarang?


Bukankah majoriti rakyat Malaysia tidak dapat melihat wajah mereka dan tidak dapat cam meraka.


Bagi keluarga dan rakan, pembedahan plastik boleh dilakukan supaya mereka tidak dikenali lagi.


Implikasi di sini; mereka melalui semua itu untuk melindungi pihak yang sebenarnya bertanggungjawab mengarah mereka membunuh Altantuya.


Tidak seorang pun penagawal peribadi ini mengenali Altantuya dan tiada motif untuk membunuh beliau. Salah seorang daripada mereka telah membuat kenyataan bahawa dia dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya.


Buat masa ini, sepatutnya jangan terlalu emosi sehinggalah kes ini dibawa ke mahkamah baik di sini atau Perancis.


Terdapat juga isu kesahan kes merentas sempadan kerana perbezaan sistem perundangan dan mahkamah yang berbeza dengan kita.


Perlu diingtkan juga bahawa pihak imigresen mempunyai hak untuk menghalang kemasukkan mana-mana individu asing ke dalam negara tanpa memberi sebarang alasan.


Tetapi seperti kes pembunuhan Altantuya, masih menjadi tanda tanya siapakan pembunuh sebenar Altantuya dan dalam kes penghataran pulang Bourdon, siapakah yang mengarahkan Pengarah Imigresen untuk menolak kemasukkan beliau ke negara ini?


Dan seperti biasa, soalan paling menarik perhatian- Mengapa?


Mengapa seseorang mahu Altantuya dibunuh?


Siapa yang mahu Bourdon dihantar pulang?


Daripada soalan-soalan ini, jelas ada satu persamaan!JALAN PULANG

Read more ...

Siapa di belakang Blogger UMNO yang lancarkan serangan ke atas Najib dan Hishamudin


Pejam celik hari ini dan masuk hari ketiga umat Islam berpuasa, apakah dengan keberkatan bulan ramadhan yang penuh berkat ini UMNO semakin hari semakin dekat dengan kemusnahanya..Insyaallah...


2 orang Menteri yang menjadi penasihat Najib telah dipanggil oleh blogger UMNO sebagai Punahsihat......hangpa pi baca sendiri la,, aku tak sanggup nak baca di.aku-tak-peduli


kerismudin.
hishamudin.
menteri amaran.
menteri amaran dalam negeri.

menteri CKMM ?
apa itu menteri CKMM ?
CKMM bermaksud 'cium keris mintak maap '..

hangpa boleh baca itulah ungkapan yang diberikan oleh blogger ternama UMNO gerakan-anti-pkr. kepada Menteri dalam Negeri dan meminta Hisyammudin meletak jawatan....

Apakah ini bayaran tunai di atas kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat yang berdemontrasi BERSIH pada 9 Julai lalu,,,

Bukan lagi pembangkang yang menyuruh mereka letak jawatan,,, tetapi penyokong mereka sendiri... Allah Hu Akbar... Baca di kerismudin-wajib-letak-jawatan.. Manjung Mari

Tekanan ke atas Najib dari dalaman parti semakin hebat. Persatuan Bekas Wakil Rakyat UMNO desak letak jawatan. Sekarang blogger UMNO yang selama ini setiap hari menyerang Pakatan sudah menghalakan serangan kepada Najib , Hishamudin dan Menteri tertentu yang kuat menyokong Najib.

Adakah ini kebetulan atau konspirasi yang dirancang. Siapa dibelakang blogger UMNO ini? Muhyidin dan Zahid mungkin tahu jawapannya.
Admin

Read more ...

Cakap berdegar-degar tapi akhirnya UMNO mengaku jadi boneka Gerakan dan MCA di Pulau Pinang


WarkahDaily – ‘Wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri’ di Pulau Pinang tegas Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina konon Ketua Menteri Pulau Pinang menuduh beliau mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri itu.

Pada 20 Disember 2009, bekas Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilapor mahukan jawatan itu diberikan kepada Umno berdasarkan banyak kerusi yang dimenangi parti berkenaan. UMNO menang 11 kerusi DUN, sedangkan MCA dan Gerakan tewas di kesemua kerusi yang dipertandingkan di tangan Semua kerusi DAP dan PKR termasuk kesemua kerusi parlimen.

Namun tuntutan Zahid Hamidi itu mendapat tentangan dari Gerakan yang mahu mempertahankan jawatan itu demi survival partinya dan maruah parti akan tercalar jika jawatan itu pun diserahkan kepada Umno.

Ketika di zaman pemerintahan BN, Umno dilihat tidak banyak berperanan untuk memajukan orang Melayu di Pulau Pinang, bahkan banyak bangsa Melayu terpinggir dari arus pembangunan. Umno yang dipertanggungjawab dengan jawatan Timbalan Ketua Menteri sekadar dilihat ‘makan gaji buta’ oleh bangsa Melayu.

Laporan Bernama semalam, pendedahan oleh Datuk Zainal Abidin Osman konon Umno tidak berhajat dengan jawatan Ketua Menteri itu dilihat memberi gambaran lebih jelas akan peranan Umno dalam perikatan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.

Datuk Zainal Abidin berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri.

“Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri.

“Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN,” katanya.

Rupa-rupa Umno sekadar boneka dalam BN Pulau Pinang. Desakan Zahid Hamidi selama ini sekadar gimik untuk menarik kembali sokongan bangsa Melayu terhadap BN. Namun apa yang realitinya, Umno tidak boleh berbuat apa-apa di Pulau Pinang. Umno sekadar kuda tunggangan Gerakan dan MCA yang dilihat lebih mendominasi BN Pulau Pinang.


Warkahdaily

Read more ...

Ada lagi Puak Songkok Tiga Jengkal dalam Unisel

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2011/01/logo-unisel.jpgSHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr Rosti Saruwono sah meletak jawatannya berkuat kuasa Rabu dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan negeri.

Difahamkan tindakan tersebut dilakukan sebagai 'membantah' berhubung tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.


Dr Rosti berkata beliau tidak sanggup melaksanakan arahan berkenaan kerana ia tidak bersebab dan tanpa mematuhi proses yang betul.


``Sah saya letak jawatan berkuatkuasa 3 Ogos. Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa,'' katanya di sini Isnin.


Dr Rosti yang berasal dari Klang, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009.

Keputusan Dr Rosti melepaskan jawatannya sebagai `membantah' keputusan pelucutan tiga orang pegawai yang dicadangkan dalam satu rumusan memorandum yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Siasatan Exco Kerajaan Negeri.

Memorandum itu disediakan dan ditandatangani oleh empat pegawai tertinggi lain di Unisel pada 16 Mei lalu terhadap tiga pegawai Unisel atas tuduhan tertentu yang dipercayai membabitkan salah tadbir urus universiti itu.

Tuduhan yang disertakan dalam memorandum berkenaan turut melibatkan Dr Rosti yang turut dicadangkan meletak jawatan dan digantikan serta-merta.

Bagaimanapun, dikatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan arahan kepada Naib Canselor untuk memecat tiga pegawai berkenaan.

Namun, keputusan Abdul Khalid itu tidak diterima oleh Dr Rosti atas alasan tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib Unisel.

Read more ...

Kenyataan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang macam ini buat blogger UMNO meraban

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/08/bm_pkmm.jpg?w=150&h=125KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mengecam sambil mendakwa MCA memainkan sentimen perkauman dengan melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai anti-Cina hanya kerana kebanyakan projek di bawah sistem tender terbuka diberi kepada kontraktor Bumiputera.

Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Merican berkata, “nampaknya MCA begitu jahil sekali” kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi nilai RM200,000 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.


“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman, dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?



“Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak dengan sekeras-kerasnya sentimen perkauman MCA yang menghina kontraktor Melayu dengan persepsi negatif ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Puan Tan Cheng Liang baru-baru, Izham menegaskan, MCA harus ingat bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, begitu juga di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Dalam sistem tender terbuka, katanya, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengetepikan kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

“(Ia) menunjukkan sikap profesionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi,” kata Izham lagi.

“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

“Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman,” katanya lagi.

Izham juga menambah, sebagai sebuah NGO yang mempunyai ahli daripada pelbagai parti walaupun kebanyakannya terdiri daripada ahli Umno, perjuangan pihaknya adalah menentukan warga kontraktor terbela.

Kata Izham, pada hari ini ramai kontraktor yang gulung tikar dan keadaan yang dialami dalam industri pembinaan tidak lagi seperti suatu ketika dahulu dan “kami merayu kepada kerajaan pusat supaya dapat membantu menangani masalah ini.”

“Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dan ketua menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan,” katanya lagi.

Malah kata beliau, seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada Bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan Bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum Bumiputera.

“Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan Pemangku Yang Dipertua persatuan ingin menyatakan bahawa setakat hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetepikan kaum Bumiputera dalam industri pembinaan dan sebagai pemimpin beliau bersikap terbuka walaupun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri,” katanya lagi. - TMI

Read more ...

TERBONGKAR KONSPIRASI UMNO-JPN-SPR!!! Bukan hanya Mismah tapi ramai yang pagi PR , petang dah dapat jadi Warganegara

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Jangan terkejut jika bukan Mismah sahaja yang statusnya penduduk tetap disebelah pagi bertukar menjadi warganegara sebelah petang, malah pertukaran serupa turut melibatkan ramai lagi.

Selepas heboh laporan menceritakan "kecekapan luar biasa" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar taraf kewarganegaraan Mismah dalam masa empat jam, 52 lagi kes serupa ditemui PAS Titiwangsa.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Timbalan Yang Dipertua PAS Titiwangsa Khairul Anuar Manap mendedahkan perkara itu dikesan kira-kira jam 2.30 petang.

Menurutnya, kira- kira jam 9.15 pagi tadi, petugas IT PAS Wilayah Persekutuan dan Titiwangsa berjaya mengesan 52 orang pemilih yang berstatus penduduk tetap di dalam Rang Daftar Pemilih suku ke-2 bagi tahun 2011.

Kemudiannya senarai tersebut dikeluarkan dan disemak di dalam sistem semakan MyKad dan MyPR Jabatan Pendaftaran Negara di alamat http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan mendapati kesemua 52 orang tersebut berstatus Permastautin Tetap atau PR.

Senarai status penduduk tetap yang di kesan itu ialah, 28 nama di parlimen Titiwangsa, Segambut (5), Batu (8), Wangsa Maju (4), Bandar Tun Razak (1), dan Lembah pantai (6).

"Petugas IT PAS wilayah terus mencetak atau "print screen" semua gambar kad penduduk tetap tersebut daripada sistem semakan JPN dan menyertakan senarai nama dan dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pendaftaran Negara (SPR) Wilayah Persekutuan di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abd Aziz untuk tujuan bantahan.

"Kira-kira jam 2.30, iaitu sebelum mengisi borang bantahan senarai Rang Daftar Pemilih, pegawai SPR mengesahkan kesemua senarai 52 orang itu adalah warganegara melalui sistem semakan JPN.

"Petugas PAS cuba mengesahkan semula dan ternyata semua nama tersebut telah bertukar menjadi warganegara hanya selepas berberapa jam," ceritanya.

Lebih pelik katanya, bagaimana semua 52 nama itu boleh terlepas masuk dalam rang daftar pemilih sedangkan semuanya berstatus penduduk tetap atau soalnya, apakah ada suatu komplot antara SPR dan JPN dalam usaha memenangkan parti Umno BN.

Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak berkuasa dalam negara dan dapat menyelesaikan dengan kadar segera sebelum tindakan yang lebih drastik diambil.

Petang tadi, negara digemparkan dengan seorang penduduk tetap (PR), Mismah yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, bertukar menjadi warganegara dalam masa beberapa jam.

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama JPN di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Pendedahan dan penemuan terbaru itu bakal memberi tekanan baru kepada SPR yang selama ini mendakwa tiada manipulasi dalam daftar pemilih dan senarai pemilih sudah dibersihkan.

Menjelang PRU ke-13, dijangkan lebih banyak lagi pendedahan akan dibuat Pakatan Rakyat berhubung penyelewengan pihak tertentu dalam usaha memenangi pilihan raya dengan cara yang tidak demokratik.

Read more ...

UMNO Pasir Puteh terdesak sanggup buat cerita sensasi yang tak betul

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0fylR3n8Fg9A8KZw2RzRR1NCr3rtEBvQ49aTuSvoMaj32xnNtqHksGspERWrWG7loq_rpJgo4KeGUILPtzHyD4iO3qegeNXhbTVzUOZizM9KsQXRR6zUN1NdXZuX1_JoboOs1luyhZIXa/s400/UMNO+juara+tipu+rakyat.JPGPASIR PUTEH, 2 Ogos: “Saya tidak hadir pada majlis Selamat Tinggal PAS dianjurkan Umno, bagaimana pula akhbar menyiarkan saya yang bercakap di majlis itu.

“Macam mana akhbar boleh melaporkan saya yang mengeluarkan kenyataan di majlis berkenaan sedangkan saya tidak ada di situ,” kata Zakaria Mat Husin, 53.

Zakaria diminta menjelaskan laporan sebuah akhbar harian yang mendakwa beliau bersama 20 pengikut menyertai Umno pada majlis dihadiri Ketua Umno Pasir Puteh, Zawawi Othman di Kampung Alor Pasir baru-baru ini.

Lebih aneh lagi Zakaria dilaporkan bercakap kepada pemberita di majlis berkenaan sedangkan beliau tidak berada di situ.

Akhbar terbabit dalam laporannya menyebut Zakaria kononnya mendakwa PAS sekarang seolah-olah tidak yakin dengan perjuangan dan dasarnya sentiasa berubah-ubah.

Sebaliknya Zakaria ketika dihubungi menjelaskan beliau pernah didatangi Zawawi di rumahnya bagi menariknya menyertai Umno sebelum ini.

“Saya mengakui dikunjungi Zawawi untuk mengajak menyertai Umno dan pada masa yang sama ada orang mengambil gambar saya.

”Dia juga ada tanya perhimpunan anjuran Bersih dan peguam Ambiga. Saya pun tak sangka pemimpin Umno itu mendedahkan pula kepada media kehadirannya ke rumah saya kononnya saya mahu masuk Umno.

“Saya tidak jadi penghulu, PAS sokong Ambiga demontrasi Bersih, masalah PAS sendiri antara beberapa soalan yang ditanya Zawawi,” ujarnya.

Oleh itu Zakaria berkata, beliau tidak pasti sama ada program ‘Selamat Tinggal PAS Kami Kecewa PAS Sokong Ambiga’ benar-benar wujud atau rekaan ketua Umno itu semata-mata.

Malah katanya pada pertemuan di rumahnya beliau menegaskan kepada Ketua Umno terbabit sekiranya beliau sertai Umno sudah tentu hanya akan menjadi seperti kain buruk kerana sudah banyak berlaku kepada orang lain.

Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Pasir Puteh, Drs Zainuddin Awang Hamad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar yang menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap Zakaria.

Menurutnya, tindakan Zawawi dianggap sebagai terdesak untuk meraih sokongan sehingga perkara yang tidak pernah berlaku direka demi politik murahannya.

Dalam laporan akhbar terbabit juga ketua Umno Pasir Puteh itu mendakwa lebih 3,000 penyokong PAS menyertai Umno kebelakangan ini.

Zawawi yang juga bekas guru sebelum ini dikatakan memperalatkan Pejabat Pelajar Daerah bagi memaksa guru-guru hadir pada perlancaran gelombang merah di Pasir Puteh.

Malah dalam banyak laporan media proUmno sebelum ini, di mana sahaja beliau pergi tentunya ada program penyokong PAS menyertai Umno.

Ramai melihat Zawawi terpaksa mempopular dirinya memandangkan kedudukannya sebagai ketua bahagian tergugat dijangka dicabar pemimpin lain yang lebih berwibawa dan berpendidikan tinggi.

Seorang penyokong Umno yang rapat dengan Timbalan Ketua Baagian Pasrr Puteh, Rujhan Salleh mengakui Zawawi hanya lulusan Maktab Perguruan tidak sesuai berada di kedudukan sekarang.

Read more ...

PAS perintah duit lebihan masuk Tabung Amanah, zaman UMNO perintah masuk Tabung ANAK BERANAK

Oleh: PUTERI BULAN
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/04/mur.jpg

Hang toksah dok kelentong la Tok Bashah ooi......

Sekonyong-konyong Tok Bashah masih tak puas hati, pertikai ujud ke tidak Tabung Amanah Jalan yang dimaklumkan dalam Sidang Dun Kedah baru-baru ini. Tok Bashah ragu-ragu, kemana perginya duit lebihan peruntukan kerajaan pusat untuk membaiki jalanraya yang rosak kerana katanya banyak lagi jalanraya yang masih kurang memuaskan dan perlu diperbaiki.

Dalam bulan Ramadhan ni..Puteri tak mahu la kondem terlebih sangat tapi memang sah la..Tok Bashah ni tak faham undang-undang dan peraturan. Walhalnya undang-undang dan peraturan tu masa zaman depa memerintah dah ujud dah.


Tok Bashah lupa ka.. (tapi memang jenis UMNO APCO mudah lupa).. pikiaq la guna akan fikiran yang waras…kalau logik akal pun..mana boleh belanja ikut peruntukan yang dapat tapi kena belanja ikut yang diluluskan.


(Buku mengandungi bahan fitnah tahap gaban ini akan diedarkan oleh Tok Bashah beberapa hari lagi. Semua info kita ada macam risalah fitnah 'Kedah Tertipu' dulu Kedah La dapat info lengkap mengenai penerbit, pencetak, jumlah unit dll. Lepas ni Tok Bashah jangan dok habag konon-kononnya bukan dia buat buku ni...)

Tok Bashah buat hairan pulak, katanya masa zaman UMNO APCO perintah Kedah, semua peruntukan tu dibelanjakan tanpa meninggalkan baki apatah lagi nak simpan dalam tabung-tabung amanah.

Waaaa….hebat ni…dunia pun tau…setakat mana digunakan untuk baiki jalan.
Yang selebihnya pun dimasukkan tabung ..tapi bukanlah tabung amanah..tapi tabung anak beranak. Kalau Pakatan Rakyat tak dapat memerintah Kedah, bolehlah hampa kelentong..tapi semua yang hampa UMNO APCO buat penyelewengan duit kerajaan, duit rakyat ..ada dalam poket kami.

Sebenarnya, hampa pun akui benda-benda tu semua. Kalau tidak kenapa hampa tak saman bila penyelewengan duit STDC yang digunakan untuk biaya puak-puak UMNO APCO dikeluarkan umum.


Jangan bimbanglah Tok Bashah..tabung amanah tu tetap sebagai tabung amanah..nak tau berapa jumlah..silalah berjumpa exco berkenaan..apa guna dok berkokok sana sini..pertikai ketelusan orang sedangkan kaki sendiri berlumuran najis…Kedah La

Read more ...

PANAS!! Najib buat pilihanraya haram?


Najib Altantuya lupa, 1999 dia cuma menang 241 UNDI saja!!
Dari mana datangnya ribuan undi sekiranya dia menang

lebih 22 ribu undi lima tahun berikutnya??

Pemimpin Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan pilihan raya umum ke-13 tanpa melakukan pembaharuan pilihan raya yang dituntut rakyat termasuk janjinya Ahad lalu.

Ahad lalu, Najib berkata beliau juga komited untuk menangani isu pengundi hantu menjelang pilihan umum ke-13 — salah satu aspek yang ditekankan oleh pembangkang selama ini.


Kata Perdana Menteri, sistem biometrik yang akan diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan oleh pembangkang.


Justeru kata Najib, pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR.


Sehubungan itu tegas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar), adalah tidak bermoral dan haram bagi Najib untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 tanpa melaksanakan refomasi pilihan raya yang perlu bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Pilihan raya yang bersih dan adil merupakan prasyarat di dalam sistem demokrasi yang moden; ke arah mereleasasikan mandat sebenar daripada para pengundi untuk memilih kerajaan yang memerintah hari ini.

“Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa jika YAB dan BN dipilih secara bebas dan adil sebagai kerajaan, maka menjadi tanggungjawab saya untuk berkhidmat sebagai pembangkang yang setia kepada negara,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Nurul Izzah juga berkata, sebagai peringatan dan imbauan sejarah, rakyat tidak pernah memilih Najib sebagai perdana menteri dan oleh itu, peluang untuk melaksanakan reformasi pilihan raya menyeluruh ini merupakan peluang terbaik untuk menerima mandat dari rakyat untuk memerintah.


“Pelaksanaan reformasi pilihan raya yang berani ini juga memberi isyarat bahawa YAB (Najib) tidak lagi terbuka kepada ugutan oleh elemen-elemen pelampau berhaluan kanan yang telah menyekat refomasi untuk Malaysia yang lebih baik.


Wakil rakyat penggal pertama ini berkata Najib juga perlu menyelami hati nurani dengan menyedari bahawa pelaksanaan reformasi sistem pilihan raya akan memastikan beliau mendapat pengesahan daripada rakyat bukan daripada mereka yang ingin merampas “takhta politik YAB.”


Katanya, dengan melaksanakan tanggungjawab moral ini, YAB secara efektif memenuhi syarat-syarat di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.


“Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB sekurang-kurangnya kerana menyenaraikan refomrasi pilihan raya sebagai perkara yang memerlukan tindakan segera dan secara jujur berharap YAB akan melaksanakan lapan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0 sebelum pilihan raya umum ke-13,” kata beliau lagi.JALAN PULANG

Read more ...

UMNO dakwa boleh tawan Kedah, tapi laporan Utusan buat sepoi pula

http://3.bp.blogspot.com/_SSRsrgSHjjE/Skij9639iQI/AAAAAAAAAE4/rUfvZEs_bZo/s400/ahmad+bashah.jpgBARU-baru ini dalam satu pertemuan, seorang pemimpin veteran UMNO memberitahu penulis bahawa Kedah merupakan salah sebuah negeri yang Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampasnya kembali daripada pembangkang.

Pelbagai kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pas kini memungkinkan BN mempunyai harapan untuk meraih kembali sokongan rakyat di negeri Jelapang padi tersebut.


Namun begitu persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak termasuk pemimpin veteran tersebut ialah sejauh manakah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Kedah benar-benar bersedia untuk melunaskan misi berkenaan.

Semua orang Kedah tahu, Pas yang dibantu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidaklah sehebat mana di negeri berkenaan.

Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kedah, pada Khamis lalu dikatakan banyak menyuntik semangat dan memberikan isyarat kepada rakyat Kedah bahawa mereka perlu menyokong BN.

Keprihatinan Perdana Menteri yang bersedia meluangkan masa melakukan tinjauan mesra dan meluluskan peruntukan sebagai RM1.12 juta bagi membina sebuah masjid di Taman Wira Mergong, di Alor Setar turut membantu meningkatkan imej BN.

Tetapi soalnya, sejauh manakah UMNO dan BN Kedah di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Bashah Md.Hanipah mampu merebut peluang untuk memastikan sokongan rakyat kembali kepada parti berkenaan.

Ketika berbual-bual dengan seorang pemimpin UMNO Kedah di Kuala Lumpur baru-baru ini, penulis mendapati terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Ahmad Bashah dan pemimpin parti berkenaan jika mereka mahu menegakkan kembali panji-panji BN di negeri itu.

Perkara yang paling ketara ialah sehingga kini biar pun Kedah sudah jatuh ke tangan pembangkang masih belum ada kesedaran di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO untuk berhenti berpolitik sesama mereka.

Sama ada hendak diakui atau tidak berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis, daripada keseluruhan 15 bahagian UMNO di Kedah, 10 daripadanya bermasalah. Ia berpunca daripada politiking sesama sendiri - satu 'penyakit' yang tidak pernah mampu diubati dalam UMNO sejak dulu lagi.

Mungkin akan ada pemimpin UMNO akan menganggap tulisan ini ibarat membuka pekung di dada atau satu rekaan tetapi hakikat tetap hakikat, fakta tetap fakta.

Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah perlu insaf bahawa mereka bukan pemerintah di negeri berkenaan tetapi pembangkang, oleh itu sikap dan tindakan serta semangat perlu berteraskan kepada keazaman untuk merampas kembali negeri itu daripada Pas, PKR dan DAP.

''Masalah utama ialah hendak mencari calon, kita kena akui sampai sekarang belum ada calon yang paling sesuai bagi memenuhi apa yang dipanggil 'calon boleh menang' seperti mana dikehendaki oleh Perdana Menteri,'' kata pemimpin UMNO tersebut.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila masalah dalaman di 10 bahagian berkenaan masih juga tidak selesai-selesai, biar pun UMNO sudah jadi pembangkang di Kedah.

Masing-masing masih lagi hendak 'mempromosikan' diri sendiri dan merasakan paling layak untuk menjadi calon, biarpun ada antara mereka yang ditafsirkan, ''umum nama sahaja pun dah kalah.''

Kesudahannya di sesetengah bahagian yang bermasalah ini wujud sekurang-kurangnya enam 'war lord' yang mempunyai pengikut masing-masing iaitu ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua, ketua Wanita, ketua Pemuda dan ketua Puteri.

Justeru jika salah seorang dipilih sebagai calon belum tentu yang lain akan menyokong sebaliknya akan wujudnya apa yang orang Kedah panggil 'das kaki' atau orang Kelantan kata 'cah keting'.

Walaupun perbalahan ini tidaklah begitu ketara 'di permukaan' tetapi rakyat di kawasan-kawasan terlibat amat memahami kemelut yang berlaku justeru semua itu hanya merugikan UMNO dan BN.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada dakwaan bahawa Ahmad Bashah sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri tidak mempunyai cengkaman bagi mengatasi kemelut yang berlaku. Malahan Ahmad Bashah juga dikatakan terlalu bergantung kepada pucuk pimpinan parti untuk melaksanakan sesuatu program.

Ahmad Bashah dan seluruh kepimpinan Kedah perlu menunjukkan kesungguhan untuk merampas negeri itu daripada Pas.

Setakat ini kita memuji kelantangan UMNO Kedah mendedahkan kepincangan pentadbiran Kerajaan Pas tetapi ia belum mencukupi bagi menjana kemenangan, jika di dalam UMNO sendiri masih ada kelemahan yang tidak diperbaiki.

Kita yakin sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam berpolitik, Ahmad Bashah mampu mengendalikan keadaan, apa yang diperlukan daripada beliau ialah keberanian membuat keputusan dan bertindak.

Jika benar pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Kedah mahu menang dalam pilihan raya mereka perlu bersatu padu dan mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Tindakan bertelingkah dalam mesyuarat bahagian adalah sesuatu perbuatan yang memalukan kerana UMNO bukannya pemerintah tetapi pembangkang.

Kalau berada dalam kedudukan pembangkang pun masih belum mahu insaf lagi, apakah pemimpin UMNO Kedah hanya akan sedar apabila parti itu terus ditolak selama-lamanya di negeri berkenaan?

Oleh itu adalah wajar jika pemimpin-pemimpin UMNO Kedah memahami cabaran besar yang ada di hadapan mereka, bersatulah dalam satu barisan dan perkukuhkanlah kedudukan.

Banyakkan program-program untuk memenangi hati rakyat seperti mana diusahakan oleh Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Janganlah pemimpin UMNO Kedah hanya bijak mengatur strategi untuk menjatuhkan lawan politik daripada parti sendiri tetapi beku mindanya dalam menumbangkan pembangkang.

Satu fakta yang harus difahami ialah pembangkang tidaklah sekuat mana di Kedah dan senario 2008 tidak lagi menghantui BN sehingga memungkinkan rakyat akan terus menolak parti itu.

Justeru inilah kesempatan terbaik kepada UMNO Kedah untuk bangkit semula dan ia hanya akan tercapai jika pemimpin-pemimpin parti itu bak kata salah seorang daripada mereka menyingkirkan tindakan'marahkan dua ekor nyamuk, satu kelambu dibakar'.

Apakah maksud tindakan berkenaan? Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah memikirkannya, apa yang pasti selagi mereka tidak meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya, bukan kata 'kelambu', bilik tidur pun boleh hangus bersama-sama akibat 'panas bahang' politiking sesama sendiri.


Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Read more ...

Gambar KM Pulau Pinang ini buat blogger UMNO tak senang duduk


Antara perkara yang menjadi amalan Guan Eng sejak dari beliau mula memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berbuka puasa bersama penduduk Pulau Pinang yang berugama Islam, tak kira walau dimana, semua tempat diredahnya.

Begitu juga dengan tahun ini.. dan semalam beliau ditemani oleh Tuan Haji Mat Sabu dalam majlis perasmian Pasar Ramadhan Bayan Lepas.

Bagi aku ini adalah satu amalan yang baik kerana amalan ini merapatkan hubungan Ketua Menteri Pulau Pinang ini dengan penduduk Pulau Pinang selain dari membina imej beliau.

Cuma.. sedikit terkilan..Dimana pemimpin Melayu yang berada di kedudukan paling tinggi dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang?ASD









Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI

Read more ...

Persatuan Bekas Wakil Rakyat UMNO desak Najib letak jawatan ?

Mohd Sayuti Omar
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJKe6FTBCzKKfxP1LZ1NaS6ndD0sEfGkcz3vYbGG0Ed3TyqokmVGbwFhe-ilAe2PtYFAJ1R5vKvkijhjeb4WhHXU8ArNd_4bSr1WQmucDgAQBPOxa-mJNrKoCciRiAbsZKEmEqHxn7wMih/s1600/mrbean.jpgMaklumat yang baru saya terima sebelum jam 12:00 tengah hari tadi agak menggegarkan juga. Berita ini memberi masalah baru kepada perdana menteri yang saat ini sedang sakit lutut dan kini sedang berihat di hospital.

Sumber ini sudah pun memberi bayangan beberapa hari lalu tetapi tidak menceritakan bagi mensuspenkan saya? Lagi pun kejadian yang boleh memggeletarkan lutut Najib itu masih belum berlaku.

Berita yang dimaksudkan itu ialah mengenai persatuan dianggaotai bekas-bekas wakil rakyat Umno yang bernama Penawar. Persatuan ini dianggotai oleh bekas-bekas wakil rakyat Umno. Ia bukan Mubarak.

Bolehlah dikatakan Penawar ini sebagai persatuan kedua yang melibatkan bekas-bekas wakil rakyat. Ia agak kritis sedikit berbanding dengan Mubarak yang menjadi aji no moto kepada Najib.

Apa ceritanya? Ceritanya Penawar katanya tekah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelebaban ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabor juga dijadikan penyebabnya.

"Mesyuarat itu diadakan beberapa hari lepas. Ianya dipengerusikan oleh Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad," cerita sumber itu.

Tambahnya hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Aziz Yassin (abang kepada Muhyiddin Yassin), Mokhtar Hashim (bekas menteri belia dan sukan), Tamrin Ghaffar (anak Ghaffar Baba) dan beberapa yang lain.

"Biar betul?" tanya saya kepada sumber inginkan kepastian.

"Betul, you boleh chek.." katanya tegas dan penuh yakin.

Saya tidak meragui desakan berkenaan. Usaha untuk menyingkirkan Najib ini sudah lama berjalan. Sebelum ini satu perhimpunan veteran Umno yang dihostkan oleh Sanusi Junid turut menyatakan perkara sama. Sanusi Junid sendiri katanya mengatakan kekesalan kepada Najib apabila perdana menteri itu berlembut dalam soal Melayu kerana hendak menjaga kuasa.

Maklumat terbaru ini sudah pasti menganggui fikiran dan kesiahatan Najib. Walaupun Penawar ini sebuah Ngo nyamuk tetapi suara mereka tetap memberi kesan kepada pentadbir Najib dan juga wibawa Najib sebagai perdana menteri.

Kalau desakan nakal yang menyenakkan dada begitu dibuat oleh Ngo di luar Umno dan tidak ada kena mengena dengan Umno tidak menjadi masalah. Tetapi bila ianya disuarakan oleh Ngo Umno sendiri ini sudah ada masalah. Apakah desakan itu menjadi pencetus ke arah untuk menumbangkan Najib?

Sama-sama kita tunggu protes secara senyap ini

Read more ...

Surat kepada PM : Bernas gagal, Kerajaan Kelantan mahu import beras untuk bantu rakyat

http://suaramerdeka.com/foto_aktual/1f2ac930bc39485c975cf92569410ee2.jpgSurat ini diutus kepada YAB Datuk Seri Perdana Menteri pada 1 Ramadhan.

Pertama, untuk mengucapkan salam Ramadhan kepada YAB Datuk Seri. Di samping itu, saya doakan juga dengan berkat Ramadhan, YAB Datuk Seri segera sembuh.

Kedua
, untuk mencadangkan program pengurangan kos hidup yang melambung sekarang bagi membantu meringankan keperitan rakyat jelata. Ramadhan antara lain mendidik keprihatinan jiwa Mukmin terhadap anggota masyarakat yang lemah, terkesan dengan beban hidup dalam menyara kehidupan diri dan keluarga.

Melalui berlapar, kita merasai kesukaran rakyat yang miskin dan memerlukan. Kita menghayati keperitan mereka dan mendesak jiwa dan minda kita memikirkan seribu satu cara untuk berkongsi penderitaan mereka.

Salah satu isu yang menghimpit rakyat sekarang adalah kenaikan kos barang-barang keperluan seharian, seperti YAB Datuk Seri sendiri mengakuinya dengan cadangan langkah memerangi kos kehidupan sebagai satu lagi bidang keberhasilan utama negara seperti yang diumumkan oleh YAB sehari dua yang lalu.

YAB Datuk Seri,

Pada pandangan saya, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dan cara yang boleh menurunkan harga barang keperluan dengan segera, terutama beras, gula, tepung dan susu.

Salah satu penyumbang bagi tingginya harga barang-barang ini ialah dasar yang salah yang dilaksanakan oleh Kerajaan YAB Datuk Seri sendiri iaitu menentukan import kepada monopoli agensi atau syarikat tertentu.

Tanpa monopoli ini, harga barang keperluan dapat diturunkan serta merta.

YAB Datuk Seri,


Sebagai membuktikan dakwaan saya, YAB Datuk Seri boleh menyemak perbandingan harga dunia dan harga yang dikenakan kepada pengguna Malaysia. Sebagai contoh, harga beras gred berkualiti, purata adalah USD 650 semetrik tan. Bermakna harganya adalah RM 20 setiap sepuluh kilogram. Bandingkan berapa harga yang dikenakan kepada pengguna sekarang?


Bagi mengukuhkan pandangan saya bahawa harga barangan ini boleh dikurangkan melalui permit import yang tidak ekslusif kepada hanya satu syarikat seperti Bernas,
izinkan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri, mengimport 500,000 metrik tan beras berkualiti premium untuk jualan Negeri Pakatan Rakyat sebagai langkah permulaan.

Seperti dalam makluman YAB Datuk Seri, penggunaan beras Negara adalah berjumlah 2 juta metrik tan dan apa yang kami pohon tidak menjejaskan pengguna negeri lain.

Insya'allah ia akan membantu empat perkara;

a. Harga yang lebih murah
b. Kualiti premium
c. Sekuriti bekalan makanan untuk keperluan Negara
d. Tidak membebankan kewangan kerajaan kerana ia tidak memerlukan subsidi.

Kami Insya'allah berkeupayaan melakukannya dalam tempoh dua minggu dari tarikh keizinan diberikan dan jika keizinan ini boleh disegerakan oleh YAB Datuk Seri, pengguna boleh menempuh Ramadhan ini dengan kos hidup yang lebih rendah.


Buat permulaan, Insya'Allah kami boleh mulakan dengan beras, gandum, susu dan gula.


Mengikuti surat ini nanti ialah surat-surat dan tindakan rasmi yang lain, termasuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi menjadikan semangat Ramadhan membantu mereka yang berkesempitan suatu realiti.

Sekian, terima kasih.

Dato Hj Husam Musa
-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
-Naib Presiden PAS

Read more ...

Dr Mujahid edar Jadual Berbuka di Pasar Ramadhan

PARIT BUNTAR, 2 Ogos : Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa telah meluangkan masa kira-kira satu jam untuk turun bertemu masyarakat sambil mengedarkan jadual berbuka puasa di Bazar Ramadhan Parit Buntar, Taman Kerian Permai.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah pengunjung dan peniaga di situ yang dapat bertemu beliau sambil bertanya khabar.

Kira-kira 500 jadual diedarkan di kawasan ini sambil dibantu oleh Unit Amal Parit Buntar mengedarkannya.

Menurut Dr Mujahid "Ini adalah program rutin setiap kali menyambut Ramadhan. Setiap hari pertama Ramadhan kita akan turun berjumpa orang ramai mengucapkan Salam Ramadhan di Bazar Ramadhan sambil mengedarkan jadual berbuka puasa."

Lebih 150 gerai terdapat di sini. Ini merupakan kali pertama tapak di Taman Kerian Permai digunakan sebagai tempat Bazar Ramadhan memandangkan tempat yang lama agak sesak dan banyak projek pembangunan sedang rancak dibina.

Turut sama bersama Dr Mujahid adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, dan Penyelaras Unit Amal Parit Buntar, Zainuddin Osman.

Read more ...

Mari tengok kerja UMNO APCO !!! Jam 1130 pagi, jadi Penduduk Tetap (PR), tapi hanya EMPAT JAM saja sudah jadi WARGANEGARA


NONE























Pemuda PAS berkata, keadaan sekarang cukup merbahaya apabila seorang penduduk tetap (PR) yang didaftarkan sebagai pengundi baru dengan "sekelip mata" boleh bertukar menjadi warganegara negara ini.


Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (kanan) berkata, pihaknya sudah menjangkakan perubahan itu atau pelayan (server) Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) akan ditutup.


"Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 (petang) maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara.


"Inilah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini," katanya.


Katanya, tindakan itu memberi maksud bahawa "Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja".


Sebelum ini, kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan PR yang memegang kad MyPR merah didaftarkan sebagai pengundi baru, rekod dalam taliannya bertukar kepada warganegara dan memiliki MyKad biru.


Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.


Dalam kenyataan petang ini, Suhaizan mendakwa, Pemuda PAS juga telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi.

"Mereka didaftarkan hampir di setiap negeri.

Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali," katanya.

Sehubungan itu, dewan itu mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.


"Suatu suruhanjaya diraja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," katanya.

Read more ...

SAH!!! Zahrain penipu besar

http://media1-cdn.malaysiakini.com/245/71126c5060bca7dcd07160af163ed43f.jpgDatuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengetepikan dakwaan mengenai status beliau sebagai ketua pembangkang dengan menekankan perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menafikan mengenai khabar angin itu walaupun Utusan Malaysia telah melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata Pakatan Rakyat akan memantau prestasi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pilihan terbaik untuk menggantikan Anwar sekiranya beliau dipenjarakan atas kesalahan liwat.


“Saya belum mendengar apa-apa daripada PAS, DAP atau pemimpin PKR. Itu yang saya tahu. Hanya Bayan Baru,” kata Anwar merujuk kepada Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, bekas wakil rakyat PKR yang secara berterusan menyerang parti perikatan itu sejak tahun lalu.


Utusan Malaysia akhbar milik Umno dalam laporannya memetik Harun sebagai berkata jika Tengku Razaleigh, Ahli Parlimen Gua Musang, “mempunyai ramai pengikut atau sokongan majoriti dalam parti pembangkang, kemungkinan beliau akan menjadi ketua pembangkang.”


“Begitu juga Anwar, kalau beliau boleh berunding dan tidak mendapat sokongan majoriti, mungkin beliau tidak boleh memegang jawatan itu lagi,” kata Harun.


Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh kini berdepan dengan tuduhan liwat buat kali kedua. Beliau kali pertama didakwa dengan tuduhan liwat dan rasuah pada 1998 selepas dipecat dari Kabinet dan kemudian disabitkan kesalahan atas kedua-dua tuduhan itu.


Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu dibebaskan pada September 2004 dan kemudian menghidupkan kembali kerjaya politik dengan mengetuai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 yang mana parti perikatan itu berjaya menawan lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.


Beliau kemudian memegang jawatan ketua pembangkang di Parlimen dengan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam satu pilihan raya kecil, selepas isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengundurkan diri.


Tengku Razaleigh sehingga kini belum membuat apa-apa respons.


Semalam Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan mengenai isu ini sebagai satu “lawak jenaka".

Read more ...

Kerusi Menteri bukan Melayu bertambah, UMNO sebenarnya PEMBOHONG pejuang Melayu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAfA15OPXcz9g_435UuzJlU6WHRMNYqT25u4FVnExit9ELW6XRDjSP2vpKLQtsSOY2zy9lRqapH_MiNWHZbgF6sq4LrP2Dzupg0h9MqIn7KFWWqz0tNUcfzboAGErt4A0V6S-kq_MPHfs/s400/2.jpg
" Kerusi menteri bukan Melayu dalam kabinet semakin bertambah. Manakala kerusi orang Melayu atau Islam terus statik dan tidak mustahil semakin berkurang "

Tak apa. Bagi jangan tak bagi. Orang melayu tak perlukan kerusi. Orang melayu sembahyang sambil duduk, makan juga sambil duduk bersila .. so apa perlu itu kursi.

Lu orang tengok berapa baik hati orang melayu melalui Umno.

MIC Annual Convention .. Umno kasi 1 jawatan menteri penuh.

MCA bila pulak mahu buat Annual Convention ? Berapa jawatan menteri
penuh mahu minta ?

Gerakan punya Annual Convention bila ? Tak mahu minta jawatan menteri penuh ker ?

Lu orang fikir baik2 no. Parti lu orang kalah teruk dalam PRU 12, yang satu kerusi tak menang pun ada, tapi masih boleh jadi menteri.

Itu semua berlaku kerana Umno yang jadi ketua dalam BN. Kalau dalam PR lu orang tak rasa lah .. kalah pilihanraya .. nak jadi tukang sapu di pejabat PR pun mereka tak terima.

Tapi bila duduk dalam BN .. kalah pun lu orang masih boleh jadi menteri .. so apa nak takut .. bertanding saja lah .. jangan fikir kalah atau menang lah.

Kita minta jangan terlalu ultra kiasu sangat lah. Ingat lah melayu sudah banyak berkorban untuk lu orang :

1. lu orang sure ada peluang menang jika bertanding dalam kawasan majoriti melayu, kerana orang melayu (ahli Umno) 100% sure undi punya apa.

Tapi kalau Umno bertanding dalam kawasan bandar yang bukan melayu majoriti, lu orang agak boleh menang ker ? Kenapa tidak kita cuba pada PRU 13 nanti. Cakap setia kawan saja tak cukup, kita mahu tengok bukti.

Umno saja yang banyak membuktikan semangat setia kawan. Tapi lu orang tak ada apa bukti yang kita boleh percaya. Lu orang bila2 saja boleh buat U Turn.

Bukti U Turn, PRU 12 kerana lu orang U Turn .. BN hampir2 mati lemas lor.

Read more ...

Mengapa Tengku Razaleigh bukan pengganti Anwar Ibrahim?


Pemimpin Pakatan Rakyat dan Pemimpin PAS, Nik Aziz Nik Mat telah menyangkal spekulasi bekas pemimpin PKR dan juga media UMNO bahawa terdapat usaha untuk menggantikan Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan menyifatkan ia sebagai “lawak jenaka”.

Nik Aziz juga menyangkal dakwaan bahawa PAS mempunyai niat sebegitu, begitu juga dengan perjumapaan rahsia bersama Ku Li.


Khabar angin tersebut semakin hangat diperkatakan setelah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim yang meninggalkan PKR disebabkan timbul perselisihan, membuat kenyataan bahawa Ku Li boleh menggantikan Anwar selepas beliau membentuk Amanah pada minggu lepas.


Amanah merupakan badan NGO terbaru dan dikatakan mempunyai cita-cita politik yang tinggi.


Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa Ku Li masih lagi ahli UMNO dan tidak pernah memberi bayangan bahawa beliau akan meninggalkan parti itu. Amanah sebenarnya boleh digunakan Ku Li untuk mempersembahkan dirinya sebagai penyatu pelbagai puak dalam UMNO dalam pemilihan presiden kelak.


Ramai dalam UMNO takut retorik perkauman timbalan presiden, Muhyiddin Yassin boleh menjadi penghalang untuk beliau menjadi Perdana Menteri dan mentadbir negara dengan aman dan maju.


Selain daripada mengalih pandangan terhadap pergeseran dalaman UMNO yang semakin menjadi-jadi, khabar angin mengenai Ku Li ini bertujuan untuk menimbulkan perasaan tidak puashati dikalangan parti dalam Pakatan iaitu PAS, PKR dan DAP.


“Ini lawak jenaka".


Itu pandangan saya mengenai khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbicangan rahsia bersama Tengku Razaleigh untuk mengangkat beliau sebagai pemimpin Pakatan menggantikan Anwar Ibrahim.


Nasihat saya dalam bulan Ramadhan ini, tolong tulis perkara yang betul dan berasaskan fakta.


Ingatlah, apa yang kita tulis dan ucapkan akan dihisab oleh Allah pada hari akhirat kelak.” Tulis Nik Aziz dalam laman Facebook beliau.


Jui Meng: “Pakatan akan menang besar sekiranya Anwar didapati bersalah


Sebelum ini, laporan akhbar memetik Omar Salleh, timbalan presiden Jaringan Melayu Malaysia yang pro-UMNO menggesa Nik Aziz untuk mengaku bahawa beliau membuat perjumpaan rahsia dengan Ku Li.


”Mengapakah ini dirahsiakan daripada Anwar dan Parti Keadilan Rakyat?


Adakah ini menunjukkan bahawa sebahagian daripada pihak pembangkang yakin Anwar akan didapati bersalah dan bakal dipenjarakan?


Mungkin peguam Anwar, Karpal Singh memberitahu pihak DAP dan PAS mengenai situasi Anwar dalam kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari dan ini membuatkan mereka mencari pengganti yang sesuai untuk mengisi tempat Anwar.” Ujar Omar.


Nik Aziz dan Pengerusi DAP, Karpal Singh memandang ringan insinuasi kes liwat tersebut.


Sekiranya Anwar disabitkan bersalah, ini adalah suatu yang menyedihkan untuk beliau yang telahpun menghabiskan 6 tahun dalam penjara sebelum beliau dibebaskan dari tuduhan liwat pada tahun 2004.


Tetapi itulah yang akan membawa kejatuhan BN mamandangkan kebanyakan penanalisis termasuk timbalan presiden PKR Chua Jui Meng percaya bahawa keputusan itu akan membawa kejayaan kepada Pakatan Rakyat.


“Bukan kami mahu Anwar masuk penjara tetapi kami rasakan bahawa apa jua keputusannya, Pakatan akan tetap menang.


Kes liwat ini telah menyedarkan Najib bahawa beliau meletakkan dirinya sendiri di tempat yang sukar.


Ia merupakan langkah yang tidak bijak seperti skandal video Datuk T dan tindakan keras terhadap Bersih yang telah mengakibatkan Majlis Tertinggi UMNO menyalahkan beliau.” Beritahu Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.


Kalau Anwar didapati bersalah, beliau menjadi wira dan sekiranya dia tidak didapati bersalah, kerajaan telah membazirkan masa dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk negara.


Bagi Nik Aziz pula, beliau merasakan agak pelik mengapa cadangan yang diperkatakan itu ditimbulkan berdasarkan ramalan terhadap keputusan mahkamah.


"Adakah benar bahawa keputusan mahkamah di negara ini boleh diramal atau sebenarnya keputusan telahpun dibocorkan? Katanya.


Ku Li bukan saingan Anwar


Selain daripada hakikat bahawa Ku Li tidak mungkin berani meninggalkan UMNO lagi, Karpal turut menegaskan bahawa ahli parlimen Gua Musang itu yang membubarkan Semangat 46 untuk kembali kepada UMNO bukanlah saingan Anwar dari segi populariti.


Star memetik Karpal sebagai berkata, “Razaleigh berpeluang untuk berkhidmat sebagai pembangkang melalui Semangat 46 namun beliau telah kembali kepada UMNO dan selepas itu bahagian beliau telah mencalonkan beliau untuk bertanding jawatan presiden menentang Najib Tun Razak,”


Tanpa Anwar, pihak pembangkang dan seluruh negara tidak akan menyaksikan tsunami politik yang melanda semasa pilihanraya Mac 2008.


Sepeti Karpal, Ketua Dewan Ulama PAS setuju bahawa kemampuan Razaleigh untuk memimpin Pakatan bergantung kepada populariti beliau.


“Sekiranya beliau mempunyai ramai pengikut atau mendapat sokongan kuat daripada parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan menjadi pemimpin pembangkang.


Sama juga dengan Anwar; beliau boleh berunding dan sekiranya beliau tidak mendapat sokongan majoriti, beliau tidak akan duduk di situ lagi.” Kata Harun Taib dipetik oleh Malaysiakini.


Utusan telah melaporkan pada hari Isnin lepas bahawa Dewan Ulama PAS bersedia mengenepikan Anwar untuk Razaleigh, tanpa memberi konteks sebenar kepada komen beliau.JALAN PULANG

Read more ...

PANAS !!! PR didaftar sebagai pengundi


KUALA LUMPUR 2 OGOS : Pertikaian terhadap kredibiliti dan ikrar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan daftar pemilih tidak dicemari dengan kehadiran warga asing kini terus menjadi persoalan.

Ironinya, sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

Portal Malaysiakini melaporkan, seorang pemegang status penduduk tetap (PR) diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan dakwaan itu.

Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyebak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru.

Read more ...