SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihatkan supaya menghadap Sultan Selangor mohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Nasihat itu disuarakan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin yang berkata, itu langkah sebaiknya dilakukan Abdul Khalid yang kini berdepan ancaman akan disingkir daripada PKR.

“Tan Sri (Abdul Khalid) mesti menghadap Tuanku untuk bubarkan Dun Selangor sebelum 11 Mac depan, iaitu hari penamaan calon PRK Dun Kajang. Baru kita boleh tengok siapa yang kena terajang,” tulisnya lewat entri blognya, semalam.