Thursday, February 24, 2011

Blogger Umno dedah seorang Menteri Umno adalah gay

Blogger UMNO dedah Menteri Kabinet Gay dari Johor

Sebuah blog pro Gerombolan songkok tinggi mendakwa memperolehi maklumat sahih bahawa seorang Menteri Kabinet yang berasal dari Johor merupakan seorang gay. Blog tersebut turut mempersoalkan sama ada Najib sanggup untuk memecat Menteri ini seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim.



Blog tersebut anotherbrickinwall.blogspot.com mendakwa menerima maklumat yang boleh dipercayai dari UMNO bahagian bahawa menteri kabinet tersebut memiliki seorang "jambu" yang sebelum ini bekerja di sebuah Jabatan Hal Ehwal korporat di sebuah bank utama di Kuala lumpur. "jambu" tersebut kini bekerja di sebuah syarikat pelaburan antarabangsa.

Menteri tersebut dikatakan selalu bertemu dengan "jambu" itu di Nikko Hotel. Malah didakwa begitu rapat sehingga boleh meminta wang dengan mudah sebanyak RM20,000 dari menteri berkenaan.


Meskipun blogger pro songkok tinggi tersebut cuba menyembunyikan wajah menteri tersebut, namun hasil pencarian ReJaM© di google, wajah menteri yang dimaksudkan telah terdedah. Jelas sekali disebalik objek hitam yang menutupi wajah menteri tersebut adalah wajah lelaki yang serupa dengan Hishammuddin Tun Hussin Onn. Di bawah ini wajah menteri yang dimaksudkan.



Blog tersebut mendakwa Menteri yang dimaksudkan bukan Hisyamuddin, tetapi menggunakan gambar Hisyamuddin yang dihitamkan. Apakah muslihat di sebalik cerita ini? Hanya blogger tersebut yang tahu.


ReJaM© "No komen..."

Read more ...

PKR dan DAP tekad bantu PAS hadapi Umno BN

Prk Kerdau : PKR, DAP jamin beri komitmen penuh

TEMERLOH, 25 Feb: PKR dan DAP menyatakan sokongan penuh kepada calon taruhan PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, Hassanuddin Salim yang diumum malam tadi.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang turut berucap pada majlis pengisytiharan calon di Kompleks PAS Kerdau memberi jaminan, jentera dari parti itu akan turun berkampung di sini bagi membantu memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

"Saya bagi pihak PKR memberi jaminan dan janji kami kepada PAS.

"Insya Allah seluruh jentera parti keadilan rakyat akan berkampung dalam Dun Kerdau ini," katanya.

Selain Azmin, pimpinan PKR lain yang hadir termasuklah Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan bekas timbalan presiden, Senator Dr Syed Husin Ali.

"Tidak ada sebab Kerdau tidak boleh bertukar tangan dari Umno kepada Pakatan Rakyat.

"Saya percaya pengundi Kerdau juga sudah bersedia untuk membawa perubahan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Manakala wakil DAP pula diwakili Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw.

Bagaimanapun, beliau tidak sempat berucap malam tadi ekoran hujan lebat dan memberikan laluan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengumumkan calon.

Calon PAS, Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.
Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

Manakala di satu lagi majlis sama di Melaka, PAS mengumumkan Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada PRK Dun Merlimau yang mewakili Pakatan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon dan 6 Mac sebagai hari pembuangan undi bagi kedua-dua PRK tersebut.

Read more ...

Dah memang barua Umno

SPR JANGAN JADI BARUA UMNO, ATAU RAKYAT KE JALANRAYA - MAT SABU


Kerdau-Sewaktu berceramah dalam sessi penamaan calon DUN Kerdau semalam, Sdr Mat Sabu menjelaskan bahawa kejatuhan regim-regim di Arab sekarang adalah kerana kebebalan pemerintah yang bukan sahaja tidak menghormati demokrasi , malahan mereka telah tidak mehjlankan amanah dan tangung jawab yang di harapkan rakyat.

" Pemerintah bukan sahaja kaya raya, tapi rakyat miskin.Bukan itu sahaja , keengganan membenarkan rakyat mendapat maklumat yang tepat seperti penggunaan FB, menjadikan pemerintah mahu menyekatnya"


Beliau juga mengingatkan pemerintahan negara ini agar tidak dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan jentera kerajaan yang di angap sebagai harta rakyat dan bukan kegunaan parti olitik tertentu, malahan betita dan tv di gunakan bagi menghalalkan tindakan yang di annggap tidak demoraktik.


"Ingat, saya ingin memberikan amaran keras kepada pemerintah Najib, Jika SPR disalahgunakan sebagai jentera untuk memenangkan jentera Bn , maka, kita tidak teragak-agak mengunakan pilihanjalanraya" disambut dengan laungan takbir puluhan ribu yang hadir walau pun dalam keadaan hujan lebat.

Read more ...

Bersedia untuk himpunan Bersih sekali lagi

Himpunan Bersih sekali lagi

JASIN, 25 Feb: Pakatan Rakyat memberi peluang kepada BN untuk mengubah kelamahan mereka dan tidak mustahil himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) akan berulang bagi menuntut pilihan raya yang adil.

"Kita mahu BN membetulkan kelemahan-kelamahan ini. Kita masuk pilihan raya kecil sebab nak tengok sejauh mana BN membuat perubahan.

"Kalau BN tak mahu buat perubahan, bila umur panjang dia nyanyuk dan akan jatuh akhirnya. Kami masih memberi peluang kepada BN untuk membuat perubahan dalam demokrasi.

"PAS akan mencadangkan satu himpunan Bersih sekali lagi untuk mendesak kerajaan membuat perubahan ke arah demokrasi dan pilihan raya yang adil," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita di Majlis Pengisytiharan Calon PRK Dun Merlimau di Markas Solihin, dekat sini, malam tadi.

Mengenai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, beliau berkata PAS yakin dengan kebolehan calonnya, Yuhaizad Abdullah untuk membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka khususnya mewakili orang muda.

Katanya, berkata, PAS meletakkan calon muda kerana sebahagian pengundi merupakan generasi muda.

"Anda semua sudah dengar kebolehan Yuhaizad berpidato. Kita yakin Yuhaizad boleh berhujah membawa suara PAS dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.

"PAS mencalonkan orang muda kerana sebahagian pengundi baru ialah pengundi muda," kata beliau Yuhaizad, 38, merupakan anak tempatan dan memegang amanah sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Abdul Hadi juga berkata, PAS optimis merampas kerusi Merlimau dari BN sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara adil dengan memberikan ruang kepada rakyat untuk mengakses maklumat secara menyeluruh.

"Tak mustahil kita boleh menang. Kita pernah menang, kita pernah kalah dan kita boleh menang. Cuma kita harap pilihan raya itu mesti adil, bukan sahaja adil dari segi mengundi tapi dari laporan media.

"Harapan untuk menang ada kerana kita telah berjaya mengubah undi daripada 2004 dengan menurunkan seribu undi BN pada 2008," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Terdahulu, berucap di hadapan lebih 6,000 penyokong Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata, PAS menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui demokrasi yang sebenar.

"Pakatan rakyat menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui pilihan raya dan kita mahu pilihan raya diadakan dengan adil. Kita beri peluang kepada BN yang memerintah negara ini yang bertanggungjawab memimpin negara supaya memodenkan demokrasi kerana masa sudah berubah dan demokrasi mesti direformasikan," katanya.

Menurut beliau, rakyat berhak menegur dan menukar pemerintah yang dilihat sudah pincang dari segi pentadbiran melalui pilihan raya bagi memastikan kesejahteraan negara.

"Demokrasi adalah mahkamah rakyat melalui pilihan raya untuk memlih kerajaan yang sihat kerana tidak ada ketua negara yang hidup selama-lamanya. Bila sampai umur dia mati dan tidak ada parti yang boleh memerintah selama-lamanya," katanya.

Read more ...

Tunggu maklumat dari Universiti Al-Azhar mengenai status calon BN Kerdau

PRK Kerdau : Panas!! Calon BN Bukan Lulusan Al-Azhar? --- UMNO/BN TAK HABIH - HABIH NAK MENIPU RAKYAT



Panas!!
Ini berita yang baru di terima..Pagi tadi, semasa pekena mee hoon sup dengan seorang sahabat saya .Sambil-sambil makan, kami bersembang pasal isu semasa dan pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau. Sembang punya sembang, maka terceritalah perihal calon BN di Kerdau iaitu Syed Ibrahim.

Dikhabarkan, Syed Ibrahim 44 tahun adalah juga Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Yang panasnya.. sahabat saya bagitau, Syed Ibrahim ni bukan lulusan Al- Azhar sebenarnya, pengajian dia ni tak abih kat Al-Azhar. Maknanya Syed Ibrahim bukan lulusan Al-Azhar. Maklumat ni dapat dari kawannya yang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Kalau betullah cerita ni, akan menjadi tamparan hebat buat BN. Umum mengetahui, calon BN di pilihanraya kecil dari Rohaizat (Penanti) sehinggalah Azhar Ibrahim (Tenang) mempunyai masalah. Sahabat saya ini berjanji akan mendapat maklumat lebih lanjut daripada kawannya berkenaan isu panas ini. Sekiranya benar maklumat panas ini, saya akan paparkan dalam blog ini...tunggu!!!
By Addin77.

Read more ...

Yuhaizad Abdullah calon PAS DUN Merlimau

Profile Hj.Yuhaizad Abdullah-Calon PAS PRK MERLIMAU

Profile Calon

Latarbelakang

- Tuan Hj Yuhaizad bin Abdullah dilahirkan pada tanggal 17hb Oktober 1973 di kampong barok Jasin Melaka.
- Beliau merupakan anak ke-4 daripada 5 orang adik-beradik.
- Bapanya Abdullah bin Hj Jumat merupakan bekas Tok sidang kampong chinchin manakala ibunya Hajah Fatimah bt Hasan seorang surirumah sepenuh masa dan merupakan anak kepada imam Hj Hassan Bin Wahab bekas imam kpg chinchin.

.Pendidikan

-Tuan Hj Yuhaizad mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan chinchin.
-Di peringkat menengah beliau bersekolah di sekolah menengah Dato Bendahara jasin,Melaka.
-Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di Institue kemahiran mara (IKM) Jasin beliau juga menpunyai diploma Tasawur Islam di Ilham

Perkahwinan

-Tuan Hj Yuhaizad memdirikan rumahtangga dengan Shakila bte Mohammad.seorang guru di sekolah kebangsaan chinchin.

Perlibatan dalam politik

-Memilih Pas sebagai medan Politik,beliau mula bergiat aktif dalam parti bermula tahun 1993 sebagai setiausaha cawangan chinchin
-Kemudianya pada tahun 1995 beliau dilantik sebagai ketua dewan pemuda pas kawasan jasin dan tahun 1999 dilantik sebagai Timbalan yang dipertua pas kawasan jasin hingga kini.
-Diperingkat negeri beliau diamanahkan sebagai timbalan dewan pemuda pas negeri dan juga dilantik sebagai Ahli jawatankuasa Badan perhubungan PAS negeri Melaka.
-Beliau sekarang merupakan aktivis Pas sepenuh masa

Misi dan visi

-Tuan Hj Yuhaizad bin Abdullah merupakan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi pilihanraya kecil dun merlimau
-Beliau menpunyai beberapa misi yang mahu dicapai bebekalkan pengalaman bergelumang dengan masyarakat bebilang kaun di Merlimau sejak kecil


Terbitan: Jawatankuasa Penerangan PAS PRK Merlimau

Read more ...

Moh Undi Calon Kite, Hassanuddin Salim

Hasanuddin calon PAS di Kerdau


CALON N28 KERDAU
TEMERLOH, 24 Feb: Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, pada jam 10.46 malam ini.
Turut berucap pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.
Hasanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.
Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak adalah seorang usahawan.
Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.

Read more ...

Ust. Kamal Shaari disebut-sebut sebagai calon PAS DUN Kerdau

Bekas Calon PAS Parlimen Kuala Krau Khabarnya Jadi Sebutan Untuk Terpilih Sebagai Calon Pakatan Rakyat Di PRK DUN Kerdau Nanti!

KERDAU, 24 Feb- Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau nampaknya kian panas biarpun Hari Pencalonan ialah Sabtu ini.

Malam ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bakal umumkan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat di Markas PAS Darul Hikmah Simpang Kerdau dekat sini.

Turut dijangka hadir malam ini ialah Mat Sabu dan juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ribuan penyokong pembangkang dijangka hadir untuk mendengar amanat dan melihat siapakah calon mereka.

Angin bertiup kencang mengatakan nama bekas calon Parlimen Kuala Krau dari PAS dalam pilihanraya umum lalu Ustaz Kamal Ashaari (foto), bakal menjadi pilihan.

Apapun, nama popular seperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang, Naib Presiden PAS Pusat dan Yang Dipertua PAS Kuala Krau), Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat) serta Hasanuddin Salim (Bekas Calon PAS PRU12 DUN Kerdau dan Ketua Penerangan PAS Pahang) tetap menjadi pilihan sebenarnya.

Cuma, hanya seorang yang bakal bersaing untuk menentang Penasihat Agama MB Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang diumumkan sebagai calon BN itu.

Apapun pertembungan sengit dijangka berlaku di DUN Kerdau kali ini. Majoriti undi BN pada pilihanraya lalu hanyalah sekitar 1,615 undi sahaja. Ini bermakna peluang PAS untuk membuat kejutan tetap ada, ditambah lagi dengan peningkatan jumlah pengundi muda dalam pilihan raya kecil ini.


Tiga calon popular yang juga turut menjadi pilihan sebenarnya

Dato' Tuan Ibrahim, Ustaz Nasharuddin dan Hasanuddin Salim

Apapun, harapan PAS untuk menakluki DUN Kerdau mungkin akan terkubur jika mereka tidak berhati-hati dan menjaga tiga kawasan Felda dan satu kawasan Felcra di DUN itu.

Difahamkan DUN Kerdau mempunyai tiga kawasan Felda iaitu Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25. Sementara itu satu kawasan Felcra ialah di Rumpun Makmur.

Jumlah pengundi di kesemua kawasan terbabit dipercayai melebih 3,000 orang. Oleh itu, tumpuan yang lebih besar perlu diberikan kepada kawasan terbabit jika PAS ingin memenangi pilihanraya kecil kali ini.

Jika tidak, senario yang sama pasti akan berlaku seperti di DUN Tenang baru-baru ini.
Tingkatkan usaha dan gandakan kerja jika berhasrat untuk menang.

Fokus utama harus diberikan kepada kawasan terbabit, kerana disitulah talian hayat BN sebenarnya. Jika tidak berhati-hati, cerita yang sama di Tenang bakal berulang di sini. Oleh itu, aturlah strategi yang berkesan mulai sekarang!].
PDO.

Read more ...

Umno Pulau Pinang sokong kenyataan Hafiz Nordin balun PAS

Musa setuju kenyataan Mohamed Hafiz

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7ll_anCeExVc4Dl1fLaZVLVAyAGFWe8yvLjFYKwQp2_O7n3h93Y7DyhaagXTRIIyhxY4xFs0wpJXadBC5YctY2FbQgXwBIWS8ixHuaX7EzqZjo8Tkx6TjzBrIZmCXNKcLMuKeWsvsrvMm/s400/re_05_1.jpgPERAI – Pas kini dilihat semakin jauh menyimpang daripada landasan perjuangannya dan langsung tidak berani bangkit untuk bersuara membela nasib kaum sendiri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, sikap double standard Pas itu lebih menyerlah apabila mereka hanya tunduk dan terlalu mengikut telunjuk DAP.

Menurutnya, sikap yang ditunjukkan itu bukanlah mencerminkan asas perjuangan Pas yang sebenar seperti yang dilakukan pejuang terdahulu, sebaliknya Pas kini sudah jauh tersasar daripada matlamatnya dalam memperjuangkan Islam.

“Saya bersetuju dengan kenyataan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin yang menyebut bahawa Pas kini mengamalkan double standard. Memang mereka double standard.

“Dulu mereka kata UMNO tidak boleh bersama Gerakan, tetapi kini kenapa mereka boleh pula bersekutu dengan DAP. Di mana yang mereka kata hendak perjuangkan Islam itu? Sedangkan mereka asyik ikut cakap DAP. Tak berani langsung nak bersuara walau sedikit pun. Ketika gerai orang Melayu dirobohkan, di mana mereka?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kepada 18 peniaga Taman Pelangi yang terjejas selepas gerai mereka dirobohkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini semalam.

Musa berkata, UMNO tiada masalah untuk duduk semeja dengan Pas untuk berbincang demi membela nasib orang Melayu.

Menurutnya, pintu UMNO sentiasa terbuka untuk mereka, asalkan perkara yang akan dibincangkan itu tidak bersifat politik, sebaliknya lebih kepada mencari jalan penyelesaian untuk membantu orang Melayu dan Islam.

Ia kerana UMNO tidak mahu lagi hanya berpolitik tetapi mahu bekerja keras untuk membela nasib orang Melayu.

“Saya berharap Pas dapat berubah. Jangan hanya bercakap demi kepentingan politik sahaja, sebaliknya kembali kepada matlamat mereka untuk menegakkan agama Islam. UMNO bila-bila masa sahaja bersedia untuk berbincang. Tapi, kita bincang atas dasar orang Melayu, bukan politik,” katanya.SH

Read more ...

Seorang Exco Perak disiasat SPRM

SPRM siasat Exco Perak?

IPOH, 24 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak didakwa sedang menyiasat salah seorang Exco kerajaan negeri itu atas dakwaan rasuah.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Perak meminta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir mengesah dan menjelaskan dakwaan tersebut.

Menurut Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali, exco terbabit adalah orang lama dalam Umno.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) telah diberikan maklumat bahawa salah seorang Exco Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak baru-baru ini," kata Mohd Munir dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Kami juga difahamkan bahawa Exco yang terbabit dalam siasatan SPRM tersebut merupakan ‘orang lama’ yang penting di dalam barisan kepimpinan Datuk Seri Zambry," katanya dalam kenyataan itu.


Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Perak mendesak Datuk Seri Zambry untuk mengesah dan menjelaskan isu tersebut bagi memberikan gambaran sebenar kepada rakyat.

"Pemuda PAS Perak juga meminta, jika maklumat yang diberikan tersebut benar, Exco terbabit wajar direhatkan dari menjalankan tugas rasmi bagi melincinkan siasatan SPRM," katanya.

Isytihar harta

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) juga mendesak Kerajaan Negeri Perak mengikut jejak langkah kerajaan negeri Selangor agar meminta semua Exco Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta mereka dan dipamerkan di dalam laman web kerajaan negeri.

Perkara tersebut bagi membuktikan bahawa semua Exco kerajaan negeri bersih daripada amalan rasuah dan perkara tersebut adalah penting untuk menilai mana-mana pihak agar menunjukkan latar belakang yang bersih.


"Pemuda PAS Perak menunggu respon Datuk Seri Zambry bagi membuktikan perkara tersebut, jika Datuk Seri Zambry gagal mengisytiharkannya sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor, akan menunjukan persepsi bahawa mereka tidak bersih sepertimana yang didakwa," kata Naib Ketuanya, Salman Haji Saleh.

Pemuda PAS Perak, katanya, yakin semua pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersedia bagi membuktikan dengan cara mengisytiharkan harta mereka pada bila-bila masa.


Pemuda PAS juga yakin Umno/Barisan Nasional (BN) akan terus memberikan pelbagai alasan bagi melaksanakan perkara tersebut, katanya.

Read more ...

Buktikan 8 pemimpin PR Perak jadi jutawan segera

Ngeh cabar Fauzi buktikan

http://i.ytimg.com/vi/v3XPE9dcYbU/0.jpgIPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham mencabar bekas Ketua Penerangan PKR Negeri, Fauzi Muda membuktikan tuduhan wujudnya jutawan segera sepanjang tempoh 11 bulan Pakatan Rakyat (PR) memerintah Perak.

Beliau yang juga bekas Exco kanan negeri turut mencabar Fauzi menamakan lapan pemimpin kanan PR yang didakwa jutawan.

Katanya, tuduhan itu tidak benar dan tidak masuk akal kerana tidak ada amalan rasuah berlaku sepanjang tempoh 11 bulan.

“Namakan mereka dan buktikan, jika tidak segala tuduhan itu hanya bohong semata-mata,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, tidak ada amalan rasuah berlaku dan tuduhan bahawa semua ahli parlimen dan ADUN PR menerima balak adalah satu pembohongan.

“Pemimpin PR memang sudah jutawan kerana kami adalah orang-orang yang berjaya. Sebelum terlibat dalam politik ramai antara kami jutawan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan lapan badan bukan kerajaan (NGO) negeri ini yang membuat laporan polis berhubung pendedahan bekas Ketua Penerangan PKR Negeri, Fauzi Muda.

Fauzi mendakwa terdapat lapan pemimpin kanan PR menjadi jutawan dalam tempoh 11 bulan mentadbir Perak yang disiarkan 21 Februari lalu.

Lapan NGO yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada 20 Februari lalu meminta pihak berkuasa menyiasat pendedahan Fauzi Muda.

Koo Ham turut mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap laporan PR kepada empat ADUN Bebas yang didakwa menerima wang.

“Dalam masa yang sama, ADUN Pas Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah pula mendakwa Fauzi pernah membuat akuan bersumpah dan melaporkan kepada SPRM dia nak dibeli RM50 juta oleh UMNO,” katanya.SH

Read more ...

Anak muda sertai PAS di Kerdau

Permulaan baik, anak muda sertai PAS di Kerdau

TEMERLOH, 24 Feb: Penyertaan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau mendapat sambutan awal yang amat menggalakkan apabila seramai 15 orang pemuda Kampung Telok Sentang menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli PAS.

Borang permohonan keahlian anak-anak muda itu diserahkan sendiri Ketua PAS Cawangan Telok Sentang, Abu Bakar Bakri kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena ceramahnya di kampung tersebut malam tadi.

Menurut Abu Bakar penyertaan golongan muda itu akan menambahkan semangat dan keyakinan PAS cawangan untuk berhadapan dengan pihak lawan pada pilihan raya kecil Dun Kerdau dan pilihanraya umum yang akan datang.

“Bersyukur kepada Allah di atas penyertaan golongan muda yang memberangsangkan ini dan kami menerima banyak permohonan yang dalam proses pengumpulan maklumat dari golongan muda kampung yang berada di luar,” katanya.

Turut menyaksikan penyerahan borang tersebut ialah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Read more ...