Wednesday, May 12, 2010

Zambry muka tak malu



















IPOH, 13 Mei : MB lanun negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir perasan sorang. Ada hati nak pelawa Pemuda PAS Perak menyertai Umno. Cerminlah diri dulu wahai Zambry.

Betul ke sangkaan Zambry yang Pemuda PAS minat dengan Umno atau Zambry tidak faham apa yang Pemuda PAS bongkarkan. Tak reti Bahasa Melayu ke?

Padahal Pemuda PAS telah membongkarkan sambutan dingin orang ramai terhadap Umno. Cuba fikir elok-elok, bagaimana cawangan Umno dipanggil untuk perasmian mesyuarat sekaligus. Nak bagi nampak ramai orang datang ke atau apa?

Atau Zambry takut nanti ada cawangan Umno di Perak yang tidak melaksanakan mesyuarat kerana tiada ahli atau tidak mendapat sambutan. Itu sebabnya buat sekaligus agar nampak ramai orang datang.

Yang 'budak-budak' Umno tu pulak, kalau ada perjumpaan atau mesyuarat jauh-jauh sikit, gembira sakan ler. Maklum ler, bos panggil. Ada yang dapat claim duit, ada yang dapat makan nasi bungkus, ada yang dapat duit poket. Yang penting, mungkin dapat naik bas free sebab dikerahkan datang ke Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Kalau buat kat kampung sendiri, ala-ala kadar je la. Silap-silap takdak orang nak datang sebab ahli ada dua tiga orang saje. Nak bubar malu.

Tapi Zambry semalam tidak memahami isi hati Pemuda PAS yang ingin membongkar tentang sambutan perasmian mesyuarat cawangan Umno seluruh Perak.

Sepatutnya Zambry malu muka dengan pembongkaran sambutan dingin itu. Macamana nak malu muka, jawatan pun depa rampas. Dasar lanun, mana ada malu muka.

"Saya amat gembira dengan kesibukan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang banyak mengetahui tentang UMNO dan membuat analisis tentang kehadiran ahli parti semasa perasmian serentak UMNO Cawangan seluruh negeri di Stadium Indera Mulia minggu lalu," ulas Zambry.

Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pemuda PAS Perak termasuk dakwaan bahawa UMNO Perak kini lemah dan tenat apabila perasmian serentak mesyuarat UMNO Cawangan tidak mendapat sambutan.

Read more ...

Halalan Toyyiba

LENGGONG, 13 Mei : Program Halalan Toyyiba anjuran Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Kawasan Lenggong bertempat di Markaz PAS Banggol Belimbing baru-baru ini banyak memberi manfaat kepada hadirin.

Program itu benar-benar menginsafkan apabila didedahkan penceramahnya mengenai penggunaan barangan, terutama makanan haram dan syubhah oleh umat Islam, khususnya di negara kita.

Kebanyakan barangan, terutama makanan adalah produk keluaran Israel, di mana bukan setakat tujuan untuk kumpul dana untuk bunuh umat Islam Palestin, tetapi juga bertujuan untuk melemahkan pemikiran umat Islam seluruh dunia.

Justru bagi membangkitkan keinsafan hadirin, Penceramah yang juga salah seorang Pengarah HPA, Saudara Mohd Kamal Busu, memulakan ceramah dengan menayangkan slide mengenai rentetan keganasan tentera Zionis Yahudi terhadap umat Islam Palestin.

Turut ditayangkan bagaimana proses mengeluarkan produk oleh sebuah syarikat luar negara, termasuk lembu hidup-hidup dimasukkan ke dalam mesin pemprosesan.







Mohd Kamal berkata, kita lihat kekejaman Israel terhadap umat Islam, kita mungkin tak rasa apa-apa atau mungkin setakat berkata; kita boikot barangan keluaran Zionis Yahudi itu.

"Kita kata kita nak boikot, tetapi sejauh mana sedangkan kita tidak ada produk-produk sendiri sebagai alternatif untuk seluruh umat Islam khususnya.

"Oleh itu kami dari HPA mengeluarkan banyak produk, terutama makanan yang berkonsepkan Halalan Toyyiba atau halal lagi baik untuk umat Islam," katanya.

Program dimulai selepas solat Maghrib berjamaah itu turut dihadiri Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Haji Zakaria dan Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Lenggong, Saudara Mohd Hatta Abdul Aziz.

Mohd Kamal berkata, di Malaysia pengguna terbesar adalah umat Islam, manakala 85 peratus produk, terutama produk makanan dikeluarkan oleh bukan Islam.

Katanya, umat Islam perlu sangat-sangat peka mengenai persoalan penting ini kerana makanan memberi kesan kepada pembentukan akhlak dan penerimaan doa oleh Allah SWT.

Anak akan berminda cerdas apabila setiap hari diberi makan dengan makanan yang halal lagi baik, sebaliknya anak-anak akan menderhakai ibu bapa sekiranya makan makanan yang tidak halal.

Beliau seterusnya mengingatkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka nerakalah yang lebih utama baginya.

Read more ...

35 penduduk miskin terima sumbangan

Imej042.jpg picture by paspb
PARIT BUNTAR , 13 Mei : Seramai 35 penduduk miskin yang terdiri daripada ibu tunggal dan warga emas telah menerima sumbangan infaq wajib dalam satu majlis di PASTI Parit Abas, Kuala Kurau.

Bendahari Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata, sumbangan infaq wajib ini lahir dari sifat keprihatinan dan kepekaan bertujuan meringankan beban golongan yang miskin.

“ PAS Parit Buntar diberi kepercayaan untuk mengagihkan infaq wajib ini kepada golongan miskin di kawasan ini.

“ Usaha murni individu yang memberi infaq ini amat dialu-alukan kerana PAS sentiasa mengutamakan kebajikan masyarakat yang memerlukan” katanya

Bahrain berkata, sebanyak RM 200.00 diberikan kepada setiap penerima untuk menampung keperluan bagi meringankan beban seharian

“ Penerima yang dipilih dari beberapa cawangan PAS dalam DUN Kuala Kurau. Mereka paling layak menerima sumbangan ini.

“ Saya berharap agar sumbangan ini dapat diteruskan demi kebaikan masyarakat dan penduduk di kawasan ini. PAS Parit Buntar akan terus mengambil langkah proaktif dalam membantu masyarakat setempat” katanya

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan berkenaan ialah AJK PAS Parit Buntar Ibrahim Haji Dahalan, Timbalan Ketua Muslimat PAS Parit Buntar Ustazah Azizah Haji Awang dan Ketua Penerangan Kuala Kurau Muslimat PAS Parit Buntar Norijan Omar

Read more ...

PAS beri amaran : Jangan main-main dengan peristiwa 13 Mei












KUALA LUMPUR, 13 Mei : PAS memberi amaran kepada semua pihak termasuk Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) supaya jangan sesekali “bergurau” berhubung tarikh 13 Mei kerana peristiwa berdarah itu sangat sensitif.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata tindakan memilih tarikh 13 Mei untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah 13 Mei itu adalah satu sentimen perkauman yang sempit.

“Hari ini Gertak memberitahu bahawa tarikh 13 Mei dipilih kerana hanya ketika itu bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai masa lapang untuk hadir.

“Alasan tersebut tidak boleh diterima dan saya rasa rakyat Malaysia juga mempunyai pendapat sama,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Perhimpunan “Melayu Bangkit” anjuran Gertak, yang dijadual berlangsung hari ini ditangguhkan, dipercayai ekoran tekanan daripada pelbagai pihak khususnya PAS.

Pihak penganjur berkata ia ditangguhkan selepas mendapat arahan Institut Integriti Terengganu (IIT) kerana melibatkan isu keselamatan negara.

Pengerusi Gertak, Razali Idris berkata IIT telah menasihatkan supaya perhimpunan tersebut ditangguhkan.

“Saya mendapat arahan tersebut kira-kira pukul 2 petang tadi yang meminta supaya perhimpunan ini ditangguhkan atas sebab keselamatan negara.

“Jadi kita terpaksa akur dengan arahan tersebut dan pada masa sama menghindari daripada fitnah yang dilemparkan sebelum ini,” katanya.

Salahuddin berkata PAS tidak menghalang untuk mengadakan perbincangan yang memberi sumbangan kepada orang Melayu bukan perhimpunan untuk membangkitkan semangat dan kesedaran tentang peristiwa 13 Mei.

“Kita tidak halang sebarang program yang boleh menganjak pemikiran orang Melayu melalui pentas-pentas ilmu dan motivasi yang boleh memberi impak kepada mereka.

“Selain itu, perbincangan yang diadakan perlu mempunyai intipati yang boleh menyumbang kepada masa depan negara, orang Melayu dan bangsa lain.

“Tetapi jika program ini mengenai perbincangan untuk membangkitkan semangat 13 Mei itu yang kita tentang kerana ia boleh beri kesan buruk kepada perpaduan selain bertentangan dengan semangat keharmonian negara,” katanya.

Kira-kira 10,000 orang termasuk anggota 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dijangka bakal menyertai program “Melayu Bangkit” untuk membincangkan beberapa isu termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan perancangan ke arah penyatuan orang Melayu secara khusus.

“Tindakan Gertak yang membuat perhimpunan untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah 13 Mei adalah tidak relevan dengan semangat yang diamalkan sekarang.

“Kita sudah berada di abad ke-21, itu bukan pemikiran orang sekarang yang sepatutnya lebih bijak berfikir,” kata Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau mengadakan sidang media membantah penganjuran program itu di ibu negara kelmarin.
Dewan Pemuda PAS Terengganu membuat laporan polis semalam berhubung penganjuran program itu.

Dalam pada itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata keputusan Gertak semalam untuk menangguhkan pertemuan hari ini adalah satu berita baik.

“Kesemua rakyat Malaysia harus sensitif dengan perasaan orang lain.

“Kita mesti sensitif dengan perkara-perkara tertentu... yang mengingatkan kita tentang pengalaman pahit masa lalu, peristiwa hitam 13 Mei,” kata beliau ketika dihubungi.

Kata beliau, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan boleh mengadakan pertemuan mereka.
“Kami tiada masalah dengan itu. Kami hanya bimbang dengan program yang berkaitan dengan peristiwa 13 Mei,” katanya.

Setiausaha Agung MIC S. Murugessan memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya gembira dengan keputusan menangguhkan pertemuan itu.

“Kami masih mengutuk program itu kerana perkara perbincangan masih sama. Jika mereka mahu bercakap mengenai isu 13 Mei dan mahu mendidik orang ramai, mereka seharusnya bercakap mengenai perpaduan bersama kesemua kaum,” katanya.

“Bagaimanapun buat masa sekarang, kami akan menunggu dan melihat konteks perancangan mereka untuk meneruskan pertemuan itu,” katanya.

Read more ...

PAS berjaya tangguhkan program ' Malayu Bangkit '

KUALA TERENGGANU, 12 Mei: Dua hari selepas didedahkan oleh PAS, Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) menangguhkan program anjuran mereka "Melayu Bangkit" yang dijadualkan berjalan pada 13 Mei esok di Stadium Tertutup Kuala Terengganu.

Pengumuman pembatalan program ini dibuat oleh Pengerusi Institut Intergriti Malaysia (IIM) cawangan Terengganu yang menjadi penganjur bersama program ini.

Baner yang dinaikkan untuk program itu juga telah diturunkan sejak pagi tadi. Ia telah digantikan dengan banner lain. (gambar)

Ekoran itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyambut baik keputusan ini dan memberikan peringatan agar program sebegini jangan lagi diulangi.

Bagi Mustafa, motif penganjuran program sempena meraikan ulang tahun ke-41 peristiwa berdarah 13 Mei, 1969 merupakan isyarat yang salah bagi rakyat.

"Penangguhan program bermotif perkauman itu terbukti membawa isyarat (yang) salah pada rakyat Malaysia, baik orang-orang Melayu sendiri atau Cina, India dan sebagainya," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Dengan penangguhan program itu, menurut beliau, sepatutnya memberi pengajaran sendiri kepada Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) Razali Idris serta mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti tersebut.

Dalam pada itu, beliau, mewakili PAS Pusat turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Institut Integriti Nasional (IIM), Datuk Dr. Mohd Tab Sallleh kerana berani menyuarakan rasa kesal dan sedih atas niat penganjuran program tersebut yang membabitkan IIM Terengganu.

Beliau juga mengajak rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu supaya menolak politik perkauman sempit yang dicetuskan oleh mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau parti-parti tertentu di tanah air.Banner-banner yang dinaikkan untuk program juga telah diturunkan dan digantikan dengan banner lain.

Pada 11 Mei, PAS melalui Naib Presidennya, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah mengadakan sidang media khas bagi membantah cadangan perhimpunan yang sangat sensitif ini.

Ekoran tu, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek turut mengadakan sidang media membantah program ini dan mendesak rakan-rakannya dalam BN agar jangan terlibat dengan program ini.

MIC melalui Setiausaha Agungnya juga membantah program yang akan disertai Tun Dr Mahathir Mohamad ini.

Ekoran itu, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid menyelar PAS kerana cuba mengaitkan Gertak dengan Umno.

Pengerusi Gertak, Razali Idris adalah Naib Ketua Umno Bahagian Marang. Dalam pilihan raya umum lalu, beliau telah bertanding atas tiket BN melawan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dun Rhu Rendang.

Di Kuala Lumpur, Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh melahirkan rasa sedih dan kesal sekiranya IIM Terengganu terlibat dengan program perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ di Kuala Terengganu.

Ini kerana, IIM Cawangan Terengganu adalah penganjur bersama program ini di samping Gertak.

"Kalau betul program ini akan diadakan dan IIM terlibat, kami sedihlah," katanya selepas menerima memorandum bantahan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berhubung penglibatan IIM Terengganu dengan program itu di pejabatnya di Menara Integriti Jalan Duta, di sini, pagi ini.

Memorandum itu diserahkan oleh Setiausaha DPPP, Kamaruzaman Mohamad.

Read more ...

Rakyat mangsa ketagihan judi


KUALA LUMPUR, 13 Mei : Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan tindakan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya sebagai satu perbuatan zalim ke atas rakyat.

"Kerajaan Najib hakikatnya menzalimi dan memangsakan rakyat dengan ketagihan judi. Setelah diberi lesen oleh kerajaan Malaysia, lebih ramai yang akan jadi kaki judi dan lebih ramai yang akan ketagih berjudi.

"Mula-mula memanglah kaki-kaki judi akan berjudi dalam perjudian yang berkaitan dengan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010, tetapi mereka akhirnya akan ketagih dan selepas itu akan beralih kepada judi yang tidak diberi lesen pula, mungkin yang berkaitan dengan Piala Malaysia atau apa sahaja sukan asalkan boleh berjudi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

Malah, katanya, kemajuan sukan di Malaysia akan terancam jika kaki-kaki judi, sama ada yang berlesen atau tidak, berjaya mempengaruhi keputusan permainan.

"Bayangkan jika kaki-kaki judi berjaya mempengaruhi keputusan Piala Malaysia dan liga-liga yang berkaitan dengannya, akan hancurlah kemajuan bola sepak negara ini.

"Akhirnya ranking bola sepak merudum teruk, ranking Malaysia sebagai syurga judi pula yang akan naik," kata Mahfuz.

Kesan dari tindakan kerajaan Umno BN memberi lesen judi itu bukan setakat mengancam kemajuan sukan di negara ini, malah lebih buruk lagi akan mengancam keharmonian institusi keluarga, memiskinkan lagi lebih ramai rakyat ketika Kumpulan Berjaya yang merupakan kroni Umno BN meraih keuntungan malah akhirnya akan menjadi ancaman sosial yang sangat mengerikan.

"Sebab itulah kita tegaskan bahawa tindakan kerajaan memberi lesen judi semasa Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya itu adalah perbuatan zalim yang sangat kejam terhadap rakyat dan keharmonian sosial dalam negara ini," katanya.

Dalam nada sini, katanya Kumpulan Berjaya mungkin akan memohon logo halal pula daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Menteri Kewangan kelmarin secara rasminya memberi lesen judi tersebut kepada Kumpulan Berjaya yang sekaligus bermakna kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) telah menghalalkan aktiviti yang haram di sisi agama dan mengancam keharmonian sosial itu.

"Apabila kerajaan Umno BN telah menghalalkan aktiviti yang haram itu, agaknya Kumpulan Berjaya akan memohon logo halal pula dari Jamil Khir atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang berada di bawah bidang kuasanya," katanya sinis.

Read more ...

Saiful berbohong bukti konspirasi peringkat tertinggi
























SHAH ALAM 12 Mei : Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menggugurkan pertuduhan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan berniat jahat dan bersifat fitnah yang dihadapi beliau.

Shamsul berkata sepanjang perbicaraan soalbalas Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi, jelas terdapat percanggahan keterangan yang diberikan oleh saksi utama tersebut yang juga pengadu dalam kes itu.

"Pertuduhan ini sangat jelas di mana pengadu dalam kes ini tidak boleh mengelirukan mahkamah dengan membuat keterangan yang bercanggah.

"Ini kerana dalam laporan polis diketahui Saiful mengadu diliwat secara suka sama suka tetapi keterangan kemudiannya menjurus kepada dipaksa atau tanpa kerelaan. Jadi keterangan ini ternyata bercanggah," tegas beliau kepada Suara Keadilan.

Menurut Shamsul, Peguam Negara mempunyai kuasa untuk menarik balik pertuduhan ke atas Anwar berdasarkan keterangan yang jelas bercanggah sekiranya beliau berpandu kepada prinsip undang-undang.

"Kuasa yang ada pada pihak Peguam Negara, pendakwaraya dan hakim tidak boleh digunakan sesuka hati. Pra syarat asas bagi perbicaraan yang adil ialah hakim yang adil, peguam dan pendakwaraya yang adil.

"Ini membuktikan kes ini adalah satu fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi. Ini kita melihat pendekatan pendakwaan yang berbeza diambil dalam kes melibatkan Anwar.

Tambah beliau, keterangan Saiful bahawa beliau bertemu dengan pegawai penyiasat ACP Mohd Rodwan Yusof, berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bertemu Senator Ezam Mohd Nor serta menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengukuhkan bukti wujudnya konspirasi peringkat tertinggi dalam kes itu.

Ini kerana hampir kesemua mereka terlibat dalam pendakwaan dan konspirasi pertama terhadap Anwar pada 1999.

"Kesemua mereka ini mendapat habuan politik, dinaikkan pangkat termasuk Ezam dilantik sebagai Senator yang jelas membuktikan kes ini merupakan satu konspirasi tertinggi dalam politik negara bagi menamatkan karier politik Anwar.," kata Shamsul lagi.

"Kuasa yang ada kepada Peguam Negara bukan mutlak, ia adalah kuasa yang perlu dipandu undang-undang. Justeru kita mendesak Peguam Negara menarik balik pendakwaan berlandaskan undang-undang," kata Shamsul lagi.

Jelas beliau lagi, Anwar bukan sahaja dinafikan hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil termasuk mendapatkan senarai saksi daripada pendakwaraya, malah dinafikan mendapat hak sewajarnya mengikut perundangan syariah apabila memfailkan pertuduhan qazaf terhadap Saiful.

"Sekiranya Datuk Seri Anwar dibenarkan untuk melalui proses di mahkamah syariah sudah pasti kes ini dibuang dan Anwar mendapat keadilan tetapi kes qazaf tersebut juga dinafikan terhadapa beliau," kata beliau.

Shamsul menggesa rakyat dan semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menzahirkan sikap mereka terhadap apa yang berlaku di mahkamah hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam, Karpal Singh untuk mendapatkan kenyataan beramaran daripada Saiful yang diberikannya kepada pihak polis yang menjurus kepada aduan beliau diliwat secara paksa.

Pihak peguam bertegas bahawa Saiful dalam kenyataannya kepada polis menyatakan kejadian liwat yang didakwa itu berlaku tanpa kerelaannya manakala pihak pendakwaan pula menuduh Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan hubungan seksual secara sukarela.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya, Mohd Zabidin memutuskan walaupun terdapat perbezaan antara keterangan Saiful dengan pertuduhan yang dihadapi Anwar, ia tidak boleh dijadikan asas bagi membolehkan kenyataan Saiful yang diberikan kepada polis, diserahkan kepada peguambela berdasarkan Seksyen 145 Akta Keterangan atau prosiding mencabar kesahihan di bawah Seksyen 155.

Read more ...

Isu negara Islam tak laku























SIBU, 12 Mei : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad berkata cubaan SUPP untuk menakut-nakutkan pengundi Sibu dengan mengunakan isu negara Islam tidak akan berkesan kerana rakyat di sini sudah memahami dan menolak dakyah yang disebarkan oleh Barisan Nasional.

Dzulkefly berkata isu ini tidak lagi relevan dalam konteks muafakat politik yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

"Kalau nak tahu apa yang diperjuangkan oleh PAS, boleh rujuk kepada kesepakatan prinsip dan dasar yang ditandatangani oleh ketiga-tigas pemimpin tertinggi PAS, KEADILAN dan DAP.

"Apa yang diminta oleh SUPP untuk PAS menukar perlembagaan parti adalah tidak munasabah dan logik kerana setiap parti ada idealogi masing-masing.

"Tetapi apabila kita bermuafakat dalam Pakatan Rakyat kita berpegang kepada dasar yang kita sama-sama sepakati dan bukan menekan idealogi masing-masing dan ini tidak termasuk isu negara Islam," jelas Dzukefly kepada Suara Keadilan.

Beliau berkata isu negara Islam pernah menyebabkan kekalahan tokoh DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh kalah pada pilihan raya umum 1999 tetapi sesudah itu isu tersebut telah ditolak oleh pengundi di Semenanjung melalui propaganda 'satu undi untuk PAS, satu undi untuk negara Islam'.

"Saya bersetuju dengan Kit Siang bahawa kita perlu berdepan dengan isu ini dan jangan gentar.

"SUPP tahu muslihat mereka mungkin terdedah kalau isu didebatkan dan akhirnya rakyat Sibu akan faham mengenai isu negara Islam. SUPP berharap isu ini memberi pulangan politik kepada mereka.

"Kita mesti lajakkkan isu ini dan gempur BN habis-habisan supaya kita dapat runtuhkan penipuan dan temberang. Mereka tidak boleh tipu rakyat Sibu kerana rakyat lebih celik dari dulu," kata beliau lagi.

Read more ...

Umno nak balas dendam


ALOR SETAR, 12 Mei : PAS Alor Star mendakwa tindakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menerima permohonan kemasukan 61 ahli PAS kelmarin, adalah satu tindakan "balas dendam politik" terhadap parti itu.

Ketua penerangan PAS kawasan berkenaan, Zulkifli Yahaya mendakwa, tindakan Ahmad Bashah itu ekoran sejumlah ahli Umno di dua kawasan di Alor Star - DUN Alor Mengkudu dan Taman Wira Mergong dalam DUN Bakar Bata - menyertai PAS pada bulan Mac dan April lalu.

"Beliau buat sebab nak balas dendam kerana kita ambil orang dia, dia (pula) ambil orang kita," kata Zulkifli ketika dihubungi
Malaysiakini petang ini.

Ahmad Bashah juga merupakan ketua Umno bahagian Alor Star dan ADUN Bakar Bata.

Kelmarin, dilaporkan
seramai 61 ahli PAS kawasan Alor Star bertindak keluar parti dan memohon menyertai Umno selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

Kumpulan tersebut diketuai timbalan ketua PAS cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62.

Mengulas lanjut, Zulkifli mengesahkan Abu Bakar merupakan ahli biasa PAS dari cawangan PAS Alor Penyengat dan bukan cawangan Akar Penyengat seperti yang dilaporkan.

Katanya, memang tidak terdapat tempat yang berdama Akar Penyengat di Kedah.

"Baki 60 orang lagi, adalah ahli baru yang memasuki Umno dan bukannya ahli PAS. Mereka bukan merujuk kepada ahli PAS," katanya.

Zulkifli berkata, 120 ahli Umno menyertai PAS pada Mac dan April lalu - masing-masing 65 dari Taman Wira Mergong dan 55 lagi dari DUN Alor Mengkudu.

Menurutnya, PAS Alor Star setakat ini mempunyai 50 cawangan - bertambah lapan cawangan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

-malaysiakini-

Read more ...

Manikavasagam serah dokumen, puas hati dengan tindakan MB


SHAH ALAM, 12 Mei : Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam hari ini menyerahkan beberapa dokumen yang mengandungi bukti dakwaan rasuah kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sendirian Berhad.

Beliau berpuas hati apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang memberi jaminan kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan itu.

Turut sama dalam perjumpaan ini ialah Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Dalam perjumpaan tadi, Menteri Besar suruh saya segera buat laporan polis selepas tengok dokumen dan senarai nama yang terlibat dengan dakwaan rasuah ini.
"Beliau suruh saya buat laporan polis. Biar polis siasat. Dan beliau sendiri akan tubuhkan sebuah badan untuk sisasat kes ini.

"Semua fail- fail, saya sudah beri pada Menteri Besar. Menteri Besar bagi pada Setiausaha Politiknya,Nik Nazmi Nik Ahmad. Banyak lagi dokumen yang saya akan bagi pada Menteri Besar," katanya.
-tvselangor-

Read more ...

Perasmian serentak Umno cawangan : Zahid hina Zambry


IPOH, 12 Mei : Kenyataan media

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan pendedahan beberapa Umno Cawangan yang menghadiri perasmian serentak Umno Cawangan di seluruh Negeri Perak pada 8 Mei yang lalu oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno cukup menghina semua Ketua Cawangan Umno serta Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak berkaitan habuan wang ringgit kepada ketua-ketua cawangan yang disebut di dalam ucapannya.

Pertamanya, memang terbukti bahawa Umno hanya boleh terus hidup jika mereka mempunyai wang dan juga kuasa. Keduanya, inilah mentaliti kepimpinan tertinggi Umno yang hanya memperkatakan habuan di dalam memegang jawatan mereka. Ketiganya, satu penghinaan terhadap Datuk Seri Dr Zambry dan Umno Perak tanpa selindung lagi. Perkara ini membuktikan bahawa Umno Perak kini di dalam krisis yang besar terhadap kepimpinan mereka.

Walaupun seluruh rakyat sedar akan ketidakmampuan Datuk Seri Zambry memimpin pentadbiran kerajaan negeri sekarang ini, tokoh seperti Datuk Seri Zahid sudah mula menunjukkan belangnya untuk kembali ke Negeri Perak semula. Walaupun krisis ini berada di dalam Umno sudah pasti seluruh rakyat Negeri Perak akan merasa tempiasnya dengan perebutan kuasa mereka. Krisis kepimpinan Umno di Negeri Perak bukan lagi rahsia kerana usaha untuk menjatuhkan antara mereka sudah jelas kelihatan sekarang ini.

Apa yang rakyat ingin tahu, adakah apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Zahid adalah benar-benar berlaku? DPPN Pk mendesak agar Datuk Seri Zambry membuat penafian segera terhadap isu ini dan DPPN Pk meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak membuat siasatan berkaitan perkara tersebut demi kepentingan wang rakyat.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Read more ...

Jelaskan pindaan akta pekerja


PARIT BUNTAR, 12 Mei : Pengerusi Lujnah Pekerja PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa meminta Kementerian Sumber Manusia menjelaskan ura-ura pindaan beberapa akta berkaitan pekerja yang bakal menafikan kebajikan pekerja di negara ini.

Bahrain yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, beberapa orang pekerja kilang telah datang ke pejabat parlimen bertanyakan hal berkenaan dan meminta Ahli Parlimen Parit Buntar membangkitkan isu tersebut dalam Parlimen.

“ Isu pindaan akta pekerja ini sudah mula heboh di tempat kerja mereka. Mereka datang mendapatkan kepastian dan memohon pembelaan.

“ Antaranya, pindaan ini menafikan hak pekerjaan menerima pampasan sekiranya diberhentikan oleh majikan” katanya

Beliau berkata pindaan baru ini juga akan menyebabkan cuti hujung minggu boleh dipinda mengikut kepentingan majikan.

"Pekerja boleh diminta bekerja pada hari Ahad seperti biasa dan mengambil cuti di hari lain, sekaligus menafikan masa rehat pekerja bersama keluarga mereka.

“ melalui pindaan ini, majikan boleh mengerah pekerja wanita bekerja pada malam hari dan waktu bekerja untuk golongan wanita dibolehkan dari 10 malam ke 5 pagi” katanya

Bahrain meminta Menteri Sumber Manusia memberi penjelasan segera kepada pekerja di Malaysia.

“ Kerajaan perlu beri penjelasan jika ada cadangan meminda akta pekerja. Jangan sembunyikan perkara sebenar daripada pengetahuan pekerja.

“ Amat malang bagi golongan pekerja di Malaysia jika pindaan ini benar-benar berlaku. Akta pekerja sepatutnya digunakan untuk mempertahankan hak pekerja bukan menafikan hak mereka” katanya

Read more ...

Kuasa masjid - Orang politik berkuasa ?


IPOH, 12 Mei ; Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup bimbang dengan suasana terhadap dua institusi penting yang termaktub di dalam Rukun Negara yang cuba dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu yang masih merasakan mereka di pihak kebenaran walaupun mereka sebenarnya sudah di hukum oleh rakyat terhadap kesalahan yang mereka lakukan selama ini.

Kuasa Masjid dan Sultan telah di letakkan di dalam Perlembagaan Negara yang semua rakyat bersetuju dan patuh akan ketetapan tersebut. Tetapi di Negeri Perak perkara ini tidak timbul kerana semuanya telah dipolitikkan tanpa rasa segan silu lagi. Dimulakan dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid di Perak sudah lama dipolitikkan, malah Umno Perak sudah ‘dibenarkan’ menggunakan Institusi Masjid tanpa merasa bersalah.

Malah DPPN Pk amat bimbang dengan suasana tidak demokratik ini dan suasana ini akan merosakkan peranan sebenar Masjid sepertimana yang di tuntut oleh Agama Islam. Kuasa Sultan juga cuba dinafikan sehingga kini kerana isu perlantikan AJK Masjid di Perak masih belum selesai. Umno terus menggunakan kuasanya bagi menentukan rakyat di peringkat akar umbi yang menjadikan Masjid sebagai usaha bagi memastikan semua Umat Islam bersatu selama ini terus dilacur.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Read more ...

'Billboard' sudah tiada, program perkauman tetap berjalan

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita25/billboard.jpg






















KUALA TERENGGANU , 12 Mei : ‘Billboard’ Melayu Bangkit yang mengiklankan program ‘rasis dan menghasut’ anjuran NGO-Umno lenyap dari pandangn sejak pagi ini.

Kehilangan billboard pada saat akhir menjelang progtam yang dijadualkan esok menjadi misteri, kerana menurut seorang saksi, billboard tersebut masih ada, semalam.

Ketua Polis negeri Terengganu ketika dihubungi pihak media menafikan mengeluarkan apa-apa arahan kepada mana-mana pihak supaya menurunkan billboard tersebut.

Bagaimana pun Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, sehingga kini, program ‘Melayu Bangkit’ itu tetap diadakan, walaupun Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah membuat satu laporan meminta polis menyiasat program itu yang didakwa melanggar akta hasutan.

Sebaliknya, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat Terengganu (GERTAK) yang menjadi penganjur bersama program mengenang kembali peristiwa 13 Mei, Razali Idris berkata pihak polis yang mengarahkan beliau menurunkan billboard itu.

Katanya, pihak polis telah memanggil beliau semalam, dan memointa beliau menurunkan billboard tersebut.

Justeru, dua kenyataan yang bertentangan tentang kehilangan billboard tersebut turut mejadi misteri, samada pihak polis atau Razali yang berbohong.

Sementara itu, Buletinonline dimaklumkan, semua soalan-soalan yang akan diajukan kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir adalah ‘soalan-soalan bocor’.

Ia adalah kerana, pihak penganjur menolak semua soalan yang akan diajukan sekiranya dihantar lewat, selepas jam 3 petang hari ini, 12 Mei.

Selain mendapat bantahan dari parti-parti dalm Pakatan Rakyat, program rasis lagi menghasut ‘Melayu Bangkit’ telah dibantah oleh sekutu Barisan Nasional MCA.

Presidennya, Chua Soi Lek telah mengarahkan ahli-ahli MCA menjauhi dan memboikot program tersebut yang disifatkan beliau sebagai mengenang kesusahan, kesengsaraan dan kesedihan peristiwa 13 Mei, 1969, yang begitu menyayat hati.

Read more ...

PAS tumpu felda


MARAN , 12 Mei : PAS Pahang yang membawa dasar Islam akan memberi perhatian yang serius terhadap kebajikan rakyat negeri ini terutamanya golongan muda termasuk generasi kedua Felda yang dianaktirikan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, generasi kedua Felda terkenal sebagai golongan belia yang tidak mempunyai rumah sendiri malah tidak diberi peluang untuk memiliki rumah sendiri oleh pihak kerajaan.

“Golongan ini sukar untuk mendapatkan pinjaman perumahan kerana tidak mempunyai jaminan kewangan untuk menyokong permohonan pinjaman tersebut.

“Oleh itu, jika rakyat Pahang memberi mandat kepada PAS Pahang dan pusat mentadbir negeri dan pusat, tumpuan akan diberikan kepada rakyat yang sangat memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya,” katanya.

Nasruddin berkata, jika PAS mentadbir negeri ini, pusat pentadbiran negeri akan dipindahkan ke Temerloh memandangkan Temerloh adalah bandar kedua terbesar selepas Kuantan.

Menurutnya, dengan perpindahan pusat pentadbiran itu, ia akan menyeragamkan pembangunan di Pahang tanpa terlalu memberi tumpuan pembangunan kepada Bandar Kuantan sahaja.

“Insya-Allah, dengan usaha yang tidak pernah pudar dalam diri pejuang-pejuang pas serta sokongan daripada ahli dan rakyat Pahang, PAS akan menguasai Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) akan datang,” katanya.

Read more ...