Tuesday, October 9, 2012

KEDUTAAN MALAYSIA DITUTUP!!! Sambut Rosmah, adakah dia lebih mulai dari Permaisuri Agong?


DOHA, Qatar: Kedutaan Malaysia di Doha ditutup kepada orang ramai selama tiga hari, Isnin hingga Rabu, ekoran lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negara itu.


Makluman penutupan itu dibuat melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat kedutaan itu menerusi Persatuan Malaysia Qatar (MAQ).

Menurut sumber Harakahdaily di Doha, inilah pertama kali maklumat pejabat kedutaan ditutup dibuat demi untuk melayan tetamu negara.


Sebelum ini, Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong pernah melawat Qatar namun tidak ada pengumuman seumpama itu dibuat.


Menurut Bernama, Rosmah Mansor mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Qatar, Sheikha Noor di Al-Wajba Palace, kediaman rasmi Perdana Menteri Qatar di sini 8 Oktober.


Pertemuan Rosmah dan Sheikha Noor yang berlangsung kira-kira 15 minit dan diikuti jamuan tengah hari itu turut disertai lapan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta isteri Duta Malaysia ke Qatar, Abariah Jazri.


Rosmah tiba di sini petang Ahad bagi menghadiri Forum Pelabur Asia 2012 (IIF).


Terdapat 4,600 rakyat Malaysia di Qatar yang terdiri daripada golongan profesional, usahawan dan pekerja serta keluarga mereka.


Ekoran pengumuman itu, mereka sangat terkejut kerana tidak ada pengumuman penutup kedutaan dibuat walaupun ketika Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agung melawat negara itu.


Penutupan ini bagi mereka sangat menyusahkan dan yang melecehkan mereka adalah ia ditutup kerana lawatan isteri Perdana Menteri sahaja.


"Kalau ditutup kerana nak layan Yang Dipertuan Agung ke, PM ke, kita fahamlah. Tetapi tutup kerana isteri PM, lecehlah," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

Read more ...

BONGKAR!!! 3.1 juta warga asing dalam Daftar Pemilih di Malaysia


RCI SABAH TERCEMAR DAN UTOPIA?



BUKTI.....Mutalib (kanan) mengabadikan kenangan bersama salah seorang peminatnya, Mr Lai yang datang daripada Semenanjung Malaysia untuk membeli buku 'IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir (?) yang berharga RM1,500 sebuah.

Oleh : MOHD HALIM AHMAD

PENUBUHAN Suruhanjaya Siasatan DiRaja (Sabah) untuk menyiasat isu kebanjiran rakyat asing dan kerakyatan songsang telah dicemari sikap pemimpin Sabah yang tidak mempunyai semangat nasionalisme dan hanya utopia (tidak mungkin wujud di alam nyata).

Penulis Kontroversi, Mutalib M.D berkata demikian ketika mendedahkan penemuan terbarunya di Forum Perdana RCI Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu baru-baru ini.

"Apa ertinya RCI jika pemimpin kita yang mencemarkannya melalui penglibatan terus mereka dalam isu kerakyatan songsang? Berhargakah RCI jika panel yang ditubuhkan atas perkenan DYMM Yang Di Pertuan Agung, bukannya atas Daulat Sultan Sulu, Datuk Akjan tidak mempunyai wibawa dan mudah diperlekehkan masyarakat?," tanya Mutalib secara sinis.

Mutalib kesal kerana Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ibu Pejabat UMNO gagal mengesan bahawa Adun Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho adalah PATI yang mendapat kerakyatan songsang, tetapi menjadi salah seorang penggubal undang-undang di Sabah.

"Malah kita kesal kerana PATI boleh menggunakan pengaruh Istana untuk hidup mewah dan mendapat suaka politik di Sabah. Kenapa polis dan imigresen tidakpun menyiasat kerakyatan 'Isteri' Adun Sekong, Pia Binti Dahlan yang menggunakan nama keluarga terdekat TYT (Tun Juhar) untuk mendapatkan MyKad, sekalipun beberapa laporan polis telah dibuat?" tanya Mutalib yang menunjukkan beberapa bukti penting.

Selain Pia, isteri Ahli Parlimen Silam, Hajjah Fatmah Abdul Aziz juga turut menggunakan dokumen palsu dan memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kedudukan dan suaka politik di Sabah.

"Jika PATI boleh menjadi TYT, Ketua Menteri (Sakaran), Adun (Muis) dan Ketua Jabatan serta isteri orang kenamaan, apa yang mampu RCI lakukan melainkan untuk memberikan pengiktirafan?," kata Mutalib yang menggesa agar rakyat Sabah membuka mata dengan memantapkan jati diri menolak PATI.

Mungkin tiba masanya, kata Mutalib, rakyat Sabah bangkit menyelesaikan isu ini secara glokal kerana tidak mampu diselesaikan Kerajaan Persekutuan yang langsung tidak mempunyai 'Political Will' setelah isu ini berakar umbi dan mendominasi UMNO sejak 1991.

"Warganegara songsang atau PATI yang mendapat kerakyatan melalui IC Projek bukan lagi rahsia seperti kewujudan Iblis dan Syaitan. Tidak perlu dibuktikan oleh Suruhanjajaya atau 'Ghost Buster' kerana hanyalah kerja sia-sia," tegas Mutalib lagi.

Mutalib menjelaskan, kuasa rakyat lebih ampuh kerana tidak ada bala tentera di dunia yang dapat menewaskan pemikiran rakyat yang cintakan negara melebihi daripada jiwa dan raga mereka.

Namun jika rakyat Sabah tidak mampu bangun melawan kezaliman melalui 'Pilihanraya' yang sudah dicemari pengundi hantu, maka salah satu jalan yang terbentang ialah memupuk semangat nasionalisme seperti sejarah Kuih Bulan di negara China.

"Minda rakyat harus menolak sebarang paksaan untuk menerima 'Warga Penyu' sebagai ahli dan pemimpin parti tanpa sebarang alasan dan menolak hadis atau dalil palsu untuk menghalalkan kerakyatan songsang," kata Mutalib yang telah mendedahkan banyak bukti yang beliau perolehi, termasuk penglibatan pemimpin UMNO dan pegawai kanan kerajaan.

Kata Mutalib, tidak ada yang dapat membantu rakyat Sabah menyelesaikan isu yang menjadi ibu segala masalah kerana semua pihak mempunyai kepentingan politik dan penubuhan RCI hanyalah usaha murni untuk menjinakkan rakyat Sabah yang mula memberontak.

Panel RCI, kata Mutalib tidak perlu bersusah payah mengambil masa enam bulan, malah satu minggu sudah mencukupi untuk mendapatkan bukti kerana kerajaan telah menangkap lebih 15 Pegawai Pendaftaran dan 25 Orang awam pada 1996 yang terlibat dengan Sindiket IC Projek dan Skandal X Files Ops Gembleng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Panggil sahaja beberapa nama yang saya dedahkan dalam kesemua buku saya terutama IC Palsu, IC Projek dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir untuk memberi keterangan secara bersumpah, sama ada di Dewan Undangan Negeri atau di khalayak ramai seperti Inques atau Pendengaran Umum. Kenapa perlu dirahsiakan atau secara tertutup?" tanya Mutalib lagi.

Tegas Mutalib, najis manusia walau dibungkus dengan tupperware atau dipanggil dengan nama Christian Dior, tetap juga najis dan berbau busuk, apatah lagi kegiatan subversif memberi kerakyatan kepada warga asing; merupakan pengkhianatan kelas tertinggi di dunia.

"Kenapa melunakkan dosa pemimpin lalu dan memaksa Najib menanggungnya sedangkan salah seorang 'Pengkhianat(?)' iaitu Dr Mahathir masih bernyawa dan sudah mengaku kewujudannya melalui beberapa kenyataan di dalam blognya dan media?" tanya Mutalib yang menyifatkan rakyat Malaysia tidak berlaku adil kepada Najib yang telah bersetuju menubuhkan RCI; sedangkan Mahathir dan Pak Lah hanya mengunci bicara sebelum ini.

Berhubung 'Pengundi Untuk Disewa' yang wujud dalam Sistem Pilihanraya di Malaysia, kata Mutalib akan menjadi lebih mudah untuk dibersihkan jika rakyat dan parti politik mendesak pendaftaran semula pemilih berdasarkan beberapa mekanisme untuk memastikan tidak ada PATI atau Warga Penyu yang mengambil kesempatan mendaftar atau didaftarkan sebagai pemilih.

"Jika kerajaan atau SPR tidak mahu mendaftar semula, maka mereka boleh menggunakan 'Hak Asasi' mereka untuk memboikot PRU-13 tanpa perlu mengadakan Demonstrasi Jalanan seperti Bersih atau Piket yang dibiayai negara atau NGO asing yang berniat untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat," kata Mutalib dengan nada tegas.

Mutalib yang menghabiskan banyak masanya menjalankan kajian dan mengumpul bukti kewujudan Pengundi Hantu atau Pengundi Untuk Disewa Di Malaysia memberi amaran bahawa gerakan memberikan kerakyatan songsang masih berjalan sekalipun dalam sekali kecil namun telah mencatatkan jumlah yang membimbangkan.

"Kini terdapat lebih 3.1 juta warga asing dalam Daftar Pemilih di Malaysia," dedah Mutalib yang mengejutkan peserta Forum namun memaklumkan bahawa data terbaru tersebut akan dimuatkan dalam buku terbarunya kelak.

Melalui segala bukti yang didedahkan dalam Power Point, rakyat Sabah sewajarnya bersatu hati dan menyokong perjuangan Mutalib yang tidak berhenti mendesak dan mencari formula bagi menyelesaikan isu kerakyatan songsang yang merantai Sabah selama ini.  

Sumber : sabahkini.net

Read more ...

MAT SABU DIPUKUL!!! Blogger UMNO pembohong besar, mai baca cerita sebenar

GEORGETOWN: "Macamana boleh timbul cerita Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di pukul ketika makan nasi Kandar di Lebuh Queen semalam pada hal beliau jadi tempat peniaga yang mengamuk mengadu suruh Abang Mat bercakap dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya jangan halau para peniaga kecil di Padang Kota."
(Antara blog Umno yang melaporkan Mohamad Sabu kononnnya dipukul. Gambar beliau bersama isteri ketika pembedahan lutut dahulu dijadikan gambar sokongan)

Demikian kata seorang pegawai peribadinya, Mohd Noor Ismail ekoran laporan beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul semalam.

Beliau ketika dihubungi menafikan berita karut tersebut dan menyifatkan ianya satu usaha menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini.

Memang benar ketika asyik menjamu selera di kedai nasi kandar semalam ada berlaku perselisihan faham antara dua peniaga (seorang lelaki dan perempuan) dengan empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikatakan baru sahaja selesai menjalankan tugas melarang peniaga di sepanjang jalan Padang Kota.

Bila berlaku pertengkaran sehingga meja di tendang, mereka bertiga iaitu Saudara Razak dan Ustaz Mod serta Mohamad Sabu cuba mendamaikan keadaan manakala rakan lain terus makan.

"Saya lihat penguatkuasa MPPP, dua beruniform dan dua lagi berpakaian biasa langsung tidak bertindak apa-apa sebaliknya mereka hanya mempertahankan bahawa mereka hanya menjalankan tugasan serta mengatakan memang di kawasan berkenaan di larang berniaga sama sekali sejak dulu lagi bukanya peraturan baru.

"Namun peniaga berkenaan terus sahaja tendang meja sehingga habis pingan dan cawan bertaburan, " ujarnya.

Setelah suasana agak tenang peniaga terbabit katanya, menghala pula ke arah Haji Mohamad seakan mahu menyerang tetapi yang sebaliknya berlaku apabila salah seorang peniaga (perempuan) mengenali Haji Mohamad dan memintanya supaya menyuarakan permintaan peniaga kepada Ketua Menteri supaya membenarkan mereka menjalankan aktiviti penjualan di situ untuk selama-lamanya.

Jelas Mohd Noor, mereka mendakwa, sikap yang diambil oleh MPPP dan Kerajaan Pakatan Rakyat menganak tirikan peniaga Melayu yang mencari rezeki di situ.

Selepas sahaja mendengar pandangan Haji Mohamad mereka pun bersurai.

"Blog pro Umno pembohong mencipta cerita yang tidak lojik. Yang hairannya di mana pula mereka dapat gambar kononnya suasana kedai berkecamuk dan malang lagi ada yang meletakan gambar isterinya, Kak Normah berada di sisi katil hospital untuk mengukuh dakwaan mereka. Apa pun cakap kirim salam pada semua blogger tersebut, " tegasnya dengan nada berseloroh.

Sebelum ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN) berkuasa.

Cuma di waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah mereka (peniaga) menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu lintas dan lebih mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk tempatan.

Tambahan lagi sikap mereka menjaja dengan kenderaan kecil menimbulkan runggutan daripada peniaga 'Medan Renung' yang berada berhampiran yang dikenakan sewa oleh MPPP.

Read more ...

TANDA UTUSAN NAK BANKRAP!!! Terpaksa minta maaf kerana banyak kalah saman, surat khabar pun tak laku

Pasal apa, tiba-tiba Utusan Malaysia minta maaf , mungkin kerana faktor kewangan kerana utusan telah banyak kali kalah dalam saman malu terutama kes Lawan Lim Guan Eng bukan sikit jumlah harus dibayar ratusan ribu.

Dalam kes saman YB Teresa Kok keatas utusan  terang-terang UM membuat fitnah jadi untuk mengelak dari kalah dalam kes saman ini tentunya denda ratusan ribu ringgit utusan terpaksa menarik kes ini dengan menyelesaikan dengan penyaman.


Kita tahu utusan terus merosot tiada keuntungan lagi semenjak akhir-akhir ini untuk mengelak dari bangkrap tentu lebih baik mohon maaf sahaja.......




KANTOI! Teresa Kok mangsa fitnah Utusan
Tak habis-habis dengan fitnah, memutar belit berita demi survival Umno.
 Itulah Utusan Malaysia yang kini popular dengan akhbar pecacai Umno tegar,
pemfitnah nombor satu setelah beberapa siri saman fitnah yang telah 

dimenangi ramai ikon politik terutamanya dibarisan Pakatan Rakyat.


Nampaknya, media penjilat Umno neh tak serik-serik buat hal dan tak kira
 masa dan siapa!

Buktinya, Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan
Utusan Malaysia terpaksa merafak sembah dan memohon maaf 

pada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim. Ini semua 

kerana fitnah dari akhbar penjilat Umno ni la yang disiarkan dalam

 artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ'. Artikel neh yang diterbitkan oleh
 edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno tuh pada 12 Oktober 2008.

Peguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang

 dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini berkata artikel itu telah diubah
oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa 

persetujuan Chamil. 
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim
 Abdul Hamid Sultan Backer manakala peguam Sankara Nair yang
mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP

 itu tidak menuntut sebarang bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai

 sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju
 untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.KedahKini


Read more ...

MAI BACA!!! Pengakuan Mahathir di mahkamah, kerana rakyat atau kerana mahu popular?


Dr M pertahan PKFZ, kata pengambilalihan secara paksa buat beliau tidak popular


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak bersetuju dengan pengambilalihan tanah secara paksa ke atas projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), walaupun beliau tahu cara itu dapat menyelamatkan wang kerajaan.October 08, 2012


Beliau berkata, amalan pengambilan secara paksa itu akan membuatkan dirinya menjadi ahli politik yang tidak popular, kata bekas perdana menteri itu ketika menjadi saksi kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang sedang dibicarakan kerana menipu Kabinet dalam pembelian tanah untuk projek PKFZ.

“Tidak, selalunya apabila kerajaan mahu mengambil alih tanah, nilainya diletakkan sangat rendah kerana pegawai kerajaan mahu membantu kerajaan untuk menjimatkan wang,” kata Dr Mahathir selepas menjawab soalan dari peguambela Wong Kian Kheong.

“Sebagai ahli politik yang bergantung kepada populariti, saya tidak menggemari untuk membeli tanah dengan nilai yang diberikan oleh kerajaan. Ini akan membuatkan saya tidak popular dan status saya bergantung kepada populariti saya,” katanya lagi.

Dr Mahathir juga ditanya oleh Wong adakah beliau akan mengambilalih secara paksa semasa beliau menjadi perdana menteri, menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas.

Dr Mahathir memberitahu Wong bahawa kerajaan mahu mengambilalih secara paksa pada tahun 2002.

Bekas Perdana Menteri itu juga memberitahu mahkamah bahawa dia atau mana-mana menteri kabinet tidak membuat aduan polis ketika Kabinet ditipu apabila meluluskan projek PKFZ.

Beliau juga memberitahu pegawai polis memberitahunya jika penyiasat bertanya kepada dirinya, Dr Ling tidak akan dikenakan sebarang dakwaan melakukan jenayah.

Dr Ling, yang menjadi menteri pengangkutan selama 17 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2003, didakwa menipu Kabinet dengan meluluskan pembelian tanah seluas 999.5 ekar untuk projek PKFZ, yang mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.

Projek yang pada mulanya bernilai RM1.1 billion pada tahun 1997, telah meningkat menjadi RM4.6 billion pada 2007.

Menurut firma audit PricewaterhouseCoopers (PwC) berkata pada tahun 2009, kos projek tersebut kadar faedah dari pembayaran hutang boleh mencecah RM12.5 billion.


Sejak Disember 2009, enam individu telah didakwa ke mahkamah termasuk bekas presiden MCA, Dr Ling dan pengganti beliau sebagai menteri pengangkutan, bekas timbalan presiden Tan Sri Chan Kong Choy.

Kedua-duanya dituduh menipu kepada Kabinet.

Dr Ling juga menghadapi dua tuduhan alternatif dengan dakwaan menipu Kabinet dengan membeli tanah tersebut dengan harga RM25 per kaki persegi termasuk 7.5 peratus kadar faedah — telah diketahui dan dipersetujui oleh JPPH walaupun tidak ada sebarang perjanjian.

Beliau menghadapi hukuman penjara selama tujuh tahun, denda atau keduanya jika didapati bersalah di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan.KedahKini

Read more ...

NOH OMAR NAK KELENTUNG APA PULA!!! Pembekal benih 'tak layak' didakwa menang tender RM164.8 Juta



 


 
Tender bernilai RM164.8 juta untuk membekalkan benih padi kepada petani di bawah program yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, didakwa telah dianugerahkan kepada beberapa pembekal yang gagal memenuhi kriteria tender, demikian menurut dakwaan dalam sepucuk surat yang dikatakan bocor dari Kementerian Kewangan.

NONEDi samping itu, ia mendakwa pembekal bumiputera yang berkelayakan
telah ditolak atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan dalam kriteria tender.

Bagaimanapun, salah seorang pembekal yang dikatakan gagal memenuhi kriteria tender, dan yang digambarkan sebagai kroni Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, telah mempertahankan keputusan tender tersebut, manakala seorang lagi pembekal yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mengulas mengenai kontroversi itu.

Surat yang dikatakan bocor itu, bertarikh 20 Julai 2012, telah didedahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lepas dan salinannya diedarkan kepada pihak media.

Surat itu ditandatangani oleh bahagian perolehan kerajaan Kementerian Kewangan dan dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah.nian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, telah mempertahankan keputusan tender tersebut, manakala seorang lagi pembekal yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mengulas mengenai kontroversi itu.

Surat yang dikatakan bocor itu, bertarikh 20 Julai 2012, telah didedahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lepas dan salinannya diedarkan kepada pihak media.

Surat itu ditandatangani oleh bahagian perolehan kerajaan Kementerian Kewangan dan dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah.

Read more ...

UMPAN BAJET TAK MENJADI!!! Orang Melayu , Cina, India sudah pandai makan umpan tak kena kail


Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.



"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.


Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Najib yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.

Di Johor katanya, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.

Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.

"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.


Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.



Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.


"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi.
Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.
Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.
"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.
Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka? "Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.

Read more ...

ZAMAN NAJIB!!! UMNO sudah tidak boleh dikenali lagi



http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/05/Najib1.jpgNajib akan tercatat dalam sejarah sebagai seorang ‘unelected Prime Miniter’ negara ini kerana beliau tidak mengadakan pilihanraya sehingga  tamat penggal mandat Abdullah Badawi dahulu. Beliau tidak berapa yakin untuk mendapatkan sokongan rakyat. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk mendapat kepastian yang BN masih diterima tetapi sehingga hampir habis saki baki penggal yang di perolehi oleh Abdullah Badawi dahulu Najib masih tidak berkeyakinan untuk menang dalam PRU yang akan datang ini. Ini sahaja sudah meyakinkan rakyat yang Najib belum berkeyakinan yang beliau akan mendapat sokongan rakyat.

Allahyarham Tun Razak juga memakan masa lebih dari empat tahun untuk memanggil pilihanraya. Tun Razak telah memanggil pilihanraya hanya pada bulan Ogos 1974 setelah beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tunku Abdul Rahman pada tahun 1970 dahulu. Tetapi perbezaan di antara Tun Razak dan Najib Tun Razak amat besar.

Tun Razak menghabiskan waktu selama empat tahun untuk menyelesaikan isu-isu yang tidak selesai dan akhirnya telah berjaya mendapat formula untuk mencapai perpaduan kaum dan melakukan initiatif politik yang baru dan menubuhkan Barisan Nasional.(BN). Akhirnya semua rakyat berpadu dan memberikan mandat kepada BN yang melalui pilihanraya buat kali pertama di atas nama baru, iaitu Barisan Nasional. Tun Razak hanya mengetuai pilihanraya negara sekali sahaja kerana beliau telah meninggalkan kita pada Januari 1976 dahulu.

BN telah berjaya menautkan yang berbalah di antara kaum dan BN telah mendapat mandat yang begitu besar selepas Parlimen dipulihkan semula setelah negara ditadbir oleh MAGERAN sejak tercetusnya kejadian 13 Mei 1969. Oleh kerana kejadian itulah Tun Razak yang telah bertungkus lumus mencari formula untuk menyatukan kembali rakyat berbilang kaum dan kaum-kaum bukan Melayu telah memberikan sokongan  kepada Tun Razak dalam pilihanraya 1974 itu.

Tetapi ia amat jauh bezanya di era Najib Tun Razak. Di zaman dan era Najib Tun Razak pula terbalik. Rakyat yang berpadu sebelumnya telah berpecah mengikut lunas-lunas perkauman. Rakyat sedang dipisahkan oleh UMNO melalui isu perkauman yang menebal untuk menyatukan Melayu di bawah UMNO. Tetapi orang Melayu tidak juga mahu bersatu di bawah UMNO.

Orang Melayu sudah rimas berada di bawah UMNO kerana pemimpin-pemimpin mereka sudah tidak betul dan seolah-olah telah ditutup hijab mereka. UMNO sudah hilang hidayah sepenuhnya sehinggakan parti itu sudah tidak tahu lagi mengenali yang mana satu yang baik dan yang mana yang buruk. Yang buruk dikatakannya baik dan yang baik dianggap mereka sebagai buruk. Semuanya terbalik dan sekarang bertambah lah keyakinan saya yang UMNO itu adalah pembawa dalil hari hampir kiamat.

Apa yang dilakukan oleh UMNO dahulu, diterbalikkan oleh pimpinan UMNO sekarang. Kalau dahulu Felda ditubuhkan untuk memberikan orang miskin yang tidak bertanah sebidang tanah seluas sepuluh ekar dengan tanaman kelapa sawit dan getah, sekarang ini Felda telah membuka tanah seluas 1 juta ekar dan tidak menempatkan mereka yang bertanah ke dalamnya. Sebaliknya di urus sejuta ekar ini di bawah Felda Plantation. Semua tanah yang kaya dengan hasilnya ini disenaraikan dipasaran saham untuk kepentingan kapitalis dan kroni UMNO yang tidak pernah pun memasuki tanah rancangan Felda.

Seramai 80,000 rakyat yang tidak bertanah dan yang sepatutnya dimasukkan ke dalam Felda tidak dilakukan. Kalau dahulu pimpinan sibuk untuk membina ekonomi rakyat yang miskin kali ini UMNO membina ‘empire’ untuk kroni-kroninya dan rakyat yang miskin di minta nya untuk bersyukur dan berterima kasih dengan wang BRIM yang sejemput itu. Bagi UMNO rakyat tidak layak menjadi kaya raya. Kekayaan hanyalah untuk kroni dan keluarga pemimpin UMNO dan beberapa rakyat yang eksklusif sahaja.

Peneroka-peneroka Felda hanya diberikan saham sebanyak 800 unit sekeluarga. Jika ada sepuluh orang dalam keluarga itu mereka bahagi-bahagikan lah diantara sepuluh orang ahli keluarga itu. Peneroka hanya mendapat kuah sahaja tetapi mereka yang tidak kena mengena dengan peneroka mendapat dagingnya. Masih ada peneroka yang berpuas hati dengan mendapat kuah ini.

Agaknya mereka cukup dengan kuah sahaja. Kalau makan kuah, daging kuah itu rasa daging juga. Seorang peneroka yang sebaya dengan saya di Serting berkata dengan sindirannya, “Aspan, kito dapek kuah ajo.. Jadilah... Kok kuah gulai ayam pun, kuah tu pun ghaso ayam jugak. Daging ayam tu biarlah dia oghang mentekedaghah. Kalau kito nak ghaso daging ayam eh, kito tukarlah kerajaan yang boleh boghi kito makan daging eh.”

Kata-kata seperti ini meresap di kalangan masyarakat marhean kita. Mereka tidak bercakap kuat-kuat kerana mereka tidak tahu untuk berkata secara politik. Mereka hanya akan menunjukkan manifestasi mereka melalui peti undi. Seorang rakan peneroka saya di Felda Rokan pula marah-marah dengan akhbar Utusan dan beliau sudah berhenti membaca akhbar itu. Semasa beliau datang berjumpa dengan saya di Subang Jaya beliau berkata, “Utusan ni den buet mungkuih daging ajo bang. Den sokaghang baco Harakah dan Sinar Harian. Anak-anak den pun bilo balik kampung kato, yang kito kono tukar korajaan sekaghang ni. Lotih den negok UMNO ni”.

Keadaan ini berlaku di mana-mana dan tidak mampu UMNO untuk mengubatinya. UMNO sudah terlalu lekeh pada pandangan mereka walaupun bermacam-macam cara UMNO untuk menyekat mereka dari mencari pilihan kepada UMNO. UMNO sudah di pandang seperti haiwan kurap oleh mereka yang berfikir kerana kejahilan UMNO memahami perasaan rakyat bawahan sudah tidak ada lagi.

UMNO di peringkat bahagian-bahagian hanya di penuhi dengan kroni ketua-ketua bahagian dan kebanyakkan mereka ada lah kontraktor kelas F. Penjawat awan di daerah-daerah pun ada lesen kelas F. Mereka dengan menggunakan nama isteri atau anak-anak mereka. Kerja kontrak kecilan pun di sapu bersih oleh penggiat UMNO dan ini berlaku di seluruh negara.

Dua tiga hari lagi Najib akan ke Sabah lagi kerana Sabah yang beliau anggap sebagai simpinan tetap untuk UMNO sudah menolak parti itu. Jika Najib berulang alik ke Sabah setiap hari pun keadaan amat sukar untuk diperbaiki. Takut-takut yang dikejar tidak dapat, yang dijinjing pula berciciran. Najib perlu sedar yang tidak semua pimpinan UMNO bersimpati dengan beliau kerana ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dari kelemahan Najib ini untuk menguasai kerajaan.

Tapi apa pun saya tetap merasakan Najib merupakan seorang Perdana Menteri UMNO yang terakhir dan beliau akan kekal tercatat sebagai ‘unelected Prime Minister’ negara kita.

Rakyat perlu bersedia untuk mengalami politik baru di bawah pentadbiran baru dan mula belajar memperbaiki sikap dan mentaliti mereka terhadap politik dan siasah negara. Kita memerlukan pimpinan yang mempunyai sahsiah yang baik dan kita perlu jauhi pemimpin yang sentiasa memenjarakan pemikiran kita.

Jika UMNO tidak lagi diberi mandat dalam PRU ini, ia bermakna kita akan mencapai kemerdekaan dan terlepas dari penjara dan mula membentuk pemikiran yang sesuai dengan keadaan dan zaman ini.

UMNO sudah tidak tentu lagi rupa dan bentuknya lagi. Pada hakikatnya UMNO sudah wujud lagi. UMNO hanya tinggal pada namanya sahaja. Macam P Ramlee yang hanya tinggal namanya sahaja. P Ramleenya sudah meninggalkan kita lama dahulu.Aspan Alias

Read more ...