Monday, June 14, 2010

Artis Nora panel forum pakaian muslimah


MACHANG , 15 Jun : Penyanyi tanah air, Nora atau nama sebenarnya, Wan Nora Afiza Ariffin menjadi panel dalam forum yang mengupas isu ‘Pakaian Muslimah, Cabaran Masa Kini’ pada Kempen Menutup Aurat anjuran Majlis Daerah Machang di sini, semalam.

Nora yang kini tampil dengan imej bertudung litup itu, berharap perbincangan tersebut mampu mengubah pandangan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai aurat dalam erti kata sebenar.

Bersama Nora, turut membincangkan isu tersebut adalah Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Syaari dan pendakwah bebas, Nuridah Salleh.

Majlis tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohd Fadzli Datuk Hassan.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman dan Ketua Jajahan Machang, Che Ismail Hasabullah.

Setiausaha Majlis Daerah Machang, Mohd Kamaruddin Omar berkata, program tahunan tersebut diharapkan mampu membuka mata masyarakat hari ini tentang aurat sama ada bagi golongan lelaki dan perempuan.

“Hari ini, kita dikejutkan dengan pelbagai isu yang mana kadangkala tidak terfikir oleh kita, namun ia terjadi dan melibatkan masyarakat Islam terutamanya membabitkan golongan muda.

“Pendedahan seumpama ini bertujuan mendekati golongan masyarakat agar faham dan sedar apa itu aurat yang dimaksudkan dalam Islam sebenarnya," katanya kepada :Sinar Harian:.

Mohd Kamaruddin berkata, penampilan istimewa daripada Nora mampu menarik minat generasi muda khususnya bagi menjayakan kempen tersebut dan seterusnya menjadikannya sebagai idola mereka.

Lebih 500 penduduk memenuhi pekarangan Taman Kemahkotaan Machang bagi menjayakan program tersebut.

Sebagai hiburan kepada pengunjung, persembahan dikir barat turut diadakan sebagai acara selingan.SH

Read more ...

Gerakan Anti Zamry wujud


IPOH, 15 Jun : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa satu gerakan baru yang dipercayai ditubuhkan Pemuda UMNO bagi menentang Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir daripada terus memerintah Kerajaan Negeri.

Ketua Penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim berkata, beliau memperoleh maklumat itu daripada rakan UMNO yang menyatakan berhubung gerakan itu.

Zulkifli mendakwa gerakan yang dinamakan Gerakan Anti Zambry (GAZ) itu ditubuhkan sepertimana Pemuda MIC menubuhkan Gerakan Anti Samy (GAS) yang mendesak supaya Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu melepaskan jawatan.

“GAZ ditubuhkan atas dasar tidak puas hati Pemuda UMNO ke atas kepimpinan yang sedia ada,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata, masyarakat Orang Asli juga sudah mula hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana sikap pemimpinnya yang mudah lupa janji.

“Kerajaan Negeri tidak mengambil tindakan terhadap pembangunan masyarakat Orang Asli di Perak sepertimana dijanjikan sebelum ini.

“Antara masalah belum diselesaikan termasuk isu tanah, kebajikan diabaikan dan pembangunan masyarakat itu belum dilaksanakan,” katanya.

Beliau mendakwa, atas dasar tidak puas hati, Orang Asli mula sedar dan beralih sokongan kepada PKR yang lebih prihatin di atas masalah dihadapi.

“Oleh itu, tidak mustahil masyarakat Orang Asli menyertai PKR dan jumlah ahli dalam kalangan masyarakat terbabit meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.SH

Read more ...

Judi: Mahathir fitnah PAS, prejudis pada Cina

KUALA LUMPUR, 15 Jun: PAS kesal dengan komentar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh kerajaan Umno BN.

“Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi di negara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.

Katanya, PAS jauh berbeza dengan Umno di mana walaupun Umno telah memerintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi.

Jelasnya, selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi, sementara di Kedah pula usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan Rakyat.

“Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat,” ujarnya.

Beliau menambah, rakyat juga tahu bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tauke judi semasa zaman pemerintahan BN.

Baginya, Mahathir sebenarnya dibayangi dosa-dosanya yang meluluskan judi di negara ini semasa pemerintahannya dan rakyat akan terus mengingati beliau sebagai tokoh pemimpin yang memimpin negara dengan duit hasil judi.

“Beliau mungkin berfikir, jika beliau tidak menyokong dasar Najib hari ini, pastinya orang-orang dalam kerajaan akan mengutuk beliau kerana selama ini beliaulah orang nombor satu yang membantu membangunkan industri judi dalam negara ini,” kata Idris lagi.

PAS juga, katanya amat kesal kerana Mahathir masih bersikap prejudis kepada masyarakat Cina di negara ini yang dalam pemikirannya dianggap sebagai kaum yang suka berjudi.

“Beliau hadir dan berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu semalam dan mencipta prasangka buruk terhadap orang Cina. Perkara ini tidak wajar kerana masyarakat Cina juga bukanlah masyarakat yang suka berjudi dan ucapan beliau ini adalah satu penghinaan,” ujarnya.

Menurutnya, tabiat judi adalah masalah yang dicipta dalam masyarakat bagi melalaikan mereka dan kerajaan mengambil kesempatan daripada golongan yang tidak berilmu itu dengan mengeluarkan lesen bagi mengaut hasil perjudian.

Justeru, kata beliau sewajarnya kerajaan memberikan pendidikan kepada rakyat, memberikan maklumat dan berusaha memerangi gejala judi dalam masyarakat sama macam memerangi gejala dadah.

Bila judi diharamkan maka rakyat juga tidak akan berani berjudi. Aktiviti judi haram perlu dilihat sama seperti sindiket pengedaran dadah dan hukuman berat wajib diberikan kepada penganjur aktiviti judi,” katanya lagi.

Idris menambah, rakyat perlu diberitahu akan keburukan judi dan mengajak mereka bersama-sama memerangi judi.

Katanya, kerajaan harus menjadi kerajaan yang membantu membina rakyat dan masyarakat ke arah yang lebih positif dan proaktif, bukannya menjadi kerajaan yang meruntuhkan akhlak rakyat.

Justeru, ujarnya lagi, jika kerajaan BN dikekalkan, maka sampai bila pun masyarakat di negara ini akan terus dipersendakan dengan dasar-dasar yang tidak progreasif dan hilang sifat holistiknya.hrkh

Read more ...

Kemuka undi tidak percaya kepada Zambry

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Perak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir disaran mengusulkan undi tidak percaya terhadap Zambry.

Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata, Pakatan Rakyat (PR) Perak mengalu-alukan tindakan mereka meninggalkan Umno/BN dan menyertai PR negeri itu.

"Pakatan Rakyat Perak alu-alukan Adun BN yang tidak puas hati dengan Umno/BN untuk meninggalkan dan mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Zambry bagi membolehkan pembubaran Dun," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum itu, Nizar yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang mendedahkan memang terdapat beberapa Adun BN yang datang bertemu beliau dan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Zambry dan menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu.

"Saya didatangi pemimpin Umno bahagian termasuk beberapa Adun mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno/BN di Perak dan ingin meninggalkan parti itu," katanya.

PR Perak bagaimanapun tegasnya, mahu Adun-Adun yang tidak berpuas hati itu menggunakan saluran yang betul dan mengikut undang-undang, tidak boleh dengan cara lompat parti.

"Kalau betul-betul tak puas hati, nyatakan di Dun dan gunakan saluran yang betul dengan mengusulkan undi tidak percaya. Kita mahu hak rakyat diberikan semula dengan membubarkan Dun.

"PR Perak akan pertimbangkan jika mereka ingin menyertai kita tapi bukan dengan cara melompat parti. Kita mahu kedudukan PR terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya.

Beliau juga memberitahu, Adun-Adun yang tidak berpuas hati itu semakin marah dengan Umno/BN kebelakangan ini apabila timbul isu APCO dan pemberian lesen judi sukan.

Dalam pada itu, Nizar turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa PR Perak campur tangan dalam urusan pentadbiran BN negeri itu.

"Saya menafikan khabar angin bahawa PR Perak campur tangan dalam urusan BN Perak," katanya.

Turut bersama dalam sidang media itu, Adun Setiawan, Ngeh Koo Ham yang juga ahli Parlimen Beruas, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming yang juga ahli Parlimen Taiping, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi PKR Perak, Mustafa Kamil Ayub.hrkh

Read more ...

Sah! Adun Perak keluar parti



IPOH, 15 Jun : Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Beliau mengumumkan keputusan untuk berpaling tadah itu pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, tengah hari tadi.

Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.Malaysiakini

Read more ...

PAS Selangor gerakkan jentera tambah pengundi














SHAH ALAM, 15 Jun :
PAS Selangor pula menegaskan bukan sahaja negeri itu akan tumbang, malah tiga negeri lain diterajui Pakatan Rakyat (PR) bakal mengalami nasib yang sama jika gagal memikat pengundi baru dalam jumlah yang banyak.

“Memang diakui bahawa setiap negeri PR akan jatuh sekiranya tidak mendapatkan pengundi baru dalam jumlah yang besar,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Justeru, Exco Kerajaan Negeri Selangor ini menegaskan, PAS telah menyedari akan hal itu dan sudah pun menggerakkan jentera untuk mendapatkan pemilih yang masih belum mendaftar di negeri tersebut.

Hasan mengakui kedudukan PR khususnya di Selangor dan Kedah akan “terancam” sekiranya tidak mempergiatkan usaha untuk mendapatkan pengundi baru dalam jumlah yang besar.

PR juga menerajui kerajaan negeri Kelantan dan Pulau Pinang.

Kata beliu, usaha-usaha untuk mendapatkan pengundi baru perlu dipergiatkan sekiranya PR mahu terus menerajui negeri-negeri yang dipimpin sekarang.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang mengatakan bahawa PAS Selangor dan Kedah perlu melipatgandakan usaha memikat minimum 50 peratus daripada 1.2 juta orang yang belum mendaftar sebagai pengundi baru di negeri itu jika mahu PR mengekalkan tapak kuasa di kedua-dua negeri tersebut.

“PAS perlu berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50 peratus pengundi baru... kerana kini ada kira-kira 700,000 orang yang masih belum mendaftar sebagai pengundi di Selangor dan 300,000 orang lagi di Kedah.

“Jadi, kita perlu meletakkan sasaran untuk mendaftarkan separuh daripada mereka jika mahu menarik pengundi kepada Pakatan dalam pilihan raya,” kata Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

Abdul Halim memberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk mendaftar 500,000 pengundi baru di Selangor dan Kedah.

Hasan berkata, pihaknya akan melipatgandakan usaha untuk mendapatkan pengundi baru dan menyasarkan sebanyak 80 peratus pengundi baru di negeri itu.

“Kita menyasarkan sebanyak 80 peratus pengundi baru... akan menggerakkan jentera kita di seluruh negeri bagi memastikan sasaran itu tercapai,” katanya.

Hasan menambah PAS telah pun menggerakkan jentera melalui Gerakan Mendaftar Pengundi Baru dengan cara berkempen dari rumah ke rumah untuk mendapatkan pemilih-pemilih baru.

“Ini kerana pengundi baru ini penting bagi menentukan parti mana yang akan menerajui sesebuah negeri pada pilihan raya umu akan datang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan yang dikeluarkan Abdul Halim hanya sebagai peringatan supaya jentera tidak leka akan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan pengundi baru.

“Saya anggap kenyataan yang dikeluarkan itu bersifat untuk memotivasikan jentera supaya melakukan satu lonjakan bagi mendapatkan pengundi-pengundi baru.

“Ia hanya peringatan biasa sahaja memandangkan Abdul Halim adalah Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS, jadi beliau perlu tegas dalam isu ini.

“Walau bagaimanapun peringatan itu tidak boleh diambil ringan kerana ia penting untuk mendapatkan pengundi baru bagi memastikan kemenangan kita pada pilihan raya umum nanti,” kata beliau yang juga Naib Presiden.

Menurutnya, PAS Kedah telah menggerakkan jentera di semua peringkat untuk mencari dan mendaftarkan pemilih yang masih belum mendaftar sebagai pengundi di negeri itu.

“Kita telah pun menggerakkan jentera kita sejak dari dulu lagi iaitu selepas pilihan raya umum (2008) dan sehingga kini, kita masih menjalankan kerja-kerja mencari dan mendaftarkan pemilih baru.

“Justeru, saya harap jentera PAS dapat menjalankan tugas dengan teliti dan bertanggungjawab bagi memastikan pemilih yang masih belum mendaftar didaftarkan sebelum pilihan raya umum nanti,” katanya. -TMI

Read more ...

Saat yang paling sedih untuk Haji Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Saat paling sedih bagi Haji Abdul Rahman adalah apabila mengingatkan kembali saat dia terpaksa berehat sebentar dan menyerah stering kereta yang dipandunya kepada Ustaz Hasan Shukri di Kuala Krai dalam perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu Ahad lepas.

"Ketika itu saya terlalu mengantuk. Haji Subky tak boleh memandu kerana masalah matanya, jadi Ustaz Hassan yang mengambil stering dan memandu," kata Haji Rahman kepada Harakahdaily.

Beliau sangat bimbang kalau-kalau orang mempersalahkan beliau dengan apa yang berlaku.

Haji Rahman Sulaiman, 66 tahun, (gambar) bersama dengan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri, 71, dan Haji Subky Latif, 70, ke Kota Bharu untuk menyertai muktamar PAS sejak Rabu, 9 Jun lagi. Tiga warga emas PAS ini telah naik kereta bersama dari Kuala Lumpur dan Haji Rahman menjadi pemandunya.

Ustaz Hassan menyertai Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang Rabu itu. Pada malamnya mereka bertiga di dewan besar Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) menyertai majlis perasmian muktamar ketiga-tiga dewan iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat oleh Mursyidul Am.

Pada hari Khamis, ketiga-tiganya menyertai Muktamar Dewan Pemuda di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) namun tidak lama.

"Sejuk sangat kat dalam," kata Ustaz Hassan kepada Harakahdaily ketika ditanya kenapa tidak masuk dan duduk di atas kerusi dalam dewan KTC.

Selepas selesai muktamar, mereka bertiga bertolak pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang hari Ahad.

Namun, menurut Haji Rahman, kerana terlalu mengantuk selepas makan, Ustaz Hassan mula memandu apabila sampai ke Kuala Krai menjelang Gua Musang hinggalah ke Kuala Lipis.

Di Kuala Lipis, Ustaz Hassan mengadu sakit dada.

"Mereka ingat, Ustaz Hassan sakit dada kerana tersalah makan pajeri nenas dalam perjalanan tadi. Jadi Haji Rahman memandu semula sampai ke rumah," cerita Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky kepada Harakahdaily.

Namun, bagi Haji Rahman, itulah menjadi saat yang menyedihkan beliau kerana terpaksa memberikan stering kepada Ustaz Hassan kerana terlalu mengantuk.

Ustaz Hassan telah dibawa ke hospital Selayang jam 9 pagi keesokannya oleh isterinya Puan Hamidah Abdul Mutalib bersama anak lelakinya dan dimasukkan ke wad rawatan jantung (CCU) hospital itu.

Kira-kira jam 1 tengahari, Hamidah dan anaknya meminta izin untuk pulang dari Ustaz Hassan untuk mengambil barang-barang keperluan wad selepas disahkan Ustaz Hassan terpaksa dimasukkan ke wad.

"Ustaz masih bercakap elok dengan kami ketika itu. Namun, sampai kat Pasar Borong, Selayang, doktor telefon kami ustaz sudah tidak ada," beritahu Puan Hamidah kepada sahabat-sahabatnya yang menziarahi beliau di rumahnya semalam.

(Gambar: Haji Rahman dan Subky menceritakan saat-saat akhir mereka bersama Ustaz Hassan kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di perkarangan rumah Allahyarham Ustaz Hassan)

Menurut seorang jururawat yang merawat Ustaz Hassan, beliau telah jatuh dari katilnya ketika mahu pergi membuang air kecil. Tidak lama selepas itu, tanpa menyusahkan sesiapa, tokoh khutub khanah dan pakar perlembagaan PAS ini pergi menemui Tuhannya buat selama-lamanya. Beliau meninggalkan Puan Hamidah serta enam anak, lima perempuan dan satu lelaki.

Bagi peguam Mohamed Hanipa Maidin, Ustaz Hassan adalah pakar perlembagaan PAS dan beliau selaku peguam pun merujuk Ustaz Hassan sebelum memberikan apa-apa nasihat undang-undang tentang PAS.

"Masa kami mahu menyiapkan aturan dan peraturan untuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) baru-baru ini, kami rujuk Ustaz Hassan. Kami ingat perlu pinda perlembagaan PAS untuk menubuhkan dewan ini tetapi Ustaz Hassan kata tidak perlu," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Lalu terbentuklah DHPP siap dengan aturan dan peraturannya tanpa perlu meminda perlembagaan yang menjadi undang-undang tubuh PAS. Ia telah selamat dilancarkan Mei lalu dan perwakilan DHPP menyertai Muktamar PAS ke 56 baru-baru ini.hrkh

Read more ...

Jenazah Ust. Hassan Shukri selamat dikebumikan



KUALA LUMPUR, 15 Jun : Jenazah bekas timbalan presiden PAS, Ust. Hassan Shukri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Taman Selaseh 2, Gombak di Kuala Lumpur pada jam 9.55 pagi.

Tanah perkuburan itu terletak kira-kira tiga kilomreter dari rumahnya di Taman Melewar.

Kira-kira 300 orang hadir ke tanah perkuburan ini termasuk beberapa pemimpin PAS, antara mereka Idris Ahmad, Mujahid Yusuf dan Hanipa Maidin.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di pekarangan Dewan Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar dan diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi.

Lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu.

Sebelum majlis solat jenazah bermula, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.

Turut hadir ialah Tmbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, ketiga-tiga naib presiden - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - serta beberapa ahli jawatankuasa PAS pusat seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Hashim Jasin.

Sementara itu, seorang jawatankuasa PAS pusat yang ditemui selepas pengebumian, Hanipa Maidin berkata kematian Hassan adalah kehilangan besar bagi PAS kerana allahyarham merupakan seorang tokoh yang berpengalaman serta berilmu.

"Beliau adalah orang parti yang istiqamah dengan perjuangan sehingga akhir hayat dia.

"Saya banyak belajar tentang perlembagaan PAS dengan beliau,walaupun saya seorang peguam. Beliau tidak pernah lokek," kata Hanipa.

Katanya, Hassan adalah seorang yang sayang kepada parti dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk memajukan parti.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira pukul 2 petang semalam dipercayai akibat sakit jantung.


Hassan meninggalkan isteri Hamidah Abdul Mutalib dan enam cahaya mata - lima perempuan dan seorang lelaki.

Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.Malaysiakini

Read more ...

Ustaz Hassan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS









KUALA LUMPUR, 15 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.

Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.

Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.

Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah.

“Biar pun almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi beliau merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT itu.

“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, jenazah Ustaz Hassan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih 2, Gombak kira-kira jam 10.25 pagi ini.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di pekarangan Markas Tarbiah PAS Taman Melewar yang diimamkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi yang disertai pimpinan utama PAS termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama kira-kira 1,000 orang.hrkh

Read more ...

PAS ibarat kehilangan ‘kitab perlembagaan’



KUALA LUMPUR, 15 Jun : Bekas ahli jawatankuasa pusat PAS Subky Latif menyifatkan Allahyarham Hassan Shukri sebagai nadi penggerak dalam membantu perkembangan parti itu sejak dari awal penubuhannya sehingga menjadi parti disegani.

“Allahyarham merupakan orang penting dalam membantu mengembangkan PAS di negara ini,” kata beliau.

Sejak dari awal pertubuhan PAS, katanya, Allahyarham Hassan banyak membantu dengan mengadakan ceramah-ceramah di setiap kampung untuk menerangkan PAS kepada rakyat.

“Allahyarham seorang yang begitu sabar dan berani dalam memperjuangkan PAS dan atas jasa Allahyarham PAS mula diterima rakyat.

“Dari tidak dikenali, PAS mula menjadi sebuah parti yang disegani dan ia merupakan salah satu jasa terbesar Allahyarham kepada PAS,” kata rakan rapat Allahyarham Hassan ini.

Hassan, 71, yang merupakan bekas timbalan presiden PAS meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira pukul 2 petang semalam sehari selepas pulang dari menghadiri muktamar tahunan parti itu di Kota Baru.

Subky berkata, sepanjang berkenalan dengan Allahyarham Hassan, beliau merupakan seorang individu yang lemah lembut tetapi tegas dalam hal-hal tertentu.

“Saya sudah berkenalan dengan Allahyarham sejak 1970 lagi dan beliau merupakan individu yang disenangi masyarakat.

“Dalam sifat baik hati itu Allahyarham akan menjadi seorang yang paling tegas sekiranya terdapat ahli ataupun pemimpin yang melakukan kesalahan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas bacaan Yasin dan tahlil di perkarangan rumah Allahyarham di Taman Melewar, Batu Caves dekat sini malam tadi.

Allahyarham Hassan pernah menjadi naib presiden dan setiausaha agung PAS. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh kerajaan PAS Terengganu selepas pilihan raya umum 1999.

Jawatan semasa ialah anggota Majlis Syura PAS.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar dekat sini dan rumah beliau juga bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Allahyarham yang berasal daripada Sabak Bernam meninggalkan isteri, Hamidah Abdul Mutalib, 62, dan enam orang anak.

Menurut anaknya, Akmal Hamdi, 37, Allahyarham yang tiba di Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.30 malam kelmarin hanya mengadu sakit dada tetapi keadaannya masih lagi normal.

“Pagi semalam selepas tidak berhenti sakit, saya membawa Allahyarham ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.

“Selepas pemeriksaan, doktor beritahu saya bahawa Allahyarham ada masalah jantung dan terus dimasukkan ke CCU untuk rawatan rapi.

“Ketika berada di CCU Allahyarham berada dalam keadaan normal dan saya meminta kebenaran doktor untuk pulang sebentar bersama ibu untuk mengambil barang-barang Allahyarham,” kata anak kedua daripada enam beradik itu.

Beliau berkata ketika dalam perjalanan pulang pihak hospital menghubunginya dan meminta supaya kembali ke hospital.

“Pihak hospital menghubungi saya dan meminta kembali ke hospital kerana Allahyarham sudah meninggal dunia.

“Doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira pukul 2 petang,” katanya.

Beberapa pemimpin PAS menyifatkan pemergian Hassan sebagai satu kehilangan besar bagi PAS kerana Allahyarham merupakan seorang tokoh pemimpin yang banyak berjasa kepada perkembangan parti.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata “bagi PAS, Allahyarham adalah sebutir permata yang sangat bernilai malah tiada penggantinya.”

“Allahyarham juga merupakan seorang tokoh pemimpin yang paling berpengalaman dalam parti,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata Allahyarham Hassan disifatkan sebagai “kitab rujukan” bagi PAS terutamanya dari segi perlembagaan dan sejarah parti.

“Allahyarham merupakan pakar dalam perlembagaan dan sejarah PAS, jadi sekiranya ada perlembagaan yang hendak digubal kita akan rujuk kepada Allahyarham terlebih dahulu.

“Ini kerana Allahyarham memang pakar dan mengetahui tentang perlembagaan dan sejarah parti, malah idea-idea yang diberikan Allahyarham banyak membantu PAS dalam mengembangkan parti,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Allahyarham merupakan seorang individu yang sangat komited dalam perjuangan parti sejak dari awal penglibatan sehingga meninggal dunia.

“Allahyarham sangat komited dalam memperjuangkan PAS dan sanggup bekerja untuk parti tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Allahyarham tidak pernah meninggalkan parti dan sentiasa bersama walaupun susah,” katanya.

Menurut Salahuddin walaupun Allahyarham seorang yang berpengalaman tetapi beliau tidak pernah lokek dalam berkongsi pengalamannya bersama pemimpin PAS.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kerana Allahyarham cukup berharga kepada parti,” katanya.
Italic
Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof pula menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh paling lama dan berpengalaman dalam PAS.

“Allahyarham telah mengorbankan seluruh hidupnya dengan memperjuangkan PAS dan pemergian Allahyarham merupakans satu kehilangan besar kepada parti,” katanya.

Bagi seorang lagi ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohamad Sabu, Allahyarham merupakan seorang tokoh yang banyak berjasa kepada parti.

“Ini kerana Allahyarham pakar dalam kedua-dua perkara itu jadi mudah bagi parti untuk memperoleh maklumat,” katanya.MI

Read more ...

PAS tidak mahu tanggung ' biawak hidup '

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana tidak mahu menanggung "biawak hidup" dan yakin tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Berucap sewaktu penangguhan Muktamar Tahunan kali ke-56 di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini, beliau juga berkata, Umno juga telah rosak akibat amalan rasuah yang berleluasa diamalkan mereka.

"Kita menolak perpaduan dengan Umno. Perpaduan menanggung biawak hidup, menyanjung rasuah," katanya.

Keburukan Umno juga katanya turut diakui bekas pemimpin mereka sendiri yang melihat Umno sudah tiada masa depan.

Umno juga katanya sudah jelas ditolak rakyat semenjak PRU ke-12 lalu.

"Tak ada pasal-pasal kita nak pikul orang yang sakit sampai ke usus ini," katanya lagi.

Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, ustaz Hadi mengulangi penegasannya bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno.

Ianya antara lain kerana Umno juga mengamalkan perkauman sempit.

"Gagasan dengan BN tak boleh selesai masalah kerana mereka masih tebal dengan perkauman malah dibejati dengan rasuah," tegasnya.

Ahli PAS di segenap peringkat katanya mempunyai tugas besar untuk membebaskan bangsa Melayu dari kejahilan perkauman yang telah ditanam Umno.

Umno katanya terlalu mementingkan bangsa dari agama sehingga sanggup menjadikan bangsa sebagai akidah perjuangan mereka.

Semangat asobiyah katanya juga tidak salah, namun perlu dimanfaatkan untuk perjuangan Islam.

"Tak salah sayang bangsa sendiri, tapi jangan sampai bangsa dijadikan akidah.

"Islam dulu baru asobiyah," katanya lagi.

Mengulas muktamar pula, beliau berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan sepanjang muktamar berlangsung.

Perwakilan katanya dilihat bersedia malah isu yang dibangkitkan juga dikupas dan dibahas dengan jelas.

Malah lebih penting katanya, muktamar PAS kali ini berlangsung dalam suasana penuh persaudaraan yang dapat disaksikan oleh kesemua yang hadir.

Read more ...

PAS yakin ke Putrajaya

KOTA BHARU, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang optimis PAS dan Pakatan Rakyat mampu menawan Putrajaya suatu hari nanti.

Beliau sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini berkata, tidak mustahil suatu hari nanti Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara melihat kepada sokongan yang biberikan oleh rakyat termasuk orang bukan Islam terhadap PR.

"Ke Putrajaya insya Allah, kita membawa kemenangan. Orang kata kita bermimpi, tapi kta bermimpi yang soleh," katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Beliau juga berkata, sekiranya syariat Islam benar-benar diamalkan di negara ini, segala permasalahan sosial yang melanda negara dapat diselesaikan.

"Jika benar-benar kita mengamalkan syariat Allah, insya Allah segala permasalan sosial dan moral dapat diseesaikan," katanya.

Beliau berkata, PAS berada dalam bahtera yang selamat bersama rakan-rakan Pakatan yang lain.

"Yakinlah, kita sekarang ini berada dalam bahtera yang selamat. Teruslah bersama Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji mutu perbahasan seluruh perwakilan yang disifatkan sebagai matang dan menepati isu.

"Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh perwakilan yang menyampaikan perbahasan yang mutunya semakin meningkat," katanya.hrkh

Read more ...

DAP sokong PAS


ALOR SETAR , 14 Jun : DAP menyambut baik keputusan PAS membenarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, parti itu tiada masalah dengan keputusan PAS dan tidak sedikit pun berkecil hati kerana apa yang penting adalah pembaharuan itu dibuat untuk kebaikan bersama.

“Ianya bukannya masalah besar, dan tidak langsung menjadi isu. Mungkin pihak lawan akan memperbesarkan isu itu tetapi DAP menyokong penuh keputusan Pas. Masing-masing ada prinsip tersendiri dan biasanya parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berbincang bersama sebelum buat keputusan,” katanya.

Menurutnya, walaupun bakal dilaksanakan oleh PAS, namun pelaksanaan mengenai kerusi yang ditandingi, hanya dibuat mengikut persefahaman yang dipersetujui parti komponen PR.

“Rangka kerja antara parti komponen telah pun ada mengenai kawasan masing-masing, namun kita boleh bincang semula untuk lihat siapa calon yang sesuai di sesuatu kawasan apabila tiba pilihan raya,” katanya.

Thomas berkata, ini menunjukkan adanya keserasian dalam kalangan parti komponen yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan kebaikan untuk memantapkan PR.

“Biarpun setiap negeri PR mempunyai mekanisme tersendiri untuk menentukan kawasan masing-masing, namun kesatuan antara ahli parti komponen juga harus diberi penekanan. Oleh itu, tidak perlu ada perasaan kecil hati atau tidak puas hati kerana ianya untuk kebaikan PR,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul soal perbezaan agama mahupun kaum memandangkan ahli DAP juga terdiri daripada kalangan orang Melayu, manakala Kelab Penyokong PAS kini telah diiktiraf senagai sayap baru parti itu.

“DAP tidak berasa dipinggirkan malah ini menunjukkan PAS kini lebih bersikap terbuka terhadap bukan Islam, dan sesuai dengan slogan ‘PAS untuk semua’,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berkata, PAS harus menggugurkan perkataan Islam daripada singkatan nama parti itu berikutan keputusan membenarkan calon bukan Islam bertanding, Thomas berkata, ianya tidak perlu.

“Itu cadangan yang mengarut. Tidak perlu gugurkan nama Islam dari parti itu semata-mata kerana membuka keahlian kepada bukan Islam. Yang utama ialah ahli yang beragama Islam dan bukan Islam dapat bersatu dan bekerjasama,” katanya.

Beliau berharap pihak luar melihat tindakan PAS itu sebagai suatu pembaharuan yang positif, dan parti itu berhak mengubah dasar atau sebaliknya mengikut kesesuaian masa.SH

Read more ...

Khir Toyo dibidas

My Photo














SHAH ALAM, 14 Jun :
Kerajaan Negeri menegaskan ganjaran RM5,000 kepada pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan yang berjaya membantu membanteras jenayah curi pasir adalah untuk melengkapi usaha penguatkuasaan pejabat daerah.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ganjaran itu untuk menggalakkan jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK), ketua kampung, membantu pejabat daerah isu berkenaan di tempat mereka.

Katanya, tidak timbul persoalan ketidakpercayaan kepada pejabat daerah yang mempunyai peranan utama dalam membanteras rasuah.

“Seperti mana yang dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tawaran dibuat untuk memberi peluang kepada pemimpin masyarakat mengambil bahagian dalam menaikkan kutipan hasil perlombongan pasir.

“Saya tidak faham bagaimana Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo boleh membuat tafsiran bahawa ganjaran berkenaan menunjukkan Kerajaan Negeri bersikap ‘lepas tangan’ serta tiada kepercayaan kepada pejabat daerah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, kritikan itu menunjukkan Dr Khir tidak faham proses pentadbiran perlombongan pasir baik yang dahulu atau yang baru diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

“Sebab itu beliau memberi maklumat salah dengan mendakwa pada 2007 beliau berjaya mengutip RM20.5 juta royalti pasir sedangkan laporan rasmi Pejabat Tanah dan Galian mengesahkan hanya RM2.9 juta dikutip,” katanya.

Nik Nazmi menegaskan, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) tiada kuasa mengeluarkan lesen, sebaliknya lesen dikeluarkan Pejabat Tanah kepada KSSB yang kemudiannya membuat tender terbuka memilih kontraktor untuk kerja melombong.

“KSSB juga memantau untuk memastikan syarikat membuat pengisytiharan yang betul dan membayar royalti kepada Kerajaan Negeri,” katanya sambil menambah, yang jelas, kutipan royalti jauh lebih tinggi daripada kutipan melalui cara lama.

“Sebenarnya kerajaan terdahululah yang telah ‘lepas tangan’ dalam pengurusan dan pentadbiran perlombongan pasir hingga banyak syarikat atau kontraktor tidak membuat pengisytiharan yang benar (under-declare) hingga negeri ini kehilangan royalti ratusan ribu ringgit,” katanya.

Katanya, Selangor komited membanteras jenayah curi pasir kerana royalti pasir dipulangkan semula kepada rakyat menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor,” katanya.

Read more ...

Kempen tandatangan bantah judi bola di Parit Buntar


















PARIT BUNTAR, 14 Jun :
"Ya Main Bola, Tidak Judi Bola" itulah tajuk ceramah penerangan Dewan Pemuda PAS Parit Buntar kepada masyarakat di Parit Buntar khasnya peminat-peminat bolasepak piala dunia yang berlangsung di Afrika Selatan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, bagi membuktikan bahawa rakyat tidak menyokong pemberian lesen judi terhadap sukan maka pada malam ceramah berkenaan diadakan kempen tandatangan sebagai tanda bantahan terhadap judi bola.


“ Ramai peminat bola yang menurunkan tandatangan pada kain rentang yang disediakan. Mereka menyatakan bantahan dan mengutuk kerajaan kerana membenarkan judi untuk sukan yang mereka gemari.


" Mereka bantah Umno membenarkan judi bola, mereka minat sukan bolasepak tapi tidak suka kepada judi" katanya


Hairul Nizam berkata , ceramah pada malam berkenaan disampaikan oleh Dr. Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah.


Sementara itu, Dr Mujahid berucap dalam nada yang keras mengutuk kerajaan pimpinan Umno yang secara terang-terang menghalalkan judi bola serta pemberian kontrak kepada Apco World Wide milik Yahudi.


“ Saya mewakili rakyat di Parlimen Parit Buntar tidak sesekali merelakan duit cukai RM 77 juta diberikan kepada Yahudi laknatullah.


“ Saya akan berucap tentang perkara ini dalam parlimen yang akan bersidang minggu ini” katanya


Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah dalam ucapannya mengutuk keangkuhan Umno terhadap hukum-hukum Allah semakin menjadi-jadi.


“ Demi untuk meraih sedikit keuntungan dengan alasan mengelakkan judi haram. Maka Umno sanggup menghalalkan judi yang telah dihamkan oleh Allah SWT.


“ Saya menyeru masyarakat agar membuka mata dan melihat kekejian Umno yang tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam. Orang Islam mesti mengajar Umno dengan tidak lagi memilih umno/BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti” katanya


Dewan Pemuda PAS Parit Buntar pada masa yang sama meneruskan edaran risalah mengenai Gerakan Mansuh Judi (GMJ) dan seruan supaya semua masyarakat memberi sokongan kepada GMJ demi menyatakan bantahan terhadap judi yang dihalalkan.DPP Parit Buntar

Antara peminat bola yang menandatangani banner bantah judi

YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar

Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah

orang ramai yang mendengar ceramah pada malam tersebut

Read more ...

DHPP dapat sokongan perwakilan

http://buletinonline.net/images/stories/berita27/tghaha.jpg












KOTA
BHARU , 14 Jun : Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) telah mendapat sokongan dari seluruh perwakilan Muktamar Tahunan PAS kali Ke 56 yang berakhir semalam.

Bahkan ianya mendapat liputan yang meluas dari media cetak dan elektronik.

”Semua perwakilan dari Perlis hingga ke Sabah menimbulkan sokongan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS,

”dan kita mendapat ulasan dari pihak luar parti khususnya pihak media samada yang bercetak atau pun elektronik,”ujar Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penangguhannnya diakhir Muktamar Tahunan PAS Ke 56 semalam.

Sehubungan itu, beliau menemplak golongan yang menentang amalan politik PAS yang mengiktiraf sokongan bukan Islam tersebut

Katanya, golongan tersebutlah yang dulunya, pada tahun 60an, mengatakan PAS tidak boleh memerintah negara kerana negara ini mempunyai masyarakat majmuk.

Apabila kini, PAS melibatkan golongan bukan Islam, golongan tersebut, bercakap sebaliknya.

”Bila kita libatkan orang bukan Islam, dalam kerja politik kita mereka berputar balik, ini kerana sempitnya pmikiran (mereka), kerana mereka mempelajari Islam secara serpihan,”tegasnya.

Beliau menempelak golongan tersebut yang mahu mengekalkan pemikiran orang-orang Melayu Islam dalam kefahaman yang dikehendakki oleh penjajah.

Penubuhan DHPP, tegasnya, mengikut ajaran Islam dan tidak sama dengan hubungan antara Umno dan rakannya yang bukan Islam dalam Barisan Nasional.

”Kerjasama dengan orang bukan Islam dalam PAS adalah kerjasama ‘tahaluf siyasi’ dan diizinkan oleh syarak,

”kerjasama Umno dengan bukan Islam, menggadai prinsip dan maruah, dan tidak boleh menjadi Islam yang ditunjuk kepada orang-orang yang bukan islam,

”apa yang kita buat pada hari ini berdasar kepada al-Quran, berdasarkan kepada as-sunnah Nabi SAW, berdasarkan kepada muzakarah para ulamak”jelasnya.

Katanya, amalan Tahaluf Siyasi dalam PAS bukan sahaja di bincangkan dalam Majlis Syura Ulamak, bahkan dibentangkan dalam majlis perbincangan ulamak-ulamak peringkat Internasional.

Read more ...

Anwar lebih layak terajui PR






















KOTA BHARU, 14 Jun:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat kerana beliaulah paling layak dan sudah teruji.

“Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.

“Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," kata Nik Aziz kepada media selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di sini hari ini.

Nik Aziz juga berkata, Anwar juga telah lulus ujian dari segi moralnya apabila menghadapi segala cabaran dengan tabah dan penuh dedikasi.

Beliau ditanya apa komen beliau terhadap cadangan seorang perwakilan dalam muktamar PAS selepas kejayaan beliau memimpin PAS dan kerajaan negeri Kelantan selama 20 tahun.

Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu.

Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim yang kini menyertai PKR mencadangkan agar Nik Aziz dilantik sebagai Pemimpin Spiritual (Spiritual Leader) Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: “Tidak mengapa, saya terima daripada segi sifat orang melihat saya.”

Read more ...

PR Kedah akan bertahan, kekal menang pada PRU-13’













KOTA BARU, 14 Jun :
Meskipun desas-desus bakal tumbangnya Kedah masih kedengaran, PAS negeri itu yakin kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) ini akan terus bertahan, malah mampu untuk mengekalkan pentadbirannya dengan “mandat lebih besar” pada pilihan raya umum ke-13. “Saya yakin kami akan terus bertahan, malah akan memperoleh kejayaan lebih baik pada pilihan raya umum akan datang,” kata Ketua Penerangan PAS Kedah Amirudin Hamzah.

Beliau yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS melahirkan keyakinan itu berdasarkan perkiraannya terhadap jumlah kerusi yang dimiliki PR dan Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira senario semasa.

“Berdasarkan perkiraan dan perhitungan saya, saya yakin kami tiada masalah untuk kekal memerintah sehingga pilihan raya umum akan datang... melainkan perkiraan saya silap, mungkin anda boleh buktikan saya silap,” kata beliau ketika ditemui di sisi Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini.

Sehari selepas pertemuan ini, pemimpin kanan PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman semalam melontarkan kejutan Selangor dan Kedah di ambang kejatuhan jika tidak menggiatkan pendaftaran pengundi-pengundi baru dalam waktu terdekat.

Amirudin yang juga Exco kerajaan negeri mengakui walaupun perbezaan kerusi tidak jauh berbeza antara PR dan BN, yang dikatakan mempunyai sokongan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas, PAS Kedah percaya tiada masalah untuk kekal berkuasa.

“Berdasarkan daripada kiraan saya, dengan kerusi 20 kerusi yang kami ada berbanding mereka ada 16 dengan dua Adun dari Bebas, kami yakin... tiada masalah,” kata beliau yang mengakui BN cuba mendampingi wakil-wakil rakyat PR termasuk PAS.

The Malaysian Insider difahamkan lima wakil rakyat PR telah didampingi BN setakat ini.
Jelas Amirudin, pihaknya merumuskan keyakinan itu kerana atas kertas BN “sudah pun kehilangan” dua kerusi — status Kota Seputih yang akan didengar oleh Mahkamah Rayuan manakala seorang wakil rakyat MCA berhadapan dengan ‘masalah dalaman’ parti dan sedang mengambil cuti.

Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 16 wakil rakyat dari PAS, tiga PKR, seorang DAP. BN mempunyai 14 wakil rakyat dan dua lagi Bebas setelah keluar PKR.
Untuk membolehkan kerajaan negeri Kedah pimpinan PR jatuh, BN memerlukan empat lagi Adun menyokongnya.

Selain dua wakil rakyat BN yang dikatakan masih menjadi tanda tanya, Amirudin berkata, Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim juga menjadi tumpuan kerana isu yang berkaitan dengan masalah peribadi beliau.

Justeru kata Amirudin, umumnya kini BN adalah ‘masalah’ dengan tiga kerusi dan “mereka sedang melengah-lengahkan masa” bagi mengelakkan kemungkinan pilihan raya kecil.

Berdasarkan undang-undang pilihan raya, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan wujud dalam tempoh dua tahun sebelum mandat semasa berakhir.

Laporan sebelum ini menyebut wakil rakyat hendak keluar Umno-BN tetapi beliau ada pengesahan.

“Jadi mengambil kira keadaan ini, selepas campur tolak, saya masih yakin dengan kedudukan Pakatan di Kedah,” katanya.

“Kami masih yakin wakil-wakil rakyat PAS dan PKR tidak ada yang akan keluar,” kata beliau dengan merujuk kepada pengakuan terbuka dibuat oleh tiga Adun PKR bulan lalu.

“Begitu juga dengan wakil rakyat (tunggal) DAP... dia tak akan keluar parti,” katanya.
Ketiga-tiga Adun PKR itu merupakan Exco Kerajaan Negeri.

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider, BN Kedah membayangkan mempunyai peluang cerah untuk melihat beberapa Adun PR akan keluar parti komponennya, sekali gus mengubah landskap pentadbiran negeri semasa.MI

Sehubungan itu, Umno salah satu komponen BN meramalkan sama ada Kedah akan berubah tangan ataupun sekurang-kurangnya membawa kepada pilihan raya umum negeri yang baru.
Umno melihat kemungkinan tersebut berdasarkan perbezaan empat kerusi DUN antara PR dan BN yang mendakwa menerima sokongan wakil rakyat Bebas.
“Saya lihat ada peluang (untuk beberapa Adun Pakatan) keluar parti... saya melihat kemungkinan itu kerana sudah ada yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti mereka,” kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad.
Nawawi juga berkata, pihaknya mempunyai maklumat beberapa wakil rakyat PR juga tidak berpuas hati dengan parti masing-masing buat masa sekarang.
Percaturan Umno-BN ialah antara dua hingga tiga Adun kemungkinan keluar.
“Jika dua wakil rakyat parti (komponen Pakatan) keluar bermakna keseimbangan anggota di DUN iaitu 18:18... sama di pihak Pakatan dan juga BN, jika ini berlaku kerajaan negeri tidak boleh berfungsi, dan pilihan raya umum negeri perlu diadakan, tiada pilihan.
“Jika tiga wakil rakyat keluar dari Pakatan, kami akan ada sokongan lebih satu kerusi iaitu 19:17. Dalam keadaan ini, BN boleh mengambil alih kerajaan, seperti yang berlaku di Perak,” katanya lagi.
Mengenai dakwaan Umno bahawa wakil-wakil PR akan bertindak keluar parti, Amiruddin berkata, “mereka terpaksa berbuat demikian (menyebarkan berita) untuk kekalkan semangat ahli-ahli mereka.”
“Tetapi kami yakin menang lebih baik, bagi PAS kami yakin menguasai kesemua 24 yang ditandingi (dalam pilihan raya umum ke-13),” katanya.
Pada Mac 2008, PAS bertanding di 24 kerusi dan menang di 16 kawasan.
“Kami yakin akan memperoleh mandat lebih besar,” kata Adun Anak Bukit ini.

Read more ...

Al-Fatihah! Ustaz Hassan Shukeri kembali kerahmatullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.

Sebelum Timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh Kerajaan PAS Terengganu selepas Pilihan raya Umum kesepuluh lalu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok di Surau Taman Melewar.

Read more ...

Nizar letak jawatan


IPOH, 14 Jun :
Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin secara sahnya meletakkan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang berkuatkuasa serta merta.

Pengumuman perletakan jawatan itu dilakukan oleh beliau sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat khas ahli majlis di Pejabat PAFA, Ipoh pagi tadi.

Turut bersama-sama beliau melepaskan jawatan masing-masing adalah YB Seah Leong Peng (Timbalan Presiden), Haji Anuar Hashim (Setiausaha Kehormat), Haji Abdul Rahim (Bendahari Kehormat), Ustaz Norazli Musa (Pengurus Pasukan Liga Super) dan Sdr Anuar Zakaria (Penolong Pengurus).

Segala kemelut yang melanda PAFA sebelum ini dijangka akan beralih arah apabila persatuan tersebut kini di bawah pimpinan sementara Naib Presiden 1 iaitu Datuk Seri Abdullah Hisan.Ajijoi

Read more ...