Friday, February 24, 2012

PENGUBAT HATI RO$MAH!!! Kenapa Brahim Ali pilihannya?

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2010/03/16/IbrahimAli-500b.jpg

Mungkin kerana menyedari bahawa dia tidak begitu digemari oleh rakyat, Rosmah Mansor, isteri Pedana Menteri Najib Razak yang penuh kontroversi itu telah berpaling kepada sebuah kumpulan manusia yang pasti akan menerima beliau. Bukan MCA, MIC atau Gerakan tetapi Perkasa!

Ya, Perkasa – kumpulan ektremis Ibrahim Ali.

Hujung minggu yang lalu, Ibrahim Ali, Presiden Perkasa dan juga Ahli Parlimen bebas Pasir Mas telah memuji Rosmah yang sejak akhir-akhir ini sering menjadi target kritikan dalam dan luar negara dan dipersoalkan kerana menerima ijazah kerhormat daripada Universiti Curtin Australia.

Janji sumpah setia Ibrahim itu tentu sahaja pengubat kelukaan hati Rosmah kerana beliau pernah dikritik kerana perilaku membeli-belah beliau ala-ala Imelda Marcos. Curtin juga dikritik kerana memberikan Rosmah ijazah kehormat tersebut. Sehinggakan ada ugutan daripada Badan Pelajar dan Alumni universiti itu untuk memboikotnya jika ijazah itu tidak ditarik balik!

Tetapi Ibrahim Ali hanya mengendahkan fakta yang boleh membantu beliau mencapai matlamat beliau.

“Kita semua tahu yang Datin Seri Rosmah bukan sahaja isteri perdana menteri, tetapi jika kita ikuti perkembangan terkini di akhbar, kita tahu beliau sangat aktif melaksanakan tugas beliau. Kita kagum dengan kepimpinan beliau,” ujar Ibrahim Ali. Beliau kemudiannya menyeru agar Rosmah sentiasa menghadiri majlis-majlis Perkasa jika ada masa dan menambah: “Terima kasih Datin, kami semua sayang datin.”

Kehidupan di Malaysia sudah terpisah dari segi perkauman

Tidak hairanlah kesemua tiga tingkat dagu Ibrahim Ali bergetar semasa meluahkan rasa sayang beliau dan kumpulan Perkasanya itu kepada Rosmah. Tetapi, hanya kurang setahun lalu, Perkasa telah mengugut akan mencederakan orang Cina sekiranya mereka mengambil bahagian dalam Perhimpunan Bersih pada 9 Julai. Perkasa juga menasihatkan mereka untuk menyimpan stok makanan. Begitu pelbagai emosi yang ditunjukkan Perkasa dan mereka sememangnya pelakon yang baik!

Malangnya, ia langsung tidak mencuit hati dan nampak gayanya cinta tidak hadir.

Tidak jelas siapakah yang akan diharapkan oleh pentadbiran Najib untuk melaksanakan taktik kotor dan membuat kacau dalam bulan-bulan sebelum pilihanraya umum ke 13 kelak. Orang bukan Melayu dalam negara- bersiap sedialah! Perkasa dan Najib akan bersekongkol. Mereka ibarat tangan kanan dan tangan kiri. Apabila ada keperluan untuk menimbulkan kekacauan demi mencapai target politik Najib, kedua-dua belah tangan ini akan berkerjasama. Dan tidak kiralah apa jua yang timbul nanti, Perkasa tidak akan dipersalahkan. Ia akan dilindungi. Yang salah adalah orang lain kecuali Umno dan Perkasa.

Kita sudah mencapai ke tahap ini dalam Malaysia. Perkasa meniupkan api perkauman dan bekerja-keras merosakkan keharmonian kaum di Malaysia. Sebagai sebuah organisasi, Perkasa tidak takut untuk melakukan perkara yang jijik untuk menimbulkan rasa takut dan tidak puas hati dikalangan orang Melayu dan bukan Melayu di Malaysia.

Masih ingatkah bagaimana Perkasa menuduh orang Kristian dan Cina cuba merampas kuasa daripada pentadbiran Najib dan meletakkan seorang perdana menteri bukan Melayu atau muslim. Tuduhan liar Perkasa tidak akan dapat dibuktikan. Polis dan Kementerian Dalam Negeri juga tidak akan meminta bukti daripada mereka, tidak kisahlah betapa beracunnya kenyataan mereka itu. Jika kumpulan lain yang mengeluarkan kenyataan sebegitu, alamatnya sudah lama dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.

Apa yang boleh dijangka semasa PRU 13

Mengenai kenyataan bahawa Perkasa akan berdiri disebelah Najib dan isteri kontroversi beliau dalam susah senang, nampaknya sudah semakin jelas bagaimana pentadbiran Najib akan meletakkan diri mereka dan memposisikan kedudukan mereka kelak.

Perkauman dan agama akan menjadi menu utama mereka, Perkasa akan ditugaskan untuk menimbulkan ketegangan perkauman manakala Hassan Ali dan kumpulan JATI yang baru ditubuhnya akan cuba menakut-nakutkan orang Islam dan melagakan mereka dengan orang Kristian. Suatu rancangan yang sangat sinonim dengan propaganda 1Malaysia Najib bukan?

Ahli politk yang sudah matang akan merasakan bahawa untuk dikaitkan dengan Perkasa atau JATI adalah sesuatu yang boleh membunuh kerjaya politik mereka tetapi tidak BN, Najib dan Rosmah. Mereka gagal melihat kekecewaan rakyat tetapi asyik dengan impian mereka mencapai objektif untuk mentadbir kerajaan persekutuan tidak kira apa cara sekali pun.

Tidak hairanlah kumpulan ektrimis Perkasa itu boleh menerima pasangan suami isteri kontroversi itu dan juga BN. Mereka memang sebulu.

Sementara itu, keadaan ekonomi Malaysia semakin teruk disebabkan pentadbiran lemah Najib yang hanya fokus untuk mendapatkan mandat rakyat pada PRU 13 nanti. Berikan sebab yang baik mengapa rakyat harus mengundi untuk perdana menteri yang juga menteri kewangan yang terang-terangan membawa negara menuju kepada kebankrapan?

Tidak perlu berfikir panjang kerana rakyat harus memilih pemimpin yang boleh membawa Malaysia ke atas dan bukan ke bawah dan mengaibkan negara.

Bagaimana hendak memimpin negara jika kawal isteri pun tak dapat?

Persoalannya juga, kenapa orang Malaysia harus memilih seorang ahli politik yang tidak dapat mengawal isterinya daripada kontroversi? Suami dan isteri itu langsung tiada rasa bersalah kerana sentiasa memalukan negara. Sebagai contoh, mereka asyik menyalahkan pembangkang yang memberi liputan buruk terhadap Rosmah. Tetapi, adakah pembangkang yang menggalakkan beliau membeli beg Birkin yang mahal itu dan juga cincin berlian?

“Saya telah menjadi bahan fitnah dan pembohongan daripada mereka yang berada di seberang pagar tetapi insya’allah, walau apa pun yang saya hadapi, semangat saya tetap kuat untuk rakyat,” kata beliau menerangkan bahawa anugerah PhD yang diberi kepadanya adalah untuk usaha beliau dalam Permata. Rosmah adalah pengerusi Permata. Dalam kapasiti inilah beliau menerima anugerah tersebut.

“Mereka yang mengatakan saya membayar untuk ijazah ini, mengapa pula saya harus buat begitu? Lebih baik saya derma kepada Wiranita Perkasa. Mereka tuduh saya sebegitu, itu tidak baik. Hanya kerana mereka selalunya bayar, mereka rasa saya pun bayar!” ujar Rosmah.

Rosmah nampak berani mempertahankan dirinya tetapi rakyat Malaysia mungkin masih belum percaya. Mungkin ramai yang masih ingat bahawa baju Permata mendapat dana daripada pentadbiran Najib. Najib yang juga perdana menteri dan menteri kewangan juga pernah mengumumkan dalam bujet 2010, RM100 juta untuk program tersebut.

Wang untuk Perkasa?

Demi golongan muda negara, diharapkan Rosmah membelanjakan wang RM100 juta ini dengan lebih bertanggungjawab berbanding menteri wanita Umno Shahrizat Jalil yang terlibat dengan skandal RM250 juta NFC.

Tidak hairanlah jika ada insiden ‘kepentingan bercanggah’ atau ‘pecah amanah’, Umno dan BN enggan bercakap mengenainya atau meminta ia disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah.

Kemungkinan besar, rakyat akan lihat dana yang diwujudkan khas untuk Perkasa daripada Najib menerusi Rosmah sebagai balasan kasih sayangnya. Semasa memberikan ang-pow putih tempoh hari, Ibrahim bersusah-payah menjelaskan bahawa Perkasa membelanjakan RM 10, 000 untuk majlis itu dan tidak dapat memberikan lebih kerana tiada wang.

Apa pula kerosakkan yang boleh dibuat Ibrahim Ali jika dia ada banyak wang dalam tangannya?! Malaysia Chronicle

Read more ...

BAGI PADA BN!!! GLC jadi lubuk duit pemimpin UMNO

Oleh: SAIBURI SUDIN

Ada orang komplen, Kedah La punya ‘scoop’ asyik-asyik STDC, tak adakah GLC lain yang menyeleweng di zaman BN? Jawabnya.. belambak! Cumanya kita nak focus STDC dulu. Camna pun supaya rakyat tak bosan asyik STDC, STDC.. kita alih GLC lain pulak.

Pembinaan Sintok Sdn Bhd (PSSB) adalah anak syarikat Permodalan Kedah Berhad. Elaun Ahli Lembaga Pengarah PSSB di zaman BN ialah sebanyak RM20 ribu sebulan. Mereka yang kebanyakan terdiri dari pemimpin Umno juga menerima elaun bulanan antara RM1,000 hingga RM3,000 seorang setiap bulan di samping bonus raya RM3,000.


Tidak kisah jika mereka dibayar elaun yang lebih lumayan dari itu jika GLC yang diterajui menunjukkan keuntungan besar. Tetapi Pembinaan Sintok macam berniaga buluh kasap, modal hilang untung lesap.

Mereka diberi projek membina kompleks baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), auditorium dan Dewan Kenangan Sungai Petani berjumlah RM46 juta.

Projek belum dimulakan, tetapi MPSP telah membayar PSSB sebanyak RM10 juta. PSSB mensubkan kerja tersebut kepada Najwa Bina sebuah syarikat ‘silap mata’ yang dilaporkan tidak tersenarai sebagai kontraktor kelas A untuk melakukan projek besar.

Najwa Bina langsung tiada kemampuan untuk melakukan projek sebesar itu. PSSB membayar Najwa Bina sebanyak RM9.3 juta sebagai bayaran pendahuluan. Bayaran pula dibuat atas nama FBS Bina Sdn Bhd. Ia menjadi tandatanya. Transaksi berlaku pada 4 Mac 2008, sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12. Menurut maklumat dalaman, sebahagian duit tersebut digunakan untuk BN menghadapi PRU ke 12.

Najwa Bina hanya mampu menyiapkan permulaan projek yang dianggarkan bernilai RM2 juta. Kontraktor terpaksa ditukar dan kerajaan negeri yang menanggung kerugian.

Siapakah pemain-pemain kongkalikong dalam isu di atas? Tentulah orang politik BN bersama beberapa KCS yang bersubahat dengan mereka. Siapakah mereka itu?

Tunggu selepas ini….

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

Read more ...