Tuesday, May 29, 2012

DV 1 !!! Kereta rasmi kegunaan MB Kelantan kurnian Sultan Kelantan jadi modal fitnah blogger UMNO

No plat kereta Nik Aziz.Berapa banyak duit rakyat Kelantan yang digunakan untuk membida no plat berkenaan bagi memuaskan nafsu Tok Guru kita ni? tulisan di wall Abdul Rashid Mohd Zamri.

Untuk makluman bro Abdul Rasyid Mohd Zamri kereta itu adalah kereta yang dikurniakan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V utk kegunaan rasmi Menteri Besar Kelantan tersebut.

Aku dengan ini menuntut saudara yang hebat memfitnah ini agar meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat kelantan kerana telah memfitnah Menteri Besar Kelantan, malah telah menghina KDYMM Al-Sultan Kelantan.
 


Mohd Rafie Yusof

Read more ...

HARUSSANI!!! Mufti yang mengecewakan anak muda


Kalau Mufti nak tahu, kami lagi kecewa dgn Tok Mufti yg hanya sibuk nak selamatkan UMNO tapi membisu bila hal kemungkaran dan maksiat melibatkan UMNO berlaku depan mata...

Hingga hari ini pun Tok Mufti tak komen Himpunan Belia UMNO yang jelas banyak "kemungkaran" depan mata.


Macam mana PAS nak bersatu dengan UMNO kalau UMNO itu sendiri "Menghalalkan Yang Haram"....


Berjuanglah Demi ISLAM dan bukannya demi UMNO... Alahai....


Kredit photo kpd: https://www.facebook.com/boikotutusan

Read more ...

PRU 13 LEWAT!!! Kelebihan kepada Pakatan Rakyat


KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata tempoh pilihanraya yang lewat, memberi peluang kerajaan Pakatan Rakyat termasuk Kelantan mempromosikan program mereka kepada rakyat.

Menurutnya, kerajaan di bawah Pakatan Rakyat termasuk Kelantan tidak menjadi masaalah sekiranya pilihanraya umum lewat diadakan kerana ianya akan memberi peluang kerajaan negeri masing-masing mempromosikan program kebajikan yang diimpikan rakyat.

Ketika memberitahu Harakahdaily, beliau menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 mungkin lewat diadakan berikutan masaalah pemimpin negara yang masih belum selesai.

“Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir sendiri yang mendakwa pilihanraya umum akan diadakan mungkin selepas hari raya.

“Pada masa yang sama isu scorpene masih melingkari Perdana Menteri yang belum selesai,”ujarnya.

Katanya, kes ini adalah yang pertama membabitkan ketua kerajaan dan ketua parti disebuah negara, yang akan memberi kesan jika mengadakan pilihan raya ketika isu peribadi masih melingkari hidupnya.

“Besar kemungkinan bila semakin hampir pilihan raya, dokumen-dokumen dan isu yang berkaitan akan terserlah,”ujarnya.

Dengan sendirinya, tambahnya lagi ia mengancam kedudukan parti pemerintah yang telah lama diberi kepercayaan oleh rakyat.

Selain itu, katanya keyakinan rakyat kepada parti pemerintah kini belum mantap apatah lagi banyak isu yang menimbulkan rasa kecewa rakyat seperti NFC dan PTPTN.

Jelasnya, sekiranya pilihanraya umum diadakan khususnya selepas isu debat utama yang membabitkan PTPTN yang banyak memberi masaalah pada rakyat, ianya akan menjerat leher Umno sendiri.

Kerana itu, sambungnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk mempromosikan program masing-masing pada rakyat terutama soal kebajikan.

"Kalau pilihan raya ditakdirkan tahun hadapan elok juga, sekurang-kurangnya lebuhraya sepanjang 20 kilometer dapat disiapkan," katanya

Read more ...

TERKINI!!! ADUN Dengkil dan ADUN Sementa dari UMNO terlibat urusan jual beli tanah Sosilawati


Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu. Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Suhaimi Mohd Ghazali; pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Abdul Rahman Palil (gambar) menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu.

Pathmanabhan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama selepas diperintah membela diri, semalam.


Pathmanabhan berkata, pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta.


Adun Dengkil, Suhaimi Ghazali

“Sebanyak RM2.5 juta deposit dibayar kepada Muturaja, RM1.2 juta oleh Sosilawati, manakala RM1.3 juta dibayar oleh saya, Suhaimi dan Sabari,” katanya.

Ditanya bagaimana kepentingan antara dia dan dua lain dijaga menerusi pembelian itu, Pathmanabhan berkata, ada satu lagi perjanjian sefahaman dibuat antara mereka dan Southern Simphony.


Manjeet: Kenapa buat perjanjian lain?


Kenapa tidak letak nama Suhaimi dalam perjanjian jual beli dengan Muturaja?


Pathmanabhan: Sebab dia Adun, jadi tidak boleh letak atas perjanjian jual beli.


Manjeet: Sosilawati tahu fasal rakan kongsi ini? Pathmanabhan: Ya. Pathmanabhan seterusnya memberitahu, baki RM22.5 juta akan dibayar selepas tanah itu mendapat arahan pelepasan sekatan oleh Mahkamah Majistret.


Bagaimanapun katanya, Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta.


Manjeet turut kemukakan soalan kepada Pathmanabhan mengenai Abdul Rahman dan saksi itu jawab ‘dia seorang berkuasa’ dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), berkaitan urusan jual beli tanah.


Jawapan Pathmanabhan membuatkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membantah soalan itu, namun dibenarkan Hakim Akhtar Tahir dengan syarat, Patahmanabhan hanya perlu jawab apa yang dia tahu.Addin

Read more ...

PRU 13!!! SPR siap sedia 15 ribu undi pos di Kedah

Dua-dua manusia di atas tidak boleh dipercayai
ALOR SETAR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah bersedia dari segi logistik, termasuk melantik lebih 15,000 petugas, untuk membantu mengendalikan pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Timbalan pengarah jabatan itu, Norazam Mohd Noor berkata semua petugas tersebut termasuk pegawai pengurus, diberi taklimat persediaan pada November dan Disember tahun lepas manakala taklimat ulangan pula pada Jun ini.

"SPR juga telah mengenal pasti pusat pengundian, kebanyakannya sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat khas kepada hampir 40 pengamal media di negeri ini bagi menghadapi PRU ke-13 di Jabatan Penerangan Kedah di sini, hari ini.

Norazam berkata taklimat persediaan kepada petugas pilihan raya, antaranya menyentuh peraturan baru yang diguna pakai pada PRU ke-13, penggunaan dakwat kekal, cop SPR pada kertas undi, 'istilah orang dipercayai,' undi awal dan undi pos.

Mengenai daftar pengundi, beliau berkata daftar terbaru pada suku pertama tahun ini belum diwartakan lagi kerana baru selesai dipamerkan kepada umum.

Katanya pengundi negeri Kedah yang berdaftar dan layak mengundi berdasarkan daftar tahun lepas sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat berjumlah hampir 994,000 orang.

Dalam taklimatnya sebelum itu, beliau meminta pengamal media memberi kerjasama kepada SPR dengan membuat laporan betul dan tepat, menyampaikan maklumat tepat kepada pengundi di samping mematuhi etika kewartawanan.

"Langkah mewartakan pengamal media boleh mengundi secara pos masih dalam proses. Saya tidak pasti sama ada sempat diwartakan atau tidak dalam masa terdekat," katanya. - Bernama

Read more ...

SAMBUTAN HANGAT!!! Munajat perdana ahli PAS Perak bersama Tuan Guru Haji Saleh Musa


 Bagan Serai, 29 Mei; Program Munajat Perdana bersama Tuan Guru Hj Salleh Musa dari Kedah di Masjid Tinggi mendapat sambutan hangat oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS Perak. Hadirin telah memenuhi ruang masjid untuk mengerjakan solah maghrib dan solat hajat seterusnya mendengar tazkirah dan amanat dari Tuan Guru Hj Salleh.



Dalam tazkirahnya, beliau menyebut bahawa semua ahli PAS yang berjuang hendaklah ingat tentang perjuangan  asal kita adalah untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini dan bukan kerana yang lain seperti mengejar kebendaan. Ramai yang telah mula terpesong apabila kemenangan dicapai dan  kebendaan mula kelihatan di depan mata. Semakin lama semakin banyak dan niat mula berubah apabila mata benda mula mengoncang dan menggoda hati.



Oleh itu semua kita hendaklah membetulkan niat kita dalam perjuangan hanya semata-mata untuk mendapat redha Allah. Setiap apa yang kita lakukan akan disoal di akhirat kelak satu persatu terutama setelah mencapai kemenangan. Tanggunjawab hendaklah kita tunaikan sebagai calon yang menang. Insaflah bahawa Allah akan menambah nikmatnya dengan banyak apabila kita bersyukur dan sebaliknya Allah akan mengazab kita seandainya kita menjadi kufur


Maka kerja buat kita dalam perjuangan hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas kerana Allah. Ketika itulah Allah akan memberi pertolongan kepada kita untuk mencapai kemenangan. Jangan wujud hasad dengki dalam hati setiap pejuang dan berjuanglah kerana Allah dengan niat yang betul. Sesungguhnya perjuangan ini memakan masa yang lama. Nabi Musa menentang Firaun memakan masa sehingga 40 tahun lamanya.


Akhirnya marilah kita sama-sama berjuang dengan penuh kesungguhan dan sanggup berkorban dengan segala-galanya untuk menapai kemengangan Islam.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir, Tuan Hj Razman dan pimpinan PAS Perak.
MenujuKeredhaan Allah

Read more ...

UMNO SELANGOR GIGIT JARI!!! Najib akan pilih Ezam, Hasan Ali, Fadzilah Kamsah, Zul Nordin bertanding di Selangor ?

Jika belum memiliki buku ini sila email seperti alamat diatas.
Selain mahu mempertahankan Putrajaya, Najib juga ghairah untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. 

Antara sebab kenapa Selangor menjadi sasaran sudah tentulah kerana negeri itu merupakan negeri yang paling kaya dalam Malaysia. 

Keghairahan Najib mahu menawan Selangor bukan saja disandarkan kepada kesediaannya menjadi Pengerusi UMNO Selangor tetapi juga melalui kekerapannya turun ke negeri itu.

Walaupun berasal dari Pahang tetapi Najib dilihat lebih kerap turun dan mencurahkan wang yang banyak untuk Selangor berbanding negeri kelahirannya sendiri. 

Berjaya mempertahankan Putrajaya dan menawan Selangor sekaligus adalah impian politik Najib dalam pilihanraya umum ini.

Tetapi sebagaimana kata bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik, cabaran Najib untuk menawan Selangor ialah imej kerajaan dan pimpinan negeri itu yang diketuai oleh Khalid Ibrahim yang dilihat mempunyai imej lebih baik, bersih dan telus berbanding UMNO dan BN.


Dalam masa yang sama imej UMNO Selangor tetap tidak menunjukkan peningkatan kerana wajah-wajah pemimpin yang ada adalah wajah yang langsung tidak meyakinkan rakyat seperti Noh Omar atau Zin Mohamed dan lain-lain Ketua UMNO Bahagian. Wajah pemimpin muda dan pelapis yang membanggakan langsung tidak ada dalam barisan kepimpinan UMNO Selangor sekarang ini.


Bercakap soal kualiti kepimpinan di Selangor, bukan saja Ling Liong Sik tetapi sebahagian besar penduduk Selangor sendiri tidak yakin UMNO mampu merampas kembali negeri itu jika bersandarkan wajah pemimpin yang sedia ada. Bahkan ramai pula yang tidak mahu memberikan UMNO kemenangan jika wajah-wajah yang ada ini dikekalkan.


Dalam soal pemilihan calon pilihanraya di Selangor, Najib sendiri memahami keadaan itu. Meletakkan calon-calon dari kalangan pemimpin UMNO semata-mata mungkin akan menyebabkan kekalahan diketahui lebih awal lagi. 

Mahu tidak mahu, Najib terpaksa meletakkan calon yang dianggap "winnable" dan bukan dari kalangan kepimpinan UMNO Bahagian bagi merealisasikan hasratnya menawan negeri itu.

Bagi Najib mengetepikan sebahagian besar pemimpin UMNO dan menggantikannya dengan calon "winnable" adalah jalan terbaik untuk mencapai kemenangan serta lebih mudah untuk meyakinkan pengundi, terutama pengundi muda dan atas pagar. 

Lagi pula dalam setiap kali kunjungan Najib ke Selangor, beliau sering menekankan faktor "winnable" dan ikrar daripada pemimpin UMNO bahagian-bahagian bahawa mereka akan akur dengan sesiapa saja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan juga sudah pun diperolehi.

Malahan Tun Mahathir sendiri dalam perjumpaannya dengan jentera BN Selangor turut menekankan betapa pentingnya mengutamakan parti melebihi kepentingan peribadi. Kata Mahathir, kemenangan UMNO lebih penting dari kemenangan peribadi.


Saranan Najib dan Mahathir itu pada asasnya adalah bagi memudahkan calon-calon yang bermasalah atau mereka yang memegang jawatan dalam UMNO tetapi tidak diyakini boleh menang, untuk diketepikan. Dari segi politiknya, Najib sudah ada kebebasan untuk memilih calon tanpa terikat dengan kehendak UMNO Bahagian-bahagian.


Oleh itu, difahamkan lebih daripada 50 peratus calon pilihan Najib untuk mewakili UMNO di Selangor dalam piliharaya akan datang ini bukan terdiri daripada kepimpinan UNMNO Bahagian. Sebahagian mereka yang dipilih ialah kalangan pemimpin NGO, tokoh motivasi, tokoh pengguna dan kalangan profesional yang terdiri daripada arkitek, jurutera, akauntan dan pegawai bank. 

Bagi kalangan profesional yang dipilih, mereka ini tidak memegang jawatan yang penting dalam UMNO tetapi disenangi di kalangan penduduk tempatan manakala bagi pemimpin NGO pula pemilihan mereka lebih kepada kekerapan muncul di dada-dada media yang pada Najib menunjukkan kesungguhan mereka membantu perjuangan politiknya.

Calon Menteri Besar pilihan Najib ialah Ezam Mohd Nor yang kini merupakan seorang Senator dan penasihat Tibai, sebuah NGO yang berperanan menghentam Anwar berkaitan isu-isu seks dan moral. Beliau difahamkan akan diletakkan bertanding di DUN Sri Muda untuk berhadapan dengan Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie.


FD Iskandar, Bendahari UMNO Selangor dan Rozali Ismail, pemilik Puncak Niaga yang sebelum ini turut disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar jika UMNO kembali berkuasa, didapati tiada dalam senarai calon pilihanraya. Calon tunggal Menteri Besar hanyalah Ezam Mohd Nor.


Turut dicadangkan untuk dipilih sebagai calon di Selangor ialah beberapa tokoh NGO seperti Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS, Hamidzun Khairuddin, tokoh pengguna Dr Maamor Othman, tokoh motivasi Fadzillah Kamsah, Pengerusi Jati, Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan beberapa lagi daripada kalangan profesional yang sedang berkhidmat dengan sektor swasta.


Hamidzun difahamkan akan diletakkan bertanding di Dun Sementa, Dr Maamor di Ampang dan Fadzillah Kamsah dijangka diletakkan di DUN Bukit Antarabangsa untuk menentang Azmin Ali.


Bagi Dr Hassan Ali dan Zulkifli Nordin pula, kedua-dua mereka akan melalui ranjau "kamikaze" dalam piihanraya kali ini kerana Najib lebih berminat untuk meletakkan kedua-duanya bertanding di peringkat Parlimen dengan Hassan Ali dijangka diletakkan di Gombak untuk berhadapan dengan Azmin Ali manakala Zulkifli Nordin pula di Shah Alam untuk menentang Khalid Samad.


Daripada sudut yang lain, Najib nampaknya benar-benar mahu membuatkan Azmin Ali begitu sibuk dan menghadapi cabaran paing sengit kali ini. Jika Azmin bertanding di Gombak, musuhnya ialah Hassan Ali manakala jika bertanding di DUN Bukit Antarabangsa pula, cabarannya ialah Dr Fadzillah Kamsah.


Bersandarkan kepada asas "winnable" juga, calon daripada kalangan pemegang jawatan dalam UMNO hanya akan dipilih sekiranya mereka itu benar-benar boleh membawa kemenangan dan bersih daripada sebarang masalah, selebihnya kouta itu akan dipilih daripada kalangan AJK Bahagian atau pun golongan profesional yang diketahui mirip kepada UMNO.


Bagi Noh Omar dan Zin Mohamed pula, walaupun mereka tidak begitu disenangi oleh ramai penduduk Selangor tetapi berasaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Selangor dan Penyelaras BN Selangor serta hubungan akrab dengan Najib, kedua-duanya dijangka akan dikekalkan untuk bertanding di kerusi Parlimen sedia ada iaitu di Tanjung Karang dan Sepang.


Persoalan yang menarik untuk dilihat ialah sama ada tindakan Najib mengetepikan sebahagian besar pemimpin UMNO ini akan menyebabkan berlakunya sabotaj ketika pilihanraya atau sebaliknya. 

Jika berlaku sabotaj oleh mereka yang tidak terpilih itu, harapan Najib untuk mencapai kemenangan pasti menjadi bertambah sukar. Kiranya sabotaj dapat dielakkan dan pemimpin UMNO yang tidak terpilih itu dapat memberikan kerjasama sepenuhnya, UMNO dan BN mungkin mampu memberi cabaran sengit kepada Pakatan Rakyat.

Apakah UMNO Selangor sedia menerima Ezam menjadi Menteri Besar? Mahukah mereka melihat kalangan yang pernah rapat dengan Anwar dan kini berdiri atas pelbagai NGO dan hanya bermodalkan isu-isu seks dan moral yang dikaitkan dengan Anwar tetapi tidak memegang apa-apa jawatan dalam UMNO, mengambil alih pula kedudukan sebagai Yang Berhormat.


Apakah juga pemimpin UMNO Selangor sentiasa patuh dan berpegang kepada ikrar yang mereka lafazkan kepada Najib bahawa mereka akan akur sesiapa saja calon yang dipilih?


Tetapi mengenali kebanyakan yang bergelar pemimpin dalam UMNO yang hanya mengutamakan kepentingan peribadi melebihi segala-galanya, formula Najib di Selangor ini mungkin membawa kekalahan yang lebih parah lagi. (SAHBUDIN HUSIN 28/05/2012)

Read more ...

PENGAKUAN MUSA HASAN!!! Wujud pakatan sulit Kongsi Gelap dengan Polis

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.
 
Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada mereka di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.


Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw.

Read more ...

SAHAM FGVH !!! Kroni UMNO dapat 11.5%, Syarikat Yahudi dapat 4.9%, 112 635 peneroka hanya dapat 2.5%

Peruntukan 4.9% saham FGVH kepada sebuah syarikat Yahudi, Louis Dreyfus melebihi peruntukan 2.5% kepada kesemua jumlah 112,635 peneroka di negara ini.

Kontroversi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) semakin hangat apabila PKR mendakwa para peneroka hanya diberi peruntukan sebanyak 91 juta saham atau 2.5% dari jumlah keseluruhan saham di bawah Tawaran Awam Permulaan (IPO – Initial Public Offering).
 
Data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengesahkan sebahagian besar jumlah saham akan dibolot oleh kroni Umno, yang diistilahkan sebagai “pelabur-pelabur bumiputera yang diiktiraf Miti”.  Mereka diberi peruntukan sebanyak 420 juta saham atau 11.5% dari jumlah saham.

Ketua biro perdagangan dan pelaburan parti itu Wong Chen semalam mendedahkan bahawa para pelabur yang dimaksudkan ialah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Barisan Nasional.

 
Prospektus FGVH menunjukkan peruntukan 2.5% untuk 112,635 peneroka itu sebenarnya adalah kurang dari peruntukan saham untuk para pekerja Felda sendiri. Para pekerja Felda diberi peruntukan sebanyak 109 juta saham atau 3% dari jumlah keseluruhan IPO.

 
Kenapa para peneroka mendapat jumlah saham yang kurang berbanding dengan peruntukan saham bagi golongan pekerja di Felda yang seramai 3,835 orang itu adalah sesuatu yang sukar dijelaskan.

 
Jika diandaikan kesemua saham dibeli maka setiap peneroka hanya mendapat 810 saham sedangkan setiap pekerja Felda mendapat sebanyak 28,368 saham.

 
Berbalik kepada janji yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana dalam ucapannya beliau sering mencanangkan bahawa kerajaan pimpinannya sangat mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan para peneroka.

 
“Hanya BN sahaja yang mampu membela nasih para peneroka,” begitulah apa yang sering beliau laung-laungkan di mana sahaja beliau pergi bagi menjustifikasikan niatnya untuk mengapong saham FGVH di Bursa Malaysia.

Kroni Umno untung besar


Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa tokoh-tokoh korporat dan kroni Umno akan mengaut faedah dan keuntungan yang besar hasil dari titik peluh para peneroka.

 
Mereka ini tidak perlu berusaha untuk meneroka, meratakan tanah dan menanam tanaman, kalau dulu getah dan sekarang kelapa sawit.

 
Mereka juga tidak perlu menunggu masa kira-kira tujuh tahun untuk menuaikan hasil seperti peneroka yang berhempas pulas untuk mengerjakannya selama 10 hingga 20 tahun dan lebih.

 
Dengan kekuatan wang ringgit yang mereka miliki mereka boleh membeli seberapa banyak jumlah saham yang mereka ingini apabila terapong di Bursa Malaysia nanti.

 
Benarkah Najib prihatin dengan nasib para peneroka atau Najib mempunyai kepentingan lain sehingga membuka ruang kepada golongan kaya untuk menambah kekayaan mereka.

 
Data dari Miti juga mendedahkan bahawa sebanyak 1.5 bilion saham FGVH iaitu setinggi 41% diperuntukan kepada para pelabur gergasi termasuk syarikat komoditi Peranchis, Louis Dreyfus milik keluarga Yahudi.

 
Akhbar mingguan bisnes dan pelaburan, The Edge juga menyebut tentang syarikat Yahudi ini di mana Louis Dreyfus akan menerima 4.9 peratus kepentingan dalam FGVH.

 
Ini mengesahkan kebimbangan kita bahawa berkemungkinan FGVH pada suatu hari nanti, akan jatuh ke tangan Yahudi berdasarkan kekuatan kewangan dan pengaruh mereka di pasaran antarabangsa.

 
Peruntukan 4.9 peratus ini bermakna syarikat Yahudi itu mendapat peruntukan saham lebih daripada keseluruhan jumlah 112,635 peneroka di negara ini yang hanya mendapat peruntukan sebanyak 2.5 peratus.

 
Dengan kepintaran mereka dalam selok belok permainan saham dan ditambah dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, maka tidak mustahil syarikat seperti Louis Dreyfus boleh menambah pegangan sahamnya dalam FGVH.

 
Mereka bebas untuk membeli lebih banyak saham dalam pasaran terbuka, apabila saham FGVH diapongkan nanti.

 
Walaupun kerajaan menjanjikan bahawa kepentingan majoriti FGVH tetap kekal di tangan para pelabur tempatan, bumiputera dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tetapi ianya tidak semudah itu.

 
Melihat kepada saham MAS yang kini jatuh ke paras serendah RM1.08 sesaham yang ditutup semalam, yakinkah kita bahawa kerajaan BN mampu memelihara dan mengawal saham FGVH dari jatuh kepada pelabur-pelabur asing?

 
Prospektus FGVH dijangka diedarkan Khamis ini dan permohonan sahamnya akan ditutup 10 hari atau dua minggu selepas itu.

Read more ...

ADA NAJIB KISAH!!! Resiko PRU 13 lambat walaupun ekonomi global tak menentu

Karim Raslan

Menurut sembang politik di kedai kopi terdapat tiga jendela waktu yang dikira sesuai untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) iaitu sebelum Ramadan (akhir Jun/awal Julai), selepas raya- September dan sesudah Tahun Baru Cina 2013.

Justeru, Perdana Menteri ada fleksibiliti tinggi dalam memilih antara jendela waktu ini.


Namun, situasi ekonomi global yang tidak menentu menyulitkan pilihan ini. Kemenangan pemimpin sosialis Perancis, Francois Hollande dalam Pilihan Raya Presiden, kemelesetan di Greece dan kelembapan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat serta perkembangan ekonomi China yang semakin perlahan bermakna kita juga pasti akan merasa tempiasnya.



Pada masa sama, kemenangan calon Parti Pekerja dalam Pilihan Raya Kecil Hougang di Singapura hujung minggu lalu memperlihatkan pola pengundian yang menentang jentera parti pemerintah yang kuat.

Menentukan tarikh pilihan raya itu sendiri merupakan suatu seni. Banyak faktor harus dipertimbangkan dari kesiap sediaan parti, mesej di media dan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan.


Pilihan raya tidak pernah berlaku dalam ruang vakum.


Kita tidak boleh mengetepikan arena antarabangsa, terutama perkembangan yang memberi kesan langsung kepada ekonomi kita. Malangnya, hari ini kita masih terlalu fokus kepada pertempuran politik domestik dari persoalan kebebasan sivil, mengenai kaum dan agama.


Berlatarbelakangkan iklim ekonomi dunia yang malap, Perdana Menteri tidak lagi mempunyai lebihan masa untuk membubarkan Parlimen awal tahun hadapan.


Pemacu pertumbuhan ekonomi semuanya sedang mengalami penurunan. Lihat pada statistik yang ada, pertumbuhan ekonomi China menurun kepada 8.1 peratus berbanding 8.3 peratus yang diramalkan. Sememangnya ini melebihi unjuran awal kerajaan dan jauh mengatasi Barat.


Namun, ketepatan angka ini diragui. Seperti dilaporkan akhbar Financial Times baru-baru ini, petunjuk lain seperti pertumbuhan pengeluaran industri mengalami penurunan ke 9.3 peratus pada April berbanding 11.9 peratus sebulan sebelumnya serta pertumbuhan import yang lemah (0.3 peratus sahaja pada April berbanding tahun sebelumnya) sememangnya mengesahkan penurunan kadar pertumbuhan ekonomi China yang cukup membimbangkan.


Dalam satu lagi indeks dikeluarkan bank HSBC yang mengukur aktiviti perindustrian di China setiap bulan, indeks Mei masih mengekalkan tren menurun ke 48.7 peratus dari 49.3 peratus (April). Ini bulan ketujuh indeks ini berada di bawah paras 50, mengesahkan perlahannya pertumbuhan ekonomi China.


Angka-angka yang agak memeranjatkan ini muncul kala ketidakstabilan politik di China ekoran pemecatan dan penahanan salah seorang pemimpinnya yang popular, Bo Xilai dan pertelingkahan Laut China Selatan dengan Filipina.


Amerika Syarikat pula masih gagal baik pulih ekonominya dengan pantas setelah kegawatan 2008/2009. Jumlah pekerjaan baru bukan ladang yang berjaya dihasilkan pada April 2012 hanya 170,000, dan ini menyulitkan penurunan kadar pengangguran yang masih di tahap tinggi iaitu 8.2 peratus. Pertumbuhan satu lagi gergasi Asia, India pula dijangka tidak sebesar sasaran iaitu 9 peratus dan hanya akan mencapai sekitar 6.9 peratus ekoran kelemahan kerajaan lakukan reformasi yang secukupnya.


Eropah pula sedang alami masa gelap dan kemungkinan terpaksa melakukan devaluasi mata wang untuk selamatkan ekonomi mereka, situasi yang hampir serupa dengan Asia Tenggara di penghujung 1990an.


Dengan dasar yang bercanggah dari satu negara ke negara lain, dari penjimatan ke populisme, ternyata mereka tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan sekata dalam mengambil langkah berkesan untuk menangani krisis ekonomi sedang melanda.


Sememangnya, perkembangan ini tidak untungkan Malaysia sama sekali. Semua negara di atas adalah pelanggan barangan eksport kita. Sebarang kegawatan ekonomi global pasti akan beri kesan yang besar kepada negara kita.


Situasi politik domestik di Malaysia sudah berada dalam kedudukan terbaik. Masalah lebih besar menanti kerajaan ialah bagaimana untuk berdepan ekonomi global yang buruk.


Kita memerlukan pilihan raya secepat mungkin supaya kerajaan dengan mandat yang kuat dan baru dapat dibentuk untuk menyediakan negara berdepan dengan krisis ekonomi dunia.


Akhiri teka-teki pilihan raya dan fokus kepada mentadbir negara. Perdana Menteri kita sememangnya dikenali sebagai seorang pemimpin tidak gemar mengambil risiko.


Justeru, memandangkan kita sudah melangkah ke bulan Jun dan ditambah dengan senario ekonomi global yang malap, melambatkan pilihan raya bukanlah langkah bernas kerana ia hanya akan meningkatkan risiko untuk parti dan kerajaan!

Read more ...