Semalam, ketika upload satu gambar yang juga adalah salah satu dokumen yang terkandung dalam 66 [ atau 88, kurang pasti berapa helai sebenarnya ] dokumen perjanjian peneroka felda dengan felda, terdapatlah beberapa individu2 yang agak bangang memberikan komen bahawa dokumen tersebut adalah ;
1. Fitnah.
2. Rekaan sendiri. Aku cipta guna word.
3. Takde bukti itu dokumen benar.
4. Tipu
Aku mula2 cuba gak bersabar. Tapi last2 aku dah hilang sabar bila terdapatnya individu BANGANG yang cakap nak REPORT polis sebab aku upload dokumen tersebut. Dia nak report yang aku rasa alasannya sebab sebarkan dokumen palsu. Apa lah bangang sangat manusia tue. Korang boleh lihat kisah selanjutnya disini.
Sekarang neh, meh kita bincang isu neh dalam2. Jangan dok pongpang cakap orang nak mendengki korang dapat rm15k atau apa. Takde masa aku nak DENGKI kejayaan korang dapat rm15k pun. Sedangkan rafizi cakap korang boleh dapat rm50k. Orang nak tolong korang dapat rm50k, korang cakap orang nak dengki korang dapat rm15k?
Kalau dengki, kita orang biarkan je lah korang bangang2 dapat rm15k. Apa nak susah? 50k lagi banyak dari 15k apa. Yang kena TIPU, TERTINDAS dan DIPERDAYA tue korang. Bukan aku. Yang RUGI tue korang, pun bukan aku.
Aku rasa takan ada orang yang BANGANG2 nak merelakan diri DI MAKI2 dan DI HINA2 oleh orang2 yang berotak BAHLOL macam korang neh semata2 sebab DENGKI. Tapi disebabkan kita orang bukan ORANG BANGANG tapi orang yang sedang MENENTANG penipuan dan KEZALIMAN, maka kita orang terpaksa juga sedikit sebanyak berhadapan dengan orang BODOH dan BEBAL ketika menunjukkan korang perkara sebenar.
Seterusnya samada korang nak akur DITIPU atau mahu membebaskan diri daripada ditipu itu korang punya pasal. Ingat, yang RUGI tue korang bukan aku. Aku satusen pun takde effect apa2 bila korang tanggung kerugian apa seme pada masa akan datang. Ketika itu janganlah korang melalak2 meroyan sebab rm15k yang piem bagi dah habis, harga saham pula tak konsisten sebab turun naik dan terpaksa pula menanggung beban pembayaran di bank. Aku taknak campur pada saat itu. Sendiri yang pandai2 buat keputusan so sendiri lah tanggung.
Sebelum segalanya terlewat, kita bagi dulu langkah2 keselamatan. Kita neh sekadar nak membantu sesama rakyat. Takan lah kejam sangat kita orang neh pada korang, after all kita seme neh terkelompok dalam satu kumpulan yang sama iaitu RAKYAT MARHAEN. Kalau bukan kita yang nak TOLONG kita, sapa lagi?
Dalam isu FELDA neh, korang lihat dulu beberapa dokumen perjanjian yang aku dapat menerusi EMAIL.
Sapa yang bagi neh? Takan orang LUAR pula. Mestilah orang2 dalam FELDA sendiri. Jadi jangan SEMBANG kencang kononnya pihak luar yang cuba nak melaga2kan warga felda. Takde masa aku nak buat kerja BODOH tue.
1. Dokumen neh ada banyak. Dia cuba scan beberapa yang penting. Lebih tepat KEYPOINT kenapa perjanjian neh dianggap FISHY.
2. Semua orang tahu HARGA SAHAM mana ada KONSISTEN = STATIC. Kalau ada TURUN mestilah ada NAIK kan. Dan begitu juga sebaliknya. Apatah lagi ia melibatkan KOMODITI seperti MINYAK MASAK SAWIT neh hah.
3. Kat atas neh mengisahkan perjanjian pinjaman dengan BANK. Pinjaman neh merujuk kepada PEMBELIAN SAHAM oleh peneroka felda ke atas saham terbitan FGVHB. Memang kalau dah berani pinjam kena lah berani tanggung risiko kalau gagal bayar balik kan. BANK sudah tentu akan membuat perjanjian2 yang menyebelahi mereka. Aku tak salahkan bank kat sini. Ini adat orang berniaga. Mana ada orang nak RUGI. Tapi aku persoalkan pegawai2 felda yang terlalu mendorong peneroka2 neh agar sign. Kenapa?
4. Kat sini yang aku FAHAM setelah meneliti kes neh ialah ;
- Peneroka kena setuju bahawa dorang mengadaikan/memajakkan tanah mereka kepada FGVHB. Itu satu kes yang lain. Bagi menyenaraikan FGVHB.
- Peneroka juga kena beli saham yang diterbitkan oleh FGVHB. Ini juga satu kes yang lain.
Betul tak? Aku dah timbang, selidik, baca dan analisis. Ini yang aku nampak. Oleh kerana dokumen kat atas neh diterbitkan dalam bahasa english, maka ramai juga peneroka2 yang tak faham.
Namun, ada juga yang berjaya DIHASUT oleh pegawai2 FELDA agar SIGN jek perjanjian tersebut sebab diberitahu tidak akan merugikan sesiapa. Sekarang fikir. Ko SIGN = ko PINJAM. Lepas SIGN = ko dapat PINJAMAN = untuk beli SAHAM.
Lihat juga dokumen kat bawah neh ;
Surat tanggungan kerugian. Baca lanjut tentangnya disini.
Oke, selesai satu isu. Sekarang dari mana pula Najib razak cakap bagi RM15K kepada setiap peneroka2 felda tue? Yang neh lah aku percaya, duit yang korang dapat tue ialah HASIL PEMAJAKKAN TANAH korang kepada FELDA untuk disenaraikan sebagai FGVHB. So kalau ko pajak tanah = takan satusen pun ko tak dapat?
Kalau gitu, bak lah pajak tanah kat aku. Seronok gak aku dapat tanah percuma untuk beberapa tahun. So yang neh lah yang si RAFIZI dok pongpang2 cakap sepatutnya PENEROKA dapat 50ribu, bukan 15ribu. Yang bab tue korang baca sini lanjut.
Dan, setelah melakukan analisis, aku percaya bahawa kisah keseluruhan kes neh adalah seperti berikut ;
1. Mula2 peneroka kena pajak tanah. Pajak tanah = dapat duit = rm15k. Sapa tak setuju sign takan dapat duit = sekaligus penyenaraian FGVHB gagal. Jadi 15k bukan durian runtuh tapi duit korang sendiri setelah bersetuju untuk memajakkan tanah.
2. Selepas tue korang juga kena SIGN pinjaman untuk membeli saham. Korang kena SIGN dengan 8 BANK utama malaysia, yakni korang MEMINJAM untuk beli saham.
3. Dan, duit pinjaman tue nanti akan disalurkan terus kepada FGVHB. Harga seunit saham ialah = rm4.65.
4. FGV telah mengeluarkan pelan perancangan yang menyatakan mereka akan menjual pegangan saham mereka sebanyak 59% kepada pelabur2 baru.
5. Dan FGV juga menyatakan bahawa mereka akan menerbitkan saham2 baru yang berjumlah 980,000,000. Saham2 neh akan dijual kepada pelabur2 baru.
6. Saham2 baru neh lah yang aku PERCAYA dijual kepada peneroka2 felda.
7. Dan jika ini betul, ini bermakna peneroka2 felda telah meminjam untuk membeli saham2 dalam FGV yang juga akhirnya menjadi satu NILAI = WANG yang mana disifatkan oleh NAJIB sebagai DURIAN RUNTUH untuk disalurkan kepada peneroka semula.
Faham tak? Aku buat kesimpulan mudah.
Peneroka gadai tanah = bank bagi pinjaman beli saham = peneroka bagi duit pinjaman kepada FGV = najib bagi duit pada peneroka.
Nampak tak? Kalau lah ini benar, maka ini membuktikan dari awal lagi, tiada sesiapa pun yang dapat apa2 yang disifatkan sebagai durian runtuh. Apa pun ini adalah analisis dan penaakulan aku sendiri. Korang boleh percaya dan boleh taknak percaya, tapi aku cadangkan sesiapa yang terlibat dalam hal neh bersegera lah melakukan siasatan mendalam untuk mencari kebenaran muktamad.
Jika rasa ragu2, rasa kena tipu, dihasut agar sign, dipengaruhi untuk sign, sign tanpa faham butiran lanjut, atau apa sahaja, jangan lupa hubungi ANAK disini. Ingat, jangan biarkan diri sendiri DITINDAS atau DITIPU. Biar miskin, daripada hidup diperguna2kan oleh orang2 kaya.
Ameno : Kes neh sama macam sara1malaysia k