Thursday, December 2, 2010

Pajakan Pulau Pinang : Kerajaan Pusat perlu bayar RM 10 juta kepada Kedah


http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs025.ash2/34634_1458432734494_1043656924_1325687_1484637_a.jpg

ALOR SETAR, 3 Dis. : Kerajaan Kedah berhak buat tuntutan menaikkan kadar pajakan Pulau Pinang lebih tinggi berbanding RM10,000 kini kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah.

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib berkata, untuk jangka pendek, elok Kerajaan Negeri memikirkan inisiatif untuk tuntut kenaikan kadar pajakan sementara menuntut pulau itu jadi sebahagian Kedah, kerana prosesnya lebih rumit dan mengambil masa.

“Buat masa ini, elok jika Kerajaan Negeri berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk mohon naikkan kadar pajakan. Saya rasa ada rasionalnya tindakan itu kerana ia lebih mudah dibincangkan berbanding ambil alih sebuah negeri,” katanya ketika dihubungi.


Katanya, kedua-dua pihak perlu terbuka dan bertolak ansur demi untuk menjaga kesepaduan dalam negara.


“Saya sendiri melihat ada kewajarannya jika Kedah tuntut RM10 juta sekalipun sebab nilai wang ketika perjanjian dibuat adalah jauh berbeza dengan nilai wang masa kini,” katanya.


Abu Bakar berkata, berdasarkan perjanjian antara Britain dan Kerajaan Kedah itu, Pulau Pinang hanya dipajak. Ini bermakna Kedah berhak buat tuntutan terhadap pulau itu.


“Pulau Pinang masih hak Kedah walaupun kini dipisahkan sebagai dua negeri. Namun hak itu tetap ada dan boleh diguna pakai hingga kini, sebab tidak ada perjanjian yang dibaharui sejak perjanjian lama dibuat,” katanya.


Menurutnya, Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan wajar membuat semakan semula terhadap perjanjian lama yang dimeterai pada 1876, sekiranya membawa manfaat kepada kedua-dua pihak.


Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria tuntutan itu relevan selain ada fakta sejarah yang membolehkan tuntutan itu dibincangkan.


“Saya setuju dikaji semula bagi bolehkan kadar pajakan dinaikkan atau setidak-tidaknya dibayar berdasarkan nilai wang emas semasa,” katanya.


Menurutnya, dengan jumlah RM10,000 tidak banyak yang boleh dirancang untuk pembangunan negeri, berbanding nilai RM10 juta yang dituntut Kerajaan Negeri.


“Perkara ini harus dibincangkan di peringkat nasional sebab ada kewajarannya. Saya sokong kesediaan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) yang ada fakta dan dokumentasi untuk membantu mana-mana pihak dalam isu ini,” katanya.


Mohd Nasir berkata, isu ini tidak harus diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu sahaja, dan harus mendapat sokongan rakyat negeri ini.


“Hak Kedah perlu dikembalikan, jika tak mahu serahkan Pulau Pinang, naikkan kadar pajakan. Sebagai pemilik kenapa harus kita pula meminta-minta, patutnya Kerajaan Persekutuan yang tawarkan kadar baru,” katanya.


Menurutnya, perkara ini perlu diberi penelitian agar tidak mengguris mana-mana pihak, termasuk mencetuskan suasana tegang.


“Pihak berkaitan perlu duduk semeja dan bincang dengan teliti. Bukan mudah membuat perubahan namun pada masa sama harus fikirkan keamanan negara,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, sekiranya Kedah mempunyai asas yang kuat dan sanggup berjuang demi mempertahankan hak milik, perkara itu harus diteruskan demi manfaat negeri itu.SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Turun 5 Disember : Potong gaji Pengerusi Syabas, bukan naik harga air

Image Hosted by ImageShack.us

KUALA LUMPUR, 3 Dis.: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong sekiranya ada usaha Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor.

Ketua Penerangannya, Fadhil Osman berkata pihaknya merasa terkejut dengan maklumat pendapatan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan RM425,000 sebulan.

Katanya, DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air.

DPPWP, ujarnya tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh pengerusi atau ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional.

Tetapi, soalnya nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.

“Apakah Syabas mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat?

“Meskipun air di Selangor diuruskan oleh Syabas, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah untuk manusia?” soalnya lagi.

Jelasnya, air adalah keperluan asas penduduk di mana tanpa air, tiadalah kehidupan dan DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya melihat mungkin itulah faktor Syabas mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya.

Sedangkan, ujarnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

Sepatutnya, tamba beliau Pengerusi Syabas perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah kerana menaikkan harga air bererti menambah beban kepada rakyat.

“Rakyat baru mendapat ‘hadiah’ dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi,” ujarnya.

Beliau menambah, Syabas perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat.

DPPWP juga, ujarnya menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember, Ahad ini sebagai membantah kenaikan harga air oleh Syabas.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Ulama Umno mungkin tegur mungkar cara kenyit mata






















KUALA LUMPUR, 3 Dis: PAS bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya ilmuan agama berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat apabila ada unsur-unsur penghinaan kepada Islam.

Namun, kata Ketua Penerangan PAS Puat, Idris Ahmad jangan hanya nasihat itu ditujukan kepada ulamak supaya menegur kesilapan orang yang tidak sealiran dengan kerajaan sahaja.

Malahan, ujarnya teguran itu juga perlu ditujukan kepada pemimpin negara yang melakukan kemungkaran.

“Kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin lebih merbahaya jika tidak dicegah, berbanding dengan kemungkaran yang dilakukan oleh rakyat biasa kerana mereka difokus oleh media dan menjadi ikutan kepada rakyat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

PAS juga, tambahnya mengharapkan supaya golongan agama dalam Umno berani dan tegas menegur segala bentuk kemungkaran yang semakin teruk kerana ia dinaungi oleh pemerintah.

Katanya, ketika kerajaan mencadangkan di dalam Program Tansformasi Ekonomi dengan memasukkan cadangan supaya hiburan kelab malam dibuka sampai pagi, rakyat tidak mendengar lagi teguran yang dibuat orang agama dalam Umno walaupun program itu akan memusnahkan jiwa manusia.

“PAS tidak tahulah kalau teguran itu dibuat dalam bahasa isyarat kerana kemungkinan kerajaan dan ulamak dalam Umno ‘orang kurang upaya’ (OKU),” ujarnya sinis.

Tegasnya, teguran yang paling berkesan sekali ialah kepada pemimpin negara sebagaimana hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: Penghulu kepada orang yang mati syahid ialah Hamzah Abdul Mutalib dan lelaki yang bangun menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim, lalu dibunuh.

Menurutnya, rakyat tentu masih ingat ketika kabinet mengarahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menyediakan garis panduan hiburan, kerajaan hanya membakulsampahkan sahaja.

Sedangkan, ujarnya orang agama dalam Jakim ialah kakitangan kerajaan, bukan daripada ulamak PAS dan tidak ada mana-mana parti.

“Jika teguran Jakim pun kerajaan tidak mahu dengar apalah yang hendak diharapkan kepada perkara yang lain,” katanya.


MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Read more ...

Hutang menggunung, Perak bakal muflis



















IPOH, 3 Dis: Negeri Perak bakal muflis sekiranya hutang yang menggunung sejak 10 tahun lalu tidak dilangsaikan segera, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Nga Kor Ming.

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa membentangkan Bajet 2011 memberitahu ledakan hutang kerajaan negeri semakin hari semakin menggunung di mana pada 1999 sebanyak RM182 juta tetapi 2010 kini mencecah paras RM903 juta.

Tambahnya, hutang tersebut telah meningkat lebih kurang 500 peratus.

“Fakta di depan mata yang tidak dapat dinafikan adalah, kini hutang negeri Perak telah melebihi segala simpanan kerajaan negeri dalam kumpulan wang bersatu kerajaan,” ujarnya ketika membahaskan bajet negeri 2011 pada persidangan Dun, semalam.

Dengan kata lain, beliau yang juga Setiausaha DAP negeri berkata, sekiranya tidak dijelaskan segera hutang tersebut negeri Perak akan muflis.

“Jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah...tepuk dada, tanya iman, jika bersalah, sila bertaubat,” ujarnya sinis.


MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Read more ...

PAS ramal Pakatan akan tawan negeri kubu kuat Umno

KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta lain-lain negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Demikian kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen kelmarin.

“Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya,” katanya.

Menurutnya, tidak mustahil kita berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana Pakatan bertanding di padang yang tidak sama rata.

“Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat.

"Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Hari ini PAS sudah mempunyai dua Adun di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mengatakan ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan.

Namun bagi Abdul Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya ia merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan.

Menurut beliau, tidak dinafikan adanya kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki.

Dalam masa yang sama ketika menjawab soalan The Malaysian Insider, Isnin lepas sama ada PAS akan melaksanakan agenda negara Islam jika Pakatan menang, Ustaz Abdul Hadi menjawab: "Perlaksanaan Islam akan dilakukan peringkat demi peringkat, kita hendaklah faham bahawa Islam tidak boleh diterjemahkan sebagai religion kerana tidak memenuhi objektif Islam itu sendiri, sebaliknya maksud lebih tepat ialah a way of life, yang meliputi seluruh aspek kehidupan dan juga bukan Islam yang tidak dipaksa menganut Islam.

"Keduanya negara kita mengamalkan sistem faderalisme, yang mana ada kuasa-kuasa negeri. Sudah tentu PAS akan kuasai negeri-negeri tertentu seperti Kedah, Kelantan seperti mana juga PKR dan DAP. Sekiranya faderalisme diamalkan dengan betul, PAS diberi peluang menunjukkan model pemerintahan Islam sebenar di negeri-negeri ini, ia dapat dilihat oleh rakyat Malaysia untuk dinilai sama ada positif atau negatif, kemudian berlakunya dialog dengan cara lebih demokratik, ini akan mengembangkan matlamat kita untuk mendirikan negara yang diterima oleh semua.

“Kita tidak mahu slogan sahaja, tetapi isinya tidak Islam.”


MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Read more ...

Presiden Bloggers PAS Perak letak jawatan








































PARIT BUNTAR, 3 Dis. :
Blogger Raden Albanjari hari telah meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak.

Berikut adalah kenyataan beliau :

Merujuk kepada tajuk diatas, sangat jelas akan hasrat dan niat. Maka dengan ini saya, radens albanjari meletakkan jawatan sebagai Presiden Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak berkuatkuasa 3 Disember 2010 yang jatuhnya pada hari yang sangat mulia, jumaat yang juga merupakan penghulu segala hari.

Terima kasih kepada rakan2 blogger yang telah memilih saya sebagai Presiden di Konvensyen Bloggers PAS Perak pada januari 2010 yang lalu. Notis rasmi perletakan jawatan itu akan saya utuskan secara serahan tangan kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Perak selewat-lewatnya pada minggu depan.

Salam dan terima kasih.

Radens ALB

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Kakitangan awam Pulau Pinang dah dapat RM 500 dapat RM 800 pula

GEORGE TOWN, 2 Dis : Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.

“Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.

“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta,” katanya.

Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam. – Bernama

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Read more ...

Menjelang PRU 13, PAS semakin realistik tangani strategi, ideologi























KUALA LUMPUR, 2 Dis. : PAS semakin mengambil langkah dan sikap yang realistik dalam membentuk strategi dan menangani hubungan dengan parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara mengatakan PR tidak perlu logo rasmi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Abdul Hadi dalam wawancara itu menegaskan fokus yang sewajarnya diberikan kepada kerjasama yang boleh dijalankan bersama PR dan bukan hal-hal yang masih jauh.

Beliau sebelum ini menegaskan perlunya PAS menang hasil kekuatan sendiri dan bukan akibat daripada kelemahan parti lawan.

Perkembangan ini memperlihatkan usaha PAS untuk menjadi lebih mandiri dan kukuh dalam menghadapi persaingan politik di negara ini.

Pendekatan ini dilihat muncul ekoran perkembangan sejak Pilihan Raya Umum ke-12 dua tahun lalu yang menunjukkan masih banyak yang tidak dapat dipersetujui parti-parti PR.

Selepas berdepan pergeseran dalaman ekoran projek 16 September pada 2008, pendekatan baharu PAS ini dilihat sebagai usaha untuk parti itu bergerak berdasarkan ideologinya, dengan meneruskan kerjasama pada tahap yang dipersetujui dalam PR.

Ketua pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam satu tulisan di blog menegaskan perjuangan Islam PAS yang perlu ditegaskan dan tidak bersikap apologetik, menandakan kesedaran parti itu terhadap ideologinya yang agak tidak ditonjolkan sejak kebelakangan ini ekoran keperluan strategi.

Ketika polemik panas timbalan perdana menteri yang dikatakan dijanjikan kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang, PAS mengambil pendekatan tidak terlibat dalam debat itu, dengan Nik Mohd Amar Abdullah mengatakan tindakan memutuskan siapa timbalan perdana menteri masih jauh, kerana PR masih belum menang dan menubuhkan kerajaan pusat.

PAS juga menjarakkan diri daripada penekanan berlebihan pada Putrajaya apabila naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata usaha menguatkan parti perlu dilaksanakan terlebih dahulu berbanding bercakap tentang Putrajaya.

Tindakan tersebut memperlihatkan sikap berhati-hati PAS berdepan pilihan raya umum nanti, yang dijangka menyaksikan prestasi Umno dan BN yang meningkat berbanding sebelum ini.

PAS turut meningkatkan usaha menarik sokongan bukan Melayu, yang digerakkan dengan aktif oleh pemimpin seperti Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Pada masa sama, parti ini turut semakin menyedari sokongan Melayu yang diperlukan, dan menggerakkan kempen untuk menjadi wakil kepada orang Melayu yang lebih berkesan berbanding Umno.

PAS mengadakan seminar PAS Sedia Ganti Umno di Shah Alam, Selangor bulan lalu, sebagai sebahagian usaha mempersiapkan parti mengambil peranan sebagai parti utama orang Melayu menggantikan Umno.Siasahdaily

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Read more ...

Turun 5 Disember : Solat hajat iringi penyerahan memo kepada Agong

Image Hosted by ImageShack.us

PETALING JAYA, 2 Dis. : Pertembungan perhimpunan Ahad ini mambabitkan kerajaan negeri Selangor dengan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bagi menyerahkan memorandum kepada Yang-Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, dikhuatiri akan menimbulkan kekecohan antara kedua-dua kumpulan itu.

Penyelaras kempen anti kenaikan harga air Selangor Dr Badrul Amin Bahron berkata aspek keselamatan rakyat cukup dititikberatkan kerana jika sebarang ‘provokasi’ mahupun kekecohan berlaku maka perhimpunan itu akan diteruskan oleh pimpinan negeri.

Katanya, pihak polis telah dimaklumkan perkara itu malah keputusan sama ada rakyat turut serta sehingga ke Istana Negara akan diputuskan esok.

Menurut beliau, solat hajat dan Zohor akan diadakan di Masjid Negara bersama-sama pemimpin negeri Selangor dan disusuli perhimpunan bagi menyerahkan 100 tandatangan kepada Agong di Istana Negara.

"Kami sudah memaklumkan kepada pihak polis untuk permit, sehingga kini masih belum menerima jawapan balas. Malah rancangan telah diatur dengan solat zohor dan hajat akan dibuat terlebih dahulu sebelum perhimpunan dimulakan ke Istana Negara.

"Jika wujud sebarang kekecohan atau perkara tidak diingini seperti hujan, maka pemimpin negeri sahaja yang akan berarak ke Istana Negara untuk serahkan memo itu.

"Rakyat akan tunggu di Masjid Negara…..kerana yang penting bagi kami adalah keselamatan rakyat. Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat esok," katanya ketika dihubungi FMT.

Kumpulan terdiri daripada baju merah adalah pro-kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan kira-kira 20,000 orang turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Manakala anggota GAPS dilaporkan mengenakan baju hitam diketuai pengerusinya Hamidzun Khairuddin dan disertai hanya kira-kira 2,000 orang bakal berhimpun di Masjid Jamek.

Ahli Umno turut serta dalam tandatangan

Dr-Badrul AminBadrul Amin berkata, melalui kempen yang mensasarkan 100,000 tandatangan itu turut menerima penyertaan daripada ahli Umno.

Beliau yang juga Pengarah Penerangan Negeri Selangor mendakwa tandatangan itu diperoleh daripada ahli Umno termasuklah di Sungai Besar, Hulu Selangor dan Tanjung Karang.

Malah ada beberapa ahli itu yang bersetuju untuk menyertai perhimpunan bersama-sama kumpulan merah pada Ahad ini.

"Kami bergerak ke pelusuk kampung dan ahli-ahli Umno di beberapa kawasan turut menyatakan sokongan terhadap kempen kita ini. Ada yang berterus terang tidak sanggup untuk turun namun ada segelintir yang bersetuju untuk turut serta dengan kami.

"Malah tandatangan yang terkumpul setakat hari ini telah mencecah 50,000 dan berharap kita berjaya dengan sasaran 100,000 itu," katanya.

Nafi mahasiswa dibayar kerajaan negeri

Dalam perkembangan lain, Badrul Amin menafikan pembabitan kerajaan negeri dengan penyertaan mahasiswa dalam perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, perkara ini timbul atas kesedaran mahasiswa malah menjelaskan bahawa perhimpunan itu bukan bersifat politik.

"Walaupun Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) menghalang mahasiswa terlibat dalam sebarang perhimpunan politik namun jelas ini bukan perhimpunan politik. Ini perhimpunan rakyat tanpa mengira latar belakang masing-masing.

"Mahasiswa ini juga bukan dibayar oleh kerajaan negeri, kami tidak suruh mereka turut serta tetapi mereka faham perlu dihentikan dasar penswastaan air yang wujud ini," katanya.

Katanya setakat ini bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengesahkan penyertaannya dalam perhimpunan pada hujung minggu ini.

Malah beliau turut mengalu-alukan pemimpin lain daripada negeri lain untuk turut serta memandangkan ia akan menjadi isu nasional.


MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

E-Book: Puluhan juta di belanjakan tanpa perjanjian











Oleh : Dr. Syed Azman Syed Ahmad

“Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan. Kerajaan negeri akan merakyatkan program buku elektronik dengan menyediakan peruntukan RM30 juta bagi membekal komputer riba kepada 25,000 orang pelajar.” Begitulah kata-kata Dato’ Sri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu yang merupakan pencetus idea penggunaan e-Book semasa membentangkan bajet tahunan 2010 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Genap sebulan yang lepas saya telah mengemukan soalan di Dewan Undangan Negeri tentang kewajaran Kerajaan Terengganu memperuntukkan jumlah yang amat besar bagi projek e-Book bagi membekal komputer riba kepada pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 di seluruh negeri.

Dalam jawapan beliau kepada saya, Menteri Besar Dato Sri Ahmad Said secara angkuh membidas saya) yang menurutnya tidak pernah bersetuju dan dengki dengan apa yang dibuat kerajaan negeri walaupun ia jelas menampakkan kejayaan. Katanya lagi, kerajaan negeri berani berbelanja untuk sesuatu yang bermanfaat kepada rakyat Terengganu seperti perlaksanaan program e-book atau buku elektronik kepada pelajar sekolah dan juga guru walaupun ia dikatakan sebagai membazir oleh pihak lawan (PAS).

Saya bangun mencelah dan menyatakan kepada Menteri Besar bahawa “tidak timbul soal dengki atau sekadar membangkang sedangkan kita semua rakyat Terengganu dan mempunyai tanggungjawab yang besar bagi membangun serta melihat kejayaan negeri Terengganu”. Isu pokoknya apakah pihak kerajaan Terengganu telah membuat kajian mendalam mengenai perlaksanaan projek yang amat besar ini?

Ini di tambah dengan anggaran keseluruhan projek e-Book ini sahaja telah mencecah hampir RM100 juta dan dijangka meningkat berlipat kali ganda lagi. Lihat sahajalah perbelanjaan yang telah di keluarkan setakat ini;

Pembinaan kilang ‘design & build’ - RM7.95 juta
Budget pembelian e-Book 2009 - RM30 juta
Budget pembelian e-Book 2010 – RM25 juta
Budget tambahan pembelian e-Book Ogos 2010 – RM25 juta

Anggaran jumlah keseluruhan yang telah di belanjakan sepanjang tahun 2008-2010 sahaja adalah RM 87.95 juta. Namun persoalan yang selalu timbul di naluri hati saya adalah apakah projek ini di urustadbir dengan telus dan berhemah? Bagaimana pula kos keseluruhannya yang akan di tanggung oleh kerajaan negeri? Dan apakah pula pulangannya kepada rakyat Terengganu yang rata-rata susah dan miskin?

Namun jangkaan negatif saya menjadi kenyataan apabila saya telah dibekalkan melalui pos laju satu set laporan Audit Pengurusan Anak Syarikat Top IT Industries Sdn. Bhd. yang di sediakan oleh Jabatan Audit Negara Cawangan Terengganu. Isi kandungannya adalah amat mengejutkan! Amat menggerunkan serta amat memalukan!

Antara lain laporan itu menyebut; “pada pendapat audit, aktiviti projek e-Book kurang memuaskan kerana;
1. tiada perjanjian di antara syarikat dengan kerajaan negeri dan antara syarikat dengan pembekal perkakasan dan perisian
2. berlaku kelewatan penghantaran
3. kadar murid yang membawa eBook ke sekolah adalah amat rendah
4. berlaku kecuaian memilih pembekal perisian sistem,
5. kerosakan e-Book

Tiada perjanjian! Bayangkan projek sebesar ini tidak ada sebarang perjanjian di antara syarikat dengan kerajaan negeri dan antara syarikat dengan pembekal perkakasan dan perisian. Lebih mengejutkan lagi kilang bernilai lebih hampir RM 8 juta ini menurut semakan audit ”mendapati pelan banguunan kilang belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat dan bangunan kilang belum lagi memperolehi Sijil Akaun Kelayakan Menduduki (SAKM) daripada pihak berkuasa Majlis Bandaraya. Bagaimanapun, bangunan telah digunakan untuk menjalankan operasi.”

Lebih menggerunkan lagi apabila laporan audit ini mendapati ”Berdasarkan laporan juruperunding arkitek pembinaan kilang, mendapati kebocoran pada dinding, steel column dan dinding batu bata. Lawatan audit ke bangunan kilang pada 15hb Mac 2010 mendapati kesan retak yang serius yang sedang dalam pembaikan oleh kontraktor..”

Bayangkan kilang yang telah beropersi hampir dua tahun tidak mendapat keluluusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta tidak ada CF sedangkan lebih 60 orang pekarja telah menjalankan tugas dalam keadaan nyawa mereka sentiasa terancam dengan menanggungung risiko kemungkinan keruntuhan bangunan kilang. Siapakah yang akan bertanggungjawab dalam hal ini semua?

Lebih memalukan lagi apabila laporan Audit ini menndapati ”semakan audit di kilang mendapati pada tahun 2009 sebanyak 1,857 unit e-Book dan bagi tempoh Januari 2010 sehiingga Mac 2010 sebanyak 1,532 e-Book yang diberikan kepada murid-murid telah rosak dan di hantar ke kilang untuk dibaiki. Daripada jumlah tersebut seramai 609 murid dikehendaki membayar diantara RM69 hingga RM200 kerana kerosakan tersebut tidak termasuk dalam jamina kerosakan selama setahun. Kadar kerosakan adalah 14% berbanding dengan jumlah e-Book yang dibekalkan kepada murid-murid berjumlah 24,431 e-Book”.

Yang amat mengejutkan lagi kerosakan ini berlaku dalam tempoh kurang satu tahun selepas pemberian kepada murid-murid dan kadar kerosakan 14% merupakan kadar yang amat tinggi dan ini memberi gambaran kepada kualiti e-Book yang dikeluarkan adalah amat tidak bermutu.

Lebih memalukan lagi apabila kilang yang diwarwarkan oleh Menteri Besar ”bahawa kerajaan dengan kerjasama syarikat klogomerat Intel telah siap membina kilangnya di kawasan Perindustrian Gong Badak yang mula beroperasi bagi pemasangan komputer riba untuk dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara”.

Realitinya, tidak ada operasi bagi pemasangan komputer riba untuk dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara. Yang ada hanya pekerja-pekerja yang bekerja mengisi perisian-perisian ’software’ e-Book yang di impot dari China berbumbungkan sebuah kilang yang pada bila-bila masa berkemungkinan boleh runtuh seperti runtuhnya Stadium Sultan Mizan yang tersergam indah kabar dari rupa. Wahai rakyat Gganukite bagnkitlah menentang kepincangan dan salahurus di negeri tercinta ini, janganlah jadi seperti pak pandir...


MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Ust. Taib Azamudden jawab fitnah terhadap PAS Kedah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQ-b2WACTM0w7U5eiKnj9XY0fHO__KIQfiRJ-cHOlnMT06p3oPtFFm5OJ698UfX5KHlpLexRSF9Xv-QPFyX0Y-96CxDSCQoSc5R6f9R2y0Ytwpi76V0VCIyV8w1gPCNjhH4jl0GrZaZKg/s320/taib%2520azam%5B1%5D.jpg

ALOR SETAR, 2 Dis. : Kepimpinan PAS Kedah tidak bermasalah dan tidak berpecah kepada puak-puak atau tidak sehaluan apabila satu pihak didakwa menyokong pemodenan dalam PAS, dan selebihnya berpaksi kepada amalan tradisional parti.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kedah, Taib Azamudden Md Taib berkata, isu yang cuba dibangkitkan pihak tertentu itu nyata berniat jahat apabila cuba menimbulkan situasi tegang dalam PAS dengan membuat kenyataan tidak berasas.


“Semua PAS kawasan menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Tidak timbul isu tidak sehaluan walaupun ada masa kita bercanggah pendapat. Malah selepas pilihan raya umum lalu, banyak cawangan baru diwujudkan di daerah-daerah,” katanya.

Taib Azamudden turut menyangkal dakwaan kononnya wujud permasalahan dalaman parti yang cuba ‘disembunyikan’ daripada pengetahuan luar sehingga memaksa ahli-ahli PAS berdiam diri kerana takut pada kepimpinan tertinggi PAS, termasuk Pesuruhjaya PAS Kedah.

“Itu semua karut! Saya percaya senario itu tidak wujud, ianya sengaja digembar-gemburkan untuk meretakkan perpaduan dalam parti. Jika bercakap soal masalah dalam parti, semua parti mengalaminya cuma bezanya, serius atau sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, setiap parti ada kelebihan dan kekurangan tersendiri dan ahli sepatutnya menerima dengan hati terbuka, selain cuba membuat penambahbaikan untuk memantapkan parti.

“Kekuatan PAS adalah kerana kita berpegang pada al-Quran dan hadis dalam perjuangan. Saya percaya ahli tidak keberatan balik kepada ajaran jika keadaan memaksa. Jika ada pihak mempertikai perjuangan PAS, mereka hendaklah komen berdasarkan sunnah, bukan ikut hawa nafsu atau berpandukan fitnah,” katanya.

Taib Azamudden berkata, PAS Kedah tidak pernah meminggirkan rakan komponen termasuk parti lawan dalam mana-mana isu berbangkit.

“Dalam isu banjir baru-baru ini, kita bantu semua tanpa mengira fahaman politik. Mungkin ada segelintir pihak yang ada kepentingan peribadi menggunakan isu tertentu untuk menjatuhkan pihak lain,” katanya.

Menurutnya, apa yang dilemparkan kepada PAS mungkin adalah andaian pihak luar yang tidak terbabit secara langsung dalam kepimpinan parti, atau boneka UMNO yang diberi mandat untuk memporak-perandakan PAS.

Mengulas mengenai kenyataan bekas ahli PAS, Zainol Ismail yang juga penulis buku ‘Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali’ yang kesal dengan sikap Dewan Pemuda PAS Pusat yang menghalang penjualan buku itu di majlis memperingati 25 tahun Memali, Baling, baru-baru ini, Taib Azamudden yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, Zainol tidak seharusnya ‘menghentam’ PAS menerusi buku, sebaliknya patut bersemuka dalam isu ini.

Zainol turut menyelar Ahli Parlimen mewakili PAS supaya telus. Jika tidak, mereka tidak layak bercakap dan mempertikaikan salah laku pihak lain.SH

Read more ...

Duduk tahun 2006 kata dah 30 tahun

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghhGqIChTRBBFVuHVW64PHOeAgGoAwKyNgCy2h_cbBD3hVS6BWcp7kUPLuaa_g_RbDAAjLQpCOoR4crUN1ZQNnYfNekXanISq1GZTruGPVIur-vhB9qv1ejqYvy_r1yMQt5ejtJMKVYgpJ/s1600/Kg+Kelang+Ketapan.jpg

GURUN : Dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri dan Permodalan Kedah Berhad (PKB) enggan berunding dengan 13 keluarga yang menduduki tanah PKB secara haram di Kampung Kilang Ketapan, disangkal oleh Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah, Encik Muzaini Azizan.

"CEO PKB, Encik Harun serta pengurusannya dan saya sendiri telah bertemu dengan wakil-wakil penduduk untuk berbincang mengenai isu dua tahun lalu, bagi mencari penyelesaian terbaik untuk membantu penduduk.

"Selepas itu Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mengarahkan PKB membayar pampasan kepada penduduk tertentu yang terbabit, sambil Menteri Besar mengingatkan penduduk supaya menerima kenyataan bahawa mereka telah menduduki tanah PKB secara tidak sah," ujarnya.

Encik Muzaini turut menafikan dakwaan bahawa penduduk telah menduduki tanah tersebut sejak 30 tahun lalu. Menurutnya, pencerobohan di atas tanah PKB hanya bermula sekitar tahun 2006 yang melibatkan 13 keluarga sehingga kini.

Tu dia aihhh memang zalim kerajaan Ust Zizan nie.... halau penduduk macam tu jaa... sampai tak bagi masa untuk rundingan langsung... mana cukup bagi masa 2 tahun untuk berbincang... bagi la masa 200 tahun kaa baru cukup...baru ada masa nak berbincang.... bincang siap bagi pampasan pon tak cukup lagik hangpa nak apa... pie la cari rumah sewa kot gurun guaq tuu...kalau tak ada tanah buat la cara tak ada tanah bukan hangpa 13 org saja tak ada tanah...

belambak lagi rakyat lain yg tak ada tanah.. himpon duit beli sendiri laa... asyik nak tanah free jaaaa... gemok la hidup mcm nie... mai buat rumah depan laman orang lepas tuu suruh pindah tak mau pulak... tuan rumah halau kata zalim tak berperikemanusiaan...lepas tu tuan rumah bagi plak duit suruh pindah jugak tak mau pindah...

lanie hangpa nak apa sebenaqnya nie.. nak dapat FREE...ulang sekali lagi...GEMOK laaa hidup macam nie...kalau hangpa dapat FREE kami yg rakyat lain pon nak jugak mintak tanah FREE macam hangpa dapat.... Laa nie hangpa pie jumpa KEDA suruh depa bagi rumah FREE tuuu... KEDA ada bagi rumah FREE dekat penduduk yg perlukan rumah macam hangpa...

kalau KEDA pun tak bagi kira KEDA dengan KERAJAAN NEGERI zalim lah kot... pada aku KEDA lagi zalim sebab kerja depa buat rumah bagi rumah... KERAJAAN NEGERI depa nak ambik tanah itu semula untuk buat pembangunan dan depa dah bayaq pampasan kat 13 orang tuuu... Tapi kalau KEDA tak bagi kita boleh kata depa tak zalim sebab mungkin yg 13 org tu tak memenuhi kriteria nak pohon rumah KEDA... jadi yg zalim lanie hangpa sendiri laa dok perkeras pedai nak pertahankan ideologi hangpa tuuu...

lanie pie jumpa PUTERI UMNO laaa suruh depa tolong hangpa...boleh kot cik puteri....


Kerajaan Kedah dibidas usir 13 keluarga isu tanah

SUNGAI PETANI 1 Dis. - Pergerakan Puteri UMNO membidas tindakan kerajaan negeri yang mengambil keputusan terburu-buru mengusir 13 keluarga daripada tanah yang didakwa dimiliki anak syarikat kerajaan negeri, di Kampung Kilang Ketapan, Gurun dekat sini baru-baru ini.

Naib Ketuanya, Shahanim Mohd. Yusof berkata, lebih dikesalkan, kerajaan negeri seolah-olah tidak 'berhati perut' apabila sanggup mengheret kesemua keluarga berkenaan ke mahkamah tanpa melalui sebarang rundingan terlebih dahulu.

Kedahlanie

Read more ...

Pemimpin Umno jangan perbodoh rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAfaq7Uc1GdAoKUl0QKTIYxHvjR9gm33ciuNRWGU2S9EY5HkV3GKgp2BhA-IKeabW9umMyCStaibZ_l7dc9F1S-fW9Ol79aly6eZKJxyawIXzMRKauFmYvlGun1qC78ObF1rtoM5u0ipQn/s400/images.jpg

PARIT BUNTAR, 2 Dis. : Tanah orang Melayu di Pulau Pinang yang hanya tinggal satu peratus bukan berlaku di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat sebalik sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional .

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, rakyat tidak boleh diperbodohkan dengan kenyataan pemimpin Umno bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengambil tanah orang Melayu sehingga menyebabkan tanah orang Malayu hanya tinggal satu peratus.

“ Pakatan Rakyat baru memerintah tiga tahun dituduh mengambil tanah orang Melayu, sedangkan sejak Barisan Nasional memerintah tanah orang Melayu sudah tinggal satu peratus.

“ Separuh abad Umno dan Barisan Nasional berkuasa di Pulau Pinang, apa mereka buat untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan hak mereka, membina kekuatan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi?” katanya mengulas kenyataan Ketua Umno Bagan Serai Dato' Zaili Cha (gambar) dalam Sinar Harian hari ini.

Fakhrurrazi berkata, masalah tanah orang Melayu Pulau Pinang telah diseminar dan didiskusikan oleh ahli-ahli akademik sejak berdekad yang lalu. Sudah berpuluh resolusi dihasilkan, semuanya sampai ke tangan para pemimpin Umno negeri yang pada waktu itu menjadi Exco dan Menteri.

“ Apa langkah yang mereka ambil? Hanya selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (yang dikatakan kerajaan DAP) barulah Umno terhegeh-hegeh nak mendedahkan isu Melayu Pulau Pinang yang merempat di bumi sendiri.

“ Isu orang Melayu tinggal di atas tanah yang bukan milik mereka, bukan perkara baru. Masalah ini sudah dibangkitkan sejak Barisan Nasional memerintah tapi Umno hanya melihat dengan mata putih, apa mereka buat atau apa mereka telah buat? “Soalnya

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman kesal dengan sikap pemimpin Umno baru sekarang membawa isu orang Melayu bakal terusir dari rumah yang mereka duduki kerana berada di atas tanah milik orang lain.

“ Ia tidak lebih dari cerita zaman P. Ramlee yang diputar semula. Ini sama sekali bukan angkara DAP kerana tanah orang lain yang mereka duduki itu bermula dari zaman BN dahulu.

“ Ia berlaku kerana kemiskinan orang Melayu, tidak bertanah dan menumpang di atas tanah orang. Kemunduran Melayu Pulau Pinang adalah kerana kegagalan Umno sebagai penguasa (dalam tempoh yang panjang) memperjuangkan nasib mereka” katanya

Adnan berkata, kini Umno mencari isu remeh temeh untuk menjadikan Pakatan Rakyat sebagai kambing hitam menutup kegagalan mereka.

“ Sewaktu satu demi satu tanah milik Melayu di Pulau Pinang diambil oleh kerajaan pada tahun 80-an untuk pelbagai tujuan, Umno tidak sibuk mengangkat sepanduk.

“ Sekarang nak menyalahkan pemimpin Pakatan Rakyat yang diwariskan sebuah negeri yang sudah kering kontang hak Melayunya , angkara kegagalan kerajaan Barisan Nasional” katanya

Katanya, rakyat perlu tahu bahawa Pulau Pinang menjadi negara pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh yang setahun pentadbiran Pakatan Rakyat.

“ Kerajaan Pulau Pinang akan memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Hampir semua yang miskin tegar itu adalah orang Melayu.

“ Malah, kerajaan Pulau Pinang yang dituduh anti Melayu inilah yang telah menyalurkan bantuan kewangan kepada semua Sekolah Agama Rakyat di Pulau Pinang setelah dinafikan semasa pemerintahan Barisan Nasional” katanya

Read more ...

Mai tengok apa di bawah Songkok Tiga Jengkal Umno

http://i986.photobucket.com/albums/ae343/toirtap/050508-monkey-404_668094c.jpg

PUTRAJAYA, 2 Dis. : Ini fakta menunjukkan tembelang puak-puak yang menyanjung ketuanan melayu tetapi hakikatnya depa dok menjahanamkan tanah orang Melayu;

1) 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

8) 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

15) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu

“di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.....SETUJU????Kedahlanie

Read more ...

Menjelang Konvensyen PR ke 2 : Rakyat masih menaruh harapan walau difitnah Umno



PUTRAJAYA, 2 Dis. : Selepas menghadapi serangan bertubi-tubi dari Umno/BN dan media yang mereka kuasai, ternyata Pakatan Rakyat masih mampu bertahan, malah sedang menyusun persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 pada bila-bila masa.

Ini sebuah kegigihan dan keazaman yang luar biasa bagi Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan bagi kepentingan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, iaitu perubahan ke arah pelaksanaan keadilan dan demokrasi sebenar serta pembahagian kekayaan negara dengan adil dan saksama, tanpa rasuah.


Bagi melaksanakan agenda menghadapi PRU Ke-13 ini, dua program besar diadakan di mana pada 29 November lalu telah diadakan Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam Selangor dan menyusul sebuah lagi program besar iaitu Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua yang akan diadakan di Dewan Melinnium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 19 Disember ini.

Pulau Pinang dipilih, barangkali kerana negeri itulah paling banyak menerima pelbagai tuduhan dan dakwaan berunsur perkauman dari parti lawan. Oleh itu tentunya konvensyen ini menghantar mesej jelas bahawa Pakatan Rakyat masih mampu bertahan di Pulau Mutiara itu.

(Gambar: Konvensyen pertama Pakatan Rakyat yang menampakkan perpaduan utuh di kalangan mereka.Apa berlaku untuk kali kedua ini?)

Antara agenda Konvensyen tersebut ialah membincangkan isu penting – antaranya isu tanah Felda dan Felcra dan Tanah Adat, isu air di Selangor dan tempat lain, isu tol, isu pelaburan yang kian merosot, masalah isu pekerja wanita di Sabah dan Sarawak dan pelbagai isu lain.


Ini semua adalah isu penting, namun yang juga sangat penting diberikan penekanan dalam Konvensyen Pakatan itu ialah masalah rangkaian penerangan negeri-negeri Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor, yang kelihatan belum dapat diselesaikan. Ini menyebabkan begitu banyak usaha terbaik untuk rakyat dari negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat belum benar-benar diketahui oleh rakyat terutama di kawasan pedalaman.


Memang telahpun diputuskan bahawa Pakatan Rakyat akan melancarkan majlis penerangan besar-besaran di beberapa buah negeri, namun ramai berpendapat supaya pelaksanaan majlis penerangan ini mestilah benar-benar berkesan.


“Ia bukan saja sekadar majlis ceramah dan menyampaikan risalah atau memberi taklimat di kalangan pendukung Pakatan Rakyat saja, tetapi penerangan mestilah pergi jauh ke akar umbi rakyat, terumata di pedalaman, supaya rakyat mengetahui kebaikan Pakatan Rakyat,” kata Ir. Ibrahim Jalil, seorang perunding pembinaan yang sangat bersimpati dengan Pakatan Rakyat.


Baginya, tidaklah perlu sangat mengadakan perhimpunan yang lebih banyak dihadiri oleh kalangan penyokong PAS, DAP dan PKR, sedangkan kebanyakan rakyat terbanyak belum lagi diberikan penerangan secukupnya.


Seorang doktor perubatan di Petaling Jaya, Dr. Rosman Abd Ghani yang juga menyokong Pakatan Rakyat berkata, “Saya selalu pulang ke kampung di Selangor, masalahnya, orang kampung belum banyak yang mengetahui kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat.”


Bahkan, katanya, ada di antara mereka yang tidak tahu siapakah Menteri Besar Selangor sekarang dan mereka tidak begitu tahu mengenai perubahan yang berlaku sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor selepas pilihan Raya umum Mac 2008 dulu.


Baginya, ini masalah besar dan beliau berharap JKKK, Ahli Majlis Daerah dan Perbandaran, Penghulu dan Ketua Kampung, malah AJK masjid dan surau juga perlu tampil mengambil peranan menerangkan program kerajaan Pakatan Rakyat untuk membantu rakyat.


Seorang pesara guru, Haji Zainudin Ahmad dari Gombak, Selangor mempunyai pendapat yang sama. Malah beliau sedar, wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat begitu sibuk dengan pelbagai tugas hingga tidak semua tempat dapat dikunjungi mereka.


“Saya ada kenal beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat, saya kesihan melihat mereka seperti tak cukup tangan dan waktu untuk berkejar ke sana kemari menemui rakyat. Oleh itu, mereka yang ada maklumat mengenai kerajaan Pakatan Rakyat perlu membantu menyampaikan penerangan akan program ekonomi dan sosial Pakatan Rakyat,” katanya.


Malah beliau sendiri setiap ada kesempatan, memberi penerangan secara kecil-kecilan dengan beberapa orang yang beliau temui sama ada di masjid, surau atau restoran, atau di mana saja.


Bagi kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng, yang ‘diserang’ hebat dengan suara perkauman, bahawa apa yang perlu dilakukan oleh kerajaannya ialah juga memberi penerangan berkesan kepada orang Melayu di sana mengenai keadilan dan kesaksamaan kerajaan negeri dan menolak fitnah pihak musuh Pakatan.


Setakat ini, nampaknya, walaupun belum menyeluruh, tetapi program penerangannya sudah menampakkan hasil. Rakyat Pulau Pinang sudahpun merasakan perbezaan ketara antara kerajaan lama (BN) dengan kerajaan baru (Pakatan Rakyat).


Sementara itu, jentera Penerangan di Kedah dan Kelantan sudah bergerak dalam tahap yang memuaskan, walaupun masih perlu ditingkatkan lagi. Menurut laporan, dua negeri itu telah melakukan kerja penerangan dan dengan aktif menambah pengundi baru.


Walaupun baru menghadapi banjir besar, namun jentera pilihan raya Kedah berjalan lancar seperti yang dijadualkan.


Sementara di Kelantan, dengan pengalaman kekalahan di Galas dan kemerosotan undi PAS di Manik Urai dulu, rasanya PAS Kelantan cukup sedar dan benar-benar mendengar loceng amaran dari kekalahan tersebut, iaitu untuk bangkit kembali dan memperkukuh jentera parti.


Pendeknya apa yang diharapkan dari langkah penting Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU Ke-13 nanti ialah memperkasa jentera parti, mendaftar pengundi baru sebanyak-banyaknya, mendekati golongan muda, di samping mengekalkan hubungan dengan pengundi tradisi.


Adapun resolusi Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini memang sangat baik. Persoalannya ialah pelaksanaan dari resolusi tersebut.


Justru Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua di Pulau Pinang 19 Disember ini sangat penting, di mana sehari sebelumnya – pada 18 November – diadakan perhimpunan besar-besaran penyokong Pakatan Rakyat di Pulau Pinang juga.


Dengan ini jelaslah bahawa walaupun sedikit cedera disebabkan serangan bertubi-tubi, Pakatan Rakyat masih utuh. Ini adalah manifestasi bahawa masih tetap wujud pendukung Pakatan Rakyat dari tiga parti itu yang tetap setia meneruskan perjuangan untuk membawa perubahan bagi kepentingan rakyat berbilang bangsa.

Read more ...

Isu senarai hitam : Tunggu PRU 13 , rakyat akan ajar BN




































KUALA LUMPUR, 2 Dis:
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abd Halim Abd Rahman berkata, isu senarai hitam kenderaan akibat saman ekor antara punca rakyat negara ini benci kepada kerajaan BN.

Katanya, persepsi itu wujud kerana rakyat merasakan mereka diperas ugut oleh kerajaan yang tidak membawa kes kesalahan lalulintas yang didakwa itu ke mahkamah untuk diadili.

"Mengikut persepsi, salah satu kebencian rakyat terhadap kerajaan BN ini, (senarai hitam) inilah. Angkara jabatan kerajaan yang seolah memeras rakyat, menzalimi rakyat," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya PAS Pusat.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pengangkutan ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, amalan di negara kita berbeza dengan negara-negara di Eropah yang membawa kes kesalahan lalulintas tersebut ke mahkamah untuk diputuskan.

"Black list ini denda ke hukuman? Di negara Eropah ianya dibawa ke mahkamah untuk menentukan sama ada denda atau hukuman," katanya lagi.

Beliau turut mempersoalkan masalah kelewatan notis saman ekor yang dihantar sehingga berlarutan hampir lapan tahun.

"Seperti saya, kesalahan dibiar sampai lapan tahun daripada 2004, baru sekarang saya terima.

"Adakah saman ini valid lagi? Kenapa tidak dibawa ke mahkamah untuk dihukum?" soalnya.

Beliau sebelum itu mahu penjelasan kementerian sama ada bercadang untuk mentakrif semula kesalahan lalulintas dan menyemak semula hukuman.

Timbalan menteri ketika menjawab soalan itu berkata, pihak kementerian sentiasa mengkaji semula kesalahan-kesalahan lalulintas dan merubahnya dari masa ke masa.

Read more ...

Yakin kerajaan PAS amanah ,Tabung Serambi Mekah terima RM 4.9 juta

KOTA BHARU, 2 Dis: Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim atau Tabung Serambi Mekah hari ini berjaya mengumpul sejumlah RM4.9juta hasil sumbangan orang ramai, korporat, agensi kerajaan dan badan berkanun.

Majlis Perasmian Pelancaran Kutipan Derma Tabung Serambi Mekah yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mewakili Menteri Besar tersebut turut menyaksikan pelancaran penggunaan mesin mlektronik (gambar) bagi penyaluran sumbangan derma iaitu melalui kad kredit dan kad debit.

Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasruddin Daud, Exco negeri dan wakil-wakil rakyat.

Ahmad ketika merasmikan majlis tersebut berkata, kewujudan Tabung Serambi Mekah di awal pemerintahan PAS dulu adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan yang telah berlainan dengan Persekutuan.

Menurut beliau, tujuan utama penubuhannya ialah untuk menyalurkan bantuan segera kepada rakyat yang memerlukan terutamanya mereka yang ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, banjir, berpenyakit kronik dan sebagainya.

“Ia juga ditubuhkan bagi diberi peluang kepada seluruh rakyat terutamnya yang berkemapuan untuk bersama-sama kerajaan membantu mereka yang memerlukan dan, Alhamdulillah sehingga kini tabung ini berjalan dengan baik hasil kutipan derma dari orang ramai dan syarikat,” ujar beliau.

Beliau juga berkata bagi tempoh kutipan derma tahun 2009 dan dibelanjakan pada tahun ini, keseluruhan jumlah penerimaan ialah RM3.353 juta dan telah disalurkan kepada pelbagai keperluan seperti mangsa banjir, kemudahan asas, kebakaran dan lain-lain berjumlah lebih kurang RM2.623juta.

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seorang hamba Allah yang merupakan anak jati Kelantan dan merupakan usahawan terkenal yang tidak jemu-jemu membantu Tabung Serambi Mekah dalam meneruskan bakti kepada rakyat negeri ini dan tahun ini pula beliau telah menyumbang sejumlah RM3 juta,” katanya lagi.

Orang ramai masih lagi boleh menyalurkan sumbangan derma melalui akaun yang telah diwujudkan iaitu melalui akaun Bank Islam bernombor 3018010028774 (sumber halal) dan 3018010045654 (sumber tidak halal).

Tabung tersebut juga dikenali dengan nama Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim telah ditubuhkan pada bulan Febuari 1991 di bawah Seksyen 9 (1) dan 9(3) Akta Acara Kewangan (1957) disemak (1972).

Read more ...