Saturday, September 11, 2010

200 anak yatim dirai sempena Syawal


PARIT BUNTAR, 9 Sept. : Kedatangan syawal tahun ini pasti disambut ceria oleh 200 orang anak yatim yang menerima sumbangan berupa hamper dan duit raya daripada PAS Parit Buntar.


Turut merasai kegembiraan mendapat sumbangan ialah 25 orang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan 25 aktivis Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar.

Kesemua mereka diraikan semasa Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim yang diadakan di Dataran Batu Lima, Titi Serong.

Beberapa orang wartawan yang sentiasa memberi liputan kepada aktiviti PAS Parit Buntar dan Ahli Parlimen Parit Buntar turut diraikan dalam majlis berkenaan.

Turut sama meraikan majlis tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husein, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Pengerusi Masjid Mahayuddin Batu Lima Mohd Hayat Mokhtar , penduduk setempat serta 40 orang bukan Islam yang dijemput khas.

Pesuruhjaya PAS Perak dalam ucapannya memuji usaha PAS Parit Buntar mengumpul dana melalui Jawatankuasa Infaq Ramadan bagi membantu orang miskin, anak yatim, ibu tunggal dan guru-guru PASTI di Parit Buntar

“ Ruang lingkup kebajikan haruslah mencapah supaya dapat mencapai rakyat di pelbagai peringkat saperti yang dilakukan Rasulullah SAW,

“ Rasulullah SAW dapat mengubah arab jahiliyah disebabkan sifat sabar dan istiqamah dalam memberikan kebajikan kepada masyarakat.” Katanya


Abu Bakar berkata, PAS harus memanfaatkan bulan Ramadan untuk memperbanyakkan amal kebajikan kepada rakyat yang lebih utama berbanding amalan-amalan sunat.


“Kita harus memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk meyakinkan rakyat bahawa PAS adalah jamaah Islam yang mendekati masyarakat dan bersedia untuk menggantikan kerajaan yang ada kini.

"Hasrat PAS untuk memerintah supaya rakyat hidup dalam keadaan sejahtera dan tidak tertekan," Ujarnya

Pengarah Jawatankuasa Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa melahirkan kesyukuran kerana majlis berkenaan dapat berjalan lancar dan tersusun.

“ Majlis ini adalah kemuncak kepada aktiviti kebajikan yang dilaksanakan melalui Jawantakuasa Infaq Ramadan.

“ Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telibat menjayakan majlis ini termasuk Jawatankuasa Kariah Masjid Mahayuddin Batu Lima” katanya

Sekitar majlis berlangsung




















Read more ...