Saturday, December 22, 2007

Ceramah VCD

Titi Serong : Pendekatan terbaru Lujnah Penerangan PAS Kawasan Parit Buntar semasa mengadakan ceramah kelompok ternyata memberikan hasil yang memberangsangkan. Tayangan LCD sebelum ceramah diadakan telah menarik lebih ramai pendengar terutamanya pemuda-pemuda yang sebelum ini kurang berminat untuk mendengar ceramah.

Siri ceramah kelompok yang diadakan dalam DUN Titi Serong pada bulan Disember di Parit Tok Ngah Darat, Sungai Betul, Sungai Kota dan Sungai Labu Atas bukan sahaja menarik kehadiran pemuda-pemuda malah ramai pengundi atas pagar dan UMNO.Mereka tidak mahu ketinggalan menyaksikan peristiwa sebenar yang berlaku dalam negara melalui internet seperti himpunan Bersih dan Hindraf.

“ Kami menggunakan kemudahan internet Broadband (internet jalur lebar) yang boleh digunakan dimana-mana sahaja. Jika dahulu pendengar ceramah kelompok adalah pengundi setia PAS, sekarang tidak lagi.” Beritahu Sdr. Khairulzami Mohamad Setiausaha MTD Titi Serong.

Sementara itu, Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar aktif memperbanyakkan siri ceramah kelompok di DUN Titi Serong dan Kuala Kurau. Sekatan dan halangan polis yang hanya membenarkan dua tempat sahaja boleh diadakan ceramah besar memaksa Lujnah Penerangan menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat di sini.

“ Namun ceramah besar tetap kita akan adakan untuk meningkatkan motivasi kepada petugas dan rakyat menentang kerajaan BN yang zalim” Katanya.
PAS Kawasan akan mengadakan dua ceramah besar iaitu pada 21 Disember Ceramah Bersih oleh Tuan Haji Muhamad Sabu di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong dan pada 25 Disember Ceramah Bahaya BN oleh Tuan Haji Mahfuz Omar Dataran Purnama Kg. Kedah.

Menurut Pengerusi Lujnah IT DPP Parit Buntar Sdr. Halim Yahaya, masyarakat di luar bandar perlu diberi pendedahan kemudahan internet ini supaya mereka dapat mengetahui isu-isu politik semasa tanpa bergantung kepada media kerajaan yang hanya memaparkan propaganda BN.

“ Sekiranya semua rakyat tidak lagi bergantung kepada sumber berita dari media kerajaan, barulah BN dapat ditumbangkan”. Jelas Sdr Halim.

Beliau juga berterima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyumbang untuk dana Lajnah IT dalam usaha untuk membeli LCD projektor tersebut yang akan digunakan sebaik mungkin.

Read more ...

Turun ke bawah tawarkan khidmat

Kuala Kurau : PAS kawasan Parit Buntar bukan sahaja menawarkan khidmat kesihatan dengan mengadakan program setempat. Terbaru dengan sokongan khidmat doktor-doktor sukarela, PAS Kawasan turun sendiri ke rumah orang yang terlantar sakit.

Doktor-doktor sukarela ini akan melaksanakan rawatan dan memberi kaunseling menjaga kesihatan kepada pesakit di rumah pesakit sendiri. Program yang telah berjalan sejak dua bulan lepas ini mendapat pujian masyarakat setempat. Baru-baru ini pasukan doktor sukarela dan pimpinan PAS Kawasan telah menziarahi enam pesakit dalam DUN Kuala Kurau dan lima pesakit dalam DUN Titi Serong.

“ Apabila kita turun melakukan lawatan tidak bermakna penyakit pesakit ini akan sembuh, tetapi sekurang-kurangnya lawatan ini memberi motivasi kepada pesakit untuk menghadapi penyakit yang dialami.” Kata Sdr. Bahrain bin Desa aktivis PAS di Kuala Kurau yang bersama-sama doktor sukarela melawat pesakit.

Beliau yang juga Pengarah MTD Kuala Kurau memberitahu, aktiviti berbentuk kebajikan dalam DUN Kuala Kurau ini telah memberi persepsi yang cukup baik masyarakat di sini kepada PAS. Sudah sekian lama PAS sentiasa bersama dengan masyarakat dalam DUN Kuala Kurau. Hakikat inilah yang mengerunkan UMNO untuk berhadapan dengan PAS dalam pilihanraya akan datang.

Menurut penyelaras program Dr. Mahyudin Abd Rahman, program ini akan terus berjalan secara berkala mengikut kelapangan doktor-doktor sukarela ini.

“Lawatan kesihatan ini akan pergi ke rumah pesakit tidak kira orang UMNO atau PAS , malah ke rumah pesakit bukan Melayu juga kita akan pergi.” Jelas Dr. Mahyuddin.

Sementara itu, bantuan kesihatan PAS Kawasan Parit Buntar tidak hanya terhad kepada khidmat kesihatan sahaja. Baru-baru ini PAS Kawasan Parit Buntar telah menyampai sumbangan kerusi roda kepada pesakit yang kurang upaya di Kg. Kedah dan Parit Kasa serta sumbangan tongkat kepada pesakit di Parit Lebai Akir. Sumbangan ini disampaikan oleh Drs. Khalil Idham Lim bin Abdullah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan di rumah pesakit-pesakit ini.

“ Jika kita ada maklumat pesakit yang memerlukan alatan kurang upaya seperti kerusi roda dan tongkat, kita akan sedaya upaya memberikan bantuan. Kita sudah lama memberi sumbangan sebegini.” Kata Dr. Mahyuddin yang baru dilantik sebagai Setiausaha Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Parit Buntar.

Read more ...

Jom pi sekolah

Kuala Kurau : Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Parit Buntar meneruskan tradisi tahunan menyampaikan sumbangan beg dan alat tulis sekolah kepada pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang kurang mampu. Majlis penyampaian sumbangan beg dan alat tulis sekolah dalam program ‘ Kami Prihatin – Jom Pi Sekolah’ ini dijalankan secara berasingan di DUN Kuala Kurau dan DUN Titi Serong.

Majlis penyampaian sumbangan beg dan alat tulis sekolah telah mengumpulkan seramai 150 pelajar untuk menerima sumbangan ini. Menurut Pengarah MTD Kuala Kurau Sdr. Bahrain Desa, MTD Kuala Kurau yang telah diamanahkan untuk mengendalikan program ‘ Kami Prihatin – Jom Pi Sekolah’ pada tahun ini. Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Parit Buntar memberitahu bahawa sumbangan beg dan alat tulis sekolah ini telah memberi sedikit kegembiraan kepada pelajar-pelajar yang akan kembali ke sekolah pada tahun 2008.

“ Ibu bapa sekarang terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka. Justeru, sumbangan PAS Kawasan ini sekurang-kurangnya meringankan beban ibu bapa pelajar ini.” Katanya.

Sdr. Adhan bin Haji Abdul Rahim Setiausaha PAS Kawasan semasa berucap dalam majlis berkenaan berkata pengisytiharan Perdana Menteri dalam belanjawan bahawa kerajaan akan menghapuskan yuran khas sekolah tidak lebih hanya untuk menyedapkan hati ibu bapa kerana ibu bapa akan dikenakan pula dengan bayaran khas yang jauh lebih tinggi.

“ Cuma nama sahaja ditukar dari yuran kepada bayaran khas”. Katanya yang kecewa dengan pemimpin BN berbangga melaung-laungkan pendidikan percuma melalui media’ sedangkan hakikatnya ibu bapa terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyekolahkan anak-anak.

Sementara itu, seorang ibu yang ditemui selepas majlis memberi tahu beliau telah membelanjakan lebih daripada RM 50.00 membeli sepasang pakaian, kasut dan beg sekolah hanya untuk seorang anak. Beliau yang bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji RM 400.00 sebulan sudah ketiadaan suami dan mempunyai 6 orang anak yang bersekolah.

“ Itupun yang paling murah Mak Cik beli, lepas ni nak bayar yuran sekolah pula. Mak Cik terima kasih kepada PAS kerana selalu beri sumbangan kepada kami yang susah ni. Katanya.
Majlis penyerahan sumbangan beg dan alat tulis sekolah ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Harun bin Haji Hashim Yang Dipertua Pas Kawasan Parit Buntar.

Read more ...