Monday, January 14, 2013

POLIS TAK MAHU SIASAT KA!!! Brahim Ali bawa budak-budak masuk hutan buat demo?

Brahim Ali terkejut air hilir naik ke hulu di Tasik Pedu
12 ribu (jangan gelak) peserta demo sedar bahawa Utusan dan TV3 menipu!!!




Oleh: Wan Ketom Wan Maki, Pekan Naka

Ketua Umum Perkasa, Brahim Ali terkejut besar apabila mendapati air sungai Pedu yang sarat dengan bahan pencemaran dari kawasan pembalakan Charok Genting Bunga mengalir naik ke Tasik Pedu. Kah kah kah...

Ni cerita lawak, baru petang Brahim tahu bahawa dakwaan Utusan Meloya kononnya pembalakan menyebabkan air Tasik Pedu tercemar adalah tidak benar sama sekali kerana air di kawasan terbabit yang berada di hilir tidak mungkin masuk ke Tasik Pedu yang berada di hulu.

Read more ...

DAH TERUK PUAK NI!!! Cubaan curi trak kempen p'raya DAP digagalkan

Sebuah lagi trak kempen pilihan raya DAP hampir kecurian semalam, selepas sebuah trak kempennya dicuri di Johor November lepas.
Trak tersebut diletakkan di tempat letak kereta berhampiran ibu pejabat parti itu di Pudu, Kuala Lumpur.

Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata pemilik restoran Wan Kwai May (kanan) telah memberitahu pekerja parti itu mengenai percubaan untuk mencuri trak itu semalam.

Read more ...

KHAIRY TAK MENGAKU KAWAN!!! Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM kutuk Presiden Suara Wanita 1 Malaysia


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.

1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.

2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi "haiwan bermasalah" yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.

Read more ...

BIBLE BAHASA MELAYU!!! Yang bising-bising UMNO , yang disalahkan PAS, yang luluskan Kepala UMNO

JIKA MAUKAN PAPARAN YANG LEBIH JELAS DAN BESAR....SILA KLIK PADA FOTO.
 
Lihat dengan mata kepala sendiri... siapa yang beri kelulusan mutlak Bible boleh diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

Sebab itu Omakkau rasa sedih pada juak-juak UMNO ni.

Read more ...

BERITA ANTARABANGSA!!! Skandal pembunuhan Altantuya jejaskan peluang UMNO/BN - The Age

KUALA LUMPUR 14 Jan: Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
 
“Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang ‘panas’ dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno,” tulis portal akhbar itu semalam.

Read more ...

ZALIM!!! Ramal BN kalah, Ketua Ekonomi Bank Islam digantung tugas

KUALA LUMPUR 14 Jan:  Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin digantung tugas dipercayai kerana meramalkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Ekoran itu pelbagai pihak menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Twitternya.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau turut  kesal kerana ahli ekonomi berkenaan hanya memberi pandangan berdasar kajian dijalankan.

Read more ...