Monday, October 17, 2011

BELASAH AWAL!!!Cukai 6% melalui TM telah dikutip sejak sejak Mac !!

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Para pengguna telefon, khususnya pelanggan-pelanggan Telekom Malaysia Berhad (TMB) yang mendapatkan perkhidmatan komunikasi dan multimedia di negara ini, mungkin tidak menyedari cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus sudahpun dikenakan ke atas mereka sejak bulan Mac lalu.

Meskipun terdapat kenyataan daripada pihak TM yang mengatakan pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti, kenyataan tersebut ternyata meleset.

Seorang pelanggan TMB, Rizal Ibrahim, 37, dari Damansara Damai, Selangor, menjelaskan, kenyataan itu boleh dibuktikan menerusi bil yang diterima pada bulan Mac lalu khususnya bagi bil bulan Februari 2011.

Menurut beliau, perkara itu disedari setelah beliau meneliti bil TMB yang diterimanya pada bulan Mac lalu yang didaftarkan atas nama isterinya, Rosyati Omar bagi mendapatkan perkhidmatan telefon dan multimedia daripada syarikat itu.

Katanya, beliau amat terkejut apabila menyedari perkara itu kerana sebelum itu para pelanggan hanya dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 5 peratus sahaja. (Gambar atas)

"Ini menunjukkan cukai tersebut telah dinaikkan dalam diam. Untuk menyembunyikan cukai sebanyak 6 peratus itu pula, ia tak ditulis di bahagian depan bil seperti sebelumnya, tetapi di bahagian belakang bil, manakala di bahagian hadapan hanya ditulis dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sahaja," katanya ketika menghubungi Harakahdaily. (Gambar bawah)

Harakahdaily pada 11 Oktober lalu melaporkan, pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti.

Berdasarkan laporan sebuah blog really.tigaline.com, perkara itu disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka.

Blog itu telah menyiarkan rakaman perbualan dengan operator TM bagi membukti perkara itu. Ini bermakna hanya cukai prabayar sahaja yang ditangguhkan oleh kerajaan ekoran bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia baru-baru ini.

12 September lalu, media melaporkan, cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadualkan mulai 15 September ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri, di sini, pada hari itu.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Rizal berkata, beliau amat kesal dengan tindakan pihak TMB kerana menaikkan cukai tersebut tanpa dimaklumkan secara rasmi kepada para pelanggannya terlebih dahulu.

"Selain itu, tindakan tersebut telah dilakukan lebih awal dari yang dinyatakan itu sehingga menyebabkan para pelanggan keliru dan tertipu dengan realiti sebenar," katanya yang juga seorang peniaga.

Read more ...

KENYATAAN MEDIA HIMPUN !!! Zul Kulim, Mat Ezam, Brahim Ali tidak mewakili HIMPUN , jadi jangan buat kacau rosakkan program

http://www.ismaweb.net/v4/wp-content/uploads/2011/10/himpun-poster1-723x1024.pngKenyataan Media
18hb Oktober 2011

HIMPUN TIDAK AKAN DIBENARKAN DIPOLITIKKAN

Saya selaku Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) ingin menjelaskanbahawa YB Zulkifli Nordin , Senator Ezam dan YB Ibrahim Ali tidak terlibat dalam kepimpinan HIMPUN . Mereka juga tidak telibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan .

Jika mereka mengeluar sebarang kenyataan berkait dengan perhimpunan , itu tidak mewakili HIMPUN.

Saya tidak akan membenarkan inisiatif ini dicemari dengan niat terselindung oleh mana-mana pihak dan akan membuat pendirian tegas .

Isu ini adalah isu menyelamatkan aqidah Islam dan bukan isu politik untuk menyerang mana-mana pihak.

Perhimpunan akan memberi penekanan untuk memupuk kefahaman dan kesatuan antara umat Islam, meningkatkan sensitiviti rakyat pelbagai kaum mengenai Aqidah Islam dan kesucian agama Islam, menegaskan keperluan semua pihak supaya menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan serta memperkukuhkan hidup harmoni antara pelbagai kaum dan anutan agama.

Mana-mana pihak yang cuba menyimpang dan mencemar niat HIMPUN akan saya buat pendirian tegas.

Saya ingin menegaskan bahawa HIMPUN tidak akan terlibat untuk menyerang mana-mana pihak selain menegaskan pihak umat Islam perlu bersatu mempertahankan aqidah Islam.

Saya menyatakan pendirian bahawa tumpuan HIMPUN pada asasnya hanya untuk fokus kepada soal Aqidah umat Islam dan kesatuan umat Islam untuk mengukuhkan penghayatan aqidah serta mempertahankan pegangan umat Islam dari sebarang usaha untuk menggugat aqidah tauhid yang menjadi prinsip pokok dalam pegangan umat Islam.

Sementara ada insiden yang dipertikaikan semada berlaku usaha memurtadkan orang Islam atau tidak , adalah suatu isu yang perlu diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa . Pihak berkuasa perlu konsisten menangani pelbagai usaha dan tindakan yang melanggar undang-undang Islam.

Saya menegaskan bahawa umat Islam perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap ujudnya serangan pihak tertentu terhadap aqidah umat Islam melalui pelbagai cara termasuk cara menerapkan aliran pemikiran dan fahaman yang ditolak oleh Islam.

Saya juga menegaskan bahawa aliran pemikiran sekularisme dan perkauman assobiyyah sememangnya boleh membawa kepada gugatan aqidah dan oleh itu usaha untuk memeranginya juga harus dilakukan .

Saya juga ingin mengingatkan usaha gerakan evangelis ditingkat global , serantau dan nasional untuk mendekati umat Islam dan berusaha agar mereka berpindah agama tidak boleh dinafikan.

Golongan evangelis yang mendapat dokongan dana dari luar mempunyai agenda mengembangkan agama kristian diseluruh dunia dan rantau ini adalah antara rantau yang diberi perhatian khusus.

Lantaran itu pihak kepimpinan agama Kristian di Malaysia perlu membuat pendirian terhadap agenda ini kerana mereka harus menerima hakikat bahawa ia tidak boleh dibenarkan di negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga dalam Enakmen undang-undang Syariah diperingkat negeri.
Gerakerja mengembangkan agama Kristian kepada orang Islam dengan apa cara sekalipun perlu dihentikan.

Pihak kepimpinan Kristian di negara ini mesti menyatakan pendirian mereka dengan berterus terang bahawa dalam konteks Malaysia dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang diterima sebagai kerangka tatahidup bernegara di Malaysia , agenda ini tidak boleh diterima dan perlu ditolak dengan tegas .

Sementara itu harus diperakui memang ujud kelemahan penghayatan Islam dikalangan umat Islam bukan sahaja dikalangan masyarakat awam, malah juga dikalangan golongan berpendidikan tinggi .

Ini diakibatkan antara lain oleh kelemahan polisi serta sikap liberal yang diambil oleh pihak berkuasa dan kepimpinan negara yang maseh enggan melaksanakan Islam yang menyeluruh .

Namun dalam masa yang sama saya juga tidak boleh memperkecilkan berlaku banyak insiden murtad secara terancang.

Lantaran itu saya memberi penegasan bahawa penyatuan suara , tindakan dan azam untuk meningkatkan kempen dikalangan masyarakat Islam untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh semada dalam aspek sosio-budaya ekonomi , pendidikan , polisi pembangunan , undang-undang , mahupun siyasah , hendaklah seiring dengan memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran Islam .

Saya mengambil sikap bahawa usaha dan niat pokok HIMPUN untuk menyatukan umat Islam demi mempertahankan Aqidah Islam tidak akan dibenarkan di ‘hiject” oleh golongan yang berkepentingan politik dan beragenda melaga-laga antara kaum dan penganut agama mahupun antara parti politik.

Kepincangan yang berlaku akibat kecuaian pihak yang berwewenang yang memberi ruang kepada gejala murtad berputik dan berkembang di negara ini hendaklah diperbetulkan segera.

Saya ingin mengesa supaya semua pihak semada dikalangan NGO yang menyertai HIMPUN mahpun individu dan institusi Raja-raja Melayu mengambil sikap yang konsisten dalam menangani gejala murtad.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi Bersama HIMPUN

Admin : Himpunan yang baik ini dah dipolitikkan oleh puak-puak Songkok Tiga Jengkal.

Ramai yang nak pergi dah keberatan nak pergi kerana kenyataan tak bertanggungjawab puak-puak ini.

Puak-puak Songkok Tiga Jengkal ni semuanya nak dipolitikkan semata-mata nak tunjukkan bahawa mereka Hero mempertahankan aqidah umat Islam.



Read more ...

VIDEO PANAS!!! MP UMNO BN belasah Presiden Gerakan


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiA_vlDvwapDHr6u9AFWfXhwk780V1I7ouYQ8_blbnryzrX8AVtMSzaw3p4bQE4qapdLNz0AgRSjT7LmRZCNRg0GoSXckteK3jh_-FG-ooH4dFjYeJ3zeBkjkcAWgQjpZFZ5xjbL-SfkKk/s320/KOH+TSU+KOON.jpg

APA PASAI ITU UMNO HARI2 BELASAH SAMA GUA ?

Sampai kena rasuah orang suruh datang majlis yang "suam-suam kuku"

Bukan setakat terpaksa hangkut orang Gerakan, orang Umno-APCO tempat dia pun kena sumbat sama kasi nampak ramai-ramai

Macam ni ke kata nak rampas balik Pulau Pinang

Rasuah kat Sabah boleh ke dapat undi buat macam cara Najib "I help U, U help me"

Padam la Koh Tsu Koon bak kata Tan Lian Hoe nyonya tua tak sodar diri dari Gerik


JALAN PULANG


Ahli parlimen Kalabakan, Ghapur Salleh dari Umno-APCO hari ini mendedahkan bahawa Gerakan telah merasuah rakyat negeri itu sebanyak RM300 untuk menghadiri majlis pelancaran pejabat baru parti itu di Tawau, Sabah beberapa minggu lalu.

Ghapur mendakwa, bukan setakat ahli Gerakan yang dipaksa hadir malahan kerana terdesak, ada juga ahli Umno-APCO dari kawasan parlimennya turut diangkut meramaikan majlis tersebut.

"Sungguh memalukan"!

Ghapur turut menasihatkan agar parti itu tidak bertanding di negeri di bawah bayu itu kerana sudah ditolak bulat-bulat dalam pilihanraya umum lalu sehingga kubu kuatnya di Pulau Pinang tumbang di tangan Pakatan Rakyat.

Gerakan kalah di kesemua 11 kerusi DUN yang ditandingi di Pulau Mutiara manakala hanya dua kerusi parlimen dimenangi iaitu di Gerik, Perak dan Simpang Renggam, Johor.

Pada 8 Oktober, presidennya, Koh Tsu Koon hadir di Tawau bagi merasmikan pejabat baru selain dalam masa yang sama merasuah rakyat seperti yang didedahkan Ghapur.


Tsu Koon Yakin Gerakan Mampu Beri Khidmat Di Tawau

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yakin parti itu berupaya memberi perkhidmatan lebih berkesan jika calonnya diberi peluang bertanding di kawasan Tawau pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata dua wakil rakyat sedia ada di kawasan Tawau yang diwakili parti pembangkang dan bebas, gagal memberi perkhidmatan berkesan seperti yang diharapkan rakyat.

"Sebenarnya, di Tawau sejak (hampir) tiga tahun ini, di bawah pembangkang dan pembangkang bebas sudah terbukti tidak begitu berkesan (berkhidmat kepada rakyat).

Jadi sudah sampai masanya rakyat Tawau berubah untuk menyokong parti Barisan Nasional (BN) dan menukar wakil rakyat yang tidak berkesan itu.

"Kita memang bersedia untuk berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat di kawasan ini. Kita bersedia untuk membantu Barisan Nasional memenangi kerusi-kerusi di kawasan Tawau dan di sekelilingnya.

"Oleh itu, memang kami berharap supaya diberi pertimbangan sebab kita ada organisasi dan kita juga ada seorang bakal calon yang popular di kawasan ini dan haruslah diberi pertimbangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Perwakilan Gerakan Negeri Sabah ke-15 di sini, Ahad. - Tiewnama

Read more ...

PERKASA & UMNO SENYAP !!! MRSM cuma dapat RM 100 juta melalui Bajet Hutang 2012

http://www.bloggerrakyat.com/wp-content/uploads/2011/10/Ibrahim-Ali-Tidur.jpg
SORRY LA BOS TAK DENGAQ, JADI PERKASA SENYAP

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dah jadi mangsa Najib lagi

Belum sempat nak tanya mana peruntukan sekolah agama rakyat yang SESEN pun tak dapat, MRSM tempat lahirnya cendekiawan Melayu dan cerdik pandai macam Mukhriz Mahathir bekas presiden Alumni pun kena kencing dengan Najib

Sekarang MRSM dah tak ada beza dengan sekolah Tamil, sekolah Cina mahupun sekolah Orang Asal

Semua dapat RM100 juta, tak lebih tak kurang


Mana PERKOSA tak demo depan Najib suruh tambah balik peruntukan untuk anak Melayu yang biasanya tak pernah kurang dari RM240 juta untuk 34 MRSM


Oohhh... Brahem Ali sibuk megholoh (ZZZZ) kat dalam Parlimen telan ubat demam katanya



JALAN PULANG



Peruntukan terlalu kecil kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam Bajet 2012 sekali lagi membuktikan pembohongan Umno kononnya membela Melayu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


"Kalau MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu pun hanya mendapat peruntukan begitu kecil dan tidak munasabah, iaitu hanya RM100 juta sahaja, semakin terbukti pembohongan Umno yang kononnya hendak membela Melayu.


"Peruntukan kecil itu dengan sendirinya bermakna tidak ada tambahan MRSM yang baru dalam bajet tersebut," katanya.


Malah, kata beliau lagi, peruntukan itu pun kebetulan diberikan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah bernilai RM1 bilion khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, menyelenggara, membeli peralatan dan membina blok tambahan.


Ketika membentangkan Bajet 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada peruntukan tambahan RM1 bilion itu, RM500 juta adalah untuk sekolah kebangsaan, RM100 juta kepada SJKC, RM100 juta kepada SJKT, RM100 juta kepada sekolah mubaligh, RM100 juta kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).


"Saya sengaja tak sebut fasal sekolah agama yang juga menerima peruntukan yang kecil, saya hanya menyebut fasal MRSM sebab Umno setiap hari mendabik dada mendakwa kononnya dialah pembela Melayu sebab kalau dia dakwa dia membela Islam pun orang tak percaya.


"Tetapi, kalau begitulah sikap kerajaan Umno dan jika parti itu terus memerintah, kita perlu tunggu berapa ratus tahun lagi untuk melihat setiap kawasan parlimen mempunyai MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu?" kata Mohamad.


Menurut beliau, pendidikanlah yang mengubah nasib orang Melayu di mana sebahagian dari mereka berubah menjadi kelas menengah dalam masa satu generasi sahaja.


"Tetapi peruntukan tak seberapa untuk pendidikan orang Melayu itu, tidak kira sama ada kepada sekolah agama atau MRSM, membuktikan Umno tidak begitu berminat untuk mengubah taraf hidup lebih ramai lagi orang Melayu," katanya.


Mohamad berharap Najib sedar bahawa pelajaranlah yang boleh mengubah nasih sesuatu kaum itu.


"Najib ambil orang-orang Yahudi dalam Apco Wordwide sebagai tempat memohon petunjuk.


"Saya berharap beliau tahu antara perkara pertama yang dibuat oleh orang Yahudi selepas memasuki Palestin ialah membina sekolah dan pada tahun 1925, orang-orang Yahudi sudah mempunyai universiti di wilayah Palestin yang takluki," katanya.


Beliau berharap Najib tidak mengabaikan usaha-usaha agresif untuk meningkatkan taraf pendidikan orang-orang Melayu.


"Jangan abaikan, jangan bagi alasan kepada (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin)," katanya sinis.

Read more ...

POLIS BUAT KERJA UNTUK SIAPA? !!! Banci rakyat undi parti mana

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRp9jhxp_UB9AxqKIHSzZ7S9id3u8vYQgNhZD4lpZWhvT0gnEjLUmKC-CDY
gambar hiasan.

SAYA amat terkejut dengan tindakan dua pegawai polis ‘Cawangan Khas’ (SB) yang mengunjungi rumah saya 16 oktober 2011, meminta saya mengisi borang mengenai undi pilihanraya.

Pada mulanya saya ingat mereka bukanlah pegawai polis, tapi penyamar yang ingin merompak rumah kami kerana tindakan mereka mengambil gambar luar rumah. Saya memohon dengan pegawai polis ini supaya datang keesokan hari untuk menuntut borang kerana ragu akan tindakan mereka.

Saya segera bertanyakan hal ini kepada balai polis berhampiran, pada mulanya pihak polis di balai polis itu sendiri tidak tahu akan hal ini. Mereka juga ada mengatakan bahawa, jika ada apa-apa borang dari pihak polis, ianya selalu disertakan dengan logo balai polis; berbeza dengan borang yang pegawai polis dari cawangan khas ini berikan, tiada apa-apa logo tertera.

Tetapi apabila mereka menghubungi cawangan khas dan menanyakan hal ini, mereka mengakui ada pegawai mereka yang mendatangi rumah ke rumah untuk membuat banci.

Bukankah undi itu rahsia dan hak kami saya bertanyakan hal itu dengan mereka, mereka mengatakan ini cuma untuk mengira secara rawak sahaja. Tetapi di borang yang mereka berikan, ada diminta untuk menulis nombor kad pengenalan. Maka ini bukanlah secara rawak jika dokumen pengenalan diri juga diminta bersama.

Pada 16 oktober 2011, dua pegawai polis itu datang sekali lagi, meminta lagi borang itu. Saya bertanyakan sekali lagi, “Bukankah undi adalah rahsia? Sepatutnya kamu sebagai polis lebih tahu.”

Mereka menjawab bahawa tindakan mereka adalah atas ‘ARAHAN PIHAK ATASAN’. Saya telah menelefon pihak Suruhanjaya Pilihanraya dan mereka sekali lagi menegaskan bahawa tindakan pegawai polis tersebut adalah salah dari segi undang-undang kerana sekali lagi dinyatakan, “UNDI ADALAH RAHSIA”.

Kepada Ketua Polis Negara dan OCPD, hentikanlah kerja sia-sia ini kerana kami tidak akan memberikan hak kami untuk dinodai.

Salam Hormat,

MARDIANY DIGONG

SUMBER

Read more ...

INI DIA !!! Bakal calon UMNO ganti Pak Lah di Parlimen Kepala Batas

http://omong.files.wordpress.com/2006/11/WindowsLiveWriter/Bumiputragets20ofcontractvalueforeffort_1062D/reezal%20merican%5B2%5D.jpg
REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Biarpun tarikh Pilihanraya umum ke 13 masih belum diketahui, namun parti-parti politik diseluruh negara sudah sibuk menyusun strategi dan memikirkan siapakah calon yang paling layak untuk dipertandingkan bagi memenangi hati rakyat.

Ramai juga dikalangan pemimpin-pemimpin politik sudah membayangkan bahawa nama mereka akan dicalonkan serta sedaya upaya berusaha untuk menunjukkan yang mereka layak dipilih sebagai calon yang bakal bertanding.

Sudah tentunya Pulau Pinang adalah diantara yang menjadi medan persaingan sengit diantara kerajaan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat selain dari Selangor, Kedah dan Kelantan. Pulau Pinang menjadi tumpuan kerana ia kini ditadbir oleh kerajaan DAP yang sejak kebelakangan ini sering menjadi mangsa kecaman pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Tumpuan khas yang diberikan oleh Perdana Menteri dan juga Timbalannya terhadap negeri ini juga mengesahkan usaha Barisan Nasional untuk merampas kembali negeri Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat. Maka diatas sebab itulah ramai nama-nama besar yang bercita-cita untuk bertanding di negeri ini.

Antara kerusi-kerusi yang dijangka panas di Pulau Pinang pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti ialah, Kepala Batas, Nibong Tebal, Bagan, Permatang Pauh, Tasek Gelugor, Bayan Lepas, Balik Pulau dan juga Bukit Gelugor.

Yang paling terkini, sudah terdengar khabar angin yang bertiup kencang mengenai bakal calon Barisan Nasional di kerusi Parlimen Kepala Batas untuk Pilihanraya Umum yang akan datang. Antara nama yang disebut-sebut ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Dato Seri Reezal Merican dan juga Adun Penaga iaitu Datuk Azhar Ibrahim.

Selain itu, pihak UtaraNews difahamkan terdapat dua lagi nama yang dipertimbangkan untuk mengisi kerusi di kubu kuat UMNO tersebut. Namun nama Reezal Merican yang paling kerap diperkatakan.

Dipihak Pakatan pula, kerusi P041 masih samar-samar untuk kekal kepada PAS ataupun tidak. Ini kerana dimaklumkan terdapat usaha dari PKR untuk mengambil alih kawasan tersebut. Dan nama Nurul Izzah serta Wan Azizah telah disebut-sebut sebagai calon yang paling layak menggempur kubu tradisi UMNO itu.

Mampukah UMNO mencari "winnable candidate" bagi menangani asakan Pakatan Rakyat di Parlimen Kepala Batas ini? Dan mampukah Pakatan Rakyat mencari sokongan rakyat untuk mereka menumbangkan UMNO di kubu kuat mereka sendiri?Utara News

Read more ...

UMNO SASAU!!! Tak habih-habih rekacipta fitnah seks

Oleh: Tok Senapi

http://www.marhaen.info/images/juara_fitnah.jpgAgaknya semua dah dengar fitnah terbaru UMCO mengenai kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah membayar kepada seorang budak perempuan sebanyak RM200 ribu. Bayaran tersebut ialah untuk dua belah buah dada yang diramas oleh anak Guan Eng. Sebelah buah dada dinilai RM100 ribu. Wang itu dibayar oleh pemaju perumahan. Kah kah kah...

Cerita yang direka tu bodo takdak dah, tapi tetap dijaja dalam semua blog-blog UMCO dalam usaha untuk menipu rakyat menjelang pilihanraya. Macam kita dok kata, FITNAH adalah rukun nombor satu UMCO... depa kalau tak fitnah untuk satu tempoh masa rosaklah aqidah UMCO depa, macam orang Islam kalau tolak kalimah shahadah maka jatuh murtad.

TS tak tertarik langsung cerita isu buah dada bernilai RM200 ribu tu, tapi yang TS tertarik ialah.. semua isu yang UMCO main, alih pi alih mai..SEX SEX SEX. Dalam kepala hotak UMCO penuh dengan sex.

Kisah Anwar tak terkiralah semuanya sex, lagi dakwaan dua ADUN PAS berzina dalam keretapi, lepas tu phone sex Mat Sabu... semua jalan cerita bangang dan bengong, jangankan kepala hotak, kepala lutut pun takleh nak terima...

Kesianlah aku tengok UMCO makin dekat dengan pilihanraya makin jadi sasau merapu meraban. Jangan terkejut kalau lepas ni ada pulak video sex Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang... ehhh jangan pelik, puak2 tu sanggup buat apa saja untuk fitnah Pakatan Rakyat, tak dak dalam perkiraan mereka dosa pahala.

Buatlah sementara hangpa belum mampoih.. masuk kubog baru hangpa tahawan...Kedah La

Read more ...

GUAN ENG CABAR !!! Siarlah dalam Lidah Rasmi UMNO

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan mengulas laporan dalam blog pro-Umno yang mendakwa anak lelaki seorang kenamaan di negeri itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanitanya.

Sebaliknya, Lim yang juga setiausaha agung DAP mencabar Umno supaya menerbitkan dakwaan itu di akhbar-akhbar dan media milik mereka.

"Biarkan Umno menerbitkan berita itu dulu, kemudian anda boleh saksikan apa yang akan kami buat.


"Apa yang berlaku sekarang, mereka baling batu, sembunyi tangan. Mengapa harus saya menjawab mereka setiap kali?” soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Menurut Lim, beliua mempunyai tugas lain yang lebih mendesak bagi menguruskan kerajaan negeri daripada menjawap tohmahan seumpama itu.

Awla hari ini, isteri Lim, Betty Chew, juga enggan mengulas dan hanya berkata, "Tolong kemukakan soalan kepada KM".

Media di Pulau Pinang hari ini kecoh apabila blog pro-Umno mendakwa anak pemimpin tinggi politik mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 didakwa disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

Pindahkan anak

“Dek tidak dapat menanggung malu, bapa VVIP itu telah memindahkan anak beliau ke sekolah lain. Dan perkara ini hanya diketahui oleh mereka yang terlibat sahaja dan juga pegawai-pegawai penting VVIP tersebut!

“Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

Berikutan pendedahan itu, blog pro-Umno terus membuat spekulasi bahawa identi orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim.

Anak lelaki ketua menteri itu yang berusia 16 tahun itu didakwa baru-baru ini dipindahkan dari sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier’s Institution baru-baru ini kerana masalah disiplin.

Bagaimanapun pihak sekolah telah menafikan dakwaan berkenaan.

Sumber dari sekolah Heng Ee mengesahkan anak Lim memang dipindahkan ke sekolah lain dan proses dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau menafikan dakwaan pemindahan ke St Xavier’s Institution adalah kerana masalah disiplin seperti yang didakwa itu.

“Dia adalah seorang pengawas di sekolah dan mempunyai prestasi yang agak baik dalam bidang akademik. Kami tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini.

"Malah ibu bapanya juga tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini tetapi dia memilih untuk belajar di sekolah lain,” kata sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan.


Malaysiakini

Read more ...

KRISTIAN AGAMA RASMI ?!!!! Berita pembohong Utusan

berita baru masuk..

Betul ke pak brahim dah ‘mandi darah’ kat penang tuu..katanya nak berjihad menentang puak gereja.

mai aku cerita kat hang sat ..yang sebenarnya macam ni..

Kemungkinan berita ini jugak gossip dari peniaga Pekasam seantero Malaya.

Dikabarkan bahawa Brahim Ali telah dimasukkan ke hospital kerana terperanjat beruk dengan kenyataan menteri dalam negeri Hishamuddin Hussein…so beliau tak jadi nak berjihad….lagi pun katanya tekak beliau ada masalah sikit selepas dikejar oleh AMBIGA tempohari..

Beliau akan dibedah kerana dipercayai sesumpah telah menyekat anak lidah ..berikutan itu pakar perubatan dari hospital Assuntau, duk tang mana pun aku tak tau akan mengopret tekak beliau..

Woit panglima jihad PERKASAm…Jom Laa pi berjihad menentang Hishamuddin panglima keris bogel..

Puak gereja dah ‘merasuah ‘ Hishamuddin ka?…PKB

Tiada bukti dalam ‘konspirasi Kristian’, kata Hisham….mKini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan konspirasi oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk menjadikan agama itu sebagai agama rasmi Malaysia.

jeff ooi lodge police report against utusan 080511 1Akhbar The Sun melaporkan bahawa perkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi pada sidang akhbarnya di Georgetown semalam yang memetik jawapan bertulis di Dewan Rakyat oleh menteri berkenaan.

Menurut Ooi, yang juga dituduh terbabit dengan plot itu, jawapan itu soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin.

Akhbar itu memetik Ooi berkata kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) oleh timbalan pendakwa raya selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara

Isu itu timbul apabila blogger Zakhir Mohamad yang menulis dengan nama Big Dog memuat-naikkan di blognya mengenai desas-desus ada perancangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini dan melantik seorang perdana menteri yang beragama Kristian.

Artikel itu kemudian dipetik akhbar Utusan Malaysia pada 7 Mei di halaman utamanya sehingga menyebabkan polismenyoal siasat lapan paderi berhubung perkara itu.

Ahli DAP Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis tertutup paderi-paderi berkenaan juga tampil membuat laporan polis.

Berikutan itu, Hishammuddin berkata bahawa terdapat “beberapa asas” kepada tuntutan ‘konspirasi Christian’ itu.

Read more ...

ANWAR CABAR NAJIB !!!! Debat Bajet Hutang BN Vs Bajet Berimbang PR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCRuoX6DWfF1Rq_wYLw4r8GfqwOAyrpzMZg-PnkS3S_uDqC7BvlseaznQqHwAeCo7mA_SGBGEBVR4HtIDFKc6SsGfbmDrgNCqqGGxqODQniRRde8IdZHWljDtcDTxembd-_CSQlZ_ddbU/s1600/najib+dan+anwar.jpgPETALING JAYA, 17 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan.

Katanya, adalah suatu kritikan yang dangkal oleh Najib menggelar Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua sebagai ‘belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat’.

"Ini membuktikan Datuk Seri Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Justeru, beliau mempelawa Najib berdebat yang seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara.

“Semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada tahun 2010, saya sudahpun mempelawa Datuk Seri Najib untuk berdebat.

“Wacana umum antara Pakatan Rakyat dan pentadbiran beliau pastinya memberi manfaat tidak terhingga kepada rakyat terutamanya ketika ekonomi negara memasuki wilayah yang tidak dikenali serta kegagalan pentadbiran beliau untuk melonjak ekonomi Malaysia,” katanya lagi.

Sewajarnya, kata beliau Najib prihatin terhadap kebimbangan meluas berkaitan kenaikan kadar hutang negara, bukannya mengejek kekhuatiran tersebut.

Katanya, kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang. Antara peruntukan tersebut adalah Akta 637 Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 ( disemak 2004) dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang menetapkan gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55% dari KDNK Negara, manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri1963( disemak 1989) menghadkan pinjaman luar negeri pada RM 35 ribu juta pada sesuatu masa.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menambah, selain dari kadar yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang, Perbendaharaan juga mengenakan peraturan ketat untuk diikuti demi mengukuhkan displin fiskal.

“Amalan ini malah ditetapkan sebelum dari saya menjadi Menteri Kewangan lagi,” katanya lagi.

Sebagai contoh, jelasnya perbelanjaan pengurusan untuk tahun terbabit tidak boleh melebihi unjuran pendapatan, begitu juga pinjaman yang dibuat kerajaan hanya untuk dibelanjakan demi pembangunan.

Oleh itu, ujar beliau wacana umum berkaitan kadar hutang negara kini menjadi persoalan undang-undang dan berkepentingan nasional, apatah lagi pentadbiran Najib kini hampir melanggari kadar hutang negara yang dihadkan undang-undang serta cuba untuk menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Beliau menambah, laporan terkini Bank Negara Malaysia (dikemaskini 14 Oktober 2011) menunjukkan hutang negara kini berada pada RM437 ribu juta pada suatu tempoh yang berakhir pada 30 Jun 2011.

Jumlah tersebut, jelasnya merupakan pecahan dari RM421 ribu juta hutang tempatan dan RM16 ribu juta hutang luar negara.

Ini, katanya bermaksud negara kini sudah berada pada 51% dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara sepertimana yang ditetapkan oleh Akta 637 dan Akta 275, yang hanya membenarkan tambahan hutang sebanyak RM33 ribu juta.

Oleh itu, tegasnya berdasarkan fakta ini adalah jelas kerajaan tidak mempunyai dana secukupnya untuk membiayai perbelanjaan selebihnya bagi tahun 2011 dan defisit RM46 ribu juta untuk dibiayai oleh hutang lebihan sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012.

Menurutnya, rakyat sedar unjuran pertumbuhan sebanyak 5%-6% yang diumumkan Najib dalam belanjawannya tidak tepat dan berkemungkinan besar pentadbirannya terpaksa bergantung kepada hutang demi membiayai janji janji pilihanrayanya.

“Oleh itu, debat serta wacana awam berkaitan ekonomi merupakan sesuatu yang mendesak terutamanya ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengumumkan data ekonomi yang tidak meyakinkan dan sagu hati pilihan raya yang pastinya tidak mampu melonjak ekonomi negara,” ujarnya.

“Akan tetapi sekiranya Najib merasakan agenda ekonomi beliau mampu memberi manfaat kepada rakyat, adalah mustahak agar beliau memperincikannya kepada umum termasuklah menyatakan alasan mengapa beliau gagal melaksanakan perubahan struktur ekonomi secara menyeluruh termasuklah melaksanakan gaji minima sejagat kepada seluruh pekerja dan merungkai monopoli di sektor barangan serta perkhidmatan awam,” ujarnya lagi.

Read more ...

HUTANG NEGARA RM 437.2 BILION !!! Bila Najib nak lunaskan?

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiafzu8Az9QhYAN2r_MytVwfVDaFZMQdpUkLCHmdNfNwnrGXQ1NiG6hIt6GHYDZOvrDBg-vRZeZ1AgXeDqgLHLcAXXNMWXI5gB36K2P4fq94OyEOh-MGGR9yfmyxPSYyjFtX8lL_Dz2Xof8/s400/najib-tun-abdul-razak.jpgMENURUT Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah mudah untuk membuat janji dengan wang yang kita tidak miliki, apabila kita bukan kerajaan dan selagi kita boleh memengani pilihan raya (dibaca sebagai umpan pilihan raya umum).

Komen tersebut yang dibuat oleh mantan PM dan juga mantan Menteri Kewangan adalah antara reaksi kem Umno-BN sebaik sahaja Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan (bayangan) bagi tahun fiskal 2012.

Tidak dapat dipastikan sekiranya Dr. Mahathir sudah terlupa tentang apa yang disebut sebagai strategi politik. Buat apa bentuk parti politik atau pakatan politik kalau matlamatnya bukan untuk memenangi pilihan raya.

Lebih baik buat persatuan kuntau, atau persatuan peniaga putu piring sahaja. Mustahillah perkara seasas ini tentang politik Dr Mahathir dah lupa.

Tak apalah. Kita lupakan sahaja tentang Dr Mahathir. Dia pun suka cakap tentang hal lupalupa ini. Dia pernah kata ‘Melayu mudah lupa’. Mungkin yang dimaksudkan ialah Melayu Umno.

Tapi dia jangan lupa, Melayu di luar Umno tak mudah lupa.

Mana dia Wawasan 2020? Mana dia Islam Hadhari? Mana dia ‘Look East Policy’. Sekali air bah sekali pantai berubah, sekali PM berubah sekali dasar berubah.

Apapun adalah diharapkan beliau tidak lupa betapa menjanjikan sesuatu (walaupun sumbernya belum diperolehi) adalah lebih mulia daripada berjanji dan kemudian berbohong dan gagal menunaikan janji.

Itu Dr Mahathirlah. Bagi Dato’ Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, ceritanya lain pulak. Sebagai reaksi kepada Belanjawan itu, dia kata pemimpin Pakatan Rakyat tak faham apa dia subsidi. Eh betulke ni? Betulkah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng dan lain-lain tak faham apa itu yang dikatakan subsidi kerajaan?

Kasihan jugak dengan Noh. Dia pun nak tumpang hentam pembangkang tapi tak kena cara. Masakanlah pemimpin pembangkang tak tahu apa itu subsidi. Pesawah di Tanjung Karang pun tahu apa dia subsidi. Cuba tarik subsidi baja dan tengok jika mereka tak menjerit.

Kalau mereka tak faham tentu mereka tak menjerit. Ini simple logiclah. So janganlah bagi hujah kebudak-budakkan. Bukan apa, yang rugi Umno jugak nanti. Kita pun tak mahu tengok di Parlimen nanti tak ada satupun kerusi pembangkang daripada kalangan Umno. ‘Boring’ nanti Dewan Rakyat.

Membaca komen Noh Omar ini, mengingatkan perihal seorang sahabat zaman persekolahan. Sesudah begitu lama bermastautin di Wellington, New Zealand dan bertugas sebagai seorang rakan senior dalam salah sebuah firma perkauman The Big Five (lima firma perkaunan terbesar di dunia), dia pulang bercuti ke Malaysia.

Terkejut beruk dia melihat pembangunan fizikal yang sedang berlaku di mana-mana terutama di Kuala Lumpur. “Sudahkah Malaysia menjadi negara maju?” tanyanya tatkala bersiarsiar dan mengambil foto di sekitar KLCC

“Macam nilah,” jelas saya kepada anak pengusaha kedai dobi kecil di bandar tempat saya lahir dan dibesarkan di selatan tanah air,“Bayangkan anda belanjakan wang anda untuk membeli pakaian jenama Polo Ralph Laurent asli, bermegahmegah dengan barangan peribadi mahal-mahal sedangkan isteri dan anak anda di rumah cuma makan nasi dengan ikan kembong goreng setiap hari. More forms than substance.”

Apa yang dimaksudkan ialah orang nampak kita mewah dengan pelbagai infrastruktur.

Kerajaan BN bermegah kerana boleh buat itu dan ini dan rakyat boleh bermegah dengan itu dan ini yang dibuat oleh kerajaan BN.

Tapi tengok apa sudah jadi. “Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion… 53% daripada KDNK negara. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% daripada KDNK Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.”

Itulah yang sudah jadi. Mana tak banyak hutang, nak beli susu anak tenyeh kad kredit, nak beli keperluan makanan harian di pasar raya pun terpaksa tenyeh kad kredit. Bila jumlah hutang kad kredit sudah tak tertanggung, buat pula pinjaman peribadi.

“Macam mana ini boleh berlaku,” tanya sahabat itu. Jawab saya, “Pendapatan sebenar menurun (setelah mengambil kira penurunan kuasa belian ringgit dari tahun ke tahun, inflasi, dan kenaikan indeks pengguna), tak ada barangan keperluan asas yang tak naik.

Dulu minum teh tarik kat warung mamak, cuma 70 sen, sekarang sudah ada yang RM1.80. Subsidi pula ditarik balik sedikit demi sedikit. Duit yang ada digunakan untuk buat projek mewah supaya BN boleh megah.

Nak cerita wang bagi kat kroni, tak payahlah. Itu cerita lain.”

Bila agaknya Dr Mahathir nak suruh Perdana Menteri sekarang berjanji untuk melunaskan hutang kerajaan? Apa pulak cadangan Noh Omar tentang hutang peribadi rakyat?

Jangan pandai komen sahaja. Buatlah. Bukankah kuasa masih ada di tangan. Buktikan anda semua bukan sekadar pandai bercakap.

Hutang negara berjumlah RM437.2 bilion

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dengan jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta Menteri Kewangan menyatakan hutang luar negara mengikut negara yang memberi pinjaman kepada Malaysia.

Jawapan itu juga memberitahu sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SOCSO.

Dalam pada itu hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar.

Read more ...

MANA LAPORAN AUDIT?!!! Mungkin sedang disunting untuk tutup kelemahan negeri UMNO, burukkan negeri PR?

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee hari ini menjelaskan pihak parlimen sehingga sekarang masih belum menerima Laporan Audit Negara dan menyifatkan parlimen juga senasib dengan ahli parlimen yang lain.

Jawapan itu merujuk kepada usul yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat yang meminta Timbalan Yang Dipertua menjelaskan tentang kedudukan laporan audit tersebut.

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 20(1) saya ingin mendapat penjelasan mengapakah sehingga hari ini Laporan Audit Negara tidak lagi diserahkan kepada Ahli Parlimen.

"Saya juga meminta jaminan dari Dewan Rakyat ini tentang penjelasan perkara tersebut kerana inilah pertama kali terjadi perkara luar biasa kerana laporan tidak diserahkan walaupun belanjawan telah dibentangkan.

"Saya berharap menteri dapat beri penjelasan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sepatutnya laporan tersebut diberikan sebelum belanjawan dibentangkan tetapi pada kali ini sebaliknya telah berlaku.

"Adakah terdapat muslihat di sebaliknya?

"Kita mahu speaker minta penjelasan dari menteri atas perkara tersebut kenapa tidak diserahkan laporan audit itu.

"Adakah kerana tidak mahu Ahli Parlimen membahaskan laporan tersebut?" tanya Anwar.

Ronald memberitahu kenapa laporan tersebut tidak diserahkan akan dijawab oleh menteri sewaktu penggulungan perbahasan nanti.

Bercakap pada sidang media, Salahuddin berkata, tindakan tidak menyerahkan Laporan Audit Negara sewaktu perbentangan belanjawan tidak pernah berlaku di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi melainkan di bawah pentadbiran Najib.

Katanya, sejak 2004 sehingga 2008, Ketua Audit Negara tidak pernah takut untuk memyerahkan laporan audit tetapi mulai Najib memegang tampuk pentadbiran perkara melewatkan penyerahan laporan tersebut telah berlaku.

"Hari ini di bawah Peraturan Mesyuarat 20(1), saya telah meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat memberi penjelasan kenapa sehingga sekarang Ketua Audit Negara tidak menyerahkan laporan audit tersebut.

"Dari jawapan yang diberikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu tidak mendapat jawapan yang jelas walaupun perkara ini telah dibincangkan sebelum ini.

"Kita mahu Ketua Audit Negara menjelaskan kenapa berlaku sebegini dan untuk maklumat kelewatan penyerahan laporan audit ini hanya berlaku di zaman Najib sahaja sedangkan sebelum ini ia dapat diserahkan sebelum ataupun sewaktu perbentangan belanjawan dilakukan," jelasnya.

Tambahnya lagi, jika laporan audit tidak diberikan pada hari ini perkara tersebut akan dibawa dalam mesyuarat Pakatan Rakyat esok bagi tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan adakah Ketua Audit Negara mendapat tekanan dari kabinet sehinggakan penyerahan laporan itu tidak dapat dilakukan.

"Saya ingin tahu adakah wujud tekanan yang dikenakan oleh kabinet kepada Ketua Audit Negara, seolah-olah laporan tersebut perlu disunting kembali.

"Adakah Najib takut dan risau dengan laporan tersebut sehinggakan ia terpaksa ditangguh pengedarannya?" soalnya.

Kelewatan pengedaran laporan audit telah berlaku pada 2008 hingga 2010, hampir seminggu barulah diberikan manakala tahun ini sejak dari belanjawan dibentangkan sehingga ke hari ini tidak lagi diberikan laporan tersebut kepada ahli parlimen.

Read more ...

MENIPU DALAM PILIHANRAYA!!! Definasi adil bagi Najib

http://insightsabah.gov.my/files/articles/image/2011/6/Kaamatan%20open%20house/najib_kk_01.jpgDewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menyatakan BN tidak pernah memanipulasi pilihanraya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu. DPPM menganggap Dato’ Seri Mohd Najib terlupa sejarah pilihanraya umum di Malaysia yang menyaksikan bagaimana BN memainkan peranan bagi memenangi setiap pilihanraya berlangsung.

Barangkali Dato’ Seri Najib tidak mengerti definisi sebenar adil menurut perspektif yang betul. Untuk itu, DPPM ingin menanyakan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Najib bagi membuktikan bahawa kenyataannnya betul.

Dalam sejarah pilihanraya umum berlangsung sejak dahulu sehingga sekarang, bilakah media milik kerajaan UMNO-BN benar-benar bersih daripada kongkongan parti pemerintah UMNO-BN? Setahu DPPM, tidak pernah media rasmi negara bebas dalam melaporkan hal yang sebenarnya. PAS dan Pakatan Rakyat sejak dahulu tidak pernah mendapat liputan yang adil daripada media rasmi. Malah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat selalu ditujah dan diserang dari pelbagai penjuru bagi memburukkan imej PAS di mata masyarakat. Pernahkah kerajaan Najib memberi kebebasan untuk pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat tampil di media rasmi negara bagi berkempen sebagaimana pemimpin UMNO perolehi setakat ini?

Dalam soal undi pos, PAS telah banyak kemukakan bukti serta saksi betapa undi pos digunakan sebagai alat untuk memenangkan parti pemerintah. PAS pernah membawa beberapa orang bekas anggota tentera yang mengaku pernah mengundi banyak kali dalam sesebuah PRU. Adakah Najib mahu menafikan lagi hal ini? Memang benar ada tempat yang undi pos memihak kepada PAS, tetapi berapa sangatkah jumlah keseluruhannya berbanding undi yang diperolehi oleh UMNO-BN. DPPM ingin bertanya, jika betul BN sebagai adil, bolehkah undi pos dimansuhkan dan digantikan dengan undi biasa sepertimana rakyat biasa yang lainnya?

Dalam soal berkempen, apakah Najib lupa bahawa UMNO-BN selalu bertindak berat sebelah. Seluruh jentera kerajaan dikerah bagi berkempen dalam sesebuah pilihanraya, sama ada pilihanraya kecil atau umum. Para guru, pegawai kerajaan, tentera, polis dan lain-lain digunakan sebagai alat berkempen. Seolah-olah pilihanraya kecil atau umum adalah milik UMNO-BN. Adakah Najib mahu menafikan hal ini, dan adilkah sebuah kerajaan melawan sebuah parti pembangkang dalam pilihanraya?

Mungkin juga Najib terlupa takrifan projek ‘mee segera’ setiap kali pilihanraya berlangsung. Secara tiba-tiba DUN atau Parlimen terbabit bertukar menjadi kawasan yang mendapat projek runtuh, sedangkan sebelum daripada itu tidak pernah kawasan tersebut dijenguk. Bagi BN, ia adalah baik kerana untuk rakyat, Tetapi rakyat mentakrifkannya sebagai rasuah pilihanraya. Agensi penting seperti SPR dan SPRM pula seakan buta melihat segala macam kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin BN. Mungkin ini adil menurut Najib.

Adil yang paling benar bagi Najib adalah merahsiakan tarikh pilihanraya umum. Tarikh pilihanraya seakan suatu rahsia besar yang perlu dielak dari dikongsikan bersama rakyat Malaysia. Biarlah pembangkang ‘terkulat-kulat’ membuat persiapan apabila secara tiba-tiba pilihanraya umum dipanggil pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Najib. Bagaimana jika Pakatan Rakyat melakukan hal yang sama, dan BN yang menjadi pembangkang pula dalam keadaan tidak bersedia apabila tiba-tiba berlaku PRU?

Pakatan Rakyat memenangi banyak negeri di Semenanjung bukan membuktikan BN itu adil, tetapi ia membuktikan bahawa rakyat telah melihat kebenaran. Kebenaran tidak boleh disorok, maka kejahatan yang dibuat tidak mampu menenggelamkan kebenaran yang diterima rakyat.

Ini adalah sedikit dari pelbagai bukti kepincangan yang berlaku dalam Pilihanraya era BN. Najib seakan menghidap ‘sindrom penafian’ bahawa BN sejak sekian lama, merosakkan sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini. Buat Najib, belajarlah mengenal erti keadilan dari perspektif rakyat dan umum, bukan dari kacamata BN semata-mata!

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Read more ...

UNTUNG RAKYAT!!! Satu lagi Kroni UMNO belasah duit rakyat keluar dari Selangor


Padan muka malaon Umno-APCO


Anak syarikat DRB-Hicom ni memang rembat banyak


Sebab tu ada orang pernah cakap, anak cucu kroni Mahathir dulu dari projek bangunan mega sampai kaut sampah semua kroni dapat


Berambus Alam Flora bermakna satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat Selangor menjahanamkan sumber duit Umno-APCO


Makin kopak laa poket Umno-APCO nak lawan pilihanraya



Kerajaan Selangor Untuk Rakyat Selangor!


JALAN PULANG


Kontrak Alam Flora kutip sampah di S'gor ditamatkan



Alam Flora Sdn Bhd tidak lagi menjalankan tugas mengutip sisa pepejal dan pembersihan awam di Selangor mulai semalam.


Ini berikutan pengambilalihan sepenuhnya perkhidmatan berkenaan oleh kerajaan negeri Selangor.


"Alam Flora menghormati keputusan yang dibuat. Kami berharap mendapat peluang semula pada masa hadapan untuk menyediakan perkhidmatan kutipan dan pembersihan untuk rakyat Selangor," kata Alam Flora dalam satu kenyataan hari ini.


Penduduk Selangor diminta mengemukakan sebarang aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.


- Tiewnama

Read more ...

PURA-PURA UMNO!!! Jika bukan kerana penentangan UMNO dah lama undang-undang Murtad dilaksanakan

KL, 17 Okt 11: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea agar digubal satu undang-undang khusus mengawal murtad di negara ini, tetapi pada masa yang sama menyoal sama ada pihak-pihak yang menentang hukum hudud boleh undang-undang sedemikian.

“Saya diminta untuk memberikan respons tentang isu Akta Murtad, saya menyokong.

“Cuma saya musykil, bolehkah orang yang menentang hudud menyokong Akta Murtad?” kata beliau dalam satu mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, liputan berkaitan dengan undang-undang itu “hanyalah mainan media, sampai masanya Umno dan seluruh media massa akan senyap.”

“Lihat sahajalah nanti,” kata Mursyidul Am PAS ini dalam kenyataan terbaru mengenai debat agar diadakan satu undang-undang khusus bagi mencegah murtad.

Dalam satu pandangan dikeluarkan semalam, Nik Aziz yakin negara sudah lama telah menggubal undang-undang khusus mencegah murtad jika tidak terhalang hanya disebabkan oleh sikap ego Umno yang melampau.

Menurutnya, jika ‘tiada halangan’ dalam bentuk itu daripada Umno, undang-undang seumpama sudah pasti telah diterima pakai kira-kira dua dekad yang lalu.

Pendirian itu diketengahkan ketika pelbagai pihak mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang diutarakan minggu lalu, agar negara menggubal Akta Murtad bagi mengawal isu berkaitan.

“Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad.

“Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad,” kata beliau.

Idea berkenaan undang-undang murtad ini muncul ketika Nik Aziz mengulangi hasrat kerajaan negeri Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hukum hudud.

Kerajaan negeri menggubal enakmen berkaitan pada 1993, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan ekoran sekatan kerajaan pusat atas faktor peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri.

Akta Murtad dicadangkan Harussaini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. (IH)

Read more ...