Monday, June 11, 2012

SAH!!! Prof Dr Aziz Abdul Bari bertanding di Parlimen Sabak Bernam

Jangan terkejut. Sudah tidak lagi menjadi ribut, Prof Dr Abdul Aziz Bari pasti akan bertanding PRU-13 di Parlimen Sabak Bernam. Beliau sudah melakukan gerak kerja politik di sini sejak berhenti daripada menjadi pensyarah UIAM dalam kontroversinya dengan pihak Istana Selangor.
 
Aziz mengesahkan kepada Blogger Sanggahtoksago.Com, sudah beribu-ribu kad nama mengajak rakyat melakukan perubahan dan menyokong beliau sebagai calon PKR di Sabak Bernam ditabur kepada pengundi sasar. Pelbagai program penerangan dan 'turun padang' telah dan sedang diterajuinya.
 
Pakar Perlembagaan itu telah berkampung sebaik beliau mengambil keputusan meninggalkan UIAM dan terjun ke dunia politik Pakatan Rakyat. Kini beliau adalah calon PKR yang sudah popular di Sabak Bernam dan sedang menunggu Parlimen dibubar bagi membolehkan PRU-13 diadakan segera.
 
http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Read more ...

KERANA AHLI UMNO!!! Ayah Pin masih aktif , tiada diambil tindakan?


Setelah pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia mengenai aktiviti penghinaan Agama Islam oleh Ayah Pin, kita masih belum terdengar tentang laporan Polis tentang Ayah Pinoleh NGO-NGO UMNO. 

Selalunya NGO-NGO UMNO amat prihatin tentang kesucian Agama Islam. Tetapi kali ini tidak. NGO-NGO ini tidak berbunyi langsung. Kenapa agaknya?

Pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit kembali aktif 

JERTIH: Ayah Pin atau Arifin Mohamad, pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit yang diharamkan pada 2005, kembali meneruskan kegiatannya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Hulu Besut, Besut.Jomkitabaca
Baca lagi:

Read more ...

KERUSI PANAS BERTAMBAH!!! Johor makin tidak selamat buat UMNO


Pemuda PAS Johor menyifatkan Dr Puad Zarkashi menyindir Umno Johor apabila berkata PAS Johor rugi besar kerana perpecahan dalam DAP.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, perpecahan Umno Johor terlalu ketara dan Puad perlu fikir kembali dan sewajarnya meninggalkan parti itu dan menyertai semula PAS yang pernah disertainya sebelum  ini.


"PAS Johor tidak menjadi pilihan rakyat Johor semasa Dr Puad Zarkashi berada dalam PAS dahulu. Sekarang PAS Johor sudah jauh berubah.


"Saya kira sudah sampai masanya Dr Puad Zarkashi bersama pimpinan PAS Johor dan PR menubuhkan kerajaan yang jauh lebih bersih dan berkemampuan memerintah Johor selepas pilihanraya ke-13," kata Suhaizan dalam satu kenyataan medianya hari ini.


Puad, ahli Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini mendakwa PAS Johor rugi kerana DAP sedang berpecah di negeri itu.


Bagi Suhaizan, ia hanya kenyataan sindiran kepada Umno yang rata-rata berpecah di negeri itu.


Pemuda PAS Johor berpandangan bahawa Dr Puad Zarkashi sedang memukul anak untuk sindir menantu, kata Suhaizan.


Perpecahan yang serius bukan berlaku dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebaliknya berlaku dalam kepimpinan UMNO di Johor sendiri.


Dr Puad Zarkashi kononnya memukul PAS dan DAP tetapi hakikat sebenarnya sedang memukul UMNO Johor, dakwa beliau.


Menurut Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS itu, pepecahan dalam UMNO Johor berlaku di semua peringkat daripada sayap-sayap, cawangan, bahagian dan negeri.


Pemuda UMNO Johor kelihatan tidak bermaya untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13, katanya.


Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu dan Tebrau lebih menonjol jika dibandingkan dengan Ketua Pemuda UMNO Johor.


Perkara ini berlaku akibat daripada masalah dalaman Pemuda UMNO Johor sendiri.


UMNO Johor sudah 6 tahun tidak mengadakan konvensyennya, tambah beliau.


Kali terakhir konvensyen di adakan adalah pada 5 November 2006.


Pada kovensyen tersebut Dr Puad Zarkashi dengan lantang membantah Pembelajaran dan Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Mengikut sumber dalaman, UMNO Johor tidak lagi membuat konvenysen adalah kerana Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman (gambar) tidak dapat menjawab pelbagai masalah yang berlaku di Negeri Johor khusunya yang berlaku diperingkat bahagian-bahagian UMNO Johor.


Perpecahan UMNO di peringkat bahagian tertentu sangat serius sehingga sukar untuk kepimpinan UMNO meletakkan calon dalam pilihanraya umum akan datang, tambah beliau.


Sebagai contoh pertembungan klasik, yang semua orang UMNO mengetahuinya, berlaku dalam UMNO Bahagian Pulai di antara Ketua Bahagian UMNO Pulai, Nur Jazlan Mohamed dan Adun Kempas, Osman Sapian.


"Pertembungan ini sangat serius sehingga menyukarkan UMNO meletakkan calon Parlimen Pulai dan DUN Kempas," dakwa Suhaizan.


Menurutnya, calon Menteri Besar Johor daripada Barisan Nasional (BN) juga menghadapi masalah.


Ghani besar kemungkinan tidak akan menjadi Menteri Besar Johor selepas pilihanraya umum akan datang.


Ini kerana UMNO Johor perlukan penyegaran dengan kepimpinan yang baru.


Kekosongan ini telah menyebabkan berlakunya lobi melobi antara bakal calon-calon Menteri Besar Johor.


Proses lobi melobi ini telah menyebabkan perpecahan UMNO Johor.


"Berita ini kebanyakkan rakyat Johor memahaminya," dakwa beliau.


Kesan kepada perpecahan UMNO Johor ini, dakwa beliau, telah menyebabkan Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Abdul Ghani terpaksa membuat lawatan di setiap bahagian UMNO di Johor lebih daripada sekali untuk membuat persiapan pilihanraya umum akan datang.


Presiden UMNO dan Timbalannya kerap membuat lawatan ke Johor sehingga lebih tiga kali dalam tempoh satu bulan.


Lawatan-lawatan politik seumpama ini tidak pernah berlaku pada pilihanraya umum sebelum ini di negeri Johor.


"Salah satu punca kenapa Najib Altantuya masih belum membubarkan parlimen adalah berpunca daripada ketidakyakinan Presiden UMNO mengekalkan kemenangan di Johor seperti sebelum ini," katanya.


Terdapat sembilan kerusi parlimen BN yang panas di Johor.


Semakin hari semakin banyak bilangan parlimen yang panas kepada BN di Johor.


Walaubagaimana pun, kata Suhaizan, keperihatinan Dr Puad Zarkashi terhadap PAS yang mahu menubuhkan kerajaan bersama PR di Johor adalah sesuatu yang membanggakan.


Ini memberi gambaran bahawa dalam hati Dr Puad Zarkashi sudah ada sinar cahaya PAS, sebuah parti yang pernah dianggotainya suatu masa dahulu.

Read more ...

PRU LEPAS BAJET!!! Ahli Parlimen BN bakal terima RM1.5 millon


KUALA LUMPUR, 12 Jun — Para ahli Parlimen (MP) daripada  Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sejumlah RM1.5 juta bagi mempertahankan kerusi mereka, ekoran pentadbiran Najib berkemungkinan hanya mengadakan pilihan raya ke-13 selepas pengumuman Bajet 2013 pada 28 September depan.

The Malaysian Insider
difahamkan peruntukan itu diumumkan sewaktu mesyuarat BN semalam, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih lagi berteka-teki dengan tarikh pilihan raya.

Sumber mengesahkan ia akan mengambil masa tiga bulan untuk projek-projek tersebut untuk dikenalpasti dan dijalankan, dan pengumuman lain ketika bajet 2013, termasuk pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang memerlukan tempoh lama untuk dilaksanakan.


Ahli-ahli Parlimen BN enggan mendedahkan jumlah sebenar tetapi mereka berkata sebahagian dana tersebut “boleh diperolehi berdasarkan permintaan.”


“Kami perlu mintanya untuk projek spesifik,” kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.


Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Shahrir Samad
(gambar), turut berkata perdana menteri terlalu “berhati-hati” ketika menyuarat malam itu.

“Jika tiada peruntukan, pilihan raya akan datang sangat cepat”, katan ahli Parlimen Johor Baru tersebut yang turut ditanya bagaimana dana sedemikian untuk berkenaan akan memberi kesan kepada tempoh masa Najib harus mengetuai kempen BN untuk kali pertama.


Walaupun pengerusi BN dan presiden Umno pada mulanya akan membubarkan Parlimen bulan ini untuk pilihan raya pada Julai ini, beliau mengumumkan akan membentangkan Bajet 2013 pada 28 September, dan dilihat bakal ada kemungkinan untuk pemberian wang tunai BR1M untuk keluarga berpendapatan rendah.

Bayaran wang tunai RM500 itu kepada hampir lima juta keluarga dengan kos RM2.6 bilion awal tahun ini menunjukkan kadar kedudukan Najib meningkat kepada 69 peratus, disebabkan peningkatan dalam kalangan isi rumah kaum miskin.

Namun insiden keganasan polis dan para penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam protes Bersih pada 28 April menyaksikan penurunan populariti beliau kepada 65 peratus bulan lalu.


The Malaysian Insider
melaporkan pada 28 May, berkemungkinan pilihan raya pada bulan September namun pengumuman Najib bahawa Bajet 2013 hanya akan dibentangkan pada 28 September telah memaksa pakar strategi parti untuk mencari tarikh yang sesuai bagi memastikan apa-apa manfaat bajet boleh sampai ke peringkat akar umbi.

Ibadah Haji pada 26 Oktober, Deepavali pada 13  November dan cubaan Barisan Nasional menarik sokongan pengundi Cina dan belia memungkinkan pilihan raya pada bulan November, menurut sumber, yang menambah, Najib masih lagi mengenal pasti calon untuk meraih kemenangan majoriti untuk BN.


Sumber BN turut mengesahkan beberapa kajian sebelum ini menunjukkan parti perlu bekerja keras terutamanya meyakinkan pengundi baru yang berjumlah sekitar 2.2 juta orang.


Difahamkan hasil kajian mendedahkan BN mampu menang hingga 146 kerusi Parlimen dengan 80 yakin menang, lebih 140 daripada Pilihan Raya 2008.


Bagaimanapun, kaji selidik terbaru oleh unit khas BN menunjukkan BN hanya mampu menang 118 kerusi, memaksa pakar strategi menunda pilihanraya.


Najib mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Badawi pada April 2009 untuk menaikkan imej BN yang kalah teruk dalam PRU 2008, yang mana BN hilang kuasa dua pertiga dewan dan lima negeri. (MI)

Read more ...

BAPA KAFIR!!! Rahim Noor, NST disaman RM10 juta

KOTA BHARU: Gara-gara mengeluarkan kenyataan menuduh Menteri Besar Kelantan sebagai bapa kafir, kini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berdepan dengan tuntutan saman sebanyak RM10 juta.

Saman tersebut difailkan melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.  Dan sebutannya akan diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu 15 Julai depan.
Saman tersebut difailkan Nik Aziz melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu dan akan diserahkan kepada semua defendan terbabit dalam masa terdekat ini.

Selain Rahim, enam lagi defendan yang dinamakan ialah NST, ketua editornya, Abdul Jalil Hamid dan wartawannya iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean, Nik Amran Abdullah dan pengarang NST Syed Nadzri Syed Harun.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

"Defendan-defendan secara bersama/berasingan telah bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di muka surat 6 di dalam akhbar New Straits Times, yang bertajuk 'NIK AZIZ IS FATHER OF KAFIR’ yang diterbitkan pada hari Selasa 08 Mei 2012, yang mana artikel tersebut secara jelas menyebut secara langsung berita yang tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan Plaintif," tulis writ saman tersebut.
Rahim dalam kenyataannya melalui akhbar New Straits Times pada 8 Mei lalu menyebut “Nik Aziz is father of kafir”.

Ekoran itu Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim bagi menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka.

Bagaimanapun bekas ketua polis yang kontroversi itu gagal menarik balik kenyataan tersebut. Keengganan Rahim menyebabkan pelbagai pihak tampil membuat laporan polis dan demontrasi membantah kenyataannya.

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat akan diwakili pasukan peguam diketuai Hanipa Maidin dengan dibantu Hisham Fauzi, Aminudin Zulkepli, Hatman Abdullah, Abdul Rasyid Yah dan Hilmi Abdullah.

Saman juga dikemukakan terhadap enam lagi pihak iaitu tiga wartawan NST yang terbabit menulis berita berkenaan, Pengarang Urusan Kumpulan NST, penyunting kumpulan NST dan syarikat NST.

Menteri Besar dalam pernyataan tuntutan mahu defendan-defendan menarik balik berita fitnah yang disiarkan NST pada 8 Mei lalu.

Selain itu permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan mengiklankan permohonan maaf tersebut semuka penuh dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian.

Turut dituntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan ganti rugi punitif.

Injunksi juga dikemukakan bagi menghalang defendan-defendan memberi komen, mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Dalam afidavitnya Menteri Besar berkata, tulisan tersebut bermaksud menuduh dan memfitnahnya sebagai “bapa kafir” menggunakan agama untuk mengelirukan umat Islam.

Tulisan tersebut juga disifatkan memberikan gambaran yang buruk terhadap plaintif.

Read more ...

ISU WWW15!!! Liow tiong lai mengaku kalah

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Akhirnya Liow Tiong Lai jatuh terduduk dalam isu no plat WWW 15. Walaupun dia melepaskan no plat WWW 15 tetapi dia tetap menipu sampai ke saat yang terakhir. Sama macam skandal cowgate. Skandal wwwgate pun dijayakan oleh menteri penipu aka pengelentong tegar.

Ada ura2 mengatakan bahawa ada pihak akan membawa shahrizat masuk kembali dalam kementerian selepas PRU - 13 berlangsung. Tapi don't worry, rakyat macam aku akan pastikan setiap yang menzalimi, yang merompak, yang mencuri, yang menipu, yang menyeleweng akan masuk ke tempatnya. Lambat atau cepat. 

Ideologi memerangi kezaliman akan diteruskan walaupun pejuang2 akan bersilih ganti. Shahrizat takan boleh jadi menteri lagi. Hanya letak jawatan jek, itu pun dia dah cukup nasib baik. Ikut aku, dia harus duduk dalam penjara. Itu tempat dia selayaknya beb.

Sambung kes LTL [liow tiong lai], dia buat kenyataan terbaru kat bawah neh beb ;
Setelah dikritik hebat, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai akhirnya membuat keputusan melepaskan nombor pendaftaran 'cantik' WWW15 yang hampir menjadi miliknya.

Liow juga menegaskan tidak pernah membida mendapatkannya tetapi hanya memohon nombor [pendaftaran untuk kenderaan rasmi kementerian daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

NONE"Pejabat saya telah menerima surat rasmi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan pada 6 Jun 2012, mengesahkan kelayakan pemberian nombor pendaftaran percuma tersebut. 

"Setelah mendapat makluman bahawa nombor pendaftaran tersebut telah dibuka untuk bidaan, saya wajar melakukan yang terbaik dengan tidak menggunakan kelayakan saya.

"Sewajarnya nombor tersebut diberikan kepada pembida tertinggi," katanya dalam kenyataan satu perenggan hari ini. -MKINI-

Sudah2 lah tue penipu. Ko cakap menipu jek dari awal skandal wwwgate terdedah. Ko larh pembida tertinggi bagi no WWW 15 sebab tue JPJ letakkan nama ko dalam senarai yang berjaya dalam sesi bidaan. 

Dah sendiri bida then sendiri tak mengaku. Pengecut cam ko neh elok nyah jek dari kementerian. Pergi join sahabat baik ko si shahrizat tue. We want you out from cabinet now. 

Episode pertama disini. 

Belajar bahasa english percuma disini

Ameno : Dia lah pembida tertinggi sebab tue lah jpj bagi dia.. tonggong.. jpj asalnya jual no tue tapi tah cam mana jpj terseret sekali dalam penipuan dia.. ekekekek..

Read more ...

TU DIA!!! Anjang Aki klimaks hanya 10 minit, Pak Jabit bertahan 1 jam

 
Ramai yang tersenyum simpul apabila membaca tajuk di atas. Ini cerita tentang Ceramah Ganggu Ceramah (CGC), bukannya kisah porno sepertimana blog-blog Umno.

Malam tadi telah berlangsungnya Ceramah Rakyat di Taman Jutaria, Batu Gajah yang menampilkan pelakon Pak Jabit atau nama sebenarnya Man Kadir di atas pentas Pakatan Rakyat. 

Manakala diseberang padangnya pula, Umno membawakan pelakon Anjang Aki atau Datuk Baharuddin Omar, bagi menandingi tarikan Pak Jabit ke atas orang ramai.

Biarpun ini adalah siri CGC kali yang ke 14, namun ceramah Umno masih ditakuk lama. Baik dari segi penceramahnya, mahupun hadirin ataupun pendengarnya. Tanpa bas, upah dan kotiau kerang, pasti khemah mereka lengang. Hanya rugi membayar sewa bas, khemah dan kerusi.


Seperkara lagi yang jelas kelihatan diceramah-ceramah Umno ini adalah tiada langsung penglibatan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain seperti MCA dan MIC. Mungkin kerana mereka juga tidak tahan dengan sifat perkauman Umno yang cukup tebal dan berkarat itu.


Seperti biasa, corong-corong speaker mereka dipulas ke tahap maksima sambil dihalakan ke arah tempat ceramah PR. Tetapi, bagi pengunjung tegar siri-siri ceramah PR, mereka telah terbiasa dgn keadaan itu. Malah, bisa terasa sunyi dan rindu apabila tiada suasana seperti itu.


Sesuatu yang menghilangkan kick kepada penggian siri CGC ini adalah ketiadaan bunyi suara nyaring nenek lampir yang biasanya menggenggam mikropon sebanyak 2-3 kali dalam satu malam.


Ketiadaan Hamidah yang dikatakan telah terbang ke Australia, sedikit mendukacitakan para penggian tersebut.


Anjang Aki yang agak gah namanya suatu masa lalu, hanyalah sekadar indah khabar dari rupa. Ceramahnya yang entah apa-apa, berbalik-balik mengatakan DAP adalah musuh orang Melayu dan orang-orang Melayu adalah musuh kepada DAP. Dengan bersongkok tinggi dan berbaju batik, beliau cuba meniupkan api semangat perkauman Melayu kepada pendengarnya. 

Namun, tiupan semput orang yang berumur lebih 75 tahun itu hanya sekadar mengadakan batuk-batuk untuk membuka ruang alasan tidak sihat. Disudahi dengan nyanyian sebuah lagu lama (mungkin teringin berkaraoke seperti yang dilakukan di Tmn Maju Rapat minggu lepas), Anjang Aki benar-benar anti-klimaks apabila hanya bisa bertahan sekitar 10 minit sahaja. 

Dengan 10 minit itulah nanti beliau akan menuntut bayaran penuhnya daripada pihak penganjur di sebelah sana.

Berlainan pula halnya dengan Pak Jabit. Pada awalnya, beliau ada menyatakan kepada penganjur yang beliau kurang sihat setelah keletihan 3 malam berturut-turut berceramah serata negeri Perak.


Tetapi, segalanya berubah apabila mendapat reaksi yang positif dan menggalakkan daripada orang yang ramai mendengar ceramah beliau. Bagaikan vitamin untuknya meneruskan ceramah hampir sejam sehingga tepat ke jarum 12 tengah malam.


Keseluruhan ceramah Pak Jabit akan diterbitkan dengan kerjasama laman Youtube di dalam entri akan datang.


Turut berceramah pada malam tadi adalah Sdr Radzi Zainon, YB Dr Lee Boon Chye, Ustaz Misbahul Munir dan seorang pendatang baru di pentas ceramah Pas iaitu Cikgu Nazri, seorang bekas AJK Bahagian Umno Gopeng.


Biarpun baru pertama kali berpeluang untuk berceramah, bersemangat dan berapi sungguh isi dan isu yang dilontarkannya. Nantikan juga rakaman penuh ceramah Cikgu Nazri ini melalui Youtube.


Pakatan Rakyat di Gopeng kini tidak menoleh ke belakang lagi. Laluan terus menerus ke Putrajaya kini kelihatan terbuka luas dengan kebangkitan sokongan rakyat masakini.


Yang semakin hari, semakin kurang tidurnya, kurang makannya, kurang gelak tawanya dan kurang warasnya adalah Umno dan Barisan Nasional itu sendiri kerana sedikit demi sedikit segala nikmat yang telah di salahguna mereka itu ditarik kembali oleh Allah yang Maha Esa.


(Gambar-gambar sekitar ceramah akan dimuat turun nanti)Ajijoi

Read more ...

GEMPAR!!! Pengadu kes Bukit Kepong mohon maaf kepada Mat Sabu, minta Mahkamah bebaskan Mat Sabu dari pertuduhan


PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.

Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.

Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.

Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.

Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.

Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.

S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.

S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.

S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.

S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.

S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.

S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.

Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.

Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan  beliau dan meminta maaf sekali lagi.

Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.

Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.

Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis.

Read more ...