Sunday, November 28, 2010

Taktik ahli PAS masuk Umno dah jadi penyakit Umno

KOTA BHARU, 29 Nov. : PAS menyifatkan kemasukan 103 bekas ahli PAS Wakaf Bunut, Selising menyertai UMNO adalah penyakit biasa ketika menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-13) dan ia langsung tidak menjejaskan parti itu.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, pihaknya tidak hairan perkara seumpama itu berlaku kerana ada orang UMNO yang mengaku ahli PAS untuk menyertai UMNO.

“PAS tidak hairan perkara ini berlaku, kami juga percaya taktik sama bakal digunakan di kawasan Dewan Undangan Negeri lain dan bukan hanya di Selising, Pasir Puteh.

“Ini sebenarnya taktik lama UMNO untuk menipu rakyat dengan dakwaan ahli PAS masuk UMNO kerana UMNO parti pilihan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemasukan 103 bekas ahli PAS cawangan Wakaf Bunut menyertai UMNO pada majlis di Kampung Tualang Rendah.

Seramai 60 orang diketuai bekas Ketua PAS Cawangan Wakaf Bunut, Mohd Soleh Hassan, 66, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Pasir Puteh, Zawawi Othman manakala selebihnya menyerahkan secara tidak rasmi dalam majlis berasingan.

Mereka mendakwa kononnya bersetuju menyertai UMNO secara sukarela selepas menyedari parti itu mampu memperjuangkan agama, bangsa dan negara berbanding PAS.

Mohd Zaki berkata, pihaknya yakin walaupun pelbagai dakyah politik dilakukan UMNO semata-mata untuk meraih sokongan rakyat namun masyarakat tidak akan mudah percaya dan terpedaya dengan taktik itu.

Menurutnya, buktinya sudah 20 tahun rakyat Kelantan berada di bawah pimpinan kerajaan PAS dan isu seumpama itu tidak memberikan sebarang kesan kepada PAS negeri.

Mengenai ada kalangan pemimpin PAS yang menyertai UMNO seperti laporan akhbar sebelum ini, beliau berpendapat bahawa mana-mana individu bolah mendakwa diri masing-masing memegang pelbagai jawatan dalam PAS.

“Apabila hendak masuk UMNO, individu terbabit akan mendakwa dirinya bekas pemimpin PAS kawasan tertentu dan bersetuju masuk UMNO dengan sebab-seban tertentu.

“Sesiapa sahaja boleh mendakwa memegang pelbagai jawatan dalam PAS tanpa menunjukkan bukti ini semua taktik biasa. Ia tidak memberikan kesan kepada PAS Kelantan,” katanya.

Dalam laporan akhbar ini kelmarin, antara alasan ahli PAS menyertai UMNO termasuk mendakwa projek Ladang Rakyat anjuran Kerajaan Negeri memberi untung lebih kepada orang bukan Melayu dan pemimpin PAS guna agama untuk memancing rakyat.

Selain itu, mereka mendakwa pemimpin PAS lebih pentingkan kedudukan dan parti berkenaan gagal membela nasib rakyat berbanding UMNO.

Read more ...

Umno sentiasa berusaha pecah keyakinan rakyat kepada PR

SHAH ALAM, 29 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang diperintah.

Ini, katanya kerana Umno BN sentiasa berusaha untuk memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Beliau berkata, ini kerana Umno BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan raya ke-12 lalu kerana perpaduan.

Justeru, katanya Umno BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini.

Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan dan Selangor, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali.

Ustaz Azizan menambah, media massa sering menyiarkan perkara yang salah dan tidak benar mengenai Pakatan Rakyat supaya masyarakat tidak yakin kepada kerajaan Pakatan.

“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya semua pemimpin Pakatan Rakyat mesti menjaga dan mempertahankan keyakinan rakyat terhadap kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai.

Ini, katanya kerana suasana yang berlaku pada hari ini membuktikan bahawa rakyat merasa selesa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan era pemerintahan Umno.

Dalam mempertahankan keyakinan itu, katanya ia memerlukan kepada pengorbanan.

Mengenai Kedah, beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri berjaya menyatukan rakyat sekalipun tidak mendapat publisiti daripada media massa.

Jelasnya, dengan pendekatan tersebut, rakyat Kedah merasa selesa dengan Kerajaan Pakatan rakyat negeri sekarang berbanding sebelum ini.

“Yang kata tak selesa, orang luar Kedah,” tegasnya.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya membuat kajian dari semasa ke semasa apa yang disukai dan tidak disukai oleh kumpulan sasar.

Read more ...

Halang ikuti sidang DUN











IPOH, 29 Nov: PAS Negeri Perak Perak kesal dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) yang tidak memberikan kebenaran untuk mengikuti persidangan esok.

Ini sekaligus menafikan hak kepada PAS Perak untuk menjadi pemerhati ke persidangan Dun berkenaan, kata Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui di pejabat PAS negeri, di sini hari ini.

Menurut beliau, PAS Perak telah memohon kepada setiausaha dewan untuk menghantar wakil sebagai pemerhati tetapi hingga hari ini tidak mendapat jawapan daripada pihak Speaker.

Selain dari PAS negeri, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan PAS kawasan-kawasan difahamkan telah menghantar surat memohon mendapat kebenaran mengikuti sidang Dun esok.

"Kita sungguh kesal dengan tindakan ini, sedangkan sewaktu Pakatan Rakyat menerintah negeri ini, semua pihak diberikan kebebaran untuk mengikuti sidang Dun.

"Ini menunjukkan kerajaan BN sekarang tidak mahu maklumat tentang sidang Dun diketahui umum, sekaligus menyekat kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat," katanya.

Read more ...

DAP Selangor dapat pengerusi baru

azlan

















SHAH ALAM, 29 Nov. : Ahli parlimen Seputeh (MP) Teresa Kok telah terpilih sebagai pengerusi DAP Selangor yang baru.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pula terpilih sebagai timbalan pengerusi manakala ahli parlimen Klang Charles Santiago dan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim dipilih sebagai naib pengerusi.


Jawatan setiausaha pula disandang oleh ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, manakala pembantu setiausaha dan bendahari masing-masing disandang oleh ADUN Sekincan Ng Suee Lim dan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh.


Dalam satu undian sulit, 15 ahli jawatankuasa DAP negeri yang dipilih hari ini, melakukan rombakan dan memilih Teresa sebagai pengerusi DAP negeri.

Teresa dan Teng dicadangkan untuk jawatan pengerusi dan Teresa, yang juga ahli exco kerajaan Selangor, menang dengan kelebihan satu undi.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditemui pemberita, Teresa berkata beliau sangat gembira dengan keputusan emilihan itu dan berjanji akan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa perwakilan mahukan perubahan dan ombakan dalam parti dalam usaha untuk mara ke hadapan," katanya.

Sementara itu, Teng pula menggambarkan keputusan itu sebagai kemenangan kepada abungan Pelangi (nama gabungan beliau) memandangkan gabungan itu bermakna sebahagian daripada agenda beliau akan dilaksanakan.

Sambil menyatakan bahawa beliau tidak kecewa dengan keputusan pemilihan itu, Teng berkata tugas yang menanti sekarang adalah untuk memastikan bahawa parti bersedia untuk melaksanakan harapan anggotanya tanpa mengira pasukan yang mereka wakili.

Teng, yang juga ADUN Sungai Pinang, berkata merapatkan barisan akan menjadi ugas utama mereka dan setiap orang mempunyai peranan untuk dilaksanakan.

Read more ...

Polis patut saman, JPJ jangan senarai hitam

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terus mempertikai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenarai hitam pemilik kenderaan yang tidak membayar saman ekor walaupun mereka belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Mahfuz sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar JPJ menyekat pemilik kenderaan yang mempunyai notis saman ekor daripada memperbaharui cukai jalan adalah bertentangan dengan keputusan mahkamah.

"Isunya kenapa pihak KDN khususnya PDRM meminta JPJ untuk menyenarai hitam mana-mana pemilik kenderaan yang mempunyai saman ekor tapi belum dibawa ke mahkamah?

"Mereka hanya diberi notis melakukan kesalahan, tidak dibawa ke mahkamah tapi terus dihukum tidak boleh memperbaharui cukai jalan. Perkara inilah yang dipersoalkan ramai orang," katanya yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase).

Beliau turut merujuk kepada kes dua tahun lalu di Kuching iaitu kes Lim Yew Chong melawan JPJ Sarawak di mana Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak memberikan hak Lim memperbaharui cukai jalannya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum itu, Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "saman ekor" yang belum selesai mengikut negeri sehingga kini dan berapakah jumlah pendakwaan yang telah dibuat oleh pihak berkenaan terhadap kes ini.

"Kalau pihak polis nak saman, terus samanlah, tapi jangan sekat pembayaran cukai jalan. Kalau sekat pemilik kenderaan untuk bayar cukai jalan, lagilah mereka memandu kenderaan mereka di jalan raya, lagi banyak masalah yang akan timbul.

"Kalau setiap tahun ada saman ekor ini, berapakah pendapatan kerajaan dan adakah saman ekor ini memberi satu kebaikan kepada pengguna jalan raya. Adakah pemandu akan lebih berhati-hati di jalan raya atau adakah lebih penambahan yang berlaku kepada pelangaran undang-undang?" soalnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dalam jawapannya bagaimanapun berkata, pengeluaran notis POL 17A itu adalah notis untuk mendapatkan identiti pemilik kenderaan.

Tindakan itu juga didakwa untuk memastikan mereka lebih berhati-hati di jalan raya dan menafikan ianya dibuat secara membuta tuli.

Read more ...

Umno punca masalah negara
























SHAH ALAM , 29 Nov. : Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati matlamat dalam agama yang dianuti dalam memperjuangkan hak rakyat oleh Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata Umno cuba melaga-lagakan parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.

"Saya nak tanya....adakah Umno alat MCA? Pas mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini ditterima baik oleh DAP.

Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA..ataupun MIC? Tidak boleh sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" kata beliau.

Menurut Nik Aziz lagi, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira samada mereka beragama Islam ataupun bukan islam.

Beliau mengambil; contoh expo Cheng Ho yang dianjurkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan baru-baru ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelbagai kaum terutamanya kaum Melayu dan Cina.

Di Expo tersebut, ujarnya, kaum Cina dan Melayu turut mengambil bahagian dan saling membantu menjayakan expo terbabit tanpa sebarang perasaan wasangka atau was-was walaupun ia dianjurkan bai eraikan seorang tokoh sejarah dengan bertemakan Islam.

Oleh itu,katanya kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.

"Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" ujar beliau lagi.

Nik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang baru berlaku baru-baru ini untuk menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.

Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir.

Ini, tegasnya jelas menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja melayu asalkan matlamat mereka mahu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil

Read more ...

Persidangan ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat bermula


















SHAH ALAM, 29 Nov. : Persidangan menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bermula di Shah Alam pagi ini.

Persidangan tersebut, yang diadakan di Kompleks Perumahan Pegawai Kerajaan di seksyen 7, di sini dihadiri oleh menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Kelantan dan Kedah, Datuk Nik Abdul Aziz dan Dato’ Seri Azizan Abdul serta Ketua menteri pulau pinang, Lim Guan Eng.

Persidangan yang berlangsung selama sehari berkenaan bertemakan "Meneruskan Cita-Cita Rakyat'

Antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan itu ialah ekonomi, infrastruktur dan pelaburan, pembangunan masyarakat dan komunikasi massa.

Isu-isu lain yang turut akan dibincangkan termasuklah isu tanah termasuk Felda,Felcra, tanah adat di Sarawak, air, tol dan masalah pekerja.

Persidangan berkenaan dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan menteri besar Selangor, selaku tuan rumah dan juga amanat dari menteri-menteri besar Kelantan dan Kedah serta ketua menteri Pulau Pinang sebelum sesi pembentangan kertas kerja dimulakan.

Dalam pada itu, Azizan dalam ucapannya berkata musuh Pakattan Rakyat cuba memecah belahkan perpaduan serta kerjasama di kalangan parti Pakatan Rakyat dengan mengulangi tohmahan dan pembohongan sehingga ianya berubah menjadi sebagai fakta.

Sehubungan itu katanya, Pakatan Rakyyat wajar bangkit menangkis segala tohmahan yang dibuat oleh Barisan Nasional.

Menteri besar Kelantan, Nik Aziz pula dalam ucapannya menyifatkan semua masalah dan kemelut yang berlaku di negara adalah berpunca daripada Umno.

Read more ...

Syed Husin tolak jawatan Canselor



























PETALING JAYA, 29 Nov. : Mantan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali menolak cadangan beliau mengisi jawatan jawatan Universiti Industri Selangor (Unisel) sebaliknya mencadangkan Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon yang paling layak diketengahkan.

Dr Syed Husin ketika diberi peluang diberi ucapan khas pada Kongres Nasional PKR ke-7 petang semalam berkata "beliau menolak bulat-bulat" tawaran itu.

Menurutnya, beliau tidak layak untuk menjadi canselor Unisel dan sewajarnya kekosongan jawatan berkenaan perlu disandang oleh individu yang lebih layak dan berkelayakan.

"Minta maaf, saya rasa ada orang lebih sesuai untuk jawatan itu, tak lain tak bukan, presiden kita (Datuk Seri Wan Azizah Ismail)," katanya lagi kepada perwakilan semalam.

Sebelum itu, calon Srikandi Farah Afzan Faridi, dalam ucapannya di kongres, Sabtu lalu mencadangkan Kerajaan Selangor mempertimbangkan supaya kekosongan kerusi canlesor Universiti Industri Selangor (Unisel) diisi oleh Dr Syed Husin Ali yang akan bersara daripada jawatannya.

Farah Afzan Faridi berkata, cadangan itu dibuat kerana Dr Syed Husin merupakan calon yang lebih baik daripada penyandangnya sebelum ini Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga isteri perdana menteri.

"Kita ada calon yang lebih baik daripadanya, iaitu Dr Syed Husin yang boleh menunaikan hasrat pelajar Unisel supaya beliau menggantikan Rosmah.

Ketika membahaskan usul pendidikan di hari terakhir Kongres PKR di Petaling Jaya hari ini, Farah Afzan meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mempertimbangkan cadangannya itu.

Cadangan itu mendapat sokongan penuh daripada kira-kira seribu perwakilan yang bangun memberikan tepukan gemuruh.

Pada 20 November lalu, Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor universiti itu bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program PERMATA.

Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengumuman 'mengejutkan' itu dibuat ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di Kuala Selangor.

Unisel merupakan institut pengajian tinggi milik kerajaan Selangor.

Read more ...

Umno Pulau Pinang sila jawab, Yayasan Bumiputra Pulau Pinang sapa punya




GEORGETOWN, 28 Nov. : Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang mendesak agar pihak Polis mengambil tindakan terhadap pecah amanah tanah orang Melayu Pulau Pinang terhadap Yayasan Bumiputra Pulau Pinang seperti didakwa oleh Ikatan-Ikatan Kelab Melayu Pulau Pinang .


Baru-baru ini , Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang telah menyaman Yayasan Bumiputra Pulau Pinang (YBPP) dan lapan yang lain kerana mendakwa tanah seluas 283.28 hektar milik YBPP telah dipindah milik sehingga menyebabkan kerugian lebih RM100 juta.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mendakwa mengemukakan tuntutan tersebut bagi pihak orang Melayu di negeri ini yang terpinggir akibat kecuaian YBPP dan defendan lain menjalankan tanggungjawab membela nasib mereka.

Turut mengemukakan saman tersebut adalah Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff serta 32 individu lain.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan V. M. Mohan, Fareed & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Kesemua mereka selaku pihak plaintif menamakan YBPP; Tenagas (M) Sdn. Bhd. (Tenagas) dan Kumpulan Pinang Hartanah Sdn. Bhd. (KPHSB) yang dahulunya dikenali sebagai Fasa Klasik Sdn. Bhd. sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Pengarah ketiga-tiga syarikat itu, Datuk Syed Mohamad Syed Mustaza; Pengarah YBPP, Datuk Hassan Mat Noor; Pengarah Tenagas, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak dan Pengarah KPHSB, Anuar Othman pula dinamakan sebagai defendan keempat hingga ketujuh.

Dua lagi syarikat iaitu Bandar Kepala Batas Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Business Term (M) Sdn. Bhd.) dan anak syarikat Tenagas, Kumpulan Pinang Properties Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Renown Focus Sdn. Bhd.) turut disenaraikan sebagai defendan kelapan dan kesembilan.

Menurut pernyataan tuntutan, pihak plaintif menyatakan, YBPP telah ditubuhkan untuk mengurus dan meningkatkan ekonomi orang Melayu di negeri ini.

Berikutan itu, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah memberi sejumlah peruntukan bagi pembelian hartanah di Seberang Perai Utara (SPU) bernilai RM137 juta.

Bagaimanapun, dakwa plaintif, defendan keempat hingga ketujuh telah mengakibatkan KPHSB dan Kumpulan Pinang Properties menandatangani perjanjian usaha sama dengan syarikat bukan bumiputera, Hunza Propeties Berhad (Hunza) untuk memajukan hartanah tersebut.

Plaintif mendakwa, pemindahan hakmilik hartanah itu menyebabkan Hunza menjadi pemegang saham majoriti dengan memiliki 70 peratus saham manakala YBPP yang mempunyai 30 peratus saham menjadi pemegang saham minoriti.

Dakwa mereka, kesemua hartanah yang sepatutnya dibangunkan untuk memulih dan menjana ekonomi orang Melayu telah dimajukan oleh Hunza dengan membina rumah dan lot kedai dengan harga yang melebihi kemampuan orang Melayu.

Selain itu, pemindahmilikan hartanah itu didakwa bertentangan dengan objektif penubuhan YBPP yang memberi kesan langsung terhadap pembangunan ekonomi orang Melayu.

Plaintif turut mendakwa, tindak-tanduk defendan keempat hingga ketujuh sama ada secara bersama atau berasingan serta tidak dilakukan secara terbuka telah menyebabkan semua orang Melayu di negeri ini mengalami kerugian lebih RM100 juta.

Dengan itu, pihak plaintif memohon perisytiharan bahawa perjanjian usahasama dan urusan pindah milik antara defendan ketiga, kelapan dan kesembilan itu batal serta tidak sah.

Pihak plaintif juga memohon perisytiharan bahawa defendan keempat hingga kelapan telah pecah amanah, selain mahkamah mengeluarkan perintah agar mereka memindah milik semula hartanah itu kepada defendan ketiga dan kesembilan.

Mereka juga memohon injunksi menghalang defendan kelapan memindah milik atau melupuskan mana-mana bahagian hartanah tersebut yang masih didaftarkan atas nama syarikat itu sehingga perintah selanjutnya.

Turut dimohon adalah ganti rugi taksiran, ganti rugi teladan dan ganti rugi punitif serta relif lain yang difikirkan adil oleh mahkamah daripada defendan keempat hingga kelapan.


PemudaBukitBendera





YB.Dr.Mujahid Rawa tunggu untuk membuat laporan Polis tapi hampa kerana sistem komputer canggih Polis off line.
Laporan Pecah AmanahLaporan Pecah Amanah

Laporan Pecah AmanahLaporan Pecah Amanah
Laporan Pecah Amanah
YB.Dr.Mujahid Rawa dedah kepada media pecah amanah tanah melayu Pulau Pinang

Kesal sikap pimpinan melayu yang pecah amanah tanah melayu Pulau Pinang

Dokumen Pecah Amanah Tanah Melayu di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Read more ...

Siasat syarikat tiada loji benih padi

Bahrain

PARIT BUNTAR, 28 Nov. :
PAS Parit Buntar menyokong gesaan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berhubung tindakan kerajaan membekalkan benih padi kepada syarikat individu yang tidak mempunyai loji benih.


Pengerusi Lujnah Petani dan Nelayan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata, siasatan juga harus dibuat terhadap pemberian kontrak membekalkan baja organik di bawah skim subsidi padi Malaysia kepada syarikat yang tidak berpengalaman dalam menghasilkan baja organik.

“ Pembekalan benih padi dan baja organik ini sepatutnya diberikan kepada syarikat yang mempunyai pengalaman menghasilkannya.

“ Sekiranya benih padi dan baja organik ini dibekalkan kepada syarikat yang tidak berpengalaman dan hanya semata-mata mengaut keuntungan , petani termasuk di Daerah Kerian akan menerima kesannya” katanya

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya tidak memperjudikan nasib petani kerana benih padi yang tidak berkualiti akan menyebabkan hasil padi merosot.

" Proses pemberian tender ini tidak dibuat secara telus iaitu diberi kepada syarikat yang sebahagiannya tidak mempunyai loji benih.

“ Sedangkan mengikut syarat yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hanya syarikat yang mempunyai loji benih sahaja layak menerima bekalan benih “ katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar.

Bahrain berharap SPRM menjalankan siasatan segera terhadap dakwaan ini kerana terdapat unsur-unsur pemberian tander tersebut kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai loji benih.

“ Kita kesal dengan sikap kerajaan yang lebih mengutamakan kepentingan syarikat kroni berbanding petani.

“ SPRM perlu bertindak segera sebagaimana mereka begitu pantas menjalankan siasatan terhadap kes yang sedang berlaku di Selangor melibatkan penahanan seorang pegawai atasan Yayasan Negeri Selangor berhubung dakwaan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang melebihi RM300,000, baru-baru ini” katanya

Read more ...

Keputusan pemilihan DAP Selangor





























SHAH ALAM, 28 Nov. : Keputusan pemilihan jawatankuasa DAP Selangor menunjukkan Pasukan Perpaduan (Unity) pimpinan Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok memenangi tujuh daripada 15 kerusi, manakala Pasukan Pelangi (Rainbow) pimpinan Speaker Dun Selangor, Teng Chang Khim pula memenangi lima kerusi, manakala bagi tiga kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas.

Teresa dan Teng masing-masing berjaya terpilih. Teng mendapat 504 undi di tangga ke-4, manakala Teresa mendapat 437 undi ditangga ke-11.

Seorang lagi Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu, gagal untuk menganggotai jawatankuasa DAP Selangor.

Ronnie menduduki tempat ke-21 dengan mendapat 369 undi. Dua lagi Adun yang tewas ialah Philip Tan Choon Swee (Teluk Datuk) dan Edward Lee (Bukit Gasing).

Berikut adalah keputusan rasmi pemilihan jawatankuasa DAP Selangor:

1) Jenice Lee (B) 703
2) Hannah Yeoh (B) 644
3) Charles Santiago (B) 596
4) Teng Chang Khim (Rainbow) 504
5) Ng Suee Lim (Rainbow) 498
6) Ean Yong Hian Wah (Unity) 478
7) Gobind Singh (Unity) 478
8) Tony Pua (Unity) 463
9) Lau Weng San (Unity) 459
10) Teo Nie Ching (Unity) 452
11) Teresa kok (Unity) 437
12) Tiew Way Keng(Unity) 428
13) Ramakrishnan (Rainbow) 405
14) Lim Soo Hong (Rainbow) 403
15) Kannan (Rainbow) 402

Proses pengiraan undi bermula kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas sekurang-kurangnya 812 daripada 1,016 perwakilan yang layak, selesai mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan DAP Selangor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway hari ini.

Sewaktu perwakilan memasuki dewan konvensyen untuk mengundi bagi memilih barisan kepimpinan DAP negeri untuk tempoh dua tahun akan datang, para calon termasuk Teng Chang Kim dan Yong Hian wah kelihatan sibuk bersalaman dengan mereka.

Suasana kelihatan tenang dan mesra, manakala calon-calon kelihatan menjalankan kempen saat akhir untuk mendapatkan sokongan para perwakilan.

Paling jelas ialah Ronnie Liu, di mana penyokongnya sejak awal pagi lagi mengedarkan risalah dalam bahasa Inggeris dan Cina, yang memaparkan latar belakang dan manifesto ahli Exco Kerajaan Selangor itu.

Risalah itu berbunyi: ‘Satu undi untuk YB Ronnie Liu adalah satu undi bagi kemajuan DAP, khususnya dan rakyat umumnya’.

Beberapa perwakilan juga menerima SMS, konon dihantar oleh penyokong pasukan Pasukan Perpaduan yang diketuai oleh Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok, meminta mereka memilih kombinasi calon pasukan tersebut.

Perwakilan dari 145 cawangan DAP mula mengundi pada kira-kira jam 12.15 tengah hari, selepas majlis perasmian dan ucapan oleh pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Seramai 50 calon bertanding merebut 15 kerusi dalam jawatankuasa DAP Selangor. -Malaysiakini-

Read more ...

70 peratus bidaan kontrak kerajaan Pulau Pinang dimenangi kontraktor Melayu


















GEORGETOWN, 28 Nov: Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri ini tidak lembik, apatah lagi dayus.

Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Guan Eng berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pedoman pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Di Pulau Pinang, katanya mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari UMNO sahaja.

Malah, ujarnya program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu.

“Biarlah Umno dan Barisan Nasional menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, beliau meminta Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus di masa depan.

Tambahan sub-kontraktor dari Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Menurunya, bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil itu dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepadanya yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, tambahnya.

Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer itu akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd, IJM Contructions Sdn Bhd, HRA Teguh Sdn Bhd.

Read more ...

Umno hanya fikir nak selamatkan parti bukan rakyat

































KEPALA BATAS, 28 Nov.: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya mahu menyelamatkan kedudukan mereka dan tidak langsung memikirkan masalah rakyat di negara ini.

Katanya, walaupun cuba menonjolkan Malaysia sebuah negara hebat di mata dunia, namun hakikatnya rakyat negara ini masih dibelenggu segala permasalahan.

"BN hanya berfikir bagaimana nak selamatkan BN pada pilihanraya umum akan datang tidak pun merencanakan berbagai perancangan menghilangkan tangapan umum tentang Malaysia yang dicintai," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada ceramah anjuran PAS Cawangan Permatang Keriang dengan kerjasama Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Aishah, Penaga, Kepala Batas semalam.

Menurut beliau lagi, sebab itu BN memperkenalkan ahli gabungan dan bersekutu, semata-mata mahu menarik golongan muda yang masih tidak menyokong BN kerana marahkan Umno, MIC, MCA, Gerakan dan sebagainya.

"Apa guna sokong cara yang BN sedang laksanakan sekarang kerana menyokong BN bererti tetap bersekongkol dengan Umno dan komponen lain yang nyata menyelewengkan wang rakyat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Kata beliau, cara demikian hanya mahu memastikan BN terus kerana yang penting bagi mereka adalah memenuhi kocek sendiri dan kroni terdekat.

Perdana Menteri sepatutnya mengenal pasti kelemahan pentadbiran sendiri dan memperbetulkanya agar mampu memperkasakan negara kembali.

Negara pada waktu ini sedang berdepan kehilangan kepercayaan rakyat kerana hancurnya demokrasi, sistem kehakiman, gejala rasuah, gejala sosial berterusan.

"Nak ubah macam mana, mereka tetap naik perahu yang sama hanya pendayung sahaja yang bertukar tangan.

Tambahan lagi kini perahu yang dinaiki bocor sana sini pasti keadaanya kelam kabut menyalahkan orang itu dan ini bahkan ada yang telah terjun ke laut bila mendapat tahu perahu nak tengelam," jelas beliau.

Berceramah sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dan Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein.

Read more ...

Umno pertahan hak kroni bukan hak orang Melayu













PETALING JAYA 28 Nov. : Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno sebenarnya gagal mempertahankan hak orang-orang melayu disebalik keangkuhan mereka mendabik dada bahawa kononnya parti pejuang sejati memartabatkan kaum Melayu di negara ini.

Anwar menambah, Umno bersembunyi disebalik kegagalan mereka itu dengan cuba menakutkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat dan PKR khususnya akan menyebabkan kedudukan mereka terhakis jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini.

"Dalam parlimen pada 2007 lalu, disebutkan bahawa lebih 600 ribu rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800.

Statistik kajiselidik pendapatan isi rumah yang dilakukan berkenaan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu...jadi bagaimanakah mereka (Umno) boleh mendabik dada mengangkat ketuanan melayu," katanya dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR ke 7, di Dewan Sivik MBPJ petang tadi.

Beliau turut menyelar Umno kerana masih gagal mempertahankan hak orang melayu walupun sudah diberi kepercayaan memerintah negara lebih 50 tahun.

Anwar turut menyeru barisan baru kepimpinan parti supaya berganding bahu dan bekerja keras bersama-sama ahli parti lain dalam merealisasikan usaha parti terbabit mahu mempertahankan hak keistimewaan Melayu.

Menurutnya, ahli parti perlu menyemai keikhlasan dalam memperjuangkan perjuangan parti dan bangkit menghadapi segala cabaran dan tentangan khususnya dari Umno.

"Saya melihat kongres kali ini lebih penting dari kongres sebelumnya..dengan barisan pimpinan baru yang dipilih serta cabaran serta serangan yang dihadapi sepanjang proses pemilihan ," katanya lagi.

Oleh itu, sambung beliau lagi kongres berkenaan adalah penting untuk membuka lebaran baru dalam memastikan usaha PKR dan Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada PRU- 13 kelak.

Read more ...

Persefahaman pastikan BN tumbang
























PETALING JAYA 28 Nov.:
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata parti itu bersedia untuk menjalin kesefahaman mana-mana pihak yang mendukung perjuangan Pakatan Rakyat dalam usaha memastikan saingan jitu terhadap Umno-Barisan Nasional(BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Justeru beliau berkata parti mengambil sikap terbuka kepada faktor “third force” yang cuma diungkit oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai kononnya kuasa baru yang menolak dasar-dasar PKR dan Pakatan Rakyat.

"Saya tidak pasti apa yang Najib rujuk sebagai 'third force' ini. Tapi tentunya 'third force' ini akan menganggu gugat tujahan pada pilihanraya akan datang. Kita akan membuka perbincangan terbuka dengan mana-mana kumpulan untuk pastikan tahap kefahaman," jelas Azmin dalam siding akhbar selepas kongres.

Menjawab soalan pemberita, Azmin menjelaskan beliau akan memikul tanggungjawab memastikan aduan-aduan bersabit pemilihan parti diambil tindakan segera demi mempertahankan kewibawaan parti.

Beliau berkata tidak timbul soal mana-mana pihak cuba membalas dendam terhadap pihak lain namun aspek displin akan menjadi keutamaan dalam sebarang tindakan yang diambil oleh parti.

"Ini bukan proses 'witch hunting'. Apa yang penting adalah untuk mendisiplinkan anggota dan pemimpin sendiri. Aduan akan dipantau.Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Biar Jawatan kuasa Pemilihan(JPP) dan lembaga disiplin meneliti," kata beliau.

Read more ...

Calon kalah tidak dipinggir






















PETALING JAYA 28 Nov. :
Semua calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub tidak akan diketepikan oleh parti, ujar Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya semua mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR.

"Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam kongres PKR di Petaling Jaya.

Menurut Anwar antara yang akan dipanggil ialah calon Ketua AMK Badrul Hisham Shaharin dan Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Anwar berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.

Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.

Berkenaan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan.

Terdahulu dalam ucapan penangguhan, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.

Azizah turut mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.

"Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya.

Read more ...