Sunday, February 23, 2014

MUHYIDDIN TAK ARAH TUKAR!!! Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) lebih sudu daripada kuah

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata arahan pertukaran tersebut mungkin dikeluarkan oleh pejabat pendidikan daerah yang masih belum diketahui sebabnya sama ada berkaitan PBS atau sebaliknya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Februari 2014.Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan penglibatannya dalam arahan pertukaran guru yang diminta berpindah akibat menentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata arahan pertukaran tersebut mungkin dikeluarkan oleh pejabat pendidikan daerah yang masih belum diketahui sebabnya sama ada berkaitan PBS atau sebaliknya.

"Saya nak nyatakan, saya tak keluarkan apa-apa arahan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana guru termasuk mereka yang dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

Read more ...

LANGKAH KAJANG!!! Yang buat mesyuarat khas bukan Najib tapi Mahathir

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Tun Dr Mahathir mengadakan mesyuarat khas kerana Langkah Kajang yang dilaksanakan PKR. Gambar fail.Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan "Langkah Kajang" yang direncanakan sebagai berhasil kerana berjaya mengejutkan kembali pemimpin tua yang sudah pencen dalam Umno.
 
Ketua umum PKR itu berkata, rancangan tersebut menyebabkan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa memanggil satu mesyuarat khas untuk membincangkannya.

"Strategi kita ini mengejutkan, saudara tahu tak Dr Mahathir panggil mesyuarat khas? Penat-penat dia, dengar Anwar Ibrahim nak pergi Selangor sampai kena panggil mesyuarat," kata Anwar semasa berucap merasmikan bilik gerakan PKR di Kota Cheras, malam tadi.

"Yang lama-lama semua, semua datang... yang pencen-pencen semua datang,” katanya.

Read more ...

TINGGAL MIC!!! Penyokong MIC sokong PAS serah borang sertai DHPP



Pemuda PAS
Penyerahan borang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada pemuda India kepada Ketua Pemuda PAS Gombak yang juga Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi membuktikan PAS semakin bertambah penyokong dan parti Islam yang mendapat tempat utama di kalangan orang bukan Melayu terutama golongan anak muda.

Wakil belia Kampung Fajar, Surent A/L Raju telah mengetuai penyerahan 28 borang ahli DHPP dalam majlis pertemuan bersama Dewan Pemuda PAS kawasan Gombak di Kampung Fajar, Hulu Klang.

Menurut Syarhan, inilah kali pertama DHPP Pemuda ditubuhkan dikalangan anak muda PAS kawasan Gombak.

Read more ...